“Lisa cakap dengan abang, anak siapa dalam perut
tu?” Suaranya di kawal. Gadafi mengeluh resah. Sabarnya bila-bila masa sahaja
akan berterbangan. Dia geram memandang Larissa yang hanya tahu menangis.
Berpuluh kali di tanya sejak mereka balik dari klinik tadi, sepatah kata pun
tidak terkeluar dari bibir itu.
“Anak Lisa.” Ringkas dia berkata. Air mata yang
mengalir sedaya upaya di tahan. Namun semakin di sekat semakin banyak pula yang
mengalir.
“Abang tahu anak Lisa, tapi abang nak tahu siapa
bapak anak dalam perut tu.” Suara Gadafi meninggi. Terasa ada tangan yang
lembut membelai belakangnya bagaikan menyuruh dia bersabar.
“Lisa dah penat. Lisa nak rehat.” Tanpa menjawab
soalan abangnya dia pantas melangkah menuju ke bilik. Kaki yang terasa longlai
di seret sekuat mungkin.
“Abang belum habis cakap lagikan?” Kuat Gadafi
menempik. Pantang jika soalannya tidak di jawab. Apa susah sangat ke nak
bagitahu?
“Abang.. biar Lisa rehat dulu. Nanti kita bincang.”
Suryani menarik lembut tangan suaminya yang ingin melangkah mengejar jejak
Larissa.
Gadafi terduduk di sofa. Wajahnya di pekup dengan
kedua tapak tangan. Dia kecewa, sungguh kecewa. Langsung dia tidak menyangka
adik yang selama ini di tatang bagai minyak yang penuh sangup membuat onar di
belakangnya. Apa tidak cukupkah dengan ilmu agama yang dia terapkan selama ini?
Wajah isteri yang merenungnya penuh kasih di tatap.
Di sembamkan wajah ke bahu Suriyani. Tanpa segan dia menangis di bahu wanita
itu. Wanita yang telah bertahun hidup dengannya. Sangup bersama saat susah
senang.
“Abang jangan sedih. Nanti Yani cakap dengan Lisa
ya?” Dia paut erat tubuh itu dalam pelukkannya. tahu suaminya kecewa. Bertahun
menunggu berita gembira untuk kehadiran cahaya mata akhirnya keinginan yang
satu itu menjadi milik mereka. bertapa bahagia di kabarkan oleh doctor yang dia
mengandung, tetapi kegembiraan itu sementara sahaja sebelum Lisa yang turut
menemani mereka ke klinik rebah tidak sedarkan diri. Lebih mengejutkan adik
iparnya itu turut hamil, sama sepertinya.
………………………….
Larissa menangis teresak. wajah lelaki yang sedang
ketawa sinis di sisinya di pandang penuh benci. Kalau dia punya kekuatan sudah
di bunuhnya lelaki itu. Tanpa tahu salahnya dia menjadi mangsa kerakusan nafsu
lelaki itu.
“Kau nak aku bertanggungjawab? heyy… tolonglah. kau
tu layak jadi penyedap aku je.” Zafiq Haqweem ketawa geli hati bila Larissa
memintanya bertanggungjawab ke atas apa yang dia lakukan. Matanya nakal
menyorot tubuh Larissa yang hanya berbalut selimut tebal hotel. Dia benci
memandang wajah itu. Tapi dia puas.
sekurang-kurangnya dendam dia terbalas.
Dia tahu Larissa bekerja part time di hotel sebagai Housekeeping.
Kesempatan itu diambil dengan sebaiknya. Nampak sahaja Larissa pantas dia
berpura-pura pening kepala. Gadis yang bodoh itu pulak beria-ia ingin membantu
memapah menghantar dia ke dalam bilik. tutup sahaja pintu segalanya berubah.
“Kau memang jahanam Zafiq. Apa salah aku kat kau?”
Larissa masih menangis. Dia benar-benar takut. Tidak menyangka niatnya ingin menolong
lelaki itu mengundang padah. Lelaki yang di kenali kerana merupakan antara
pelajar yang terkenal di universitinya. terkenal dengan lagaknya yang angkuh,
kaya dan handsome. Pakej lengkap yang kononnya menjadi rebutan.
“Kau memang tak salah Lisa. Tapi
abang kau yang salah. Dia rampas Yani dari abang aku dan kau pembayar hutang
dia pada keluarga aku.” Zafiq tersenyum penuh bangga. Dia puas. Terasa beban
yang di pikul selama ini terlerai dari bahunya. Memandang wajah Gadafi
membuatkan dia sakit hati. Tetapi sukar dia ingin membalas dendam kepada lelaki
itu, dan sebagai pertukarannya Larissa yang menjadi mangsa.
