Hasif
tersengih. Kadang-kala ketawa kecil meletus dari bibirnya. Apa punya resume
macam ni?
Nama
: Camelia Yusnita Binti Kadir
Hobi
: Karok!
Cita-cita
: Suri Rumah Sepenuh Masa
Moto
Hidup : TLDM (Tidur, Lepak, dan, Makan)
Makanan
Kegemaran : Semuanya belasah, janji halal. (makanan Free paling di sukai)
Minuman
Kegemaran : Sirap bandung campur buah barli.
“Isyy.ini
datang nak mintak kerja ke, mintak di tendang kerja?” Hasif semakin galak
ketawa. Ada jugak manusia berperangai pelik kat dunia ni. Sudahlah perangai tak
serupa perempuan otak pulak ‘cedera’. Cukup pakej betul.
Mengenangkan
apa yang berlaku tadi membuatkan Hasif bengang sendiri. Tak salah apa dia cakap
tentang Amy si gomak kapur tu. Baru sejam kes dalam lift berlaku, sudah kecoh
satu pejabat. Buat malu saja. Yang paling tak tahan, penat dia bergaduh dengan
minah tu langsung tidak berbaloi bila meeting
dibatalkan pada saat akhir.
Gambar
di atas resume di lihat sekilas sebelum dia menutup fail berisi sijil-sijil
milik si minah sekolah. Hasif berdiri, dia mengeliat kecil bagi menghilangkan
lenguh di belakang badan. Perut yang berbunyi kuat di usap perlahan.
“Hasif,
jom makan. Papa dah tunggu dekat bawah.” Bunyi ketukan pintu dan Suara Puan Sri
Azah yang kedengaran membuatkan dia tersengeh lebar. Macam tahu-tahu jer.
“Kejap
mama.”
“Jangan
lambat sangat.”
“Papa
dengar kecoh office tadi bercerita
kamu bergaduh. Betul ke?” Tan Sri Hashim bertanya. Wajahnya tenang memandang
anak lelaki keduanya.
Terbatuk
Hasif mendengar pertanyaan papanya. Tangannya sibuk ingin mencapai air bagi
menghilangkan rasa perit. Takkan benda remeh macam ni pun papanya boleh tahu?
Entah siapa yang menjadi CNN bergerak. Buat malu betul.
“Alah
salah faham jer papa. Tak der
hallah.”
“Salah
faham apanya. Papa dengar siap ‘tertidur’ kamu dalam lift.” Tan Sri Hashim
ketawa kecil. Wajah berkerut isterinya di pandang. Itu mesti intro nak
menyibuk. Tahu sangat.
“Tertidur?
kamu ni biar betul. Takkan sampai tidur dalam lift? Mengantuk sangat ke?” Puan
Sri Azah kehairanan. Sekejap bergaduh, sekejap tertidur, mana satu yan betul
ni? Takkanlah letih bergaduh sampai tertidur. Pelik pulak di rasakan. Tak
pernah di buat dek orang.
Tan
Sri Hashim ketawa kuat. Aduhailah isteri. Tak tahu hujung pangkal, nak juga
menyampuk.
“Tak
ada apalah. Gosip je tu mama.” Hasif gelisah. Jatuhlah maruah kalau mama tahu
dia bergaduh dengan perempuan. Mulut mama kesayangannya boleh tahan pedas.
Mahunya dia dibahankan sampai tujuh keturunan. Matanya menghantar isyarat
menyuruh papanya menutup mulut.
“Anak
jantan bertuah mama ni ha. Ada ke punca bergaduh dengan budak perempuan. Tak
macho langsung. Dahlah tu, papa dengar siap kena belasah lagi. Tak nampak tadi,
terhincut berjalan. Buat malu keturunan saja. Kalau kena belasah dengan lelaki
sampai tertiarap dalam lift boleh juga nak di terima akal.”
Hasif
menepuk dahi. Memang tak boleh buat geng. Papa kalau boleh semua benda nak di
ceritakan kepada mama. Seleranya terus tertutup. Ini semua budak tu punya
pasal. Jumpa nanti siap kau, aku buat belacan.
“Apa?”
Kuat Suara Puan Sri Azah. Tan Sri Hashim terkedu, Hasif terkebil biji mata
merenung wajah mamanya. Suara, dah macam halilintar. Kuat memetir.
“Isyy..tak
pernah lagi tahu dalam keturunan mama lelaki kena belasah dengan perempuan.
Kamu ni, kalau jumpa mama dekat office nanti buat-buat tak kenal. Malu dekat
oranglah.”
“Mama
ni, agak-agaklah. Sikit je kot hal tu.” Liur di telan terasa berpasir. Hai
encik telinga bertahanlah engkau mendengar leteran mama kesayanganku. Nak di
bangkang, berdosa pulak nanti. Kalau di bangkang sekali pun tak ada maknanya
dia nak menang. Mama lulusan undang-undang, merangkap bekas pembahas terbaik
kebangsaan. Ada ‘bran’ datanglah berdebat dengan mamanya.
Dia
bukan macam Amjad. Abang kembarnya itu perangai sebijik macam mama. Jadi memang
tak ada harapanlah mama nak menghentam si Amjad. Loyar buruknya sama naik
dengan mama, ‘segeng’ orang cakap. Kalau dengan dia memang sah, yakin dan pasti
mama akan menang tanpa bertanding.
“Sikit
tak sikit, malu tahu.” Puan Sri Azah masih nak menang.
