Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 26 April 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 11





            Yuyu memperbetulkan ikatan apron di tubuh. Tangan digengam erat. ‘Yakin berusaha pasti berjaya’. Kata itu diulang berulang kali di dalam hati. Matanya membulat memandang bahan-bahan di atas meja. Merasakan ada yang kurang Yuyu mengeluarkan kembali resepi di dalam poket seluar.
           
            “Dua cawan tepung gandum, dua cawan serbuk koko, satu sudu kecil baking powder, satu sudu kecil soda bikarbonat, butter cup dua ratus lima puluh gram.” Yuyu meliarkan mata diatas meja mencari butter cup. Tiada. Kakinya melangkah pantas ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka. Wap sejuk yang berlumba-lumba keluar terasa menyegarkan. Terjumpa apa yang dicari dia menutup kembali pintu peti sejuk.

            “Dua cawan gula dikisar halus, empat biji telur, dua cawan susu coklat dutch lady atau apa saja asalkan susu coklat, satu sudu kecil esin vanilla.” Yuyu tersenyum puas bila semua bahan yang di perlukan ada. Matanya di kecilkan sedikit bila terpandang tulisan di belakang resepi. ‘Dengar lagu sambil buat kek, baru kick.’ Dia ketawa kecil. Sempat lagi tu. Dalam hati dia mengakui pesanan itu. Masak sambil mendengar lagu memang asyik.

            “Tak jadi kek aku, siap kau Camelia.” Teringat pagi tadi semasa dia meminta resepi kek coklat dari Camelia. Terbahak kawannya itu ketawa. Macamlah dia kata sesuatu yang sangat mengelikan hati. Walaupun dia sedar ketawa itu mengandungi unsur ‘memandang rendah’ tahap keupayaan dia memasak.

            Memang dia harus akui yang dia sangatlah teruk kalau di dapur. Masak telur goreng pun kadang-kala hangus. Ini semua abah dan umi punya pasal. Semua benda dia tak boleh buat.

            ‘Nanti minyak meletup. Habislah anak abah’. Itu kata-kata abah. Umi lagi teruk.

            ‘Nanti dah kawin cari orang gaji yang pandai masak’ Kadang-kala di rasakan dia dah macam tuan puteri. Sudah terbiasa dimanjakan, jadi satu benda pun dia tak tahu.  Makan saja yang dia tahu. Itulah sebabnya dia nak tinggal di rumah sendiri. Walaupun telur digoreng banyak yang menjadi hitam dari putih, walau nasi dimasak kadang-kala mentah dan ada kalanya pula lembik, tetapi dia tetap berbangga pada diri sendiri. Sekurang-kurangnya dia mencuba.

            Bunyi siren yang kuat membuatkan Yuyu tersentak. Apa punya radiolah. Dalam hati dia mengomel geram. Macamlah tiada bunyi lain hendak dipasang.

            Mangkuk besar dicapai. Misi yang tergendala dek kerana berkhayal harus diteruskan. Resepi di letakkan di atas meja.

            “Mula-mula ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.” Resepi dibaca. Dalam pada masa yang sama tangannya cekap mencapai bahan-bahan yang di perlukan.

            “Letak coklat lebih sikitlah.” Dari dua cawan menjadi dua cawan setengah. Ayakkan bermula. Bersememeh mukanya apabila tepung diayak terlalu kuat sehingga beterbangan. Baru separuh ‘perjuangan’ bermula, bunyi loceng rumah yang ditekan berulang kali membingit kuat di telinganya.

            “Abang ni tak reti sabar ke?” Tanpa memandang Yuyu terus menyergah. Tak perlu melihat kerana dia tahu hanya Camarul sahaja yang suka menekan loceng berulang-kali.

            Warghh, apa kena tu?” Camarul terundur sedikit. Dah macam terjatuh dalam tepung sahaja wajah adiknya.

            “Apa?” Yuyu bertanya bila jelas dimatanya Camarul kelihatan terperanjat.

            “Itu muka, apasal?” Dia bertanya. Dalam pada masa yang sama tubuh adiknya di tolak sedikit. Pantas dia meloloskan diri ke dalam rumah. Menunggu untuk dijemput masuk entah bila tahun.
            “Orang nak buat kek.” Yuyu menutup pintu dan pantas mengikut langkah Camarul menuju ke sofa.

            “You what?” Camarul menghentikan langkah. Dia berpusing mengadap Yuyu. Telinganya ditarik-tarik untuk memastikan dia tidak tersalah dengar.

