“Natrah,
along nak tanya sikit.” Nafiz berkata sedikit kuat. Mahu menahan langkah kaki
adiknya. Majalah Sport diletakkan di atas meja. Terus dia bangun mendapatkan
gadis itu.
“Tanya
apa?” Buku yang berada di dalam pegangannya dibawa melekap ke dada. Wajah
abangnya yang berserabai seperti orang bangun dari tidur dipandang dengan penuh
tanda tanya. Jarang benar Nafiz mahu berbual dengannya kalau tiada perkara yang
penting untuk dikatakan.
“Natrah
ingat tak Afeefa? Dia ada dekat mana sekarang?” Jantung berdegup kencang
bagaikan dipalu. Berdebar menanti jawapan adiknya. Tangan dibawa melekap ke dada.
Cuba meredakan perasaannya yang galau.
“Afeefa?”
Berkerut dahinya cuba mengingati sepotong nama itu. Rasanya tiada rakan
universitinya bernama Afeefa. Siapa yang abang dia maksudkan?
“Alah,
yang kawan baik dengan Natrah masa sekolah menengah dulu tu. Ingat tak?” Nafiz
semakin tidak senang duduk. Mahu sahaja dia mengoncang tubuh Natrah bagi
mengingatkan semula adiknya kepada gadis itu.
“Owh,
maksud along, Adra?” Natrah ketawa kecil. Afeefa, hanya abangnya yang memanggil
Adra dengan panggilan itu. Terus terbayang raut wajah comel seorang gadis pada
ingatannya. Sahabat baik yang pernah
menjadi gadis idaman abangnya.
Teringat
aksi nakal abangnya semasa cuba berkenalan dengan gadis itu beberapa tahun dahulu.
Kelakar betul kalau diingatkan semula bila abangnya yang terkenal dengan
gelaran playboy itu ditolak mentah-mentah oleh seorang budak sekolah.
Nafiz
pejam mata. Jantungnya terhenyak kuat. Afeefa, gadis yang menjadi idamannya
selama ini. Gadis yang selalu diintai ketika sesekali mengikut adiknya pulang
ke rumah mereka.
Padanya
gadis itu mempunyai ‘sesuatu’ yang membuatkan dia tertarik hati. Dan dia pernah
berjanji, kalau suatu hari nanti mereka bertemu, dia pasti akan mendapatkan
gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.
Cuma
sekarang dia langsung tidak menyangka, Adra yang selalu dicanang oleh Zafry
adalah gadis kesayangannya. Kalaulah dia tahu, pasti dia akan membantu Zafry
mengelakkan diri dari rancangan ‘gila’ Tan Sri Hamzah. Argh.. Bodohnya dia!
“Hello…Hello….”
Natrah petik jari. Cuba menyedarkan abangnya kembali. Entah ke mana fikiran
lelaki itu belayar.
“Hah..”
Nafiz terpingga-pingga. Hilang sebentar wajah Adra dari fikirannya. Wajah
adiknya yang ayu bertudung dipandang. Dalam keluarga mereka hanya Natrah yang
berbeza. Gadis itu masih hidup di atas norma kehidupan yang lurus. Sedangkan
dia dan ibu bapanya sudah jauh terpesong dari ajaran agama yang sebenar. Bukan
tidak mahu berubah, Cuma hatinya tidak cukup kuat untuk meninggalkan semua
keseronokkan yang ada.
“Along
kenapa? Teringat cinta monyet ke?” Natrah tersenyum lebar. Entah kemana gadis
itu menghilang. Selepas keputusan SPM, bayang Adra terus tidak dapat dikesan. Nombor
talifon gadis itu juga sudah bertukar.
“Tak
lah. Natrah ada contact dengan dia lagi tak?” Argh.. Semakin galak wajah Adra menari diruang matanya. Di fikirannya
idea nakal sudah dikarang.
“Tak.”