“Abang kau yang salah. dia yang tinggalkan kak Yani
dulu.” Larissa menjerit kuat. kenapa silap orang lain dia yang mesti menjadi
korban? Dia tahu kisah percintaan kak Yani sebelum bertemu abangnya. Kisah yang
menyayat hati bila Kak Yani di tinggalkan semasa majlis akad nikah dengan
alasan yang sangat menguris hati. Zarif sudah bertemu dengan wanita lain,
wanita yang lebih di cintai berbanding dengan Suriyani. Abangnya yang merupakan
sahabat Zarif pula sangup menganti tempat Zarif Haqeem.
Saat Gadafi dan Suriyani mula menyulam bahagia Zarif
datang kembali menuntut haknya ke atas Suriyani. Hak yang langsung tidak pernah
wujud. Bila di tolak berkali-kali lelaki itu menjadi murung dan terpaksa
mendapatkan rawatan psikitrik.
“Abang kau yang rampas Yani dari abang aku. tapi
sekarang aku tak kisah. Kau dah bayar semua hutang tu pada keluarga aku.” Zafiq
ketawa besar. pantas dia bangun. Dia memandang sekilas Larissa yang memalingkan
wajah dari memandang tubuhnya. pakaian yang bertaburan di lantai kembali di
sarung ke tubuh sasanya.
“Ni bayaran atas layanan tip top kau tadi.” beberapa
keping duit seratus di tarik dan di baling ke arah Larissa yang masih
menangis.
“Kalau kau berani report polis, aku akan pastikan
abang kau dengan Yani tu tak lama hidup kat dunia ni.” Wajahnya di tunduk.
sebuah kucupan ingin di berikan di pipi Larissa. tetapi yang dapat hanya
tamparan kuat yang menyapa pipinya. Zafiq hanya tersengih. tamparan itu
langsung tidak menjadi kudis. dia dah dapat yang lebih berharga dari Larissa
dan dia tak mahu berkira dengan perkara yang kecil seperti itu.
“Kau akan dapat balasan nanti Zafiq.” Larissa
menjerit kuat. Tangisannya bertukar menjadi raungan bila Zafiq melangkah keluar
dari bilik hotel.
……………………….
“Kita report polis ye?” Hidayah turut menangis
memandang wajah Larissa yang suram.
“Aku tak nak. Kau kenalkan Zafiq tu macam mana? dia
sangup buat apa saja asal hasrat dia tercapai.” Larissa pantas menolak. dia
tidak mahu abang dan kak iparnya di apa-apakan. hanya mereka berdua yang
menjadi nadi hidupnya selama ini.
“Tak kan kau nak biarkan macam tu je? Dulu lagi masa
dia rogol kau aku dah suruh kau buat report polis tapi kau tak nak. Ni kau dah
mengandung. Abang Gadafi dengan Kak Yani dah sibuk soal jawab dengan aku tanya
siapa yang rosakkan kau. aku dah tak sangup nak bohong Lisa. Cuba kau terus
terang kat abang kau, mana tahu dia boleh tolong.” Hidayah memujuk lembut. Dia
benar-benar terperanjat bila Larissa memberitahu yang dia mengandung. Ketakutan
yang dirasai Larissa bagaikan turut dirasai olehnya.
“Aku tak boleh Hidayah. Aku tak sampai hati nak
cakap yang aku jadi macam ni sebab dendam Zafiq pada dia dengan Kak Yani. Kau
pun tahu kan…aku ada abang Gadafi je kat dunia ni.” Larissa terasa sebak. Dia
tak sangup membiarkan abangnya menangung rasa bersalah. Pengorbanan lelaki itu cukup
besar untuk menjaga dia.
Sedari umur 11 tahun lagi dia sudah kehilangan ibu
bapa. Pada neneknya yang sudah berusia mereka menumpang kasih. Kesihatan nenek yang
tidak menentu membuatkan Gadafi yang berumur 16 tahun ketika itu bertindak
sebagai penjaga dia. Bekerja sambil belajar. Bahkan lelaki itu langsung tidak
pernah menikmati zaman remaja kerana sibuk mencari rezeki bagi membesar dan
menyekolahkannya.
Disebabkan itu juga dia mahu berdikari. Kononnya mahu mencari duit poket sendiri tanpa mengharapkan bantuan Gadaffi. Walaupun hanya jawatan 'pengemas bilik' dia tetap berbanga. Malangnya tindakan yang diambil ternyata mengundang musibah. Sesekali terbit perasaan menyesal kerana tidak mengikut cakap Gadaffi melarangnya bekerja.
