Dang Anum
Kata orang, cinta itu ibarat ABC. Macam-macam warna
ada. Kata aku, cinta ibarat chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada!
Motif?
Kalau korang nak tahu, masuk kali ini dah lima kali aku putus cinta. Mak kata
aku dah boleh mandi bunga. Cik Tipah Goyang sebelah rumah lagi teruk. Ada ke
patut dia suruh aku mandi air masjid tujuh kolah?
Aku
pun pelik sebenarnya. Nak kata aku ni memilih, memang taklah. Aku bukannya si
JLo yang cun melecun tu. Jangan nak kata sama sikit, sipi dia pun jauh panggang
dari api!
Kesimpulan
yang aku dapat buat? Jodoh aku belum sampai. Seru belum panggil!
“Jodoh
kalau tak cari, memanglah tak ada.” Great!
Mak macam tahu-tahu saja apa yang aku fikir.
“Si
Jiha kawan baik kau tu... anak dah dua. Esok lusa keluar lagi sorang. Katina
anak Cik Tipah, dah bersusun suku-sakat dia. Kau tu bila lagi?”
Aku
pandang wajah mak. Belum sempat aku balas, mak sambung lagi bicara ala-ala
luahan perasaan di pagi raya.
“Mak
ni bukan apa, sebelum tutup mata, nak jugak tengok kau bahagia. Ada anak. Ada
suami macam orang lain. Boleh jaga sakit pening kau.”
Lima
tahun dulu, kalau aku dengar ayat ni, confirm
aku melalak meraung tak cukup tanah. Feeling
beb! Tapi kalau dah sampai lima tahun mak aku asyik ulang benda yang sama,
memang dah beku habis perasaan aku yang memang tak berapa nak cair ni.
Kalau
suruh ulang balik ayat tu pun, aku boleh. Tak payah nak tengok skrip bagai!
“Bukannya
Anum tak cari, tapi dah tak ada jodoh. Anum nak buat macam mana?” Kuih tepung
talam yang elok berbungkus, aku buang plastik dan sumbat masuk ke dalam mulut. Heaven!
“Ala...
cuba kau buat iklan dalam pesbuk tu. Ada ler nanti yang mengendeng.”
Aku
pandang Cik Tipah. Tergelak aku tengok muka dia yang beria-ia. Dia kalau sekali
tengok, dah macam mami jarum. Dengan gelang sampai ke lengan. Rantai dekat
leher tak usah aku nak cerita. Penuh! Dari yang kecil sampai yang besar. Ini
kalau letak dekat leher aku, mahu patah riuk terus!
Tapi
aku tahu. Dia nampak sahaja macam itu, tapi baik orangnya. Kalau ada yang
mengata aku anak dara tak laku, dialah yang jadi si tukang backup. Masa tu,
terus aku angkat dia jadi Cat Woman dalam hati!
“Kalau
kau tak usaha, jadi anak dara tak lakulah kau nanti Anum oii.”
Okey!
Aku delete... delete... balik segala
pujian tadi! 2 x 5 saja dia dengan orang lain!
“Apa
kata, Cik Tipah yang tolong carikan jodoh dekat Anum. Selera Anum ni bukan
besar.”
“Betul
ke? Bagus la kalau macam tu. Kau dah ada calon Tipah?”
Amboi
mak! Laju! Sengih mak dah sampai belakang telinga. Terus aku rasa tak sedap
hati. Cik Tipah pun bukan main lagi sakan bertepuk tampar dengan mak. Ya
Allah... mintak simpang segala marabahaya...
“Kalau
boleh, Anum nak suami yang ada kerja tetap. Ada rumah banglo ke sebiji, ada
kereta. Kalau anak yatim piatu lagi bagus. Nanti raya tak payahlah Anum nak
berebut-rebut balik rumah siapa.” Syarat mengarut aku bagi. Sebelum Cik Tipah
buat pakatan dengan mak, baik aku ranapkan dari awal.
Yang
mulut aku ni pun satu. Gatal! Gedik! Tak ada pasal, pergi cari pasal!
“Amboi
kau...deman!” Panjang muncung Cik Tipah. Agaknya menyampah dengar syarat tak
sedar diri yang aku baru kasi.
“Demand
ler Cik Tipah.”
“Sama
ajelah.”
“Kalau
ada calon yang kena dengan syarat tu, Cik Tipah jangan lupa kenalkan dekat Anum
ye?” Aku tayang wajah naif. Sekejap sahaja sebelum aku rasa bagaikan nak
tercabut segala isi. Tunduk bawah. Elok tersadai jari mak dekat pinggang aku.
Ini mahu lekat lovebite tiga bulan.
Amir Riaz
DANG ANUM? Otak aku automatik terbayang
wajah pelakon zaman dulu. Baju kebaya ketat menyendat. Bunga melur penuh
kepala. Payung...
“Dah
habis kau gelak? Nak mak long sumbat mulut kau dengan selipar ni?”
Aku
geleng kepala. Sekejap sahaja sebelum tawa aku kembali bersambung. Sumpah
lawak! Terbayang sahaja gaya si Dang Anum ala-ala gadis melayu terakhir cukup
untuk buatkan aku rasa nak gelak sampai tercabut rahang!
“Tak
ada orang lain ke mak long?” Hilang tawa, aku bertanya.
“Kau
jumpa dengan budak Anum ni pun belum, kau dah tanya mak long calon lain?”
Aku
tersengih. Mak long ketap gigi. Siap cekap pinggang bagai. Nampaknya budak Anum
ni dah jadi calon afundi mak long.
“Cantik
tak mak long?”
“Mata
dua. Hidung satu. Gigi penuh mulut. Sempurna sifat. Lawalah.”
