Kasih Nur Aina
Aina
cintakan abang.” Aku merenung wajah Zareef. Wajah itu tetap membeku. Hanya
memandangku dengan riak kosong bagaikan apa yang aku luah hanya sekadar ucapan
biasa. Salahkah aku andai mengharapkan setitis kasih? Besar sangatkah
permintaan itu?
“Kau
sendiri tahu, kau tak layak untuk itu.” Hanya dengan sebaris ayat Zareef terus
berlalu. Kolam mata terasa memberat. Pandangan mata terganggu dek air mata yang
bila-bila masa sahaja akan menodai pipiku.
Kalau
mencintai seorang lelaki itu diangap berdosa, maka berdosalah aku kerana
mencintai, dan kalau mengharap kasih itu diangap pengkhianatan maka
pengkhianatlah aku. Salahkah andainya aku berjuang untuk mendapatkan semua itu?
“Tidak
salah Aina. Cuma cara engkau yang tidak betul. Engkau mengharapakan cinta disebalik
kedukaan orang lain. Kasih yang engkau minta juga atas kehancuran hati seorang
wanita, jadi layakkah engkau untuk semua itu?” Suara hatiku berbicara sendiri.
Ya, aku memang tidak layak.
Mengenali
Zareef dan Iman adalah hadiah terbesar dalam hidupku. Pertama kali menjejak
kaki ke Universiti Utara Malaysia dua nama itulah yang mula menghulurkan salam
persahabatan. Saat susah dan senang kami kongsi bersama, pertama kali aku rasa
dihargai.
Aku
membesar di rumah anak yatim selepas kematian ayah dan ibu kerana terlibat
dalam kemalangan ngeri akibat kecuaian orang lain pada usia yang baru mencecah
lima tahun. Di rumah anak yatim itulah aku membesar. Merebut kasih sayang umi
dan babah pemilik rumah anak yatim bersama dengan berpuluh lagi kanak-kanak
senasib denganku.
Zareef
dan Iman beruntung kerana dilahirkanan dalam keluarga yang agak senang, tetapi
kesenangan itu langsung tidak menjadikan mereka manusia yang hanya tahu
mendongak ke langit. Meniti kehidupan sebagai seorang student membuatkan aku
dihimpit dengan segala macam perasaan. Mujurlah ada Iman dan Zareef yang sudi
mendengar keluh kesahku.
Berada
di tahun akhir pengajian membuatkanku harus bekerja keras bagi menjadikan aku
manusia yang berguna. Hanya dengan ilmu aku mampu meletakkan diri berbaris
bersama orang lain.
...................
“Aku
nak bertunang.” Ayat itu membuatkan aku menjerit gembira. Tidak sedar bila Iman
bercinta. Tetapi sebagai sahabat aku tetap menyokong apa sahaja yang baik untuk
kehidupan Iman.
“Kau
tak nak tanya dengan siapa aku bertunang?” Iman tersenyum. Jelas di matanya dia
sedang berbahagia. Siapa sahaja lelaki memperolehi wanita sehebat Iman pasti
beruntung.
“Dengan
Siapa.” Teruja aku bertanya. Beberapa wajah menjelma dalam fikiranku. Asyraf?
Senior yang tidak putus mengejar cinta Iman atau Razif si mamat playboy yang
pernah di gosipkan dengan Iman?
“Zareef.”
Mendengar sepotong nama yang disebut terus mematikan senyumanku. Ya Allah
kenapa mesti dia? Kenapa tidak Asyraf atau Razif? Saat itu aku rasakan dadaku
ditikam dengan berjuta kaca yang tajam. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan.
“Kau
tak gembira ke aku nak bertunang dengan Zareef?” Mungkin menyedari riak wajahku
yang berubah, Iman segera bertanya.
“Gembira,
cuma aku terperanjat. Bila korang bercinta? Aku tak tahu pun? Sampai hati
korang rahsiakan dari aku.” Aku bertanya. Sedaya upaya riak gembira yang
terhakis aku cuba ciptakan kembali. Sabarlah duhai hati.
“Baru
dua bulan. Saja kami tak nak hebohkan dulu. Masa aku bertunang nanti kau kena
datang tau. Majlis lepas kita grad. Saja aku bagi tahu awal. Excited sangat
rasa.” Iman nampak teruja berbicara. Sedangkan aku?
................
“Kenapa tak cakap kau cintakan Iman?” Wajah Zareef aku tatap. Terasa
membahang wajah kerana menahan perasaan malu yang mencengkam. Tiga bulan lalu
dihadapan kompleks sukan inilah aku meluahkan perasaanku kepada Zareef. Dia
jelas tergamam saat rasa hati ini aku luahkan.
Bukan
niatku ingin menjadi gadis tidak tahu malu, tetapi
naluriku berbisik galak menyuruh aku meluahkan rasa yang terpendam. Kebaikan,
perhatian dan tidak aku nafikan kekacakan wajah Zareef menawan hatiku.
“Aku
tak sampai hati nak beritahu kau. Aku tak nak disebabkan perkara remeh ni
hubungan kita terputus. Dah lama aku sukakan Iman, Cuma baru ni saja aku berani
nak luahkan perasaan aku pada dia.”
Hal
remeh? Itukah yang ada dalam fikiran Zareef? Remehkah hal itu kalau membabitkan
soal hati?
“Kenapa
kau berani luahkan perasaan kau pada Iman selepas aku buat pengakuan yang aku
cintakan kau?” Hati ini berbisik mengatakan dia bertindak kejam, sekurangnya
dia lafazkan dulu penolakkan kepada diriku, mungkin ketika itu hatiku tidak
akan separah ini. Menanti keputusannya selama tiga bulan, dan yang aku perolehi
adalah berita yang terasa menghancur leburkan setiap inci tubuhku.
“Aku
tiada jawapan untuk persoalan kau Aina. Aku minta maaf. Aku harap apa yang
pernah terjadi tak akan sampai ke pengetahuan Iman. Aku minta sangat kau
rahsiakan semua ini.” Zareef tenang berkata. Kadang kala aku cemburu melihat
ketenangan yang wujud dalam dirinya. Zareef tidak mudah melatah dengan perkara
yang terjadi dalam hidup dia.
..........
“Zareef
kemalangan Aina. Apa aku nak buat?” Tangisan Iman memecah kesunyian. Aku hanya
tergamam mendengar berita yang dilontarkan dari mulut Iman. Esok merupakan hari
pertunangan mereka. Walaupun hati berbolak-balik, aku tetap menghadirkan diri
sehari lebih awal agar dapat membantu apa yang patut untuk kelancaran majlis.
Walau apa yang terjadi mereka tetap akan menjadi sahabat aku dunia dan akhirat.
Dalam
kesakitan, aku memaksa hati menerima semua ini sebagai ketentuan dari Allah
untuk menguji setakat mana keimanan yang ada dalam diri hambanya, tetapi aku
sendiri tidak tahu setakat mana aku mampu bertahan.
“Aku
nak melawat Zareef, kau nak ikut?” Aku bertanya kepada Iman. Dia nampak lesu
kerana terperanjat menerima berita kemalangan Zareef. Hanya gelengan lesu yang
mampu Iman berikan.
“Aku
takut aku tak kuat. Kau pergi dulu. Nanti kau bagi tahu aku keadaan Zareef ya
Aina.” Mata itu nampak berkaca. Aku tahu dia bersedih, kerana itulah rasa yang
sama turut aku rasai.
Aku
berjalan menghampiri kedua orang tua Zareef. Melihat kesedihan diwajah mereka
membuatkan hatiku berdegup kencang. Teruk sangatkah keadaan dia?
“Mama.”
Aku menegur Puan Salina ibu kepada Zareef. Mama, pangilan itu ‘dihadiahkan’
kepada aku bila wanita itu mengetahui aku anak yang ketandusan kasih sayang.
Cuti
semester kalau tidak ke rumah Iman, aku akan menjadi seorang yang tidak tahu
malu mengikut Zareef pulang ke rumahnya. Pada waktu itu aku dapat merasa
sedikit kasih sayang keluarga yang tidak pernah aku perolehi selama ini.
Disebabkan itu jugalah aku menjadi ketagih. Ketagih mempunyai keluarga bahagia
sendiri dan ketagih dalam menempatkan aku dalam hati Zareef.
Tubuhku
dipeluk erat. Terasa bahuku dibasahi air mata seorang ibu. Air mata yang aku
pertahankan semenjak tadi perlahan menuruni lekuk pipi. Biarlah saat ini kami
berkongsi rasa. Andai kata aku mampu memindahkan kesedihan seorang ibu, aku
dengan rela hati menerimanya. Belakang badannya aku usap perlahan mengharap
kesedihan yang melanda sedikit mereda.
“Mama
takut kehilangan Zareef Aina. Mama tak mampu hidup tanpa anak mama.” Suara hati
seorang ibu terluah. Walaupun aku belum berkesempatan memegang gelaran yang di
banggakan itu, tetapi sebagai wanita yang hatinya rapuh, sedikit sebanyak aku dapat
merasai kesedihan yang sama.
“Insyaallah
mama, semua akan selamat, Kita berdoa semoga Allah permudahkan segalannya. Baik
atau buruk Aina sentiasa bersama dengan mama.” Hanya itu mampu aku perkatakan.
Keadaan Zareef belum aku ketahui. Yang pasti sedih atau gembira kami harus
menerima semua ketentuannya.
