“Kemaafan?” Zara merenung tajam wajah suaminya. Dia
ketawa kecil kemudian. Menghantar maksud betapa dia jengkil mendengar kata-kata
itu. Selagi kesakitan di hati masih terasa, tak akan ada sebuah kemaafan akan
terluah dari bibirnya.
“Dah setahun lebih Zara. Sampai bila
nak buat abang macam ni?” Fayadh merenung isterinya mengharap simpati. Sampai
bila dia harus di hukum? Kalaulah dia mampu memutar kembali masa lalu, dengan
rela hati dia akan lakukan. Segala khilaf yang dilakukan akan cuba
diperbetulkan kembali. Tetapi dia tahu semua itu mustahil.
“Sampai bila-bila.” Tak tunggu lama
Zara pantas bangun. Pinggan nasi dibawa ke singki. Seleranya yang memang tidak
pernah ada sejak bertahun dahulu terus tertutup. Pinggan sebiji yang tidak
terlalu kotor disental sekuat hati. Paip air dibuka. Kalau hatinya boleh
diubati dengan cara membasuh seperti itu, tanpa ragu dia pasti akan lakukan.
“Boleh tak Zara jangan layan abang
macam ni?” Sedaya upaya Fayadh menahan rasa. Kalaulah tidak memikirkan ego yang
masih ada, pasti dia sudah meraung. Zara yang ingin berlalu ditarik
mendekatinya. Dia mahu memeluk wanita itu. Menghantar isyarat yang dia
benar-benar sayangkan isterinya. Tetapi dia tahu, mustahil semua itu dapat
dilakukan.
“Ini sikit sangat banding apa yang
abang dah buat.” Zara merentap tangannya dari pegangan Fayadh. Wajah lelaki itu
langsung tidak dipandang. Bukan dia jijik, bukan juga dia tak kasih, cuma
melihat wajah itu membuatkan dia mengenang kembali segala cerita yang mampu
membuatkan lukanya berdarah kembali.
“Abang tahu. Tapi tolonglah Zara.
Kita kena berbincang.”
“Kenapa baru sekarang? Kenapa tak
dulu lagi? Dulu masa Zara ajak abang bincang, ada abang nak dengar?” Kali ini
air mata sudah terasa mula menodai kolam matanya. Berbulan dia menahan rasa.
Cuba memujuk hati bila kasih sayang suami yang amat disayanginya mula beralih
arah. Luka di dalam jiwanya cuba dirawat sendiri. Malangnya dia tersungkur. Dan
semuanya berpunca dari Ahmad Fayadh. Sampai dia mati sekalipun mustahil dia akan
lupakan apa yang telah lelaki itu lakukan.
“Abang tahu semua salah abang. tapi
kali ni abang mintak, Zara dengarlah cakap abang.” Dia mula rasa sebak melihat
ada air jernih mula menuruni lekuk pipi itu. Air mata diwajah isteri
kesayangannya cuba disapu. Malangnya, yang dia perolehi hanyalah tepisan kasar
wanita itu.
“Memang semua salah abang.” Zara
puas. Kalau boleh setiap saat dia mahu mengulang ayat itu di telinga Fayadh.
Biar lelaki itu rasa apa yang dia terpaksa lalui.
“Abang tahu. Tapi sampai bila kita
nak macam ni?” Dia mahu kembali Zara yang dulu. Yang ceria, yang peramah, juga yang
sayang dan cintakannya sebagai seorang suami.
“Sampai abang ceraikan Zara.” Tak
tunggu lama Zara terus berlalu pergi. Setiap langkahnya ditemani deraian air mata.
Hatinya sakit meluahkan kata-kata itu. Tetapi dalam pada masa yang sama dia
benar-benar mahukan perpisahan. Tidak mahu terus menanggung dosa akibat
membenci suami sendiri.
“Ya Allah...Zara.” Tubuh Fayadh
melolot jatuh. Tangan dipekup ke muka. Air matanya yang mengalir tiada daya
mahu disekat. Terbayang raut wajah comel anak-anaknya. ‘Maafkan papa sayang.’
Kali ini tangisannya bertukar menjadi esakkan kecil.
..........................
“Kami minta maaf Puan. Kami dah cuba
sedaya..................”
Kata-kata seterusnya dari doktor
langsung tidak dicerna oleh pendengaran Zara. Apa yang dia tahu, dia
benar-benar mahu tidur pada waktu itu juga. Berharap apa yang terjadi hanyalah
mainan tidurnya. Hanya mimpi ngeri yang dikarang oleh minda dek kerana terlalu
letih. Malangnya dia sedar yang semua itu adalah sebuah realiti. Dan dia
terpaksa melaluinya.
“Kenapa abang tak mati? Kenapa anak
Zara?” Zara meraung sekuat hati. Bahu suaminya dipukul kuat. Tak cukup dengan
itu, tamparannya berkali-kali menyentuh wajah Fayadh. Terus dia terlupa lelaki
yang sedang diamuknnya adalah suami sendiri.
“Zara,,,Zara dengar cakap abang
sayang.” Tangan isterinya cuba di tangkap.
“Zara tak nak dengar. Semua ni salah
abang. Zara tak kan maafkan....Zara tak kan maafkan...” Ayat itu diulang
berkali sebelum tubuhnya terus terasa lembik. Penglihatannya menjadi kelam. Dan
segala kenangan manis bersama anak-anak kesayangannya mula menerjah ruang mata.
“Abang...adik..!” Zara menempik
kuat. Terus dia terbangun dari pembaringan. Tercungap dia cuba bernafas. Tubuhnya
terasa berpeluh. Ditoleh kanan dan kiri. Kosong. Hanya ada dia yang menjadi
penghuni katil yang besar itu. Mata dipejam. Diraba pembaringan kiri dan
kananya. Mencuba untuk mencari dan merasai kehangatan tubuh-tubuh kecil yang
pernah berada di dalam pelukkannya satu ketika dulu.
“Zara.”
Zara angkat wajah. Tetapi hanya
untuk sesaat. Kali ini dia terus berbaring. Tidak dipedulikan Fayadh yang
sedang menapak masuk kedalam biliknya. Dia sudah lali. Setiap malam ketika dia
terbangun selepas dihantui peristiwa lama, pasti akan ada Fayadh yang datang
menjengah.
“Zara nak tidur. Tolong keluar.”
Matanya dipejam kembali. Menghantar isyarat yang dia tidak mahu diganggu.
Fayadh tidak mempedulikan amaran
Zara. Kakinya dibawa menghampiri tempat pembaringan isterinya. Tanpa segan
kerusi kecil ditarik menghampiri katil. Lampu meja solek yang cerah terpasang,
dilaraskan sehingga menjadi suram. Tidak mahu tidur Zara tergangu dek kerana
cahaya yang terlalu terang.
Wajah isterinya ditatap. Dia tahu
Zara belum tidur. Tetapi mustahil dia dapat memulakan perbualan dengan wanita
itu. Sukar dia mahu mendengar bicara Zara selepas segala peristiwa hitam yang
terjadi dalam kehidupan mereka. Kalau ada sekalipun, nada yang terlontar
hanyalah satu bentuk kata yang meletakkan semua kesalahan di pundaknya.
Dan setiap kali dia terpaksa
mendengar kata yang terluah dari bibir Zara, setiap kali itulah juga hatinya
bagaikan dilapah. Penat fikiran cuba menafikan, tetapi bila mana hati sendiri
menjerit mengakui kata-kata itu, dia sendiri akan terdiam. Terhukum dengan
khilaf yang dilakukan sendiri.
Setiap malam selepas mendengar
jeritan Zara, dia dengan sendirinya akan terbangun. Setahun dia mengulangi
perkara yang dia lakukan sekarang tanpa jemu. Mahu menenangkan wanita itu
secara dekat dia tahu dia tidak akan mampu. Kerasnya hati seorang Az-Zahra
bagaikan sukar dilentur.
Fayadh duduk menyandar. Gambar yang
berada di sebelah katil isterinya dicapai. Tersenyum senang hati bila mana
permandangan sebuah keluarga bahagia terpampang di hadapan mata. Ada dia, ada
anak-anak yang comel, juga ada Zara. Tidak lama senyuman itu dapat bertahan.
Seperti malam-malam sebelumnya, air mata perlahan-lahan jatuh pada cermin
gambar. Mengalir sehingga membasahi hujung bingkai. Perit hati bila dia terpaksa
menelan, dialah yang telah menjadi pemusnah kepada kebahagiaan keluarga
sendiri!
.............................
“Kamu tak cuba bawa Zara berubat?”
Puan Salmah berbisik kepada menantunya. Takut kalau kata-katanya didengar oleh
Zara. Anaknya sekarang begitu mudah tersentuh hati. Tersilap cakap, pasti akan
panjang rajuk Zara. Dia juga tidak mahu kerana mulut dia, anak dan menantunya
berperang.
Cuma sebagai ibu, hatinya gusar melihat
keadaan anak kesayangannya. Sudah lebih tiga bulan dia tidak melihat Zara. Pada
perkiraannya akan ada perubahan dalam diri itu, malangnya Zara masih kaku. Hidup bagaikan tidak bernyawa.
“Dulu pernah juga saya bawak dia
jumpa pakar kaunseling. Tapi Zara degil mak. Langsung tak nak bagi kerjasama.”
Fayadh mengeluh. Bukan dia tidak berusaha untuk meniupkan kembali semangat
dalam diri isterinya, tetapi bila tuan empunya diri tidak sudi memberikan
kerjasama segalanya menjadi sukar.
“Mak pun dah tak tahu macam mana nak
nasihatkan dia.” Sayangnya pada Zara hanya Allah yang tahu. Terluka hati anak
itu, terlukalah juga hati dia. Tetapi dia yakin kepada Qada dan Qadar Allah.
Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.
“Semua ni salah saya mak.”
“Bukan kamu yang tentukan hidup mati
anak kamu tu. Kalau Allah dah kata Kun Fayakun, lari pelosok dunia mana pun
kamu tak akan dapat elakkan diri.” Pasti berat dugaan yang perlu di tanggung
oleh menantunya. Sudahlah hilang anak. ‘Hilang’ juga isteri. Lebih malang
dituduh sebagai penyebab kematian Zuriat sendiri.
Fayadh terdiam mendengar kata-kata
ibu mertuanya. Kalaulah wanita itu tahu rahsia disebalik semua yang terjadi,
pasti tiada lagi kata-kata semangat untuknya yang berkumandang. Pasti dia akan
dipandang dengan pandangan jelik.
“Mak harap kamu dapat besabar dengan
Zara. Inshaallah, lambat atau cepat pasti dia berubah.” Bahu Fayadh ditepuk.
Menghantar isyarat yang dia sentiasa bersama menantunya. Fayadh itu menantu
pilihannya. Anak kepada arwah sahabat baik sendiri. Dia kahwinkan Zara dengan
Fayadh bukan kerana harta lelaki itu, tetapi kerana budi bahasa yang
ditunjukkan. Dia tahu dia tidak silap menjodohkan mereka.
“Itulah doa saya hari-hari mak.”
Sedaya upaya Fayadh menahan air matanya dari gugur.
.............................................
Beberapa
tahun dahulu
Zara tersenyum senang hati. Tidak
sedar bila suaminya membawa kejutan itu masuk ke kamar tidur mereka. Ahh..Fayadh memang seorang suami yang
penuh dengan kejutan. Kadang-kala dia sendiri tidak dapat membaca fikiran dan tindakan
lelaki itu.
“Suka?” Bunga di tangan diserahan
kepada Zara. Bunga ros merah. Lambang cinta sejati antara uda dan dara.
“Sangat. Terima kasih abang.”
Semakin melebar senyuman Zara. Bahagia menjengah apabila dihargai oleh suami
sendiri. Pipi Fayadh dibelai penuh kasih. Bunga di tangan dihidu. Harum, dan
dia berharap keharuman itu akan turut mewarnai kehidupan mereka.
“Sama-sama kasih sayang.” Dahi
isterinya dikucup. Wanita itu sentiasa ada bersamanya disaat susah dan senang. Saat
dia hampir jatuh tersungkur, Zara sudi menghulurkan tangan membantunya. Menadah
telinga mendengar setiap keluh kesah. Dan sungguh, dia tidak dapat membayangkan
kehidupannya tanpa Zara.
“Abang nak hadiah apa hari ini?”
Zara bertanya lembut. Kepalanya disandar pada dada lelaki itu. Kepanasan tubuh
suaminya memberikan keselesaan. Rasa selamat bagaikan dia akan sentiasa
dilindungi.
“Abang tak perlukan hadiah. Zara
dengan anak-anak adalah hadiah terbaik yang abang pernah terima.” Dia ketawa
kecil bila Zara mencium pipinya.
“Nak tahu sesuatu tak?” Zara angkat
kening. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Apa?”
“Abang pandai bermanis mulut.” Zara
ketawa kecil apabila jari jemarinya digigit oleh Fayadh.
“Manis mulut untuk isteri sendiri,
apa salahnya. Ke Zara nak abang manis mulut dekat orang lain sama?” Fayadh
bertanya dengan nada menusik.
“Zara potong lidah abang nanti.”
Zara tayang riak wajah serius.
“Tak bolehlah kita berbual lepas
itu. Zara sangup ke tengok suami Zara yang handsome lagi menawan ni cacat?”
Zara pegang wajah suaminya dengan
kedua belah tangan. Sekejap dia pusingkan kepala lelaki itu ke kanan dan
sekejap ke kiri. Serius wajahnya tanpa sebarang senyuman.
“Kenapa ni?” Fayadh bertanya risau.
Gurauannya tadi keterlaluan sangat ke? Rasanya biasa-biasa sahaja.
“Zara tengah cari dekat mana
letaknya handsome dengan menawan tu..Kenapa abang menipu?”
“Zaraa...” Pingang isterinya
digeletek semahu hati. Geram mendengar kata-kata yang terluah. Ada sajalah
agenda Zara untuk menyakatnya.
“Janganlah...Gelilah abang..” Zara
ketawa mengekek. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri dari Fayadh.
“Ahh,,tak kira.”
“Okey...Okey...Zara surrender.” Zara angkat tangan tanda
mengalah. Bila suaminya menghentikan aktiviti mengeletek, dia pula yang
melancarkan serangan. Ketawa besar dia bila suaminya itu sudah mengelek seperti
ular. Kegelian apabila dicuit.
“Oitt,
apa ni. Main tipu.” Fayadh turut ketawa. Rambut Zara yang kusut diselak kebelakang.
Cantik..Isterinya memang cantik malangnya itu tidak mengcukupi. Dia bahagia,
sangat bahagia. Tetapi rasa bahagia itu tidak datang bersama rasa cinta. Dan
dia tahu, pasti Zara sedar tentang itu.
.............................
“Anak-anak papa kenapa tak pakai
baju sekolah?” Fayadh bertanya kehairanan. Butang lengan baju dimasukkan pada
lubang. Sambil itu dia memandang anak-anak kesayangannya menanti jawapan.
“Papa lupa ke..Hari ni kan cuti.”
Adik berkata lanjut. Sesekali dia menguap kecil.
“Papa janji nak bawa pergi Zoo.
Jomlah.” Si abang pula berkata. Kepala diletakkan di atas meja. Bercakap dengan
mata yang terpejam.
Zara tersenyum memandang aksi
anak-anaknya. Si kembar yang baru mencecah umur lima tahun beberapa hari lepas.