Terdiam
aku dengar lawak mak long yang tak berapa nak lawak. Tak agak-agak dia nak
sindir!
“Jadi
tak ni Riaz?” “Jadi apa mak long?” Aku garu kepala. Serabut dengan desakan mak
long yang aku yakin, tak adanya nak berhenti selagi aku tak bagi jawapan yang
memuaskan hati dia.
“Jadi
jumpa budak nilah. Kalau tak nak jumpa pun boleh. Biar mak long masuk pinang
saja terus.”
“Ya
Allah, mak long. Riaz tak sedia lagilah. Riaz ni bukannya tua sangat.”
“Tak
tua kau kata? Umur kau tu dah tiga puluh tiga. Mak long dulu, anak dah nak
masuk sekolah menengah dah masa umur kau.”
“Tu
zaman bila mak long? Sekarang ni orang dah tak kisah dah kahwin awal ke...
lewat ke.”
“Mak
long sedar, mak long ni bukan mak kau.” Aduhai... ini yang aku lemah. Mak long
kalau tak guna ayat pasrah, memang tak sah!
“Ikut
suka mak longlah. Bila mak long nak Riaz jumpa budak tu?”
“Sungguh?
Betul ke nak jumpa?” Aku agak dah... tak pepasal aku terkena lagi! Hilang muka
sentap mak long tadi. Ayat pasrah juga dah terbang melayang. Ceria wajah mak
long macam aku baru saja hadiahkan dia cincin emas sebentuk.
Aku
terbayang wajah Serena. Budak satu firma dengan aku. Setahun rasanya sudah
lebih daripada cukup untuk aku cuba dapatkan dia. Dah tak sanggup aku jadi
hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Dang Anum
AKU pandang dia. Dia pandang aku.
Rasanya sejak lima belas minit lalu, sampailah sekarang, itu sajalah benda yang
aku dengan dia buat. Ini kalau mak tengok, mahunya dia menyanyi lagu R. Azmi.
Dari
kerana mata, terbitnya asmara... Senyumanmu menikam jiwa... Renungan mesra
menjelma segera... Aku tertawan memendam rasa...
“Saya
tahu saya kacak.” Aku kerut dahi. Ayat pembuka bicara dia buatkan aku rasa nak
hantuk kepala dekat dinding laju- laju. Puji diri sendiri tak agak-agak! Tetapi
nak tak nak, aku kena akui. Dia memang segak. No doubt!
“Motif?”
“Sebab
awak tengok saya sampai nak tembus.”
“Huh!
Fitnah akhir zaman.” Aku bagi ayat itu. Tapi dia selamba sahaja ketawa. Mak
aii! Sekarang aku rasa nak tutup mata kuat-kuat dengan jari. Lesung pipit dia
punya dalam, dah boleh aku buat tempat tumbuk sambal belacan!
Kenapalah
segak sangat makhluk ciptaan yang satu ini? Terus rasa rendah diri menyerang.
Ini jangan kata berdiri sama tinggi. Kalau aku duduk pun, belum tentu dapat
sama level dengan dia. Pasrah!
“Mak
long saya sukakan awak, Dang Anum. Kuat dia lobi.”
“Mak
long? Cik Tipah?” Lah... aku ingatkan entah anak siapalah dia sapu. Rupanya
anak saudara sendiri. Kenapalah mak long tak cakap awal-awal dia ada anak
sedara macam ni sikit punya kacak?
Mak
long? Dah kenapa pulak dah aku panggil Cik Tipah macam tu? Dang Anum sayang... Wake up dear!
“Yup.
Dari minggu lepas lagi dia asyik puji awak. Anum itu... Anum ini... teringin
jugak nak tengok, hebat macam mana cik Dang Anum kesayangan mak long saya tu.”
Ini
yang aku tak sedap. Senyuman dia tu macam sinis sangat. Hek eleh... ingat aku
hadap sangat ke nak jadi bini dia?
Tapi
tak kanlah aku nak balas biadap jugak kan? Keayuan aku yang sudah tujuh
keturunan diperturun dari nenek moyang, kena jaga.
“So...
apa pendapat awak?” Aku tayang sengih. Pasrah sajalah kalau dia kata rupa aku
macam nenek kebayan sekali pun.
“Okey. Not bad.” Dia senyum lagi. Kali ini
nampak ikhlas. Ohoii... Mak Long Tipah! I Love You!
“Dang
Anum...”
“Anum
cukup.” Dari tadi lagi dia panggil nama penuh aku. Kalau terberkenan nama aku
sekali pun, janganlah tunjuk sangat. Kang tak pepasal aku jadi bangga. Bila
bangga, mulalah aku nak riak. Lagi teruk kalau aku mula takbur... mintak
simpang!
“Dang
Anum.” Again? Mata aku kecilkan.
Nafas aku tarik bila aku dah boleh agak hala tuju fikiran dia.
“Jangan
tanya sebab apa nama saya Dang Anum.” Dia tergelak.
“Obvious sangat ke?” Aku angguk.
Butalah kalau aku tak sedar dari tadi dia panggil nama penuh aku. Aku tahulah
nama aku tu epik!
“Kalau
jumpa mak saya nanti pun awak jangan tanya soalan tu.”
“Apasal
pulak?” “Nanti mak saya jawab... bersyukur mak kasi nama tu. Kalau ikut abah
kau, dia nak letak nama Hang Li Po.”
Dia
ketawa lagi mendengar kelentong aku. Gasaklah. Bukannya dia tahu aku bohong ke
tidak. Jujurnya, aku sendiri tak pernah tanya dekat mak dengan arwah abah,
sebab apa aku dapat nama itu.