“Jangan
risau Ina, apa yang terjadi kita terima dengan redha.” Tuan Zamir yang aku
panggil sebagai papa memujuk. Dia nampak sedih tetapi sedikit tenang berbanding
mama. Mungkin kerana dia sendiri seorang doktor jadi segala kemungkinan yang mungkin
terjadi membuatkan dia nampak lebih bersedia.
....................
Aku
tersenyum memandang Zareef yang nampak kurang bermaya. Senyumanku dibalas
hambar. Bibirnya yang selama ini merah merekah nampak kering.
“Macam
mana hari ni? Rasa sihat tak?” Aku bertanya. Sambil itu kakiku melangkah ke
arah tingkap. Tanganku pantas menarik tirai yang tertutup. Sedetik kemudian
cahaya mula menyerbu masuk. Zareef aku lihat menutup matanya dengan tangan.
Mungkin ingin mengimbangi perubahan suasana. Bila dia menurunkan tangan dari
menutupi wajah barulah pertannyaanku dijawab.
“Ok
sikit. Iman tak ikut kau datang ke?” Mendengar pertanyaan Zareef, aku hanya
mampu mengeleng.
“Kejap
lagi dia datang kot.”
“Dah
banyak hari dia tak datang melawat aku.” Zareef nampak sedih menuturkan
perkataan itu. Aku tidak tahu bagaimana ingin memujuk. Alasan apa yang harus
aku berikan sedangkan aku sendiri tidak tahu mengapa Iman tidak melawat lelaki
yang mungkin bakal begelar suaminya.
“Iman
sibuk rasanya. Kalau tak salah dia dah mula kerja dekat company abah dia.”
Biarlah aku mereka cerita asalkan Zareef tidak berfikir bukan-bukan dalam
keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan. Zareef teranguk-anguk mungkin
mempercayai kata-kata aku.
“Aku
dengar kau dah boleh balik esok. Betul ke?” Berita itu aku dengar dari mama.
Walaupun sudah tahu aku sengaja bertannya. Modal untuk aku menuturkan bicara
bagaikan sudah terhapus. Bersama dengan Zareef tanpa ditemani sesiapa membuatkan
suasana terasa asing. Kalaulah aku tidak mengucapkan kalimah cinta terhadap
Zareef rasanya semua perasaan ‘pelik’ ini tidak akan menguasai suasana. Tetapi
aku tahu mustahil untuk aku menarik balik apa yang pernah aku ucapkan.
“Emm... aku minta
keluar awal. Bosan duduk dalam ni lama-lama.” Zareef berkata perlahan. Entah
mengapa aku rasakan kehadiran aku bagaikan tidak dihargai. Dia nampak bagaikan
tidak senang untuk menuturkan bicara.
“Aku ada masak bubur
nasi. Nak makan?”
“Aku dah sarapan tadi.
Kau bawak lah balik. Letak dekat sini pun tak ada orang nak makan.” Terguris
sedikit hatiku mendengar kata-katanya. Tidak bolehkah dia memberitahu ‘nanti
aku makan’? Walaupun dia membuang bubur yang aku masak sekurang-kurangnya aku
tidak tahu.
“Aku dah lewat ni.
Kejap lagi nak masuk kerja.” Dengan alasan itu aku bangun dan pantas berlalu.
Bekas berisi bubur nasi aku tinggalkan. Sama ada dia makan atau tidak aku tidak
peduli.
...............
“Aina, Zareef pitam.
Mama hantar dia ke hospital. Aina boleh datang tak?” Mendengar suara cemas mama
dicorong talifon membuatkan aku mengelabah. Bukankah kesihatan Zareef sudah
beransur pulih? Kecederaan yang dialami akibat kemalangan tempoh hari tidaklah
seteruk mana.
Mungkin selama seminggu
aku memencilkan diri kesihatannya merosot. Hanya aku yang tidak tahu kerana
melayan perasaan rajuk dihati. Sedangkan aku seharusnya sedar diri. Antara kami
tidak mungkin akan terjadinya ikatan. Kenapa aku tidak berpegang kepada janji
hati agar aku membuang semua perasaan yang ada?
...................
“Buah pinggang Zareef
gagal berfungsi. Kalau boleh kami perlukan penderma dengan segera.” Kata-kata
doktor membuatkan kami tersentak. Iman dan mama mula menangis.
“Tak ada cara lain ke
Mud?” Papa bertanya. Mendengar kata-kata papa aku yakin papa pasti mengenali
doktor itu.
“Tak ada Zamir. Buat
sementara rawatan dyalisis mungkin berkesan. Apa kata kau masuk ke bilik aku.
Nanti kita berbincang.” Papa menganguk kepala mendengar kata-kata Doktor Mahmud
dan dia pantas berlalu mengikut langkah doktor yang pada perkiraan aku sebaya
dengan papa.
“Apa kita nak buat
mama?” Iman bertanya kepada mama. Aku lihat mama mengelengkan kepala. Jelas
wajah yang selama ini ceria nampak kurang berseri memikirkan nasib anak
kesayangannya. Zareef, satu-satunya anak yang mama dan papa ada. Anak yang
selama ini menjadi kebanggaan mereka. Apa sahaja yang terjadi kepada Zareef
tentu memberikan tanparan yang besar kepada mereka.
....................
“Macam mana bang? Apa
kita nak buat?” mama bertanya, mata itu tidak pernah kering dengan air jernih,
yang kadang-kala membuatkan aku turut tidak dapat mengawal perasaan. Kalaulah
aku di tempat Zareef, dan kalaulah ibu dan ayah aku masih hidup, tentu mereka
juga dilanda kesedihan, walaupun aku langsung tidak mampu mengingati memori
bersama dengan mereka tetapi aku yakin aku pernah menjadi anak yang disayangi.
“Kita kena tunggu
giliran Ina. Selalunya mereka akan dahulukan orang yang lebih memerlukan.”
“Habis tu anak kita tak
memerlukan ke? Abangkan doktor. Abang buatlah sesuatu.” Pertama kali selepas
kes kemalangan Zareef aku nampak mama bersemangat. Jelas api kemarahan
terpancar di wajahnya mendengar kata-kata papa.
“Papa tahu. Tapi list yang
menunggu ramai. Berapa peratus sangat orang yang sudi menderma?” Aku tahu kata-kata papa ada benarnya.
Peratusan orang mendaftar dalam pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia
masih kecil. Apatah lagi sekarang pendermaan di kalangan bukan ahli keluarga
tidak di galakkan. Mama dan papa kalau di suruh menderma aku rasa sekarang
jugak mereka sudi untuk berkorban, tetapi penilaian kesesuaian yang dibuat
tidak memihak kepada mereka.
“Iman, apa kata Iman
kahwin dengan Zareef? Nanti Iman boleh menderma.” Kata-kata mama menyebabkan
suasana menjadi sunyi. Iman jelas terpana mendengar cadangan mama.
“Iman kena berbincang
dulu dengan keluarga Iman. Nanti Iman beritahu mama ye?” Iman bangun dan pantas
berlalu. Rasanya Iman terperanjat mendengar permintaan mama. Kalau aku di
tempat Iman sekalipun aku rasa aku juga akan bertindak sebegitu.
..............
Pakaian dibadan aku
perbetulkan. Rambut yang selama ini jarang aku lepaskan aku biarkan mengurai
bebas. Dengan mengunakan kedua belah tangan aku menyelerakkan rambut agar
menjadi kusut. Air mata yang sejak dari tadi mengalir sedaya upaya aku tahan.
Keputusan telah di buat dan aku harus teruskan. Buruk atau baik, aku harus
telan diatas keputusan yang telah aku ambil.
Bunyi loceng apartment
yang aku duduki bersama beberapa orang rakan lain kuat berbunyi. Dengan langkah
yang perlahan aku menapak ke arah pintu. Selepas ini hidup aku akan berubah.
Berubah untuk selamanya.
Semakin menghampiri
tombol semakin lembik kakiku. Saat terkuak pintu jelas wajah Zareef berubah
memandang ke arahku. Dengan pakaian tidak sempurna mana aku yakin dia pasti
terpana. Wajah sengaja aku kerutkan bagai menanggung kesakitan
“Teruk sangat ke demam
kau? Tukar baju cepat. Aku tunggu dekat bawah.” Zareef jelas tidak selesa
melihat keaadaanku. Saat dia ingin berlalu aku pantas menjatuhkan tubuh.
Terkocoh-kocoh Zareef kembali kerana ingin membantu. Saat tubuh dia hampir
kepadaku, tubuh itu aku paut erat.
“Aku tak larat.”
Mungkin menyangka keadaanku teruk Zareef pantas mengangkatku menuju ke sofa.
Ketika dia ingin meletakkan aku di atas sofa tubuhnya hilang imbangan. Ketika
itu juga laju tanganku menyerabutkan rambutnya.
“Astafirullahhalazim.”
Mendengar suara kekecohan yang berlaku aku sedar rancanganku berjalan seperti
yang di rancang. Maafkan aku Zareef. Dan air mata yang tadi kering kembali
mengalir.
..............
“Papa tak sangka kamu
sangup malukan papa Zareef. Kalau kamu dah tak boleh kawal nafsu, bagi tahu
papa. Papa boleh nikahkan kamu segera. Bukannya dengan buat maksiat macam ni.”
Jelas suara papa bergetar. Aku tahu dia malu. Aku juga begitu. Tetapi apa yang
aku rancangkan aku harus teruskan.
“Ya Allah papa. Semua
ni salah faham. Aina kau terangkan dekat papa.”Zareef nyata terdesak ingin
melepaskan diri. Aku pantas menundukkan kepala. Biarlah semua orang mengangap
kami bersalah asalkan apa yang aku rancangkan berjalan lancar.