            “Nak buat kek.” Yuyu menjawab malas. Ini seorang lagi. Suka memandang rendah betul!. Dia merengus jengkil bila Camarul memulakan sesi ketawa.

            “Ha ketawalah, ketawa sampai pecah mulut. Nanti kek Yuyu dah jadi, jangan mimpi abang nak makan.” Ugutan diberi. Ini Yuyu tahu. Pemegang rekod silambam tanpa kalah peringkat sekolah rendah. Pantang kalah, pantang menyerah. Kejap lagi kalau kek dia menjadi dia nak tayang muka eksyen depan Camarul.

            Dia melangkah kembali menuju ke dapur. Perjuangan belum selesai. Misi harus diteruskan. Camarul melangkah mengikut Yuyu ke dapur.

            “Nak abang tolong?” Kerana rasa bersalah yang sedikit melanda membuatkan Camarul bertanya.
            “Tolong tengok udah ler. Karang benda nak jadi habis lingkup.” Mendengar jawapan Yuyu memuatkan Camarul tersengih. Marah lah tu. Tapi ada dia kisah? Kejap lagi hilanglah marah Yuyu.

            Yuyu meneruskan ayakkan bahan-bahan tadi. Setelah selesai dia letakkan ke tepi. Resepi dijengah kembali.

            Camarul turut memjengah. Resepi yang ditulis dibaca perlahan. Langkah yang di perlukan tidaklah terlalu banyak. Kalau tidak menjadi jugak tak tahulah apa nak kata.

            “Pukul butter cup bersama gula sampai kembang.” Yuyu memasukkan bahan-bahan ke dalam mixer. Butang nombor lima ditekan.

            Camarul ketawa kuat. Memang gagal. Dalam pada masa yang sama dia menutup suis mixer. Wajah Yuyu yang terpalit dengan ketulan butter cup dan gula mengelikan hati. Ketawanya semakin kuat bila Yuyu menjeling tajam.

            “Bukalah butang perlahan dulu cik adik oi. Dah hancur sikit baru kuatkan.” Camarul mengeluh simpati. Inilah masalahnya kalau dari kecil dimanjakan sangat. Satu apa pun tak tahu nak buat.

            “Kenapa tak cakap awal-awal?” Yuyu bertanya tidak puas hati. Ditarik hujung apron dan wajahnya yang bertempek dengan segala macam bahan disapu.

            “Eh, salah kita pulak. Dia tu yang memandai sendiri. Dalam resepi tu tak tulis ke?” Camarul sempat menyindir. Bagus betul siapa yang menulis resepi kepada adiknya. Satu persatu langkah-langkah di terangkan. Mesti ‘penulis’ tu tahu adiknya memang tak boleh di harap kalau bab masuk dapur. Tapi sayang dalam detail pun ada juga yang tertinggal.

            “Kalau teror sangat cuba abang buat.” Yuyu mencabar. Rasa panas pulak hatinya apabila asyik disindir.

            “Kalau abang buat, apa abang dapat sebagai balasan?” Camarul bertanya. Hatinya sudah berbunga indah bila terbayang apa yang bakal Yuyu lakukan nanti.

            “Yuyu basuh baju abang sebulan.” Terus dia berjanji. Orang kalau cakap besar ni, buat kerja payah menjadi. Pantas dia membuat andaian sendiri. Kalau menjadi macam mana? Takut pula Yuyu membayangkan yang dia terpaksa menjadi ‘orang gaji’ yang tidak dibayar gaji. Buat kerja percuma.

            Dalam hati dia berdoa kek yang di buat Camarul bantat. Kalau keras jadi biskut pun bagus jugak. Lagi bagus kalau hangus terus. Membayangkan kemungkinan yang bakal berlaku sudah cukup mengembirakan hati Yuyu. Di ketawa kecil kerana terlalu gembira.

            “Ok deal.” Camarul tersengih. Macam tahu-tahu saja. Memang tawaran basuh baju itulah yang dinantikan. Di rumahnya ada tiga bakul besar baju yang belum di basuh. Cadangnya nak di hantar ke dobi. Tapi alang-alang dah ada orang nak jadi ‘sukarelawan’, rasa rugi pulak duit di rasakan. Baik hantar kepada yang free.

            Tempat Yuyu di ambil. Apron bertukar tuan. Resepi di atas meja di jengah. Belum sempat dia membaca pantas Yuyu menarik resepi dan dilipat-lipat lalu di masukkan ke dalam poket seluarnya.