Amir Riaz
DIA cantik? Tak! Kalau dengan
Serena, bagai langit dengan bumi. Bagai tanah dengan pelangi. Tapi ada sesuatu
yang ada dekat dia yang tak ada dekat Sarena.
Dia
kelakar. Apa yang penting, dia berjaya buatkan aku berasa selesa. Sesuatu yang
payah untuk aku alami dengan orang lain.
“Jadi
bersedia nak jadi isteri saya?” Wajah dia aku pandang.
“Semudah
tu?”
Jelas
matanya terbuka luas tanda tidak percaya. Aku angguk. Yes! Semudah itu. Aku
malas nak fikir banyak. Rasanya calon mak long yang seorang ini tak adalah
teruk sangat.
“Tak
rasa macam kita ni terdesak ke?” Dia tanya lagi.
“Apasal?
Awak rasa macam kita terdesak ke?” Soalan berbalas soalan.
Dia
geleng. Jemarinya naik membetulkan tudung yang sedikit kelepek. Kemudian dia
pandang wajah aku dengan mulut yang termuncung-muncung. Adalah benda yang dia
nak tanya lagi tu.
“Kita
nak buat kisah kahwin paksa ke?”
“Kahwin
paksa dan calon pilihan keluarga, dua benda yang berlainan Anum.” Sama ada dia
banyak baca novel ataupun dia banyak tengok telenovela. Tak faham betul aku
kalau orang kata pilihan keluarga itu, masuk dalam kategori kahwin paksa.
“Bukan
eh?” Aku geleng.
“Awak
memang tak ada calon ke? Saya tak suka rampas hak orang.”
“Jujur...
saya ada calon.”
Dang Anum
ACI tak kalau aku simbah air dekat
muka dia? Rampas hak orang? Hell no!
“Saya
nak balik.” Dia kacak, tapi kacak saja tak cukup untuk buatkan perut aku
kenyang. Kalau kacak dia aku kena kongsi dengan orang lain, nak buat apa? Buat
sakit hati saja.
“Duduk
dulu Anum.” Ewah! Boleh pulak dia senyum. Ingat benda macam ni main-main ke?
“Saya
ada calon. Tapi dia tak sukakan saya. Maybe,
I should move on.”
“Maybe?”
“Yes... maybe.”
“Maybe awak tu tak cukup senangkan
hati saya. Saya tak suka berkongsi. Hari ini awak pilih saya. Tak mustahil esok
awak teruskan lagi angan-angan nak tawan calon yang tak sukakan awak tu.”
Aku
bukan jenis orang yang mudah anguk- anguk, geleng-geleng. Dan aku juga bukan
jenis wanita lemah tidak kena tempat.
“Saya
jugak bukannya layang-layang, Anum. Kalau saya setuju berkahwin dengan awak,
bermakna saya pilih awak and of course, saya
akan lupakan dia.”
“Awak
yakin?”
“Absolutely... yes!” Kata-kata dia berjaya buatkan aku
tersenyum. Mungkin pilihan keluarga lebih baik dari pilihan sendiri. Teruk atau
baik, kami sendiri yang akan coretkan. Dan hanya Dia sahaja yang mengetahui apa
yang bakal jadi dikemudian hari.
“Nama
saya Dang Anum. Umur dua puluh sembilan. Kerja sebagai clerk of work dengan
syarikat consultant.”
Dia
jelas tercengang mendengar kata-kata aku.
“Sesi
suai kenal. Awak tak nak tahu pasal calon isteri awak?”
“Awak
kelakar, Anum.”
“Saya
anggap itu pujian. Thanks!” Dia
tergelak lagi. Agaknya makhluk bernama Riaz ini, memang suka ketawa.
“Tinggi?
Berat?”
“Tu
soalan sensitif.” Aku cebikkan bibir. Tapi aku tetap beri jawapan untuk
pertanyaan itu.
“Tinggi
saya seratus lima puluh tujuh. Jangan awak berani kata saya katik! Eva Longoria
pun sama tinggi saja dengan saya.” Sensitif betul aku kalau ada yang berani
kata aku tak cukup inci.
“Sepatutnya
awak yang kena jadi lawyer, Anum. Ada saja jawapan awak.”
Dia
letak tangan bawah dagu. Dengan kemeja yang disinsing, oh yeah! Dia nampak
sangat mengancam!
“Berat
saya empat puluh lapan...” Tiga tahun yang lepas, aku sambung dalam hati.
Sekarang kalau timbang, mahunya jarum penimbang naik mencanak.
“Serius?”
Dia kecilkan mata.
“Erkk... maybe.” Oh, dia tersenyum lagi.
Rasanya aku bakal kenyang kalau dapat tengok senyuman dia hari- hari. Cis! Aku
propa lagi! Kalaulah senyum boleh kenyangkan perut, pasti sudah tak ada
gelandangan di dalam dunia.
“How about you?”
“Amir
Riaz. Umur tiga puluh tiga. I‟m a lawyer.
Ada rumah. Ada kereta dan anak yatim piatu.”
Pijar
pipi aku rasa. Nada dia biasa. Tetapi aku rasa bagaikan disindir. Aduhai Mak
Long Tipah sayang, apasalah rapikan aku tu dia bagi tahu sekali? Sekarang
nampak macam aku ni perempuan mata duitan pulak. Hurmm...
“Tinggi
seratus lapan puluh lima... and yes, awak bakal nampak katik kalau berdiri
sebelah saya... so macam mana? Lepas syarat jadi calon suami awak?”
Lebih
daripada lepas. Tapi takkanlah aku nak bagi tahu dia pulak kan? Kang ada pulak
yang kembang hidung tak nak kempis.