Bahu diangkat. Kecewa betul dia dengan tindakan Adra yang mendiamkan diri. Walaupun
mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza, tetapi dia senang
bersahabat dengan gadis itu. Adra ada setiap kualiti yang dia perlukan dalam membina
sebuah persahabatan.
“Nak
jumpa dengan dia tak?” Nafiz sudah tersenyum. Tidak sedar dia sudah membiarkan
hati mengemudi akal.
“Eh,
Along tahu ke dia dekat mana?” Mata Natrah terasa bersinar. Seronok membayangkan
dia dapat bertemu kembali dengan Adra. Banyak cerita yang mahu dia kongsikan.
“Yup..”
Dan Nafiz terus berlalu dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
…………………
“Abang sesat…”
“Sesat?
Sesat kemana?” Adra pangung kepala. Terkebil matanya memandang wajah Zafry.
Tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh suaminya. Sambil itu dagu Zafry diusik
nakal.
“Sesat
ke dalam hati sayang.”
Terus
dia tersenyum simpul. Hatinya menjerit suka. Bila melihat wajah Zafry yang
mendekat, dia hanya mampu memejamkan mata. Sabar menanti tindakan lelaki itu.
“Hoi...Hoiii.”
“Isy..Jangan
kacaulah.” Suara yang menyibuk antara mereka berdua cuba dihalau sejauh
mungkin. Tidak mahu saaat-saat romantik antara mereka dicemari dengan sebarang
gangguan.
“Adra
Afeefa.” Kali ini dia buka mata bila suara yang memangilnya terasa kuat memetir
di telinga.
“Kau
kenapa?” Zafry bercekak pingang. Pelik melihat Adra yang tersenyum-senyum
seorang diri. Sudah itu muncungnya keluar sedepa. Tengok Tv pun boleh jadi
sampai macam itu ke? Pelik betullah perempuan seorang ni.
“Huh...”
Adra toleh kiri dan kanan. Keluhan hampa terluah dari bibir nipisnya. Berangan
di siang hari! Ufthh..
“Tak
ada..tak ada apa-apalah..” Tergagap dia cuba menafikan gelagat tidak senonohnya
sebentar tadi. Malunya... Janganlah Zafry sedar yang dia sedang berangan.
“Kau
nak pergi mana-mana tak? Esok aku dah mula kerja.” Tubuh sasanya dijatuhkan di sebelah
Adra. Tangan diletakkan dibelakang kepala.
“Abang
nak bawa ke?” Bersinar matanya memandang ke arah lelaki itu. Tawaran Zafry
ibarat bulan jatuh ke riba.
“Habis
itu kau nak pergi sendiri?”
“Eh
tak…tak..” Entah apa yang menyampuk suaminya. Pelik betul. Kalau tidak.. nak
kena memaksa, mengoda dan segala ‘meng’ lagi hanya untuk mengajak lelaki itu
menemaninya kemana-mana.
“Gambar
apa kau tengok ni?” Remote di tangan Adra cuba dicapai. Siang-siang hari tengok
gusti. Jiwa betul!
“Jangan
lah kacau.” Cekap Adra melarikan remote ditangan. Terus diletakkan dibawah
pahanya. Tempat strategik yang dia yakin Zafry tak akan mampu untuk mencapai.
“Kau
ingat aku tak berani nak ambil ke?” Senyuman sinis tersadai dibibirnya.Adra,
Adra…
“Berani
ke?” Tanpa memandang wajah suaminya Adra berkata dengan riak mencabar. Tumpuan
matanya terarah kembali ke arah tv. Tangan digengam erat. Menahan diri dari
mengeluarkan sebarang bunyi. Dia kalau tengok gusti atau apa-apa sajalah jenis
sukan, memang tidak tahu duduk diam. Tetapi demi menjaga prestij dihadapan
suaminya, semua aksi luar kawalan seperti itu haruslah dilupakan sebentar.
“Kau
cabar aku ke?” Zafry mendekat. Tubuhnya sedikit mengiring. Wajah Adra dipandang
dengan renungan yang hanya dia fahami.
