“Tak ada sebab pun I nak menyesal.”
Kata Nami dua tahun
lepas terngiang di telinga Zayan.
‘I tahu you menyesal
kahwin dengan I...’ Zayan mengumam sendiri. Jemarinya cekap menyelak satu
persatu gambar perkahwinan dia dengan Nami.
Dia nampak Nami
tersenyum.
Dia nampak Nami
gembira.
Dia juga nampak Nami
bahagia.
Nami kata dia orang
yang paling cantik dalam dunia hari itu. Dia tersenyum. Dia juga gembira dan
bahagia macam Nami. Tapi betullah... Bahagia dan gembira boleh hilang sekelip
mata sahaja.
Tanpa sedar, air
matanya mula menitis jatuh di atas gambar-gambar yang tak pernah jemu dia
tatap.
Bila teringatkan
Nami, itulah benda yang dia hadap. Bukannya Nami tak pulang langsung ke rumah. Ada
sahaja kelibat lelaki itu walaupun sekejap. Tapi hubungan dia dengan Nami
bagaikan istilah ‘dekat tapi jauh.’
Lama dia dan Nami
hidup dalam dunia sendiri. Seorang ke timur, seorang lagi pula ke barat. Sedar
tak sedar, mereka dah jadi seperti orang asing. Sesekali ada juga dia dengan
Nami saling menyapa. Cuma tingkah mereka seakan kaku.
Kadang-kala jarak
Nami dengan dia hanya beberapa inci. Tapi Zayan jadi segan nak menyentuh. Dia
takut Nami marah, padahal lelaki itu tak pernah pun nak tinggikan suara.
Cuma satu sahaja yang
sejak dari hari perkahwinan mereka sehingga sekarang masih tidak berubah. Kalau
ada waktu yang Nami ‘wujud’ di dalam rumah, solatnya masih lagi berimamkan
lelaki itu. Itu sahaja sudah cukup untuk berikan dia berjuta rasa bahagia.
Walaupun perasaan
bahagia itu hanya untuk seketika, Zayan tetap berpuas hati. Katakan dia bodoh.
Katalah apa sahaja... tapi orang tak akan boleh faham apa yang dia alami.
“You buat apa tu?”
Zayan panggung
kepala. Sebelum itu sempat dia kesat air mata yang masih bersisa di pipi. Dia
kuat! Dia kena kuat! itu yang hari-hari dia jaja untuk diri sendiri. Painkiller
yang dah berzaman dia amal.
“Tengok gambar kahwin
kita.” Zayan tersenyum. Pertanyaan ringkas Nami yang buatkan hati dia kembali
mekar.
“Again? You tak jemu ke hadap gambar tu
hari-hari?” Nami merengus perlahan. Tie yang masih membelit leher, ditanggalkan
sebelum dicampak ke atas katil.
Zayan pegunkan
pandangan ke arah Nami. Dikumpul segala keyakinan yang masih bersisa... dia
rindukan Nami... sangat...
Tubuh Nami dihampiri
sebelum jemarinya cekap menjalankan tugas. Butang baju lelaki itu ditanggalkan
satu-satu.
“I tak kan pernah
jemu, Nami.” Pertanyaan Nami tadi, dijawab perlahan. Zayan ketap bibir yang
mula rasa nak bergetar.
Nafas ditarik dalam. Cuba
menstabilkan kembali perasaan dia yang hampir ranap lelaki itu kerjakan tanpa
sedar. Tapi bila haruman yang selalu Nami gunakan menyapa deria, dia kembali
disapa rasa sebak.
Wangian yang paling
dia rindu.
Happiness is, wearing your most precious perfume and feeling
irresistable.
Wangian dari jenama
AHMAD NAMI. Itulah satu-satunya wangian yang selalu berikan Zayan rasa gembira.
Wangian yang sampai bila pun dia takkan lupa aromanya.
Tapi apa yang Zayan
takut, kalau suatu hari nanti, Nami yang terlupa wangian dari NURZAYAN.
Mungkin juga Nami
mahu mengantikan ‘wangian’ lama dengan ‘wangian’ baru yang lebih harum baunya. Membayangkan
sahaja sudah cukup untuk berikan Zayan ‘kesakitan’ yang bukan sedikit.
Dia tak puas lagi
berada di sisi Nami. Kesakitan yang lelaki itu bagi, belum cukup kuat untuk
padamkan ‘kebahagian’ yang pernah dia terima.
Surat Cinta Untuk Di
sana : Halooo...alohaaa....dah lama tak melepak-lepak dalam blog... saja nak
update status... Jangan risau...saya masih hidup...hahaha
Ni salah satu cerpen
yang saya tengah buat... cadang nak buat buku barang seketul. Himpun
cerpen-cerpen saya. (cerpen kah? Cerpang!) Tapi yang pasti (insyaallah)
semuanya cerpen baru yang tak pernah saya post dekat mana-mana lagi.
Tajuk yang ada setakat ni (siap dlm 80%) :
Dear My Wife - Ahmad Nami & Nurzayan
Dear My Husband – Ahmad
Izumi & Barizah Husna (Betty)
Kasih Di Balik Awan –
Rafiq & Farhat Hayati
My Heartless
Boyfriend – Pradyun Aarav & Helen Tan Jiayi
Ada yang berminat nak
beli? ahahahah...btw – Cinta Price Tag OTW nak jumpa korang...tinggal sikit
lagi...doalah noh.... Papai...papai...muahhhhh