“Okeylah.”
“Okeylah
saja?” Dia jongket kening. Aku angkat bahu. Tayang wajah stonecold.
Amir Riaz
SEBULAN
lagi status aku bakal berubah. Apa yang tak bestnya...
“You
dah makan, Riaz?”
“Dah...
dengan my fiance.” Aku ukir senyum. Dulu, bagaikan nak gila aku kejar dia. Tapi
sikit pun dia tak pandang. Bila tahu aku bertunang, pandai pula dia mengendeng
bagaikan anak kucing mintak dibelai.
“Oh...
I tak makan lagi. Boleh you temankan I?”
“Maaf Serena. I‟ve got to go. Nak jumpa Datuk Rahim.” Fail di tangan, aku
layang di hadapan wajahnya. Riak kecewa terpampang jelas membuatkan aku menjadi
serba-salah.
“I
jumpa Datuk kejap. Nanti I temankan you.” Senyuman dia aku balas sebelum
berlalu.
“Pak
ngah.” Aku jengah kepala di balik pintu bilik Datuk Rahim yang selama ini
memang sentiasa terbuka luas.
Hampir
tergelak aku melihat permandangan di hadapan mata. Rambut lelaki itu sudah
berselerakkan dengan getah pelbagai warna. Jari pula dipenuhi plastisin yang
dipakaikan seperti inai.
“Masuk
Riaz.”
“Jaga
cucu ke Pak Ngah?” Aku bertanya. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Uncle
Leyas nak pakai?” Wajah comel itu aku pandang. Tersengih nakal sambil
menarik-narik plastisine di tangan. Laju aku geleng kepala.
Pipi
tembam budak kecil yang dipanggil Baby itu, aku cubit geram. Asal dia datang
sahaja, pasti haru-biru firma dengan telatah nakal dia.
“Baby
tak pergi sekolah ke?”
“Tak.
Baby demam.”
“Betul
ke demam?” Puas aku tahan senyum bila tangan aku ditarik dan diletakkan di atas
dahinya. Sejuk! Auta lebih dari fakta dah ni.
Telatah
comel itu benar-benar buatkan aku rasa tak sabar nak ada anak sendiri. Pastinya
akan nakal dan ceria sama seperti cucu kesayangan lelaki itu.
“Baby
dah makan ubat?”
“Dah.
Baby makan ubat oren.”
“Vitamin.”
Mendengar
kata-kata Datuk Rahim, aku hanya mengangguk. Faham-fahamlah sendiri.
“Fail
yang pak ngah mintak.” Aku hulurkan kepada dia.
“Letak
saja hujung tu Riaz. Duduklah. Yang kau berdiri tu kenapa?”
Mendengar
kata-kata itu, kerusi di hadapannya aku tarik.
“Pak
ngah ada benda ke nak cakap dengan Riaz?” Wajah Datuk Rahim aku pandang. Lelaki
itu sejak akhir-akhir ini, cerianya lain macam. Pastinya disebabkan kehadiran
budak comel yang keletah itu.
“Bila
nak langsung majlis?” “Kalau tak ada aral, awal bulan depan. Nanti Riaz nak
mintak tolong pak ngah jadi wakil belah Riaz.”
Aku
pandang wajah dia. Lepas ayah dengan ibu aku meninggal, lelaki inilah yang
banyak hulurkan bantuan. Tak pernah lokek dengan tenaga dan wang ringgit kalau
aku perlukan bantuan.
“Boleh!
Boleh! Pak ngah panggil kau pun sebab benda nilah. Pak ngah cadang nak buat
sikit majlis sebelah lelaki. Kita buat dekat rumah pak ngah. Kalau tak nak,
buat dekat hotel pun boleh.”
“Riaz
ingat nak buat sebelah perempuan saja.” Aku pandang serba salah. Baru beberapa
hari lepas aku bincang dengan Anum. Wanita itu juga tak banyak songeh. Faham
dengan situasi aku.
“Haish...
mana boleh. Buatlah. Jangan risau pasal duit. Semua pak ngah tanggung.”
“Bukan
pasal duit pak ngah.”
“Habis
itu? Pasal kau tak ada mak ayah? Pak Ngah dah anggap kau macam anak sendiri.
Kau pun tahu, masa Rhea dengan Xander dulu, bukannya pak ngah boleh buat semua
ni.”
Pelipis
aku urut perlahan. Tersepit dengan harapan lelaki itu.
“Mak
ngah kau pun dah bersemangat nak buat kenduri. Rasanya dia dah talifon Mak Long
Tipah kau bincang pasal ni.”
Aduh!
Ini yang aku lemah. Kedua-dua wanita itu memang tak akan faham erti mengalah.
Kalau tak setuju, pastinya akan buat ayat pasrah.
“Biar
Riaz bincang dengan Anum dulu, pak ngah.”
“Okey.
Nanti bagi tahu pak ngah.” Aku angguk dan perlahan-lahan bangun.
“One more thing. Tak payah nak layan sangat langau. Waktu-waktu macam
nilah dugaan macam- macam datang.”
Serena!
Pastinya lelaki itu maksudkan wanita yang seorang itu.
Dang Anum
“MAJLIS dah dekat.”
“Saya
tahu.”
“Baju
akad nikah kita tak beli lagi.” Wajah Riaz aku pandang. Entah mengapa, sehari
dua ini aku rasa bagaikan ada yang tidak kena dengan lelaki itu.
“Nanti
kita beli.”
“Nanti
tu bila?” Minggu lepas, soalan sama juga aku tanya. Dan jawapan yang sama juga
aku terima.
