Camelia Tu,, Aku Punya!!!
“Aku rasa aku cantik, tapi apasal mamat
tu tak nak dekat aku yang gojes ni? Hairan…”
-Cemelia.
“Kalaulah
aku mampu hidup dikepulauan Madagascar dah lama aku pindah situ. Naik gila aku
nak layan kerenah perempuan tak cukup singet tu.”… -Hasif Amsyar.
“Walaupun kau tak seperti orang, apasal
tetap jugak kau yang aku nak? Sekarang dah pukul 1 pagi. Agak-agak klinik pakar
mata buka lagi tak? Aku rasa mata aku yang problem ni. Tak pun otak aku
terbalik? Jadi daya fikir aku dah terpesong. Yes!!! Aku rasa dah betullah
tu… -Harif
Amjad
Aku suka kau, tapi aku lagi suka poket
tebal dia. Sorrylah ye. Say good bye to
me.” -Atikah.
“Encik
boss..saya sukakan encik boss. Apa kata encik boss terima cinta saya?” –Camelia
………………………………………
Suasana pagi terasa nyaman. Udara
disedut dan di hembus perlahan. Senyumannya tersunging sedikit dibibir bila
mana matanya menangkap kelibat suami isteri dengan dua orang kanak-kanak yang
sedang ceria bergelak ketawa. Dia bahagia melihat panorama itu walaupun di
dalam hatinya sedikit kesedihan melanda.
Dulu dia pernah disinari dengan
kasih dari wanita itu. Kasih yang begitu tulus. Tetapi sayang, dia di butakan
dalam keadaan yang celik. Tidak dapat menilai tulus kasih sayang dihulurkan.
Bila kesedaran itu mendatang, ternyata dia sudah terlambat. Diraup wajah untuk
menenangkan hati yang berkecamuk.
Bila tawa keluarga bahagia itu
kedengaran lagi dia cuba mengukir senyuman. Doanya suatu hari nanti dia akan di
kurniakan dengan isteri berpekerti seperti wanita itu. Dahulu dia langsung tidak
menyangka di sebalik kekurangan itu tersembunyi satu sikap yang hanya di sedari
bila kasih sayang itu sirna untuknya.
………………………………….
“Hasif kita keluar makan kejap lagi
nak? Aku belanja.” Camelia tersenyum-senyum di hadapan Hasif. Wajah lelaki itu
yang sedikit keruh di renung penuh minat. Tampak kacak walaupun wajah itu tidak
mengukirkan sebarang senyuman. Masam.
“Berapa kali aku cakap. Nak datang
sini bagi tahu dulu. Dah tu masuk office
aku main aci redah je.” Hasif mengeluh. Dia rimas. Kalau lelaki lain suka
diburu oleh ramai wanita dia pulak tidak. Dia lebih suka memburu dari diburu.
Dan salah seorang wanita yang tidak pernah jemu memburu cintanya adalah wanita
yang sedang berliuk lentok di hadapannya sekarang.
Matanya seboleh mungkin di lari dari
memandang tubuh yang ditutupi oleh pakaian yang bila dipandang lama seperti
pembalut nangka. Sana sini terjojol. Dengan makeup
tebal, bulu mata palsu persis mata unta, membuatkan dia terasa jelik.
“Kalau cakap bukan kau nak tunggu
aku. Baik aku datang je terus. Jomlah kita pergi makan.” Camelia menarik-narik
tangan Hasif perlahan.
Belum sempat hasif menjawab pintu
biliknya diketuk. Setelah memberi kebenaran, seorang gadis yang cantik berbaju
kurung lengkap bertudung melangkah masuk dengan langkah gemalai. Wajah ayu itu
sedikit berubah memandang pegangan erat Camelia pada Hasif.
“Eh sayang. Nak keluar makan
sekarang ke?” Hasif bertanya lembut. Tangannya berusaha dirungkaikan dari
gengaman Camelia.
“Kalau awak sibuk tak pelah. Lain kali
je kita keluar makan.” Athirah tersenyum. Walaupun senyumannya tidak semanis
mana. Meluat melihat gaya wanita yang berdiri disisi kekasihnya. Sudah berkali
di tolak oleh Hasif masih juga tetap menempel. Memang tidak tahu malu.
“Memang saya tengah tunggu awak
pun.” Hasif mencapai kunci kereta. Sudah tidak betah berada dalam situasi pelek
itu. Camelia hanya membatu dari tadi.
“Hasif, kan kau dah janji nak keluar
dengan aku?” Camelia sedikit membentak. Dia yang datang dulukan? Seharusnya
lelaki itu keluar dengan dia bukan dengan Athirah.
“Bila aku janji? Berapa kali aku nak
cakap. Nak datang bagitahu dulu. Sorry
harini aku ada date dengan Athirah.”
Hasif berkata selamber. Dia tidak
peduli perasaan Camelia. Wanita itu sudah dianggap seperti sahabat sendiri.
………………………
“Kenapa masam je ni?” Hasif bertanya.
Dari tadi dilihat Atirah hanya menguis-nguis mee goreng di dalam pinggan.
Langsung tidak terluak makanan itu.
“Awak tulah. Tak habis-habis melayan si Camelia tu.
Menempel tak kira waktu.” Athirah merengus kasar. Sungguh dia benci ingin
memandang gadis itu. Sejak dari zaman universiti tidak sudah-sudah Camelia
mengangu Hasif. Macamlah lelaki lain dalam dunia ni dah pupus. Uhh..
betul-betul bikin panas.
“Saya tak layanlah. Awak kena faham dia
tu kawan saya dari kecil lagi. Dah memang perangai dia macam tu saya nak buat
macam mana.” Hasif mempertahankan diri. Dia kadang-kala turut rimas dengan
sikap Camelia. Tak pernah berputus asa memburu cinta dia walaupun sudah tahu
yang dia mencintai Athirah.
“Saya faham. Tapi saya tak suka dia
datang office awak. Nanti apa kawan-kawan saya kata? Awak pun taukan, mulut pekerja
Bina Holding macam mana? Saya dah malas nak pertahankan awak depan
diorang.” Atirah mengeluh. Semua orang
tahu dia merupakan kekasih Hasif, tetapi dia rasa seperti ‘dimadukan’ dengan
Camelia sebelum sampai masanya. Tidak
dapat dia bayangkan jika semua ini berlarutan sehingga mereka berkahwin.
“Awak tenang ok. Nanti saya cuba slow talk dengan Camelia. Dia tu baik
sebenarnya. Tapi tulah.. kadang-kadang menjengkilkan sedikit.” Tangan Athirah
dicapai dan digengam. Berusaha meyakinkan gadis itu yang cintanya memang hanya
untuk Athirah. Tak kan ada untuk gadis lain. Sejak dari zaman universiti dia
berusaha mengejar gadis di hadapannya. Setelah banyak halangan ditempuhi bagi
memiliki sekeping hati milik Athirah, mustahil dia akan membenarkan hubungan
mereka berantakkan, hanya kerana gadis lain yang tak pernah wujud dalam
hatinya.
………………………………….
“Hasif..Hasif.. cepat keluar.
Camelia tunggu kat luar tu.” Puan Sri Azah mengetuk perlahan pintu bilik anak
bujangnya. Dari pagi tadi memeram di
dalam bilik. Langsung tidak keluar walaupun sudah dipanggil berkali-kali.
“Alah mama cakap jelah Hasif
keluar.” Hasif menjawab malas. Bukan dia tidak nampak kelibat Camelia tadi.
Kebetulan meja kerjanya mengadap ke arah pintu pagar rumah.
“Jangan nak mengada-ngada ajar mama
jadi penipu ye. Cepat sikit keluar.”Semakin tinggi nada Puan Sri Azah. Anaknya
itu bukan boleh di beri muka sangat.
“Yelah. Mama suruh dia tunggu kejap.
Pagi-pagi buta dah menempel dekat rumah orang.” Hasif merengus kuat. Benci
apabila setiap masa tanpa mengira waktu dan tempat Camelia pasti akan
mengejarnya. Sudah seperti bayang-bayang lagaknya.
“Camelia duduk dulu ye. Nanti Auntie
buatkan air.” Puan Sri Azah memegang kemas bekas berisi beberapa biji karipap
yang di bawa Camelia. Wajah gadis itu di renung. Dia hampir ketawa bila di
rasakan gadis itu terlalu keterlaluan bersolek walaupun hanya untuk ke
rumahnya. Macamlah rumah mereka jauh sangat. Padahal sebelah menyebelah sahaja.
Kalau tidak di kenali Camelia dari kecil pasti dia menyangkakan wanita itu
merupakan si pengoda yang menunggu masa untuk ‘mengap’ anak lelakinya dan
membolot harta milik mereka.
“Eh tak payah susah-susah. Camelia
dah minum dah dekat rumah tadi dengan abah. Ni saja Camelia datang nak hantar
karipap.” Camelia tersengih. Ya dia datang ingin menghantar karipap dan erkk……
berjumpa dengan Hasif. Boleh macam tu?
“Itu kat rumah. Kejap Auntie bawakan
air. Nanti boleh kita sarapan sekali.” Pantas Puan Sri Azah melangkah ke dapur.
Hasif yang sudah lama berdiri di
tangga hanya memandang. Boring betullah. Di renung Camelia yang asyik tertoleh
ke sana sini. Belum menyedari kedatangannya. Langkah kakinya lemah melangkah.
“Camelia. Kau nak apa datang pepagi
ni?”
Camelia tersengih memandang Hasif.
Lelaki itu tetap nampak kacak walaupun tubuh itu hanya di baluti sehelai baju
t-shirt putih tanpa koler dan seluar track suit hitam.
“Sajalah datang. Dah banyak hari kita
tak jumpa kan? Aku talifon bukan kau nak angkat.” Camelia merenung lama wajah
itu bagaikan sudah lama tidak ketemu. Beberapa hari sudah dia sibuk dengan
pelbagai urusan. Tidak sempat bertemu dengan Hasif.
“Aku malas. Camelia kalau boleh aku
nak kau jauhkan diri dari aku sedikit. Aku tak nak Athirah salah faham. Kat
office tu dah ramai orang bergosip pasal kau ada skandal dengan aku. Kalau
boleh kau jangan datang kat office kalau tak ada urusan.” Tenang Hasif berkata.
Sudah berhari-hari ayat itu di hafal. Dia sebolehnya tidak mahu menguris hati
Camelia. Tetapi dia kasihan kepada Athirah selain takut kesabaran Athirah
hilang dia juga yang akan susah nanti nak memujuk. Athirah kalau merajuk boleh
tahan muncungnya.
“Hasif!!! Apa kata macam tu? Camelia
ni bukan kenal Hasif sehari dua. Dari kecil lagi korang dah berkawankan? Kalau
Athirah sayangkan Hasif, dia sepatutnya percayakan Hasif, bukan dengar cakap
orang lain.” Puan Sri Azah yang muncul mengejutkan mereka. Dia sedikit tidak suka
mendengar kata-kata anaknya. Kedengaran sedikit kurang ajar.
“Ehh auntie jangan marah. Camelia ok je ni.” Camelia tersenyum walaupun
senyumannya sudah terasa pahit seperti menelan serdak kopi sekampit. Sampai
hati betul. Nasib baik di betul-betul sukakan Hasif. Kalau tidak sudah di
layang penampar cap ayam ke pipi laki itu.
“Mama, Hasif cakap benda yang betul.
Dah bermacam gosip kat office tu.”
Sedikit membentak suaranya. Kenapa mamanya ingin mempertahankan orang luar dari
anak sendiri?
“Buat tak tahu. Nama pun gosip kan?”
Tenang Puan Sri Azah berkata. Tubuhnya di labuhkan disisi Camelia yang sudah
keruh warna wajahnya. Dia wanita dan dia tahu perasaan jika di tolak kerana
itulah perasaan yang sama pernah di rasakan semasa dia ‘direject’ oleh Tan Sri
Hassan semasa zaman muda mereka. Tetapi sikap tidak berputus asanya membuatkan
lelaki itu mengalah. Dan sekarang dia berbahagia memiliki lelaki itu sebagai
suami.
