Sedutan Bab 11..Jump..jump...toing2.
Surat Cinta Untuk d'sana : Suka-suka, kita melangkaui bab...jom belajar buat kek with Yuyu n Camarul.. Jadi ke idok, tak dapat d'pastikan.. kahkah...
Bab
11
Yuyu memperbetulkan ikatan apron di
tubuh. Tangan digengam erat. ‘Yakin berusaha pasti berjaya’. Kata itu diulang
berulang kali di dalam hati. Matanya membulat memandang bahan-bahan di atas
meja. Merasakan ada yang kurang Yuyu mengeluarkan kembali resepi di dalam poket
seluar.
“Dua cawan tepung gandum, dua cawan serbuk
koko, satu sudu kecil baking powder, satu sudu kecil soda bikarbonat, butter
cup dua ratus lima puluh gram.” Yuyu meliarkan mata diatas meja mencari butter
cup. Tiada. Kakinya melangkah pantas ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk
dibuka. Wap sejuk yang berlumba-lumba keluar terasa menyegarkan. Terjumpa apa
yang dicari dia menutup kembali pintu peti sejuk.
“Dua cawan gula dikisar halus, empat
biji telur, dua cawan susu coklat dutch lady atau apa saja asalkan susu coklat,
satu sudu kecil esin vanilla.” Yuyu tersenyum puas bila semua bahan yang di
perlukan ada. Matanya di kecilkan sedikit bila terpandang tulisan di belakang
resepi. ‘Dengar lagu sambil buat kek, baru kick.’ Dia ketawa kecil. Sempat lagi
tu. Dalam hati dia mengakui pesanan itu. Masak sambil mendengar lagu memang
asyik.
“Tak jadi kek aku, siap kau
Camelia.” Teringat pagi tadi semasa dia meminta resepi kek coklat dari Camelia.
Terbahak kawannya itu ketawa. Macamlah dia kata sesuatu yang sangat mengelikan
hati. Walaupun dia sedar ketawa itu mengandungi unsur ‘memandang rendah’ tahap
keupayaan dia memasak.
Memang dia harus akui yang dia
sangatlah teruk kalau di dapur. Masak telur goreng pun kadang-kala hangus. Ini
semua abah dan umi punya pasal. Semua benda dia tak boleh buat.
‘Nanti minyak meletup. Habislah anak
abah’. Itu kata-kata abah. Umi lagi teruk.
‘Nanti dah kawin cari orang gaji
yang pandai masak’ Kadang-kala di rasakan dia dah macam tuan puteri. Sudah
terbiasa dimanjakan, jadi satu benda pun dia tak tahu. Makan saja yang dia tahu. Itulah sebabnya dia
nak tinggal di rumah sendiri. Walaupun telur digoreng banyak yang menjadi hitam
dari putih, walau nasi dimasak kadang-kala mentah dan ada kalanya pula lembik,
tetapi dia tetap berbangga pada diri sendiri. Sekurang-kurangnya dia mencuba.
Bunyi siren yang kuat membuatkan
Yuyu tersentak. Apa punya radiolah. Dalam hati dia mengomel geram. Macamlah
tiada bunyi lain hendak dipasang.
Mangkuk besar dicapai. Misi yang
tergendala dek kerana berkhayal harus
diteruskan. Resepi di letakkan di atas meja.
“Mula-mula ayak tepung, serbuk koko,
baking powder dan soda bikarbonat.” Resepi dibaca. Dalam pada masa yang sama
tangannya cekap mencapai bahan-bahan yang di perlukan.
“Letak coklat lebih sikitlah.” Dari
dua cawan menjadi dua cawan setengah. Ayakkan bermula. Bersememeh mukanya
apabila tepung diayak terlalu kuat sehingga beterbangan. Baru separuh ‘perjuangan’
bermula, bunyi loceng rumah yang ditekan berulang kali membingit kuat di
telinganya.
“Abang ni tak reti sabar ke?” Tanpa
memandang Yuyu terus menyergah. Tak perlu melihat kerana dia tahu hanya Camarul
sahaja yang suka menekan loceng berulang-kali.
“Warghh,
apa kena tu?” Camarul terundur sedikit. Dah macam terjatuh dalam tepung sahaja
wajah adiknya.
“Apa?” Yuyu bertanya bila jelas
dimatanya Camarul kelihatan terperanjat.
“Itu muka, apasal?” Dia bertanya.
Dalam pada masa yang sama tubuh adiknya di tolak sedikit. Pantas dia meloloskan
diri ke dalam rumah. Menunggu untuk dijemput masuk entah bila tahun.
“Orang nak buat kek.” Yuyu menutup
pintu dan pantas mengikut langkah Camarul menuju ke sofa.
“You
what?” Camarul menghentikan langkah. Dia berpusing mengadap Yuyu. Telinganya ditarik-tarik untuk
memastikan dia tidak tersalah dengar.