“Aina.” Pipi aku terasa
perit. Entah bila Iman tiba aku tidak sedar. Jelas dia sedang menahan marah dan
tangis. Maafkan aku, maafkan aku. Di dalam hati berulang kali aku mengulangi
ayat yang sama. Hendak aku luahkan aku tidak mampu. Sekali lagi tangan mulus
itu menyentuh pipiku. Biarlah, semoga esok mereka tahu aku lakukan semua ini
untuk kebahagiaan semua orang
............
“Alhamdullilah Ina.
Mahmud talifon abang bagitahu dia dah dapat penderma yang sesuai.” Jelas kedengaran suara papa. Mama aku lihat
berkali-kali meraup wajah tanda kesyukuran. Aku ingin berada bersama mereka,
berkongsi rasa gembira itu, tetapi aku tahu aku tidak layak. Sejak aku sah menjadi
menantu keluarga ini kasih sayang yang aku damba langsung tidak menjengah.
Mama bagaikan berperang
denganku. Masanya banyak di habiskan memujuk hati Zareef dan Iman. Walaupun
sedih aku harus akur, semua ini berpunca dari aku dan risikonya harus aku sedar
dari awal.
Aku nampak Zareef
tersenyum. Jelas dia turut gembira dengan perkhabaran itu. Melihat senyuman itu
membuatkan hati aku terasa puas. Sekurang-kurangnya apa yang aku lakukan terasa
berbaloi.
Aku melangkah menuruni
tangga satu persatu. Rumah agam yang dulunya hanya aku lawati ketika cuti
semester kini menjadi kediaman rasmiku.
“Apa yang gembira
sangat?” Aku bertanya pura-pura teruja. Apa yang aku perolehi di sebalik
pertanyaan itu hnyalah jelingan tajam dari mama dan riak wajah jengkil Zareef.
“Kita dah jumpa
penderma yang sesuai Aina.” Mujurlah papa masih sudi melayan pertanyaanku.
Sebetulnya hanya papa yang masih menerima aku dengan tangan terbuka di dalam
keluarga ini.
....
Zareef
Fahmi
Rasa bosan menyelubungi
perasaanku. Kelibat mama, papa dan Iman belum kelihatan. Selalaunya pada waktu
ini mereka sudah datang. Ingin membaca tiada sebarang buku yang ada. Hari ini
masuk hari yang keempat pembedahanku berlalu. Luka pembedahan beransur pulih.
Aku masih berada dalam pemantauan kerana risiko penolakkan buah pinggang yang
telah di dermakan kepada aku mungkin akan berlaku.
Bunyi pintu yang dibuka
membuatkan aku tersenyum senang. Pantas kepala aku panggung. Senyuman yang aku
pamerkan perlahan-lahan mati dengan sendiri. Dia? Setelah berhari aku dirawat
baru hari ini dia menunjukkan muka. Kalau boleh aku mahu dia terus lenyap.
“Abang sihat?”
Pertanyaan yang keluar dari bibir Aina tidak ingin aku jawab. Perasaan meluat
kuat melantun di segenap ruang dalam badanku. Tiada sebesar zarah perasaan suka
yang berbaki untuk wanita bernama Kasih Nur Aina. Aku tidak perlukan isteri
rendah martabat seperti dirinya.
Pengenalan aku dengan
dia aku kira kesalahan terbesar pernah aku buat. Sangup dia perangkap aku.
Untuk apa dia lakukan semua itu? Kerana duit? Kerana cemburu atau kerana dendam
dek penolakkan aku dahulu?
“Aina tahu abang tak
suka Aina datang sini, tapi Aina tetap perlu datang. Aina nak tengok keadaan
abang.” Pangilan abang yang terluah membuatkan aku mual. Berlagk sopan
kononnya, tetapi hati busuk!
“Aku memang tak suka.
Kalau kau tak datang terus lagi baguslah.” Mendengar kata-kataku membuatkan
wajah itu berubah riak. Tetapi aku tahu dia sedaya upaya mengawalnya.
“Aina isteri abang.
Aina berhak datang melawat.” Sedikit begetar suara itu. Aku tidak peduli. Kalau
hatinya terguris berkali ganda lagi hati Iman dan keluargaku terguris akibat
perbuatannya. Jauh di sudut hati aku tahu, dia yang merangcang penangkapan kes
khalwat kami beberapa minggu sudah.
“Aku tak perlukan
isteri macam kau. Kau tahu, perkahwinan aku dengan kau mimpi terburuk pernah
aku lalui.” Mendengar kata-kataku Aina pantas berlalu. Sempat aku memandang
juraian air mata di pipinya. Dan entah mengapa aku terasa gembira melihat dia
menagis. Itu baru sedikit. Aku pasti akan buatkan dia menyesal memerangkap aku
dalam perkahwinan bodoh ini.
.....................
“Bilik kau dekat
bawah.” Aku menunjukkan satu bilik yang berdekatan dapur. Rumah yang dihadiah
sempena graduasi aku oleh papa. Rumah
banglo corner lot yang selama ini menjadi idaman aku untuk membina keluarga
bahagia. Yang pastinya bukan dengan wanita yang begelar isteriku sekarang ini.
Hanya Iman yang layak memegang gelaran itu dan dalam masa beberapa minggu lagi
pasti dia akan aku ceraikan. Buat sementara ini dendam yang membara harus aku
lunaskan.
Aku
melihat dia laju melintasi aku dan mengatur langkahnya menuju ke tingkat atas. Tergamam
seketika aku melihat reaksinya. Seketika kemudian aku bagaikan tersedar, pantas
aku membontoti langkahnya.
“Kau
buat apa dalam bilik aku?” Geram rasa hati bila dia meredah ke dalam bilik yang
sudah terisi dengan barang-barangku.
“Tempat
seorang isteri di sisi suami.” Ringkas ayat itu membuatkan aku membara. Dia
bagaikan sengaja ingin mencabar aku.
“Tugas
seorang isteri pun kau pasti tahukan?” Pintu yang terbuka aku tutup. Dengan
perlahan aku menghampiri dia.Tangan itu aku tarik menghampiri katil. Dia hanya
kaku bila aku membaringkan tubuhnya keatas katil, jelas kelihatan tubuh itu
semakin menggigil. Nampak ketakutan dan itu yang aku mahukan.
....................
Tangan
yang dihulur aku buat tidak nampak dan seperti biasa dia akan tetap menyambar
tanganku.
“Kalau
Aina ada buat salah Aina minta maaf bang. Aina sayangkan abang.” Aku langsung
tidak terperanjat mendengar kata-katanya. Ayat itu telah aku hafal dalam kotak
fikiranku. Saban hari dia tidak jemu menuturkan ayat yang sama. Dua bulan hidup
bersamanya menbuatkan aku hampir menghafal setiap tingkahnya. Ada kalanya
tercuit sedikit rasa kasihan di hati melihat dia sedaya upaya ingin mengambil
hatiku.
Apabila
membayangkan apa yang telah dia lakukan membuatkan rasa kasihan itu musnah
dengan sendirinya. Betapa sukarnya untuk aku mendapatkan kembali kepercayaan
Iman, mujurlah penat lelah memujuk hati yang tercalar itu mendapat bantuan
mama. Sekarang aku hanya menungu masa yang sesuai untuk melepaskan Aina.
“Dah,
aku nak ke office. Kunci pintu ni. Jangan nak merayap pulak.” Aina hanya
menganguk mendengar kata-kataku. Selepas berpindah ke sini aku menghalang dia
dari bekerja. Aku tidak mahu dia berkawan dengan orang sebarangan dan
mendedahkan perihal rumah tangga kami.
.............
Kasih Nur Aina
Air
didalam gelas aku sedut perlahan. Resah dan getar di hati hanya Allah yang
tahu. Menanti kemunculan ‘musuh’ membuatkan aku mengelabah sendiri.
Kerusi
yang di tarik kasar membuatkan aku pantas menegakkan badan. Beberapa kali aku
menghembus dan menarik nafas bagi meredakan ketidakselesaan yang mencengkam.
“Kau
apa khabar?” Wajah Iman aku tatap. Rindu rasanya ingin mendengar bibir itu
berbicara. Kalaulah keadaan tidak seperti ini pasti kami sedang bergelak ketawa
bersama.
“Aku
tak ada masa nak melayan kau. Cepat, apa yang kau nak cakapkan sangat.”
Kedengaran angkuh suara itu pada perdengaranku. Rasanya itu sudah cukup baik
dari dia terus membisu. Sekurang-kurangnya dia masih sudi menerima perlawaanku
untuk bertemu selepas perkhianatan yang aku lakukan.
“Aku
harap kau boleh tarik diri Iman. Zareef suami aku sekarang. Aku hanya ada dia
dalam hidup aku.” Walaupun aku dicop pentingkan diri aku tetap rela asalkan
kebahagiaan yang aku idamkan selama ini menjadi nyata. Walaupun aku kecundang,
sekurangnya kecundang aku selepas berjuang.
“Tu
bukan masalah aku. Kau yang rampas dia dari aku dan kau pun kena bersedia aku
rampas dia balik dari kau.”Terjegil mata Iman memandangku. Jelas riak tidak
puas hati terpeta di wajahnya mendengar permintaan aku.
“Tolonglah
Iman. Aku merayu pada kau. Tinggalkan Zareef.” Sekali lagi aku mencuba. Di
dalam hati tidak putus aku memohon supaya Allah melembutkan hati Iman.