“Susah cakap dengan mama ni….dan kau
ingat tu. Jangan nak menghimpit je tak kira waktu.” Wajahnya bagaikan memberi
amaran kepada Camelia yang asyik tersengih sahaja dari tadi. Pantas dia
mengatur langkah untuk naik semula ke dalam bilik. Malas ingin terus bertengkar
dengan mamanya. Mama bekas pembahas terbaik kebangsaan dan bekas graduan law,
jadi kalau nak bertekak memang compom punyalah
dia takkan menang.
………………………………………..
“Kenapa buat macam ni? Hasif bekata
kecewa. Kalau tidak memikirkan ego sudah lama dia meraung. Sampai hati Athirah.
“Saya minta maaf. Saya tak sangka ayah
dengan ibu saya terima lamaran tu. Semua ni salah saya. Kalau saya cerita
tentang hubungan kita tentu tak jadi macam ni.” Athirah menangis. Wajah kecewa
Hasif di pandang. Maafkan aku. Athirah mengumam di dalam hati.
“Awak cerita hubungan kita. Tentu
diorang faham kalau awak mintak putus.” Hasif masih berusaha. Hampir terduduk
dia apabila Athirah memberitahu yang dia sudah terikat dengan Nazrul. Musuh dia
dari zaman universiti lagi dalam merebut hati Athirah dan jawatan dalam
persatuan. Sekarang mereka merupakan musuh dalam bidang perniagaan.
“Saya dah cakap. Tapi ayah saya tu susah
Hasif. Hitam kata dia hitamlah, tak kan bertukar jadi putih.” Athirah mengesat
air mata yang mengalir.
“Biar saya jumpa ibu ayah awak. Saya
sendiri cakap pasal hubungan kita.” Hasif masih mencuba. Tidak rela Athirah
jatuh ke tangan Nazrul. Lelaki itu tidak layak untuk mendapatkan wanita sebaik
Athirah. Bukan dia tidak tahu sikap lelaki itu. Bertukar wanita bagaikan
bertukar baju.
“Tak usah. Saya taknak hampakan harapan
ibu ayah saya. Saya minta maaf Hasif. Rasanya hubungan kita sampai di sini
saja. Saya doakan awak dapat wanita yang lebih baik.” Athirah berkata lembut.
Surat peletakkan jawatan digenggam erat. Hatinya berbelah bagi ingin
menyerahkan surat itu.
“Tapi awak…” belum sempat dia berkata ,
Athirah menarik tangannya dan meletakkan satu sampul dan pantas berlalu. Dia
bagaikan kaku ingin mengejar. Air mata yang di tahan menitis membasahi pipi.
Ego lelakinya terasa jatuh menyembah bumi. Teketar tangannya ingin membuka
sampul yang di berikan. Matanya terpejam bila surat peletakkan jawatan di baca.
Getaran tubuh bertambah bila kad yang cantik bersulam dengan tulisan
walimatulurus menyapa pandangannya.
…………………………………………
“Hasif jom keluar. Kita jalan-jalan”
Camelia tanpa disuruh melabuhkan tubuh di atas kerusi di hadapan Hasif yang
tekun membuat kerja. Kusyuk lelaki itu bagaikan tidak tergangu dengan
kedatangan dia.
Hasif mengangkat kepala. Tersenyum
memandang Camelia. Sekarang dia tiada lagi perasaan jelik kepada gadis itu.
Mungkin ada hikmah perpisahannya dengan Athirah beberapa bulan dulu. Camelia
yang dulu merimaskan sentiasa ada di sisinya saat dia bertarung dengan
kesedihan. Sekarang mereka bagaikan sahabat karib. Dia rasa bebas meluahkan apa
sahaja kepada Camelia.
“Cik kak oii. Sekarang baru pukul 4.30.
Kau tak tengok jam ke?” Hasif memerli. Camelia memang selalu begitu. Datangnya
sesuka hati. Mentang-mentang kerja sendiri.
“Alah apa kisah. Kau boss. Aku dah lapar
ni. Jom teman aku makan.”Camelia tersengih. Wajah pujaan hatinya di renung.
Rasa gembira bila akhirnya lelaki itu semakin dekat dengan dirinya. Terasa keputusan
Athirah berkahwin dengan Nazrul bagaikan bulan jatuh ke riba.
“Banyak lah kau. Kau tu tak payah jaga
kedai ke?”Hasif bertanya. Jika di renung cara berpakaian dan bersolek tentu
tiada siapa menjangka yang Camelia merupakan chef dalam bidang bakeri. Gayanya
lebih kepada si pengoda yang gedik.
“Harini tak. Ada budak praktikal baru
masuk. Budak tu pandai jugak buat kek. Aku tinggal kat dia jelah.” Tenang dia
menjawab. Senyuman tidak putus dari bibir dia.
“Kau tunggu kejap. Tinggal sikit lagi je
kerja aku. Dah siap kita keluar.” Kerjanya di teruskan. Secepat mungkin disiapkan.
Dia tidak mahu Camelia menunggu terlalu lama.
Camelia memerhati suasana sekeliling.
Agak besar jugak bilik Hasif. Tidak terlalu banyak barang di letakkan. Warna
putih dan merah melatari sekeliling dinding. Di belakang meja lelaki itu
tergantung frame gambar Keluarga. Dia
tersenyum bahagia. Yakin suatu hari nanti gambar dia akan berada dalam frame keluarga itu.
“Haa…apasal tersengih-sengih ni?” Hasif
menyergah kuat. Dia ketawa perlahan bila Camelia terkejut mendengar
sergahannya.
“Kau nak aku mati awal ke?” Camelia
membeliakkan mata sedikit tidak puas hati. Mujur dia tiada sakit jantung. Kalau
tidak, sah jalan.
“Kau tu memanjang termenung. Dah jom.
Nak makan kat mana ni?” Hasif bertanya, sambil tangannya mencapai kunci kereta
dan briefcase. Tiada niat nak datang semula ke pejabat.
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
Tangan Camelia dicapai. dia mengengam
erat tangan gebu itu. Dia tahu Camelia terperanjat dengan reaksi dia yang
secara tiba-tiba. Langkah kakinya terasa canggung. Nun di hadapannya Athirah
sedang ketawa manja di sisi Nazrul. Hatinya sedikit terguris melihat kemesraan
itu. Kemesraan yang sepatutnya menjadi milik dia.
“Hai.” Dia menegur. Nampak jelas
reaksi Athirah dan Nazrul berubah. Mungkin tidak menyangka dia sudi menegur.
Gengaman tangan Camelia di kemaskan bahkan wanita itu turut menggengam tangannya
erat bagaikan menyalur sedikit kekuatan. Dia sangkakan dia kuat apabila
bersemuka dengan Athirah. Nampaknya perpisah yang hampir menjengah setahun
belum cukup menghilangkan kekecewaannya.
“Erkk hai.” Atirah menegur serba salah.
Dia hanya memandang kosong bila tangan suaminya erat berjabat dengan Hasif.
“You
all
buat apa sini?” Hasif bertanya sekadar beramah. Sekilas dia memandang wajah
Athirah sebelum dia mengalihkan pandangan.
“Kami tengah survey barang baby sikit. Wife
I ni tengah pragnent sekarang. You couple dengan Camelia ke sekarang?”
Nazrul bertanya sinis. Terasa hatinya kembang setaman bila jelas riak wajah
Hasif berubah bila di khabarkan tentang kandungan Athirah. Dia puas apabila
dapat merampas Athirah dari tangan lelaki itu.
“Owh tahniah. Hak arr. I baru je couple dengan Camelia. Ni tengah survey barang hantaran sikit.” Hasif
pura-pura tersenyum. Terasa Camelia memaut lengannya. Terlentok-lentok wanita
itu disisinya. Pandai betul berlakon. Dia hampir ketawa.
“Nanti kalau dah tetap tarikh jemputlah
datang.” Camelia bersuara manja mengoda. Hatinya menjerit gembira bila wajah
Athirah berubah. Benci melihat wajah penuh kepuraan itu. Dia tahu Hasif
berlakon. Dia hanya ingin menambah perencah dalam lakonan itu. Biar real.
“Kalau tak ada hal kitorang datang.
Nanti informlah bila tarikhnya.”
Athirah tersenyum. Tetapi senyumannya terasa kelat. Dulu lelaki itu bermati-matian
mengatakan tiada apa-apa dengan camelia tapi sekarang? Tak ada hubungan konon.
Hatinya berdesis. Benci melihat kegembiraan pasangan di hadapannya.
………………………………………………….
“Kau nak bertunang dengan aku tak?”
Hasif bertanya. Wajah terperanjat Camelia di renung. Entah mengapa Soalan itu
spontan keluar dari bibirnya. Wajah ceria Athirah dan Nazrul terbayang di mata.
Kejap setereng kereta di pengang.
“Athirah tak ada sekarang. Nak belakon
lagi ke?” Camelia pura-pura ketawa. Sedangkan hatinya hanya Allah sahaja yang
tahu. Dia gembira mendengar soalan itu. Tetapi dalam masa yang sama dia takut
Hasif mengambil keputusan terburu. Memang dia sukakan lelaki itu, tetapi dia
tidak mahu Hasif melamarnya hanya keran mahu menunjuk kepada Athirah.
“Aku tak berlakon. Aku serius. Kau nak
bertunang tak? Aku rasa aku dah mula sukakan kau.” Hasif berkata tenang. Tangan
Camelia di capai dan di kucup. Reaksi spontan yang di lakukan.
“Aku tak nak kau buat keputusan terburu.
Kau yakin ke kau sukakan aku? Atau kau nak bagi Athirah sakit hati saja?”
Senyuman ikhlas di berikan kepada Hasif. Dia gembira mendengar yang lelaki itu
sukakannya. Tetapi dia benar-benar takut apa yang di katakan hanya kata-kata
dari lelaki yang sedang patah hati dan ingin merawat diri dengan cara ‘hinggap’
pada gadis lain. Dia tidak mahu menjadi boneka lelaki itu.
Walaupun bertahun mengejar Hasif dia
tidak rela membiarkan diri di permainkan. Sekali bertunang dia harap akan
membawa hingga jinjang pelamin.
“Aku serius. Kau fikir dulu. Aku tunggu
jawapan kau.”
…………………………………………………………….
Camelia tersenyum memandang Hasif yang
melangkah turun dari tangga. Entah mengapa hatinya terasa berdebar-debar.
Debaran yang lain dari biasa. Bahkan dia terasa yang Hasif hari ini bertambah
kacak. Mungkin kerana dia terbawa dengan mood
gembira sejak dari kemarin. Lamaran Hasif sentiasa bermain di fikiran
membuatkan tidurnya tidaklah senyenyak mana. Bakul berisi muffin dan beberapa biji karipap
yang di tempah Puan Sri Azah di letakkan di meja. Dia sudah ada jawapan untuk
lelaki itu
Dengan langkah teruja dia menuju ke arah
Hasif. Tangan lelaki itu dipaut erat.
“Eh apa ni.” Amjad terpinga. Wajahnya
kaku merenung gadis yang sedang tersenyum gembira di sisinya. Dia kenal ke?
“Hasif aku ada buat karipap untuk kau.
Jom makan.” Tangan ‘Hasif’ diseret mengikut jejak langkahnya. Tetapi satu
incipun tubuh itu tidak tergerak. Dia merenung Hasif. Bila pandangan mata
mereka bersambung dia kelu. Debarang tadi semakin kuat menghentak. Pantas
pautan tangan di lepaskan. Tangannya di bawa ke dada untuk menghilangkan debar.
Oiii..cik jantung yang kau ober sangat
ni kenapa?
“Hasif, bila mata kau jadi coklat?” Dia
bertanya pelik. Terkedip-kedip matanya merenung lelaki itu. Wangian dari Hugo Boss
menyapa hidungnya. Tubuh lelaki itu di hidu-hidu. Terpejam celik matanya
menikmati aroma perfume yang sangat di sukai baunya itu.
“Kau tukar minyak wangi ke?” Dia
bertanya lagi. Hairan bila ‘Hasif’ hanya kaku memandangnya tanpa reaksi.
