Hel!O mY DarLing!

Rabu, 19 Mac 2014

Isteri Milik Aku Bab 1






XANDER tersenyum lebar. Ditepuk perlahan bahu anak guamannya yang sudah memeluk tubuhnya erat.

“Aku tahu aku tak silap pilih orang Xander.” Datuk Helmi tersenyum puas. Lega bila dia dilepaskan dari dijatuhi hukuman. Bukan kecil hukuman yang menantinya kalau dia disabitkan bersalah. Silap percaturan dia boleh ke tali gantung!

“Macam saya cakap Datuk, kalau ada duit semua benda boleh settle.” Xander ukir senyuman herot. Sesekali pandangan matanya jatuh pada wajah keluarga ‘mangsa’ Datuk Helmi. Jelas kedukaan terpeta pada wajah itu bila keputusan tidak memihak kepada mereka. Tetapi sekelumit perasaan kesal langsung tidak menjengah hati.

Bukan salahnya kalau pihak pendakwa tidak dapat mengemukakan bukti kukuh untuk menyabitkan hukuman kepada anak guamannya. Itu sudah lumrah. Tiada bukti, tiada hukuman!

Hari ini satu lagi rekod tercipta dalam kariernya. Pasti esok bakal terpampang keputusan itu dimuka depan surat khabar, apatah lagi Datuk Helmi bukan calang-calang orang. Lelaki itu merupakan antara ahli perniagaan yang paling berjaya di Malaysia.

Entah berapa banyak harta lelaki itu pun dia tidak tahu. Bayaran yang diterima olehnya sudah berkali ganda dari bayaran yang pernah dia dapat sebelum ini. Tak perlu meminta, Cekap sahaja tangan itu melakar nombor di atas chek dan diserahkan kepadanya. Bagaikan apa yang diberi lelaki itu kepadanya hanyalah helaian daun kering. Dan dia pula bukanlah manusia bodoh yang tahu menolak rezeki yang terhidang dihadapan mata.   

“Jom Datuk.” Setelah selesai mengemas barang-barangnya Xander mula menapak. Melangkah beriringan dengan Datuk Helmi. Keluar sahaja dari muka pintu, bertalu-talu pancaran kamera terarah kepada mereka berdua. Secepat mungkin dia meloloskan diri. Tugasnya sudah selesai. Berhadapan dengan wartawan bukan lagi tanggungjawabnya. Pandai-pandailah Datuk Helmi uruskan sendiri.

“Kau bela pembunuh tu… Hidup kau tak kan bahagia.” Tersentak Xander bila tiba-tiba sahaja dia disergah. Terpancul wajah sepasang suami isteri dihadapannya. Sama seperti tadi, dia masih beraksi selamba. Tidak terkesan mendengar bicara itu.

“Dekat dunia kau orang mungkin terlepas.”

 “Kalau mak cik dengan pak cik tak puas hati, pergi buat rayuan.” Ringkas dia berkata sebelum terus berlalu. Ada banyak lagi perkara yang perlu dia lakukan dari melayan kerenah pasangan suami isteri itu.

Kalau betul pasangan itu mengambil berat tentang anak perempuan mereka, pasti sudah dikawal seketat mungkin pergerakan gadis itu. Ini diusia baru mencecah sembilan belas tahun sudah dibiarkan menjadi perempuan simpanan. Kalau mati dibunuh sekalipun perempuan seperti itu, dia tidak akan pernah rasa ralat.

Kalau diikutkan apa yang dia perolehi, dia yakin yang kekasih muda Datuk Helmi itu memang mati dibunuh. Tetapi datuk itu lebih licik. Semua bukti yang menjurus ke arah lelaki itu tiada..Bersih! Tiada apa yang dapat mengaitkan lelaki itu dalam pembunuhan Sharmila melainkan hubungan ‘sumbang’ antara mereka berdua.

Dia tidak tahu apa perasaan keluarga Sharmila dan Datuk Helmi bila perhubungan itu ‘ditelanjangi’ di hadapan mata umum. Habis segala apa yang berlaku didedahkan. Adakalanya dia sendiri jijik mahu menyebut apa yang terjadi dalam perhubungan itu. Tetapi memikirkan habuan yang bakal diterima, ditelan juga rasa itu.

Lebih parah bila dia melihat isteri Datuk Helmi, Datin Halina sentiasa ada disisi lelaki itu untuk memberikan sokongan. Dia sendiri tidak pasti sama ada datin itu bodoh atau apa. Tetapi bila difikirkan balik, mungkin juga kerana mak datin itu sendiri sudah kelabu mata ditabur dengan wang ringgit. Apa suami buat, itu belakang kira!