“Jangan
mimp!” Serentak dengan itu tubuhku terasa kebasahan disimbah dengan jus
tembikai yang aku pesan untuk Iman. Minuman yang menjadi kesukaannya selama
ini.
“Kau
jangan melampau Iman. Selama ni kau ingat aku tak tahu, kau buat hubungan sulit
dengan Asyraf di belakang Zareef? Aku diamkan sebab aku anggap kau sahabat aku.
Masa Zareef terlantar dekat hospital mana kau? Berseronok dengan jantan tu
kan?” Mendengar kata-kataku jelas Iman terpana. Mungkin tidak menyangka rahsia
yang di simpan rapi selama ini telah aku ketahui.
“Kau
jangan nak fitnah aku.” Suara itu nyata bergetar.
“Aku
pejamkan mata selama ni sebab aku ingat kau akan berubah Iman, tapi kau semakin
teruk. Masa mama suruh kau pertimbangkan cadangan berkahwin dengan Zareef ada
kau pertimbang? Tak kan?” Sebulan Iman kau diam. Nyawa Zareef dah terancam kau pula
sibuk dengan bercinta dengan Asyraf.” Segala yang aku pendam selama ini aku
luahkan. Bukan sekali bahkan berkali-kali aku pernah terserempak dengan Iman.
Berpegangan tangan dan sesekali kepala Iman terlentok jatuh ke bahu Asyraf,
bersahabatkah jenis bahasa tubuh begitu?
Aku
tidak mahu mengungkit sebenarnya, apatah lagi selama ini keluarga Iman banyak
berjasa kepada aku, tetapi aku harus mempertahankan hak aku bila Iman tidak
sudi menghargai. Kalau Iman jenis setia, aku percaya mungkin akan sekarang
sudah berada jauh dari semua orang.
“Kau
nak aku buat apa sekarang?” Suara itu jelas mengendur. Tiada lagi nada
tengkingan. Jelas riak kerisauan mendengar kata-kata aku tadi.
“Tinggalkan
Zareef.” Dan pantas aku berlalu.
..................
Salam
aku berikan. Bersyukur dengan izin-Nya sekali lagi aku dibenarkan bersujud
mensyukuri setiap nikmat yang
dikurniakan. Telekung yang bersarung dikepala aku tanggalkan. Bunyi dentuman
pintu kuat kedengaran membuatkan aku sedikit tersentak. Berdebar kencang persaanku. Dalam fikiran bermacam perkara
buruk terbayang.
Wajah
Zareef yang muncul membuatkan aku menarik lafaz lega. Sebentar Cuma perasaan
itu. Terduduk aku bila tanpa isyarat tamparan jantan Zareef kuat mengenai
wajahku.
“Kau
dah berjaya rosakkan hidup aku, apa lagi yang kau tak puas betina?” Suara
Zareef melengking kuat. Tergamam aku mendengar kata-katanya. Apa salah aku?
Sedaya upaya aku mengagahkan diri untuk bangun.
“Apa
maksud abang?” Aku bertanya. Tanganku dibawa meraba ke wajah. Peritnya lebih
mencengkam dari tanparan yang Iman hadiahkan. Perit bukan sahaja di wajah tetpi
juga di hati.
“Apa
kau buat dekat Iman? Tak puas lagi hati kau?”
Hal
tadi rupannya. Aku yakin, pasti Iman sudah memutuskan perhubungan dengan
Zareef. Kalau tidak, masakan Zareef boleh sebengang itu.
“Aina
Cuma berjuang tuntuk hak Aina. Salahkah?”
“Berjuang
sampai memukul orang? Kau patut bersyukur tahu Iman tak mahu panjangkan kes ni.
Kalau tidak aku sumpah kau kena humban dalam penjara.” Kata-kata Zareef
membuatkan aku terkebil merenungnya. Pukul? Bila waktunya aku cederakan Iman?
“Aina
tak pernah pukul Iman.” Aku cuba mempertahankan diri. Iman, kenapa aku bodoh
sudi mempercayai dia. Sekarang semua kesalahan tergalas berat di pundakku.
Zareef pasti memandang lebih serong.
“Sekali
lagi kau jumpa Iman, tahulah nasib kau.” Zareef berlalu. Kemarahan masih jelas
terpancar di wajahnya.
...................
“Mama
apa khabar?” Aku bertanya kepada mama. Bakul berisi muffin coklat yang aku buat
aku berikan kepada mama. Peluang mengenali keluarga Zareef memberikan aku
kesempatan untuk mengetahui kegemaran keluarga mereka. Mama masih santai
menonton tv. Muffin yang aku hulurkan langsung tidak bersambut lantas aku
letakkan di meja kopi berdekatan dengan mama.
“Buat
apa kau datang?” Penuh riak angkuh mama bertanya. Tergamam aku mendengar
pertanyaannya. Mana perginya mama yang aku sanjungi selama ini?
“Aina
rindukan mama.” Benar perasaan rindu yang hadir membuatkan aku sudi memalukan
diri bertandang ke rumahnya. Sudah hampir dua bulan semenjak kami berpindah
rumah aku tidak berkesempatan untuk berjumpa mama. Pesanan dari Zareef tidak
membenarkan aku keluar membuatkan aku beringat, tetapi desakkan hati tidak
mampu aku tolak. Mama aku lihat masih beriak kosong. Bagai tidak terkesan
mendengar kata-kataku.
“Apa
yang perlu Aina buat supaya mama maafkan Aina? Terima Aina macam dulu?” Tangan
tuanya aku pegang. Semakin mama menarik semakin kuat aku mengengam.
“Tinggalkan
Zareef. Aku tak mahu bermenantukan kau.” Kata-kata itu laju meluncur dari bibir
mama. Terasa air mata yang sekian lama tidak menjengah mataku kembali membuak
mendengar permintaan seorang ibu. Hina sangatkah aku pada pandangan mama?
“Aina
sayangkan Zareef mama. Aina sayangkan mama dengan papa. Tak boleh ke mama
terima Aina?” Tangisan yang aku simpan terhembur. Kenapa payah untuk aku
mengapai bahagia? Seumur hidup hanya secebis kebahagiaan yang aku mahukan. Kenapa
itupun sukar untuk aku gengam? Mama juga seorang perempuan tentu dia lebih
mengerti hati seorang perempuan.
“Aku
harap Iman jadi menantu aku bukannya kau. Aku tak nak nanti keturunan aku
tercela. Mak bapak kau sendiri pun kau tak kenal. Entahkan betul entahkan tidak
kau tu anak sah taraf.” Mendengar bicara yang aku anggap biadap dari mama
membuatkan tubuh mengeletar. Itukah yang ada pada fikiran mama selama ini?
Sehina itukah aku?
“Mama.”
Aku ingin menjerit kuat tetapi suaraku bagaikan tidak terkeluar. Biarpun di
besarkan di rumah anak yatim tetapi umi dan babah tidak pernah mengajar kami
biadap dan aku sendiri tidak mahu mensia-siakan ajaran mereka.
Terasa
aku memang tersilap bila keluar tanpa kebenaran Zareef. Kalaulah aku mendengar
kata-katanya tentu aku tidak perlu mendengar kata penghinaan dari bibir mama,
wanita yang aku kagumi dan sayangi dahulu. Sekarang juga rasa itu tetap sama. Tiadak
pernah berubah.
“Aku
harap kau tinggalkan Zareef. Kalau tidak aku takkan maafkan kau sebab perangkap
anak aku.” Dengan kata-kata itu mama berlalu. Kerasnya hati mama bagaikan sukar
dilentur. Tegarkah aku meninggalkan Zareef demi memenuhi keinginan seorang
wanita begelar ibu?
.....................
Zareef Fahmi
“Abang
jom kita makan.” Tanganku ditarik Aina. Terhenti pembacaanku. Wajah itu nampak
berseri. Seri yang sekian lama tidak aku nampak dan entah mengapa aku merelakan
diri mengikut langkah kakinya. Melangkah sahaja ke bawah aku tergamam. Jelas
segalanya berubah. Entah bila dia melakukan semua itu.
“Selamat
hari lahir bang. Semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki.” Terkaku aku
bila tanpa amaran ciuman Aina menjengah pipi. Terasa mengebu satu perasaan halus
di dalam hatiku. Aina yang manis dan Aina yang comel, kata-kata itu sering di
ucapkan oleh kawan-kawan lelakiku semasa di universiti. Tetapi aku langsung
tidak pernah tertarik. Padaku Iman lebih menawan, sedangkan yang lainnya lebih
mahukan Aina.
Dengan
di temani cahaya lilin yang malap dan muzik yang romantik benar-benar membuai
perasaanku. Aina aku nampak lain berbanding hari biasa. Entah pakaian yang di
pakai membuatkan dia nampak mengancam atau rasa di dalam hatiku ini yang
membuatkan semuanya terasa berada dalam keadaan yang betul dan sempurna. Atau
mungkin kerana desakan hati yang terasa kerana Iman bagaikan terlupa dengan
hari lahirku.
Mengenali
Aina sepanjang empat tahun, tidak pernah sekalipun dia gagal mengucapkan
selamat menjelang hari lahir aku. Kadang-kala dia muncul dengan membawa muffin
yang di beli dengan harga beberapa ringgit dan membawa lilin yang digunakan
ketika bekalan elektrik terputus. Jujurnya aku harus mengakui Aina boleh
menjadi sangat kelakar dan comel dalam sesuatu masa.