“Sejak bila kau Colour rambut? Dah macam air paip bekarat je pun aku tengok.”
Camelia betul-betul hairan. Ajaib…dalam masa sehari Hasif berubah empat ratus
peratus. Apa sudah gila meroyan ke sejak terjumpa Athirah?
“Banyak betul soalan. Kau nak aku jawab
yang mana satu dulu?” Amjad bertanya. Dia hampir ketawa melihat reaksi gadis
itu. Terhidu-hidu tubuhnya bagaikan anjing pengesan lagaknya.
“Lah suara kau pun apasal bertukar ni?”
Sedikit kagum Camelia bertanya. Nak kena tuntut ilmu ni. Terasa sedap pulak
suara Hasif hari ini. Sedikit serak-serak basah.
Amjad ketawa kecil. Yes!!! Ada peluang nak pekenakan orang ni. Wajah Camelia di renung.
Comel jugak awek si Hasif ni. Dia pantas membuat rumusan yang Camelia merupakan
kekasih Hasif apabila wanita itu nampak terkinja-kinja tadi.
“Kenapa kau tak suka ke?” Amjad
bertanya. Kemudian sedikit terlopong dia bila Camelia mengeleng. Apa tak cukup
kacak ke dia berbanding Hasif?
“Suka, kau nampak kacak. Tapi apasal nak
ubah segala? Dulu pun kacak jugak.” Camelia berkata kehairanan.
“Dulu tak cukup kacak. Sekarang ni aku
nak kacakkan diri aku. Untuk kau jugak kan?” Amjad berkata lembut. Tawa yang di
simpan bila-bila masa sahaja akan terhembur.
Camelia membeliakkan mata. Untuk aku?
Wah sedikit hairan ni. Sejak bila? Tetapi kemudian hatinya berbunga gembira. Yes, dia tak bertepuk sebelah tangan.
Jadi memang betullah Hasif sukakan dia?
“Dah kau jangan merepek.”Hasif yang
sejak tadi memandang aksi Amjad dan Camelia menyergah. Memandai sahaja
kembarnya itu mengklifikasikan Camelia sebagai kekasihnya. Apa sudah butakah
abang kembarnya itu? Dia bagaikan terlupa dengan lamaran yang di buatnya kepada
Camelia.
Kali ini Mulut Camelia ternganga luas.
Sebelum perlahan Amjad menekan dagu itu untuk menutup mulut yang luas terbuka.
“makkkkkkkkkkkkkkkkkkk….hantuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”
Amjad menutup telinga. Aduh boleh pecah gegendang macam ni. Seketika dia dan
Hasif terkaku bila tubuh Camelia melolot jatuh.
…………
“Auntie…auntie…Camelia
nampak hantu Hasif tadi.” Camelia memegang tangan Puan Sri Azah erat. Terasa
tubuhnya mengeletar. Terbayang ‘Hasif’ versi mat salleh tadi. Gila seram.
Puan Sri Azah ketawa kuat. Aduh ada-ada
saja gadis ni. Dia mengeleng-gelengkan kepala. Mesti ada yang dilakukan oleh
Amjad. Tahu benar kenakalan anak sulungnya itu. Harif Amjad merupakan abang
kembar Hasif Amsyar. Mereka seiras cuma yang membezakan anak kembar
kesayangannya itu adalah warna mata dan rambut Amjad yang mengikut suaminya.
Coklat keperangan.
Amjad yang berada di sebelah kiri katil
tersenyum. Mesti budak ni tak perasan aku kat sebelah dia. Ada ke punca, aku
yang macam ni kacak di katakana hantu.
“Hantu
tu ada handsome macam ni?” Amjad
berkata perlahan. Lebih kepada berbisik di telinga Camelia. Dia belum puas
mengusik.
Camelia pantas berpaling. Terasa mengigil
seluruh tubuh. Dia ingin kalihkan pandangan. Tetapi matanya keras terpaku pada
wajah itu. Sengihan itu nampak meyeramkan. Dia ingin pengsan agar tidak nampak
hantu itu lagi. Tetapi tubuhnya bagaikan kaku. Tidak mahu bekerjasama dengan
tuan.
“Han…hann..”tidak tekeluar suaranya
ingin memberitahu Puan Sri Azah. Matanya terasa berair ingin menangis.
“Tak habis lagi Amjad?” Puan Sri Azah
sedikit marah. Melampaula tu.sikit-sikit sudah.
Amjad? Hantu pun ada nama ke? Camelia
kehairanan. Hilang sebentar takut yang mengila tadi. Terkebil-kebil matanya
merenung ‘hantu’ yang tergaru-garu kepala itu.
“Orang melawak je la mama” Amjad berkata
sambil tersengih. Seratus tahun pun dia takkan lupa reaksi comel gadis di
hadapan matanya sekarang.
“Mama?” terkeluar ayat itu dari bibir
Camelia.
“Ni Harif Amjad. Abang kembar Hasif.
Camelia tak pernah jumpa. Dulu dia duduk dengan Mak ayah auntie dekat Johor.
Dah besar belajar kat London.” Puan Sri Azah mengusap lembut belakang tubuh
Camelia. Cuba menyalur kembali semangat gadis itu yang hilang. Bunyi talifon
menyebabkan Puan Sri Azah meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu.
Camelia terasa mahu menangis. Malunya.
Mana dia nak letak muka? Huwarghhh… matanya di larikan ke arah lain. Tak sudi
memandang Amjad.
“Dia dah keluar. Ada hal.” Amjad salah
faham bila memandang Camelia yang asyik tertoleh-toleh. Pada perkiraannya
Camelia mencari Hasif.
………………………………………..
Hasif memegang tangan Athirah erat.
Wajah yang terbaring kaku itu di renung. Selama ini di sangkakan Athirah
bahagia di sisi Nazrul. Rupanya Athirah menjadi mangsa deraan fizikal dan
mental. Kemarin dia mendapat pangilan dari gadis itu yang menangis meminta
bantuan.
Bila terasa ada pergerakkan dari Athirah
Hasif mengucap syukur.
“Awak
dah sedar?” kejap saya panggil doktor.”
Hasif melangkah masuk selepas doktor dan
beberapa jururawat keluar. Athirah tersandar lemah di kepala katil direnung
penuh kasihan. Kesan lebam jelas di seluruh wajah.
“macam mana? Dah ok?” Hasif bertanya
lembut. Dia tersenyum bila Athirah menganguk lemah.
“Terima kasih Hasif. Kalau awak tak ada
entah apa nasib saya.” Athirah menangis. Kandungannya yang keguguran memberi
sedikit kesedihan.
“Tak nak report polis?” Hasif bertanya?
Semasa sampai di rumah Athirah dia terperanjat. Gadis itu hampir lunyai di
belasah Nazrul. Malahan Nazrul meninggalkan Athirah seorang diri tanpa memberi
bantuan.
“Tak..Tak usah. Saya tak nak panjangkan
kes. Lagipun dia dah ceraikan saya.” Athirah kembali teresak. Geram apabila dia
diceraikan selepas di belasah. Bagaikan dia tiada harga diri.
“Kenapa boleh jadi sampai macam ni?
Bukan awak bahagia ke dengan dia?” Hasif bertanya bila terbayang gelak tawa
Athirah dan Nazrul beberapa hari sudah.
“Saya tak pernah bahagia. Hari tu Nazrul
suruh saya pura-pura gembira sebab nak sakitkan hati awak.” Athirah mengesat
air mata yang mengalir. Setelah segala-galanya dia serahkan kepada Nazrul dia
tidak menyaka pengakhiran hubungan mereka begitu teruk.
“Kenapa fikiran dia dangkal sangat? Tapi
yang saya tak faham kenapa dia nak ceraikan awak?” Hasif sedikit hairan.
Mustahil lelaki itu melepaskan Athirah sebegitu mudah jika niat lelaki itu
ingin mengundang cemburu dia.
“erkk…” Athirah kaku. Sedikit tidak
selesa menceritakan kisah rumah tangganya.
“Tak apa saya faham kalau awak susah nak
cerita. Ni rahsia rumah tangga awak.” Hasif tersenyum. Bila sahaja Athirah
membalas senyumannya dia terkaku. Di pejamkan mata. Nampaknya Athirah tak
pernah hilang dari hati dia.
…………………………………………
Camelia melangkah riang. Hari ini
setelah hampir sebulan lamaran Hasif dibiarkan tergantung dia mahu bertemu
lelaki itu untuk memberikan jawapan. Beberapa minggu ini Hasif sentiasa sibuk.
Bila dia datang pada waktu rehat tak pernah lelaki itu lekat di dalam office.
Datang rumah pada waktu malam pun tak pernah Hasif berada di rumah. Sibuknya
mengalahkan perdana menteri.
Sudahnya dia terpaksa melayan perangai
Amjad yang tak serupa orang. Tak sudah-sudah menyakitkan hati sampaikan terasa
fobia ingin mencari lelaki itu di rumah. Takut terserempak dengan si kembar
hantu itu. Hari ini awal-awal pagi dia sudah tercongak di depan pejabat lelaki
itu.
Lif di tekan. Terbuka sahaja pintu
pantas dia meloloskan tubuh genitnya. Tetapi belum pun sempat pintu itu rapat
ada tangan yang menghalang. Matanya terjegil memandang susuk tubuh yang melangkah
masuk. ‘Anak hantu.’
“Hai Lia. Nak jumpa abang ke?” Amjad
mula mengusik. Dia suka apabila wajah itu kemerahan di permainkan oleh dia.
“Lia,,,lia,,lia,, berapa kali orang
cakap, C.A.M.E.L.I.A. abang konon. Aku panggg kang..” Camelia merengus kasar. Benci dia pangil Lia.
Ayu sunguh nama tu. Langsung tak sinonim dengan dia. Kalau abah kesayangan dia
dengar ni mahu gelak tergolek-golek. Abah tu bila datang mood tiga sukunya
boleh tahan mereng jugak tu.
“Berapa ekor tebuan jadi sarapan
harini?” Amjad memerli sinis. Senyuman masih tersunging di wajah kacaknya.
“Malas aku nak layan kau.” Camelia
mengatur langkah laju bila sahaja pintu lif terbuka. Makin di layan makin gila
jadinya. Cukup setahun boleh check in
jadi warga tanjung rambutan melayan karenah Amjad. Dasar otak biul.
“Sekarang memanglah kau malas. Lepas ni
aku takut kau terlebih rajin je nak melayan aku.” Amjad berkata kuat. Beberapa
pekerja yang menoleh kearahnya di buat tidak tahu.
“Gila” Semakin laju Camelia melarikan
diri.
……………………………………
“Hasif” Camelia menegur lembut lelaki
itu yang tekun melakukan kerja. Dia nampak reaksi terperanjat di wajah itu.
Mungkin tidak menyangka dia akan datang seawal ini di office.
“Kau buat apa kat sini?” Hasif memandang
tajam wajah Camelia. Dia tidak suka gadis itu mencarinya sampai ke pejabat.
“Cari kaulah. Datang time rehat bukan kau ada.” Tanpa
menunggu kebenaran dia melabuhkan badan di hadapan Hasif. Wajah itu di renung
penuh rindu.
“Aku sibuk sikit sekarang.” Hasif
gelisah. Jam di tangan di lihat sekilas. Sekejap lagi Athirah ingin datang ke
syarikat. Dia risau wanita itu melihat Camelia di dalam bilik dia. Sekarang dia
dan Athirah kembali bersama. Sukar untuk dia menolak wanita itu dari hidup
apatah lagi dahulu mereka berpisah kerana takdir tak memihak kepada mereka.
“Aku datang ni nak bincang pasal lamaran
kau.” Camelia tersenyum gembira. Langsung dia tidak perasan riak wajah lelaki
itu yang berubah tegang.
“Lamaran? Lamaran apa?” Hasif terpinga.
Apa yang Camelia repekkan sekarang?
Wajah Camelia sedikit berubah. Lelaki
itu ingin mengujikah? Dia tersenyum kemudian bila yakin lelaki itu sekadar
bergurau.