Adra
telan liur. Dia silap cakap ke tadi? Kepalanya semakin ke belakang. Cuak
melihat wajah Zafry yang hanyak berjarak beberapa inci dari wajahnya.
“Pertama…
Jangan berani mencabar lelaki Adra.” Sepantas kilat ciumannya menjengah di bibir
itu sebelum dia kembali menjarakkan wajah dengan tawa yang kuat bergema. Remote
yang sudah berada di dalam gengamannya ditayang di hadapan Adra. Kenyitan nakal
di hadiahkan buat isterinya yang masih kaku.
Selepas
hilang dari terperanjat, Adra terburu-buru bangun. Wajahnya terasa tebal
berinci-inci. Sudah puas dia mengajar diri agar ‘buat buta’ walau apa juga
tindakan Zafry. Tetapi dia tidak boleh. Rasa malu itu bagaikan sukar untuk dikikis
dari jiwanya.
“Kau
nak pergi mana?” Tangan Adra dicapai dan ditarik kuat sehingga tubuh itu
terjatuh di atas ribanya.
Adra
terdiam.Tangan suaminya terasa kuat membelit tubuh membuatkan urat sendinya
bagaikan menjadi lumpuh. Lembik seperti agar-agar yang bila-bila masa sahaja
akan terkulai. Kenapa dengan suaminya hari ini?
“Adra…Adra…”
Meliar matanya cuba mencari objek yang boleh membantu dirinya mereka alasan
bagi melepaskan diri.
Zafry
ketawa nakal. Semakin galak dia mengusik bila Adra sudah tidak senang duduk. Dicuit
tubuh itu sesuka hati. Kemudian dagunya dilabuhkan di atas bahu Adra. Ditiup perlahan
leher putih itu.
Rangkulan
tangan Zafry cuba dirungkaikan. Wajahnya sudah terasa kebas menahan malu.
Kalaulah dia halimunan, pasti saat ini juga dia menggunakan kelebihan itu bagi
menghilangkan diri.
“I love you sayang.”
Bisikan
lembut di telingannya membuatkan dia kaku. Tidak percaya kata itu terluah dari
bibir suaminya. Dia tahu Zafry hanya bermanis kata untuk cuba bermain dengan
emosinya. Cuma dia…Terpesona dengan bicara itu. Termakan dengan kata-kata indah
sehingga membuatkan dia lemah. Membiarkan diri terus digoda.
………………….
“Tembikai?”
Adra tunjuk ke arah bahagian buah. Terbayang keenakkan dan kemanisan buah itu
membuatkan air liurnya kecur dengan sendiri.
“Tak
nak.”
Adra
mengeluh. Tiada satu benda pun yang ditunjukkan olehnya disukai oleh lelaki
itu. Bosan dia melayan kerenah Zafry. Belagak tak hengat dunia.
“Habis
tu abang nak apa?”
“Nak
kau…” Terus dia berlalu.
Adra
hanya mampu mengeleng kepala. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Kemudian
kalut dia menolak troli bagi mengejar Zafry yang sudah jauh ke hadapan.
“Abang
kejap lah.” Adra memanggil perlahan. Tidak mahu suaranya membuatkan mereka
menjadi tumpuan.
“Ambil
ini…ini..ha ini pun..”
Membulat
mata Adra memandang troli yang tadinya kosong sudah dipenuhi dengan berbungkus
Milo, Horlick, Teh, Nescafe dan pelbagai jenis perasa minuman. Liur ditelan. Nak
buka warung minuman ke apa ni?
“Kau
nak beli apa lagi?” Zafry bertanya setelah barang yang ingin dibelinya sudah
terisi di dalam perut troli.
“Kalau cakap abang nak beli ke?” Tak
berperasaan Adra bertanya. Sambil itu sedaya upaya dia cuba menolak troli yang
semakin berat. Harapkan suaminya nak tolak..Ufth..
