Zafry rimas. Pakaian yang membaluti
tubuh umpama diselaputi pepijat. Matanya meliar memandang sekeliling. Setelah
diyakini tiada orang yang akan menyedari tindakannya, dengan perlahan-lahan dia mengatur langkah menaiki
anak tangga satu persatu.
“Abang.”
Terus terhenti langkahnya. Zafry
ketap bibir sebelum dia memusingkan sedikit tubuh ke belakang. Menyilau matanya
memandang ke arah Adra yang entah bila mengikut langkahnya. Tangannya yang
sedang dipegang erat oleh Adra direntap kasar. Malangnya, pautan itu semakin
kuat, melekat.
“Kau ni kenapa? Dah tak ada kerja
sangat dah?” Panas hati dia bertanya. Wajah gadis yang sudah bergelar isterinya
dipandang sekali imbas. Cantik. Malangnya tidak cukup sempurna untuk
bergandingan dengannya.
“Saja. Abang nak masuk bilik ke?” Adra
tersenyum. Keningnya terangkat-angkat. Seronok rasanya dapat mempermainkan
Zafry.
“Aku nak masuk neraka? Kenapa? Kau
nak ikut ke?” Sinis dia berkata sebelum kembali meneruskan langkah.
“Tak apa. Abang masuklah
sorang-sorang. Adra hari-hari berdoa pada Allah minta ditempatkan di syurga.
Kena buat pahala banyak-banyak. Abang lainlah. Memang suka tempat panas. Adra
kena matahari sikit pun dah tak tahan. Huih…Panas
api neraka macam mana ye rasanya? Abang mampu tahan ke?” Hailah encik suami. Cakap main lepas sahaja. Kalau Allah humban
sunguh diri tu dalam neraka, barulah tahu azabnya.
“Kau kalau cakap tak menyakitkan
hati aku memang tak sah kan?” Panas pula hatinya mendengar kata-kata Adra. Tapi
tak apa. Sekejap lagi tahulah dia bagaimana mahu mengajar bibir itu erti
berbudi bahasa.
Bagi memuaskan rasa sakit di hati,
dia dengan sengaja membuka langkah besar. Dua anak tangga sekali harung. Dengan
kain ketat seperti itu, mustahil Adra dapat mengikut rentaknya.
“Perlahanlah
sedikit. Karang jatuh kita macam
mana? Cedera nanti tak ke susah.” Adra menegur tidak berpuas hati. Sengajalah tu.
“Biar kau jatuh. Mati terus lagi
bagus.”
“Hai, baru dua jam kahwin dah nak
sandang title duda ke?” Mahu tidak mahu Adra terpaksa melepaskan pautannya pada
tangan Zafry. Boleh tergolek rasanya dia dengan kain meleret serata alam
seperti itu. Sudahlah sedikit ketat dirasakan.
Geram dia dengan pereka upahan
Zafry. Lain diukur lain dibuatnya. Kalau tidak terdesak tak adanya dia nak
pakai benda berambu-ramba seperti itu. Dirasakan dirinya tak ubah seperti
rumpai laut.
Adra mengelengkan kepala bila Zafry
pantas berdesup pergi. Tak menyempat-nyempat. Macamlah dia ada virus merbahaya.
Dari atas tangga dia memandang ke bawah.
Tetamu sudah beransur pulang. Tadi selepas selesai majlis akad nikah yang
diadakan di masjid, terus mereka pulang ke rumah bapa mertuanya kerana diadakan
sedikit majlis doa selamat. Minggu hadapan barulah majlis perkahwinan mereka
diadakan.
Zafry bengang. Butang baju melayu
yang kuat menjerut lehernya ditarik rakus. malangnya langsung tiada tanda akan
tertanggal. Segala sumpah seranah sudah bermain dibibirnya. Pintu bilik yang
secara tiba-tiba terkuak tidak dipedulikan. Tidak perlu melihat kerana dia
sudah tahu siapakah gerangannya.
“Hai, tak cukup orang, baju pun nak
disumpah sama?” Adra menegur. Malangnya tiada reaksi dari pihak lelaki itu.
Seperti Zafry dia juga sudah rimas. Terus
dia menghala ke cermin. Segala benda alah yang melekat dikepalanya
ditanggalkan. Mujurlah tidak sesukar mana. Kalau tidak jenuh dia mahu mencari
pembantu. Nak harapkan Zafry, berjangut pun belum tentu lelaki itu mahu
menolong.
Rambutnya yang disangul dibiarkan. Selepas
itu dia mengatur langkah ke arah suaminya yang masih terkial-kial cuba membuka
butang baju.
“Nak Adra tolong?” Adra berdiri di
hadapan Zafry. Tangan dihulurkan untuk membantu. Malangnya yang diperolehi hanyalah
tepisan kasar dari lelaki itu.