Begitu petah berkata-kata sampai ada kalanya dia sengaja berpura-pura tidak
mendengar. Tidak telayan gelagat mereka yang comel dan nakal.
Hari ini demi menuntut janji kepada
suaminya awal pagi lagi mereka sudah bangun. Sesuatu yang mengejutkan. Kalau
tidak susah benar ingin membangunkan mereka pada waktu pagi. Siap menangis lagi
kalau dipaksa.
Fayadh pandang wajah isterinya. Dia
benar-benar serba salah. Terlupa dengan janji yang ditabur kepada anak-anaknya.
Kalaulah dia tidak perlu ke pejabat, pasti permintaan mereka akan ditunaikan.
“Tak apa. Abang pergi kerja dulu.
Nanti pandai-pandailah Zara uruskan budak-budak ni.”
“Thank
sayang. Abang cuba siapkan kerja cepat-cepat. Kalau sempat abang balik awal.
Nanti kita bawak anak-anak keluar.” Dahi Zara dikucup. Dia mendekati anaknya
yang sudah tertidur di meja makan. Ciuman di hadiahkan buat kedua-dua heronya.
“Eh, abang tak nak sarapan dulu ke?”
“Abang dah lewat. Nanti abang
sarapan dekat office je.” Fayadh tergesa-gesa berlalu. Mujurlah anak-anaknya
tertidur. Kalau tidak pasti riuh keadaan rumah. Pasti janji yang di tabur akan
dituntut. Sebab itu dengan anak-anak jangan berani berjanji. Perkara berbulan
sudah pun pasti akan diingati oleh mereka.
....................................
“Perkenalkan. Pembantu saya...Elina.”
“Fayadh.” Fayadh tersenyum hambar.
Wajah itu masih seperti bertahun dahulu. Langsung tidak berubah. Bahkan sudah
semakin cantik dirasakan.
“So, Elina, boleh you temankan
Fayadh? I have to go now.” Datuk Sukri
bertanya. Sesekali dia melihat jam di tangan. Ada beberapa urusan penting yang
harus dia uruskan segera.
“Never
mine datuk.” Elina tersenyum. Menghantar isyarat yang dia langsung tidak
kisah.
“Awak apa khabar?” Elina bertanya
lembut. Rambutnya yang dibiarkan lepas mengurai di selitkan ke telinga. Wajah
lelaki yang pernah bertahta di hatinya dipandang. Sedikit kumis yang ada
membuatkan Fayadh nampak kacak.
“Fine.”
Fayadh tidak tahu bagaimana harus beriaksi. Dia benar-benar tengelam punca. Pertemuan
semula setelah tujuh tahun berlalu rupa-rupanya tidak mudah. Kesakitan yang
dulu disangkakan sudah lupus ditelan masa, rupanya masih ada. Masih kejap
bersarang dalam hatinya.
“So..how
about your life?” Elina sedut minuman. Senyum mekar masih tersadai di
bibirnya. Langsung tidak menyangka dia dapat bertemu semula dengan lelaki itu.
“Biasa-biasa sahaja. Awak macam
mana?”
“Okey. Ada seorang anak. And now...i’m a single mother.” Elina
berterus terang. Perkahwinannya dengan lelaki pilihan keluarga pada mulanya memberikan
kebahagian. Tetapi semakin lama mereka bersama, makin besar jurang perbezaan
yang timbul. Menyesal dia kerana terlalu akur dengan desakan keluarga. Kalaulah
dia berkeras untuk bersama Fayadh.....
“I’m
so sorry.” Fayadh serba salah. Tidak mahu kerana pertanyaan dia tadi
membuatkan wanita itu mengenang kembali kisah lalu.
“It’s
okey. Bukan salah awak pun.” Elina ketawa kecil melihat riak wajah Fayadh
yang sedikit berubah. Dia sudah tidak peduli lagi dengan masa silam. Padanya,
masa hadapan yang harus dikejar. Kalau fikir masa lalu, memang dia tidak akan
mampu untuk bangun semula.
“Tinggal dekat mana sekarang?” Dia
sudah semakin selesa untuk berbual. Sesekali kenangan lama disebut membuatkan
mereka ketawa gembira. Dengan sendirinya Fayadh terlupa janji untuk segera
pulang. Hilang wajah isteri, juga hilang wajah anak.
...............................
“Suami Zara segak-segak ni nak pergi
mana?” Zara memeluk erat pinggang Fayadh. Rindunya dia terhadap lelaki itu. Sebulan
dua ini Fayadh begitu sibuk. Bekejar ke sana sini. Sesekali timbul juga rasa
tidak puas hati. Cuma dia menyabarkan diri sendiri. Tidak mahu Fayadh menjadi
tertekan. Dia tahu tanggungjawab menangung keluarga begitu sukar. Tidak mahu
bebelannya nanti membuatkan Fayadh tidak selesa.
“Abang ada kerja sikit. Nanti malam
abang balik.” Fayadh senyum memandang isterinya. Dahi itu dikucup. Kalaulah
Zara tahu...
“Pakai santai je. Ha...kerja ke
dating ni?” Zara berkata lembut. Niat hatinya mahu bergurau dengan lelaki itu.
Sudah lama dia tidak bermanja dengan Fayadh. Sesekali kerinduan yang melanda
hati cuba disabarkan.
“Zara mengarut apa ni?” Melengking
suara Fayadh. Tajam matanya memandang ke wajah Zara. Menghantar amaran yang dia
tidak menyukai kata-kata wanita itu.
Zara terdiam. Kaku dia memandang
wajah Fayadh. Bertahun mereka berkahwin rasanya inilah kali pertama Fayadh
menengkingnya sebegitu rupa. Sebelum ini sekasar manapun gurauan yang dia
lakukan, Fayadh hanya akan tersenyum. Dan menegur selepas itu dengan nada yang
lemah lembut.
Fayadh mengeluh. Tangan Zara dicapai
dan digengam erat. Dia tidak bermaksud mahu berkasar tetapi kata-kata Zara
tepat menikam ke hulu hati. Dia rasa bersalah. Sangat bersalah.
“Abang minta maaf. Abang tak
sengaja.” Ditarik tubuh Zara ke dalam pelukkannya. Tetapi Zara masih kaku.
Pelukannya tidak berbalas.
“Zara yang salah. Tak patut cakap
macam itu.” Perlahan-lahan dia membalas pelukan suaminya. Saat itu hatinya
berdegup kencang. Air hangat terasa bertakung di jurai mata. Dia
tahu...Semuanya telah berubah.
“Jangan bergurau macam itu lagi.
Abang tak suka.” Perlahan Fayadh berkata.
“Pergilah. Nanti abang terlambat
pulak.” Sedaya upaya perasaanya dikawal.
“Tak apa. Abang tunda dulu kerja.
Hari ni abang nak habiskan masa dengan keluarga abang.”
Wajah suaminya dipandang. ‘Kenapa
abang buat Zara macam ni?...’ Hati seorang lelaki tidak sukar di tembak. Riak
bersalah pada wajah Fayadh telah menerangkan segalanya. Sampai hati Fayadh.....
..................................
“Zara..Kalau aku nak tanya sikit
boleh tak?” Athiyah pandang wajah Zara.
“Apa?” Zara menanti penuh debar.
Janganlah Athiyah membaca hatinya. Sekecil-kecil kesedihan yang melanda dirinya
pasti akan dapat dikesan oleh wanita itu.
“Kau ada masalah ke? Aku tengok kau
makin kurus. Tangan ni...Dah tak ada isi.” Tangan Zara diangkat sebelum
dilepaskan kembali. Zara sahabat karibnya. Mereka bukan baru kenal sehari dua.
Sudah terlalu lama persahabatan yang terjalin. Dia tahu riak wajah Zara kalau
dilanda kesedihan.
“Aku sihat Tiya. Kau jangan nak
merepeklah.” Zara pura-pura ketawa. Ketawa yang kemudiannya bertukar menjadi
tangisan yang sayu. Ahh..Sukar untuk
dia merahsiakan kedukaan dari pengetahuan Athiyah...Wanita itu bagaikan
mempunyai magic yang mampu membuatkan perasaannnya terdedah tanpa halangan.
“Ya Allah Zara...Kenapa ni? Cakap
dengan aku...Kau kenapa?” Athiyah gelabah. Terus dia bangun dan duduk
bersebelahan dengan Zara. Dipeluk tubuh sahabatnya. Cuba meredakan tangisan
wanita itu.
“Fayadh...dia ada orang lain.” Zara
cuba menahan air matanya. Dia mahu kelihatan kuat. Nampak gagah di mata
Athiyah. Tetapi dia tidak mampu. Athiyah sahaja yang dia ada untuk berkongsi
segala masalah.
“Ap..apa..kau cakap ni Zara?”
Athiyah ternganga. Mustahil..Fayadh yang dia kenal sangat sayangkan Zara. Mesti
ada salah faham yang terjadi.
“Dia ada orang lain Tiya. Dia curang
belakang aku.” Sepandai-pandai Fayadh menyiman rahsia, dia tahu semua yang
berlaku. Dia bukannya suri rumah yang akan menerima apa sahaja pembohongan si
suami. Dia kenal siapa Fayadh. Sebarang perubahan yang berlaku terhadap lelaki
itu dia akan sedar.
“Kau salah faham kot Zara. Cuba
bincang baik-baik dengan dia.” Athiyah cuba memujuk. Dalam pada masa yang sama
dia bagaikan dapat menerima segala kata-kata Zara. Sahabatnya itu memang
seorang yang teliti. Pasti kata-kata itu ada benarnya.
“Aku tahu siapa suami aku Tiya.
Bukan baru sehari aku kenal dia.” Walaupun Fayadh merupakan pilihan keluarga
tetapi rasa cinta yang dia pupuk berjaya membuatkan lelaki itu di tempatkan di
hatinya.
“Kau banyak-banyak besabar. Ke kau
nak aku bincang dengan Fayadh?” Sakit hati Zara sakitlah juga hati dia. Dan
Fayadh harus berdepan dengan dia kalau apa-apa berlaku pada Zara. Itu
sumpahnya!
“Jangan...Aku tak nak dia sedar yang
aku dah tahu. Kau tolong rahsiakan..” Zara merayu. Dia tahu dia boleh harapkan
Athiyah.
“Okey...Tapi kalau ada apa yang kau
perlu, jangan malu cakap dekat aku.” Pasti Zara terdesak. Tidak pernah Zara
menceritakan kisah rumah tangga kepadanya. Ah...Fayadh...
Di sebalik sikap yang penyayang, rupanya tegar juga melakukan onar.
....................................
“Abang. Kejap lagi kita keluar beli
barang rumah nak? Banyak yang dah habis. Lusa dah mula puasa.” Sambil itu cekap
tangannya meyikat rambut anak-anaknya.
“Abang tak bolehlah Zara. Abang ada
hal. Apa kata Zara pergi sendiri. Bawa anak-anak sekali.”
“Selalu sangat abang ada hal
sekarang. Dah tak ada masa untuk Zara dengan anak-anak.” Kali ini zara sedikit
berkeras. cukuplah dengan dengan kesabaran dia selama ini. Fayadh semakin hari
semakin melampau. Buat dia tak ubah macam tunggul kayu. Dia boleh terima kalau
lelaki itu hanya berubah hati untuknya, tetapi dia tidak boleh jika Fayadh
turut berpaling muka pada anak sendiri.
“Abang penat tau cari rezeki dekat
luar. Zara duduk di rumah apa Zara tahu? Tahu mintak saja.” Fayadh sudah
menengking. Tidak suka kelakuannya di tegur.
“Abang lupa ke siapa yang suruh Zara
duduk dekat rumah?” Nada Zara masih berlembut walaupun dia sakit mendengar
kata-kata Fayadh. Dulu, selepas habis belajar Fayadh juga yang beria-ia meminta
dia duduk di rumah. Jaga anak-anak. Kenapa sekarang mahu mengungkit?
“Kau nak apa sebenarnya Zara? Kalau
rasa diri dah pandai sangat, keluar cari kerja sendiri.” Tubuhnya dibawa
mendekati Zara. Hilang bicara lemah lembut yang selalu bermain dibibirnya
selama ini.
“Papa janganlah marah mama.” Adik
memeluk Zara. Marah melihat kelakuan papanya.
“Kau jangan nak menyibuklah.”
Kemarahannya sudah merebak kepada adik. Abang yang sedang menikus turut
dipandang tajam.
“Kalau rasa nak marah, marah saja
Zara. Jangan berani nak marah anak-anak.” Zara panas hati. Adik ditarik kesisi.
Tanpa gentar dia berjalan mendekati Fayadh. Lelaki itu benar-benar melampau.
Apa dengan jawatan sebagai suami bolehkah berperangai seperti itu? Lebih menyakitkan
hati...Kau? Aku? Tak pernah Fayadh berbicara sebegitu kepadanya.
“Kau jangan nak cabar aku Zara.”
Tangannya mengeletar. Tidak menyangka Zara seberani itu. Kelembutan yang selama
ini makanan harian Zara juga bagaikan menghilang.
“Nak pukul? Pukullah. Seinci tangan
abang naik atas muka Zara, Zara akan pastikan abang menyesal.” Kesabarannya
menghilang. Bukan dia tidak nampak tangan Fayadh yang mengeletar. Cukuplah. Dia
sudah bosan mengangap semuanya bagaikan tidak pernah terjadi. Bosan apabila
menahan hati sedangkan dia sedar diri sedang dibohongi. Bukan sehari dua dia
makan hati..Tapi sudah berbulan..
Fayadh terkedu. Tidak menyangka dia
akan mendengar kata-kata seperti itu. Merah padam wajah Zara yang sedang
memandang tepat pada anak matanya. Langsung tiada gentar. Dan sungguh, dia
menjadi takut melihat aura seorang wanita.
“Kalau rasa abang dah dapat orang
yang lebih baik, abang boleh lepaskan Zara. Zara boleh hidup dengan anak-anak.”
Sedaya upaya Zara cuba berlembut. Itu bukan kemahuannya. Namun jika semua itu
membolehkan dia dan Fayadh memeperolehi ketenangan yang semakin menghilang,,
dia sangup.
“Kau dah ada orang lain ke?”
“Kita berdua tahu kenyataannya
abang. Zara diam bukannya Zara bodoh, tapi Zara harap suami yang Zara sayang
sedar dengan kesalahan sendiri. Tapi kalau abang nak salahkan Zara, silakan.”
Dia mahu menangis. Dia juga mahu meraung sepuas hati, malangnya setitis air
mata tidak mampu dikeluarkan. Kolam matanya bagaikan kering. Sekering hatinya
dengan sikap Fayadh.
Fayadh mati kata.Dia memandang wajah
kecil yang sedang menangis disisi Zara. Rasa bersalah menjengah, tetapi dia
tahu dia memang tidak mampu membohongi hati sendiri. Elina cinta pertamanya.
Cinta yang selama ini dia dambakan. Mereka terpisah kerana keadaan yang
memaksa. Sekarang dia tidak mampu melepaskan lagi tangan itu pergi.
.................................
“Sampai bila kita nak macam ni? Saya
dah tak sangup nak keluar curi-curi.” Elina cuba menarik tangannya dari
gengaman Fayadh.
“Dia dah tahu..” Fayadh mengeluh.
Semakin hari hubungannya dengan Zara semakin meruncing. Zara banyak berlembut
dengan gelagatnya tetapi dia tahu hati itu terluka. Kalau boleh dia mahu
menamatkan penderitaan Zara. Mahu memunculkan kembali senyuman pada wajah itu.
