Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 22 November 2013

Jajan's Bab 20 Kalau Sudah Berkenan



“Adra. Pergilah tengok siapa yang datang.” Kepala isterinya yang terasa memberat di atas pahanya ditolak sedikit. Naik kejung kakinya dek kerana peredaran darah yang terganggu kerana terlalu lama ‘memikul’ beban.

“Adra tengah tidur.” Sedikit mengumam suaranya.

“Habis tu siapa yang tolong jawabkan untuk engkau? hantu?”

“Uitt! Hantu-hantu jangan main.” Terus terbuka matanya mendengar bicara lelaki itu. Pantang tok nenek sebut-sebut hantu. Alergik!

 Loceng yang semakin galak berbunyi membuatkan dia perlahan-lahan bangun. Kalau nak harapkan suaminya, pakai membekulah tetamu dekat luar itu menunggu. Dengan mata sedikit terpejam dek kerana kantuk yang masih menyerang dia melangkah ke arah pintu.

“Biar aku buka. Kau pergi tukar baju.” Zafry menarik perlahan tangan isterinya. Mungkin Adra terlupa yang pakaian yang dikenakan sedikit menjolok mata. Mahu kenyang tetamunya menjamu mata nanti.

“Oh..” Kepala digaru perlahan sebelum dia berlalu ke arah bilik dengan langkah yang sedikit terhuyung-hayang. Entah mengapa hari ini dia terasa seperti diserang virus. Virus tidur!

Zafry hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah Adra. Entah apa fesyen yang isterinya kenakan. Baju Baby-T dipadankan dengan sehelai overall legging yang agak menyendat. Atas terbuka, bawah tertutup!

Setelah kelibat isterinya hilang dari pandangan barulah dia membuka pintu. Seketika dia tergamam melihat wajah-wajah yang muncul dihadapannya. Mata dipejam celik berkali-kali bagi meyakinkan dia yang itu semua bukanlah mimpi.

“Gege.”

“Love! Mak Edah!” Hilang rasa terperanjat terus kedua tubuh itu didapatkan dan dibawa ke dalam rangkulannya.

“Wei shen me ni mei you gen wo jiang?” Disekeh perlahan dahi gadis comel yang sedang ketawa di dalam pelukannya. Terbang melayang rasa rindu yang selama ini mengebu di hatinya. Sungguh, dia langsung tidak menyangka yang dia akan dikejutkan dengan kedatangan dua wanita yang paling penting dalam kehidupannya.

“Wo hen xiang ni.” Wajahnya didongak memandang ke arah Zafry. Dia tersenyum lebar kerana dapat memberikan kejutan kepada lelaki itu. Jelas riak tidak percaya masih terpeta pada wajah itu.

Jiejie?”

Zafry pandang riak teruja pada wajah adik angkat kesayangannya. Entah mengapa agenda nakal menjengah. Dia tersengih lebar.

“Umar. Mak Edah dah lenguh asyik kena peluk. Tak nak ajak masuk dalam rumah ke?”

“Bagi hadiah dulu baru boleh masuk dalam.” Dahinya ditunjukkan kepada wanita separuh baya itu. Rindu mahu menerima kucupan yang dulu saban hari diterimanya.

Mak Edah ketawa kecil mendengar permintaan Zafry. Anak itu dari dulu tidak pernah berubah. Diusap perlahan kepala anak kesayangannya. Sebuah kucupan menjengah dahi. Setelah itu bahu Zafry diusap lembut.  Banyak yang ingin dia katakan dan dia soalkan kepada pemuda itu nanti.  
“Mana jiejie? Tak nampak pun.” Tubuh kecilnya sudah menyusup masuk kebawah lengan abangnya. Dia sudah tidak sabar mahu berkenalan dengan wanita yang berjaya ‘merampas’ lelaki itu darinya.

“Syuh..” Ditarik tubuh Love. Jari telunjuk didekatkan dibibir. Sesuatu dibisikkan ditelinga itu. Tidak sabar dia mahu meneruskan agenda mempermainkan Adra.

“Tak baik lah buat macam itu.” Mak Edah yang terdengar perbualan antara keduanya menegur. Kurang senang mendengar perancangan yang diatur oleh Zafry.

“Alah..Sekejap saja Mak Edah. Umar janji tak lebih dari tiga jam.” Tangan diangkat tanda berikrar. Apa pun dia nak juga mengenakan Adra hari ini. Pasti menarik reaksi isterinya nanti. Hatinya sudah galak bergelak-tawa membayangkan aksi-aksi comel yang bakal Adra persembahkan nanti.

Gege : Abang
Jiejie : Kakak
Wei shen me ni mei you gen wo jiang? : Awat x cakap kata nk mai
Wo hen xiang ni. : I rindu u..muah3..haha

Surat Cinta Untuk Disana : Alewww… Nxt cap kalau smpat mlm ni atau esok sy post…Kita berjajans dulu.. :)


4 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)