            “Orang kalau pandai sangat tak pakai resepi segala.” Kening diangkat sebelah. Pandangan memcabar di berikan.

            “Kejam betul.” Camarul merengus kasar. Resepi yang sempat dibaca tadi sedaya upaya cuba di ingat langkahnya. Setelah mengingati serba sedikit langkah yang perlu dilakukan, dia pantas membuka kembali butang mixer. Setelah beberapa minit butter cup dan gula yang dipukul mula mengembang dan bertukar ke warna sedikit keputihan.

            mixer dilaraskan pada butang yang paling perlahan. Bekas berisi telur di capai. Dia mula memasukkan satu persatu telur ke dalam bekas adunan. Setelah dikacau rata, dia mengambil susu coklat dan dituang perlahan-lahan.
        
                 “Tolong bagi esen vanilla kejap.” Camarul meminta kepada Yuyu yang berdiri berhampiran botol berisi esen vanilla. Camarul menyambut botol yang di serahkan oleh Yuyu. Tudung dibuka. ‘Berapa sukatan entah?’ Berkerut muka Camarul ingin mengingati sukatan yang perlu digunakan.

            Yuyu tersenyum. Tanda terlupa sudah ada. Bagus-bagus. Baru sahaja ingin bergembira, sesaat kemudian terus wajahnya masam bila Camarul mengambil sudu kecil yang bergantungan di atas meja.

            “Ingat abang terlupa ke?” Camarul bertanya. Bukan dia tidak nampak reaksi gembira Yuyu bila dia seakan tidak mengingati step yang harus dilakukan. Bila dia mencapai sudu terus padam riak gembira tersebut.

            Sesudu kecil asen vanilla dia masukkan. Kemudian bekas berisi bahan-bahan yang diayak oleh Yuyu tadi di ambil. Sedikit demi sedikit dia memasukkan bahan-bahan itu ke dalam mixel. Bila agak sebati dia melajukan sedikit putaran. Setelah berpuas hati, mixel ditutup.

            Yuyu yang teruja memandang adunan yang kelihatan menyelerakkan, pantas mencuit sedikit dengan hujung jari. Terpejam mata Yuyu bila keenakkan rasa coklat menyapa lidahnya.

            “Sedapkan?” Dengan riak penuh bangga Camarul bertanya. Sampai terpejam-pejam mata. Mesti sedap punyalah.

            “Tak.” Sepatah sahaja ayat yang keluar dari bibir Yuyu. Walaupun hati sebenarnya mengiyakan. Memang terbaiklah.

            “Kedengki betul.” Tangannya mengambil sekeping kertas minyak yang dipotong bulat. Loyang yang di letakkan bersebelahan dengan mixer turut di capai. kertas minyak kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas loyang.

            “Marjerin ada tak?” Camarul bertanya.

            “Kejap nak ambil.” Yuyu melangkah laju menuju ke peti sejuk. Dia bagaikan terlupa dengan ‘doa’ supaya kek Camarul tidak menjadi.

            “Nah.” Yuyu menyerah bekas berisi marjerin kepada Camarul.

            Camarul merenung kertas minyak lama. Dia kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Kertas minyak di dalam bekas loyang di ambil lalu di letakkan kembali ke atas meja. Dengan mengunakan berus dia menyapu terus majerin ke dalam loyang.

            “Orang sapu atas kertas minyaklah.” Yuyu menegur bila di rasakan step Camarul mula tersasar.

            “Tahu. Tapi ada cara yang lagi bagus.” Setelah marjerin disapu rata dia mengambil bekas berisi tepung gandum. Beberapa sudu tepung dimasukkan ke dalam loyang perlahan-lahan dia menyengetkan ke kiri dan ke kanan agar tepung serata di dalam loyang. Setelah berpuas hati tepung yang masih bersisa di dalam bekas di tuang ke dalam sinki.

            “Tolong abang.” Camarul menuang perlahan-lahan adunan kek ke dalam bekas loyang. Sementara Yuyu membantu mengeluarkan adunan kek yang melekat di dalam bekas ke dalam loyang dengan mengunakan spatula. Setelah berpuas hati Camarul memasukkan bekas loyang ke dalam microwave. Suhu dilaraskan sehingga 180 darjah calcius dan masa selama 45 minit.

            Camarul tersandar kepenatan. Peluh yang merinik di dahi di sekat dengan tapak tangan.