“Sekejap
lagi kita pergi cari.” Nada dia jelas bagaikan terpaksa. Aku tarik nafas
panjang. Sejak dari awal lagi aku sudah beritahu dia. Kalau tak sudi, katakan
tak sudi.
“Awak
menyesal pilih saya?” Pertanyaan aku jelas buatkan dia tercengang. Mungkin
tidak menyangka aku akan bertanya soalan seperti itu.
“Awak
jangan nak mengarut, Anum.” Nadanya jelas tidak senang mendengar pertanyaan
aku.
“Habis
itu?”
“Saya
sibuk sehari dua ni. Tak sempat nak buat semua benda dalam satu masa.”
Aku
angguk. Cuba memahami keadaan dia walau hakikatnya, fikiran aku sudah berfikir
perkara bukan- bukan.
“Saya
harap awak tak menyesal pilih saya, Riaz. Awak ada masa sampai hari nak
lafazkan akad. Saya tak kan marah kalau awak ubah fikiran saat akhir. Tapi saya
tak suka kalau lepas kahwin, baru awak nak buat perangai.”
“Awak
terlalu jujur Anum.”
“Yes!
Saya memang jenis jujur. Dan saya harap orang yang nak jadi imam saya juga,
jujur dengan saya.”
“Kalau
saya buat perangai lepas kahwin?”
“Saya
akan bunuh awak.” Dia terpingga-pingga. Melambak tawa muntah dari bibir aku.
“Ya
Allah, Riaz. I‟m just kidding! Saya
tak adalah segila itu.”
“Thank god! Awak buatkan saya takut, Anum.”
Dia tersenyum. Sama sinarnya seperti hari pertama aku bertemu dengan dia
beberapa bulan lalu.
Dang Anum
KAMI ibarat kucing dan anjing yang
dipaksa tinggal serumah. Dugaan selepas berkahwin rupanya, lebih daripada apa
yang aku jangkakan.
Perbezaan!
Sepatah perkataan itu sudah cukup untuk menerangkan apa yang aku dan Riaz
alami. Perbezaan selalunya akan membuatkan hidup bewarna- warni. Tetapi
perbezaan juga akan buatkan hidup hura- hara.
Antara
kedua pilihan itu, nampaknya, huru-hara lebih mendekati kehidupan aku dan Riaz.
Semuanya serba tidak kena.
Riaz
sukakan makanan pedas, aku pula sebaliknya.
Riaz
suka sepahkan benda, sedangkan aku memang tak boleh hidup dalam suasana yang
semak.
Riaz
tak suka benda berbulu. Aku pula memang pencinta haiwan jenis fluffy.
Disebabkan alergik Riaz, Cik Kitty yang sudah bertahun menjadi peneman aku,
terpaksa aku tinggalkan pada emak.
Kalau
nak senaraikan perbezaan antara aku dan Riaz, rasanya berkajang kertas pun
belum tentu cukup.
“Buat
apa tu?”
Aku
pantas panggung kepala. Senyuman seikhlas yang mungkin aku cuba ukir di bibir.
“Tak
buat apalah.” Sofa sebelah aku tepuk. Menyuruh dia duduk di situ.
“Abang
nak makan sekarang?”
“Kejap
lagi.” Lengannya aku kaut sebelum kepala aku lentokkan di situ. Cuba mencipta
suasana yang menyenangkan antara kami.
“Esok
abang kena outstation.”
“Dekat
mana?”
“Langkawi.”
Langkawi?
Membuak rasa teruja dalam hati. Seumur hidup, sekalipun aku tidak pernah
jejakkan kaki ke pulau lagenda itu.
“Anum
ikut abang boleh? Lagipun, kita tak pernah lagi pergi honeymoon.” Aku pandang wajah dia. Sengaja aku tayang puppy eyes. Sumpah! Aku rasa nak lempang
muka sendiri laju-laju!
“Tak
payahlah. Anum kerja kan?”
“Anum
boleh mintak cuti.” Lengan dia aku usap lembut. Cuba lagi merayu.
“Abang
pergi sebab ada kerja. Takut tak sempat nak layan Anum. Nantilah ye?”
Aku
mengeluh kecewa. Sebelum mengangguk pasrah. Bye-bye Mahsuri. Dang Anum belum
boleh datang melawat.
Amir Riaz
DON‟T do this! Don‟t do that!
Aku
rasa bagaikan budak tadika yang sedang diajar untuk melakukan sesuatu perkara
dengan betul. Anum, wanita itu bagaikan „pemadam‟ kesalahan. Semua benda nak
ditegur.
Kadang
kala celoteh dia menyenangkan hati. Ada kalanya pula, bebelannya hampir
membuatkan kesabaran aku terbang melayang.
“Ya
Allah, abang. Berapa kali Anum cakap, tuala ni sangkutlah balik lepas guna.”
Aku
buat tak dengar. Earphone aku sumbat
masuk ke dalam telinga. Aku pandang wajah dia. Entah apalah lagi yang
dibebelkan. Mulut itu terkumit-kumit. Tangan pula menunjuk ke sana sini.
Mata
aku pejam. Cuba mencipta ketenangan dalam dunia sendiri.
“Bertuah
sungguh abang ni. Anum cakap dengan abang, boleh pulak abang pergi tidur.”
Mata
aku buka sekecil yang boleh. Aku lihat dia tersenyum. Earphone yang ada di telinga aku, ditarik perlahan. Kemudian dia
menarik comforter naik menyelimuti
tubuh aku.
Baru
sahaja dia mahu melangkah turun dari katil, pantas tubuh dia aku sambar dan
sengaja aku peluk erat.
“Abang
tak tidur lagi ke?”
“Hurmm...” Kepalanya aku tekan rapat ke
dada.
