Hel!O mY DarLing!

Khamis, 6 Mac 2014

Bercinta Untuk Dicinta Bab 3





“Senyum lah sikit.” Dicuit manja pipi Zyll. Sejak melangkah turun dari kereta, segaris senyuman pun tidak terukir pada wajah itu.
           
“Gosh!” Zyll mengeluh bila kakinya dipaut kuat. Terus pandangan mata dibawa memandang wajah kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di hadapannya. Dijegilkkan sedikit mata bagi menakutkan si kecil.

            “Papa!”

            Sara sudah tergelak. Terus dia duduk bertinggung. Mahu menyamakan kedudukan tubuh dengan Abu Suffian. Setiap kali dia dan Zyll datang, pasti kelibat itu antara orang yang pertama menyambut kedatangan mereka.  

            “Pian rindu papa ke?” Ditarik sedikit tubuh itu menjauh dari berterusan memaut kaki Zyll. Bimbang ada pula yang ditendang secara tidak sengaja nanti.

            “Rindu.” Terangguk kepala itu. Matanya yang bulat memandang tepat pada wajah Sara sebelum kembali memaut kaki Zyll.

            “Jom mama dukung.” Tubuh yang tidak sebesar mana itu cuba dibawa ke dalam rangkulannya. Malangnya semakin erat tangan itu memaut tubuh Zyll.

            “Pian nak papa yang dukung.” Manja suara itu kedengaran. Ditayang gigi-gigi kecilnya yang tersusun rapi.

            “Zyll.” Sara memanggil perlahan. Terus dia bangun dan memaut lengan lelaki itu. Mengahantar rayuan agar permintaan anak itu tidak dihampakan. Berpuluh kali kedatangan mereka ke situ, Suffian masih juga suka menempel disisi Zyll. Dia sendiri hairan apa yang disukakan sangat Suffian kepada lelaki itu. Kalau anak-anak lain, nampak sahaja wajah masam lelaki itu, semuanya terus menikus.

            “Zyll buat ni sebab Sara saja tau.” Masam wajahnya ketika mengangkat tubuh itu. Lebih membuatkan hatinya sebal bila ada kucupan hinggap pada pipinya.

            “Yeah..I know.” Sara tersenyum. Selalunya begitulah. Dalam tidak sudi tetap juga lelaki itu mengalah.

            “Mama.. Pian dapat adik baru.” Suffian tergelak kecil. Lengannya dipaut erat pada leher lelaki yang dipanggil papa itu.
           
“Comel tak?” Sara bertanya lembut. Tiada kejutan baginya mendengar perkara itu. Dirumah kebajikan, apa lagi yang dia harapkan selain mendengar perkara-perkara sebegitu. Keluar masuk anak-anak kecil adalah perkara normal.

            “Comel. Nanti Pian tunjuk Adik Nini dekat mama.” Bersinar mata itu ketika menuturkan bicara.

            “Pian masuk dulu. Mama nak jumpa Mak Itah. Kejap lagi kita main sama-sama.” Sempat diusap rambut itu perlahan bila Zyll menurunkan Suffian dari dukungan. Terangguk kepala si kecil itu mengiakan kata-katanya.

            “Asyik nak menempel je budak tu.” Zyll berkata sebal. Setiap kali dia datang ada sahaja budak Suffian itu yang cuba menaikkan amarahnya.

            “Tak baiklah Zyll. Dia budak-budak lagi kan?” Ditepuk lengan itu perlahan.

            “Hemm..” Malas mahu memanjangkan perbualan yang boleh menyebabkan tercetusnya pertelingkahan, dia hanya mengiakan sahaja kata Sara.

            “Sara..Zyll..”

            Sara sedikit tersentak bila terasa bahunya ditepuk lembut. Terus dia memusingkan tubuh ke belakang. Namapak sahaja wajah wanita yang sudah dianggap seperti ibu sendiri, terus dia memeluk tubuh itu erat. Rindu menyapa setelah berbulan mereka tidak bertemu.

            “Dah lama sampai?” Mak Itah bertanya. Dipandang raut wajah wanita dihadapannya. Seperti bertahun dahulu wajah itu tetap cantik dipandang. Sara antara anak ‘Sentosa’ yang tidak pernah melupakan asal usul. Masih mahu menapak kaki ke situ walaupun sudah berkerja.

            “Baru je Mak Itah. Tadi jumpa Pian.”

            “Baguslah tu. Selalu sangat dah budak Pian tu tanya pasal Sara. Mak Itah pun dah tak tahu nak kata apa.” Mahu menalifon Sara dia rasa segan mahu mengganggu.

            “Sara sibuk sikit Mak Itah. Itu yang tak sempat nak datang sini.” Rasa bersalah melanda hatinya. Pasti wanita itu masih menyangka yang dia berkerja sebagai setiausaha Zyll.
         
             “Tak apa. Mak Itah faham… Zyll yang diam saja kenapa?” Ditegur anak muda dihadapannya. Jelas anak kacukkan itu cuba mengukir senyuman yang kelihatan sedikit terpaksa. Bukannya dia tidak nampak wajah tidak selesa pemuda itu setiap kali datang bertandang ke situ, cuma dia malas mahu menegur. Risau tegurannya nanti disalah tafsir.