“Mana dia tahu?” Elina terperanjat.
Dalam pada masa yang sama dia gembira. Sekurang-kurangnya mereka dapat bertemu
secara terang-terangan. Dia sudah tidak sangup keluar seperti penjenayah yang
sedang melakukan kesalahan yang besar.
“Entah..” Dia sediri runsing
memikirkan soalan itu. Takut jika sanak-saudara mereka turut mengetahui apa
yang sedang berlaku. Dia belum bersedia mahu menceritakan segalanya kepada
semua orang. Risau memikirkan tangapan yang akan di berikan kepadanya nanti.
“Kalau dia dah tahu kan bagus. Saya
dah tak sangup macam ini selalu. Apa kata kita kahwin?” Elina memujuk. Dia
bukanlah mahu merampas Fayadh dari Zara, dia cuma mahu berkongsi sedikit kasih
dengan wanita itu. Yakin Fayadh akan berlaku adil. Apatah lagi dia merupakan wanita
yang dicintai oleh Fayadh. Kemenangan bagaikan memihak kepadanya bila Fayadh
memberitahu tidak pernah cintakan Zara.
Tunggu semuanya reda dulu okey?”
Fayadh kusut. Terbayang wajah Zara dan anak-anak dimatanya. Tegakah dia
menyakitkan hati itu lagi?
.........................................
“...................Ya Allah ya tuhan
kami, berkatilah kami dengan rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan
jauhkan kami dari azab api neraka. Amin.”
Zara ketawa melihat gelagat
anak-anaknya yang berebut untuk membaca doa makan dan doa berbuka puasa.
“Dah jangan gaduh. Minum cepat.”
Kasihan melihat keadaan anak-anaknya. Hari kesembilan Ramadhan. Sehari pun
mereka tidak meninggalkan puasa. Semuanya demi mengembirakan hatinya. Rasa
bangga meruap ke dalam hati. Mujurlah dia ada anak-anak yang sudi menceriakan
harinya. Kalaulah mereka diambil darinya, entah bagaimana kehidupan dia nanti.
“Ini abang punyalah.” Fikri atau
lebih suka dipanggil abang membentak. Air tebu di tarik mendekatinya.
“Mintaklah sikit.”
“Tak boleh. Tadi kan adik ambil air
jagung. Minumlah yang itu...” Abang masih berkeras.
“Kita tukar-tukarlah...”
Zara hanya memandang. Tidak perlu
dia masuk campur, mahu melihat bagaimana masalah itu akan diselesaikan.
“Tak nak. Air jagung bukannya sedap.”
“Sengaja melengahkan waktu berbuka
tu, berdosa tahu..” Zara berkata perlahan. Sebiji buah kurma dicapai.
“Bak gelas...” Abang mengalah.
Separuh air dari gelasnya dituang masuk ke dalam gelas adik kembarnya.
“Thank
you. Nak tak?” Buah kurma dicapai dan diserahkan kepada abang. Sengihan
lebar tersadai dibibir comel itu.
Zara tahan gelak. Buat baik dibalas
baik. Walaupun buah kurma itu lebih dekat dengan abang, adik sedaya upaya
mencapai. Dasar budak-budak. Pandangan matanya dibawa ke sisi. Kosong. Dia sebak.
Sepanjang perkahwinan mereka, Ramadhan kali inilah Fayadh tiada bersama. ‘Sibuk’
lelaki itu bagaikan tiada penghujung. Air mata yang menitis disekat dengan
hujung jari.
“Mama, jangan sedih. Nanti adik
marah papa.” Farith atau adik lebih berjiwa halus. Mudah tersentuh dan sangat
mempertahankan dia. Walaupun adik sebenarnya lebih rapat dengan Fayadh. Anak
kesayangan papa. Entahkan ada lagi atau tidak gelaran itu...
“Mama bukan marah papa sayang. Mata
mama masuk habuk.” Tidak menyangka gelagatnya diperhatikan. Zara cuba mengukir
senyuman.
Abang yang mendengar jawapan Zara terus
bangun dari kerusi. Berjalan mendapatkan mama kesayangannya.
“Mama tunduk. Sini...sini...abang
tiup..” Zara menundukkan wajah. Semakin lebat air matanya yang mengalir. Argh...Sucinya
hati seorang budak tiada siapa dapat nafikan.
“Abang sebelah sini...Adik tiup
sebelah sana...” abang mula memberikan arahan. Adik yang entah bila mendapatkan
mereka mengangguk.
Zara tidak dapat menahan perasaan.
Dibawa anak-anaknya ke dalam pelukan. Cukuplah kalau dia ada Fikri Amir dan
Farith Amar. Itu sahaja sudah mencukupi untuk membahagiakan kehidupannya. Kalau
Fayadh mahu berpaling dia akan redha. Tapi seboleh mungkin dia tidak inginkan perpisahan.
Sayangnya sentiasa ada untuk lelaki itu. Sampai bila-bila....
...........................................
Elina berdebar. Detak jantungnya
sudah tidak seirama. Dia takut. Tetapi demi sebuah kebahagian dia harus
berusaha.
“Saya cuma nak berkongsi. Saya
bukannya mahu merampas Fayadh dari hidup awak.” Elina cuba memujuk. Wajah
isteri kekasih hatinya dipandang. Zara cantik, tetapi dia juga cantik. Dia
tiada apa yang kurang.
“Kenapa suami saya? Kenapa tak orang
lain?” Serak suara Zara. Dia mahu kelihatan kuat di hadapan wanita itu. Dia
tidak akan lemah. Tak kan!
“Sebab saya cintakan dia. Dia pun
cintakan saya. Saya tak minta lebih..”
Dia pun cintakan saya...Ayat itu
terasa bergema dalam fikiran Zara. Selama perkahwinan mereka, mulut Fayadh
ramah menuturkan sayang tetapi sekali pun dia tidak pernah mendengar ayat cinta
diluahkan. Sekali pun tidak. Dan sekarang.. dia sedar dimana letak duduknya dia
di hati lelaki itu. Dia hanyalah seorang isteri...ibu....tetapi dia bukan
kekasih di hati suami....Betapa kasihannya seorang Az-Zahra.
“Cinta sahaja tak cukup Elina. Saya
ada anak-anak dengan dia. Saya tak mahu kasih sayang anak-anak saya dirampas.”
Dia berkata benar. Fayadh bagaikan terlupa dia mempunya anak. Bahkan hatinya
pernah dicarik apabila mendengar perbualan mesra lelaki itu dengan anak wanita
di hadapannya. Begitu mesra. Sedangkan anak sendiri semakin di
ketepikan...Semakin jauh kedudukan mereka ditolak.
“Macam saya kata Zara.... Saya tak
berniat merampas. Saya juga ada anak. Saya tahu macam mana ada anak yang hidup
tanpa kasih sayang bapa. Saya dengan anak saya cuma mahu menumpang kasih dengan
awak.”
“Fayadh tak berkahwin lagi dengan
awak. Tapi tangungjawab dia pada keluarga memang dah tiada. Boleh awak
bayangkan keadaan kami kalau awak sudah berkahwin dengan dia? Macam mana kalau
dia tak boleh berlaku adil? Saya tak sangup tengok Fayadh berjalan senget masa
hari perhitungan nanti.” Zara bertegas. Tetapi masih dengan nada yang
lembut.
“Habis itu apa yang awak nak saya
buat?” Elina mengeluh. Wajah Zara dipandang.
“Tinggalkan suami saya. Please...” Zara merayu. Dia tidak kisah,
Demi sebuah kebahagiaan dia sangup lakukan apa sahaja.
“Saya minta maaf Zara. Saya tak
mampu. Saya terlalu sayangkan Fayadh. Anak saya juga dah boleh terima dia.
Tolong jangan pentingkan diri sendiri kalau awak benar-benar sayangkan suami
awak.”
“Saya atau awak yang pentingkan diri
sendiri? Awak tak duduk di tempat saya Elina. Awak tak akan faham apa yang saya
rasa dan apa yang saya kena lalui. Kalau awak masih ada hati, pasti awak faham
apa yang saya cuba katakan....Saya takkan merestui hubungan awak dengan
Fayadh...” Zara bangun. Cukuplah. dia sudah letih. Mindanya juga sudah gagal
berfungsi. Semuanya sudah terasa kelam.
“Kami pasti bersama juga Zara. Saya
minta maaf...” Elina serba salah. Tetapi untuk melepaskan Fayadh bagi kali
kedua, memang tidak..
...............................................
“Mama, malam ni abang nak makan nasi
ayam...Boleh tak?” Dia yang sedang berbaring di atas paha Zara mengagau mencari
wajah wanita itu. Ditekan-tekan pipi mamanya. Satu tabiat yang sering
dilakukan.
“Adik nak...nak..nak jugak!” Adik
terlompat-lompat.
“Wah, kalau makan anak-anak mama
laju saja kan?” Zara belai kepala abang. Dahi itu dikucup. Entah bagaimana
hidup anak-anaknya nanti. Dia sudah tidak nampak jalan pendamaian. Fayadh
begitu marah setelah mengetahui dia bertemu dengan Elina. Sedangkan kemarahan
itu patut dituju kepada ‘kekasih gelap’ suaminya. Wanita itu yang mahu bertemu
dengannya. Bukannya dia.
“Adik nak drumstick tahu mama..Jangan kasi abang.” Adik buka tender.
“Eh, abang yang nak drumstick..”
“Jangan gaduh. Ayam ada kaki dua. Drumstick pun ada dua.” Zara ketawa
dengan kata-kata sendiri.
“Petang nanti tolong mama, boleh
tak?” Pertolongan apalah sangat yang boleh anak-anaknya hulurkan. Tetapi masa
yang ada, dia mahu isi dengan kenangan-kenangan indah. Tidak mahu lagi
kesedihan melanda diri.
“Boleh..boleh..” Serentak kata-kata
itu begema.
“Sebelum itu, siapa nak ikut mama
beli baju raya?” Zara menjeling, mahu melihat reaksi anak-anaknya. Dia sengaja
mahu membuat persiapan awal. Tidak mahu tergesa-gesa nanti.
“Adik nak baju warna purple.”
“Abang nak warna merah.”
..........................................
“Mama.. abang nak yang ini.”
“Adik pun sama..”
Zara yang sedang memilih baju melayu
untuk Fayadh menoleh. Tersenyum dia melihat warna pilihan itu.
“Putih sayang...Nanti kotor.
Pilihlah warna lain.” Zara mengeleng kepala tanda tidak bersetuju.
“Tapi abang nak warna ni.” Bibirnya
sudah mencebik. Sedih apabila permintaannya di tolak. Dia memandang ke arah
adik kembarnya. Wajah itu turut muram.
“Adik nak yang sama macam abang.
Bolehlah mama. Adik janji tak bagi kotor...” Tangan diangkat tanda berikrar. Janji
yang ditabur...pasti dipenuhi.
Silih berganti Zara memandang baju
dan wajah anak-anaknya. Dia mengeluh pasrah. Anak memang punyai kuasa ajaib. Dapat
mempengaruhi fikiran seorang ibu hanya dengan pandangan penuh pengharapan. Kenapalah
perasaan itu diwujudkan dalam diri seorang wanita?
“Jom pilih saiz.” Zara senyum lebar
melihat ank-anaknya bersorak gembira. Sesiapa sahaja pasti akan senang hati
kalau keinginan dipenuhi.
Zara memasukkan baki ke dalam beg
duit. Beg kertas berisi pakaian
dijinjing dengan kedua belah tangan.
“Abang...Itu papa kan?” Adik
berbisik, tetapi sempat di tangkap oleh telinga Zara. Matanya meliar memandang
sekeliling. Mencari dimana kedudukan Fayadh. Dia ada menalifon lelaki itu tadi,
mengajak membeli pakaian bersama, tetapi ditolak dengan alasan banyak kerja.
Zara tersenyum. Mungkin Fayadh ingin memberikan mereka kejutan. Rupanya ada
lagi kasih Fayadh untuk mereka.
Senyuman perlahan-lahan memudar dari
bibir Zara. Dia memandang ke arah anak-anaknya. Jelas wajah keduanya turut
berkerut. Mungkin memikirkan apa yang terjadi.
Zara pandang pada pemandangan
‘keluarga bahagia’ tidak jauh dari tempatnya berdiri. Fayadh kelihatan begitu
gembira memimpin tangan Elina dan seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan
sebaya anak-anaknya. Sampai hati Fayadh...
Tidak sempat Zara menghalang bila
adik berlari mendapatkan Fayadh. Dia melihat wajah terperanjat Fayadh. Dan apa
yang sudah disangkakan berlaku. Anaknya cuba merungkaikan pegangan tangan
Fayadh dari anak Elina. Tolak menolak berlaku.
Dan apa yang tidak boleh diterima
bila anaknya ditengking di hadapan orang ramai. Fayadh seharusnya sedar, Adik
memang berperangai seperti itu. Adik anak manja Fayadh. Kepada abang kembar
sendiri dia cemburu kalau mendapat perhatian lebih dari Fayadh, apatah lagi
seseorang yang tiada ikatan. Terlupakah Fayadh dengan semua itu? Sudah tidak
behargakah anak kandung sendiri?
Zara berlari mendapatkan anaknya.
Tangan abang ditarik sekali.
“Zara dah tak reti jaga anak ke?
Kenapa biadap sangat budak ni.?” Suara Fayadh masih meninggi.
“Zara dah cukup jaga. Mungkin bapak
dorang yang tak reti jaga anak. Tak nak soal siapa bapak budak-budak ni?” Zara
benar-benar marah. Kalau Fayadh tak ingin berlembut, dia juga tiada hati mahu
berlembut. Nampaknya Fayadh memang benar-benar sudah lupakan segalanya.
“Jangan nak tunjuk kurang ajar dekat
sini. Patutlah anak-anak pun kurang ajar.” Fayadh ketap gigi. Kalau tidak
memikirkan mata-mata yang memandang pasti penamparnya sudah melekat ke pipi
Zara.
“Anak-anak kurang ajar?... Terima
kasih..Sampai mati Zara ingat apa abang kata..Zara tak kan lupa...Tak kan!.”
Abang dan Adik yang sudah mula menangis di tarik. Air mata yang mengalir tiada hati
mahu di sekat. Hancur hatinya mendengar bicara Fayadh.
...........................
“Mama jangan sedih. Nanti besar abang
jaga mama.” Tangan kecil yang cuba mengesat air matanya di capai. Kucupannya
bertalu-talu jatuh pada tangan itu. Adik yang duduk mencuka disebelahnya di
tarik mendekat.
“Anak mama marah ke?”
“Adik benci papa!”
Sepatah kata itu menyentap hati Zara.
Bukan itu yang dia mahu dengar. Ternyata apa yang Fayadh lakukan bukan hanya
melukakan hati dia, tetapi juga melukakan hati anak-anak
“Tak baik kata macam itu. Papa kan
penat tadi.” Zara cuba memujuk. Dia marahkan Fayadh, tetapi dia bukanlah kejam
sampai sangup membiarkan anak membenci ayah sendiri.
“Tapi papa pegang tangan budak tu..”
Abang pula menyampuk. Ternyata anaknya yang seorang itu juga tidak menyukai apa
yang telah suaminya lakukan.
“Papa pegang sebab takut budak tu
hilang. Mama kan selalu pegang tangan abang dengan adik.”
“Tapi papa pegang tangan auntie..”
