Hel!O mY DarLing!

Selasa, 11 Februari 2014

Oh My Pretty Boy Husband Bab 9




MIMI AULIA

“Sakit hati betullah aku dengan kau ni Mimi.”

Kata-kata Pidot aku buat tidak peduli. Malas nak melayan kerenah dia yang tak ketahuan. Aku dah berpuluh kali cakap yang aku ni alergik pada warna pink. Tapi itulah juga yang dia nak aku pakai. Semak otak betul aku dengan dia ni!

“Mimi..Kau dengar tak apa aku cakap?”

“Aku bukannya pekak.” Sehelai baju bewarna merah garang aku acu pada tubuh. Nampak menarik dengan rekaan yang agak simple, dan yang penting tak semak mata aku memandang.

“Eww..Aku tak nak warna merah.”

“Habis tu kau nak pakai warna apa? Kelabu? Hitam?” Terus aku pandang wajah Pidot tepat-tepat. Geram mendengar penolakkan dia. Dari tadi apa yang aku ambil semuanya tak kena. Balik-balik warna p…..

“Pink…Please…”

Hemm..Kan aku dah kata. Tak sempat aku sebut, dia dah sebut dulu..Tension aku tengok bibir dia yang tercebik-cebik. Tambah membuatkan aku menyampah tahap petala, bila dia tayang wajah mintak penampar.

“Boleh tak sekali sekala kau jadi jantan sikit?” Ufthh!

“Kita pilih hitam aje lah.”

Alah..Ini yang aku lemah ni. Sikit-sikit sentap. Segaris senyuman pun dah tak terukir pada wajah Pidot. Masam mecuka.

“Pidot..” Hanger yang entah bila melekat dekat tangan, aku cucuk pada pinggang pidot. Berniat mahu memujuk.  

“Jomlah balik.”

Wah! Ini betul-betul marah ni. Tak pernah-pernah aku tengok dia sentap sampai cam gitu.

“Okey kita ambik pink. Tapi aku nak yang itu.” Tangan aku bawa tunjuk pada sehelai persalinan bewarna kelabu dan dihiasi segala mak neka renda bewarna pink. Kira okeylah sikit dari aku kena pakai baju yang betul-betul kaler pink. Mahu pitam tak bangun aku nanti.

“Aku tak nak!”

“Tak nak sudah. Aku tak jadi nak kahwin dengan kau!” Terus aku berlalu. Sakit di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aku sanggup membantu pun dia dah patut bersyukur. Ini tak..Kereknya tinggi melangit!

“Okey…okey…kita ambil yang itu.”

Ha tahu pun. Nak kena main ugut-ugut pulak baru nak setuju. Saja nak naikkan darah aku!
…………………..
            High heel bewarna pink lembut dihiasi segerombolan bunga aku sarung pada kaki. Mak aii… Rasa macam tiba-tiba saja aku dah bertukar jadi menara KLCC. Perlahan-lahan aku cuba bangun. Sumpah aku rasa gayat! Ini kalau tersilap langkah mahu terpeleot aku.
           
“Amacam Pidot? Okey tak?” Wajah Pidot aku pandang. Sebal hati bila melihat senyuman lebar terpeta pada wajah itu. Itu tak ada lainlah tu.. Mesti tak percaya tahap keboleh upayaan aku menggunakan kasut tumit yang entah berapa puluh kaki persegi tinggi.

            “Kau boleh ke nak jalan?”

            Rasa macam sikit saja lagi telinga aku ni nak bernanah bila dengar dia ketawa. Hai..karang kasut ni tak sempat aku guna masa kenduri…. Aku ‘kendurikan’ dulu kasut ni dalam mulut dia!

            “Kau tengok ni..” Sekuat hati aku hentak kaki di atas lantai kedai. Nak tayang kehebatan aku bercatwalk. Tapi baru beberapa tapak melangkah aku dah rasa macam nak pitam. Gila gayat!

            “Mimi kau pakai selipar jepun sudah lah.”

            “Mulut kau..isk!” Panas hati aku melihat Pidot ketawa riang. Tak apa…tak apa…kau ketawa puas-puas…

            “Aku bukannya nak sakitkan hati kau..tapi aku tengok kau jalan dah macam king kong!”

            Okey! aku memang marah tahap super saiyan. Gigi aku ketap kuat. Pidottttt Hakimiiiiiiiiii……………..

Surat Cinta Untuk Di sana : Sy dok menyeru mood menaip…tp tak nak jugak datang2…ini sajalah termampu…itupun yang bila tahun entah sy taip..heheh esok kalau ada idea bernas sy mula balik ketuk mengetuk jari sambil mngasah otak…puhhhh…puhhhhhh

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)