“Dah lama you
buka hair salon tu?” Cubaan dia untuk
beramah mesra. Harapnya adalah balasan yang menyenangkan dari wanita itu.
“Bukan I lagi
famous dari artis ke dekat club tu?” Afke
menyindir. Rasanya soalan tu bukanlah masalah yang besar untuk Gibran dapatkan
sendiri jawapan.
“Apa jadi
dengan cita-cita you dulu?” Tak terkesan mendengar sindiran Afke, dia beralih
pula pada persoalan lain. Sungguh dia mahu cari tahu apa yang wanita itu
lakukan selama lapan tahun mereka ‘berpisah.’
“I tak ingat
pun I pernah ada cita-cita.” Masih juga tiada hati dia mahu menjawab. Buat apa
dia nak ingat pada impian yang sudah menjadi sejarah? Kalau dikenang balik pun,
tak adanya ‘kerja yang diidamkam’ itu berada dalam genggaman.
“Sebab I you lupakan cita-cita you tu?”
“Hidup I tak
ada kena mengena dengan you pun Gibran. I tak rasa yang I perlu report semua benda yang jadi dekat I,
pada you.” Afke mengeluh. Gibran sikit lagi sahaja bakal menjadi wartawan tidak
berbayar. Dan sungguh, dia bencikannya!
“You serius
sangat Afke. Cuba relaks sikit. I tak harap you kena blood pressure disebabkan I.” Agaknya, melenting sudah menjadi
makanan harian Afke. Pantang dicuit terus buat tunjuk perasaan.
Kalaulah yang
ada di hadapannya sekarang bukan Afke, pasti dah lama dia angkat kaki. Bukan
jenis dialah nak melayan kerenah perempuan emo tak tentu pasal.
Kalau masa
bercinta pun meragam, cuba bayangkan kalau dah berkahwin? Umur yang nak panjang
setahun pun boleh pendek sepuluh tahun!
Tapi sekarang,
dia kena sedar diri. Emo Afke, emo bertempat. Banyak perkara yang dia kena
mulakan dengan perkataan ‘sudah cukup baik’ untuk mengambarkan keunikan
hubungan antara dia dan Afke.
Sudah cukup
baik Afke masih sudi mengadap wajah dia walaupun selepas onar yang dia buat.
Sudah cukup
baik Afke tak cuba nak letupkan dia dengan bom walaupun bisa dari kata-kata
Afke sudah setanding peluru berpandu!
Sudah cukup
baik…
“Boleh tak
kalau you duduk diam-diam? Enjoy your
coffee…”
Gibran mengangguk.
Lain kalilah dia sambung lagi senarai ‘sudah cukup baik’ itu. Itupun kalau dia
masih cukup baik dapat menyedut udara di atas muka bumi. Wajah Afke dipandang.
“Gibran…” Afke
ketap bibir. Gibran memang jenis tak faham bahasa atau apa, dia pun tak pasti. Larang
jangan bercakap, lelaki itu buat pulak aktiviti baru. Renung wajah dia bagaikan
nak tembus!
“Hidup you
baik-baik aje kan Afke?”
“Oh god! Just shut up, Gibran. I letih
nak jawab semua soalan you tu.” Dari dulu lagi dia memang tak suka lelaki jenis
banyak bercakap. Dia rimas dan rasa semak!
Gibran hanya
tergelak. Dia pun tak tahu kenapa dia suka sangat mendesak kalau bersama dengan
Afke. Dari dulu lagi tabiat yang satu itu sukar sungguh untuk dibuang. Padahal
kalau dengan orang lain, boleh sahaja dia berkrompomi.
Selesai
menghirup habis minumannya, Afke terus bangun. Kalaulah dia ada sepasang sayap
untuk terbang, pasti sudah dikepaknya sekuat hati bagi melarikan diri sejauh
yang mungkin dari Gibran.
Masalahnya
sekarang, dia hanya ada sepasang kaki. Dan kaki itu juga yang tanpa silu, membawanya
kembali menapak menghampiri kenangan silam.
Sejauh mana
pun dia melangkah, dia sentiasa sedar. Lambat atau cepat, benci atau tidak, kenangan
yang cuba dielakkan itu, pasti tetap akan muncul untuk merobek kembali hari-hari
tenangnya. Dan apa yang dia ada sekarang, cuma sedikit keberanian yang diharap
bakal dia gunakan untuk mempertahankan diri sendiri nanti.
Gibran
bangun. Kunci kereta yang ada di atas meja dicapai sebelum dia melangkah
beriringan dengan Afke. Ditoleh sekilas ke arah wajah wanita itu.
Oh… good job, Gibran! Bengang dia dengan
diri sendiri bila melihat riak mendung Afke.
‘I’m truly sorry Afke, for what I did.’
Sungguh dia
mahu mengungkapkan perkataan itu. Tetapi dia yakin, kata maaf bukanlah apa yang
mahu Afke dengar sekarang.
Surat Cinta Untuk Di sana : Soli mehh…. x
sempat nak update… erkk…bukan x sempat… ekceli…mood malas bertandang lagi….
huhu…. papaiii…muahhhhhhhhhhh