Terdiam Zara. Dia tidak tahu alasan
apa lagi yang harus diberi bagi memahamkan kanak-kanak berumur lima tahun.
.................................
Zara melepaskan apron dari tubuh.
Anak-anaknya yang memandang dari tepi di pandang. Ikutkan hati dia benar-benar
tiada hati mahu membuat apa pun. Tetapi keinginan anak-anaknya sukar ditolak.
Marah budak-budak selama mana sangat. Di pujuk rayu terus hilang rasa amarah di
hati.
“Lambat lagi ke kita boleh makan
mama?”
“Lambat lagi sayang. Abang dengan
adik pergi main dekat depan dulu.” Zara menyuruh. Bukan dia tidak nampak,
anak-anaknya mula menelan liur memandang ayam yang sudah siap dimasak.
“Kalau adik tak nak puasa boleh tak
mama?”
“Kenapa?” Zara tarik kerusi meja
makan. Tubuhnya yang terasa letih di jatuhkan ke atas kerusi. Dia letih
fizikal, juga letih mental. Entah bila semua ini bakal berakhir.
“Nak makan ayam..”
“Lagi satu jam nak buka puasa. Sabar
kejap saja lagi.” Rasa sayang pula Zara mahu membenarkan. Kalau tengahari pasti
dia sudah memberikan kebenaran.
Zara tersentak bila tubuhnya dipeluk
secara tiba-tiba. Anak-anaknya ada sahaja yang dilakukan bagi membuatkan dia
tersenyum.
“Abang sayang mama...”
“Adik sayang banyak-banyak.”
“Banyak mana tu?” Zara ketawa kecil.
Serak suaranya kerana terlalu banyak menangis.
“Banyak ni...” Serentak keduanya
mendepangkan tangan. Menunjuk gambaran sebesar mana kasih sayang mereka
untuknya. Dan tanpa di pinta, air mata Zara mengalir lagi.
...........................................
“Adik, abang cepat bersiap..” Fayadh
memberikan arahan. Terkebil-kebil mereka memandang ke arahnya.
“Abang nak bawak anak-anak pergi
mana? Dah nak berbuka ni kan.” Zara berkata tegas.
“Aku nak bawa dorang buka puasa dekat luar.” Dia ingin memperkenalkan
anak-anaknya kepada Elina. Mahu memberikan gambaran yang baik mengenai wanita
itu. Apa yang terjadi tadi benar-benar di luar kawalannya. Walaupun terbit
sedit rasa menyesal mengasari Adik, tetapi dia tidak mahu terbawa dengan
perasaan. Anaknya itu memang harus di ajar sedikit agar tahu berbudi bahasa.
“Zara tak izinkan. Kalau abang nak
berbuka dengan keluarga baru abang tu, silakan. Tapi jangan bawak anak-anak
Zara.”
“Aku tak perlu mintak kebenaran kau....Abang..Adik..Cepat
sikit.” Fayadh memandang keduanya. Masing-masing memeluk erat tubuh Zara. Langsung
wajahnya tidak dipandang.
“Kau tengok apa yang kau dah ajar
dekat budak-budak ni... Makin hari makin melampau.” Fayadh bengang bila
arahannya tidak di patuhi. Terus dia mendekati keduanya. Direntap tubuh kecil
itu dari berterusan memaut tubuh isterinya.
“Tak nak...Mama....” Tangisan
keduanya mula kedengaran. Meronta dari dipegang oleh Fayadh.
“Kan dorang tak nak. Yang abang nak
paksa kenapa?” Zara cuba meleraikan pegangan tangan Fayadh. Tetapi pegangan
lelaki itu sungguh kejap. Kuat membelit.
“Kau jangan masuk campur Zara.”
Fayadh menengking. Tubuh kecil itu diseret supaya mengikuti langkahnya.
“Abang jangan melampau lah.” Zara
sudah menjerit kuat. Tarik menarik berlaku. Tolakkan Fayadh yang tidak disangka
membuatkan dia terjatuh. Lelaki itu mengambil kesempatan dengan membawa pergi
anak-anaknya. Zara sudah meraung. Tidak menyangka perangai Fayadh semakin teruk.
................................
Zara memandang kosong pada hidangan
yang terhidang. Kasihan anak-anaknya tidak dapat menikmati nasi ayam yang
disediakan tadi. ‘Drumstick’ yang menjadi rebutan diletakkan ke dalam pinggan
yang selalu anak-anaknya gunakan. Pulang sahaja anak-anaknya nanti, dia pasti
akan menyuap mereka dengan tangannya sendiri.
Doa dibacakan bila azan mula
berkumandang dari corong radio. Segelas air suam dicapai. Buat pertama kali
setelah sekian lama dia terpaksa berbuka puasa seorang diri.
Bunyi talifon yang nyaring berdering
membuatkan Zara tersentak. Entah siapalah yang menalifon. Langsung tidak mengambil
kira waktu apakah sekarang ini. Dengan langkah malas Zara bangun perlahan-lahan
mendapatkan talifon yang berada di ruang tamu.
“Ye Saya Puan Zara..........” Berkerut
dahinya cuba mengecam suara pemanggil.
“Ya Allah....!” Zara meraung sekuat
hati. Lututnya terasa lembik....Dengan tangan bergetar sedaya upaya dia menekan
nombor talifon Athiyah.
................................................
Wajah anak-anaknya di belai penuh
kasih. Sejuk dan kaku. Sesejuk perasaannya sekarang. Air matanya bagaikan
terlalu murah. Mengalir tanpa henti. Dia mahu menyekat. Tetapi dia benar-benar
tidak berdaya.
“Abang sayang mama...”
“Adik sayang banyak-banyak.”
Suara itu bagaikan berbisik di
telinganya. Berkumandang bagaikan melodi indah yang berulang-kali dimainkan.
“Zara...sabar banyak-banyak nak.
Angap ini semua dugaan Allah.” Puan Salmah cuba memujuk hati anaknya. Dia
sendiri sedih. Sedaya upaya dia mengumpul kekuatan. Mahu menyalurkan apa yang
ada untuk Zara.
“Tengok anak Zara mak. Dorang tengah
tidur....Mak tengok ni ..Comel anak Zara mak...” Zara meraung kuat. Dia sudah
tidak dapat membayangkan hari-hari yang bakal dia lalui tanpa gelak dan tawa
anak-anaknya. Tanpa aksi nakal mereka. Juga tanpa ucapan sayang yang selalu
didendangkan kepadanya.
“Ya Allah Zara...Bawa mengucap. Aku
tahu kau kuat. Tak baik buat macam ni. Kau tak kesian dekat anak-anak kau ke?”
Athiyah cuba memujuk. Dia sendiri sebenarnya tidak dapat mengawal perasaan. Air
matanya sedaya upaya ditahan. Rasanya bagaikan baru semalam dia melihat si
kecil itu. Dan selepas hari ini, dia tidak akan mampu untuk melihat lagi tangis
dan tawa mereka.
“Aku sayang anak-anak aku Tiya. Aku
nak hidup macam mana nanti?” Tangisan Zara semakin mendayu. Dia cuba kuat. Cuba
mengangap semua ini adalah takdir yang tercipta untuknya. Malangnya dia tidak
secekal itu. Hanya ada satu perkara bermain di fikirannya. Semua ini salah
Fayadh!
..............................
Dengan langkah yang goyah Fayadh
cuba merapati tempat ‘peraduan sementara’ anak-anaknya sebelum di hantar ke
tempat persemadian hakiki. Dia mahu mengucup wajah-wajah kesayangannya sepuas
hati.
“Jangan sesekali abang berani sentuh
anak Zara...!” Zara menjerit sekuat hati. Tidak dipedulikan keadaan sekeliling.
Dia haramkan Fayadh sentuh abang dan adik...Dia haramkan!
“Zara...Abang...” Fayadh mati kata.
Air mata yang selama ini cukup sukar mengalir turun dengan lebat. Membasahkan
wajahnya.
“Abang ingat air mata abang tu boleh
hidupkan anak Zara balik?” Zara bagaikan mendapat kekuatan. Laju dia menyerbu
kepada Fayadh. Tamparan entah berapa puluh kali menghujani wajah itu lagi. Di tolak
Puan Salmah dan Athiyah yang cuba meredakan amarahnya.
“Zara....” Fayadh hanya mampu
membiarkan isterinya melepaskan kemarahan kepada dia. Sejak dari hospital tadi
entah berapa puluh kali dia terpaksa menerima amukkan Zara. Mahu menghalang dia
memang tidak mampu kerana dia sedar, apa yang terjadi memang salahnya.
“Sampai aku mati sekalipun, aku tak
kan maafkan kau.”
......................................................
“Sampai aku mati sekalipun, aku tak
kan maafkan kau.”
Kata-kata itu begema kuat dalam
telinga Fayadh. Air matanya perlahan-lahan menuruni lekuk pipi. Surah Yasin yang
di pegang dibawa menutup muka. Setahun berlalu, tetapi rasa bersalah tetap ada
di hatinya. Bersarang kejap bagaikan tiada tanda akan terhakis.
“Assalamualaikum anak-anak papa...”
Fayadh pegang batu nisan. Sedaya upaya dia mengawal perasaannya. Rindu pada
anak-anak kesayangannya tidak tergambar. Segala keletah mereka sentiasa
terulang tayang di dalam fikiran. Lebih membuatkan hatinya sakit, dia langsung
tidak berpeluang untuk mengucup wajah itu buat kali terakhir. Marah Zara bukan
marah biasa, dan dia terpaksa akur.
“Esok kita dah nak berpuasa sayang.
Papa tak tahu macam mana dengan mama nanti...” Dia benar-benar risaukan Zara.
Bulan Ramadhan pasti akan tambah membangkitkan kenangan dalam diri isterinya.
Bulan yang juga telah membuatkan dia menjadi penyumbang kepada kematian anak
sendiri.
“Kalaulah papa boleh undur masa....”
Fayadh tahu semua itu mustahil. Tetapi benaknya tetap cuba mengatur kembali apa
yang sepatutnya dia lakukan dan apa yang tidak setahun dahulu. Kalaulah dia
ikut kehendak Zara dan anak-anak, pasti semuanya masih dalam keadaan
asal...Kalaulah begitu...
“Papa minta maaf..abang....adik...Semua
salah papa..Tapi papa janji...Papa akan jaga mama sampai akhir hayat papa..”
Fayadh angkat wajah. Cuba mengawal tangisannya. Entahkan mampu entahkan tidak,
tetapi dia benar-benar mahu memberikan kembali kebahagaan dalam diri Zara. Membina
keluarga bahagia seperti bertahun dahulu dan kali ini dia berjanji, dia akan
curah semua rasa cinta hanya untuk Zara.
“Papa dah lupakan Auntie Elina...”
Dia bersalah pada wanita itu. Menabur janji yang pelbagai tetapi tidak mampu di
tunaikan. Semasa hayat anak-anaknya lagi dia sudah berat hati untuk
memperisterikan Elina. Setiap kali terlintas niat itu pasti akan ada wajah Zara
dan anak-anaknya menghalang. Saban malam tanpa pengetahuan Zara, dia akan
bangun meneliti wajah itu, Rasa bersalah begitu mencengkam, tetapi dalam pada
masa yang sama hatinya begitu berat mahu meninggalkan Elina.
Dia tidak tahu apa yang mendesak,
apa yang pasti dia bagaikan terbuai dengan kenangan silam. Terikut dengan
bicara hati yang mahukan kenangan lama di hidupkan kembali sehingga dia
melukakan hati anak-anak dan isteri. Apa yang lebih malang, anak-anaknya
sebagai galang ganti sebuah perasaan.
Lama Fayadh berbicara. Di luahkan
segala yang terpendam. Saban minggu dia tidak pernah culas datang ke kubur. Dan
saban minggu juga dia meluahkan kekesalan.
“Papa pulang dulu sayang. Ada masa,
papa datang lagi..” Air di dalam jag yang dibawa disiram di atas pusara
anak-anaknya. Tidak pernah putus doanya untuk orang-orang kesayangannya itu.
“Assalamualaikum sayang...”
Fayadh mengatur langkah. Cuaca
kelihatan mendung. Semendung hatinya sekarang.
“Buat apa dekat sini?”
Fayadh pangung kepala. Tidak
menyangka dia akan bertembung dengan wanita itu. Debaran hatinya berdegup
kencang. Masalah pasti akan timbul.
“Abang melawat kubur anak-anak
Zara.”
“Kan Zara dah cakap, Zara tak
izinkan abang datng kubur anak-anak Zara. Abang pekak ke apa?” Zara sudah
menjerit. Sakit hatinya bila Fayadh bagaikan mahu mencabar dirinya.
“Tak eloklah Zara buat macam ni.”
Fayadh cuba memujuk. Tidak menyangka dia akan bertembung dengan Zara. Bukankah
wanita itu sepatutnya bekerja?
“Apa yang tak elok? Budak-budak
kurang ajar tu bukan anak abang tahu. Itu anak Zara.” Tak tunggu lama Zara terus
meninggalkan Fayadh. Terasa panas seluruh tubuh. Benci bila larangannya
diingkari.
Fayadh kelu. Hanya mampu memandang
langkah Zara yang mendekati kubur anak-anaknya. ‘Budak-budak kurang
ajar’...Selalu Zara ulang ayat itu menjadi halwa telingannya. Kata-kata yang
dia sendiri pernah ucapkan. Tetapi kali ini diulang semula menjadi satu bentuk
hukuman yang sangat halus. Menghancur lumatkan hatinya.
..................................
“Zara nak masak apa esok? Kita pergi
pasar sama-sama nak?” Fayadh bertanya lembut.
“Zara dah janji nak makan dengan
Athiyah. Abang bukalah puasa dengan siapa pun.”
Tanpa perasaan Zara berkata. Dia tiada hati mahu beramah mesra.
“Tak apalah kalau macam itu.” Fayadh
kecewa. Semakin hari Zara semakin jauh darinya. Tanpa kebenarannya entah bila
Zara mencari kerja. Perubahan wanita itu membuatkan semakin besar jurang yang
tercipta. Nafkah yang diberikan setiap bulan langsung tidak di sentuh. Bila dia
persoalkan tentang perkara itu Zara dengan tegas berkata tidak mahu
meminta-minta. Takut ada yang mengungkit dikemudian hari. Zara benar-benar
sedang menghukumnya...
“Lepas raya kita pergi bercuti nak
tak?” Fayadh melabuhkan tubuh sebelah isterinya. Dia benar-benar mahu
menjernihkan kembali hubungan yang keruh.
“Zara sibuk. Abang pergilah.” Zara
bangun. Dia mahu segera melarikan diri. Takut nanti dia akan mengeluarkan
kata-kata yang boleh menyakitkan hati Fayadh. Sudah puas dia menahan diri.
Tetapi bila lidah lebih berkuasa dari hati, semuanya dengan lancar, meluncur
keluar dari bibirnya.
“Zara...” Fayadh sambar tangan Zara.
Pandangan matanya merayu...
“Zara nak masuk tidur. Esok nak
bangun awal.” Tangannya direntap dan Zara terus berlari menaiki anak tangga.
Bilik anak-anak kesayangannya yang
sudah di ambil alih ditutup. Segalanya tetap sama. Susun atur bilik dan juga
hiasan dia biarkan dalam keadaan asal. Berada di situ bagaikan terasa dirinya
dekat dengan adik dan abang. Sesekali dia akan menaburkan bedak Carry Junior
yang menjadi kegemaran anak-anaknya di dalam bilik. Bau wangi yang menyegarkan.
