Kunyahan dibibir semakin perlahan. Kepala di angkat.
Direnung wajah anak kesayangannya.
“Bila nak settle
kes tu?” Datuk Rahim bertanya tenang.
“Kes apa?” Rhea senyum hambar. Sudah boleh di agak
kemana hala tuju pertanyaan ayahnya. Tetapi sengaja dia buat tidak tahu.
“Xander.” Ringkas dia berkata. Tiada hati mahu
bercerita mengenai lelaki jahanam tersebut.
“Secepat yang mungkin. Rhea dah bincang dengan
Fakrul.” Nasi yang berada di dalam mulut sudah tidak tertelan. Putus selera
bila nama Xander diungkit. Dia alergik!
“Bagus lah kalau macam itu.” Datuk Rahim tersengih
lebar. Akhirnya..Setelah sekian lama, apa yang dia idamkan, bakal diperolehi.
“Apa yang bagusnya bang?” Datin Mawar yang sejak dari
tadi berdiam diri, menghantarkan pertanyaan. Semakin hari, semakin dia tidak
kenal siapa suaminya. Tindakan lelaki itu kadang-kala menimbulkan rasa jengkil
di hatinya.
“Kamu diam lah Mawar.” Datuk Rahim menjeling. Sakit
hati bila si isteri asyik membangkang kata-katanya. Apa salah ke kalau dia
perjuangkan haknya sebagai ayah?
“Nak diam macam mana. Benda tak baik itu yang abang
sokong.” Dia tak mahu kalah.
“Dia dah aniaya anak kita, awak harap saya buat apa?
Gelak ketawa macam orang bodoh? Ke awak nak saya tepuk tangan?”
Rhea capai minuman. Tak kuasa mahu melayan
pertelingkahan ayah dan uminya. Kalau boleh apa yang dia nak buat, dia tak mahu
ada campur tangan dari orang-orang kesayangannya itu.
“Susah cakap dengan abang nilah. Semuanya nak menang.”
Datin Mawar tarik muka.
“Dah awak tu cakap benda tak boleh pakai. Kalau tak
tahu, baik awak diam. Saya pun tak sakit hati.”
“Sudah lah tu. Jangan gaduh. Nanti biar Rhea selesai
sendiri.” Ini yang malas. Kalau dia tahu, baik dia bertapa terus dekat rumah
Farah. Tak adalah dia terseksa jiwa raga tadah telinga dengar pertelingkahan
manja ala-ala sadis umi dan ayahnya.
“Nak pergi mana pulak tu?” Datuk Rahim bertanya bila
melihat Rhea bangun dari kerusi.
“Rhea dah kenyang ayah.”
“Duduk dulu. Ayah nak cakap pasal kes esok.” Tangannya
kembali menunjuk ke arah kerusi. Menghantar isyarat menyuruh Rhea duduk
kembali.
“Ada prob ke
dengan kes tu?” Rhea sudah berkerut dahi. Rasanya, tak ada apa-apa masalah. Client jugak tak banyak songgeh. Ikut
saja apa yang dia kata, asalkan boleh menang.
“Tak ada. Tapi Rhea dah sedia ke?”
“Kenapa? Ayah tak yakin dengan Rhea ke?” Kening
dijongket. Tidak senang hatinya bila disoal dengan soalan seperti itu.
“Bukan tak yakin. Cuma..”
“Ayah jangan risaulah.” Pantas dipotong kata Datuk
Rahim. Dia bukan apa, risau jika dibiarkan, semakin panjang rasa tidak yakin
lelaki itu nanti.
“Hemm..
So..Nak ayah
temankan ke esok?”
“Tak usah kot. Rhea pergi sendiri. Lepas kes, Rhea ada
benda nak buat.” Nafas dihela panjang. Terfikirkan masalah itu, terus rasa
pening menjengah.
“Kalau macam itu tak apalah.”
“Rhea naik atas dulu lah.” Sekali lagi dia bangun.
Sempat disambar pinggan dan dibawa ke sinki. Setelah itu, laju dia menerjah ke
dalam bilik.
“Abang.” Lihat sahaja kelibat anaknya menghilang,
Datin Mawar terus memandang wajah suaminya tajam. Sakit hati dia melihat
tingkah lelaki itu yang tenang bagaikan langsung tidak pernah berbuat salah.
“Ada apa lagi Mawar?” Datuk Rahim buat tak endah.
Secepat mungkin disumbat makanan yang masih berbaki di dalam pinggan, ke dalam
mulut. Risau jika isterinya mahu meneruskan sesi ceramah. Waktu-waktu malam
seperti ini, otaknya dah tepu. Tak boleh nak terima ‘peluru.’
“Bila nak cakap dekat Rhea perkara betul?” Suaranya
ditegaskan. Bukan mahu biadap, tetapi tingkah suaminya sendiri yang mula
buatkan dia hilang hormat.
“Perkara apa?” Dia buat tak tahu. Disedut air limau di
dalam gelas. Lega terasa bila sejuk air terasa membasah kerongkong.
“Kes enam tahun dulu tu.” Tengok wajah Rhea terus dia
rasa bersalah. Penat hati bila terpaksa bersekongkol dengan suaminya.
“Kes apa? Apa awak merepek ni?”
“Mawar tak kerja, bukan bermaksud Mawar ni bodoh.
Ingat Mawar tak tahu apa yang abang dah buat dekat Rhea dengan Xander?” Tak
gentar dia memandang wajah Datuk Rahim. Sakit hati bila suaminya sendiri yang
bagaikan menempah tiket kehancuran untuk anak kesayangannya.