“Sedap
tak?” lembut bicara itu menjengah perdengaranku. Aku hanya mampu menganguk. Sedikit
tersentuh bila dia ingin menyuapkan sepotong daging kepadaku. Aku mengelengkan
kepala tetapi dia masih tetap tidak berganjak. Perlahan-lahan aku membuka mulut
dan jelas dia kelihatan sangat gembira.
Suasana
itu berterusan bila kami melangkah ke dalam bilik. Aina menjadi sangat mengoda
dan aku tidak mampu menolak semua itu.
........
Terjaga
sahaja aku pagi itu, aku tersenyum. Segalanya bagaikan begitu sempurna. Aku
tidak tahu perasaan apakah ini yang mewarnai hatiku. Terasa semuanya begitu
indah. Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap ke arah Aina. Kosong.
Mati terus senyuman yang ada. Mungkin dia berada dalam bilik air. Lama menungu
tiada sebarang bunyi yang kedengaran.
Bingkas
aku bangun. Pakaianku yang bertaburan aku pakai sepantas yang boleh. Langkah
kaki aku bawa menuju ke bawah. Kosong. Seluruh rumah aku geledah, tetap kelibat
Aina tidak aku ketemu. Dalam fikiranku hanya satu perkara bermain. Pintu almari
aku buka dengan tangan begetar. Terduduk aku bila tiada sehelai pakaian milik Aina
yang tinggal.
Ini
yang aku mahukan, tetapi kenapa bila Aina benar-benar tinggalkan aku, aku tidak
gembira? Bukankah aku patut bersorak sekarang ini? Aku ingin menangis tetapi
aku tidak mampu. Tiada ucapan selamat tinggal. Sepatutnya aku menyedari tingkah
dia yang mendadak berubah. Kenapa aku begitu bodoh?
....................
5
tahun berlalu.
Kasih Nur Aina
Aku
menghirup udara bumi semenanjung sepuas-puas hati. Rindu yang terasa mengebu di
hati selama ini bagaikan terluah. Walaupun terasa rindu tetapi selama bertahun
ini aku menahan perasaan itu. Kini kerana sebuah tangungjawab yang perlu aku
laksanakan aku kembali kesini. Lima tahun di sabah benar-benar mematangkan aku.
Mengajar aku erti berdikari.
“Ibu.”
Mendengar panggilan itu membuatkan aku segera menunduk ke bawah. Tanganku
terasa di tarik.
“Ibu,
adik lapar.” Mimik wajah seakan ingin menangis mencuit hati. Aku ketawa kecil.
Zarith Fahimi, anak kecil yang menjadi kebanggaanku selama ini. Ketika aku
hampir hilang pedoman untuk hidup, Allah hadiahkan aku dengan nikmat yang tidak
ternilai. Peluang yang aku nantikan selama ini. Yang pada perkiraan aku tidak
mungkin dapat aku gapai. Hanya seorang wanita yang begelar seorang ibu tahu
betapa bahagianya aku diberi kesempatan untuk mengandung, merasa sendiri
kesakitan ketika melahirkan dan memegang zuriatku dengan penuh perasaan kasih.
Kelahiran
Zarith Fahimi memberikan kembali makna dalam hidup aku. Tawaran kerja di bumi
Sabah aku aku angap rezeki yang Allah kurniakan kepada kami anak beranak.
“Ibu,
adik lapar. Jomlah,” Tersentak aku dari lamunan. Tanganku di tarik oleh si kecil
supaya mengikut langkahnya menuju ke MD.
“Ibu
makanlah cepat.” Zarith mengesa. Jelas ketidak sabarannya ingin pergi ke rumah
baru. Puas aku memujuk untuk berpindah. Mulanya dia meragam juga kerana
terpaksa berpisah dengan kawan-kawan tadika. Bila aku janjikan kawan-kawan yang
lebih ramai terus dia bersetuju.
“Tak
sabar nak kerumah baru ye?” Kepalanya aku usap lembut. Dia mengelengkan kepala
menyebabkan aku kehairanan.
“Adik
nak jumpa abah. Hari tu ibu cakap abah jauh. Kena naik kapal terbang baru boleh
jumpa. Tadi kita dah naik. Jomlah cepat ibu kita jumpa abah.”Mendengar
kata-kata yang keluar dari bibir Zarith Fahimi menyebabkan aku terdiam. Ingatan
anak kecil usah siapa pertikai. Sedangkan aku sendiri sudah terlupa bila aku
berjanji.
“Hari
ni tak boleh sayang. Abah sibuk. Nanti ibu bawa adik jumpa abah.” Jari
kelingkingnya disuakan kearah aku. Dengan perlahan aku mengaitnya bertemu
dengan jari kelingkingku. Itu cara yang Zarith Fahimi gunakan bila ingin
menuntut sesuatu dari aku. Aku berani menyambut kerana kepulangan aku kebumi
semenanjung juga kerana ingin bertemu dengan Zareef. Sudah berkahwinkah dia
dengan Iman? Kalau sudah nampaknya aku sudah peroleh madu itupun kalau aku
masih begelar isteri kepada Zareef.
.....................
Terasa
mengeletar langkah kakiku. Aku harus kuat. Walau apa yang terjadi aku harus
kuat. Itulah yang aku ulang berpuluh kali sejak dari semalam. Pintu bilik
mesyuarat aku tolak setelah aku mengetuk perlahan.
Aku
menundukkan wajah tanda hormat kepada semua lembaga pengarah. Sebab kelewatan
aku terangkan. Mereka menganguk-anguk berpuas hati. Mataku meliar mencari wajah
yang aku rindukan selama ini. Wajah itu nampak jelas berubah. Lebih matang
dengan janggut yang di potong kemas di bawah dagu. Dia nampak tekun menerangkan
sesuatu kepada seorang lelaki di sebelahnya.
Mataku
melilau mencari tempat kosong. Terasa payah benar ingin melangkah bila kerusi
untukku betul-betul bertentangan dengan tempatnya duduk. Aku menarik perlahan
kerusi, tetapi masih kedengaran kuat bergeser. Pantas wajah itu memandang ke
arahku. Saat itu aku tahu dia tergamam. Nampak jelas riak wajahnya berubah.
...........................
Zareef Fahmi
Bunyi
kerusi yang bergeser membuatkan perbincanganku dengan Encik David tergangu.
Pantas wajah ku pangung ingin melihat siapa yang menarik kerusi yang sebentar
tadi kosong di hadapanku.
Nafas
terasa sesak. Dia! Dia yang aku cari selama ini. Wajah yang membuatkan aku
separuh gila merindu. Raut wajah itu masih seperti lima tahun lepas. Tiada yang
berubah. Mungkin yang berubah adalah dari segi kematangan berpakaian. Kelihatan
begitu bergaya.
Tumpuanku
terhadap perincangan terganggu. Langsung tidak hadam dalam kepalaku
penerangan-penerangan yang berapi dikeluarkan oleh beberapa orang pekerja. Apa
yang ada dalam fikiranku sekarang hanya dia. Saat mesyuarat berakhir aku
menarik nafas lega.
“Aina.”
Aku memangil perlahan. Aku tahu dia mendengar tetapi langkah kaki itu semakin
laju melangkah.
“Kita
kena bincang.” Tangan Aina aku tarik. Terdorong dia kebelakang. Jelas wajah itu
tidak selesa dengan tindakan aku.
“Aina
sihat?” Aku memulakan bicara. Air di dalam gelas aku kacau perlahan-lahan
mengunakan straw. Aku mengeluh bila dia hanya mengangukkan kepala. Benci
sangatkah dia kepada aku sehinggakan sepatah perkataan pun tidak sudi dia
ucapkan?
“Aina
tinggal dekat mana sekarang?” Aku masih mencuba nasib. Walaupun sepatah ayat
aku tetap ingin mendengar suaranya berbicara
“Damansara.”
Satu ayat tetapi sudah cukup memberikan aku senyuman. Lega. Sekurangnya dia
masih sudi untuk bercakap denganku.
“Sorang?”
“Tak
dengan an... Kawan.” Aku memandangnya pelik. Telingaku bagaikan menangkap
sesuatu.
“Dengan
siapa?” Sekali lagi aku bertanya.
“Kawan.”
Mendengar kata-katanya aku menganguk tanda berpuas hati. Mungkin aku yang
tersalah dengar.
“Dah
lama kerja dengan Pribumi Holding?”
“Dah
nak masuk lima tahun. Dulu di Sabah. Baru minggu lepas transfer ke sini.”
Mendengar kata-katanya barulah aku tahu mengapa pencarian aku selama ini sering
berakhir ke jalan yang buntu. Jauh benar dia membawa diri.
“Malam
tu kenapa tinggalkan abang?” Itulah pertanyaan yang selalu bermain dalam
fikiran aku selama ini. Akhirnya mampu jugak aku luahkan.
“Awak
tak perlukan saya. Buat apa saya nak tunggu.” Mendengar jawapannya terasa
wajahku seperti di tumbuk. Ya aku tahu semuanya berpunca dari aku. Bahasa diri
yang di gunakan jugak meyakinkan aku yang aku sudah tiada dalam hatinya.
“Siapa
cakap?” mendengar pertanyaan aku. Membuatkan dia mendiamkan diri. Jelas dia
terperanjat mendengar pertanyaanku.
................................
Kasih Nur Aina
Lain
yang aku rancangkan lain pulak yang terjadi. Kenapa mesti dia melayan aku
dengan baik? Tidak bolehkah dia terus dengan perang kebencian dia terhadap aku?
Itu akan lebih memudahkan urusan aku. Tiga bulan ini dia tidak sudah-sudah
memburuku.