“Buat-buat lupa pulak. Pasal lamaran kau
hari tu. Aku terima. Abah aku pun dah
tanya bila kau nak masuk meminang.” Seketika Camelia kaku bila riak wajah lelaki
itu berubah tegang. Dia bukalah terlalu bodoh untuk menilai. Rasanya dia sudah
silap percaturan.
“Aku…aku rasa kita dah salah faham. Hari
tu aku tertekan sangat. Tak sangka kau ambil serius benda yang aku repekkan
tu.” Hasif meraup wajahnya perlahan. Bala betul. Wajah Camelia yang sudah
berubah riak di pandang dengan rasa serba salah. Memang salah dia memberi
harapan, tetapi dia langsung tidak menyangka di saat dia bersedia memberikan
cinta kepada Camelia, Athirah muncul kembali dalam hidup dia.
“Merepek kau kata? Kenapa kau buat macam
ni Hasif? Kalau kau tak suka jangan kau bagi harapan kat aku.” Sebak suara
Camelia. Sampai hati Hasif. Terasa maruah dirinya berada di bawah tapak kaki
lelaki itu. Di pijak-pijak bagaikan dia tiada harga diri. Kalau tahu sumpah dia
tidak akan menjejakkan kaki ke pejabat Hasif hari ini.
“Camelia please forgive me..” Hasif bangun menuju ke arah Camelia. Rasa
serba salah mencengkam perasaannya. Dia terasa serba salah apabila melihat mata
itu mula sarat dengan air mata yang bila-bila masa sahaja akan gugur. Tangan Camelia
di pegang.
“Hasif” Hasif tersentak apabila namanya
di laung kuat. Dia menoleh ke arah pintu. Tergamam apabila wajah Athirah
menyinga menyapa pandangan matanya. Pantas dia melepaskan pegangan Camelia.
“Awak cakap awak tak ada apa-apa dengan
dia. Tapi awak pegang tangan dia.” Athirah berkata sebak. Bukan dia tidak
nampak Hasif melutut di hadapan Camelia dan memegang tangan wanita itu erat.
Hatinya rasa terguris.
“Kau buat apa kat sini?” Camelia
bertanya garang. Meluat memandang wajah hipokrit Athirah. Dia benci.
“Aku yang patut tanya kau buat apa dalam
bilik bakal suami aku?”
“Bakal suami?” Camelia bertanya sinis.
Nampaknya dia sudah tahu sebab apa Hasif berubah laku. Sampai hati Hasif. Tidak
cukup lagikah pengorbanan dia selama ini? Sangup berada di sisi lelaki itu saat
susah dan senang?
“Kau nak ambil betina jalang ni ke buat
isteri?” Camelia merenung wajah Hasif tajam. Air mata yang ingin mengalir
bagaikan tersedut sendiri. Seketika dia tergamam bila pipinya terasa perit.
Hampir terlentang dia dek tamparan jantan Hasif.
“Kau jangan sesekali nak cakap macam tu.
Siapa yang jalang? Kau tu yang patut sedar diri. Selama ni aku tak pernah
sukakan kau dan aku takkan suka.” Hasif menjerkah lantang. Panas telinganya
mendengar Camelia menjalangkan Athirah. Hilang rasa serba salah yang melanda
sebentar tadi di gantikan dengan rasa amarah yang membara.
Tangisan Athirah yang mendayu menyapa
telinga menaikan lagi suhu kemarahannya. Dia tidak suka wanita itu di sakiti.
“Sampai hati kau tampar aku. Dia ni
memang wanita jalang. Kau pasti menyesal nanti Hasif.” Camelia menjerit kuat.
Sampai hati Hasif. Sunguh dia takkan lupakan tamparan lelaki itu sampai bila-
bila. Bila Hasif mengangkat tangan ingin menamparnya lagi dia hanya memejamkan
mata. Lama…tetapi tiada tamparan menyapa wajahnya.
“Aku paling benci lelaki pukul
perempuan. Jangan rendahkan maruah kau bro.” Amjad berkata tegas. Tangan Hasif yang hampir menyentuh wajah
Camelia di gengam erat. Dari tadi dia hanya menjadi pemerhati sandiwara yang di
mainkan oleh adik kembarnya.
“Kau jangan sibuk hal aku. Perempuan ni
memang patut makan penampar.” Tangannya yang di pegang Amjad di rentap kasar.
“Dahlah Hasif. Awak tak patut kotorkan
tangan awak kat orang macam ni. Dari dulu lagi tak habis-habis nak musnahkan
hubungan kita.” Athiran menarik tangan Hasif. Di seret lelaki itu keluar.
Terasa sesak nafasnya kalau terus berada di saat genting seperti itu. Seram
juga dia kalau Camelia tetiba bercakap sesuatu yang kurang enak dan menjadi
rahsia selama ini. Camelia memang sukar hendak di duga apa yang akan di buat.
………………………………….
“Nah. Minum ni.” Amjad bersuara lembut.
Wajah Camelia yang tidak beriak sedikit mengusarkan. Dia lebih rela mendengar
tangisan itu. Sekurang-kurangnya dia tahu emosi Camelia. Tetapi sekarang
langsung dia tidak dapat menembak apa yang di rasakan gadis itu.
“Ingat aku budak-budak ke?” Camelia
bertanya garang. Susu yang di hulurkan Amjad tidak di sambut. Perasaan geramnya
pada Hasif masih bersarang.
“Apa kena jadi budak-budak ke baru boleh
minum susu?” Amjad menyoal. Dah kira besar rahmat dia mahu membancuh air.
“Tak nak menangis ke?” Amjad bertanya
lagi. Kalau dia di tempat Camelia rasanya satu bangunan sudah mendengar
raungannya. Mahu banjir bangunan dek air mata yang melimpah. Ok…agak over.
Mungkin sebaldi air mata? Lebih sesuai.
“Kau nak tengok aku menangis ke?”
Camelia bengang. Sudahlah dia tengah panas. Amjad pulak bagaikan menambah arang
bagi memarakkan api. Memang jahanam pesakit kalau lelaki itu menjadi pakar
kaunseling.
“Nak jugakla. Boleh aku tengok tahap ke
huduhan kau.” Amjad ketawa bila Camelia menjegikan mata yang penuh dengan
segala warna. Persis burung merak.
“Kau pernah makan penumbuk tak?”
Gengaman tangan yang tak sebesar mana di tunjukkan kepada Amjad. Tawa lelaki
itu membuatkan dia bertambah sakit. Sakit hati, sakit jiwa.
“Tak. Kalau kau nak bagi aku suka je.
Cicah sos dulu.”
“Malas aku nak layan kau. Pinjam toilet jap.” Tanpa menungu kebenaran
Amjad dia pantas masuk ke dalam bilik air di dalam bilik pejabat lelaki itu.
Tadi tubuhnya hanya kaku mengikut langkah Amjad yang menariknya keluar dari
bilik Hasif. Terasa semua yang baru terjadi bagaikan mimpi. Terasa perit
pipinya dek tamparan jantan Hasif.
Pili air di buka. Air di biarkan
mengalir deras. Air mata yang di pertahankan sejak tadi mengalir menuruni lekuk
pipinya. Tadi puas di tahan demi sekeping ego yang masih bersisa. Kalau lelaki
itu bukan Amjad rasanya dia sudah meraung tadi.
Wajah Hasif terbayang di matanya. Kenapa
lelaki itu sangup memberikan harapan palsu? Dengan hanya ucapan maaf dia
mengatakan semua hanya satu kesilapan. Terasa dirinya langsung tiada nilai.
Rasa malu sudah tidak dapat di gambarkan. Dia yakin Amjad mendengar segalanya.
Dari kata-kata lelaki itu semasa menarik tangannya masuk ke dalam bilik, dia
tahu dari awal lagi lelaki itu mendengar perbualannya dengan Hasif.
Kenapa Hasif buta hati? Bertapa dia
benci memandang wajah berpura Athirah. Dia kenal wanita itu sudah lama. Bahkan
kenal dengan baik. Wanita itu merupakan bekas anak tiri abahnya. Tiada siapa di
kalangan rakannya yang tahu rahsia itu. Baru beberapa tahun abah dia berpisah
dengan ibu Athirah kerana wanita itu curang di belakang abahnya. Mengenali Athirah,
dia tahu wanita itu sangup lakukan apa saja demi harta. Di sebalik raut wajah
yang lembut tersembunyi seribu perangai yang amat menjengkilkan.
Mujurlah dahulu selepas perkahwinan
abahnya, dia tinggal di rumah lain. Hanya sesekali mereka berjumpa.Tidak dapat
dibayangkan rumah yang selama ini penuh dengan memori manis semasa bersama
arwah umi di kotori dengan sikap ibu dan kakak tiri yang sangat menjengkilkan.
Rahsia itu tiada siapa yang tahu. Hasif sendiri tak pernah tahu yang Athirah
merupakan bekas kakak tirinya. Dan sampai kemati dia tidak rela membiarkan
orang tahu wanita hina itu pernah menjadi kakak tirinya.
“Arghhhhhhhhhh” dia menjerit kuat.
Tangisannya terhembur. Dia benci apabila apa sahaja yang di sayanginya pasti di
rampas Athirah. Dia sudah tidak sangup hidup di bawah bayang-bayang wanita itu.
“Lia buka pintu ni. Kau ok tak?” Suara
Amjad di luar tidak di hiraukan. Tangisannya yang sudah lama di simpan
dilepaskan. Air mata dibiarkan mengalir tanpa berniat ingin menyekat. Dia akan
pastikan ini kali terakhir dia menangis kerana Hasif dan Athirah. Selepas ini
takkan ada lagi mereka berdua dalam kehidupannya.
Amjad benar-benar risau. Sudah hampir 30
minit Camelia berada di dalam bilik air. Dia takut gadis itu lakukan sesuatu
kerana terlalu kecewa. Pintu di ketuk kuat. Lama menunggu langsung tiada reaksi
yang pintu itu akan di buka dari dalam. Dengan kudrat yang ada dia menendang
kuat pintu tandas.
Terbuka sahaja, pantas di meluru masuk.
Camelia yang menekupkan muka di lutut di penjuru toilet di pandang. Nampak bahu
gadis itu terhingut tanda menangis.
“Buat apa nak bazirkan air mata kau
untuk Hasif? Tak rasa rugi ke?” Amjad bertanya tenang. Dia duduk bersila di
hadapan Camelia. Mujurlah tandas itu jarang di gunakan. Lantainya juga sentiasa
bersih.
“Tadi kau jugak yang suruh aku menangiskan?”
serak suara Camelia menjamah pendengaran Amjad. Dia tersenyum. Sempat lagi tu..
“Memanglah. Tapi sekarang aku dah tukar
fikiran. Kau tak patut menangis. Air mata kau tu simpan untuk aku je.” Amjad
cuba melawak.
“Kau dah lama hidupkan?” Camelia
mengangkat wajah. Kalau orang lain pasti akan memujuk. Tetapi lelaki di
hadapannya hanya membuatkan dia terasa mahu membunuh orang. Perasaan yang
bangkit mendadak hanya untuk Amjad.
Amjad terundur sedikit. Mak aiii…wajah
Camelia yang penuh dengan colerang bahana celak dan mascara yang mencair di
renung. Dah macam mak lampir. Bulu mata palsu yang membuatkan mata itu seperti
tidak larat di angkat juga hampir tertanggal.
“Kau pergi basuh muka dulu. Tak selera
aku nak tengok.” Amjad bingkas bangun. Laju dia melangkah keluar. Jantungnya
yang sudah bertukar rentak berusaha di tenangkan. Rasanya dia sudah gila.
Dengan wajah ‘belemoih’ seperti itu mustahil dia tertarik. Kau memang dah gila
Amjad.Terasa ingin di ketuk-ketuk kepalanya sendiri.
Camelia melangkah ke cermin.
“makkkkkkkkkkkkkkk” dia terjerit memandang wajah sendiri. Pantas air yang
sedari tadi mengalir di tahan dengan tangan pantas di tonyoh ke wajahnya. Sabun
basuh tangan di tekan. Kemudian di lumurkan ke wajah. Dia tidak peduli. Lagi pulak
wajahnya memang bukan jenis bermasalah. Pakai jelah apa pun. Macam tulah jugak.