Rasa bagaikan anak-anaknya berada berhampiran dia.
“Huh..” Zara mengeluh resah. Hatinya
mengelisah secara tiba-tiba. Almari diselongkar. Setelah bertemu dengan apa
yang di cari, dia bergerak mendapatkan komputer. Cd dimasukkan ke dalam tempat
yang disediakan. Seketika kemudian muncul imej yang membuatkan dia tersenyum. Rakaman
sewaktu anak-anaknya baru mula boleh berkata-kata.
“Ra..ma...ra...ma..” Terdengar
suaranya cuba mengajar anak-anak kesayangannya menyebut perkataan rama-rama.
“Lame..lame...” Adik ketawa gembira.
“Mama..mama...eeeee...eeee.” Abang
mengangkat cacing dan di suakan kepadanya dengan niat mahu mengusik.
“Ee...Buang-buang...kotor..” Zara
geli memandang cacing yang mengeletik di dalam pegangan abang.
“Bagi dekat mama abang...” Terdengar
suara Fayadh yang menghasut anaknya. Bergegar rakaman dek kerana tawa Fayadh.
“Abang ajar anak-anak bukan-bukan..”
Zara bangun bercekak pingang. Dia ketawa kemudiannya bila melihat adik
menangkap katak dan disuakan kepada abang. Menjerit anak sulungnya itu. Abang
sama seperti Fayadh, takutkan katak. Cacing yang ada entah kemana dibaling.
Berlari abang cuba menyelamatkan diri dari adik yang masih mengusung katak.
“Adik..kasi dekat papa. Papa suka
main katak.”
Riuh rendah bunyinya bila katak di
dalam tangan adik melompat ke arah Fayadh. Rakaman sudah kelaut. Hanya bunyi
riuh rendah yang kedengaran.
Zara ketawa kecil. Tanpa sedar air
matanya menitis membasahi pipi. Dia rindukan anak-anaknya. Kerinduan yang
membuatkan hari-harinya terasa suram. Puas dia cuba melepaskan rasa ‘dendam’
yang terkumpul, malangnya dia terasa sakit melihat Fayadh.
Kelibat lelaki itu bukan sahaja mebuatkan
dia teringat kenangan lalu, tetapi turut membuatkan dia ternampak wajah seorang
pembunuh! Kalaulah Fayadh tidak terlalu mengikut desakan hati....
......................................
“Zara aku nak tanya sikit...”
Athiyah membetulkan kain telekung di wajah. Dia memandang ke arah Zara.
“Apa?”
“Kau keluar dengan aku, suami kau
tahu tak? dia bagi kebenaran tidak?” Athiyah berkata lembut. Dia marah kan
Fayadh. Sampai sekarang rasa marah itu masih ada. Sakit hati apabila dia
terfikir apa yang telah lelaki itu lakukan kepada Zara. Tetapi dia tidak mahu
Zara menjadi seorang isteri derhaka. Apalah guna kalau Zara datang ke masjid
dengannya, tetapi keredhaan suami langsung tidak diperolehi. Pahala yang
dikejar, dosa pula yang bertambah.
“Hem..” Dia telah memberitahu
Fayadh. Cukuplah kalau lelaki itu tahu. Beri kebenaran atau tidak, dia tak mahu
ambil peduli.
“Hem...tu bagi atau tidak?” Athiyah
tidak berpuas hati.
“Entah. Aku dah cakap dekat dia...”
Malas mahu melayan Athiyah, Zara mengatur langkah masuk ke dalam masjid.
“Zara..Kejap.” Athiyah cuba menahan
langkah wanita itu.
“Kau talifon dia sekarang...”
Athiyah geram. Zara benar-benar sudah berubah. Sahabatnya itu bagaikan seorang
yang hidup tanpa perasaan.
“Aku tak nak.” Zara membentak.
Athiyah tiada hak untuk mengarah dia membuat itu ini. Tanpa mempedulikan Athiyah
dia meneruskan langkah. Anak tangga masjid di daki. Malang bila dia tersilap percaturan.
Kaki yang selama ini gagah membawa tubuhnya hilang imbangan. Tergolek dia jatuh
dari tangga masjid.
“Ya Allah Zara...” Athiyah terjerit.
Beberapa jemaah lain yang baru tiba cuba membantu.
“Tiya..betis aku sakit.” Zara
menahan tangis.
..................................
“Zara nak minum?” Fayadh bertanya lembut.
Rambut Zara di belai-belai. Sudah lama dia rindu mahu melakukan semua itu.
“Tak nak.” Zara kalih muka. Tidak
sudi memandang wajah Fayadh.
“Zara kena tinggal dekat hospital
dulu. Kaki tu baru lepas kena simen. Dah okey sikit baru kita balik rumah.”
Terperanjat dia apabila menerima panggilan talifon dari Athiyah memberitahu kejadian
yang menimpa isterinya.
“Zara ingat nak balik awal. Cakap
dekat doktor Zara dah sihat.” Tegas nadanya. Dia tidak mahu menjadi penghuni
hospital. Tempat ini bagaikan neraka dunia kepadannya. kenangan sewaktu di
khabarkan tentang pemergian anak-anak tersayang bagaikan terlalu ‘indah’
bermain di matanya.Membangkitkan lagi rasa amarah terhadap Fayadh.
“Sayang kan tak sihat lagi.
Tinggallah dulu beberapa hari.” Fayadh cuba memujuk.
“Jangan risau. Zara takkan susahkan
abang untuk jaga Zara. Zara boleh jaga diri sendiri.” Matanya memandang tajam
kepada Fayadh. Kalau Fayadh tidak sudi menjaganya dirumah, dia akan pastikan
dirinya tidak akan sesekali menyusahkan lelaki itu.
“Bukan maksud abang macam itu..Abang
cuma nak Zara dapat rawatan yang betul.” Fayadh cuba membetulkan salah faham
yang terjadi. Tangan Zara cuba di capai.
“Zara bukannya sakit nak mati..”
Sedikit sinis suaranya.
“Zara...” Fayadh sedikit membentak
mendengar kata-kata yang baru muntah dari bibir isterinya. Tak tunggu lama
Fayadh pantas bangun.Dia harus menyabarkan diri dahulu. Zara benar-benar
menguji dirinya.
“Abang tunggu dekat luar...”
..................................
“Jom kita berbuka.” Fayadh cuba
membantu Zara bangun. Dia mengeluh bila Zara menolak tangannya.
“Zara boleh bangun sendiri.” Sedaya
upaya dia cuba mengimbangi badan. Tongkat yang di letakkan di sebelah katil di
capai. Dengan berhati-hati Zara mengatur langkah.
“Abang beli saja. Zara bukan tak
tahu, abang tak pandai masak.” Fayadh ketawa dengan kata-kata sendiri. Bukan
tak pernah dia cuba memasak, tetapi setiap kali dia masuk dapur pasti akan ada
kejadian tidak diingini berlaku.
Zara ketawa kecil mendengar
kata-kata suaminya. Fayadh memang bukan seorang yang mesra dapur.
“Dah lama abang tak tengok Zara
ketawa...” Fayadh menegur. Dia benar-benar terasa lapang hati melihat keadaan
itu.
Mati tawa kecil Zara. Benci terhadap
diri sendiri kerana membiarkan dia di buai kenangan lalu.
Zara mengaminkan doa yang dibaca
oleh Fayadh. Lelaki itu pasti susah hati bila dia berkeras mahu berpuasa dalam
keadaan yang tidak mengizinkan. Puas berbalah dan berkeras barulah lelaki itu
terpaksa akur.
“Ya allah. Abang lupa letak dalam
pinggan.” Polistren berisi nasi dicapai. Dia bangun mendapatkan pinggan.
Setelah diisi dia bawa kepada Zara.
Zara tersentak melihat hidangan yang
‘dipersembahkan’ kepadanya. Mengeletar seluruh tubuh.
“Mama, malam ni abang nak makan nasi
ayam...Boleh tak?”
“Adik nak...nak..nak jugak!”
Dengan tangan mengeletar Zara cuba
memasukkan nasi ke dalam mulut. Air mata yang ditahan berjuraian dipipi. Satu
persatu kenangan malam itu menjelma di matanya. Terdengar jerit pekik Fayadh
dan tangisan anak-anaknya.
Prangggg!
Berderai pinggan ditepis oleh Zara.
Sekuat hati dia meenjerit bagi menghilangkan rasa yang membuku di hati.
Fayadh kaku. Terkebil matanya
melihat keadaan Zara.
“Zara kenapa? Kalau tak suka nasi
tu, tak perlu makan. Kan ada lagi makanan lain yang abang beli. Yang nak
mengamuk tak pasal-pasal ni kenapa?” Fayadh bengang. Dia sudah bangun bercekak
pingang. Kali ini kesabarannya benar-benar teruji.
“Sebab abang anak-anak Zara tak
sempat makan nasi yang Zara masak. Sebab abang anak-anak Zara mati...” Perlahan
Zara berkata. Tersekat-sekat suaranya meluahkan kata-kata itu. Buat pertama
kali sejak setahun dahulu, hari ini dia menyentuh nasi ayam. Sejak kejadian itu
dia bagai mengharamkan diri dari menyentuh makanan kegemaran adik dan abang.
Terdengar nama hidangan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan dia sebak.
“Tolonglah Zara...” Fayadh sudah
mati kata. Tidak tahu apa lagi yang harus di bicarakan bagi memujuk hati
isterinya. Kenapa dia boleh terlupakan semua itu? Padahal dialah yang mengemas
meja. Dialah yang mencuci bekas nasi ayam yang disediakan oleh Zara untuk
anak-anaknya. Dia masih nampak paha ayam di masukkan ke dalam dua buah pinggan.
Dia nampak semuanya...
Bagi merawat luka di hatinya, Fayadh
tunduk mengutip serpihan kaca dari pinggan yang di baling oleh Zara tadi. Satu
persatu di letakkan pada tangan kirinya. Kaca yang pecah berkeping ibarat perasaannya sekarang. Kadang-kala dia
mahu tunduk pada desakkan Zara yang mahukan perpisahan. Tetapi dia tidak
sangup. Tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa Zara selepas dia kehilangan
anak-anaknya.
Fayadh hanya mampu memandang langkah
Zara. Setelah wanita itu hilang dari pandangan, Fayadh kembali meneruskan
kerjanya.
“Auch.!..”
Darah mula menitis membasahi lantai. Masa itu juga dia terbayang kemalangan
yang berlaku. Kerana terlalu marah dia memandu dengan laju. Jerit pekik anaknya
membuatkan dia benar-benar bengang.
“Adik benci papa...” Itulah kata-kata
terakhir dari anaknya...Kata yang akan dia bawa sampai bila-bila. Kata-kata
yang menyebabkan dia hilang kawalan. Yang membuatkan dia tersentak dan bagaikan
tersedar dari mimpi.
............................
Zara peluk erat baju melayu bewarna
putih pilihan anak-anaknya. Baju yang menjadi kenangan terakhir antara mereka.
Bulan Ramadhan ternyata menguji perasaan dia. Semakin menghampiri detik dua
puluh tiga Ramadhan semakin goyah perasaannya.
Ramadhan lepas kerana terlalu sedih,
dia langsung tidak menyedari ketibaan hari raya. Tahun ini entah bagaimana dia
akan menyambut hari kemenangan umat Islam itu tanpa keduannya disisi.
“Zara...Abang nak ambil ubat kejap.”
Fayadh menjengul muka disebalik pintu. Tangannya yang cedera disembunyikan
kebelakang.
Zara hanya mendiamkan diri. Air mata
yang masih bersisa dikesat dengan tangan. Dia hanya melihat langkah kaki lelaki
itu mendekati meja.
Darah yang menitis di lantai mencuri
tumpuannya. Zara mengeluh bila dia ternampak tangan Fayadh yang di penuhi
darah.
“Abang keluar dulu..”
Tongkat kembali dicapai. Kakinya
hanya mengalami keretakkan. Mujurlah tidak patah. Kalau tidak pasti akan
memakan masa yang lebih lama untuk sembuh. Perlahan-lahan Zara melangkah
keluar. Semenjak pulang ke rumah dia menduduki bilik di tingkat bawah. Tetapi
barang-barang anaknya tetap diusung bersama.
Zara mengeluh memandang keadaan
Fayadh yang terkial-kial cuba mencuci luka sendiri. Kalau diikutkan rasa hati,
dia mahu berpura-pura tidak nampak dan menyedari semua itu. Cuma desakan hati terlalu
sukar untuk ditolak.
“Bak sini..Biar Zara tolong.” Dia
duduk di sebelah Fayadh. Tangan suaminya yang sekian lama tidak disentuh dibawa
dalam pegangan. Setelah selesai mencuci dan meletakkan ubat, Zara mengambil
pembalut. Mujurlah luka itu tidak terlalu dalam.
Fayadh memandang wajah Zara.
Isterinya itu tetap cantik, sama seperti bertahun dahulu. Dia berkahwin dengan
Zara semasa isterinya baru berumur dua puluh satu tahun. Zara yang ceria,
cantik, dan pandai mengambil hati membuatkan dia jatuh sayang.
Sekarang Zara sudah berusia dua puluh lapan
tahun. Kecantikan itu masih kekal, cuma semakin matang sesuai dengan pertambahan
usia. Malangnya, tiada lagi kegembiraan dan senyuman yang terukir. Yang ada hanyalah
seorang wanita yang penuh dengan dendam dan kesedihan. Semuanya berpunca dari
dia..
“Siap..” Zara pangung kepala.
Terkelu apabila pandangan matanya jatuh pada mata Fayadh. Zara pantas melarikan
wajah.
“Terima kasih sayang..” Fayadh
pantas mencium pipi Zara. Rindu dia untuk mengulangi detik bahagia itu.
Zara diam. Dia tidak tahu dia perlu
marah ataupun gembira. Apa yang pasti jiwanya terasa kosong. Semuannya bagaikan
berada pada detik dan waktu yang tidak kena.
“Zara masuk dalam dulu..”
...........................................
“Dekatkan
diri kepada Allah. Zara kena berserah kepadanya...Angap semua yang terjadi
ujian Dia untuk melihat setakat mana keimanan kita. Allah tak jadikan ujian itu
sia-sia Zara...” Ustazah Syuhada mengusap lengan Zara. Wanita yang dikenali ketika
dia menziarahi kubur ahli keluarganya. Saban minggu terserempak membuatkan ukhuwah
antara mereka terjalin erat.
“Macam mana umi boleh kuat? Zara
terbayang saja apa yang berlaku, Zara jadi marah. Zara sakit hati umi..” Air
matanya dibiarkan mengalir.
“Sebab itu umi suruh Zara selalu
ingatkan Allah. Sampai bila Zara nak bawa kemarahan tu?” Senyuman ikhlas di
hadiahkan buat Zara.
“Zara tak tahu umi. Zara dah cuba
nak lupakan semuannya. Tapi Zara tak mampu.” Siang malam dia berharap dia dapat
memaafkan Fayadh. Tetapi sebaik sahaja kenangan lalu terlintas di fikiran,
perasaan marah bangkit dengan mendadak.
“Bukan Zara tak mampu, tapi Zara tak
mahu...” Dia berkata melalui pengalaman. Puas dia bertanya kepada tuhan, kenapa
menghukum dia di atas kecuaian orang lain. Kenapa ahli keluargannya yang
menjadi mangsa, kenapa tidak orang lain...Akhirnya dia ketemu jawapan...Allah
mahu dia melihat sebuah keindahan di sebalik kedukaan. Keindahan sebuah agama
yang di panggil Islam.
