“Keluar
dengan Umar tadi buat apa?” Mak Edah tepuk perlahan bahu Love. Kepala itu sudah
terlentok di atas bahunya.
“Wo kan dian ying.” Love menjawab teruja. Tubuh kembali ditegakkan. Tidak sabar
mahu menceritakan apa yang ditontonnya sebentar tadi. Seronok betul dia dapat
menonton aksi Jackie Chan yang berkungfu ala-ala ninja terbang. Yihakk..Wacakkk!
“Mak
Edah nak masuk dapur dulu. Ada kerja sikit.” Kalut dia bangun untuk melarikan
diri. Love kalau dibiarkan bercerita, sampai esok pun belum tentu habis. Dari A
sampai ke Z akan diceritakan tanpa meninggalkan sebutir maklumat.
“Mak
Edah…Bie qu na bian.” Suaranya lebih kepada berbisik.
“Kenapa
pulak?” Wajah Love dipandang pelik.
“Jiejie
dengan gege tengah bercinta dekat dapur.” Dia tersengih.
“Ini
Adra punyalah!”
“Siapa
cakap? Tak ada tulis nama kau pun!”
“Bercinta
apa kalau macam gitu?” Mak Edah turut berbisik bila suara Adra dan Zafry saling
bertingkah antara satu sama lain.
“Itu
cara bercinta zaman moden lah Mak Edah.” Love sudah mula ketawa. Itulah
puncanya dia lari dari dapur tadi. Tak tahan mendengar pertelingkahan yang
terjadi antara pasangan suami isteri itu. Makanan pun boleh jadi bahan untuk
digaduhkan. Hal kecil sengaja
diperbesarkan. Entah apa sudah jadi dengan abang kesayangannya. Dulu tak
ada lah pula macam itu.
“Nasib
baik lah dulu zaman Mak Edah bercinta tak serupa itu gayanya.”
“Rugi
lah Love tak lahir zaman itu.” Dicuit pinggang Mak Edah. Semakin galak dia
ketawa bila wanita itu mencebikkan bibir.
“Diam
saja pun. Apa dah jadi dekat dapur tu?” Dari jauh dia cuba mengintai keadaan di
dalam dapur. Risau jika ada periuk belanga yang terbang.
“Biarlah
dekat dia orang Mak Edah. Kita tengok tv lagi bagus.”
………………….
“Aaa…”
“Kau
ingat aku budak-budak ke apa?”
“Apa…Kena
jadi budak dulu ke baru boleh makan bersuap? Hari itu abang suapkan Adra makan
tak apa pun.” Ini yang dia nak angin. Susah sangat ke nak buka mulut? Ingat
tangan dia kotor ke apa? Tangan dia bersih lagi suci murni okey! Jauh dari
sebarang pencemaran!
“Aaa..”
Disuakan kembali tauhu sumbat yang sudah dicarik menjadi cebisan kecil ke arah
bibir suaminya.
Zafry
bengang. Sakit hati dengan perangai Adra yang entah apa-apa. Tak apa. Nak makan
bersuap sangat kan? Meh sini!
“Auch..!”
Jarinya yang terasa perit akibat digigit kuat, dikocak bagi menghilangkan kesakitan.
Masam wajahnya memandang ke arah Zafry yang masih beriaksi selamba bagaikan tiada apa yang berlaku.
“Tauhu
ada banyak lagi…Kalau abang lapar sekalipun, buat apa nak makan jari Adra?” Sesedih
mungkin ayat diatur bagi meraih simpati.
Zafry
yang mendengar terus tersedak. Diketuk-ketuk dada bagi menghilangkan perit.Wajahnya
sudah merah padam kerana menahan tawa dari terhembur. Tak tahan betul dia
dengan perangai Adra. Wajah punyalah sedih. Tapi ayat…langsung tak boleh blah!
“Bukannya
putus pun jari kau kan?”
“Memanglah
tak. Tapi tengok…Dah lebam.”
“Drama
queen!” Wajah Adra dijeling tajam.......................
Surat Cinta Untuk Di Sana : Aloha darlingku sayang.... :) Nak bagitahu kot ada yang pakar bahasa 'cina' jangan segan bagitahu kalau ayat yang saya tulis tu tak betul... :)
“Wo kan dian ying.”( saya tengok wayang)
Bie qu na bian.” (Jangan pergi ke sana)
eh dah k? napa mcm pendek je hihihi....tk puas bca kisah adra ngan zhafry ni huhu
BalasPadamX puas lahjh
BalasPadamKasar ala2 romantik gitu... kasar2 manja gitu... Aaiisshhh... x puas baca la CR...
BalasPadambest...x sbr nk bca bab penuh...
BalasPadamSuap menyuap....comel couple nih
BalasPadamBila nak keluar novel nie :)
BalasPadamNnt full entry bg panjang2 ckit ye...heheh
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPenderaan tul ni, jajan yg takat lekat celah gg. Mmg cik penulis ni nk kena gigit cam zafry nmpknya hihi
BalasPadam