Pintu Alfa romeonya dibuka. Dilolos tubuh sasanya ke tempat pemandu. Dokumen yang digunakan semasa perbicaraan tadi di baling pada kerusi sebelah. Sempat dia menekan satu butang kecil. Sesaat kemudian, bergema keretanya dengan music keras yang sedikit berdetum. Keluhan kecil terhembus dari bibirnya bila melihat waktu yang terpampang pada permukaan dashboard.

“Damn!” Kalut dia menghidupkan enjin kereta. Seketika kemudian kereta mula meluncur laju. Membelah jalan yang sedikit sesak. Diselit keretanya dicelah-celah ruang yang ada. Sesekali dia menyanyi kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang.

Dua puluh minit selepas itu berkeriut bunyi tayar bergesel di atas tar. Dari dalam kereta di sudah dapat melihat wajah masam buah hatinya. Memandang sahaja wajah itu, terus dia terasa beban yang memberat di dalam fikirannya diangkat pergi. Pintu dibuka sebelum kalut dia melangkah ke arah taska.

“Sorry Lina. Saya ada hal tadi.” Xander berkata serba salah. Minggu ini sahaja sudah tiga kali dia terlewat menjemput Zandrea. Serba salah dia kerana terpaksa menyusahkan gadis itu menunggu kedatangannya.

“Tak apa Xander. Saya faham.” Lina berkata segan. Naik membahang wajahnya bila pandangan matanya bersabung pandang dengan mata lelaki itu. Sejak pertemuan pertama, dia sudah tertarik hati kepada Xander. Lelaki itu ada persona tersendiri walaupun nampak sedikit sombong.

Baginya, kelewatan lelaki itu memberikan peluang untuknya mendekati Zandrea. Untung-untung dapatlah dia menawan hati anak kecil itu. Kemudian senang sedikit kerjanya mahu menghimpit Xander. Hatinya semakin galak.

“Baby.” Xander menegur. Bag yang berada ditangan anak kesayangannya dicapai. Diusap rambut itu penuh kasih.

 “You’re late again.”

“Sorry Baby. Papa banyak kerja tadi.” Xander sudah membongkok. Dicuit pipi itu lembut. Semakin masam wajah anaknya kelihatan.

“Kita pergi KFC nak?” Xander cuba membeli hati anak kesayangannya. Segaris senyuman tergaris pada bibirnya bila melihat wajah itu kembali bersinar.

“KFC?... Bye-bye teacher.” Tangan kecilnya digoyang laju melambai sebelum tangan kasar papanya ditarik. Teruja mendengar janji yang ditabur oleh Xander.

“Saya balik dulu Lina. And again.. Thanks.” Xander angkat tangan sebelum berlalu mengikut tarikan tangan Zandrea. Sepanjang langkah riuh mulut itu berceloteh. Itu ini mahu dicerita.  

“Papa. Baby nak coslow yang paling besar.” Tangan didepangkan. Teranguk-anguk kepalanya.

“Yang kecil sudah. Tak habis nanti.”  

“Please..” Jari telunjuk didekatkan ke hidung. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah papanya mengharapkan persetujuan.  

“Okey. Tapi kena habiskan. Kalau tidak lepas ni papa dah tak nak beli.” Xander mengalah. Tak tahan memandang wajah penuh rayuan anaknya.

“I promise. Love you papa.” Zandrea tergelak kecil. Seronok kerana permintaannya mahu dipenuhi.

“Baby belajar apa tadi?” Seat belt ditarik dan dipasang pada badan anaknya. Dia bukan apa, Budak kecil itu mananya tahu duduk diam. Ada sahaja yang nak dibuatnya kalau tidak ‘ditambat.’   

“Teacher ajar menyanyi Five Little Ducks. Best tau papa.” Lima jarinya diangkat. membulat mata itu bercerita.

“Cuba menyanyi tengok. Papa nak dengar.” Xander kulum senyuman. Entah apa yang mahu direpekkan oleh anaknya lagi. Bulan lepas, musnah terus lagu Bangau Oh Bangau dek penangan anak gadisnya. Suka hati sahaja dipadankan jawapan dengan apa yang disukainya.

“Baby tak tahu.” Ditayang baris giginya yang cantik tersusun.

“Lah. Kata belajar.” Sekilas dipandang wajah itu sebelum dia tenang meneruskan pemanduan.

“Lagu tu panjang sangat lah papa. Nanti baby suruh teacher ajar yang pendek sikit.” Beria dia memberikan jawapan. Sesekali jemari telunjuknya diketuk pada dagu bagaikan berfikir.