“Nak buat kek.” Yuyu menjawab malas.
Ini seorang lagi. Suka memandang rendah betul!. Dia merengus jengkil bila
Camarul memulakan sesi ketawa.
“Ha ketawalah, ketawa sampai pecah
mulut. Nanti kek Yuyu dah jadi, jangan mimpi abang nak makan.” Ugutan diberi.
Ini Yuyu tahu. Pemegang rekod silambam tanpa kalah peringkat sekolah rendah.
Pantang kalah, pantang menyerah. Kejap lagi kalau kek dia menjadi dia nak
tayang muka eksyen depan Camarul.
Dia melangkah kembali menuju ke
dapur. Perjuangan belum selesai. Misi harus diteruskan. Camarul melangkah
mengikut Yuyu ke dapur.
“Nak abang tolong?” Kerana rasa
bersalah yang sedikit melanda membuatkan Camarul bertanya.
“Tolong tengok udah ler. Karang benda nak jadi habis lingkup.” Mendengar jawapan
Yuyu memuatkan Camarul tersengih. Marah lah tu. Tapi ada dia kisah? Kejap lagi
hilanglah marah Yuyu.
Yuyu meneruskan ayakkan bahan-bahan
tadi. Setelah selesai dia letakkan ke tepi. Resepi dijengah kembali.
Camarul turut memjengah. Resepi yang
ditulis dibaca perlahan. Langkah yang di perlukan tidaklah terlalu banyak.
Kalau tidak menjadi jugak tak tahulah apa nak kata.
“Pukul butter cup bersama gula
sampai kembang.” Yuyu memasukkan bahan-bahan ke dalam mixer. Butang nombor lima
ditekan.
Camarul ketawa kuat. Memang gagal.
Dalam pada masa yang sama dia menutup suis mixer. Wajah Yuyu yang terpalit
dengan ketulan butter cup dan gula mengelikan hati. Ketawanya semakin kuat bila
Yuyu menjeling tajam.
“Bukalah butang perlahan dulu cik
adik oi. Dah hancur sikit baru kuatkan.” Camarul mengeluh simpati. Inilah
masalahnya kalau dari kecil dimanjakan sangat. Satu apa pun tak tahu nak buat.
“Kenapa tak cakap awal-awal?” Yuyu
bertanya tidak puas hati. Ditarik hujung apron dan wajahnya yang bertempek
dengan segala macam bahan disapu.
“Eh, salah kita pulak. Dia tu yang
memandai sendiri. Dalam resepi tu tak tulis ke?” Camarul sempat menyindir.
Bagus betul siapa yang menulis resepi kepada adiknya. Satu persatu
langkah-langkah di terangkan. Mesti ‘penulis’ tu tahu adiknya memang tak boleh
di harap kalau bab masuk dapur. Tapi sayang dalam detail pun ada juga yang tertinggal.
“Kalau teror sangat cuba abang buat.” Yuyu mencabar. Rasa panas pulak
hatinya apabila asyik disindir.
“Kalau abang buat, apa abang dapat
sebagai balasan?” Camarul bertanya. Hatinya sudah berbunga indah bila terbayang
apa yang bakal Yuyu lakukan nanti.
“Yuyu basuh baju abang sebulan.”
Terus dia berjanji. Orang kalau cakap besar ni, buat kerja payah menjadi. Pantas
dia membuat andaian sendiri. Kalau menjadi macam mana? Takut pula Yuyu
membayangkan yang dia terpaksa menjadi ‘orang gaji’ yang tidak dibayar gaji.
Buat kerja percuma.
Dalam hati dia berdoa kek yang di
buat Camarul bantat. Kalau keras jadi biskut pun bagus jugak. Lagi bagus kalau
hangus terus. Membayangkan kemungkinan yang bakal berlaku sudah cukup
mengembirakan hati Yuyu. Di ketawa kecil kerana terlalu gembira.
“Ok
deal.” Camarul tersengih. Macam tahu-tahu saja. Memang
tawaran basuh baju itulah yang dinantikan. Di rumahnya ada tiga bakul besar
baju yang belum di basuh. Cadangnya nak di hantar ke dobi. Tapi alang-alang dah
ada orang nak jadi ‘sukarelawan’, rasa rugi pulak duit di rasakan. Baik hantar
kepada yang free.
Tempat Yuyu di ambil. Apron bertukar
tuan. Resepi di atas meja di jengah. Belum sempat dia membaca pantas Yuyu
menarik resepi dan dilipat-lipat lalu di masukkan ke dalam poket seluarnya.
“Orang kalau pandai sangat tak pakai
resepi segala.” Kening diangkat sebelah. Pandangan memcabar di berikan.
wuhuu..x sbr nk tunggu...
BalasPadamsikit jer lagi..nanti ambo letak..:)
Padamnak lg.
BalasPadampart12 dah ad ke blom? xjumpa pun
BalasPadam