Hel!O mY DarLing!

Ahad, 14 Julai 2013

Jajan's Cerpen : Suami Untuk Aku



            “Kemaafan?”  Zara merenung tajam wajah suaminya. Dia ketawa kecil kemudian. Menghantar maksud betapa dia jengkil mendengar kata-kata itu. Selagi kesakitan itu masih terasa tak akan ada sebuah kemaafan akan terluah dari bibirnya.

            “Dah setahun lebih Zara. Sampai bila nak buat abang macam ni?” Fayadh merenung isterinya mengharap simpati. Sampai bila dia harus di hukum? Kalaulah dia mampu memutar kembali masa lalu, dengan rela hati dia akan lakukan. Segala khilaf yang dilakukan akan cuba diperbetulkan kembali. Tetapi dia tahu semua itu mustahil.

            “Sampai bila-bila.” Tak tunggu lama Zara pantas bangun. Pinggan nasi dibawa kesingki. Seleranya yang memang tidak pernah ada sejak bertahun dahulu terus tertutup. Pinggan sebiji yang tidak terlalu kotor disental sekuat hati. Paip air dibuka. Kalau hatinya boleh diubati dengan cara membasuh seperti itu, tanpa ragu dia pasti akan lakukan.
           
            “Boleh tak Zara jangan layan abang macam ni?” Sedaya upaya Fayadh menahan rasa. Kalaulah tidak memikirkan ego yang masih ada, pasti dia sudah meraung. Zara yang ingin berlalu ditarik mendekatinya. Dia mahu memeluk wanita itu. Menghantar isyarat yang dia benar-benar sayangkan isterinya. Tetapi dia tahu, mustahil semua itu dapat dilakukan.
           
            “Ini sikit sangat banding apa yang abang dah buat.” Zara merentap tangannya dari pegangan Fayadh. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Bukan dia jijik, bukan juga dia tak kasih, cuma melihat wajah itu membuatkan dia mengenang kembali segala cerita yang mampu membuatkan lukanya berdarah kembali.

            “Abang tahu. Tapi tolonglah Zara. Kita kena berbincang.”

            “Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dulu lagi? Dulu masa Zara ajak abang bincang, ada abang nak dengar?” Kali ini air mata sudah terasa mula menodai kolam matanya. Bertahun dia menahan rasa. Cuba memujuk hati bila kasih sayang suami yang amat disayanginya mula beralih arah. Luka di dalam jiwanya cuba dirawat sendiri. Malangnya dia tersungkur. Dan semuanya berpunca dari Ahmad Fayadh. Sampai dia mati sekalipun mustahil dia akan lupakan apa yang telah lelaki itu lakukan.

            “Abang tahu semua salah abang. tapi kali ni abang mintak, Zara dengarlah cakap abang.” Dia mula rasa sebak melihat ada air jernih mula menuruni lekuk pipi itu. Air mata diwajah isteri kesayangannya cuba disapu. Malangnya, yang dia perolehi hanyalah tepisan kasar wanita itu.

            “Memang semua salah abang.” Zara puas. Kalau boleh setiap saat dia mahu mengulang ayat itu di telinga Fayadh. Biar lelaki itu rasa apa yang dia terpaksa lalui.

            “Abang tahu. Tapi sampai bila kita nak macam ni?” Dia mahu kembali Zara yang dulu. Yang ceria, yang peramah, juga yang sayang dan cintakannya sebagai seorang suami.

            “Sampai abang ceraikan Zara.” Tak tunggu lama Zara terus berlalu pergi. Setiap langkahnya ditemani deraian air mata. Hatinya sakit meluahkan kata-kata itu. Tetapi dalam pada masa yang sama dia benar-benar mahukan perpisahan. Tidak mahu terus menanggung dosa akibat membenci suami sendiri.

            “Ya Allah...Zara.” Tubuh Fayadh melolot jatuh. Tangan dipekup ke muka. Air matanya yang mengalir tiada daya mahu disekat. Terbayang raut wajah comel anak-anaknya. ‘Maafkan papa sayang.’ Kali ini tangisannya bertukar menjadi esakkan kecil.
..........................
            “Kami minta maaf Puan. Kami dah cuba sedaya..................”

            Kata-kata seterusnya dari doktor langsung tidak dicerna oleh pendengaran Zara. Apa yang dia tahu, dia benar-benar mahu tidur pada waktu itu juga. Berharap apa yang terjadi hanyalah mainan tidurnya. Hanya mimpi ngeri yang dikarang oleh minda dek kerana terlalu letih. Malangnya dia sedar yang semua itu adalah sebuah realiti. Dan dia terpaksa melaluinya.

            “Kenapa abang tak mati? Kenapa anak Zara?” Zara meraung sekuat hati. Bahu suaminya dipukul kuat. Tak cukup dengan itu, tamparannya berkali-kali menyentuh wajah Fayadh. Terus dia terlupa lelaki yang sedang diamuknnya adalah suami sendiri.