“Ni kau nak buat mcam mana? kau nak gugurkan ke kau
nak teruskan juga kandungan kau ni? Kita ada lagi dua bulan je Lisa nak tamatkan
pengajian.” Hidayah mengeluh resah. terbayang wajah tampan Zafiq membuatkan dia
hampir menjerit.
“Aku nak teruskan. lagi dua bulan kandungan aku baru
masuk 4 bulan. aku rasa tak siapa perasan. lagipun kau tengoklah badan aku
besar mana.” Larissa tersenyum. Berusaha menenangkan hati sendiri. dia takut
sebenarnya tapi hendak mengugurkan kandungan tidak sesekali. anaknya tak
bersalah, dia yang salah sebab terlalu bodoh.
“Kau tak nak jumpa Zafiq? mintak dia
bertangungjawab.” Hidayah memberi cadangan. Wajah Larissa yang suram di renung
penuh kasihan. nampak sedikit cengkung. Larissa mempunyai wajah yang cantik
sebenarnya, badan gadis itu juga tidaklah besar seperti yang di katakana. Cuma
agak berisi tetapi bukan gemuk. Hanya Larissa yang tiada keyakinan diri.
……………………………
Zafiq tersengih. Dia merenung wajah Larissa dengan
pandangan mengoda. Liur di telan sedikit bila membayangkan tubuh montok itu yang
pernah menjadi santapannya 4 bulan dulu.
“Aku ada hal nak cakap dengan kau.” Larissa berkata
lemah. matanya di larikan ke arah lain. Tidak sangup memandang wajah Zafiq.
Semangat yang di kumpul berbulan dahulu bagaikan terbang melayang. perutnya
yang mula membuncit di sentuh seperti ingin mencari kekuatan. Hari ini
merupakan hari terakhir dia dia universiti. Baru beberapa belas minit dia
menyudahkan kertas exam terakhir.
“Kenapa? rindu aku ke?” Zafiq bertanya nakal. Di
hatinya langsung tidak terdetik rasa kesal. Saban hari dia melihat wajah itu. Hanya
Larissa yang tidak perasan. Sesekali timbul niat nakal ingin mengulangi lagi
perbuatannya tetapi pantas otak rasionalnya menegah.
“Boleh kita cakap kat tempat lain tak?” dia tidak
selesa bila mana berpuluh pasang mata bagaikan mencuri memandang ke arahnya dan
Zafiq.
“Nak cakap apa sayang? ” Bila mereka berada jauh
dari penuntut lain, Zafiq mula beraksi nakal. Seronok membangkitkan rasa marah
Larissa. Tangannya cuba memegang pipi Larissa yang nampak menembam. Tetapi dia
tertawa bila mana gadis itu pantas menjarakkan tubuh mereka. di pandang wajah
yang mencerlun tajam memandangnya. liur di telan sedikit.
“Aku nak kau bertanggungjawab.” Dengan sedikit tegas
Larissa berkata. Demi kandungannya dan maruah yang masih sedikit bersisa dia
berharap Zafiq sudi bertanggungjawab atas kandungannya. Dia takut sebenarnya
menghadapi pandangan masyarakat.
“Wooo…Ni apa kes nak bertangungjawab segala?” Zafiq
bertanya sinis.
“Aku dah mengandung anak kau. Aku nak kau
bertangungjawab.” Semakin tegas Larissa berkata. Malunya sudah tidak tergambar.
Tetapi dia tetap ingin mencuba nasib. Wajah Zafiq yang kaku memandangnya
direnung. Lama lelaki itu mendiamkan diri.
“Apa kau merepek ni? Entah anak siapa dalam perut tu
suka hati kau nak aku jadi pak sangup. Sorry
ok. Lagipun aku bukan orang pertama sentuh kau kan? dah berapa banyak
jantan kau usung. Bila perut dah berisi mula nak cari mangsa. Aku bukan bodoh
lah.” Zafiq sedikit membentak. Dia takut sebenarnya. Mustahil dengan sekali
sentuhan Larissa boleh hamil. Sengaja dia menuduh sedangkan dia tahu hakikat
sebenar. Larissa masih suci bila mana kegadisannya dia ragut.
‘Panggggg’
Berombak dada Larissa bila tamparan keras di hadiahkan kepada Zafiq. Air
matanya mula menuruni lekuk pipinya. Hanya Allah tahu bertapa dia rasa terhina.