             “Eh..Tak ada apa-apalah Mak Itah.” Zyll cuba melarikkan senyuman.

            “Jomlah masuk dalam.” Ditarik tangan Sara yang masih memeluk tangannya erat.


“Zyll.” Sara memanggil perlahan. Bersinar matanya merenung wajah comel itu. Diangkat tubuh montel si kecil dan dibawa ke dalam dakapannya. Terus tubuh itu dipeluk erat.

Zyll mengeluh. Sesak nafas melihat tingkah Sara yang nampak begitu teruja. Bukan dia benci...Sungguh tidak! cuma dia rimas. Tidak selesa melihat si kecil yang merengek-rengek manja.

“Nanti Sara nak ada anak secomel ni.” Dilabuhkan kucupan bertalu-talu pada pipi tembam itu. Dayini, bayi itu sungguh comel. entah siapalah ibu yang tidak berguna itu sehingga sanggup membuang anak sendiri. Kata Mak Itah, bayi itu ada dijumpai oleh orang di tempat longgokkan sampah. Betul-betul tak berguna!

“Tak takut.....” Tangan dibawa turun naik menunjuk ke arah tubuh wanita kesayangannya.

“Bentuk badan berubah?” Sara bertanya. Tersadai senyuman manis pada bibirnya. Dia tak pernah takut. Rasanya Zyll sedar tentang itu. Sudah berpuluh kali hint diberi yang dia mahukan anak. Tetapi lelaki itu sentiasa mengelak setiap kali perkara itu ditimbulkan.

“Yup.” Oh God! dia langsung tak boleh bayang kalau Sara mengandung. Whoo!

“Nope. Buat apa nak takut. Fitness dengan slimming center berlambak-lambak dekat luar. Register and done... Selesai masalah.” Argh...Fikirannya tidaklah sekusut Zyll yang sudah jauh berfikir sesuatu yang belum pasti terjadi. Rasanya banyak saja wanita dekat luar sana yang berjaya kekalkan berat badan selepas bersalin. Hanya lelaki itu sahaja yang paranoid!

“Lagi empat tahun kita bincang pasal anak.” Zyll berkata selamba. Sekarang dia masih muda. Banyak lagi yang perlu dikejar dari memikirkan perkara-perkara seperti itu.

Tercebik bibir Sara mendengar jawapan itu. Empat tahun?  Agaknya Zyll ingat usianya akan semakin muda pada waktu itu!

“Empat tahun tu lama Zyll. Bukannya empat hari. Kalau ada anak biar Sara je yang jaga.” Sara berusaha memujuk. Memandang wajah si kecil semakin membuatkan dia berkobar-kobar mahu bergelar seorang ibu.

“Nanti je lah kita bincang pasal ni.” Zyll cuba mengelak. Pada waktu itu entah mengapa dia mengharapakan kemunculan Suffian. Kalau ada budak pengacau itu pasti ada cara untuk dia mengelakkan diri dari mendengar permintaan mengarut Sara.

“Tak pun…” Sara tersenyum manis. Dipeluk kejap tubuh Dayini. Anak kecil yang dipanggil Adik Nini oleh Suffian.

“Apa?” Zyll mengecilkan mata. Cuba membaca apa yang mahu disampaikan oleh Sara. Bila sahaja dapat menangkap apa mahu wanita itu terus dia menggeleng laju.

“No!” Ringkas jawapannya.

“Alah..Bolehlah. Kalau Zyll pergi kerja, Sara ada orang yang nak temankan.” Sengaja ditayang wajah penuh dengan riak rayuan.

“Tak payah. kalau bosan Zyll hantar Sara balik rumah mummy.” Dia berkata sedikit tegas. Tidak mahu mengalah dengan permintaan Sara. Yakin yang kehidupan mereka yang selama ini tenang pasti akan bertukar menjadi huru-hara kalau ada si kecil yang ‘menyemak’ di dalam rumah. Nanti pasti masa Sara perlu dibahagi dua. Argh! Dia tak rela berkongsi!

“Alah..Bolehlah Zyll.”

            “Mintak benda lain selain anak. Please..” Zyll semakin rimas.
           
“Tak apa lah kalau macam itu.” Sara tertunduk sedikit. Dikucup lembut pipi Dayini sebelum dia meletakkan kembali bayi comel itu di atas tilam. Tidak mahu hatinya semakin berat untuk melepaskan si kecil.

Surat Cinta Untuk Disana : Soli laling..Cheq bizi sikit seminggu dua ni..tak sempat nak mengadap computer lelama… nanti dah hilang bz itu kita mula berjimba balik disini…papai…muahhh…

5 ulasan:

  1. x mau anak eh? beku punya zyll.. hhaha

    BalasPadam
  2. Cerita ni asal dari cerpen kan? Pasal apa ye cerita ni. tak boleh recall la. zyll dengan sara suami isteri ke ? Btw best :) -cik t

    BalasPadam
  3. kenapa lah dgn si zyll ni....sebut ank je mula lah berangin....cian kat sara tu.... - jumay jue

    BalasPadam
  4. Zyll tak rela berkongsi kasih Sara dgn org lain...

    BalasPadam
  5. Apa kisah si Zyll ni ye...hurmmmmm

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)