“Zara mahu umi...Zara mahu...tapi
Zara tak cukup kuat.”
“Kekuatan itu bukan datang dengan
sendiri Zara. Kekuatan itu kita harus bina... Sebab itu umi kata Zara kena
dekatkan diri dengan Allah. Bila kita jauhkan diri dari Dia ketenangan yang
kita cari memang tak akan ada.”
Zara terdiam. Dia mati kata. Memang
dia bersembahyang, tetapi perasaan berserah langsung tiada. Dia bersembahyang
hanya kerana tuntutan. Bukan kerana keihlasan. Dia jadi marah dengan semuannya.
Mungkin disebabkan itu dia tidak tenang.
Mungkin disebabkan itu juga dia menjadi benci kepada Fayadh, dan mungkin kerana
itu juga dia sudah tidak mengenali diri sendiri. Mungkin kerana itulah juga
ketenangan yang dia cari langsung dia tidak ketemu...Kerana satu sahaja jawapan
yang terbentang di hadapan matanya. Dia sudah terlalu jauh dari Allah...Dan air
matanya gugur lagi buat sekian kali.
“Zara tahu, dulu umi marah bila
dapat tahu suami yang umi sayang mahu peluk Islam. Dia lebihkan Islam dari
cinta dia kepada umi. Anak-anak semuanya mahu ikut jejak langkah dia. Umi rasa
suami umi kejam.”
“Zara tak tahu...” Zara serba salah.
Tidak banyak yang dia tahu mengenai wanita itu. Selalunya perbualan mereka
lebih kepada hal agama. Cuma sesekali hal keluarga disentuh. Itu pun tidak
terlalu banyak. Yang dia tahu wanita itu mempunyai anak lelaki berumur dua
puluh tujuh tahun. Dan wanita itu seorang mualaf yang kini mendidik mualaf lain
di sebuah pertubuhan agama.
“Tak apa.... Dia masuk Islam dengan
anak-anak pada waktu pagi, petang umi dapat berita semua mereka meninggal
disebabkan kemalangan. Hanya seorang anak umi terselamat. Masa itu umi tak tahu
macam mana nak teruskan hidup. Anak yang ada belum tentu selamat. Dia cedera
parah. Suami dengan empat lagi anak umi meninggal dekat tempat nahas.” Air mata
yang menitis di kesat dengan hujung jari. Bohonglah kalau dia katakan dia tidak
sedih, cuma dia sudah menerima semua itu sebagai suratan takdir dalam
kehidupannya.
“Umi pergi kubur. Tapi umi tak tahu
apa nak buat. Kami dah berbeza agama. Hari-hari umi pergi. Tapi umi hanya duduk
diam dan menangis....Zara tahu, Allah nak beri hidayah tak akan kira tempat dan
waktu..” Kali ini dia tersenyum. Kenangan itu pasti akan terpahat dalam
ingatannya sampai bila-bila.
“Satu hari umi pergi ke kubur,
kebetulan ada suami isteri datang ke kubur anak dia orang. Umi dengar mereka
baca satu benda yang sangat merepek. Tapi ayat-ayat yang mereka baca tu, bagi
ketenangan dekat umi. Satu ketenangan yang umi tak pernah rasai selama ini. Umi
tanya apa yang dia orang baca, dan mereka jawab, itu surah Yasin. Salah satu
surah yang ada dalam Al-Quran.”
“Umi ingat lagi, balik dari kubur
umi terus ke kedai cari surah Yasin yang dibawah dia ada di tulis dalam bahasa melayu. Umi cuba
baca. Tapi tak boleh. Lidah jadi keras dan tangan umi kaku. Masa itu umi
menangis. Umi takut jatuh sakit. Siapa nak tengok kan anak umi di hospital?”
“Zara nak tahu apa yang umi kata?”
“Umi kata apa?” bedebar hati Zara
menanti cerita seterusnnya.
“Umi niat dalam hati, Ya Allah,
kalau engkau betul-betul wujud, sembuhkanlah anak aku, dan aku akan beriman
kepadamu.”
“Tubuh umi kembali okey, apa yang
mengembirakan, anak umi sedar dari koma. Lepas itu umi terus peluk Islam. Semuanya
jadi sangat mudah. Umi gembira sebab setiap kali umi pergi kubur, umi tahu apa
yang umi boleh baca untuk suami dengan anak-anak umi. Tapi selepas itu umi
sedar sesuatu, Allah tarik ahli keluarga umi tapi dia gantikan dengan keindahan
beragama yang umi tak pernah ada selama ini..Zara kena redha...Umi yakin pasti
Allah dah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk Zara.” Tujuh belas tahun dalam
agama Islam, sekalipun tidak pernah terlintas di benaknnya yang dia menyesal di
atas tindakannnya itu. Dan sampai bila-bila rasa itu pasti tak kan ada.
“Tapi umi ada seorang lagi anak..”
“Umi memang ada anak. Tapi Zara ada
suami yang sayangkan Zara. Zara masih muda. Masih panjang perjalanan hidup
Zara. Inshaallah, akan ada lagi anak yang Allah akan kurniakan pada Zara.
Banyakkan berdoa....”
Zara terdiam. Betapa beruntungnnya
dia jika di bandingkan dengan Ustazah Syuhada. Dia masih ada Fayadh yang
sentiasa besabar melayan amarahnya dan menelan setiap kata-kata yang dia
tuturkan.
Cuma apa yang Fayadh lakukan dulu masih sukar
untuk dibuang dari fikirannya. Sampai masanya nanti dia beharap dia akan dapat
memaafkan Fayadh dan melupakan dendam yang ada di hatinya.
“Ini anak-anak Zara?” Bingkai gambar
di sebelah katil wanita itu di tunjuk.
“Iya. Ini abang, yang ini adik.”
Jarinya dibawa menunjuk satu persatu.
“Comel anak Zara.”
...........................................
“Apa kau nak sebenarnya Zara?” Dia
menyoal diri sendiri. Album gambar anak-anaknya dicapai. Diselak satu persatu.
Zara tersenyum, sesekali dia ketawa kecil. Setiap gambar mempunyai kenangan dan
cerita tersendiri.... Album perkahwinannya dan Fayadh pula dicapai. Jelas
keceriaan terpeta pada wajah mereka. Bukanlah sesuatu yang di buat-buat. Kegembiraan
itu lahir dari hati yang bahagia.
Buat pertama kali sejak kematian
anak-anak kesayangannya, Zara dapat melihat semua itu tanpa diiringi tangisan.
Ternyata apa yang di katakan oleh Ustazah Syuhada ada benarnya. Dia terlalu
terbawa-bawa dengan perasaan. Cuma untuk memaafkan suaminya, dia masih
memerlukan masa.
Zara tutup lampu meja. Hari ini dia
berdoa supaya mimpi yang saban malam menganggu lenanya tidak akan menjelma. Dia
tidak mahu lagi terbawa-bawa dengan kesedihan. Pasti anak-anaknya tak akan
gembira kalau tahu dia tidak bahagia.
....................................
Fayadh gelisah. Selimut yang melolot
jatuh di tarik kembali. Mata dipejam. Wajah Zara dan anak-anak menjelma. Pantas
dia bukakan kembali mata. Keluhan resah sesekali terbit dari bibir. Tangan di
bawa kedahi. Panas...Pasti dia akan demam. Selsema yang sudah lama tidak menyerang
juga sudah mula menunjukkan tanda.
“Biar abang picit dahi papa...”
Fayadh senyum mendengar suara itu. Tangannya dibawa ke tepi kepala. Cuba
menangkap tangan anaknya. Tangan yang berada dalam gengamannya di pegang erat.
Dia takut jika dilepaskan anaknya akan pergi jauh...
“Papa rindu abang....adikkk...”
Zara kaku. Tangan suaminya yang erat
mengengam tangannya cuba di tarik. Tetapi gengaman tangan itu begitu erat dan kuat.
Zara pasrah. Dengan mengunakan tangan kiri dia memicit dahi Fayadh. Selepas dia
menunaikan solat subuh tadi, terus dia keluar dari bilik. Langsung dia tidak
menyangka yang selama ini Fayadh tidur di ruang tamu. Kalau dia tidak keluar,
rasanya dia tidak tahu apa yang Fayadh telah lakukan. Patutlah Fayadh masih
mendengar jeritannya ketika bermimpi pada dua tiga malam lepas. Rupannya lelaki
itu sudah berkampung halaman di atas sofa berdekatan biliknya.
Dia sebenarnya mahu buat tidak tahu
sahaja, tetapi rintihan Fayadh membuatkan dia jatuh kasihan. Letak sahaja
tangan di dahi tadi, dia sedar yang Fayadh sedang sakit. Patutlah suaminya itu
tidak mengejutkan dia untuk besahur.
“Abangg...adikk...”
Zara melepaskan keluhan berat. Pasti
suaminya sedang mengigau. Dengan bersusah payah Zara cuba bangun kembali.
Tongkat diambil dan dia mula mengatur langkah ke dapur. Bubur nasi dibuat.
Sementara menunggu masak Zara membawa bekas berisi air dan tuala bersih ke
depan. Bekas air di tutup dahulu. Tidak mahu tertumpah di sepanjang jalan.
“Abang minta maaf Zara..abang....”
Zara pejamkan mata. Fayadh sudah
meracau. Sesekali wajah itu bagaikan menahan kesedihan yang amat sangat. Zara
tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dia dapat meneka, pasti semuanya tentang
dia dan anak-anak dan pasti juga Fayadh sedang diburu rasa bersalah.
.................................
“Abang...bangun...Abang!” Zara cuba
mengejutkan Fayadh. Berkerut dahi lelaki itu kerana cuba membuka mata.
Terpandang sahaja wajah Zara, Fayadh
terus bangun. Sedaya upaya dia cuba tunjuk kuat di hadapaan isterinya.
“Zara nak apa? Tak sihat ke?” Dengan
suara serak dia bertanya. Risau jika ada yang tidak kena pada isterinya.
“Zara masak bubur...” Zara mencapai
mangkuk. Sesudu bubur nasi ditiup sebelum dibawa ke mulut Fayadh. Seketika Zara
bagaikan terlupa dengan sengketa yang terjadi. Apalah sangat yang dia lakukan
berbanding dengan apa yang Fayadh korbankan. Entah berapa lama lelaki itu
bercuti bagi menjaga dia.
Fayadh terharu. Air matanya bagaikan
mahu menitis. Sudah lama dia tidak melihat Zara risaukan dia. Perlahan-lahan
dia membuka mulut. Masin...Tetapi suapan demi suapan di teruskan juga. Apalah
sangat masin itu jika di bandingkan dengan kesudian Zara mahu menyuapkan dia. Dirasakan
itulah makanan terhebat yang pernah dijamah dalam masa setahun ini.
“Sedap tak? Zara puasa. Tak tahu
rasa apa.” Zara bertanya. Takut jika rasanya teruk, tetapi demi menjaga hatinya
Fayadh tetap makan.
“Makanan tersedap yang pernah abang rasa.”
Wajah Zara dipandang. Senyuman kelat dihadiahkan buat isterinya. Dia rindukan
Zara yang dulu. Benar-benar rindu.
“Iyelah tu.” Tanpa dipinta senyuman
terlakar di wajah Zara. Suaminya itu masih lagi seorang lelaki yang suka
bermanis mulut.
“Betul lah. Abang tak tipu.” Fayadh
ketawa dengan kata-kata sendiri.
“Macam-macamlah.” Zara ketawa.
Seketika kemudian dia terpana bila tangan Fayadh dibawa menyentuh kedua
pipinya.
“Abang rindu nak dengar ketawa
Zara.” Tanpa dipinta air matanya mengalir lagi...
.....................................
“Apa abang nak buat bagi Zara
maafkan abang?” Fayadh berkata perlahan. Wajah Zara yang sedang tidur di
pandang penuh kasih. Dia mahu menyentuh wajah itu, membelai tubuh Zara dengan
penuh kasih sayang dan mengkhabarkan betapa dia cintakan wanita itu, tetapi dia
tidak kuat. Difikirannya bermacam-macam perkara bermain.
“Apa papa nak buat sayang?” Fayadh
menyentuh pula bingkai gambar yang menjadi saksi betapa air mata kekesalannya
saban malam mengalir. Kalau anak-anaknya masih ada, pasti Ramadhan akan lebih
meriah. Pasti Zara tidak berduka.
Tadi, apabila melihat kerisauan
Zara, dia sedar pasti ada lagi rasa sayang wanita itu untuknya. Cuma dia tidak
mahu terlalu yakin. Zara sekarang bukan seperti Zara yang dulu. Tindakannya
juga sukar di jangka. Zara yang ada sekarang lebih berdikari dan sangat tegas.
Sehinggakan dia mati kata mahu berbicara.
“Abang sayangkan Zara...Kalaulah
abang boleh khabarkan yang abang juga cintakan Zara...” Dengan berhati-hati dia
membawa bibirnya mencium dahi Zara. Lama..
Zara mendiamkan diri. Dia dengar
satu persatu bicara Fayadh. Tadi semasa lelaki itu masuk ke dalam bilik, dia
bukanlah sedang tidur. Masih berfikir tentang apa yang telah berlaku siang
tadi. Masuk sahaja Fayadh, pantas dia berpura-pura memejamkan mata.
Dia rasa terharu mendengar kata-kata
yang Fayadh luahkan. Mendengar luahan rasa lelaki itu juga membuatkan dia
terpana. Tetapi satu bermain di fikirannya. Kenapa baru sekarang Fayadh
cintakan dia? Kenapa tidak dulu? Ataupun rasa cinta yang Fayadh katakan ada itu
cuma rasa bersalah yang terlalu banyak bersarang di jiwa sehinggakan Fayadh
menyangka, itu adalah rasa cinta. Arghhh..Jangan terpedaya Zara!
...........................................
Fayadh benar-benar gelisah. Esok,
celik sahaja mata dia terpaksa berhadapan dengan hakikat. Dua puluh tiga Ramadhan
bakal menjengah. Hari yang telah meragut nyawa anak-anaknya. Hari yang
membuatkan statusnya sebagai suami bertukar menjadi pembunuh dimata Zara.
Dia takut membayangkan apa yang
bakal terjadi. Kalaulah Zara masih meminta perpisahan...Entah apa yang akan dia
lakukan. Dulu dia tidak pernah membayangkan kehidupan tanpa anak-anaknya. Bila
semua terjadi dia bagaikan tengelam punca. Dituduh pula sebagai pembunuh kepada
anak sendiri. Sungguh, kalau nyawa boleh di tukar ganti pasti dia akan
mengorbankan nyawa sendiri asalkan anak-anaknya dapat terus hidup.
.................................
“Zara nak pergi kubur anak-anak.
Boleh abang bawakan Zara tak?” Zara sedaya upaya mengukir senyuman. Dia sudah
ada jawapan untuk persoalan yang selama ini membelenggu fikiran. Mungkin
tindakannya nanti baik untuk semua orang.
“Abang memang nak ke sana.” Senyuman
Zara di balas. Terbang melayang segala gundah di hati.
“Zara rindukan abang dengan adik..”
Zara berkata perlahan. Dia menoleh ke kiri. Tidak mahu Fayadh melihat kesedihan
di wajahnya.
“Abang pun..” Fayadh tenang memandu.
Hari ini dia berjanji, apa sahaja permintaan Zara pasti akan dia penuhi.