“Dah
tu, takkan Hasif nak belasah balik budak perempuan tu? Mama ni agak-agaklah.”
Kalau di balas balik mahu teruk dia kena cerca. Biar malu di belasah dari malu
membelasah perempuan.
“Ye
tak yer jugak kan. Tak macho lah kamu nanti. Tapi kena belasah pun malu jugak.”
“Sudahlah
mama. Makan jelah nasi tu. Buat apa nak beratkan kepala berfikir. Papa dengar
cerita tadi ketawa kot. Kelakar betul. Kalau ada rakaman mesti best.Tak
pernah-pernah anak awak ni kena belasah. Kali ni baru bertemu buku dengan
ruas.” Tan Sri Hashim ketawa dengan kata-katanya sendiri. Tidak dapat di
bayangkan reaksi Hasif saat mendapat ‘habuan’ dari gadis itu.
“Papa
suka sangat ni kenapa?” Tak puas hati pulak Puan Sri Azah dengan suaminya.
Benda memalukan macam tu, ingat lawak ke? Tak faham betul dengan orang lelaki
sekarang ni.
Hasif
mencucuk buah betik yang di potong kecil dengan garfu. Terasa nikmat bila buah
yang manis itu mencecah lidahnya. Dari satu, dia mengambil lagi, lagi dan
seterusnya. Papa juga sama sepertinya. Dalam pada itu sempat mereka bersembang
berkenaan syarikat.
Puan
Sri Azah merengus kuat. Macamlah tiada topik lain untuk di bincangkan. Apa
sudah habiskah isu dalam dunia ni selain pasal syarikat dan bola? Dari cerita
pasal syarikat, masuk bab bola, kemudian syarikat balik, boring betullah.
“Papa
rasa projek Kolej Lestari dapat siap ikut waktu tak?” Dalam pada itu matanya
masih fokus pada perlawanan bola sepak antara Kedah dan Selangor. Berdebar rasa
hatinya. Entah pasukan mana yang akan menang. Dia penyokong tegar Selangor,
papa pula penyokong kuat Kedah sesuai dengan status papa yang berasal dari negeri
jelapang padi.
“Tak
pasti. Rasanya sempat kot. Kalau tak kena buat EOT lah. Nak buat macam mana
lagi. Nanti ada mesyuarat tapak, Hasif pergi. Tengok apa-apa yang patut.” Tan
Sri Hashim tidak senang duduk. Serangan pasukan Kedah ke arah gawang pasukan Selangor
membuatkan dia resah.
“Gol!!!”
Tan Sri Hashim menjerit suka. Ditayang riak bangga kepada Hasif. Wajah
isterinya yang masam di toleh sekilas, sebelum dia kembali bergembira.
“Kedah, Kedah
pantang kalah, Walau
sakit jatuh dan rebah, Bangun
lantas semula gagah,
Bujur lalu melintang patah,”
Bujur lalu melintang patah,”
Naik
geram pulak Hasif dengan papanya. Suka sudahlah. Ini di taramnya dengan
nyanyian sekali .Sengaja nak membakarlah tu.
“Bola
tu bulat papa. Ada banyak masa lagi.” Rasa tidak puas hatinya di luahkan. Papa
harus di sedarkan supaya berpijak di bumi yang nyata. Satu gol belum tentu
menang ok!
“Orang kalau nak kalah macam tulah
bunyinya.” Hati tuanya masih gembira. Argh.. pedulikan cakap ‘musuh’.
“Mama ada kat sini.” Puan Sri Azah
mencelah. Ewah, ingat dia tungul kayu ke? Kot yer pun tegurlah sikit.
“Mama macam ni punya besar,
takkanlah papa tak nampak.” Dek kerana kata-katanya yang ada unsur ‘pujian’ cubitan
halus menjengah ke perut Tan Sri Hashim. Hasif yang menjadi penonton aksi
‘romantis’ papa dan mamanya ketawa gembira. Cayalah mama. Ini yang sayang mama
lebih.
“Mentang-mentanglah badan mama ni
dah besar, papa mengata ek? Dulu masa
pingang macam Ziana Zain tak pulak bunyi.”
“Sensetif pulak. Papa bergurau
jelah. kalau pingang macam Queen Latifah tu pun papa tetap sayang.”
“Sayang mama sorang saja. Jangan
nak pasang lain pulak.”
“Ke situ perginya. Dalam hati papa
ni, mama sorang saja yang ada. Kalau mama izinkan baru papa pasang lagi satu.”
Dalam memujuk dia sempat bergurau. Ketawa dia apabila Puan Sri Azah menjeling
tajam.
“Orang nak tengok bolalah.”
“Shutup you.” Terus terdiam hasif
bila kata-kata itu serentak meluncur dari bibir papa dan mama. Sehati sejiwa
betul. Isyarat zip mulut di tunjukkan. Baik diam. Layan jelah aksi manja papa
dan mama kesayangannya.
Surat Cinta Untuk Disana : Ini saja sempat di bagi. Baru beberapa bab bertambah. Seminggu dua ni tak sempat menaip.baru nak bertungkus lumus memerah kembali otak yang tepu dan tangan yang kaku supaya bekerjasama. apa pun layan jelah cerita yg tak seberapa ni.. bab ngedit memang tak sempat,,,,mna2 typo error harap buat2 x nampak...hahah.. Komen semakin tiada,,, Adakah orang sudah tidak sudi membaca? Sedihhh....bubye..(ayat pasrah yg mintak di hempuk)