Perfume dari jenama
Dior, Tendre Poison disembur sedikit pada badan. Rambutnya yang baru sahaja
dibuat ala-ala beachy, disisir dengan
jari. Setelah berpuas hati dengan penampilannya yang bersederhana, dia
melangkah keluar dari toilet.
Dari jauh sudah
dia nampak kelibat Fakrul dan seorang lelaki. Pasti lelaki itulah yang mahu
diperkenalkan oleh Fakrul kepadanya. Itu pun puas dia galak merayu kepada
Fakrul membantunya mencari firma lain untuk menimba ilmu. Bekerja dengan
ayahnya, bagaikan tidak memberikan dia kepuasan. Kalah kes, ayahnya hanya tersenyum.
Berusaha lagi!
Sampai bila
hatinya nak disenangkan dengan kata-kata itu? Sekurang-kurangnya, dia perlukan
sesuatu yang lebih kepada cabaran untuk dia berada pada kedudukan yang lebih
baik. Apatah lagi, sejak kes pertama sudah beberapa-kali dia terpaksa mengadap
wajah Xander. Lelaki itu bagaikan sengaja mahu mencaras rezekinya.
Kalau lah lima
kes dia ambil, kelima-lima itu kalah, siapa lagi yang nak bagi kepercayaan
kepada dia? Itu pun dia mula terdengar cakap-cakap kosong yang dia langsung tak
berbakat. Hanya menumpang populariti ayah sendiri yang sudah memang terkenal
dalam bidang guaman.
Sekarang, dia
mahu mengatur langkah sendiri, ayahnya jugak bagaikan tidak menghalang bila dia
suarakan niat mahu menimba ilmu dengan firma lain. Sekurang-kurangnya lelaki
itu memahami apa yang dia mahukan.
“Fakrul.” Dia
menegur perlahan. Di pandang wajah lelaki yang masih menunduk melihat handset
di tangan. Entah mengapa, hatinya mula rasa tidak menentu. Kerusi yang tadi
ditinggalkan, ditarik sebelum dia mula melabuhkan tubuhnya disitu.
“Xander, ini
Rhea. Rhea…Xander.” Fakrul tersenyum. Senang hati kerana dapat memenuhi
permintaan Rhea. Harapnya Xander berpuas hatilah dengan calon yang dia
perkenalkan.
Xander tarik
senyum. Gotcha! Jelas Rhea bagaikan
terpingga-pingga melihat wajahnya. Masa Fakrul berikan resume Rhea, dia rasa
bagaikan mahu ketawa terbahak. Entah wanita itu yang sengaja mahu cari penyakit
atau apa. Kalau Rhea mahu bekerja dengannya, mustahil dia akan menolak. Bertahun
lama, apa lagi yang dia harapkan kalau bukan memberikan Rhea sedikit
pengajaran.
“Xander.” Tangan
dihulurkan ke arah Rhea. Tenang bagaikan itu lah pertemuan pertama yang terjadi
antara mereka berdua.
Rhea
teragak-agak. Dipandang wajah Fakrul sekilas. Lelaki itu sedang ralit menyuap
makanan ke dalam mulut. Ya Allah…Kalaulah dia tahu Xander yang mahu diperkenalkan
oleh Fakrul, dia rela bekerja di firma ayahnya sampai bila-bila.
“Rhea Melati.” Saat
tangan Xander disambut, dia dapat rasakan bervoltan arus elektrik rasa tersadur
pada tubuh. Dia tidak pasti mahu tersenyum atau apa. Mahu berlagak biadap, air
muka Fakrul si peguam syarie itu juga harus dijaga.
“Melati.”
Sepatah kata
Xander. Tetapi cukup mengembalikan kenangannya, pada masa bertahun dahulu. Kata
yang sama. Dan nada juga, masih sama. Hanya Xander sahaja yang suka mengusiknya
dengan nama sang bunga itu.
“Rhea.” Suaranya
cuba ditegaskan. Tetapi yang keluar hanyalah kata penolakkan yang kedengaran begitu
lemah. Bahkan, sedikit berbisik.