“Saya tak ada buat salah pun. Awak tak tahu cerita
betul, awak jangan pandai-pandai nak bawa mulut.” Datuk Rahim mula panas hati.
Tanpa menunggu balasan dari bibir isterinya, terus dia bangun dan berlalu.
Hatinya sudah mengomel geram. Ada isteri pun tak menyenangkan hati!
Hair dryer dicucuk pada extension
plug.
Sebelum itu sempat dia mengesat dahulu titisan air yang masih ramah membasahi
tubuhnya yang siap bersarung baju tidur. Kemudian dia mula melarikan hair dryer diseluruh rambut. Sesekali
tangannya ramah menyelak majalah Maskulin yang disambar dari atas meja Hilman,
pembantu ayahnya. Kalau ikutkan rasa hati, dia memang tak ingin nak mengadap
majalah sebegitu. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Gambar
bakal duda elok terpampang pada muka depan majalah. Membuatkan perasaan hatinya
membuak-buak mahu tahu apa yang dicoretkan oleh si wartawan. Puas dihalang tadi
tangannya dari menggatal. Tapi kalau dah hati teringin, tangan mana boleh
derhaka. Sudahnya disambar juga majalah itu. Pedih juga telinganya memakan
sindiran Hilman. Tapi sengaja dia buat pekak.
Dibaca
bait-bait yang dicoret. Kisah kejayaan lelaki itu dalam kerjaya, juga kehebatan
membesarkan anak tanpa bantuan sesiapa. Baca part itu dia rasa bagaikan tersindir. Tetapi sekejap sahaja rasa
itu menjengah bila mata tertacap pada satu ayat, entah mengapa hatinya jadi
kembang setaman. ‘Isteri menuntut di luar negara.’
Puas
dihalang rasa bahagia yang mula menjengah. Tapi hatinya masih galak mahu
bersorak riang. Xander masih ingatkan dia! Entah berapa puluh kali diulang baca
ayat itu.
Suara
Shontelle yang galak memekak di balik poket baju mematikan angannya. Diketuk
kuat kepala bagi membuang mimpi indah yang sekejap tadi menjengah. Dicekalkan
kembali hati agar tidak mudah tergoda dengan benda-benda remeh seperti itu.
Mungkin niat lelaki itu lain. Siapa tahu…
Handset dikeluarkan. Terlihat nama yang
terpampang pada permukaan skrin, terus bibirnya menguntum senyuman. Salam
disambut. Kemudian dia bangun dan menapak ke arah meja solek. Sesekali kata
Farah diiyakan.
“Hal kecil
Farah. Kau jangan risau. Aku yakin yang aku boleh menang.” Dikepit handset pada
bahunya. Botol berisi losyen dari jenama Musk Bloosom ditarik mendekat. Ditekan
losyen pada tapak tangan. Setelah itu diusap lembut pada lengannya.
“Baguslah kalau macam itu. Nanti aku belanja kau
makan.”
“Okey.”
Malas dia menjawab. Letih dirasa, bila tiba-tiba fikiran dia dipenuhi bayangan
Xander dan...si Barbie doll! Lebih teruk, kenangan zaman purbakala turut
terimbas sama.
“Kau
apasal? Ada masalah ke?” Suara Farah kedengaran tenang. Ceria sahaja suara itu
tadi. Tak sampai seminit, nada Rhea sudah berubah rentak. Nak kata dia tersilap
cakap, rasanya tak ada.
“Esok
kau teman aku pergi pejabat agama boleh?” Terhenti sapuan losyen pada
tangannya. Bau yang lembut terasa memualkan hidung. Dia jadi loya secara
tiba-tiba. Tapi apa yang pasti, dia kena bulatkan tekat. Tidak boleh tidak, dia
kena jauhkan diri dari Xander!
“Kau
dah fikir habis ke Rhea? Tak menyesal nanti?”
“Tak
kot.” Mata sudah terkebil-kebil. Diintai majalah yang berada tidak jauh
darinya. Pantas kepala digeleng laju. Cuba menghalau anasir-anasir jahat yang
mahu menganggu.
“Kot?
Okey. Esok aku teman kau.” Farah tergelak kecil. Tak ada maknanya dia nak
teman. Dengar suara Rhea pun dia sudah tahu… Pasti akan bertangguh lagi. Tak
kisah konon!
“Erkk. Esok apa-apa aku bagitahu kau.”
Pantas dia menamatkan perbualan dengan Farah. Entah mengapa dia harapkan Farah
menjawab ‘tidak boleh. Aku sibuk.’ Tangan diletak ke dahi. Dia rasa nak demam!
Handset
digenggam kemas. Suis lampu ditutup. Kemudian dia melangkah ke arah katil.
Tubuh dibaringkan dia atas tilam empuk yang mampu membuatkan tubuhnya
tenggelam. Malangnya kegebuan tilam tak mampu menghalau rasa asing yang
menjengah. Tangan dibawa menyentuh dada. Debaran yang terasa lain macam. Dia
sendiri sudah runsing. Tidak tahu apa yang tidak kena. Padahal tadi, dia
elok-elok saja.
“Sabar
lah hati.” Dia mengomel perlahan. Segala doa yang dia tahu dibaca. Cuba untuk
memujuk hati supaya kembali bertenang. Esok...Hari penentu segalanya.
Surat Cinta Untuk Disana : Abaikan salah silap ejaan. x sempat mengedit.
Papaiii...Muahhh