“Kau jangan hina aku. Kau tu lebih teruk dari
binatang. Aku takkan lupa apa yang kau buat kat aku Zafiq. Takkan.” Dia pantas
memejamkan mata bila Zafiq mengangkat tinggi tangannya seperti ingin membalas
tamparannya.
“Aku takkan kotorkan tangan aku pegang keturunan
hina macam kau. Anak dalam perut kau tu bukan anak aku. Kau cari orang lain
jadi pak sangup.” Zafiq berbisik di telinga Larissa yang masih terpejam
bagaikan menanti tamparannya. Pantas di berlalu.
“Zafiq….Zafiqqq….. Larissa menjerit memanggil lelaki
itu sebelum tubuhnya melolot jatuh melutut. Tangisannya terhembur lagi buat
sekian kali.
.............................
“Nak makan?” Suriyani bertanya lembut. dia tersenyum
memandang Larissa yang nampak begitu pucat. Bersyukur kandungannya tidak
mengalami sebarang masalah. bahkan dia juga terlepas dari morning sickness, cuma Larissa yang sedikit teruji. Alahan adik
iparnya begitu teruk.
“Tak nak kak Yani. Abang mana?” Larissa bertanya
lembut. mengingatkan Gadafi dia terasa ingin menangis. hubungan mereka sejak
dia di sahkan mengandung tidak pernah baik. Cakap lelaki itu sentiasa sinis. Terasa
dirinya begitu hina pada pandangan mata abangnya.
“Abang keluar beli barang sikit. Jadi tak Hidayah datang?”
Perut Larissa yang agak besar di renung. Entah siapa bapa kepada kandungan itu.
Semakin di tanya semakin diam adik iparnya. Sudahnya mereka sudah malas
bertanya.
“Assalamualaikum”
“Panjang umur dia kak.” Dengan langkah perlahan dia
mengatur langkah menuju ke pintu. Kandungan yang bila-bila masa akan menjengah
dunia sesekali di usap penuh kasih. Walau apa yang terjadi dia akan membesarkan
anaknya dengan penuh kasih sayang. Kesilapan yang dilakukan oleh ‘ayah’ anak
dalam kandungannyabukanlah alasan untuk dia bersikap kejam.
“Dah jom duduk. Ni aku ada bawak pulut mangga untuk
kau dengan Kak Yani.” Hidayah mengangkat plastik yang di pegangnya. Tangan
Larissa di paut. Perlahan-lahan dia memimpin Larissa menuju ke dapur. Sebelum
itu sempat dia mengunci kembali pintu yang di buka.
“Kak Yani sihat?” Tersenyum Hidayah memandang
Suriyani. Perut Suriyani juga sama besar dengan Larissa.
“Sihat. Lisa ni je yang tak berapa nak sihat. Alahan
dia sampai sekarang ada lagi.”
“La ye ke?” Kau masuk baring jelah Lisa. Jom aku
papah kau. Patut tengok semcam je. Tangan kau aku pegang tadi pun rasa panas
semacam. Kau demam ke?” Hidayah bertanya risau. Bila melihat gelengan Larissa
dia mengeluh kecil.
“Lisa demam ke? kenapa tak cakap?” Suriyani pantas
meletakkan tangannya ke dahi Larissa. Dia mengeluh kecil kemudian.
“Panas ni. Abang tak balik lagi nak ajak ambil
ubat.”
“Tak pa kak Yani. Lisa demam sikit je ni. Kejap lagi
ok lah.” Larissa tersenyum. Dia tidak mahu mereka risau. Sudah tak sangup
menyusahkan Suriyani dan Gadafi. Kesudian abangnya membenarkan dia terus
tinggal bersama mereka sudah cukup baik. Dia sudah tidak mampu meminta lebih.
Selepas dia selamat melahirkan dia mahu mencari kerja dan membesarkan anaknya
sendiri.
“Panas lah Lisa. aku hantar kau jelah pergi Klinik.”
Hidayah berkata risau.
“lepas aku rehat ok la ni. Dah jom papah aku masuk
bilik.” Larissa tersenyum memandang Hidayah yang membuat muka. tanda tidak
berpuas hati.
“Lisa masuk bilik dulu ye Kak Yani.” Wajah Suriyani
di tatap sekilas sebelum perlahan-lahan dia menapak menuju ke bilik.
……………………………………….
“Sampai bila nak jadi macam ni Lisa? Kau tak nak
cerita kat abang Gadafi ke?”
