Hel!O mY DarLing!

Isnin, 4 November 2013

Jajan's Bab 17 Kalau Sudah Berkenan



Pintu ditolak perlahan. Dengan berhati-hati dia mengintai keadaan di dalam. Melihat kelibat suaminya yang sedang berjalan di atas massage jump rope membuatkan dahinya berkerut. Sudah musnahkah deria rasa lelaki itu?

“Abang.” Suaminya dipanggil perlahan. Lelaki itu bagaikan berada dalam dunianya sendiri. Mundar-mandir dengan riak wajah penuh keresahan.

“Abang.” Kali ini dia menyentuh bahu lelaki itu yang tidak berbaju. Seketika dia tersentak bila tangannya ditepis kasar. Mencerlung mata itu memandang ke arahnya.

“Kau nak apa?” Zafry bertanya kasar. Bengang kerana dia dikejutkan secara tiba-tiba.

“Abang tak sakit ke?” Jarinya dibawa menunjuk ke arah kaki lelaki itu.

Zafry diam. Keluhan resah terhembus. Rasa perit mula menyapa deria rasanya. Entah berapa puluh kali dia berulang-alik di atas benda alah itu. Fikirannya yang kusut membuatkan dia tidak sedar apa yang sedang dia lakukan.

“Abang marahkan Adra ke?” Dipandang wajah suaminya menanti jawapan. Sejak dari semalam sudah puas dia mengulang soalan yang sama. Perubahan sikap suaminya sudah menceritakan segalanya. Tapi yang masih menjadi tanda tanya kepada dirinya, apa yang lelaki itu marahkan?

“Kau tak jemu ke ulang soalan yang sama?” Kali ini dia bergerak menujuk ke atas treadmill. Tabiatnya sejak dari dulu lagi. Asal hatinya dilanda kerisauan, hanya dengan menyibukkan diri dengan melakukan senaman sahaja dia dapat melupakan seketika masalah yang berlaku. Cuma sekarang masalah yang satu itu bagaikan tidak mahu melepaskan dirinya. Kuat membelit sehingga dia rasa sukar untuk bernafas.

“Adra cuma nak tahu…” Dia terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu menyusun bicara. Risau jika kata-katanya bakal membuatkan Zafry semakin panas hati.

“Kau keluar lah dulu.” Beberapa butang ditekan. Seketika kemudian dia mula berlari anak di atas treadmill. Seketika kemudian sesuatu berjaya mencuri tumpuan matanya. Mesin dimatikan. Dicapai benda bulat yang ada disebalik lekukkan treadmill. Entah mengapa hatinya mendadak panas. Wajah Adra yang masih kaku merenung dirinya dipandang tajam.  

Surat Cinta Untuk Disana : Aloha sayang2 ku… Kita berjajan’s dulu…Nanti sy letak full n3… Sy rasa macam nak rombak balik KSB sebab terlari dari apa yg sy dah rangka… Emmm.. Apa pun bc lah dulu ye versi yang ini… :)

6 ulasan:

  1. Nak lagiiii.... X sbr tunggu nvl ni

    BalasPadam
  2. Oh no dah jumpa cincin...run adra run fastet

    BalasPadam
  3. ala zaf, jgn la marah2 adra tu. sian dia..

    BalasPadam
  4. suami garang mcm tuh,baik tukar jdi kura2 ja.kura2 tuh dah tak galak,lambat respon.tak bikin sakit ati pon.ckckckckck kesian awak adra.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)