...................................
“Zara ada benda nak cakap.” Balik
sahaja dari kubur Zara tidak terus masuk ke dalam bilik, sebaliknya dia
melabuhkan tubuh pada sofa di ruang tamu.
“Zara nak cakap apa sayang?” Fayadh
bertanya lembut. Dia duduk melutut di hadapan Zara. Tangan itu di gengam erat.
“Tentang hubungan kita..” Zara telan
liur. Mata di pejamkan sejenak. Buka sahaja mata Fayadh memandangnya sambil
tersenyum. Senyuman itu membuatkan dia terasa sebak.
Zara membawa tangannya ke wajah
Fayadh. Mata dipejamkan kembali. Di raba rambut lelaki itu, kemudian jari
mengikut pergerakkan kening, dia menyentuh pula pada mata...hidung...dan bibir
yang pernah mengungkapkan kata sayang, juga pernah mengungkapkan kata yang
merobek dan melapah seluruh hatinya. Sampai bila-bila pun dia akan ingat wajah
itu. Dia tak akan pernah lupakan Fayadh.
Fayadh tangkap tangan Zara. Dikucup
bertalu-talu jari jemari itu. Dia sayangkan Zara. Sangat sayang..
Zara pandang wajah Fayadh. Sampai
detik dan saat ini dia masih sayangkan lelaki itu. Cintanya masih ada, tetapi
dia sudah tidak mampu membohongi perasaan. Semoga apa juga pilihannya nanti
lelaki itu dapat menerima dengan tangan yang terbuka.
“Abang sayangkan Zara?” Air mata
sudah mula membasahi wajah.
“Sampai abang mati sekalipun abang
akan tetap sayangkan Zara.”
“Kalau Zara nak mintak sesuatu dari
abang boleh?” Zara tahan esakkan dari terhambur.
“Apa sahaja..”
“Zara nak....abang lepaskan Zara..”
Tangan Fayadh digengam sekuat hati. Mungkin itulah kali terakhir dia dapat
menyentuh tangan lelaki begelar suami.
“Ya Allah Zara...” Fayadh terperanjat.
Terkedu dia mendengar permintaan Zara. Walaupun terlintas di fikirannya tetapi
mendengar sendiri permintaan itu buat sekian kalinya, ternyata dia tidaklah
bersedia mana.
“Kalau abang sayangkan
Zara...Tolonglah lepaskan Zara...Zara tak boleh terus hidup macam ni. Zara tak
sangup nak tanggung dosa kerana tak pedulikan abang.” Zara merayu. Sesekali
esakkannya kedengaran.
“Abang tak boleh hidup tanpa Zara.
Abang dah hilang anak-anak...Abang tak boleh kalau abang hilang Zara..” Fayadh
cuba merayu. Air matanya yang gugur tidak di pedulikan. Macam mana dia mahu
teruskan hidup tanpa orang-orang kesayangan di sisi?....
“Abang kena cuba. Zara dah tak
sangup nak hidup macam ini..Abang boleh dapat orang yang sayangkan abang lebih
dari apa yang Zara mampu bagi...Kalau ada sedikit rasa kasih abang untuk
Zara....Zara mohon...Abang lepaskan Zara..” Ini yang dia rasakan terbaik untuk
mereka. Dia mahu Fayadh sedar, tak semua yang mereka impikan boleh di perolehi.
Mungkin dengan perpisahan, dia dan Fayadh dapat bertemu dengan kebahagiaan yang
selama ini telah hilang.
“Abang tak boleh...”
“Abang kena cuba...”
“Tolonglah Zara...Kalau Zara nak
abang pergi...Abang boleh pergi...Tapi abang tak boleh lepaskan Zara...Abang
tak boleh..” Fayadh rasa mahu meraung sekuat hati. Dia membayangkan kebahagiaan
bakal menjengah mereka setelah detik tenang tadi. Ternyata dia silap.
“Tolonglah...Zara nak abang bahagia.
Zara nak abang hidup dengan orang yang abang sayang...Orang yang abang
cinta...” Dia mahu Fayadh bahagia. Bahagia lelaki itu, bahagialah jugak dia.
“Abang sayangkan dan cintakan Zara.
Abang cuma nak hidup dengan Zara.” Kalau Zara mahu dia bersumpah sekalipun,
pasti dia akan lakukan tanpa ragu-ragu.
“Abang nak Zara maafkan abang pasal
kematian anak-anak kan? Kalau abang betul nak Zara maafkan, tolong lepaskan
Zara.” Zara cuba menegaskan nada suarannya. Dia berbohong. Dia sudah lama
memafkan Fayadh. Semalaman puas dia berfikir. Cuba membaca hati sendiri. Dan
dia akhirnya bertemu dengan sebuah jawapan. Apa yang ada di dalam hatinya
dahulu adalah rasa marah kerana di khianati. Rasa sakit bila anak kesayangannya
menjadi mangsa ‘cinta’ suaminya. Dan rasa dendam bila kasih sayangnya tidak di
hargai.
Fayadh terdiam. Kemaafan Zara lah
yang selama ini dia cari dan dia mahukan. Tetapi tegarkah dia menghadapi
kehilangan wanita itu? Hatinya sakit...
“Zara akan maafkan abang. Zara tak
kan simpan dendam...Cuma Zara harap abang sudi lepaskan Zara. Zara nak hidup
bahagia...” Dia tahu dia tak akan bahagia tanpa Fayadh, tetapi dia tidak boleh
pentingkan diri. Tidak mahu menyekat kebahagiaan lelaki itu semata-mata keranannya.
Zara nak hidup bahagia....Kata-kata
itu di cerna oleh fikiran Fayadh. Dia pasrah. Dia mahu Zara bahagia. Itulah doa
yang sering di pinta setiap kali dia bersolat. Kalaulah dia terpaksa melepaskan
Zara demi kebahagiaan wanita itu...dia akan lakukan. Walaupun hatinya berat.
Walaupun jiwannya akan mati...
“Kalau itu boleh bahagiakan
Zara....Tapi abang nak Zara tahu....Sampai mati cinta abang akan ada untuk
Zara. Tangan Zara dibawa kedadanya. Kemudian dikucup lembut sebelum dia bangun
dan mencium dahi Zara lama....Air matanya jatuh membasahi wajah mulus itu.
Fayadh kesat air mata Zara.....Kalau
ini boleh bahagiakan Zara...Dia akan lakukan...
“Az-Zahra binti Kamaludin.......
....................................
“Mana
kamu letak otak kamu? Dah gila ke apa? Dah tak ada agama sampai nak ikutkan
sangat perasaan?” Puan Salmah duduk bercekak pingang. Sepanjang perjalanan tadi
dia hanya mendiamkan diri. Tiba sahaja dirumahnnya terus dia melancarkan
serangan. Sakit hatinya dengan perangai Zara dan Fayadh. Ingat kawin cerai tu
benda main-main ke?
“Sabar dulu mak cik.” Athiyah cuba
memujuk. Takut melihat kemarahan Puan Salmah. Wanita itu jarang marah. Tetapi
sekali meletup memang jenuh.
“Nak sabar macam mana lagi. Cuba
kamu bagi tahu mak cik?”
Athiyah mendiamkan diri. Dia tiada
jawapan untuk soalan itu. Memang patut pun Puan Salmah marah.
“Dah la mak. Zara tengah kusut ni.”
Zara cuba meredakan kemarahan emaknnya.
“Kusut tu kamu yang cari ambil.
Sengaja...Ikut sangat hasutan syaitan tu...”
“Bulan puasa syaitan tak ada mak
cik..” Athiyah cuba melawak bagi meredakan sedikit ketegangan.
“Kamu diamlah. Ke kamu nak mak cik
bebelkan kamu sekali?” Kecil sahaja dia nampak Athiyah. Anak jirannya yang
sudah diangap seperti anak sendiri.
“Tiya diam mak cik.” Athiyah hanya
mampu tersenyum kepada Zara. Tak dapatlah dia nak menolong.
“Yang suka sangat nak jadi janda
kenapa? Kalau mati anak, hidup pun kena mati sekali lah ye?” Dia juga sedih
dengan kematian cucu-cucu kesayangannya. Cuma Zara terlalu melampau kerana
membiarkan emosi mengemudi hati. Orang lain juga mati anak tetapi masih
teruskan hidup. Kenapa anaknnya tidak mahu mengambil langkah yang sama?
“Mak tak faham.” Zara berkata
perlahan.
“Apa yang mak tak faham? Suami kamu
tu curang? Itu maksud kamu? Kalau dah dia minta maaf, dah mengaku salah sendiri
dan melutut merayu, apa tak cukup lagi ke? Mak tak pernah ajar kamu berdendam
Zara...” Puan Salmah semakin berapi. Dia tahu kebenaran itu. Fayadh sudah
berterus terang. Memang dia marah. Menantu yang selama ini di sangkakan dapat
membahagiakan anak kesayangannya, rupa-rupannya telah membuat onar. Tetapi bila
melihat layanan Zara, dia rasakan semua itu sudah mengcukupi untuk menghukum Fayadh.
dengan kematian anak lagi, pasti sudah cukup hukuman itu. Rasa bersalah tentu
akan menantunya bawa sampai bila-bila.
“Mana mak tahu?” Zara bertanya
dengan riak terperanjat.”
“Fayadh dah cerita lama dekat mak.
dia dah cukup terhukum dengan apa yang jadi. Kamu tak boleh ke nak maafkan
dia?”
“Zara dah maafkan dia mak. Tapi Zara
tak boleh nak hidup dengan dia lagi.” Zara geleng kepala.
“Kenapa tak boleh?” Ada sajalah
alasan yang di karang oleh bibir Zara.
“Dia tak cintakan Zara mak. Sayang
pun belum tentu ada.”
“Kamu tu yang fikir banyak sangat. Tengok
mata dia pun mak tahu yang dia sayangkan kamu.”
“Itu tangapan mak saja.”
“Habis itu tangapan siapa kamu nak
guna pakai? Tangapan budak Tiya ni? Dia baru sama akal dengan kamu..”
“Eh...Apa pulak mak cik.” Athiyah
tak puas hati. Tak pasal-pasal dia di babitkan sekali.
“Tak betul apa mak cik cakap?” Puan
Salmah jeling tajam. Tindakan Zara pasti mendapat sokongan Athiyah. Sahabat
sehidup semati konon. Ada juga yang dia sembelih karang.
“Zara sakit kepala lah mak.” Zara
benar-benar sudah tidak tahu mahu berkata apa.
“Itulah modal kamu. Mak cakap sikit
kamu mulalah nak sakit kepala.”
“Hilang sakit kepala kamu yang di
buat-buat tu, jangan lupa talifon Fayadh.”
“Kami dah tak ada apa-apa.” Zara
cuba memprotes. Dengan mak boleh hilang segala kesedihan yang ada. Penat mahu
berlawan kata.
“Siapa ajar kamu? Ajaran tok guru
sesat mana kamu guna pakai?” Mujurlah Allah nak buka pintu hati dia untuk
melawat Zara tadi. Sejak semalam lagi hatinya tidak tenteram. Bagaikan ada yang
mengangu. Athiyah yang kebetulan mahu pulang ke Shah Alam di ikut.
Sampai sahaja ke rumah Zara dia
terus masuk apabila pintu pagar di biarkan terbuka. Sempatlah dia melihat aksi
‘bermaaf-maafan’ antara anak dan menantunya. Seminit dia terlewat memang
tamatlah hubungan itu.
Zara terdiam. Memang tak sempat.
Maknya memang cekap. Baru saja Fayadh sebut nama dia, ibunya sudah bertindak
menghalang. Walaupun begitu, entah mengapa dia benar-benar terasa lega.
“Kamu ni lain kali nak buat apa
fikir guna otak Zara. Jangan nak guna hati sangat. Ikut hati mati kita.”
Sebabkan itulah dia meminta kebenaran menantunya bagi membawa pulang Zara ke
kampung. Biar reda dahulu apa yang terjadi.
..................................
Fayadh termenung. Tidak tahu apa
yang boleh dilakukan lagi. Rumah sudah di kemaskan. Mahu ke pejabat dia tiada
hati. Mujurlah dia ‘tauke’ kalau kuli rasanya dia sudah di tendang kerja.
“Zara...” Nama itu di panggil
perlahan. Baru beberapa hari tidak ketemu dia sudah mula merindui isterinya.
Mujurlah hari itu ibu mertuanya bertindak sebagai penyelamat. Kalau tidak
memang dia sudah kehilangan Zara. Apatah lagi dengan raya yang bakal menjelang
lagi beberapa hari...
Jam di jengah. Sudah pukul enam.
Kunci kereta di capai. Dia mahu segera ke bazar ramadhan. kalau tidak memang
dia tidak berbukalah nanti.
...............................
“Fayadh kemalangan....” Mendengar
kata-kata emaknya Zara terus lembik. Cukuplah...Dia sudah letih..
“Zara...jom abang hantar. Inshaallah
Fayadh tak apa-apa.” Al-Hafiz, abang keduannya cuba memujuk.
“Zara tak nak...” Zara capai tongkat
dan terus masuk ke dalam bilik. Kenapa setiap kali Ramadhan dia di uji? Dia tak
sangup lagi berhadapan dengan sebuah kehilangan.... Tangisannya mula mendayu.
Terbayang wajah Fayadh. Dia mahu meminta maaf kepada lelaki itu. Pasti semua
yang terjadi akan dia lupakan asalkan Fayadh selamat.
“Abang...adik..Apa mama nak buat?”
Zara bertanya sendiri. Dia sudah letih fizikal dan mental untuk berhadapan
dengan semua itu.
“Zara...Zara...Keluarlah...Jom kita
pergi tengok Fayadh..” Puan Salmah cuba memujuk. Pasti anaknya terperanjat
dengan apa yang terjadi. Dia tidak mahu berfikir buruk. Dari panggilan yang di
terima tadi, rasanya keadaan menantunya tidaklah terlalu teruk.
“Zara tak nak mak..” Dia tidak mahu.
Masih terbayang apa yang berlaku setahun dahulu. Semuannya masih segar dalam
ingatan. Waktu panggilan di terima juga tidak jauh berbeza. Sekarang, dia mahu
tidur...mahu pejamkan mata...
“Kalau tak nak, Zara keluar berbuka
dulu. Dah masuk waktu dah ni.” Puan Salmah tidak putus memujuk. Segala macam
kata-kata nasihat di keluarkan bagi meyakinkan Zara semua yang terjadi adalah
ketentuan.
“Zara tak nak pergi...” Zara buka
pintu. Dia masih mengulangi ayat yang sama.
“Makan dulu...” Al-Hafiz pula
memujuk.
Zara melangkah ke meja makan. Doa
dibaca. Dengan tangan bergetar dia mencapai gelas minuman. Air teh yang disedut
terasa tawar. Setawar hatinya sekarang. Di kesat air mata yang menitis dengan
hujung jari.
“Zara makan tau. Mak dengan Apit nak
pergi tengok Fayadh.”
“Zara nak ikut..” Arghh...Hatinya
masih mendahului akal. Dia takut, tetapi dia gusar kalaulah ini kali terakhir
dia dapat memandang wajah Fayadh.
Zara cintakan abang...Tolong selamat
untuk Zara...Ya Allah...Selamatkanlah suami aku...Tak putus-putus ucapan itu
berkumandang di dalam hatinya.
............................