            “Jangan rehat lama sangat. Ni siapa nak kemas?” Yuyu bertanya. Pandangan matanya dibawa menjelajah segenap ruang dapur yang tidaklah sebesar mana. Serabut pulak matanya memandang ruang dapur yang sudah seperti tempat pelupusan sampah. Berselerak dengan tepung bersepah di lantai.
           
          “Abang dah buat kek, Camelia la yang kemas.” Camarul menjawab malas. Perlahan-lahan dia menapak ke ruang tamu. Penat di bengkel belum hilang bertambah pulak penat membuat kek. Sengaja cari masalah betul. 

            “Eh, apa pulak. Buat kerja bagi selesailah.” Yuyu memprotes. Matilah dia nak mengemas semua ini. Sudahlah lantai penuh tepung. Extra butter cup dan marjerin. Ingat dia rajin sangat ke?

            Dalam pada masa yang sama laju tangannya mencapai bekas-bekas yang telah di gunakan dan di bawa ke sinki. Bahan yang masih berbaki di simpan ke dalam peti sejuk. Mahu tidak mahu dia tahu memang dia kena cuci jugak. Hendak diharapkan Camarul? Kirim salam sajalah.

            Tuala bersih dicapai. Dicuci dahulu mana-mana tempat yang terpalit dengan kotoran. Setelah itu barulah dia mula menyapu. Selesai menyapu dia menuju ke bilik laundry. Botol berisi Ajax digoncang-goncang. Yuyu mengeluh geram. Saat-saat genting macam nilah kau nak habis. Nak buat macam mana ni? Hendak ke kedai, malas pulak. Hendak dibiarkan lantai rumahnya tanpa di mop memang tak patut pulak dirasakan.

            Yuyu tersenyum senang. Bekas berisi air yang di campur dengan Downy Paison Dance menyapa deria baunya. Dalam hati dia memuji diri sendiri. ‘Memang tidak dapat dinafikan aku pandai.’ Mop dicelup ke dalam air. Aktiviti membersihkan lantai di mulakan sambil dia menyanyi perlahan.
................................

            “Wah pandainya Yuyu.” Yuyu gembira. Tangannya di tepuk kuat tanda suka. Ini kalau cerita dekat abah dengan umi mesti tak percaya.

            “Banyaklah kau punya pandai.” Camarul mengeluarkan kek dari microwave dengan berhati-hati dan di letakkan di atas meja yang sudah dilapik dengan papan pemotong.

            “Kenapa tak terbalikkan terus?” Yuyu kehairanan. Bukan selepas keluarkan dari microwae kena keluarkan terus dari loyang ke?

            “Tunggu sejuk kejap baru terbalikkan.” Kek yang terbentuk elok nampak menyelerakan. Dia ingin mencubit sedikit, belum pun sempat ingin menyentuh permukaan kek, tangannya terasa perit.

            “Kenapa ni? Sakit tahu tak?” Dia bertanya geram. Digosok-gosok tangan yang mula memerah dek terkena cubitan halus Yuyu.

            “Kek ni hak milik Yuyu. Jangan memandai nak sentuh.”
        
            “Weh, abang ada share dalam pembikinan kek ni tahu. Dasar kedekut!.”

            “Tak dengar.” Yuyu menutup telinga.

            Camarul terus duduk di atas kerusi. Letih betul ada adik suka berkira. Liur di telan bila terbayang keenakkan kek coklat. Terus perutnya terasa berkeroncong.

            Yuyu ketawa bila perut Camarul berbunyi kuat. Lapar sangatlah tu. Bukannya tak tahu dia mana pandai masak. Lain kali nak datang makanlah dulu bagi kenyang. Ini tidak tahunya nak habiskan jugak beras di rumahnya.

            “Yuyu ada masak nasi lemak dengan sambal telur petang tadi. Ada lebih lagi rasanya.”

            “Orang nak makan kek, bukan nasi.” Camarul menjawab malas. Walaupun tawaran Yuyu agak sedap didengar tetapi perasaan was-was masih ada. Nasi lemak sambal telur? Kedengaran sedap, tetapi rasanya tak tahulah sesedap nama ataupun tidak.

            “Kek ni nak bagi kat abahlah. Esokkan hari jadi abah.”

            Mendengar kata-kata Yuyu membuatkan Camarul menepuk dahi. Macam mana boleh terlupa ni?

            “Terlupalah tu.”

            “Tak ingat langsung.” Camarul berkata perlahan.