Tahu ambil dan letak saja.
“Kau nak sakitkan hati aku ke apa?”
Zafry bertanya tidak puas hati.
“Adra nak pergi sebelah barang
basah.” Malas melayan Zafry terus dia melangkah pergi.
“Kau makan ke tak tadi?” Troli
dicapai. Letih melihat Adra yang bergerak bagaikan nenek bongkok tiga. Lembab!
“Kalau macam ini dari tadi kan
bagus.” Terus dia tersenyum. Ingatkan suaminya nak jadi Hitler sepanjang masa.
Zafry hanya mampu menjeling setelah
mendengar sindiran isterinya. Karang kalau dia buka mulut, lain pula jadinya.
“Adra
nak pergi pilih ikan. Abang tunggu sini kejap.” Adra menepuk tangan suaminya.
Kemudian terus dia berlalu. Tidak mahu Zafry mengekorinya. Kalau tidak, ada
sahaja yang tidak kena.
Zafry
mengeluh memandang kelibat Adra yang sudah menyusup pergi. Matanya meliar
memandang keadaan sekeliling. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke
kawasan barang basah di pasaraya. Entah apalah lagi yang dia terpaksa lakukan
selagi bergelar suami kepada Adra Afeefa.
Matanya
terpaku ke satu arah. Terus senyuman menguntum di bibir. Meroyan lah kau kejap
lagi perempuan!
Tangannya
mencapai pelbagai jenis sayur dan dimasukkan ke dalam plastic. Sesekali dia
mengintai kedudukan isterinya. Bila melihat Adra melangkah ke arahnya, kalut
dia menyudahi ‘tugas’ nakal tersebut.
“Kenapa
banyak sangat?” Adra bagaikan tidak percaya melihat pelbagai jenis sayur
disumbat masuk ke dalam troli.
“Sebab lepas ni kau tak payah lah ajak aku
lagi. Ye tak?” Wajah Adra yang masam mendengar kata-katanya di pandang.
“Eh
kau buat apa tu?”
Tanpa
mempedulikan pertanyaan suaminya, dia cekap mengeluarkan sayur yang dipilih
oleh lelaki itu dari troli dan diletakkan kembali ke atas rak.
“Adra…” Zafry geram. Sakit hati apabila Adra
langsung tidak mempedulikan dirinya. Selamba sahaja tindakan wanita itu.
“Abang
sayang… Sayur tak tahan lama tahu. Isteri abang ni bukan ulat, asyik nak gigit
sayur dua puluh empat jam.” Adra herotkan bibir. Nasib baik Zafry itu suaminya.
Kalau tidak tahulah dia nak mengajar.
“Kau
tak nak makan sudah. Tapi aku nak.” Dia cuba mencapai kembali sayur yang
dikeluarkan oleh Adra.
“Sejak
bila abang makan sayur?” Dia tahu lelaki itu sengaja mahu sakit kan hatinya.
Beberapa minggu hidup bersama lelaki itu dia sudah dapat membaca kerenah Zafry.
Sayur sebesar kuku pun sedaya upaya dibuang dari makanan. Inikan pula nak makan
sayur yang pelbagai jenis seperti itu.
Zafry
mati kata. Dia dengan sayur ibarat adik beradik tiri. Tak ngam. Sudah puas
memaksa diri. Tetapi dia akan meloya walaupun sekecil sayur menjengah lidah.
“Membazir
tu amalan syaitan. Pada abang buang duit, baik sedekah dekat masjid. Tak pun
rumah anak-anak yatim. Dosa tak ada, pahala pun dapat.” Bahu suaminya ditepuk
beberapa kali.
“Kau…”
Dia pula yang terkena!
“Syuhh...
Nanti orang tengok.” Mata dikenyitkan sebelum Adra ketawa kecil bila Zafry
menjeling tajam.
Surat
Cinta Untuk Disana : Alo..Alo… Kalau rajin ce tinggalkan
komen…Muahhhh