“Kata
mengantuk…” Ditiup wajah Adra perlahan. Mahu membuatkan mata itu terpejam
kembali.
“Abang jangan
risau. Tempat abang dah memang dalam hati Adra.”
“Huh?” Pelik
dia bila Adra tiba-tiba mengeluarkan ayat seperti itu.
“Bukan abang
tengah hembus kasih sayang untuk Adra ke tu?” Adra senyum lebar dengan mata
yang terpejam rapat. Berbunga rasa hatinya dapat bermanja dengan suaminya.
“Jangan
perasan lah.” Semakin kejap tubuh itu dipeluk.
“Adra tahu
abang sayangkan Adra, tapi janganlah peluk kuat sangat. Adra tak boleh nak
bernafas dah ni.” Ditolak sedikit dada suaminya menjauh.
“Sorry.”
Pantas dia merenggangkan pelukkan.
“It’s okey.” Matanya
dipejam celik. Tangan pula ramah menepuk dada suaminya.
“Adra nak
dodoikan abang ke tu?” Rambut yang sedikit menutupi wajah isterinya disebak ke
belakang dan diselitkan di celah telinga. Kemudian sebuah kucupan hangat
singgah pada dahi itu.
“Bukan…Adra
tengah tepuk bagi kasih sayang Adra terbenam terus dekat hati abang.”
“Aipp..Main-main
pulak dia.” Zafry sudah ketawa. Tak tahan mendengar kata-kata Adra.
“Adra
sayangkan abang.” Seperti malam-malam sebelumnya, kata itu terluah lagi dari
bibirnya.
“Abang tahu.”`
………………………….
“Abang nak air?” Adra bertanya
lembut. Kasihan melihat raut wajah suaminya yang sudah merah semacam. Pasti
tidak tahan dengan kepedasan sambal kerang yang dibuat oleh uminya. Dalam pada
masa yang sama hatinya sudah mengekek ketawa.
Zafry yang mendengar pertanyaan
Adra mengangguk laju. Gila tak nak! Lidahnya sudah rasa mahu terbakar dek
kerana kepedasan. Tekak juga terasa mengembang bila
seekor ikan yang kuat berbau dimasukkan ke dalam pinggannya. Kalau tidak
memikirkan hati ibu bapa mertuanya, pasti dia sudah meluahkan kembali makanan
yang masuk ke dalam mulut.
“Zafry tak lalu ke?” Rahimah
pandang wajah menantu dan anaknya bersilih ganti.
“Eh tak adalah umi.” Cepat dia
menafikan bila terkesan riak penuh tanda tanya diwajah wanita itu.
“Kalau tak lalu nak makan bagitahu
umi. Tadi umi ada buat kotew sup untuk Zafry. Tapi Adra cakap Zafry suka
masakan kampung. Nak-nak ikan perkasam goreng. Itu yang umi tak hidang.”
Mendengar kata-kata uminya, Adra
pantas menyumbat masuk nasi ke dalam mulut secepat mungkin. Alahai…Yang uminya
rajin nak bercerita tu kenapa? Kantoi!
“Argh..”
“Kenapa?” Adina bertanya
terpingga-pingga bila kakaknya tiba-tiba menjerit kecil.
“Ada semut gigit perut.” Adra tayang
sengih. Sekejap lagi pasti ada kesan lebam pada pinggangnya. Dijeling geram
wajah suaminya yang tayang riak tidak bersalah.
“Semut besar ye Adra?” Razali
menyindir dengan tawa kecil meletus dari bibirnya.
..................................
Tubuh sasanya
disandar pada kepala katil. Bersiap sedia mahu menonton persembahan dari
isterinya. Sambil itu camera di on kan. Mahu merakam aksi Adra bagi dijadikan
bahan untuknya ketawa nanti.
“Abang buat apa
tu?” Tak puas hati dia bertanya. Risau jika suaminya sengaja mahu mendajalkan
dia. Buatnya lelaki itu masukkan ke dalam You tube tak ke naya?
“Jangan banyak
tanyalah. Cepat sikit.” Dengan baju tidur bercorak cartoon dia yakin Adra pasti
tampil comel nanti.
“Abang tak rasa
macam abang buli Adra ke?” Sentap!
“Tak payah
buatlah.” Comforter ditarik bagi menutupi tubuh. Mahu membuatkan Adra
serba-salah. Yakin taktiknya pasti berjaya kerana dia sendiri selalu tewas
dengan taktik merajuk yang selalu Adra buat sebelum ini.
“Adra buat
sekarang.” Tangan dikepakkan. Bersiap sedia mahu mempersembahkan chicken dance
pada suaminya. Dengan perut ke hadapan, dia yakin gayanya pasti tak ubah
seperti ibu ayam!
Zafry tergelak
kuat. Comel! hanya itu perkataan yang dapat dia katakan bagi mengambarkan
keadaan Adra sekarang. Tubuh itu sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Sesekali
berpusing ke belakang. Mulut pula riuh mengikut music yang dipasang olehnya
melalui handset. Kata malu…tapi gayanya dah nampak seperti orang tak tahu malu!
Surat Cinta Untuk Di
Sana : Sy dah tempek dekat group…Sj tempek dekat blog pulak nak bg kwn2
yg bukan ahli group fb bc… :) https://www.facebook.com/groups/621308791235302/