“Ehemm.. Harammmm.” Fakrul berdeham. Sakit
pulak matanya melihat permandangan yang terhidang. Kang kalau dia sekolahkan
balik, marah. Tak tahu ke hukum lelaki bersentuhan dengan perempuan tu apa? Hai…Memang
nak kena debik dua orang sahabatnya itu.
Mendengar
sindiran Fakrul, membuatkan Xander malarik senyum. Haram? Tak pernah ada
istilah itu dalam hubungannya dengan Rhea. Kalau dia nak buat lebih sekalipun,
tak akan ada yang mampu menghalang.
Rhea naik
segan. Ditarik tangan Xander dari berterusan menggenggam tangannya. Setelah itu
dia hanya mampu menunduk. Merenung jemari yang yang terasa bagai mahu melumpuh
setelah terkena sentuhan Xander.
“So, dah bersedia nak bekerja dengan
saya, Puan Rhea?” Xander tenang. Tubuh sasanya disandar pada kerusi. Tangan
pula gagah memeluk tubuh sendiri.
“Cik Rhea.”
Rhea tak mahu kalah. Rasa tersindir dia mendengar gelaran yang terluah dari
bibir Xander. Senyuman yang terukir sinis pada wajah itu, hampir membuatkan dia
rasa mahu menyimbah Xander dengan air yang ada di atas meja.
“Dia solo lagi.
Kalau kau nak masuk line pun boleh.”
Fakrul menyampuk. Tergelak kecil dia dengan kata-kata sendiri.
“Sounds interesting.”
Mendengar
balasan yang terluah dari bibir Xander, membuatkan dia rasa mahu mencepuk
Fakrul. Mulut lelaki itu dari dulu tidak pernah mahu diam. Kalaulah Fakrul tak
memandai beritahu yang dia masih solo, pasti dia sudah reka penipuan. Kalau dia
cakap dia bertunang sekalipun, bukannya lelaki itu tahu.
“So, macam mana?” Dipaku terus pandangan
matanya pada wajah itu. Jelas, Rhea bagaikan tidak selesa dengan tingkahnya.
“Macam mana
apa?”
“Kerja dengan
saya. Kalau nak, datang ke firma. Kita buat formal
interview.”
“Sekarang ni
bukan interview ke?”
“Ada ke firma
ambil pekerja dekat restaurant Cik
Rhea?” Xander tergelak kecil. Lebih kepada menyindir. Sengaja ditekan perkataan
Cik Rhea.
Rhea tergeleng
perlahan. Membahang wajahnya mendengar sindiran Xander. Cik Rhea, nada lelaki
itu bagaikan mengejek dirinya. Sekali lagi dia terkena. Apa pun dia bersyukur. Jangan
mimpi dia nak menapak ke firma lelaki itu. Selurus dia, belum sampai mencecah
ke tahap bendul lagi mahu serah kepala dibaham dek harimau.
“Dulu study dekat mana?” Xander jongket
kening. Berpura bertanya, bagaikan dia langsung tidak tahu-menahu mengenai
wanita itu. Sedangkan, sudah penuh fikirannya disumbat mengenai maklumat peribadi
Rhea. Resume yang diserahkan oleh
Fakrul juga membantu dia lebih mengetahui apa yang Rhea lakukan bertahun
dahulu.
“Australia.”
Rhea semakin tidak senang duduk. Entah kenapa dia rasa, bagai dia sudah
melakukan kesalah besar, ditangkap dan dibicarakan tanpa sempat dia membela
diri.
“Nice choice. So dah berapa lama balik
Malaysia? Dah hilang rindu dekat orang yang ‘kena tinggal’ dekat sini.” Xander
ketap gigi. Nak sahaja dia capai leher Rhea dan dicekik-cekik kuat.
“About two months. Tak ada sebab saya
nak rindu. Kita bukan hidup zaman batu yang tak ada phone, skype nak berhubung
dengan family.” Suaranya sedikit
meninggi. Pedih telinga mendengar kata Xander yang seakan memprovok dirinya.
“ABC.” Xander
tergelak kecil. Senang hati melihat wajah tidak keruan Rhea. Baru dicuit sudah
gelabah.