“Anum
sayangkan abang.”
“Hurmm.” Aku masih mengumam. Kelu lidah
mahu membalas ucapan sayang dia. Anum tak pernah tahu sembunyikan apa yang dia
rasa. Marah, suka, benci, ataupun sedih, mudah sahaja dibaca melalui air muka.
“Abang
pergi outstation esok berapa hari?”
“Lima
hari.”
“Lima?
Lamanya...”
“Pejam
celik, pejam celik... dah cukup lima hari.” Aku buka mata. Rambut dia yang
menutup sebahagian wajah, aku selitkan di celah telinga. Dahinya yang licin
tanpa cela, aku kucup lembut.
Amir Riaz
RIMAS!
Rasa
menyesal pula aku ambil keputusan bodoh seperti sekarang. Jemari lembut yang
singgah dalam genggaman, aku tolak kasar.
Baru
sesaat terlepas, tangan itu naik pula memaut lengan. Sumpah aku rasa sebal!
“Serena...
please.”
“You
dah berubah Riaz.” Nada itu kedengaran begitu sedih, tetapi belum cukup untuk
buatkan aku rasa tersentuh.
“I
dah ada kehidupan sendiri Serena.”
“You love me, remember?” Aku tergelak kecil mendengar
kata-kata penuh yakin yang terluah dari bibir wanita itu.
“Pernah,
Serena... pernah.”
“I
sukakan you, Riaz.”
“Kenapa
baru sekarang?” Kalaulah aku dengar kata-kata itu sebelum aku jumpa Anum,
pastinya aku makhluk paling gembira dalam muka bumi. Tetapi sekarang, kosong.
Langsung rasa gembira tak menjengah.
“I
ingat you jenis setia. I tak sangka, you baru usaha sikit, then... terus give up.”
Tergelak
aku mendengar kata-kata Serena. Setia? Atas alasan apa aku kena setia? Antara
kami memang tak pernah wujud sebarang ikatan. Aku sukakan dia, tapi dia tak
pernah pun balas rasa suka aku tu. Kenapa sekarang dia perlu meroyan?
“I
dah ada isteri.”
“Lelaki
boleh kahwin empat.” Terkedu aku mendengar kata-kata Serena. Terus aku
terbayang wajah Anum. Beza Serena dengan Anum, bagaikan langit dengan bumi.
“I
tak mampu nak beristeri lebih dari seorang.” Sekali lagi tangan dia hinggap
pada jemari aku. Agaknya wanita seorang ini memang jenis tak faham bahasa.
“Serena.
Listen... I tak suka nak ulang benda
yang sama banyak kali.”
Aku
telan liur. Belum sempat aku memuntahkan kata, mata aku cekap menangkap kelibat
seseorang yang cukup aku kenal. Anum!
Dang Anum
AGAKNYA, aku memang jenis wanita yang senang orang perbodohkan.
Disebabkan itu, hubungan cinta aku dengan lima orang ‘jantan’ hancur lebur
tengah jalan disebabkan wanita lain.
Amir
Riaz, aku sangkakan lelaki yang sudah dua bulan menjadi imam aku itu berlainan
tingkahnya berbanding lelaki lain, rupanya aku silap. Tersalah meletak
kepercayaan pada orang yang tidak kena.
“Anum.”
“Anum
tak suka kena bohong.” Wajah Riaz aku pandang. Air mata yang mahu menitis,
sedaya upaya aku tahan.
“Anum
dah salah faham.”
“Salah
faham?” Aku tergelak sinis.
“Abang
kata, abang kena pergi Langkawi.”
“Abang...”
“Tolong
jangan cari alasan. Anum paling benci kalau kena tipu.” Bicara Riaz aku pangkas.
Sekarang yang aku harapkan cuma sikap berterus terang. Aku tak akan mampu
hadap, kalau sekali lagi Riaz cuba berbohong.
“Abang
tak pergi outstation.” Aku pandang
wajah Riaz. Menitis air mata bila akal mula mengarang cerita sendiri.
“No... no... bukan yang macam Anum fikir.”
Dia kelihatan gelabah. Bahu aku dipaut erat.
“Abang jumpa Serena tadi...I mean...kebetulan.”
“Pegang tangan pun, kebetulan jugak?”
“Argh!”
Aku tersentak mendengar bentakkan Riaz. Dia raut rambut
ke belakang.
“Anum
kena dengar apa abang nak kata.”
“Kalau abang rasa nak lepaskan Anum, cakap
aje. Anum tak suka nak paksa orang hidup dengan Anum kalau hati tak sudi.”
“Abang
sayangkan Anum.”
“Kalau
tak ikhlas, tolong jangan bagi harapan palsu macam itu.”
“Abang
memang sayangkan Anum. Tapi kita ni berbeza sangat.”
Aku
pandang Riaz. Perbezaan antara kami memang terlalu banyak. Aku sudah cuba buat
yang terbaik bagi menjayakan hubungan kami. Tapi kalau aku seorang sahaja yang
berusaha, apa gunanya.
“Dua
puluh sembilan tahun Anum biasa hidup sendiri. Anum tak risau, kalau sekali
lagi Anum kena lalui benda yang sama.”
Mungkin
ada yang akan kata aku pasrah tak kena tempat. Hakikatnya bukan begitu.
Kalaulah ‘wanita itu’ berdiri di hadapan aku meminta Riaz untuk diri dia,
pastinya sudah aku ganyang habis-habisan.
Tetapi
yang ada di hadapan aku sekarang, adalah Riaz. Aku tidak mahu Riaz tersepit.
Kalau aku mahu, tetapi dia tidak sudi, pastinya tak akan ke mana hubungan kami.
