Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 1 November 2013

MPWUMM? Yuyu & Hasif



“Kalau saya bagi hadiah, awak nak terima tak?” Yuyu bertanya nakal.

            “Hadiah apa?” Wajah Yuyu dipandang tajam. Risau jika dia termasuk ke dalam jerat gadis itu.

            “Cakap dulu awak nak terima ke tidak. Hadiah saya ni awak kena guna sekarang ni jugak”

            “Dah awak bagi. Saya terima lah.”

            “Bak handset.” Tangan dihulurkan kepada Hasif.

            “Nak buat apa?” Semakin curiga Hasif bertanya.

            “Adalah.” Setelah Handset Hasif berada dalam gengamanya, dia membuka handbag dan dikeluarkan plastik kecil berisi benda yang dibelinya sebentar tadi.
           
“Oh..No..No...” Hasif kalut cuba mencapai kembali handsetnya dari tangan Yuyu.

            “Ha...Tadi awak dah janji apa?”

            “Bukan benda pelik tu Yuyu.”

            “Apa yang pelik? Comel apa.” Setelah siap dengan misinya dia menyerahkan kembali handset kepada Hasif.

            “Comel kalau dekat Handset awak. Pelik kalau dekat Handset saya cik adik oii.” Dimain-main benda bulat berbulu yang tergantung pada handsetnya. Yuyu memang sengaja nak malukan dia.

            “Haipp...” Dia menegur bila dilihat Hasif cuba menanggalkan ‘hadiah’ pemberian darinya.

            “Tengok ni.” Yuyu tayang Handsetnya yang juga tergantung benda yang sama cuma berbeza warna.

            Hasif tergelak. Yuyu...Yuyu.. Langsung tak matang.

            “Bila awak beli ni?”

            “Tadi masa awak pergi tandas. Jangan berani awak nak tanggalkan.” Sempat amaran dihantar. Seronok dia dapat mengenakan Hasif.

            “Inshaallah.” Uhh...Jangan mimpi dia nak biarkan benda pelik itu berlamaan melekat di handsetnya. Tak sangup dia nak guna.

            “Awak...Itu bukan Emran ke?” Yuyu tunjuk satu arah. Dia bagaikan melihat kelibat Emran dan seorang wanita.

            “Mana?” Hasif turut melabuhkan penglihatanya ke arah yang ditunjukkan oleh Yuyu. Seketika kemudian dia tersenyum. Senang hati melihat permandangan dihadapnnya.

            “Yang senyum ni kenapa?”

            “Awak tak nak buat macam dia orang ke?” Hasif sengaja mengusik bagi menutup rasa lega yang tiba-tiba menjengah. Emran ibarat mimpi negri yang cuba menghantuinya. Bukan dia tidak tahu yang sepupunya itu cuba masuk jarum. Mujurlah dia lebih cepat bertindak. Kalau tidak gigit jari lagi lah dia.

            “Kasut saya saiz lima. Awak nak try rasa ke sedap ke tidak?” Ewah..Mimpi nak berpegang tangan bagai. Ingat dia anak patung ke?

            “Hui...Garangnya.” Hasif ketawa kecil. Satu yang dia kagum dengan Yuyu, gadis itu memang pantang jika disentuh. Cepat saja anginnya naik. Cuma dalam Yuyu menjaga diri dia tetap rasa ralat bila rambut gadis itu masih terdedah.

            “Mahunya tak... Awak tak nak tegur dia ke?” Yuyu bertanya dengan senyuman tak lepas dari bibir. Lega... Itu perkataan yang bermain difikirannya sekarang. Satu beban sudah terlepas.

Teringat dia kenangan beberapa bulan sudah ketika lelaki itu galak mahu mendapatkan perhatiannya semula. Mujurlah penolakkannya dapat diterima oleh Emran, walaupun pada mulanya lelaki itu masih mahu menunggu dia bersedia. Bila diterangkan yang dia menyukai oarang lain barulah lelaki itu mengalah.  

            Yang jadi masalah sekarang cuma Athirah. Wanita itu bagaikan parasit dalam hidupnya. Sekarang sudah pandai mengertak dia itu ini. Kemesraan lampau antaranya dan Hasif juga sengaja digali semula bagi menaikkan amarah dia. Tapi hello...Dia bukannya jenis nak mengamuk tak tentu fasal okey. Tak ada maknanya dia mahu melayan kerenah gila wanita itu, melainkan dia benar-benar hilang kesabaran. Masa itu tahulah dia bagaimana mahu mengajar Athirah erti tinggi rendah langit.

            “Eh jom lah.”

            “Huh...” Yuyu terpingga-pingga. Hilang terus angan-angan yang dicipta olehnya bagi menganyang Athirah.

            “Tadi kata nak tegur dia.” Kepala digelengkan. Entah ke mana fikiran gadis itu belayar.

            “Tak usah lah kacau dia. Tapi kan awak..Perempuan tu macam saya pernah tengok.” hidung diketuk dengan jari telunjuk. Herot mulutnya cuba memikirkan dimana dia pernah bertemu dengan wanita itu.

             “Ada tujuh orang yang serupa dengan wajah kita Yuyu kat dunia ni.”

            “Itu saya tahulah.”

            “Dah...Jangan nak peningkan kepala. Jom kita balik. Abang awak dah hantar message amaran pertama.”

            “Dia memang poyo.” Meluncur ayat itu setelah mendengar kata Hasif. Patutlah lelaki itu tersengih masa baca message tadi. Rupanya ‘surat saman’ sudah dihantar. Masalah negara betul dengan abang dia tu!


Surat Cinta Untuk Disana : Klau korang nk bca bab lain MPWUMM? sila cepat2 sebab sy nk mula mremove.. 

7 ulasan:

  1. Bab yg ada c nak baca tp nak bab yg baru blh?

    BalasPadam
  2. Bila nk cetak... Dah x sabar rasanya.... Asyik baca sekerat-sekerat... X puas....

    BalasPadam
  3. Napa nak remove.. ? nak publish ke?

    BalasPadam
  4. awak...kapan novel nie rilis?sy dah tak sabar nak beli,tau...
    sy ni dari indonesia.jauh2 nak beli novel awak tuh sebab comel sangat awak bt cerita nie.happy saya boleh tengok awak punya cerita...gemas nya~nak cubit pipi gebu yuyu tuh.
    ps: tolong lah,jgn di remove.aku tak habis baca lg nie.baru mulakan bc novel comel ni.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)