Ternyata
telahanku mengenai perkahwinannya dan Iman jauh menyimpang. Mereka tidak
berkahwin. Zareef memberitahu yang dia tertangkap Iman sedang bermesra dengan
Asyraf dalam keadaan mengaibkan di dalam kereta.
“Abang
datang jemput Aina di rumah ye?” Mendengar suaranya di corong telifon
membuatkan aku gelabah. Tidak boleh. Aku belum bersedia untuk memperkenalkan
Zarith kepada Zareef.
“Tak
usah. Awak massage je alamat tempat kita nak jumpa. Nanti saya pergi.” Aku cuba
menghalang.
Bunyi
loceng pintu yang galak berbunyi menyebabkan perbualan aku bersama Zareef
terganggu. Pantas aku menamatkan perbualan. Aku tersenyum bila Zarith laju
melangkah ke pintu. Tidak perlu disuruh.
“Uncle
nak jumpa siapa?” Terdengar bicara Zarith pantas aku melangkah menuju ke
arahnya. Uncle mana? Buatnya orang berniat jahat, risau jugak aku. Pintu yang
terkuak kecil aku buka lebar. Tergamam bila di sebalik pintu besi tersembul
wajah Zareef yang memegang tangan Zarith erat.
“Awak
buat apa dekat sini?” Kalut aku bertanya. Bukan ini yang aku mahukan. Aku
perlukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka.
“Ibu,
ni abah adik ke?” Pertanyaan dengan wajah penuh pengharapan itu membuatkan aku
tidak sampai hati ingin menafikan. Aku tidak mahu bertindak kejam. Kesakitan
membesar sebagai anak yatim piatu masih terasa dan aku tidak mahu walau sesaat
anak kesayangaku turut merasa apa yang pernah aku lalui.
“Apa
ni Aina?” Wajah Zareef turut berubah. Dia jelas nampak kebingungan. Pintu pagar
besi yang memisahkan kami berdua dengannya, aku buka. Tanpa menungu pelawaanku
pantas dia melangkah masuk.
“Aina
ada benda nak cakap.” Aku menarik nafas panjang. Segalanya malam ini harus aku lepaskan.
......................
Zarith
nampak kacak pada pandangan mataku. Dengan baju kemeja kotak dan seluar jeans
skinny dia kelihatan cukup bergaya. Hadiah pertama pemberian abah yang baru
dikenalinya tidak sampai seminggu.
“Kacaknya
anak ibu.” Aku memuji. Dia tersengih mendengar pengakuanku. Lesung pipit di
kedua pipinya jelas kelihatan. Segalanya yang ada pada wajah itu adalah milik
Zareef. Langsung tiada persamaan pada wajah itu denganku. Dengan penuh kasih
tubuh itu aku peluk. Aku menghidu aroma dari tubuh anak kesayanganku. Bau itu,
sampai nafas terakhir sekalipun tidak mungkin aku lupa.
“Abah
bila nak datang ibu?” Dia bertanya. Jelas riak wajah teruja tergambar dalam
setiap pandangan matanya. Hari ini Zarith akan diperkenalkan dengan atuk dan
neneknya. Sejak dari tadi dia tidak habis-habis memberitahuku yang dia seronok
ada atuk dan nenek. Sedangkan aku? Getaran untuk bertemu kembali dengan papa
dan mama hanya Allah sahaja yang tahu. Selepas permintaan mama dahulu
sejujurnya aku benar-benar terasa hati. Di sebabkan kata-kata mama jugaklah aku
mengambil keputusan nekad meninggalkan Zareef.
“Ibu
kita tunggu dekat bawah nak?” Zarith berkata. Membulat mata itu merenungku.
“Jom.”
Aku tersenyum bila Zarith melompat kecil. Tidak pernah aku melihat Zarith
seceria ini. Nama abah tidak putus-putus keluar dari bibirnya. Zarith bagaikan
begitu ketagih dengan pangilan itu.
..................
Aku
tidak tahu bagaiman harus beriaksi. Mama kian mendekat. Kata-katanya dahulu
terasa berulang tayang dalam fikiranku. Tubuh mama berhenti betul-betul di
hadapanku. Tangan itu diangkat. Pantas aku memejamkan mata. Mungkin kali ini
habuanku adalah tamparan pula. Usapan-usapan kecil di kedua-dua pipi membuatkan
aku pantas membuka mata. Jelas di pandanganku mata mama berkaca-kaca. Seketika
kemudian tubuhku menghilang dalam rangkulannya.
“Maafkan
mama Aina. Maafkan mama.” Mendengar ucapan maaf itu air mataku turut mengalir.
Terbang melayang segala rasa sakit di hati. Ajaibnya kuasa seorang ibu tidak
dapat aku nafikan. Mungkin inilah rasa yang sama dirasai Zarith saat dia
melakukan kesalahan dan datang memeluk aku sebagai tanda ucapan maaf.
Aku
tersenyum memandang Zarith yang kecoh bercerita tentang kenangannya bersekolah
di Sabah kepada mama dan papa. Kadang kala aku sendiri tidak terlayan dengan
mulutnya yang banyak bercakap. Semua benda hendak di tanya dan semua benda
hendak di cerita.
“Aina,
abang ada benda nak cakap.” Zareef yang tia-tiba duduk di sebelahku membuatkan
aku sedikit terperanjat.
“Apa?”
Aku bertanya perlahan. Dalam pada masa itu sempat aku membalas lambaian tangan
Zarith.
“Abang
nak Aina terima abang. Abang nak tebus semua dosa abang selama ni terhadap
Aina.” Mendengar kata-katanya membuatkan darah terasa meruap ke wajahku. Arghh. Aku benci bila dia belagak hipokrit. Bukan aku tidak
sedar, tadi di meja makan ramah mereka bercerita dan yang paling tidak
disenangi cerita mengenai pemindahan buah pinggang Zareef menjadi cerita. Benda
dah basi buat apa nak diungkit? Ataupun mereka sudah tahu sesuatu jadi
berpura-pura baik terhadap diriku. Sebab itulah mama menangis berjumpa dengan
aku.
Pantas
aku bangun. Kalau sebab kes itulah mereka berbaik, aku tidak sudi. Aku sudah
menghalalkan semua yang aku bagi, dan aku tidak mengharapkan mereka terpaksa
menerima aku sedangkan hati mereka tidak rela.
“Kenapa
ni?” Kalut Zareef bertannya. Mungkin tidak menyangkakan reaksiku.
“Kalau
abang nakkan Aina sebab abang dah tahu Aina yang dermakan buah pinggang tu,
baik abang lupakan. Aina dah halalkan semuanya.” Pantas aku berlalu menuju
kearah mama dan papa. Mereka tergamam bila tangan mereka aku capai dan aku
kucup sebelum menarik tangan Zarith bangun. Bukan niat aku hendak biadap tetapi
desakan hati yang kecewa mendorong aku bertindak sebegitu.
Aku
memandang keluar tingkap. Tidak sudi
untukku memandang kearah Zareef. Tadi ketika aku mahu berlalu pantas dia
mengekori dan memaksa aku naik keretannya.
“Kenapa
tak cakap Aina yang dermakan?”
“Dah
tahu, buat apa nak cakap?” Sedikit keras nadaku. Biarlah. Kali ini aku mahu
melayan perasaan di hati. Selama ini aku sudah banyak beralah. Kali ini aku
akan pastikan aku tidak di perbodohkan lagi.
“Abang
tak tahu. Puas abang tanya dekat Uncle Mud, tapi dia tak nak bagi tahu sebab
terikat dengan peraturan dan janji. Rupanya selama ni Aina yang jadi penderma.”
Mendengar kata-katanya membuatkan aku pantas memandang ke arahnya. Mustahil.
Bukankah dia sudah tahu?
“Kenapa
tak cakap?” Dia seolah-olah berbicara sendiri. Aku malas ingin mengambil
pusing. Biarlah semua ini kembali seperti biasa.
...........................
Zareef Fahmi
Serabut.
Itulah satu perkataan yang aku boleh ucapkan. Dalam penat aku mencari si
penderma yang bermurah ternyata orang yang aku cari selama ini ada di sisi.
Kenapa aku tidak sedar?
“Kami
hanya galakkan penderma di kalangan ahli keluarga pesakit.” Kenapa aku tidak
sedar ayat itu memberi seribu maksud? Bodohnya aku. Patutlah Aina hanya muncul
selepas beberapa hari aku menjalani pembedahan.
Paling
teruk aku hadiahkan penderitaan kepada dia. Sedangkan dia sangup mengorbankan
masa depan untuk lelaki yang tidak tahu menghargai seperti aku.
“Orang
dekat” Satu lagi klu yang di berikan oleh Uncle Mahmud terimbas. Orang dekat.
Isteri. Itulah yang dimaksudkan.
.....................
Kasih Nur Aina
Air
mataku yang mengalir tidak mampu untuk kusekat. Kenapa cepat benda itu merebak?
Masa setahun yang diberikan hanya berbaki tiga bulan. Itu pun belum tentu
mencecah ke tiga bulan.
“Bagi
abang peluang untuk bahagiakan Aina.” Dia muncul bersama dengan wajah yang
dibasahi air mata. Rahsia yang aku pertahankan selama ini bukan lagi rahsia. Aku
yang tiba-tiba pitam ketika keluar bersama dia membuka rahsia yang aku
sembunyikan selama ini.
