“Bakal
isteri aku. Rhea Melati.”
Bakal
isteri? Tersenyum sinis Xander mendengar kata-kata itu. In your dream man... In your dream!
Ditoleh
sekilas ke arah Farhan, mimik muka lelaki itu lagi teruk dari apa yang dia
pamirkan.
Rhea
terkedu. Ditoleh ke arah Izzat. Sekejap sahaja sebelum dia memandang wajah
Xander. Kenapa takdirnya sekarang hanya berpusar sekeliling lelaki itu? Semakin
dia berdoa supaya dijauhkan dari Xander, semakin dekat pulak dia kepada lelaki
itu.
Kata
Izzat tadi pula bagaikan tali yang diserahkan kepada dia untuk dijerut pada
leher sendiri. Dia rasa tertangkap walaupun dia tak sempat nak berbuat dosa.
Mahu berterusan memandang wajah Xander, dia rasa tidak mampu. Sudahnya kepala ditunduk
rapat.
Saat
yang sama juga, matanya tertacap pada permandangan indah di hadapan mata. Lebih
indah dari musim bunga yang menjadi kegemarannya. Rasa teruja itu kembali
menjengah. Puas dihalang diri supaya jangan tertarik dengan apa yang dilihat,
tetapi hatinya tetap juga mahu derhaka kepada tuan.
“Bila
majlis korang?” Farhan tergelak. Ditilik wajah ‘bakal isteri Izzat’ itu atas
bawah. Selama ini dipandang wajah itu dari jauh sahaja. Hari ini barulah dia
dapat melihat wajah itu dengan lebih jelas.
Damn gorgeous! Patutlah
Xander terlekat dengan wanita itu dahulu. Sayangnya, perangai pulak tak
secantik tuan!
“Jaga
mata kau tu Farhan.” Bahu Farhan dipaut. Pedih mata Izzat melihat aksi Farhan
yang bagaikan tidak pernah melihat perempuan.
“Benda
cantik depan mata bro. Bodoh lah kalau
aku tak nak tengok. Betul tak Puan Rhea?” Farhan sindir tajam.
“Cik.
Puan tu lepas dia kahwin dengan aku baru korang guna.” Izzat tergelak.
“Duduk
lah.” Rhea cuba alih cerita. Tak tahan bila dia menjadi bahan untuk diperbualkan.
Dalam pada masa yang sama, dia berharap pelawaannya itu tidak diterima.
Terperanjat tadi bila Izzat tiba-tiba sahaja menegurnya, tambah mengharukan
bila kelibat Xander turut kelihatan.
“Tak
kacau Rhea ke?” Diletakkan beberapa bekas berisi coffee ke atas meja sebelum
dia kembali memandang wajah Rhea.
“Tak
lah.” Serba-salah dia menjawab. Ikutkan hati nak sahaja dia menghalau Izzat dan
kawan-kawannya itu supaya pergi menjauh.
Argh! Menyesal pulak dia ambil keputusan melepak di Starbucks. Kalau tahu nak terserempak dengan Xander, dia balik terus saja ke rumah tadi.
“Korang
tak kisahkan?” Kali ini dipandang pula wajah Xander dan Farhan.
“Nope.” Ringkas jawapan Farhan. Tidak
perlu disuruh, cekap sahaja dia menarik kerusi dan melabuhkan tubuh. Dijongketkan
kening sedikit kepada Xander bila lelaki itu masih tegak bagaikan patung.
Lambat sahaja dia melihat tingkah Xander.
“Hai Baby.”
Izzat cuba beramah. Dilambai tangan kepada anak Xander yang dari tadi hanya
mendiamkan diri. Tersenyum dia bila tangan kecil itu turut membalas
lambaiannya.
Rhea
ketap bibir. Sekali lagi wajah itu menjadi sasaran matanya. Tanpa sedar,
tangannya naik meraba wajah sendiri.
“Kalau
anak perempuan, abang nak wajah dia ikut macam muka Rhea.” Rhea tahan nafas.
Bergema bicara itu dalam fikirannya.
Kata-kata
Xander itu, pernah buatkan hatinya kembang setaman. Buatkan dia tidak sabar
untuk melahirkan zuriat buat lelaki itu. Dan hadiah yang dia dapat disebabkan
pengorbanannya itu langsung tak pernah tercapai dek akal fikirannya.
Surat Cinta Untuk
Disana : Dikesempatan ini, saya CEMPAKA REMBULAN…gerhana (turunkan nada
anda..hehe) ingin mengucapkan…SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..kot ada
tersalah bicara, terkasar bahas, terover mengada…..Kalau ada yang x dipuas
hatikan, jangan malu2 pm saya di fb…. Jangan risau…saya makan nasi sahaja…belum
capai tahap lapar sampai nak baham orang… ahaks! Bagi yang nak balik kampung….pandulah
dengan cermat….ingat orang tersayang…. Papaii…muahhhh
Oh ya... ini grp Fb sy : https://www.facebook.com/groups/621308791235302/
Oh ya... ini grp Fb sy : https://www.facebook.com/groups/621308791235302/