Tak pernah berubah.
Selesai mencuci wajah dia memandang
wajah yang bebas dari segala macam contengan. Hidungnya nampak kemerahan tanda
menangis. Mata yang selama ini sepet bertambah kesepetkannya.
“Amjad aku nak balik. Thank you bagi aku pinjam bilik air kau.
Nanti bil air yang sejam aku buka tu kau bayar lah ekk. Halalkan untuk aku.”
Camelia berkata selamba. Bajunya yang menyendat di tubuh genitnya sedikit di
perbetulkan.
Amjad yang tekun membuat kerja
mengangkat kepala. Mulutnya ternganga. Wajah Camelia tanpa secalit makeup di
renung. Cantiknya.. dengan mata yang sepet hidung yang comel serta mulut yang
kecil, Camelia nampak cukup menarik. Kenapa sembunyikan kecantikan di sebalik
tempekkan kosmetik yang pelbagai warna itu? Tak faham betul dengan wanita ni.
Pantas dia bangun bila Camelia ingin
berlalu. “jom aku hantar kau balik”
“Tak usah. Aku datang sendiri pandailah
aku balik. Kau jangan risau aku tak bodoh lagi nak bunuh diri pasal adik bengap
kau tu.” Sedikit kasar suara Camelia.
“Aku tahu. Tapi aku nak hantar
jugak. Lagipun kau datang naik teksi tadikan?” Amjad pura-pura bertanya.
Sedangkan dia memang nampak Camelia datang menaiki kereta berbayar itu.
“Sibuk jelah kau. Kalau kau nak ikut
aku boleh. Tapi ada syarat.” Camelia tersengih nakal. Wajah Amjad yang berkerut
memandangnya tidak di pedulikan.
………………………………………………….
“Arghhhhhhhhhh….stoppppp…stoooooop…breakkkkkkkkkk”
Amjad terjerit. Kalau tahu macam ni cara Camelia memandu mati hidup balik pun
dia takkan serahkan kunci tadi. Tubuh dia sudah seperti di lambung ombak.
Sekejap ke kiri sekejap kekanan.
“Wuhuuuu…relaks la bro..” semakin kuat
minyak di tekan. Semakin laju pula kereta meluncur. Di potong kenderaan sesuka
hati. Hati dia benar-benar terasa puas. Agak lama dia tidak memandu selepas
terlibat dalam kemalangan kecil beberapa bulan dahulu. Bukan trauma tetapi
abahnya yang tak benarkan.
“Relaks hotak kau. Berhenti aku cakap.
Kalau nak mati kau mati sorang-sorang. Aku ni baru nak bertaubat. Amal pun tak
cukup lagi.” Amjad menjerkah. Jantungnya terasa kuat di palu. Bohonglah kalau
dia katakana dia tak takut. Selama dia memiliki kereta berkuasa tinggi belum
pernah dia menekan sampai habis meter. Memang gila. Kalau Michael Schumacher tengok
mahu menangis ni. Entah hati apa yang jadi milik Camelia. Tak tahu takut
langsung. Tapi hantu takut. Ngeee…
Camelia memperlahankan kereta dan
berhenti di tepi jalan. Masam wajahnya memandang Amjad. Penakut.
“Kau ni tak boleh tengok aku senang langsung.”
Camelia sedikit marah.
“Banyaklah kau punya senang. Dah turun
sekarang. Biar aku bawa pulak.” Amjad meloloskan diri dari kereta. Laju dia
bergerak. Pintu kereta di buka kasar bila Camelia tiada tanda ingin keluar.
Tetapi dia menggeleng kepala kemudian bila Camelia sudah tersengih di seat sebelah. Mentang-mentang badan
kecil.
“Kita nak pergi mana ni? Aku bukan tahu
sangat jalan kat KL.” Amjad bertanya tenang setelah lama dia membawa kereta
tanpa tujuan.
“Kita singgah Ice-Ice Delicious kejap.
Aku belanja kau makan kat kedai aku.”
“Lah kau ada kedai ke? Kedai makan?”
Amjad bertanya. Ingatkan Camelia hanya tahu berpelesaran tanpa tujuan dan
menghabiskan duit Datuk Hashim sahaja.
“Apa kau ingat aku ni cokea sangat ke?” Camelia marah apabila
dia terperasan riak wajah Amjad yang seperti memandang rendah keupayaan dia.
“Taklah. Bukan tu maksud aku.” Amjad
menafikan walaupun itulah sebenarnya di dalam fikiran dia tadi.
“Dah berhenti kat depan tu. Kedai yang
warna pink hijau tu.”
………………………………..
“Kau larat habis ke tu?” Amjad bertanya
dengan nada kagum. Mangkuk sebesar alam penuh berisi ice-cream pelbagai jenis
yang ‘dirojakkan’ sebekas di renung. Sedikit sebu dia memandang. Matanya meliar
memandang sekeliling. Banyak mata yang merenung ke arah mereka. Dia buat tidak
tahu. Mungkin pelangan kedai juga pelik dengan kelaku Camelia.
Sebenarnya kedai
Camelia lebih kepada Café. Dia tidak menyangka pada waktu tengah hari tetap
ramai orang datang untuk manikmati pelbagai jenis kek dan pastrie yang di
sedikan di Ice-Ice Delicious. ingatkan orang Malaysia makan nasi sahaja
waktu-waktu macam ni. Memang up-great betul
warga Kuala Lumpur.
“Fatin bak sudu aku.
Lupa nak ambil lah.” Camelia mengarahkan seorang pekerjanya yang kebetulan lalu
di tepi mereka. Gila santai dia bercakap dengan pekerja. Kasar tapi cool.
Amjad hampir terjojol biji mata bila
sudu yang di minta sampai. Itu bukan sudu. Tetapi senduk dari besi. Dia
bagaikan mahu pitam bila Camelia mula mencedok ice-cream mengunakan ‘sudu’
gergasi itu. Terdengar soh…sehh… di sekelilingnya. Amjad pantas menundukkan
wajah. Terasa saat itu dia mahu berlari. Malu dengan sikap lepas laku Camelia.
Kenapa dia jatuh hati kepada gadis yang
tak serupa orang? Ya sejak dari pandangan pertama lagi dia tahu dia sudah jatuh
cinta kepada Camelia. Bila memikirkan Camelia merupakan kekasih Hasif dia
terpaksa melupakan perasaan yang bersarang di dalam fikiran.
“Sed….ngappp ni. Qauuu.. takk… ngakkk…..?”
dengan ice-cream penuh di mulut Camelia bertanya kepada Amjad. Ice-cream
merupakan salah satu yang paling di sukainya saat dia dalam kesedihan.
“Erkk.. aku dah kenyang. Kau makanlah.”
Amjad bersandar ke kerusi. Dia memandang Camelia yang kusyuk menyuap ice cream
ke dalam mulut. Wajah itu usah di kira. Sudah comot benar. Amjad pura-pura
menekan massage padahal dia ingin menangkap gambar Camelia. Makin di lihat
makin comel pulak nampaknya.
Pelbagai aksi Camelia dapat di rakam.
Sehinggalah dia terperasan sesuatu. Camelia menangis. Keluhan di lepaskan.
“Sedih
lagi?” Amjad bertanya. ‘Sudu’ di tangan Camelia di sambar apabila gadis itu
pura-pura tidak mendengar pertanyaannya dan beria-ia menyumbat ice cream di
dalam mulut.
“Tak.”
“Baguslah. Kau nak tahu. Aku suka kau
macam ni. Nampak cantik. Lepas ni tak payah mekeup
macam burung merak. Kalau cantik tak apa, ini dah macam kena sawan je aku
tengok. Lagipun aku suka kalau perempuan tak solek.” Amjad tersengih tidak
berperasaan bila terasa ada ice-cream yang bertempek di wajahnya. Apa punya
perempuan laa….
……………………………………………………..
Hasif tersenyum segan. Sudah hampir enam
bulan hubungannya dengan Athirah kembali terjalin. Hari ini buat pertama kali
dia bertemu dengan ayah dan ibu tiri Athirah.
“Dah lama kenal Athirah?” Encik Azmi
tersenyum memandang Hasif. Pertama kali berjumpa dia sudah tertarik dengan
peribadi anak muda itu. Nampak bersopan.
“Lama jugak pakcik. Sejak dari
universiti lagi.” Dia gembira bila kedatangan dia di terima baik. Kehairanan
mula melanda bila Athirah mengatakan ayahnya seorang yang tegas. Tetapi lelaki
di hadapannya sekarang nampak begitu baik dan merendah diri.
“Dah lama lah ni. Pak cik ingatkan baru
kenal. Tak pernah pulak Athirah cerita pasal kamu dulu.” Encik Azmi terbatuk
kecil. Minuman yang di hidangkan Athirah tadi di minum. Bunyi kelentung
kelentang kuat kedengaran di dapur bila Athirah dan isterinya menyiapkan
hidangan tengah hari mereka.
“Lama pak cik. Tapi baru sekarang
berkesempatan nak jumpa.” Hasif berkata sopan. Matanya meliar memandang
sekeliling. Agak cantik rumah ayah Athirah. Rumah Kayu tradisional dengan
ukiran yang cantik di setiap sudut rumah.
“Pak cik ni bukan apa, tak nak Athirah
jadi macam dulu. Kahwin dengan budak Nazrul tu tergesa-gesa sangat. Tak dak
angin tak dak ribut tetiba suruh pakcik jadi wali.” Encik Azmi mengeluh.
Teringat bertapa kecewanya hati bila Athirah mengambil keputusan untuk
berkahwin tanpa mendapatkan restu dia terlebih dahulu.
Hasif terpana. Mustahil dia silap
dengar. Bukankah Nazrul pilihan Encik Azmi?
“Pak cik bukan Nazrul tu pilihan pak cik
ke?” Hasif bertanya. Dia melemparkan senyuman tawar kepada lelaki itu.
“Lah Athirah tak cerita kat kamu? Pak
cik budak tu pun tak kenal. Jumpa masa akad nikah tu jelah sekali. Lepas tu
mana pernah jumpa.” Dia mengeluh kesal dengan sikap Athiran dan Nazrul.
Langsung tak memikirkan perasaan dia.
“Saya tak pernah tanya. Yelahkan ,tu
masa lalu dia.” Dia pura-pura tersenyum. Jadi selama ni dia di perbodohkan
Athirah? Sedaya upaya di kawal rasa marah. Pandai benar Athirah berbohong.
………………………………….
“Ayah awak cakap dia tak kenal Nazrul.” Hasif
berkata sedikit keras. Kereta sudah berhenti di hadapan rumah Athirah. Sepanjang
perjalanan dia mendiamkan diri. Wajah Athirah yang nampak terperanjat di
renung.
“Ehhh..erkk..sajalah ayah saya tu. Dia
dah tak suka dengan Nazrul. Tu yang dia kata tak kenal.” Athirah tergagap. Mati
dia. Selama ini ayahnya memang tak kenal Nazrul. Perhatian, kekayaan dan daya
tarikan lelaki itu menyebabkan dia berpaling. Tetapi dia silap percaturan. Baru
sebulan berumah tangga dia di kejutkan dengan berita kekayaan lelaki itu bakal
hilang kerana bapa mertuanya silap percaturan dalam pelaburan hartanah yang
menyebabkan mereka kerugian yang banyak.
“Ke awak memang tinggalkan saya sebab
nak bersama dia?” Hasif bertanya lagi. Suaranya bergetar hebat.
“Apa awak merepek ni? Saya Cuma
sayangkan awak je.” Athirah cuba memegang tangan Hasif. Pantas lelaki itu
melarikan tanggan dia.
“Saya nak balik. Esok kita bincang.”
“Tapi”
“Esok Athirah. Saya betul-betul penat.”
Sedikit melengking suara dia.
Athirah
pantas keluar dari kereta. Pintu di hempas kuat. Geram dengan perangai Hasif.
……………………………………
Camelia melangkah riang. Plastik berisi
popia basah di pegang erat. Tak sabar ingin berjumpa buah hati tersayang.
Harap-harap lelaki itu suka dengan rasa kuihnya.
“Camelia..”