Amir Riaz
TANGAN Anum aku genggam erat. Jelas dia
kelihatan terluka. Air mata yang mengalir di atas pipinya, membuatkan perasaan
bersalah menyerbu di hati.
Aku
tarik tangan Anum menuju ke sofa. Hari ini, aku sedar sesuatu. Yang aku memang
tak salah memilih dia sebagai isteri.
Anum
tak mengamuk di hadapan orang. Bahkan dia juga langsung tak menghampiri aku dan
Serena tadi. Dia hanya memandang dari jauh, sebelum berlalu. Sesuatu yang aku
yakin, tak akan dilakukan oleh wanita normal lain.
“I need a break.” Aku mengeluh. Pastinya apa yang
bakal aku katakan nanti, semakin melukakan hati Anum.
“Abang
ambil cuti. Tapi abang tak pergi Langkawi. Abang sewa hotel dekat sini jugak.”
Rasanya
inilah kesilapan terbesar dan terbodoh yang pernah aku buat. Niat aku hanya
untuk melupakan sejenak ketidaksefahaman antara aku dan Anum. Tetapi lain pula
yang berlaku.
“Abang
perlukan waktu untuk diri sendiri.” Aku lihat Anum mengangguk.
“Anum
tak senangkan hati abang?” Pertanyaan Anum membuatkan aku mengetap bibir. Cuba
mencari ayat yang tidak akan membuatkan dia terluka.
“Bukan
macam tu. Lepas kita kahwin, banyak sangat benda yang tak kena. Abang jadi
letih.”
“Anum
puncanya?”
“No!” Cepat aku menafikan.
Bila
dalam keadaan terdesak, aku mula sedar sesuatu. Anum sentiasa berterus-terang.
Apa yang dia suka dan dia tidak suka, selalunya akan diberitahu secara
berhadapan. Sedangkan aku?
Pendam,
dan terus pendam. Natijahnya sekarang, semuanya mungkin bakal berantakan.
“Kalau
ada benda yang Anum buat tak kena dekat mata abang, bagi tahu. Anum bukannya
gila sampai tak boleh nak terima kritikan.”
Aku
mengangguk. Air matanya aku kesat sebelum aku bawa dia ke dalam pelukan.
“Silap
abang sebab tak boleh jadi sejujur Anum.”
“Hidup
berkeluarga kena ada give and take. Anum
tak nak nanti abang ingat Anum jenis queen
control. Kalau tak puas hati, bagi tahu Anum. Hati abang, Anum tak boleh
nak baca.”
Dang
Anum, dia terlalu istimewa.
“Abang dengan Serena memang tak ada apa-apa.
Abang tak sangka terserempak dengan dia tadi.” Sekali lagi aku cuba meyakinkan
Anum.
“Believe me. Abang memang dah tak ada
perasaan pada dia.”
“Anum
harap abang jujur.” Aku eratkan pelukan. Berharap Anum faham sendiri.
Dang Anum
“KALAU nak bawa diri sekalipun, tak
boleh ke abang pilih tempat jauh sikit? Sarawak ke? Tak pun Sabah.”
“Tak
cukup jauh ke ni?”
“Sepuluh
minit dari rumah kita? Jauh sangat.” Riaz sudah tergelak mendengar sindiran
aku.
“Alang-alang
abang dah sewa, kita honeymoon saja dekat sini.”
Riaz
sudah tayang wajah nakal. Aku geleng perlahan. Tak kuasa. Buang duit sahaja.
Baik aku balik tidur dekat rumah. Rasanya tilam bilik kami lagi empuk dari
tilam hotel.
“Dah
siap kemas ke belum?” Remote aku capai. Cuba mencari rancangan yang kena dengan
jiwa.
“Sikit
lagi. Kalau Anum tolong abang, cepatlah siapnya.”
“Siapa
yang bawa diri sebenarnya ni? Anum ke abang?” Ah! Tak kuasa aku nak tolong.
Sendiri cari pasal, sendirilah kemas.
“Berkira.”
“Haruslah.”
Bantal aku capai dan aku peluk erat.
“Ya
Allah.” Aku beristighfar panjang. Terpaku mata pada skrin tv. Bantal aku tolak
ke tepi. Tubuh aku tegakkan.
“Apasal?”
“Kawasan pantai timur kena banjir.”
“Teruk?”
Riaz bertanya. Sesekali dia menjengah ke arah skrin.
“Sangat.
Ada yang sampai tenggelam rumah.” Apa yang terpampang, membuatkan aku disapa
rasa hiba. Gambaran anak kecil dan golongan warga emas dalam keadaan
kesejukkan, yang tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran, cukup untuk membuatkan
air mata aku mengalir.
“Nanti
kita tolong setakat yang kita mampu.” Kata-kata Riaz membuatkan aku tersedar.
Kepala aku angguk perlahan. Terus aku terbayang beberapa page di Facebook yang
rajin membantu orang yang memerlukan. Mungkin ada yang boleh aku hubungi nanti.
Dang Anum
ROTI - √
Biskut - √
Maggi - √
Beras- √
Ikan bilis - √
Telur - √
Sardin - √
Ubat-ubatan - √
Keperluan wanita dan
kanak-kanak - √
Pakaian - √
Okey! Done!
“Ada
lagi tak barang?” Wajah Farah aku pandang. Wanita itu tersenyum sambil
menggeleng.
“Thanks Anum sudi tolong kami.”
“Tak
ada hal.” Aku tersenyum. Pertolongan yang tak sebesar mana. Tetapi aku harap
mampu berikan senyuman pada yang memerlukan.