Kanser
usus peringkat akhir. Sakit yang aku deritai dua tahun lepas. Bukan tidak mahu
menjalani rawatan. Tetapi memikirkan Zarith yang masih kecil membuatkanku menanguhkan
dulu rawatan. Saat aku sudah bersedia,
segalanya sudah terlambat. Kanser sudah memasuki tahap keempat. Tidak berguna
lagi ubat bevacizumab dan rawatan kimoterapi terhadap penyakitku. Apa yang aku
ada hanyalah doa dan bertawakal kepada Allah. Andai umurku di panjangkan aku
bersyukur andainya aku di jemput mengadapnya lebih awal aku tetap bersyukur
kerana aku tahu Zareef ada untuk membesarkan Zarith.
“Aina
dah nak mati. Abang boleh cari yang lebih baik.” Aku menolak. Aku tidak boleh
bertindak kejam. Selepas kes di rumah mama dan papa keadaan kembali pulih bila
Zareef berusaha meyakinkanku yang dia memang tidak tahu akulah yang mendermakan
buah pinggang kepadanya.
“Abang
nakkan Aina saja.” Tubuhku ditarik dan dipeluk erat. Pertama kali sepanjang
mengenalinya dia menangis. Saat ditimpa kemalangan dan memerlukan pemindahan
buah pinggang dengan segera, aku lihat dia masih mampu bertenang. Sekarang
ketenangan itu hilang, dan saat ini aku menyedari yang cinta diluahkan dia
selama ini memang ada untuk aku.
...........................
“Aina
nak makan apa? Cakap dekat mama. Nanti mama buat.” Aku tersenyum mendengar
pertanyaan mama. Disaat aku menghitung detik aku di panggil mengadap sang
pengcipta rupanya terselit hikmah disebalik semua itu.
Setitis
kasih sayang keluarga yang aku dambakan selama ini aku sudah perolehi dan cinta
Zareef yang aku kejar dulu sudah aku rasai, walaupun nikmatnya hanya untuk
sedetik tetapi aku sudah berpuas hati. Sekarang aku hanya mengharapkan kasih
sayang dari Allah yang maha pengasih dan mengasihani.
.........................
Zareef Fahmi
Aku
membersihkan perlahan tangan Aina dengan tuala basah. Jelas kelihatan uratnya
di tangannya menimbul. Dalam masa tidak sampai dua bulan aku mendapat tahu
penyakitnya kesihatannya merosot dengan mendadak. Makanan yang dimakan banyak dimuntahkan
kembali berbanding dengan yang dapat memasuki perut. Berat badannya juga turun.
Pandangan
matanya yang sayu membuatkan hatiku turut pilu. Andai dapat aku undurkan
kembali masa pasti dia tidak akan aku persiakan. Dulu saat aku mula merasa getaran
terhadap Aina dia pergi membawa sekali bersama perasaaku yang masih tidak
menentu. Waktu itu aku sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hati aku. Yang
aku tahu kehilangan dia memberikan tamparan yang cukup besar.
Berbulan-bulan
aku menjadi penyiasat tidak bertauliah mencari jejak Aina. Hubungan aku dengan
mama jugak hampir musnah bila mama mengaku yang dia ada menyuruh Aina
tinggalkan aku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku berperasaan begitu, sedangkan
semasa awal perkahwinan kami, aku tidak sudah menyumpah agar Aina hilang dari
pandangan mata aku.
Saat
aku menangkap Iman curang di belakang aku juga, aku langsung tidak berasa
apa-apa. Bagaikan apa yang terjadi tidak memberikan aku makna.
“Ibu.”
Suara Zarith jelas kesedihan. Anak kesayanganku melangkah masuk ke dalam bilik
kami. Laju kakinya melangkah ke arah Aina. Tangisannya kemudian kedengaran kuat
berbunyi.
“Nak
ikut ibu. Nak ikut ibu.” Berkali-kali ayat itu di ucapkan Zarith. Dengan
bersusah aku lihat Aina berusaha mengangkat tangan untuk memeluk tubuh Zarith.
“Syuhh..Anak
ibu kenapa ni?” Dengan nada lemah Aina bertanya. Aku lihat di hujung matanya
juga air jernih mula mengalir.
“Adik
taknak pakcik amik ibu.” Tangisan Zarith semakin kuat. Aku cuba menariknya dari
memeluk kuat tubuh Aina, bimbang mendatangkan kesakitan terhadap dia. Tetapi
rangkulan Zarith terasa kejap. Aina hanya mengelengkan kepala kepadaku tanda
tidak kisah.
“Dia
mimpi ni.” Aina berkata perlahan. Tangannya menepuk-nepuk bahu Zarith.
Melihat
keadaan mereka berdua menerbitkan rasa cemburu di hati, pantas aku merebahkan
badan di sebelah Aina. Tubuh mereka berdua aku rangkul erat. Perasaan sebak
menguasai aku. Membayangkan Aina diambil dariku air mata mengalir keluar. Kalau
dulu demi sebuah ego aku tidak akan menangis tetapi sekarang semua itu bagaikan
sudah hilang.
Terasa
sedikit benar masa yang aku ada dalam membahagiakan Aina. Ketika dia masih
bertenaga serata tempat yang teringin di lawatinya aku bawakkan. Di setiap tempat
yang kami pergi aku sedaya-upaya membina memori indah agar semua itu dapat
menjadi kenangan terindah dalam hidup kami berdua. Mendengar tawa Aina dan
Zarith sudah cukup memberikan seribu makna kepadaku.
Tangan
Aina yang ingin menyentuh wajahku aku sambar. Kucium tangan itu sepuas-puas
hati.
“Jaga
Zarith baik-baik bang. Aina nak anak kita jadi anak yang soleh. Jaga mama dan
papa. Tolong Aina sampaikan ucapan maaf pada Iman sebab pisahkan abang dengan
dia.” Mendengar kata-kata Aina
membuatkanku kelu. Entah mengapa dapat aku rasakan masa untuk aku bersama
dengan Aina semakin suntuk.
.............
“Aina
bangun sayang. Kita sembahyang subuh.” Aku mengejutkan Aina bangun. Dada itu
jelas berombak kecil. Nampak lemah. Bila dengan perlahan-lahan dia membukakan
mata aku tersenyum.
“Aina
nak berjemaah dengan abang.” Mendengar kata-katanya aku pantas mengangkat tubuh
itu menuju ke bilik air.
Selepas
selesai berdoa aku berpaling menghadap ke arah Aina. Aku menyambut tangan Aina.
Lama dia tunduk mencium tanganku. Saat dia mengangkat kepala sebuah kucupan aku
hadiahkan ke dahinya. Dalam kesakitan satu yang aku kagumi, tidak pernah aku
melihat dia meninggalkan solat. Bukan sahaja kini, dahulu juga dia begitu.
Sehinggakan aku dan Iman ada kalanya merasa tidak berpuas hati kepadanya.
Setiap kali keluar kami terpaksa singgah di mana-mana masjid bagi membolehkan
Aina bersembahyang. Ajaran Umi dan Babah yang sempat aku ketemu bulan lepas ternyata tidak sia-sia.
“Aina
minta maaf abang. Ampunkan salah dan silap Aina sepanjang Aina menjadi isteri
abang. Halalkan makan dan minum Aina.” Getaran suaranya terasa jelas kedengaran
kerana mengawal perasaan sedih.
“Abang
halalkan sayang. Abang halalkan.” Terhenti
kata-kataku. Rasa sebak yang mengcengkam sedaya upaya aku tahan. “Abang minta
maaf kalau sepanjang Aina menjadi isteri abang Aina banyak derita dari gembira.
Abang minta maaf andai abang tak sempurna untuk Aina.” Terhenti lagi bicara ku.
“Abang
dah cukup sempurna untuk Aina.” Mendengar kata-katanya aku memeluk tubuh itu
erat.
“Aina
sayangkan abang.”
“Abang
cintakan Aina sampai akhir hayat abang.” Dalam pada masa itu aku terdengar
mulut Aina melafazkan kalimah syahadah sebelum perlahana-lahan tubuh itu
terkulai dalam rangkulanku.
“Pergilah
sayang. Restu dan redha abang sentiasa bersama dengan sayang.” Dahinya aku
kucup lama. Air mataku bagaikan kering dengan sendirinya.
“Ya Allah andainya aku
dan dia menjadi umatmu yang terpilih untuk berada di syurgamu, jadikanlah dia
bidadari untukku di syurga nanti.”
.........
“Abah
buat apa tu?” Suara yang menyapa lembut membuatkan aku tersenyum. Wajah itu
persis ku. Saling tidak tumpah. Satu-satunya Zuriat yang aku ada.
“Tengok
gambar ibu lagi?” Dia mengeluh berat. Aku tahu dia kurang senang dengan
tingkahku. Aku bukanlah memuja cuma aku ingin mengimbas kembali kenangan yang
pernah singgah dalam kehidupanku.
“Cucu-cucu
abah mana?” Aku bertanya. Zarith bukan boleh dibiarkan berbicara. Nanti dia
tidak tahu di mana hendak meninggalkan nokhtah. Mulut mengalahkan perempuan.
“Luar.
Tengah basuh kereta.” Mendengar kata-katanya aku pantas bangun. Langkah kaki
aku bawa ke arah balkoni. Riuh rendah suara cucuku seramai empat orang itu
merebut getah paip. Senyuman terukir di bibirku. Kalaulah Aina ada di sisiku
sekarang tentu dia turut gembira melihat karenah cucu-cucu kami. Insyaallah, kalau
Allah mengizinkan sayang tunggu abang di sana.