Dia pantas berpaling. Senyuman lebar
tersunging di bibir bila suara lelaki itu kedengaran jelas. Perlahan dia
menoleh. Bekas plastik di angkat tinggi hendak menunjuk kuih kegemaran lelaki
itu. Tetapi senyuman lebarnya mati perlahan-lahan.
“Awak sihat? Dah lama tak datang sini.
Nak jumpa saya ke?” Hasif bertanya riang. Dia tersenyum memandang Camelia yang
nampak menyerlah dengan kemeja berwarna merah berserta skirt labuh putih.
kelihatan sopan dan ayu. Wajah itu direnung penuh minat. Nampak comel tanpa
sebarang solekkan di wajah. Chinese look.
Kenapa sebelum ni dia tak perasan? Tadi dia hampir tak kenal. Setelah lama di
perhati dia yakin wanita itu ialah camelia.
“Eh..erkk…saya.” Camelia tergagap. Lama
tidak berjumpa membuatkan dia kurang selesa apatah lagi kes beberapa bulan
lepas masih terasa seperti semalam terjadi. Tamparan dan hinaan lelaki itu
terasa tergiang di telinga. Tambah pelik bila lelaki itu bersaya awak.
Tiba-tiba saja. Musykil sungguh.
Hasif nampak riak segan di wajah itu.
Pantas tangan Camelia di seret menuju ke dalam officenya. Camelia yang terpana
hanya melangkah mengikut jejak lelaki itu. Dia ingin meronta tetapi beberapa
orang pekerja yang memandang membuatkan dia mendiamkan diri. Tetapi kemudian
langkah kakinya terasa semakin memberat bila matanya menyapa wajah yang beriak
marah merenungnya tajam.
“Duduklah.” Hasif mempelawa senang.
Sejak tadi matanya tidak dapat dilarikan dari memandang wajah Camelia. Nampak
lain.
“Bawak apa tu? Karipap untuk saya ke?”
Hasif bertanya lembut. Terasa rindu dengan karipap yang di buat wanita itu.
“Ehh takkkk… ni Popia. Ada orang tempah.
Saya nak hantar.” Camelia berkata perlahan. Plastik berisi kuih itu di pegang
erat. Dia tak nak orang lain rasa popia basah buatan pertama dia. Hanya lelaki
itu yang layak.
“Ohh..Hasif sedikit kecewa. Dari tadi
dia tidak dapat mengelak dari merenung wajah yang banyak berubah itu.
Jantungnya kuat bendegup.
…………………………..
Camelia menjengah kepala perlahan-lahan
di sebalik pintu. Dia tersenyum memandang lelaki yang kusyuk membuat
kerja. Langkah kakinya diatur
perlahan-lahan. Dia ingin mengejutkan lelaki itu.
“Haahhh..”
“Arghhhhhh” Camelia terjerit.
Terperanjat bila di sergah secara tiba-tiba. Dadanya di hurut perlahan. Niat
ingin mengejutkan lelaki itu tetapi sebaliknya yang terjadi. Dia pulak
terperanjat bila di sergah secara tiba-tiba.
“Abang ni.” Camelia merengus kecil.
Geram memandang lelaki itu yang selamba ketawa. Tetapi dia tersenyum kemudian.
Nampaknya mood lelaki itu masih baik setelah apa yang terjadi tadi.
“Tulah lain kali jangan ada niat jahat
lagi.”
“Mana ada. Lia baru nak bagi salam abang
yang sergah orang dulu.” Muncung panjang di tarik. Pura-pura merajuk.
“Yelah tu. Ni apahal datang? Nak jumpa
abang ke nak jumpa bekas kekasih hati?” Amjad memerli sinis. Seketika panas
hatinya terasa kembali mengelegak. Dia bengang bila lelaki itu selamba menarik
tangan Camelia.
“Abang cemburu ke?” Camelia bertanya
senang. Suka melihat lelaki itu merajuk. Kalu tidak asyik nak buat lawak bodoh
saja kerjanya. Lawak yang kadang-kala membuatkan dia terasa mahu menyepak
lelaki itu sehingga lenyap dari muka bumi. Haha.
“Takder maknanya nak cemburu. Tu pegang
apa?” Amjad bertanya. Semenjak kes Camelia dengan Hasif hubungan mereka menjadi
rapat. Baru bulan lepas dia melamar wanita itu menjadi kekasih hatinya. Bahkan
pangilan untuk dirinya turut di ubah. Dia bukan apa, hanya hendak Camelia
menerap rasa hormat kepadanya sedari awal sebelum mereka melangkah ke fasa
lebih serius. Lagi pula dia lebih tua dua tahun dari Camelia.
“Favourite
abang. Baru sudah buat. Nak tak?” Camelia berkata manja.
“Apa? Popia basah ke?” Amjad bertanya
teruja. Tetapi kemudian dia kembali memasamkan wajah. Mesti dia di beri ‘sisa’
Hasif. Benci.
“La apasal pulak ni?” Camelia kehairanan.
“Kata nak abang jadi orang first rasa. Ni buka orang lain rasa dulu
ke?” Amjad memerli.
Camelia
tersenyum. Hai tak habis lagi cemburu sayang aku ni.
“Penat tau orang halang orang lain
sentuh kuih ni. Kalau abang tak sudi tak pelah. Lia bagi kat orang lain je.”
Camelia berpura seperti ingin bangun. Kemudian dia tersenyum senang bila
plastik berisi popia di sambar oleh Amjad.
“Buruk siku nampak. Dah bagi kat orang
lepas tu nak ambil balik.” Amjad menjegilkan mata.
“Ingatkan tak nak.”
“Gila tak nak?” Amjad ketawa perlahan.
……………………………………………
Dia merengus resah. Dari balkoni
biliknya dia dapat melihat kelibat Hasif yang asyik bersembang dengan Camelia
di sebalik pagar. Rasanya Camelia baru balik dari joging. Pakaian sukan masih
melekat pada tubuh itu.Semakin hari dia rasakan Hasif bagaikan sengaja ingin
menarik perhatian Camelia. Walaupun dia yakin dengan cinta gadis itu tetapi
resah yang melanda sukar untuk di tolak. Hasif cinta pertama Camelia. Dia takut
jika cinta Camelia kembali berputik untuk Hasif.
Bila dia melihat Camelia melangkah masuk
ke dalam rumah. Nafas lega dilepaskan. Dia rasa tenang bila Camelia jauh dari
pandangan mata Hasif. Seketika kemudian dia tersenyum. Pantas langkah kakinya
di atur.
“Mama.. Amjad ada benda nak cakap.” Bahu
mamanya di peluk erat. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya.
“Nak cakap apa? Ni mesti ada benda
pentingkan sampai serbu mama kat dapur ni.” Puan Sri Azah tersenyum dengan
gelagat Amjad. Pisau yang di gunakan untuk menghiris timun di letakkan. Matanya
fokus kepada Amjad.
“Amjad nak mama.. erkkk..”
“Mama tolong pinangkan Camelia.” Pantas
Amjad menoleh. Rasa mahu luruh jantungnya mendengar kata-kata yang terluah dari
bibir Hasif.
“Hah” Puan Sri Azah ternganga. Hasif
yang tiba-tiba muncul mengejutkannya apatah lagi mendengar kata-kata itu. Wajah
ceria anaknya direnung. Matanya beralih ke arah Amjad yang nampak tenang
sedangkan tadi dia perasan riaksi terperanjat yang terukir di wajah itu.
Keluhan resah dilepaskan. Kenapa sekarang?
“Kenapa tiba-tiba ni?” Puan Sri Azah
bersuara tidak puas hati. Walaupun pertanyaannya kepada Hasif tetapi matanya
tidak lepas dari memandang Amjad. Merenung wajah itu saja dia tahu Amjad
memendam kekecewaan. Bukan dia tak tahu, selama beberapa bulan ini hubungan
Camelia dengan Amjad nampak cukup baik. Bahkan dengan telinga tuannya dia
mendengar Amjad berabang dengan Camelia.
“Bukan tiba-tiba mama. Lagipun dulu
Hasif pernah lamar Camelia. Dia pun dah setuju.” Hasif tersenyum senang. Yakin
Camelia akan kembali kepadanya. Sejak pertemuan semula di pejabat dia sudah
tidak senang duduk. Saban malam tidurnya di temani mimpi indah bersama Camelia.
“Tu dulu Hasifku sayang. Kalau dia dah
ada orang lain macam mana?” Puan sri Azah bertanya sinis.
“Tak adalah mama. Lagipun dia sayangkan
Hasif je selama ni.” Dia sedikit gelisah mendengar pertanyaan mamanya. Tetapi
dia yakin Camelia belum ada peganti.
“Jangan yakin sangat. Lagipun bukan kamu
dah berbaik dengan budak Athirah tu ke? Kamu jangan risau mama ni bukan pandang
status.”
“Tak payah sebutlah nama dia . kitorang
dah putus.” Mendengar nama itu dia merengus geram. Dia benci apabila di kaitkan
dengan Athirah. Segalanya telah terbongkar. Di sebalik wajah lembut itu
tersembunyi satu sikap yang menjengkilkan. Demi kepastian dia menebalkan muka
bertemu Nazrul. Rupanya amukkan lelaki itu bersebab. Athirah ingin tinggalkan
Nazrul hanya kerana lelaki itu mengalami masalah kewangan dalam perniagaan.
Wanita itu tidak sangup bersusah bersama. Bahkan mereka juga sudah lama menjalinkan
hubungan di belakangnya.
“Dah putus baru nampak Camelia? Jangan
mainkan perasaan anak orang Hasif. Dulu pun kamu pernah putus dengan budak
Athirah tu. Kamu rapat dengan Camelia. Dah kamu tabur harapan kat budak tu kamu
tinggalkan macam tu je bila Athirah datang balik. Mama tak nak lepas ni bila
Athirah merayu, kamu tinggalkan lagi Camelia.” Puan Sri Azah sedikit marah.
Amjad yang mendiamkan diri sejak tadi di renung penuh kasih. Dia ibu dan dia
tahu apa yang ingin di beritahu Amjad tadi. Cumanya Hasif lebih cekap dan
pantas.
“Hasif yakinlah mama. Hasif nakkan
Camelia. Dia ada semua ciri yang Hasif nak.” Hasif sedikit geram. Kenapa dengan
mamanya? Dulu mama juga yang beria-ia sukakan Camelia.
“Tu tak ikhlas namanya. Dah dia berubah
baru kau nak. Dulu kau jugak yang hina dia kan?” Amjad berkata sinis. Sakit
hati dengan sikap pentingkan diri Hasif.
“Kau jangan sibuk boleh tak?” Hasif
bengang. Dia tak kisah orang lain nasihatkan dia tetapi Amjad tidak boleh.
Sejak kes dia dengan Camelia dia sudah tidak sebulu dengan Amjad. Di rumah
mereka hanya sesekali bertegur. Itu pun sekadar mengelak kedinginan hubungan
mereka dihidu oleh mama dan papa. Tak nak kedua orang tua itu risau.
“Aku malas nak cakap dengan orang bodoh
sombong macam kau.” Amjad pantas berlalu. Dia sakit hati. Tetapi segeram mana
pun dia kepada Hasif Amsyar, lelaki itu tetap adiknya. Mereka pernah berkongsi
segalanya bersama sejak dari dalam perut lagi.
…………………………………………..
“Amjad yakin ke nak pergi ni? Semua
boleh di perbetulkan lagi kalau Amjad nak. Larikan diri bukan selesaikan
masalah. Tak kesian dekat Camelia? Mama
tahu, Hasif kalau kita terangkan baik-baik tentu dia faham.” Puan Sri Azah
mengusap rambut Amjad penuh kasih. Anak itu persis suaminya. Sentiasa mengalah
tanpa mahu berjuang. Hanya sikap nakal dan mulut leser itu sahaja yang di
warisi darinya. Ehhh…apasal aku kutuk diri sendiri ni? Puan Sri Azah mengaru
sedikit kepalanya tanda kehairanan.
“Tak apa mama. Camelia mesti faham.