“What?” Naik pijar pipinya. Terasa
ditampar kuat. ABC, Allah bagi cuti. Dia yang guna singkatan itu disebabkan
malunya untuk berterus terang kepada Xander mengenai hal perempuan, sewaktu di
awal perkahwinan mereka. Sekarang mendengar kata itu terluah kembali, dia rasa malu
datang bertimpa-timpa.
“Korang cerita
apa ni?” Fakrul garu kepala. Satu pun tak dapat dihadam oleh fikirannya. Nak kata
bergaduh, senyum. Nak kata tak bergaduh, wajah masing-masing sudah nampak
semacam. Pelik!
“Informal interview. Right Cik Rhea?”
“Yeah.” Rhea tarik nafas dalam. Dihembus
perlahan sebelum dia mula menyusun kata kembali.
“Apa credentials yang firma encik nak? Sekurang-kurangnya saya boleh buat
persedian.” Persedian untuk dia melepaskan diri. Juga persedian untuk dia cari
jalan supaya Xander tidak lagi muncul dihadapan matanya.
“Confidence, dan saya tak perlu nak
ketuk dahulu, baru tahu nak buat kerja. Syarat wajib yang lain saya rasa Cik
Rhea dah tahu kan?” Dipandang wajah Rhea sekilas, sebelum tangannya menggamit
memanggil waiter. Tekaknya yang terasa kering perlu dibasahkan segera.
Perutnya juga sudah ramah
berbunyi kerana seharian tidak sempat menjamah makanan. Dari pagi tadi
jadualnya sentiasa padat. Baru sahaja mahu bernafas, ada pula client yang membuat panggilan mengarah
itu ini.
“Okey. I’ll give you a call when I'm redy for that.” Ditoleh ke arah Fakrul. Dihantar
isyarat mata yang dia mahu segera beredar. Malangnya, Fakrul bagaikan tidak
terkesan dengan lirikan matanya.
“Great. Saya tak sabar nak bekerjasama dengan Cik Rhea. Harapnya, jawapan tak
mengecewakan saya.”
Rhea ukir senyuman herot. Pasti
kau akan kecewa Xander. Kali ini dia rasakan kemenangan bagaikan berpihak
kepadanya. Seketika niatnya mengumpat Xander di dalam hati terhenti, bila waiter sudah berdiri tegak di
sebelahnya.
Tadi hanya Fakrul yang
membuat pesanan. Dia pula, kononnya mahu menunggu kedatangan tetamu istimewa.
Sudahnya kelibat yang muncul itu, memang sangat istimewa. Sampaikan nafasnya
hampir terputus dek kerana keistimewaan itu.
“Awak nak makan apa?” Tanpa
memandang wajah Rhea, dia menghantar pertanyaan. Menu yang ada ditangannya
dipandang. Pening kepala mahu membuat pilihan. Rasanya, itu antara kelemahan dia
yang paling ketara. Kalau datang menu yang berjela panjang, otaknya terus tidak
dapat berfungsi dengan baik.
“Chicken grill dua, lemon
iced and green tea soda. Itu saja.” Laju meluncur kata itu dari bibir Rhea.
Seketika dia terdiam sendiri. Rasa macam mahu sahaja ditampar bibirnya sekuat
hati. Wajah Xander dipandang sekilas sebelum dia melarikan pandangan ke arah
lain. Sesak nafasnya, risau jika Fakrul tertangkap apa yang sedang dia katakan.
Mujurlah lelaki itu kelihatan ralit melihat keadaan sekeliling.
Xander hanya angguk
kepala. Diserahkan kembali menu pada waiter. Chicken grill dan green tea soda. Makanan
dan minuman kegemarannya. Benda yang sudah bertahun tidak menyapa perut. Bukan
dia tidak teringin, tiap kali benda itu cuba mencecah tekak, perutnya terasa
sebu sendiri.
Dua-dua hidangan itu, menu
pertama yang Rhea sediakan untuk dia selepas perkahwinan mereka. Tidak lah sesedap
mana, tetapi dia jatuh suka sebab Rhea bersusah payah untuk mengambil hati dia.
Rasa terharu itu yang membuatkan dia rasa makanan itu makanan terhebat yang
pernah dia jamah.