“Aku tak nak dia rasa bersalah. Aku dah cakap dekat
kau kan?” Larissa berkata lembut. Wajah Hidayah direnung. Senyuman ikhlas diberikan.
“Aku tahu. Tapi tak kan kau nak lepaskan jantan tu
macam tu je?” Hidayah bertanya sedikit geram. Nadanya meninggi.
“Isyy kau ni. Dengar dek Kak Yani kang.” Larissa
menjegilkan matanya. geram dengan Hidayah. Sudah berkali-kali dipesan. Dia
tidak mahu lagi mengungkit tentang kisah lalu. Tetapi mulut Hidayah bagaikan
burung kakak tua yang selalu berkata benda yang sama berulang kali.
“Biarlah kak Yani dengar. Nanti biar dia bagitahu
abang Gadafi yang adik dia ni kena rogol dek Zafiq yang konon kononya nak balas
dendan demi siapa tu… abang dia nama apa? Zarif ke? Ha betullahkan Zarif? Dah
gila pun nak susahkan orang lagi... “ Semakin tinggi nada suara Hidayah. Geram
dengan sikap beralah Larissa.
“Hidayah!!!” Sedikit terjerit suara Larissa. geram
dengan sikap Hidayah. Semakin di tegur semakin sengaja nak menyakitkan hati
dia.
“Aku tak faham kau ni. Kalau orang lain kena rogol
dah sibuk nak buat laporan polis. Apasal kau tak nak? Apa yang kau takutkan
sangat? Sebab dia nak orang kaya? Macam tu? Abang Gadafi pun kaya jugakkan
sekarang ni?” Semakin keras suara Hidayah. Dia tak tahu apa yang di takutkan
sangat dengan ugutan Zafiq. Entah mengapa kadang-kadang akal negetifnya seakan
mahu menuduh yang Larissa lakukan perbuatan terkutuk dengan Zafiq adalah kerana
suka sama suka.
“Kaya mana sangatnya abang aku. Dia baru nak bina
empayar sendiri. itupun belum stabil. Aku takut nanti keluarga Zafiq buat
macam-macam nak hancurkan hidup abang dengan kak Yani.”
“Sesekali tu Lisa tolonglah ada sikap pentingkan
diri sendiri sikit. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku rasa kalau abang kau
tahu dia takkan biar Zafiq aniaya kau.”
“Betul ke apa yang Hidayah cakap Lisa?” Suriyani
menyoal dengan nada hiba. Bergetar tangannya yang memegang pinggan berisi pulut
mangga. Rasa di dalam hatinya sudah bercampur baur.
“Tak kak Yani. Ni salah faham je.” Larissa cuba
menafikan. Pucat wajahnya memandang Suriyani yang entah bila mendengar
perbualan mereka. Wajahnya bertambah pucat bagaikan tidak berdarah bila
memandang wajah Gadafi yang nampak memerah tanda marah.
“Abang nak Lisa cerita benda betul
sekarang.” Gadafi menjerkah kuat. Dia bukan marah dengan Larissa. tetapi
marahnya lebih kepada diri sendiri. Tidak menyangka adiknya terpaksa lalui semua
itu di sebabkan dia.
“Tak bukan macam tu. ni salah faham
je.” Larissa cuba menafikan.
“Kalau kau tak nak cerita, biar aku yang cerita.”
Hidayah turut marah bila Larissa tidak sudah mahu menafikan. Susah sangatkah mahu
berterus terang?
Surat Cinta Untuk Disana : Alohaa... Ini cerpen yang ditulis zaman purba kala...Tak tahu 'bermadah berhelah' lagi..main taip saja... Tp sj letak untuk mngimbas kenangan lalu... Haha...(bajet tua benor)...kot ada yang terlebih terkurang (banyak kuranglah lebihnya :)) harap dimaafi...sebarang ketidakpuasan hati boleh komen di bawah....
sambungan dia ada tak? citer ni menarik
BalasPadamada kurakura... cuma x pasti bila nyambungnyer...hahaha
PadamCik Penulis, silalah sambung... nk jugak tau apa jd pada LArissa....
BalasPadamakan di sambung....tungu yer.. :)
Padamcepatlah sambung ya tq.
BalasPadambest2.. smbng lagiiiiiii
BalasPadamBest sesangat..miss cempaka rembulan smbung la lagi.. :)
BalasPadamawak .. tolong la sambung.. argghhh sdpnye cite die :(
BalasPadamcrita ni dah siap dah sbenarnya...tngok dkat sbelah kiri...betul Mak Cik Cerpen...Ada dekat situ... :)
Padam