Amjad bukan sengaja. Lagipun tentu Camelia mudah lupakan Amjad. Hasif tu cinta
pertama dia mama.” Amjad terasa mahu menangis. Sudah hampir sebulan Camelia
bertunang dengan Hasif. Dia tahu wanita itu tergamam bila diberitahu cincin di sarung rupanya bukan milik dia
tetapi milik Hasif. Sejak pertunangan itu dia sedaya upaya melarikan diri dari
Camelia. Beberapa kali wanita itu datang kepejabat tetapi mujurlah dia dapat
mengelakkan diri. Kalau di rumah asal dengar sahaja suara Camelia tidak cukup
tanah dia bersembunyi.
“Memang Hasif cinta pertama dia tapi
anak mama jangan lupa sapa yang buatkan Camelia berubah jadi bersopan, punya
sifat malu dalam diri, sudah tak bermekap tebal kerana nak buatkan hati anak
bujang mama ni gembira.” Puan Sri Azah tersenyum bila mengenangkan perubahan
Camelia. Mudah gadis itu berubah dengan dorongan Amjad dan Allah mempermudahkan
perubahan itu.
Cuma kerana perubahan itu jugaklah anaknya
yang seorang ini makan hati. Dari semut di jadikan gajah, dari keldai di
jadikan kuda, dari di biarkan merayap di bina sangkar yang cantik, sekali sekala
di biarkan bebas tidak menyangka ada yang lain turut mengintai untuk memasang
jerat. Sudahnya penjerat itu anak lelakinya jugak. Nak cakap lebih-lebih kang
lain jadinya.
“Dia berubah sebab diri dia mama. Bukan
sebab Amjad.” Air mata terasa bertakung. Hanya Allah tahu perasaannya saat
membenarkan kekasih hati di sambar adik sendiri. Bila Hasif tersenyum gembira dia pula menangis di dalam hati.
“Memang sebab diri dia, tetapi Amjad
mendorong dan Allah mengizinkan perubahan tu.”
“Tak apa mama. Lagipun esok dah majlis
akad nikah diorang. Amjad harap mama restu Amjad pergi ke Londan. Kalau ada
masa nanti Amjad balik.” Dia sudah bertekat. Permohonan untuk membuat master
sudah di luluskan. Walaupun pendaftaran lagi beberapa minggu tetapi dia sudah
tidak betah berada di sini. Esok sebelum akad nikah Hasif dan Camelia dia akan
berangkat.
“Tak nak tunggu selepas majlis?” Puan
Sri Azah menduga. Bila melihat gelengan itu dia mengeluh berat.
…………………………………………..
Hasif menutup pintu bilik perlahan. Dia
tersandar di pintu. Terasa air matanya bila-bila masa sahaja akan menitis.
Wajah diraup berkali-kali.
“Ya Allah apa aku dah buat ni?” Hasif
bertanya sendiri. Dia kaku mendengar perbualan mamanya dengan Amjad, dan dia
nampak wajah kembarnya yang basah dengan air mata. Jadi selama ini itulah
rupanya rahsia yang di sembunyikan dari dia. Bukan dia tidak syak melihat sikap
mamanya dengan Amjad yang nampak pelik. Bahkan sehari sebelum pertunangannya
berkali-kali mama seperti memeberi hint
yang Camelia seperti sudah berpunya. Hanya dia yang tidak dapat menangkap
kata-kata itu.
Teringat wajah sendu Camelia. Semanjak
mereka bertunang Camelia bagai mengelakkan diri dari dia. Jika sesekali mereka
keluar membeli barang hantaran Camelia bagaikan tidak teruja. Hanya dia yang
beria-ia. Patutlah dia sudah lama tidak melihat senyuman di wajah itu.
Disangkakan itu demam orang bertunang rupanya dia tersilap percaturan.
Dia sedikit kecewa bila mama dan Amjad
langsung tidak membuka mulut. Dia bukannya kejam. Kalau dia tahu Amjad dengan
Camelia menganyam bahagia, sumpah dia tidak akan menganggu hubungan itu. Patutlah
dulu dia seperti mendengar Amjad membahasakan diri sebagai abang kepada Camelia
dan pangilan lelaki itu juga tidak seperti orang lain. Lia…hanya Amjad memangil
Camelia dengan pangilan itu.
Kenapa saat hati Camelia sudah beralih
arah barulah dia jatuh cinta kepada gadis itu? Selama ini cinta yang di
hulurkan Camelia di pandang sepi. Dia langsung tidak tertarik walaupun beribu
kebaikkan Camelia tabur. Saat dia di tinggalkan Athirah, Camelia yang tidak
pernah putus memberi semangat. Sudahnya hati itu terluka bila janji yang dia
tabur terpaksa di mungkiri hanya kerana dia tersilap memburu kembali cinta
palsu Athirah.
Hasif melangkah ke arah telifon
bimbitnya yang terletak di atas meja. Di tekan-tekan beberapa butang.
“Camelia. Saya nak jumpa awak kejap.
Bersiap. Jup lagi saya ambil depan rumah.” Tanpa menunggu balasan dari Camelia
dia menyudahkan pangilan. Pakaian di tukar. Pantas dia meluru keluar. Beberapa
sanak- saudara yang menegur tidak di pedulikan. Riuh rumahnya dengan adik
beradik mama dan papa yang datang untuk memeriahkan majlis mereka esok.
……………………………………………
Amjad memeluk tubuh. Sandarannya pada
kerusi rasa membahang. Dia tidak sabar ingin meninggalkan bumi Malaysia. Gambar
Camelia yang berada di dalam BB di renung. Dari tadi dia melihat gambar itu.
Gambar wajah Camelia yang comot dengan ice-cream dan juga gambar Camelia yang
tersenyum bahagia di hari ‘pertunangan’ mereka. Entah apa perasaan Camelia bila
menyedari yang dia di tunangkan dengan Hasif, dan bukan dengan dirinya.
“Gambar kekasih?” Ada suara yang
menyapa. Sayup sahaja suara itu. Bila tumpuan dia hanya kepada gambar.
“Hemm” dia menjawab malas. Sekarang
bukan mood untuk dia beramah mesra. Wajah yang menegur langsung tidak di toleh.
“Buat apa nak tengok gambar tak reti
bercakap tu kalau pemilik gambar ada kat sisi abang?” Camelia bertanya lembut.
Dia tersenyum bila mata Amjad membutang memandang bagaikan dia tidak
berpakaian. Caiiittt…
“Lia…Lia..eh buat apa dekat sini?” Amjad
tergagap. Tubuh Camelia yang santai berbalut dengan jeans dan blouse putih
direnung. Tak kan majlis sudah selesai? Cepatnya.
“Tengah cari bakal suami yang nak bawak
diri. Encik ada jumpa tak?” Camelia memerli dengan senyuman tidak putus dari
bibir..
“Bukan dia tunggu kat rumah ke? Lia
datang sini buat apa?” Amjad blur. Terkebil-kebil matanya merenung Camelia.
“Payah cakap dengan orang tengah patah
hati ni. Lia cari abangla. Mujur abang tak masuk balai berlepas lagi. Kalau
tidak mahu jadi drama Hindustan kita kat sini.”
“Buat apa cari abang? Lia kan dah
bersuami?” Amjad bertanya hairan. Kepalanya di garu sedikit.
“Kalau dia dah bersuami kau rasa suami
dia nak bagi ke dia cari kau kat sini?”
Amjad pantas menoleh bila mendengar
suara lelaki. Hasif yang duduk di kerusi belakangnya berkata tenang.
“Aku tak faham. Apahal korang ni?” Amjad
semakin pening. Tetapi mendengar kata-kata Hasif dia sedikit gembira. Yakin
bahawa Camelia belum berkahwin dengan Hasif.
Camelia melutut di hadapan Amjad.
Beberapa pasang mata yang memandang tidak di pedulikan. Cincin silver di dalam
bekas di buka di hadapan Amjad.
“Awak nak kahwin dengan saya tak?” Camelia
bertanya. Wajahnya terasa membahang. Sungguh dia malu, tetapi demi bahagia dia
tahu malu itu harus di buang.
Amjad menutup mulut. Dia benar-benar
terperanjat. Selama ini dia tahu Camelia bukanlah spesis tahu malu bahkan
kadang-kala wanita itu seperti bermuka tembok Cuma dia tidak menyangka Camelia
berani melamar dia di hadapan orang ramai. Dah terbalik peranan pulak di rasakan.
“Abang nak terima ke tak ni? Cepat sikit
orang dah sakit kaki melutut atas simen ni.” Camelia bertanya. Sakit itu
tidaklah sangat. Tetapi dia malu bila mereka mula di kerumuni oleh orang ramai.
Siulan nakal mula kedengaran.
“Kalau abang tak terima?” Amjad sengaja
menduga.
“Tolak
tuah lu bro.” terdengar suara-suara sumbang di sekelilingnya.
“Sini adik cun. Abang sudi terima kalau
dia tolak.” Semakin banyak pulak suara ‘lalat’ di sekelilingnya yang mengusik
“Camelia kalau dia jual mahal kau sarung
cincin tu kat jari aku.” Hasif pura-pura menghulurkan tangannya kepada Camelia.
Dia tersenyum bila Camelia menarik cincin dari kotak dan seperti berura-ura
ingin di pakai di jarinya. Pangilannya turut berubah. Aku dan kau kembali di
gunakan.
“Eh mana boleh. Dia lamar aku. Kau pergi
main jauh-jauh.” Amjad sedikit membentak. Tangan Camelia ditarik dari mendekat
ke tangan Hasif. Suka hati saja nak potong line.
“Nak kawin ke tak ni. Dah penat dah ni
tunggu. Kang Lia kahwin dengan Hasif je. Baru padan muka abang.”
“Eh mestilah nak. Kalau tak, kesian Lia
penat-penat kejar abang kat sini.” Cincin di tangan Camelia di sambar dan di
sarung sendiri kejarinya. Camelia sedikit tergamam dengan reaksi tidak
‘semengah’ Amjad.
“Tungu Lia sarung lambat sangat.” Amjad
tersengih gembira. Dia ketawa kemudian bila terdengar sorakan di sekelilingnya.
Maluuuu….
……………………………………………….
“Macam mana boleh jadi macam ni yang?”
Amjad menarik Camelia yang berjalan di hadapannya sehingga wanita itu jatuh di
atas riba dan dia memeluk erat tubuh Camelia yang nampak.. emm kurang mengoda
dengan baju tidur hello kitty. Langsung tak romantik. Sabar jelah. Ingatkan
malam pertama mereka Camelia akan mengoda dengan pakaian seksi- meksi, rupanya
hampeh.
“Jadi macam mana?” Camelia bertanya
manja kepada lelaki yang petang tadi menjadi suaminya. Pagi tadi dia memecut
laju membawa Amjad dan Hasif pulang ke rumah selepas sesi lamaran.
Terjerit-jerit kembar dua orang itu bila dia melipat di sepanjang jalan.
“Yelah. Sepatutnya kan Lia kahwin dengan
Hasif harini. Apasal tak jadi?” Amjad meletakkan kepala di bahu isterinya. Dia
ingin bertanya di dalam kereta tadi. Tetapi suaranya bagaikan derhaka kepada
tuan. Langsung tidak mahu keluar. Yang keluar hanya jeritan-jeritan lantang dia
dan Hasif. Memang sepatutnya isteri dia menukar profesion. Jadi pemandu formula
one pasti meletup.
“Ingatkan abang tak nak tahu.” Camelia
tersenyum. Teringat kenagan semalam
…………………………………..
Camelia memeluk erat tubuhnya yang
terasa mengigil. Tiupan angin pantai menampar lembut wajahnya. Sampai ke Sepang
Gold Coast dia ‘dilarikan’ tunang yang bakal menjadi suaminya beberapa jam
lagi.
“Awak kenapa Hasif? Apasal sampai ke
sini nak berbincang? Ada masalah ke?”
Camelia bertanya lembut.
“Saya cuma hendakkan kepastian.” Hasif
menarik nafas panjang. “Betul awak nak kawin dengan saya?” Matanya menatap
wajah Camelia. Terkaku langkah gadis itu.