“By the way, Datuk Rahim apa khabar?” Tidak mahu hati terbuai
dengan kenangan lama, Xander kalih cerita.
“Kau kenal ke ayah dia?” Fakrul menyampuk
tiba-tiba.
“Datuk Rahim, siapa tak
kenal.” Xander tergelak sinis. Mustahil dia dapat lupakan lelaki yang telah
membunuh seluruh kegembiraannya. Meranapkan terus harapan yang dia karang.
“My father okey. Sihat.
Mungkin tengah kalut cari calon menantu yang baik untuk saya.” Rhea tak mahu
kalah. Jelas nada Xander bagaikan mahu mempermainkan ayahnya. Entah apa yang
Xander tidak puas hati sangat. Sepatutnya lelaki itu tilik kesalahan diri
sendiri, bukannya kalut mencari kambing hitam untuk menutup kesalahan yang
terang-terang dilakukan sendiri.
“Rasanya, saya lepas tak
nak jadi calon menantu ayah awak?” Melantun tawa Xander bergabung dengan
Fakrul.
“Kalau Encik Xander jenis
setia, mungkin lepas tapisan tu.” Rhea turut tergelak sama. Seronok dapat
memulangkan paku buah keras kepada Xander.
“Eh, kau jangan tak tahu,
bakal bos kau ni jiwa kental. Makwe, makwe dia tak layan.” Fakrul membela. Xander
yang dia kenal memang alergik dengan perempuan. Sampaikan dulu dia pernah
sangkakan lelaki itu songsang. Tapi kemunculan si kecil yang dikatakn anak
lelaki itu, mematikan bisikan jahat yang bermain di fikirannya dulu.
“Korang tunggu kejap ye.”
Hansetnya yang galak berbunyi ditayang sebelum dia berlalu. Suasana bising
tidak memungkinkan dia mendengar dengan jelas apa yang mahu disampaikan oleh
pemanggil.
Hilang sahaja Fakrul dari
pandangan mata membuatkan dia gelisah sendiri. Tidak selesa bila tubuhnya menjadi santapan mata
helang Xander.
“Kau betul ke nak kerja dengan aku?”
“Tak.” Rhea semakin tidak senang hati. Nada Xander
yang tadinya kedengaran mesra sudah hilang. Serius muka lelaki itu tidak
beriak. Belum pun sempat lelaki itu membuka mulut, kelibat Fakrul sudah berada
di sebelah mereka. Wajah itu kelihatan risau. Gayanya juga nampak tergesa-gesa.
“Xander, Kejap lagi kau tolong hantar Rhea. Aku
nak kena balik kampung. Mak aku masuk hospital.” Fakrul kalut. Dicapai segala
kunci dan dompet duit yang ada di atas meja.
“Okey. Kau pergilah.”
“Fakrul.” Rhea cuba menghalang. Rasa macam nak
menangis dia bila lelaki itu laju menapak. Makanan yang baru diletakkan
dihadapannya dipandang dengan pandangan sebu.
“Makan dulu. Kejap lagi aku hantar kau balik.”
“Aku boleh balik naik teksi.”
“Kau tak tahu
ke sekarang ni banyak kes orang kena culik masa tunggu teksi? Ada yang kena
rogol. Mati kena bunuh pun ramai. Tapi tak kisah lah kan. Kau kan berani.” Dihiris-hiris
chicken grill dengan mimik muka yang sengaja dibuat nakal. Mahu mengusik wanita
itu yang sudah semakin berubah riak.
Liur yang
ditelan terasa tercekik di kerongkong. Rogol? Bunuh? Dipandang wajah Xander
sebelum dia tertunduk pasrah. Menyesal dia tumpang Fakrul. Kalaulah dia tahu,
pasti dia bawa sahaja kereta sendiri. Semakin tidak senang hatinya bila
membayangkan yang dia akan berdua dengan Xander di dalam kereta nanti.
Surat Cinta Untuk Di
sana : Hemm…..so apa kata korang pasal cerita ni? (oh ya….abaikan ye
typo yg berderet….sesungguhnya sy budak paling malas edit mengedit… ) :)