Ku tlah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
Rasa kan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Houoo aku
Hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui
Waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Ku lewati itu
Ku tlah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
Rasa kan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Houoo aku
Hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui
Waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Ku lewati itu
Repvblik : Hanya Ingin Kau Tahu.
Surat Cinta Untuk Disana : Penamat apakah ini? jangan
marah haa...Akhirnya tercapai juga hasrat teman nak menulis cerita sad ending. Walaupu
ceritanya bertaburan bak bunga cempaka gugur di tepi lebuh raya utara selatan, sudikanlah
rakan-rakan sekalian merasai apa yang saya rasa.... Rasa teruja yang amat sangat
selepas dua hari menulis akhirnya siap jugak cerpen ni.... Silalah adik, abang kakak
menulis komen supaya sy dapat mmperbaiki lagi mutu penulisan d’ masa akan datang...
bubye....sad...sad...
Kalau
ada tersalah ejaan harap d’maafi. sy x mengedit langsung dek kerana bengang dengan
cik lappy yg huruf a dan b nya yang sekejap
boleh digunakan dan kejap lagi pulak tidak.
Akak ! Bestnya cerpen nie. Smpai nangis 2 saya sbb sdih sgt. Cerpen nie lain drpd yg lain. Thumbs up ! Hope akak dpt buat cite yg lain pulak. Akak ada bakat. Keep it up ! ^^
BalasPadam-eyra-
tq eyra,,,sgt2 hargai..:) muahhh
Padamsedih... sedih... terbaik
BalasPadamtq haaa...
Padamwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........sedih!!benci3 kenapa sedih...
BalasPadam(Y) caya la...huhuh..mmg terbaik..like puluh2 oren...heheh
^_^
haha.tq o-ReN yg manis...
PadamSadisnya.....triak. I tau....gud job my dear...
BalasPadamtq my luvley sista...
PadamConfirm esok pagi mata sembap. Dari mula dah sedih, tak henti2 airmata mengalir.
BalasPadamOwchh...sy jauh..kalau tidak boleh bagi tisu.. :)
PadamSedeyy...sob...sob....tapi endingnya tidak menghampakan.... Good job membuatkan mula saya jadi kelat! Huaaaaaa.......
BalasPadamjangan sedih2... tq ha sudi mngomen
Padamletih ar nangis pepagi hujung minggu gini.. kenyang ngan air mata...
BalasPadamtak apa sekali sekala kita membazirkan air mata.. :)
PadamU make me cry. Huhu..can't stop my tears. Please...don't write sad cerpen anymore.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSalam writer. Cerpen ni yang saya cari selama ni. A sad ending! Terima kasih and do keep writing. Especially sad ending cuz tak ramai yang berani buat. Tapi you did it! Congratulation! Saya menangis baca cepen ni.
BalasPadamTq Ezara Hisham...sgt2 hargai... :)
Padambest.da bace semua cerpen anda. tp dlm cite anda ade sama.contoh anak dorang mst name adik, abang..sama je tiap cerpen..arap ubah cket laa
BalasPadamhaha...bereh....itu dah jadi tabiat...puncanya sy malas nk letak nama yg bebelit...tp akan diusahakan... :)
Padamdh lma tak baca cerita sedih2 :) ternyata cerita ni dengan jayanya menyebabkan saya menangis :) keep up the good work
BalasPadamkdija
Thank kdija.. :)
PadamTahniah, saya suka dengan cerpen ini. Jangan takut dengan pengakhiran cerita yang sedih. Itu adalah lumrah kehidupan, tak selalunya berakhir dengan kebahgiaan. Teruskan dengan karya yang lebih mantap.
BalasPadamthank sis..Betul2...hdup x slalunya indah...:)
PadamAnak siapa lah ni? Cerita dia best best belaka!!! Bila bab sedih, akak cry.. Bab happy, akak smile...
BalasPadam10bintang lah
~ kak tipa
Thank Kak tipa... :)Sudi datang lah lagi...
Padamsedih citer ni...nangis2 bace citer...hehhe terbaekkkkk
BalasPadamThank lyza... :)
PadamSalam, Cempaka. First of all, saya mintak maaf sebab selama ni ade jugak sye rasa awk mcm penulis yg just tau tulis cerita tipikal je lagi2 bila nampak dlm notification sye yg awk gigih kirimkan karya2 dlm grup2 novelis n peminat novel dalam fb tu.. But now, sye rasa mcm nak hantok kepala pada dinding atas sikap yang yang x pernah nak follow peribahasa BI ni! ---> 'Don't Judge A Book By Its Cover'....! Awk antara top ten yg ade dlm hati sye as a best writer dlm Malaysia! Serius~ huhu..
BalasPadamHopefully, next time, ubah ckit ending nya ok.?hihi..penat tau nak nangis lagi!huhu~ sori again and happy eid and selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-56! haha (sempat pulok da!) *
Haha... Tq dear... Terharu ni bila jd top ten dlm hati awak... Slamat hari mrdeka jgak... "tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh....la la.... :)
PadamAdoyyy! Basah baju haku weihhhh... Uhuk...uhukk...
BalasPadam5bintang!!
Sufi
Tq sufi.. :)
PadamPenat nak mengawal mata dari menangis akhirnya berjaya jugak habis....waaaaaa masa unt buat keja hehehehe
BalasPadamMeleleh air mata ... T_T tp memang best cerpen ni..
BalasPadamsedih sgt...:(
BalasPadamprghhhhhhhhhhhhhhhh....tahniah33333333333333 semoga menjadi penulis berjaya...n bila nk wat cerpen baru?heheh muahhhh salam syg syazana
BalasPadamDari awal sampai ending cerita.....tak behenti2 air mata mengalir.....sampaikan housemate tanya ada masalah ke......cempaka rembulan memang the best la....
BalasPadamSo sad....meleleh air mata...Well done
BalasPadamtahniah CR..cubaan yg sgt2 awesome!!!!..:)
BalasPadamTniah kak .. anda telah bjaya mmbuat sye menangis tanpa henti ! Hihihihi .. Tpi kan , crite ni patut Djadikan novel .. Best !
BalasPadamtampa sedar...leleh...sedeh...tahiah dik..amat sempoi namun berjaya menusup di ruang hati yg dlm...
BalasPadamNak nangis tpi x jadi lak...but the story is soo sad..:')..keep it up!
BalasPadamBest sbb sad ending..boring plk klo asyik hepi ending ja..keep it up..truskan buat sad ending..klo boleh bgi rsa dia smpai ke tulang..haha..*apa aku mgarut ni..hiraukan
BalasPadamTerbaekkk
BalasPadamDah lama saya cari cerita yg sad ending or blh buat.and finalky i found it.hope you can make more sad story.i really like this story
BalasPadamSetiap kali bce cerpen ni mesti menangis... Sedih btul..salute dgn miss cempaka...gud job..trskn berkarya yea..
BalasPadambestnyaa. nk nangis kot
BalasPadamSedihnya akak.. btw best. ��
BalasPadamhehe
BalasPadamaq bru bca crtany skrng the best pkoknya trus brkrya ya
Hai...silalah melawat blog saya..komen cerpen saya..saya baru first time cube menulis btw cerita yang best..sambil menyelam minum air uhhhuhhh
BalasPadamHai...silalah melawat blog saya..komen cerpen saya..saya baru first time cube menulis btw cerita yang best..sambil menyelam minum air uhhhuhhh
BalasPadamwaaa best nyaaaaa .. sedihh siot , nanges2 ak baca sedohhhh
BalasPadamFlow cerpen ni mmg terbaik.
BalasPadamHarap dapat buat lg cerpen sad ending. :D
Cerita in bagus..tp sedih sangat...
BalasPadamAina watak seorang perempuan yg baik..
Sedih betul..Huhuhu...Banyak tisu bertaburan..
BalasPadamDaebak gila woah habis lencun aku tangis kah gud job penulis ! 😍
BalasPadamHaha terbaiklah kak cerpen ni menangis saya baca dengan kakak saya. Tak henti . Akk mmg trbaik nnti buat lah lagi cerpen ni. Saya sukaa.assalamualaikum ����
BalasPadamBest sgat. Novel pls... hihi....
BalasPadambest coi...mmng gmpk!!!!!!-iezahtakuya
BalasPadamSuperb best ilerrrrr menyayat hati lhaa 🏃🏃
BalasPadamSuperb best ilerrrrr menyayat hati lhaa 🏃🏃
BalasPadamBest ~ megu
BalasPadamSetiap kali baca setiap kali tu la nangis... T.T
BalasPadamBest... Sedih.. TT
BalasPadamSo sad...nangis bca ceta ni...mcm ceta novel jer..pa pun..ceta awk mmng hebatlh..
BalasPadamBest sangat.....
BalasPadamnangis nangis nangis....sampai ke sudah.
Best sangat.....
BalasPadamnangis nangis nangis....sampai ke sudah.
Jalan cerita yg menarik... sebak memanjang baca cerpen ni...
BalasPadamGue sampai nangis bacanya.... Keren banget
BalasPadamlebih 10x dah baca..setiap kali tu la menangis sekali..x pernah jemu baca cerpen ni..thank you author dh buat cerpen yg menarik..keep fighting in your writing..����
BalasPadamsedih sangat, berjurai air mata sambil baca TT...author buat la lagi cerpen sedih..
BalasPadamInilah cerita yg saya cari selama ni.. Best gilerrr😄😄!!! Ending dia sedih tp saya suka entah kenapa😅😂😅
BalasPadamGood job. Best
BalasPadam