“Kemaafan?” Zara merenung tajam wajah suaminya. Dia
ketawa kecil kemudian. Menghantar maksud betapa dia jengkil mendengar kata-kata
itu. Selagi kesakitan itu masih terasa tak akan ada sebuah kemaafan akan
terluah dari bibirnya.
“Dah setahun lebih Zara. Sampai bila
nak buat abang macam ni?” Fayadh merenung isterinya mengharap simpati. Sampai
bila dia harus di hukum? Kalaulah dia mampu memutar kembali masa lalu, dengan
rela hati dia akan lakukan. Segala khilaf yang dilakukan akan cuba
diperbetulkan kembali. Tetapi dia tahu semua itu mustahil.
“Sampai bila-bila.” Tak tunggu lama
Zara pantas bangun. Pinggan nasi dibawa kesingki. Seleranya yang memang tidak
pernah ada sejak bertahun dahulu terus tertutup. Pinggan sebiji yang tidak
terlalu kotor disental sekuat hati. Paip air dibuka. Kalau hatinya boleh
diubati dengan cara membasuh seperti itu, tanpa ragu dia pasti akan lakukan.
“Boleh tak Zara jangan layan abang
macam ni?” Sedaya upaya Fayadh menahan rasa. Kalaulah tidak memikirkan ego yang
masih ada, pasti dia sudah meraung. Zara yang ingin berlalu ditarik
mendekatinya. Dia mahu memeluk wanita itu. Menghantar isyarat yang dia
benar-benar sayangkan isterinya. Tetapi dia tahu, mustahil semua itu dapat
dilakukan.
“Ini sikit sangat banding apa yang
abang dah buat.” Zara merentap tangannya dari pegangan Fayadh. Wajah lelaki itu
langsung tidak dipandang. Bukan dia jijik, bukan juga dia tak kasih, cuma
melihat wajah itu membuatkan dia mengenang kembali segala cerita yang mampu
membuatkan lukanya berdarah kembali.
“Abang tahu. Tapi tolonglah Zara.
Kita kena berbincang.”
“Kenapa baru sekarang? Kenapa tak
dulu lagi? Dulu masa Zara ajak abang bincang, ada abang nak dengar?” Kali ini
air mata sudah terasa mula menodai kolam matanya. Bertahun dia menahan rasa.
Cuba memujuk hati bila kasih sayang suami yang amat disayanginya mula beralih
arah. Luka di dalam jiwanya cuba dirawat sendiri. Malangnya dia tersungkur. Dan
semuanya berpunca dari Ahmad Fayadh. Sampai dia mati sekalipun mustahil dia
akan lupakan apa yang telah lelaki itu lakukan.
“Abang tahu semua salah abang. tapi
kali ni abang mintak, Zara dengarlah cakap abang.” Dia mula rasa sebak melihat
ada air jernih mula menuruni lekuk pipi itu. Air mata diwajah isteri
kesayangannya cuba disapu. Malangnya, yang dia perolehi hanyalah tepisan kasar
wanita itu.
“Memang semua salah abang.” Zara
puas. Kalau boleh setiap saat dia mahu mengulang ayat itu di telinga Fayadh.
Biar lelaki itu rasa apa yang dia terpaksa lalui.
“Abang tahu. Tapi sampai bila kita
nak macam ni?” Dia mahu kembali Zara yang dulu. Yang ceria, yang peramah, juga yang
sayang dan cintakannya sebagai seorang suami.
“Sampai abang ceraikan Zara.” Tak
tunggu lama Zara terus berlalu pergi. Setiap langkahnya ditemani deraian air
mata. Hatinya sakit meluahkan kata-kata itu. Tetapi dalam pada masa yang sama
dia benar-benar mahukan perpisahan. Tidak mahu terus menanggung dosa akibat
membenci suami sendiri.
“Ya Allah...Zara.” Tubuh Fayadh
melolot jatuh. Tangan dipekup ke muka. Air matanya yang mengalir tiada daya
mahu disekat. Terbayang raut wajah comel anak-anaknya. ‘Maafkan papa sayang.’
Kali ini tangisannya bertukar menjadi esakkan kecil.
..........................
“Kami minta maaf Puan. Kami dah cuba
sedaya..................”
Kata-kata seterusnya dari doktor
langsung tidak dicerna oleh pendengaran Zara. Apa yang dia tahu, dia
benar-benar mahu tidur pada waktu itu juga. Berharap apa yang terjadi hanyalah
mainan tidurnya. Hanya mimpi ngeri yang dikarang oleh minda dek kerana terlalu
letih. Malangnya dia sedar yang semua itu adalah sebuah realiti. Dan dia
terpaksa melaluinya.
“Kenapa abang tak mati? Kenapa anak
Zara?” Zara meraung sekuat hati. Bahu suaminya dipukul kuat. Tak cukup dengan
itu, tamparannya berkali-kali menyentuh wajah Fayadh. Terus dia terlupa lelaki
yang sedang diamuknnya adalah suami sendiri.
“Zara,,,Zara dengar cakap abang
sayang.” Tangan isterinya cuba di tangkap.