            “Zara,,,Zara dengar cakap abang sayang.” Tangan isterinya cuba di tangkap.

            “Zara tak nak dengar. Semua ni salah abang. Zara tak kan maafkan....Zara tak kan maafkan...” Ayat itu diulang berkali sebelum tubuhnya terus terasa lembik. Penglihatannya menjadi kelam. Dan segala kenangan manis bersama anak-anak kesayangannya mula menerjah ruang mata.

            “Abang...adik..!” Zara menempik kuat. Terus dia terbangun dari pembaringan. Tercungap dia cuba bernafas. Tubuhnya terasa berpeluh. Ditoleh kanan dan kiri. Kosong. Hanya ada dia yang menjadi penghuni katil yang besar itu. Mata dipejam. Diraba pembaringan kiri dan kananya. Mencuba untuk mencari dan merasai kehangatan tubuh-tubuh kecil yang pernah berada di dalam pelukkannya satu ketika dulu.

            “Zara.”

            Zara angkat wajah. Tetapi hanya untuk sesaat. Kali ini dia terus berbaring. Tidak dipedulikan Fayadh yang sedang menapak masuk kedalam biliknya. Dia sudah lali. Setiap malam ketika dia terbangun selepas dihantui peristiwa lama, pasti akan ada Fayadh yang datang menjengah.

            “Zara nak tidur. Tolong keluar.” Matanya dipejam kembali. Menghantar isyarat yang dia tidak mahu diganggu.

            Fayadh tidak mempedulikan amaran Zara. Kakinya dibawa menghampiri tempat pembaringan isterinya. Tanpa segan kerusi kecil ditarik menghampiri katil. Lampu meja solek yang cerah terpasang, dilaraskan sehingga menjadi suram. Tidak mahu tidur Zara tergangu dek kerana cahaya yang terlalu terang.
           
            Wajah isterinya ditatap. Dia tahu Zara belum tidur. Tetapi mustahil dia dapat memulakan perbualan dengan wanita itu. Sukar dia mahu mendengar bicara Zara selepas segala peristiwa hitam yang terjadi dalam kehidupan mereka. Kalau ada sekalipun, nada yang terlontar hanyalah satu bentuk kata yang meletakkan semua kesalahan di pundaknya.

            Dan setiap kali dia terpaksa mendengar kata yang terluah dari bibir Zara, setiap kali itulah juga hatinya bagaikan dilapah. Penat fikiran cuba menafikan, tetapi bila mana hati sendiri menjerit mengakui kata-kata itu, dia sendiri akan terdiam. Terhukum dengan khilaf yang dilakukan sendiri.

            Setiap malam selepas mendengar jeritan Zara, dia dengan sendirinya akan terbangun. Setahun dia mengulangi perkara yang dia lakukan sekarang tanpa jemu. Mahu menenangkan wanita itu secara dekat dia tahu dia tidak akan mampu. Kerasnya hati seorang Az-Zahra bagaikan sukar dilentur.

            Fayadh duduk menyandar. Gambar yang berada di sebelah katil isterinya dicapai. Tersenyum senang hati bila mana permandangan sebuah keluarga bahagia terpampang di hadapan mata. Ada dia, ada anak-anak yang comel, juga ada Zara. Tidak lama senyuman itu dapat bertahan. Seperti malam-malam sebelumnya, air mata perlahan-lahan jatuh pada cermin gambar. Mengalir sehingga membasahi hujung bingkai. Perit hati bila dia terpaksa menelan, dialah yang telah menjadi pemusnah kepada kebahagiaan keluarga sendiri!

Surat Cinta Untuk Disana : Aloha sayang2....Ini cerpen untuk bulan ini. Ada banyak lagi yang perlu dikarang sebelum menemui titik penamat. Hope korang n’joilah. (erkkk boleh ke?) haha. Penamat yang bagaimana akan dibuat? Saya x pasti lagi. Mungkin sedih mungkin jugak gembira. Atau mungkin juga tiada penamat..Upss! So...Apa kata korang? Minta maaf kalau ada kekurangan di dalam penceritaan saya...Oh,,,x sempat lagi nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua...Smoga Ramadhan kali ini memberi lebih erti kepada kita... :)
           

11 ulasan:

  1. Laaa.. Ingat nak habiskan terus! Tengah syok baca sambil memegang hujung baju kut2 nak kesat ayaq mata ni... Tnggu je la...

    BalasPadam
  2. Huhu...cpt2 abiskan...
    Update yg br, yg lama dilupa jangan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan lupa...yg itu kita masukkan kejap dlm stor... haha

      Padam
  3. JANGAN LUPA SAMBUNGGG... SEDIHHH

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan...Dlm proses nk menemui titik pnamat.ngee.. :)

      Padam
  4. best... sama dgn perasaan yg berperang dlm diri saya. cuma saya x de lah kehilangan anak2.
    harap zara dilepaskan suaminya...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)