“Hud
tak nak lah umi.” Urat lehernya terasa mengeras. Tegang dihambat rasa amarah
yang tiba-tiba sahaja mencanak naik.
“Umi
tak kira Hud. Umi dah berkenan sangat dekat budak Janna tu.” Mak Som turut
tidak mahu beralah. Dulu beria-ia usung budak tu bawak balik rumah. Kononnya
cinta hati..Cinta mati..Dah orang nak aturkan bagi cinta tersimpul mati, tak
nak lah pulak. Haish..Saja nak bagi dia panas hati!
“Dia
tu janda umi..” Terasa agenda yang diatur sudah memakan diri. Boleh pulak
uminya over bekenan dekat minah senget tu. Huii…memang tak lah kalau nak buat
bini!
“Umi pun janda jugak masa kawin
dengan abah kamu. Bahagia jugak hidup.” Mak Som sedikit mencebik. Pantang betul
dia kalau isu yang satu itu diungkit. Apa kalau jadi janda kena duduk berkabung
dalam rumah sampai tunggu mati ke? Kalau dah ada bahagia dekat depan
mata..tunggu apa lagi, sambar sajalah!
“Umi lain.” Suaranya sedikit
mengendur. Entah bagaimanalah dia mahu membuatkan wanita itu faham. Sudah seribu
satu macam pembohongan dia atur untuk mengauta uminya, tetapi wanita itu
selamba sahaja menepis setiap hujahnya tanpa ada sebarang halangan. Ingatkan
bila dia timbulkan isu sensetif tu matilah hasrat uminya. Rupanya tidak.
Semakin berkobar pulak semangat orang tua itu. Hadoii..masalah…masalah…
“Apa yang lainnya? Umi perempuan,
dia pun perempuan…Ke kamu tak nak dekat dia sebab kamu tu key..ge.” Mak Som
mengkumit-kumitkan bibir. Cuba mengingati ayat yang betul.
“Eh apa sampai ke situ pulak umi ni.”
Terbeliak matanya.Ada ke patut dia macam ni punya ‘lurus’ dikatakan gay! Umi kalau
cakap memang main hentam saja. Ikut suka hati je apa nak kata.
“Jadi kamu ni lurus lah ye?” Mak Som
sudah terkekek ketawa bila nak jantannya itu tayang wajah mengharap penampar.
“Luruslah umi!”
“Kalau lurus baguslah. Esok umi
masuk pinangkan budak Janna tu untuk kamu.”
Surat
Cinta Untuk Di sana : Sorry dah lm x mngapdate…kebizian melanda beberapa minggu
ni.. nanti dah lapang blog akan kembali hidup sprti biasa… oh ni pngenalan
novel baru..Jangan Nikahi Aku…yg mana ikut group sy mesti dah bca..
ok..papii..muahah