“Zara tak nak dengar. Semua ni salah
abang. Zara tak kan maafkan....Zara tak kan maafkan...” Ayat itu diulang
berkali sebelum tubuhnya terus terasa lembik. Penglihatannya menjadi kelam. Dan
segala kenangan manis bersama anak-anak kesayangannya mula menerjah ruang mata.
“Abang...adik..!” Zara menempik
kuat. Terus dia terbangun dari pembaringan. Tercungap dia cuba bernafas. Tubuhnya
terasa berpeluh. Ditoleh kanan dan kiri. Kosong. Hanya ada dia yang menjadi
penghuni katil yang besar itu. Mata dipejam. Diraba pembaringan kiri dan
kananya. Mencuba untuk mencari dan merasai kehangatan tubuh-tubuh kecil yang
pernah berada di dalam pelukkannya satu ketika dulu.
“Zara.”
Zara angkat wajah. Tetapi hanya
untuk sesaat. Kali ini dia terus berbaring. Tidak dipedulikan Fayadh yang
sedang menapak masuk kedalam biliknya. Dia sudah lali. Setiap malam ketika dia
terbangun selepas dihantui peristiwa lama, pasti akan ada Fayadh yang datang
menjengah.
“Zara nak tidur. Tolong keluar.”
Matanya dipejam kembali. Menghantar isyarat yang dia tidak mahu diganggu.
Fayadh tidak mempedulikan amaran
Zara. Kakinya dibawa menghampiri tempat pembaringan isterinya. Tanpa segan
kerusi kecil ditarik menghampiri katil. Lampu meja solek yang cerah terpasang,
dilaraskan sehingga menjadi suram. Tidak mahu tidur Zara tergangu dek kerana
cahaya yang terlalu terang.
Wajah isterinya ditatap. Dia tahu
Zara belum tidur. Tetapi mustahil dia dapat memulakan perbualan dengan wanita
itu. Sukar dia mahu mendengar bicara Zara selepas segala peristiwa hitam yang
terjadi dalam kehidupan mereka. Kalau ada sekalipun, nada yang terlontar
hanyalah satu bentuk kata yang meletakkan semua kesalahan di pundaknya.
Dan setiap kali dia terpaksa
mendengar kata yang terluah dari bibir Zara, setiap kali itulah juga hatinya
bagaikan dilapah. Penat fikiran cuba menafikan, tetapi bila mana hati sendiri
menjerit mengakui kata-kata itu, dia sendiri akan terdiam. Terhukum dengan
khilaf yang dilakukan sendiri.
Setiap malam selepas mendengar
jeritan Zara, dia dengan sendirinya akan terbangun. Setahun dia mengulangi
perkara yang dia lakukan sekarang tanpa jemu. Mahu menenangkan wanita itu
secara dekat dia tahu dia tidak akan mampu. Kerasnya hati seorang Az-Zahra
bagaikan sukar dilentur.
Fayadh duduk menyandar. Gambar yang
berada di sebelah katil isterinya dicapai. Tersenyum senang hati bila mana
permandangan sebuah keluarga bahagia terpampang di hadapan mata. Ada dia, ada
anak-anak yang comel, juga ada Zara. Tidak lama senyuman itu dapat bertahan.
Seperti malam-malam sebelumnya, air mata perlahan-lahan jatuh pada cermin
gambar. Mengalir sehingga membasahi hujung bingkai. Perit hati bila dia
terpaksa menelan, dialah yang telah menjadi pemusnah kepada kebahagiaan
keluarga sendiri!
Surat
Cinta Untuk Disana : Aloha sayang2....Ini cerpen
untuk bulan ini. Ada banyak lagi yang perlu dikarang sebelum menemui titik
penamat. Hope korang n’joilah. (erkkk boleh ke?) haha. Penamat yang bagaimana
akan dibuat? Saya x pasti lagi. Mungkin sedih mungkin jugak gembira. Atau
mungkin juga tiada penamat..Upss! So...Apa kata korang? Minta maaf kalau ada
kekurangan di dalam penceritaan saya...Oh,,,x sempat lagi nak ucap Selamat
Berpuasa kepada semua...Smoga Ramadhan kali ini memberi lebih erti kepada
kita... :)
Laaa.. Ingat nak habiskan terus! Tengah syok baca sambil memegang hujung baju kut2 nak kesat ayaq mata ni... Tnggu je la...
BalasPadamHaha..nanti dah siap sy tempek.. :)
PadamHuhu...cpt2 abiskan...
BalasPadamUpdate yg br, yg lama dilupa jangan...:)
Takkan lupa...yg itu kita masukkan kejap dlm stor... haha
PadamJANGAN LUPA SAMBUNGGG... SEDIHHH
BalasPadamakan...Dlm proses nk menemui titik pnamat.ngee.. :)
PadamTq baby mio...
BalasPadamBila nak sambung?
BalasPadamdlm prses syg... :)
Padamlambat lg ke nak sambung?
Padambest... sama dgn perasaan yg berperang dlm diri saya. cuma saya x de lah kehilangan anak2.
BalasPadamharap zara dilepaskan suaminya...