Bila
Riaz bagitahu yang Rhea tengah mencari sukarelawan, terus sahaja aku bersetuju
untuk membantu. Apatah lagi aku tengah bercuti sekarang.
Perlahan-lahan
aku bangun. Cuba menghilangkan lenguh pada pinggang kerana terlalu lama berada
dalam keadaan duduk.
“Dah
lama dah Farah buat team ni?” Wajah pensyarah dalam bidang psikologi itu aku
pandang.
“Tak
adalah lama sangat. Bila Rhea kita buat?”
“Bulan
sebelas tahun lepas.”
Aku
mengangguk.
Let’s
Smile Together. Stiker yang dipelekat pada kotak, menarik perhatian aku. Nama
yang diberikan pada team itu bagaikan kena dengan apa yang diusahakan.
“Tak
nak jadi ahli?”
“Boleh
ke?” Aku bertanya teruja. Wajah Farah aku pandang.
“Mestilah
boleh. Lagi ramai lagi bagus. Nanti tanyalah kawan-kawan tempat kerja, kot ada
yang nak join. Sekarang ni yang ada, majoritinya di kalangan student.”
Aku
pandang senyuman Farah. Jelas nampak riak penuh bangga bila dia memandang ke
arah beberapa orang pelajar yang tidak lokek menghulurkan bantuan. Pastinya
sebagai pendidik, wanita itu berpuas hati dengan tingkah anak didiknya.
Amir Riaz
WAJAH berkerut Anum, aku pandang.
Sesekali dia berdesis perlahan.
“Apasal?
Anum tak sihat ke?” Tubuh dia aku hampiri. Berlabuh jemari aku pada dahinya.
Panas!
“Anum
demam ni. Kita pergi klinik ye?” Aku cuba memujuk. Dahinya aku picit perlahan.
“Tak
apa. Nanti baiklah ni. Anum nak rehat kejap.”
“Anak
abang meragam ke hari ni?” Perut Anum yang sedikit berubah bentuk, aku sentuh
lembut.
“Anak
abang baik aje dekat dalam tu. Mak dia ni saja yang meragam.”
Aku
tergelak kecil mendengar kata Anum. Hai... ada saja yang nak dijawabnya.
“Nak
makan apa-apa tak?”
“Nak
makan abang.”
“Haish! Main-main pulak dia.” Aku
tergelak lagi. Sakit-sakit pun masih jugak nak buat lawak sengal.
“Anum
nak makan nasi goreng and please...
please... jangan letak cili sekilo.” Rasanya penangan nasi goreng Riaz
minggu lepas, masih terasa di lidah. Pedasnya hanya Allah sahaja yang tahu.
“Tak
pedas bukannya sedap.”
“Abang
cakap nak cuba belajar suka apa yang Anum suka.”
“Anum
mengungkit.”
“Bukan
mengungkit. Anum cuba mengenang kembali janji abang.”
Aku
angkat tangan. Beralah. Rasanya semakin hari, tingkah Anum sudah boleh aku terima
sedikit demi sedikit. Dan pengajaran terbesar yang aku dapat, jangan sesekali
elakkan diri dari masalah. Kerana tak mustahil akan ada masalah besar lagi yang
menanti di sebalik masalah yang baru timbul. Dah sudah! Apa aku merepek ni?
“Cinta
manusia macam ABC.”
Aku
pandang Anum. Tahu mana hala tuju yang mahu dia pergi.
“Air
batu campur. Sedap kalau boleh dapat waktu-waktu macam ni.” Aku tersengih.
“Abang
makin hari makin teruk loyar buruk.” Anum menjeling. Aku buat tak peduli. Bahunya
aku paut erat.
“Bukan
macam chipsmore ke?” Aku ungkit kembali kata-kata Anum. Terbayang lagi mimik
muka dia semasa beria-ia bagi tahu yang cinta manusia sama macam chipsmore.
Sekejap ada, sekejap tak ada.
“Sekali
sekala, yes, macam chipsmore. Tapi bila dah lama, Anum baru sedar. Cinta
manusia ni macam ABC. Ada macam-macam warna dalam satu mangkuk. Tak sedap pun
kalau makan asing-asing. Tapi pelik. Bila dah campur sekali, rasa dia... perfect!”
“So... Anum nak bagitahu abanglah ni,
yang cinta kita macam ABC?”
“Abang
rasa?”
“Abang
lagi suka pilih ABC dari Chipsmore...”
“Sebab?”
“Anum
nak kalau cinta abang dekat Anum, sekejap ada, sekejap tak ada?”
“Eh,
mestilah tak nak!”
“Ha...
tahu pun.” Hidung dia yang kecil, aku tarik perlahan.
“Abang
menyesal tak pilih Anum?”
“Buat
apa nak menyesal? Kalau menyesal pun bukan boleh undur balik.” Aku masih
seronok mengusik.
“Abang
ni!” Bahu aku ditampar lembut.
|
“Ke
Anum yang menyesal sebab abang ni bukan Laksamana Megat Seri Rama?”
“Sekali
lagi abang mengarut, abang tidur luar!”
Aku
tergelak kecil. Tangan Anum aku tarik dan aku letakkan di atas dada.
“Anum.”
“Apa lagi?”
“Abang
tak pernah menyesal pilih Anum. Tolong jaga rusuk kiri abang yang Anum pinjam
tu, sampai habis hayat Anum.”
Dia
pandang aku.
“Mestilah
Anum jaga. Jangan mimpi abang nak bagi orang lain guna.”
Aku
tergelak. Yup! Anum milik aku, memang istimewa!
Tamat
Surat Cinta Untuk Di sana : Selamat membaca dan mengomen. Kopi pasta
cuba elakkan okay…