 “Mother duck said quekk..quekk…quekk… Itu je baby tahu.” Tangan dikepak menayang gaya itik mengepit tubuh.

Tergelak Xander mendengar nyanyian sesaat anaknya. Hailah anak... Ada sahajalah nak dibuatnya.



“Baby nak apa?”   

“Baby nak dinner plate dua set. Coke untuk papa. Baby nak air yang colour merah tu.” Cekap dia membuat pesanan. Kakinya dijongket sedikit bagi menyentuh permukaan kaunter.     

 “Snack plate sudah. Banyak-banyak tak habis nanti.” Xander menegur. Selang sehari mereka ‘bertapak’ di KFC sampaikan anaknya itu sudah boleh menghafal setiap set KFC yang ada. Sabar jelah!

“Tapi papa janji nak beli yang besar.”

“Beli yang besar bukan beli yang banyak sayang. Ayam banyak-banyak tak habis nanti. Kalau tak cukup papa beli tambah. Tadi Baby cakap nak coslow bekas besar kan?” Xander menyoal kembali. Sudah dia agak, lain yang dikata lain pulak yang dibuat. Tak adanya janji ditepati!

“Hak arr. Baby nak itu sama.” Tanganya dibawa menunjuk ke arah gambar crushers.

“Itu dah tak adalah Baby.” Xander berkata ringkas. Diberitahu semula apa yang mahu dipesan kepada pekerja KFC. Kalau diikut selera anaknya, mahu terlebih makan pula dia nanti.

Selesai sahaja dia menggambil pesanan Xander menatang dulang bergerak menuju ke meja yang berada di penjuru yang paling hujung. Tidak mahu kebisingan menganggu perbualan antaranya dengan Zandrea. Apatah lagi sekarang dia begitu sibuk sampaikan masa yang diperuntukkan untuk anaknya menjadi terhad.

“Kenapa papa tak makan?” Mulut yang sudah kembung disumbat roti semakin muncung bila dia cuba untuk bercakap.

“Berapa kali papa pesan kalau ada makanan dalam mulut jangan cakap?” Zander menegur lembut. Air ditolak mendekati anaknya.

 Mendengar kata-kata papanya, dia hanya ketawa kecil. Bekas berisi coslow dicapai. Sesudu didekatkan ke bibir papanya.

“Biar Baby suap papa.”

“Ada apa-apa ke ni?” Xander turut tergelak. Rasanya dia sudah boleh meneka apa yang dirancang oleh anaknya bila sesudu demi sesudu coslow disumbat masuk ke dalam mulutnya.

“Papa dah kenyang. Baby makanlah.” Xander peluk tubuh. Tawa yang ditahan hampir terhembur melihat wajah masam anaknya. Sudah dia agak, tak adanya dapat habiskan.  

Bibir yang comot dikesat dengan tisu. Sesekali dia mengintai wajah papanya. Tersandar tubuh kecilnya pada kerusi.

“Kata nak habiskan.” Xander menegur. Bukan dia tidak nampak yang anaknya sudah seperti dugong terdampar. Tersandar kekenyangan.

“Baby mengantuk.” Mulut dibuka sebelum dipekup dengan tangan.

“Itulah papa dah cakap. Ambil yang kecil.” Tergeleng Xander melihat tingkah anaknya. Bukannya dia tidak tahu, taktik kering itu sudah selalu sangat anaknya tayang untuk melepaskan diri.

“Lain kali baby ambil yang kecil.” Dia menabur janji. Tangan diangkat tanda berikrar.

“Yeah..i know.” Melebar senyuman diwajah Xander. Kalau boleh dirakam, pasti sudah berguni janji yang ditabur oleh anaknya. Tapi satu pun tak boleh pakai. Bukti tak lengkap!

Surat cinta untuk Disana : X sempat nak mengedit…ejaan atau bahasa x betul abaikan..nanti ada masa saya ‘pebaik..’ utk yg x bc lg synopsis cerita ni boleh masuk group fb sy.. https://www.facebook.com/groups/621308791235302/ …papai…muahhh…

6 ulasan:

  1. hahaha comel je papa dgn ank dia. ;) . btw bestt (Y)

    BalasPadam
  2. Knapa tk ltk sinopsis kt blog jgk tt?

    BalasPadam
  3. best.. suka bila baca part Xander layan anak dia.. He such a caring father.. Cepat sikit sambung eh.. :)

    BalasPadam
  4. A bit hmmmm hmmmm apa ya...rasa x smpai lg...next chpter plk

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)