“Kenapa awak tanya? Lagi beberapa jam
kita dah nak berkahwin. Saya tak tarik dirikan?Itu bermaksud saya memang nak
berkahwin. Inai pun saya dah pakai.” Dia menunjukkan jemarinya kepada Hasif.
“Memang awak nak berkahwin. Tetapi awak
yakin ke saya orangnya yang awak nak habiskan seumur hidup awak bersama? Saya
hanya nak kawin sekali sahaja seumur hidup itupun kalau Allah perkenankan doa
saya. Bila saya dah lafaz akad, awak akan berada di sisi saya sampai Allah
pisahkan kita. Awak yakin ke nak habiskan sisa hidup awak disisi saya?” Hasif
berkata tenang. Jelas riak wajah Camelia berubah.
“Apasal awak tanya macam tu?Kan saya dah
setuju nak berkahwin dengan awak.” Camelia berkata resah.
“Memang awak setuju tapi saya nak tahu
awak rela ke tidak? Saya tak nak awak setuju berkahwin dengan saya sedangkan
hati awak ada pada orang lain. Saya tak nak hidup dengan wanita yang hanya
jasad ada bersama saya tapi hati bukan untuk saya.”
“Apa maksud awak ni?” Camelia sedikit
gugup. Hatinya berkocak hebat. Dia ingin mengaku bahawa dia memang tidak
cintakan Hasif tetapi dia tidak sangup.
“Awak faham maksud saya Camelia. Patutlah
bila saya pangil awak Lia awak melenting, rupanya pangilan tu dah orang lain
tempah dulu.” Hasif tersenyum bila Camelia melopong.
“Tutup mulut awak kalau tak nak kena
cium.” Pantas Camelia menutup mulutnya. Terkebil-kebil dia merenung Hasif.
“Mana awak tahu?” Dia bertanya lemah.
Kepalanya di tunduk ke bawah.
“Mujurlah Allah nak tunjuk awal Camelia.
Saya tak dapat bayang kalau kita dah bernikah baru saya tahu kebenarannya.
Kenapa awak dengan Amjad tak cakap?”
“Saya tak tahu Hasif. Sunguh masa
bertunang dulu saya sangkakan mama pinang saya untuk Amjad. Bila majlis dah
selesai baru saya tahu bukan untuk dia tapi untuk awak. Saya cuba nak cakap
dengan Amjad tapi dia asyik elakkan diri. Saya ingat dia dah tak cintakkan
saya.” Camelia mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir.
“Dia cintakan awak. Sentiasa. Tapi dia
nak berkorban untuk saya. Cuma cara dia tu yang tak betul. Saya betul-betul
kecewa bila tahu awak, Amjad dengan mama rahsiakan hal sebesar ni daripada
saya.” Dia mengeleng kesal. Kalaulah dia tidak mencuri dengar perbualan Mama
dan Amjad rasanya esok pasti Camelia tetap menjadi milik dia.
“Saya bukan nak rahsiakan. Dah banyak
kali saya nak cakap. Tapi bila jumpa awak mulut saya jadi kaku.” Camelia
memandang ke arah laut walaupun dia hanya nampak kegelapan.
“Awak tengok depan tu. Kalaulah kita
teruskan juga hubungan ni, nasib kita pasti segelap tu. Saya tak nak paksa awak
pilih saya sebab kasihan.”
“Kalau saya pilih Amjad awak macam
mana?” Camelia bertanya perlahan. Wajah lelaki itu di renung.
“Awak jangan risau. Pasti ada ‘Camelia’
lain untuk saya kat luar sana.” Dia tersenyum dan bila senyumannya dibalas hati
dia benar-benar terasa lapang.
……………………………………..
“Macam tulah lebih kurang alkisahnya.”
Camelia menyudahkan cerita. Dia menguap perlahan kemudiannya. Rasa mengantuk
mula melanda.Tubuhnya benar-benar terasa letih. Seharian melayan tetamu,
tersengih sampai di rasakan wajahnya sudah kejung benar-benar membuatkan dia
hanya mahu berbaring ketika ini.
“Tak usah menguap dulu yang. Ni malam
pertama kita. Takkan nak tidur?” Amjad berkata nakal. Ciumanya sudah menjalar
merata.
“Isyy…abang ni.” Camelia mencubit
pingang Amjad.
“Lia ni nak manja sikit pun tak boleh.
Dahlah pakai baju katun macam budak-budak.” Nakal sahaja suara itu membuatkan
wajah Camelia terasa membahang. Baju tidur katunnya di tarik erat. Dia malu
sebenarnya. Sengaja dia memakai baju katun itu bagi menyembunyikan baju tidur seksi
yang di pakai berlapis. Maluuuu…
“Tali apa ni yang?” Amjad hampir ketawa
bila tali baju tidur kain satin terdedah di bahu Camelia. Pandai betul isteri
dia.
Camelia pantas menyembam wajah ke dada
lelaki itu. Malunya sudah tidak tertangung. Kenapa Amjad berubah menjadi
senakal-nakal umat. Dari tadi lagi dia di permainkan. Lembut dia menampar dada
suaminya.
“Terima kasih sebab pilih abang.” Amjad
berbisik lembut ke telinga Camelia sebelum dia membawa wanita itu kedalam
dakapannya, erat bagai tidak mahu di pisahkan.
…………………………………
Hasif melarikan diri. Dia sebunyi tubuh
di sebalik dinding bulat di bawah ruang legar officenya. Dia sudah tidak tahan di buru oleh ‘Camelia.’ Nampaknya
Allah telah memakbulkan doa dia semasa di pantai dahulu.
“Encik boss kita keluar makan nak?”
Hasif menepuk dahi. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Seorang gadis genit
tersenyum membuatkan lesung pipit di kedua pipi itu berlekuk terbentuk. Tag nama
yang di semat kemas didada tertulis nama Camelia direnung. Boleh pengsan macam
ni.
“Encik boss, encik boss.. berapa kali
cakap awak bukan pekerja saya. Awak bawah Encik Amjad kan? Dia tu baru boss
awak.” Sedikit terjerit suara dia. Seram memandang gadis itu.
“Tapi encik boss pun bos saya jugak. Dah
dua tahun encik boss, orang ajak keluar makan tapi sekali pun encik boss tak
sudi. Apa hodoh sangat ke saya ni?” Camelia memandang tubuhnya atas bawah.
Comel saja di rasakan dengan baju kurung moden polka dot. Apa buta ke laki di
hadapannya sekarang?.. kemudian dia tersengih. Sedikit masuk bakul angkat
sendiri.
“Ha pasal tulah saya tak suka awak.
Tersengih-sengih dah macam tak cukup sifat dah ha.” Hasif sekali lagi mengatur
langkah ingin melarikan diri.
“Camelia. Penat Abang cari. Kat sini
sembunyi. Jom kita pergi makan.”
Hasif pantas menoleh. Matanya di
jegilkan. Kurang asam punya mamat. Sesuka hati tarik tangan awek aku. Terlupa
sebentar penolakkan dia tadi. Pantas langkahnya di atur kembali ke arah Camelia.
Pautan tangan lelaki itu kepada Camelia di rungkaikan.
“Eh suka hati je kau nak pegang tangan
awek aku.” Hasif mengangkat-angkat dagu seolah-olah mencabar orang lawan bertumbuk.
“Eh awak,,,,” Camelia tergamam.
Tetiba..apa cer?...
“Awak ni tadi baru cakap suka saya.
Sekarang sibuk nak keluar dengan laki lain. Nak curang ke?” Hasif bertanya
geram. Wajah Camelia yang terkebil-kebil direnung garang. Tahu takut.
“kukkk”
“Weh apasal main kepala ni?” Hasif
membentak geram bila tanpa amaran kepalanya di sekeh kuat oleh Camelia.
“Ni abang saya encik boss. Abang
kandung. Cium tangan dia. Tunjuk hormat sikit.” Camelia pula menjegilkan mata.
Wajah terpinga-pinga Camarul yang merupakan abang kandungnya di renung.
Sengihan nakal di lemparkan.
“Ehh abang sorry. Saya tak kenal tadi.” Hasif mengaru kepala. Malunya sudah
tidak dapat di gambar. Itulah main serbu sahaja. Yang pastinya di takut jika
Camelia yang ‘unik’ turut terlepas seperti Camelia yang sudah dua tahun lebih
menjadi kakak iparnya.
“Sapa abang kau? Masuk meminang, dah
lafaz akad baru pangil aku abang. Tuuu tangan tu. Jaga sikit. Tiap-tiap tahun aku tolong bayar zakat.” Camarul
merentap kembali pegangan tangan Hasif dari tangan adiknya.
“Encik boss nak ikut kitorang makan
tak?” Camelia masih tersengih. Bagus jugak abang dia muncul. Tak
pernah-pernah Hasif menunjuk kasih
sayang ni. Bahagianya dunia…
“Jomlah.” Bahunya terasa di paut erat
oleh Camarul. Makkkkkkk…..ketua gangster ke apa ni?
……………………………………
“Mak pinangkan Camelia.” Hasif berkata
teruja.
“papp” Aduh berlekuk dahi. Di
gosok-gosok dahi yang di baling dengan carrot oleh mama tersayang. Kalau macam
ni hari-hari pasti kepalanya macam durian. Berbincut segenap ruang. Dekat
office kena dekat rumah pun kena jugak. Nasib malang betul.
“Apa ke bendanya kamu ni. Camelia tukan
dah jadi kak ipar kamu?” Sedikit tinggi nada suaranya. Apa dah nak mati ke anak
bujangnya seorang ni?
“Bukan Camelia bini Amjad tulah mama.
Camelia yang jadi setiausaha Amjad tu.” Sedikit marah dia. Dahi yang mula
terasa bertelur di hurut perlahan. Kejam sungguh mama saya.
“Ehh…kenapa tak story awal-awal. Alalalaaa…kesian anak mama. Dah macam ikan flowerhorn
dah. Sorry-sorry.” Puan Sri Azah
tersengih. Nasib kaulah Hasif. Apasal cakap tak terang.
……………………..
“Kahwin jugak kan dia bang?” Camelia tersenyum
memandang ke arah pasangan pengantin sama cantik sama padan yang sibuk melayan
tetamu. Perutnya yang memboyot menunggu kelahiran anak ke tiga diusap perlahan.
Setahun seorang. Bagus punya planning.
Beranak kerap-kerap nanti boleh rehat. Itu ajaran Amjad. Sudahnya dia yang
penat. Mengusung perut tiap-tiap tahun. Sudahlah di bahankan oleh sanak saudara
satu hal. Nasiblah dapat suami terlebih fius dalam otak ni. Sabar jelah.
“Hak arr.. cari nama pun dah macam
sayang.” Amjad berkata. Dia tersenyum gembira. Bukan dia tidak tahu selama dua
tahun ini adiknya itu tak pernah aman dek ganguan dari ‘Camelia’ setiausahanya.
Tetapi sengaja dia pejamkan mata.
Pekenalan Hasif dan Camelia bukanlah
elok sangat. Dahi adiknya hampir belubang di baling dengan bekas air tin
coca-cola. Camelia cuba menunjuk bakat balingan bagi menumpaskan pencuri yang
meragut beg dia. sudahnya balingan itu tersasar mengena dahi Hasif. Dan
bermulalah adegan ucapan maaf bermaafan.
Nak bagi seronok cerita, Hasif siap kena
operation pasal jadi darah beku dek
balingan yang mengagumkan itu. Yang hairan tu tak pernah pulak bertembung
mamanya dengan Camelia di hospital. Kalau tidak mahu mama suruh Camelia
bertangungjawab waktu itu jugak. Buatnya Hasif terus jadi biol tak ke naya?
“Ha
menung apa tu.” Camelia menyergah Amjad yang bagaikan berada di dunia sendiri.
“Teringat kisah dulu-dulu.” Pantas tubuh
itu di raih ke dalam pelukkannya. Bersyukur. Akhirnya bahagia itu menjadi milik
mereka. Dengan adanya Camelia disisi cukup untuk melengkapkan kehidupannya.
Harapannya agar Allah memanjangkan jodoh mereka sehingga ke akhir nafas.
Cempaka Rembulan