            “Mana nak ingat kalau asyik fikir kerja saja.” Yuyu melangkah ke peti sejuk dan mengeluarkan air fresh orange. Tekaknya terasa dahaga tiba-tiba.

            “Nak segelas.” Melihat Yuyu minum terasa sedap pulak. Tekak terus terasa dahaga. Perut yang sekali lagi berbunyi membuatkan Camarul mengambil pinggan dan membuka bekas nasi. Aroma nasi lemak kuat menyapa hidung.

            “Nampak macam sedap.” Ayat itu terluah dari bibir Camarul.

            “Nak tahu sedap ke tidak cuba rasa dulu.” Mendengar kata-kata Camarul tadi membuatkan Yuyu terasa bangga terhadap diri sendiri.

            Sambal telur diambil sedikit. Dia kalau makanan bersambal memang kureng. Lidahnya tidak tahan pedas.

            Camarul mencuci tangan. Setelah berdoa dia mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Buat pertama kali dirasakan masakan Yuyu terasa sedap. Nasi cukup lemak manis dan garam. Walaupun tidak sehebat mana, dirasakan peningkatan memasak Yuyu agak mengagumkan. Di gaulkan nasi dengan sambal. Baru sahaja mencecah mulut, terus berkerut dahinya.

            “Apa rasa ni?” Terus pertanyaan terluah. Pelik benar rasanya.

            “Tadi Yuyu lambat tutup api. Hangit sikit. Nak kurangkan bau, Yuyu tambahlah gula dengan air asam.”

            Teranguk-anguk Camarul mendengar kata-kata Yuyu. Patutlah teruk benar rasanya. Baru dia memuji. Rasa macam nak tarik balik sahaja pujiannya tadi.

            “Cepatlah makan. Jom kita buat toping pulak.”

            “Buatlah. Abang nak makan ni.” Camarul meneruskan suapan. Walaupun rasa sambal sangatlah teruk tetapi dek kerana perut yang benar-benar lapar dia teruskan juga menjamah.

            “Tak tahu. Nanti tak jadi.” Yuyu mengeluh.

            “Ikut resepi. Buat toping mudah sajalah.”

            “Ajarlah.”

            “Ada bekas double boiler tak?” Camarul bertanya. Suapannya terus terhenti. Dia merenung wajah Yuyu yang jelas kehairanan.

            Yuyu mengerutkan dahi. Apa kebenda double boiler tu? Makhluk dari spesis terancam ke?

            “Apa tu?” Dia bertanya.

            Mendengar pertanyaan Yuyu membuatkan Camarul mengeleng kepala. Satu habuk pun tak tahu. Memang masalah betul!

            “Kalau tak der ambil belanga, letak air dalam tu. Biar mendidih. Lepas tu Camelia ambik periuk kecil letak coklat masakan, satu sudu mentega, dengan setengah cawan susu coklat. Periuk tu masukkan dalam belanga. Kacau sampai mencair.” Satu persatu diterangkan. Tak faham lagi tak tahulah.

            “Ok captain.” Yuyu tersengih lebar. Pantas dia mendapatkan semua bahan yang diperlukan.

            “Lepas cair angkat terus. Bagi sejuk sikit lepas tu baru tuang atas kek. Jangan lama masak, takut nanti coklat jadi pahit.” Suapan yang tergendala di teruskan.


            Yuyu tersengih lebar. Akhirnnya siap juga ‘kerja kusus’ yang dilakukan. Rasa bangga terhadap kebolehan diri sendiri naik mencanak!

            “Tersengih ni kenapa?” Camarul bertanya kehairanan. Tersengih-sengih. Tengok kek pun boleh jadi cam gitu ke?

            “Tak percaya Yuyu boleh buat kek macam ni punya owesome.” Rasa macam hendak menari tarian Zapin saja bagi meraikan kejayaannya ‘membina’ sebiji kek.

            Camarul membuat muka menyampah. Orang lain yang buat orang lain pulak yang dapat nama. Tak patut sungguh.

            Beberapa bekas berisi buah anggur dan strawberi Yuyu keluarkan dari peti sejuk. Pisau dicapai. Dia membelah strawbwri kepada dua bahagian. Disusun sekeliling kek berselang seli dengan buah anggur. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, kek dimasukkan ke dalam bekas plastik jernih yang berhias cantik. Tak sabar rasanya nak tunggu esok. 

Surat Cinta Untuk Disana : Yipi2...jo kita belajar buat kek!! haha... 

3 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)