“Please....”
Wajahnya berkerut. Tangan menunjukkan isyarat berhenti. Tidak suka Adra
mendekatinya.
“Okey. Jual mahal. Mati tercekik
jangan nak salahkan orang.” Adra terus melabuhkan tubuhnya disisi katil. Masih
asyik melihat gelagat Zafry. Huh..Dasar mamat celup! Benda senang macam itu pun
tak tahu nak tanggal.
“Diam boleh tak?” Entah bagaimanalah
nanti dia akan menghabiskan masanya bersama gadis itu. Baru dua jam bernikah
rasanya sudah seperti berpuluh tahun. Mulut itu asyik berkicau dari tadi.
“Okey.” Isyarat zip mulu dibuat. Dia
mahu lihat selama mana lelaki itu dapat bertahan. Sombongnya tak boleh diajar.
Adra hampir ketawa bila Zafry merentap-rentap baju melayu yang melekat
ditubuhnya. Tak tahu nak tanggal tapi masih mahu berlagak.
“Nak Adra tolong tak?” Sekali lagi
dia bertanya soalan yang sama.
Zafry menjatuhkan kedua-dua
tangannya. Kali ini dia sendiri bergerak mendapatkan Adra. Surrender… Entah apa jenis pakaianlah. Benar-benar menyusahkan.
Dengan tangan sedikit bergetar Adra
mula menyentuh butang baju melayu yang melekat kemas pada tubuh sasa Zafry.
Sedikit berjingkit dia bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Malang kalau
dapat suami yang terlebih gen kepanjangan. Pasti dia akan sakit leher kalau
selalu macam ini.
Adra mengeluh lega bila Zafry
merendahkan sedikit tubuh. Mungkin memahami kesukarannya. Butang yang ada
ditarik satu persatu. Semput dirasakan bila nafas Zafry hangat menampar
wajahnya.
“You
know what…”Zafry cuba menarik getah yang mengikat rambut Adra.
“What?”
“You
look so yummy…”
“Huh?” Melolot
jatuh tangan Adra mendengar kata-kata lelaki itu. Dia salah dengar ke apa? Liur
ditelan. Mahu marah, lelaki itu sudah begelar suami. Nanti dikatakan dia biadap
pula.
“Nothing.”
Zafry sengih nakal. Malam ini tahulah nasib Adra. Dia bukannya kucing yang akan
melepaskan ikan dengan mudah. Bodohlah dia kalau hanya memandang tanpa
menyentuh. Hanya lelaki dayus sahaja akan membiarkan hidangan terhidang
dibiarkan basi. Apatah lagi hidangan yang ada dibeli secara halal.
Adra telan liur bila Zafry selamba menanggalkan
baju di hadapannya. Jelas otot berketul timbul pada tubuh itu. Langsung tiada
riak segan yang tergambar pada wajah lelaki itu bagaikan tiada apa-apa yang
harus dimalukan. Sedangkan dia sendiri sudah rasa mahu menanggalkan kepala dari
tubuh dan disembunyikan pada tempat yang tidak dapat dikesan. Malunya sudah
tidak tergambar.
Lutut Adra terasa begetar. Tubuhnya
terasa lemah dan bila-bila masa sahaja dia akan tumbang. Takut melihat riaksi
Zafry. Tubuh lelaki itu yang mendekat cuba dielak. Terundur dia kebelakang.
Zafry ketawa kecil. Jelas riak
ketakutan pada wajah isterinya. Dulu bukan main berapi. Sekarang? Kena main
sikit pun dah pucat lesi wajah. Kedua tangannya dibawa melilit kedua pingang
Adra. Kecil sahaja ukuran pinggang itu.
“Ab…abb..ang…nak buat apa ni?” Adra
tergagap.
“Nak join?” Tuala yang tergantung pada bidai dibelakang Adra disambar.
Dilepaskan tubuh genit itu. Mata dikenyit nakal. Orang nak ambil tuala sajalah.
Itupun dah cuak!
Adra memandang susuk tubuh Zafry
yang berlalu masuk ke dalam bilik air. Hilang sahaja lelaki itu dari pandangan,
pantas diketuk kepala sendiri sekuat hati. Apa yang kau fikir Adra? Lepas ini
dia kena cuci otak dengan Clorox. Otaknya yang suci lagi murni selama ini sudah
tercemar. Arghhh…Ini semua si Umar
Zafry punya pasal.
Surat
Cinta Untuk Disana : Aloha darling…antara part yg
sy x suka. Takut terbabas sehingga
diangap dot...dot..kot ada yg
korang x berkenan or sy terlepas pandang…sperti biasa jgn malu jgn
segan…komenlah semahu hati nun di bawah sana…