“Elina...” Zara bungkam. Dia mati
kata. Tidak tahu apa yang harus di katakan lagi. Nampaknnya dia silap menilai
Fayadh. Ternyata hubungan antara keduannya masih terjalin. Kelibat Fayadh tidak
kelihatan, mungkin takut mahu bertentang mata dengannya.
Tak tunggu lama Zara mengatur
langkah untuk berlalu. Kakinya sudah terasa sakit, mungkin kerana terlalu
banyak pergerakkan yang dia lakukan. Cubaan Puan Salmah untuk menghalang tidak
di pedulikan.
“Zara...Zara..” Elina cuba menahan.
“Kalau awak nak teruskan hubungan
dengan Fayadh silakan... Saya tak akan halang.” Serak suara Zara kerana cuba
menahan sebak.
“Awak dah salah faham...Biar saya
terangkan dulu.” Elina memegang bahu Zara. Bila wanita itu menepis dia hanya
mampu mengeluh. Pasti masih ada marah Zara untuknya.
“Saya dah tak ada apa-apa dengan
Fayadh. Kebetulan saya ikut suami sayang datang Hospital. Dia doktor dekat
sini.” Elina cuba meyakinkan Zara. Mungkin masa dan detik kedatangannya tidak
kena. Selepas berbuka puasa didalam bilik suaminya tadi dia ingin ke surau.
Masa itulah dia terserempak dengan Fayadh. Dia masuk ke dalam bilik lelaki itu
hanya untuk bertannya khabar.
“Suami?” Zara pandang tajam.
Jangan-jangan Elina sudah berkahwin dengan suaminya. Alasan suami doktor konon.
Ikut kan rasa hati diam mahu sahaja menghentam Elina dengan tongkat di tangan.
“Saya rujuk balik dengan bekas suami
saya. Apa yang jadi dulu, saya akui memang satu kesilapan. Fayadh memang
cintakan saya. Tapi cinta bertahun dahulu Zara. Bukan cinta sekarang. Kami
terbawa dengan kenangan lama.” Elina mengeluh. Sampai mati akan ada rasa
bersalah dalam dirinya. Dia yang beria-ia mahu berbuka dengan anak-anak Fayadh.
Mahu memberikan tangapan yang baik kepada kanak-kanak tersebut. Langsung tidak
menyangka kerana keinginannya itu telah membawa kepada tragedi.
“Saya tak kisah apa yang pernah jadi
dulu...” Zara meneruskan langkah. Dia tidak akan mudah tertipu lagi.
“Fayadh cintakan awak...” Elina
sedikit menjerit.
“Tiap kali kami keluar awak tahu apa
dia cakap? Ini baju Zara suka...Ini Zara pun tahu masak...Ini minuman kegemaran
Zara...Semuanya pasal awak. Cuma dia sahaja yang tak sedar.” Dia tidak berbohong.
Setiap kali keluar nama Zara tidak pernah putus dari bibir Fayadh. Dia mahu
menegur, cuma dia takut jika perkara itu diberitahu kepada Fayadh, lelaki itu
akan sedar yang rasa cinta untuknya sudah tiada lagi.
“Jangan nak merepek..” Dia bukannya
anak kecil yang akan mudah di gula-gulakan. Mustahil Fayadh tidak sedar setelah
bermacam perkara ‘jahat’ di lakukan kepada dia.
“Saya tak bohong. Mungkin Fayadh
bersalah, tapi pasal perkahwinan macam yang saya sebut masa jumpa awak dulu,
sebenarnya langsung tak timbul....Saya yang beria-ia..Tapi Fayadh bagi
macam-macam alasan..” Argh...Berdosanya dia kerana cuba meruntuhkan rumah
tangga orang lain.
....................................
Zara mendiamkan diri. Dia tidak tahu
apa yang harus di katakan. Denyutan di kaki semakin terasa. Menyesal dia tidak
mengikut cakap doktor. Ikutkan sangat rasa hati. Sekarang dia sendiri menerima
padah.
“Abang minta maaf sebab buat Zara
risau.” Tangan isterinya digengam. Mujurlah kecederaan yang dia alami tidak
teruk. Hanya sedikit kesan calar-balar sahaja. Dia ditahan di hospital pun
disebabkan hentakkan kuat di kepala. Takut ada kecederaan sebab dia sedikit
pening.
“Tak apa..” Zara tidak tahu apa yang
harus diperbualkan. Dibenaknnya masih dipenuhi dengan kata-kata Elina.
“Zara mengantuk ke? Tidur sini...”
Di tepuk-tepuk tempat pembaringan sebelahnya. Niat hati mahu sekadar mengusik
bagi meredakan ketegangan. Pasti Zara risau dan takut.
“Huh..” Terkebil-kebil matannya
memandang Fayadh. Laju dia mengelengkan kepala.
“Abang lawak jelah. Zara tidur atas
ni. Abang tidur sana. Ditunjukkan sebuah kerusi ‘gemuk.’ Fayadh bangun. Dia
mendekati Zara.
“Meh abang tolong.”
“Tak apa. Zara boleh tidur sini je.”
Zara menolak. Lelaki itu yang masuk hospital tak akan dia pula yang mahu
berlebih.
“It’s
okey honey...” Tanpa menunggu jawapan balas Zara, tubuh genit itu di
cempung dan di letakkan di atas katil. Sebiji bantal diambil dan di letakkan di
bawah kaki kiri Zara yang retak.
................................
Zara gelisah. Wajah Fayadh yang
sedang lena tidur di sebelahnya dipandang. Lena bagaikan tiada kerisauan yang
melanda. Cuma sesekali wajah itu berkerut bagaikan menahan sakit. Pasti lebam
yang ada sudah mula memberi kesan. Tambahan pula terpaksa tidur di tempat yang
kurang selesa.
Betul ke abang cintakan Zara?...
Kenapa abang ikutkan hati sangat dulu?... Kalau tak, mesti kita tengah bahagia....Zara
mengumam seorang diri.
“Abang...Abang...” Zara memanggil
perlahan. Tidak mahu membuatkan Fayadh terperanjat.
“Hem...” Fayadh buka sedikit mata.
Sebelum dipejamkan kembali.
Zara tersenyum dalam sebak. Terus
dia terbayang wajah-wajah kesayangannya. . Perlakuan Fayadh itu sebijik seperti
anak-anaknya.
“Abang...” Zara panggil lagi.
Kali ini Fayadh buka mata. Dia
menutup mulut menahan kantuk. Fayadh mengeliat kecil bagi menghilangkan rasa
lenguh di badan.
“Kenapa...?” Setelah itu barulah dia
bertanya kepada Zara. Wajah isterinya di pandang.
“Sini...” Zara tepuk katil
sebelahnya.
Fayadh terpana.
“Sinilah..” Zara tersenyum. Pasti Fayadh
tidak menyangka pelawaannya itu.
......................................
“Zara dah tidur?” Fayadh berbisik
perlahan. Rambut Zara yang menutup sebahagian muka di selak. Kepala Zara yang
agak terkulai ke sisi diperbetulkan. Soalannya tadi tidak bersahut. Pasti Zara
sudah benar-benar dibuai mimpi. Dan doanya Zara akan bermimpi hanya yang
indah-indah. Dalam keadaan sekarang dia sudah tidak mampu berhadapan dengan
sebarang tekanan.
Fayadh pejam mata. Tidak putus dia
berdoa, bangun sahaja esok dia tidak akan bertemu lagi dengan Zara yang berhati
beku dan juga Zara yang ramah menuturkan kata perpisahan. Dia tiada keluarga,
dia tiada anak, dan dia boleh mati kalau tiada Zara.... Doanya, Allah akan
memberikan secebis kebahagian agar dia dapat meneruskan hidup. Cuma kalau
jodohnya dengan Zara memang hanya setakat itu, dia akan menerima asalkan Zara
bahagia.
“Abang nak Zara bahagia. Sampai
bila-bila....Sampai abang mati sekalipun,cinta abang hanya untuk Zara..” Fayadh
berbisik perlahan di telinga Zara. Itu rasa hatinya. Walaupun Zara tidak
mendengar, dia tahu suatu hari pasti Zara akan sedar tentang semua itu.
.......................................
“Adik sayang mama dengan papa...”
“Abang pun sama...”
Zara tersenyum mendengar kata
anak-anaknya. Perutnya yang memboyot di usap perlahan. Suaminya dipandang
dengan pandangan penuh kasih. Lelaki itu juga tersenyum.
Zara menyuakan tangan bagi membelai
pipi anak-anaknya. Sesuatu yang dia suka lakukan ketika mereka bersama.
Malangnya semakin dia mendekat semakin jauh tubuh-tubuh kecil itu mengundur.
“Abang...jangan tinggalkan
mama...adikkk...” Zara memekik. Fayadh di sebelah bagaikan menghalang dia
mengejar...Wajahnya ditarik mengadap lelaki itu sebelum Fayadh berbisik lembut
di telingannya.
“Abang nak Zara bahagia. Sampai
bila-bila....Sampai abang mati sekalipun,cinta abang hanya untuk Zara..”....
Zara tersentak. Tubuhnya terasa
berpeluh. Dia kalih pandang pada Fayadh yang jelas terperanjat dengan
gelagatnya. Kata-kata Fayadh bagaikan begitu jelas pada pedengarannya.
“Abang kata apa?” Perlahan Zara
bertanya.
“Huh?” Arghh...mustahil Zara dengar
kata-katanya tadi. Dia yakin isterinnya itu sedang tidur.
“Abang kata apa?” Sekali lagi dia
mengulangi pertanyaan yang sama.
“Abang
nak Zara bahagia. Sampai bila-bila....Sampai abang mati sekalipun,cinta abang
hanya untuk Zara..” Fayadh berkata perlahan. Dia takut andai Zara salah faham.
Tidak mahu wanita itu menyangkakan dia sengaja mahu ‘menjual’ kata.
Fayadh terdiam. Dia kelu lidah
secara tiba-tiba. Apa yang sedang berlaku sekarang? Dia tertanya sendiri.
“Kenapa ni sayang?”...Fayadh
bertanya. Tangannya dibawa mengusap bahu si isteri. Pelukkan Zara terasa kuat
membelit pingangnya. Dia juga terdengar tangisan halus wanita itu.
“Zara kenapa? Jangan takutkan
abang..” Ya Allah...janganlah Zara mintak yang bukan-bukan. Dia takut jika
tangisan itu adalah tanda untuk Zara meminta lagi perpisahan.
Zara geleng kepala. Dia hanya mahu
tenang dalam pelukkan lelaki itu. Keresahan, sakit di hati, dan dendam yang
membara selama ini bagaikan di angkat pergi...
“Abang...”
“Zara sayangkan abang. Zara nak
hidup dengan abang...”
Fayadh mati kata. Dia mahu ketawa
sepuas hati. Tetapi yang ada hanyalah air mata. Air mata yang akan menceritakan
perasaanya. Yang akan mengkhabarkan betapa dia sedang berbahagia...
.....................................
“Mama shome tak?”
Zara pantas menoleh. Dia ketawa
kecil. Untuk kesekian kali, pakaian itu dipakai lagi. Pakaian yang memberi
seribu kenangan dalam kehidupannya.
“Comel sayang. Tapi baju tu besar
sangat. Faiq pergi pergi ambil baju yang mama kasi tadi.” Dia semakin galak
ketawa bila Faiq hampir terjatuh kerana tertampan dengan seluar yang meleret
labuh. Baju melayu putih yang pernah satu ketika menjadi igauan ngerinya. Dan
sekarang anaknya begitu mengemari baju itu. Setiap kali berpeluang pasti akan
dipakai walaupun agak besar pada tubuh kecilnya.
“Apa yang Zara ketawa?” Fayadh yang
baru keluar dari bilik air bertanya. Rambutnya dikeringkan dengan tuala.
“Anak kesayangan abang tu lah. Tak
habis-habis dengan baju melayu dia.” Faiq Aiman, anaknya yang akan memasuki
usia lima tahun. Pertuturannya masih agak pelat dan suka mengusik. Sama seperti
arwah abang dan adik. Sebak yang bertandang dia cuba buang jauh-jauh.
“Papa...Abang jahat. Dia tarik
rambut adik..” Fayadh pangung kepala. Pandangan matanya jatuh kepada wajah
Farina Aira yang sedang menangis. Tubuh yang mendekat dibawa dalam dukungannya.
“Kejap lagi papa marah abang..”
Fayadh cuba memujuk. Farina Aira baru berumur tiga tahun tetapi lebih petah berkata-kata
berbanding Faiq. Kadang-kala dia akan ketawa bila Farina cuba membetulkan
sebutan abangnya.
“Adik...syinilah...” Faiq jengul kepala di sebalik pintu. Tangannya
melambai-lambai ke arah adiknya. Farina Aira pandang wajah papanya. Kemudian
wajah abangnya pula.
“Nak pergi abang...”
Fayadh menurunkan anaknya. Bergaduh
sekejap dan berbaik semula. Sekejap lagi pasti bergaduh balik.
“Baju abang Zara letak dalam almari.”
Sambil itu cekap tangannya mengemaskan cadar yang agak berkedut.
Setelah siap berpakaian, Fayadh
menghampiri Zara. Tubuh itu di peluk erat.
“Kenapa ni?” Zara bertanya lembut.
“Saja..Abang rindukan Zara.”
Zara ketawa mendengar kata-kata
Fayadh. Sabar sajalah.
“Hari-hari abang jumpa Zara. Nak
rindu kenapa?” Dia bertanya. Macam-macam betul suaminya.
“Saja.”
“Saja?”
“Zara nak hadiah tak?” Faydh
bertanya nakal. Niat hatinya mahu mengusik.
“Raya abang oii hari ni. Tak nak..”
Zara tersipu malu.
“Fikir apa tu? Abang tanya
betul-betullah. Nak hadiah ke tidak?” Fayadh sudah ketawa. Semakin merah wajah
Zara mendengar kata-katanya.
“Hadiah apa?” Suaminya salah bangun
bantal ke apa?
“Sayang dulu...” Pipinya di halakan
ke pada Zara.
Tak tunggu lama pantas sebuah
kucupan hingap di pipi kiri suaminya.
“Kalau sebut hadiah, laju saja ye?”
Fayadh buat muka.
“Mestilah. Mana hadiah?” Zara
rengangkan sikit tubuh. Mahu mencari wajah Fayadh di belakangnya. Ketawa kecil
meletus juga bila melihat Fayadh buat wajah kelakar.
“Ini..” Fayadh eratkan kembali pelukannya.
Sekeping kad di hulurkan kepada isterinya.
“Kad apa ni?” Ulang tahun
perkahwinan mereka lambat lagi. Hari jadi dia dah lepas. Tak kan kad hari raya
pulak kot?
‘Bukalah..”
Perlahan-lahan Zara membuka kad
bewarna merah hati tersebut. Terdapat tulisan bewarna silver di situ. Tulisan
Fayadh.
Oh sayangku
hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
semoga kita berdua berbahagia...
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
semoga kita berdua berbahagia...
Zara terharu. Belum sempat dia
membaca kata-kata itu suaminya terlebih dahulu menyanyi dengan suara mendayu. Fayadh
benar-benar mahu membuatkan dia menangis. Tanpa dipinta air matanya berderai
menuruni lekuk pipi.
“Janganlah menangis.” Fayadh serba
salah. Niat hatinya hanya mahu mengembirakan Zara dan melihat senyuman di wajah
itu bukannya melihat tangisan.
“Nasib baik suara abang sedap. Kalau
tidak mahu meraung terus Zara dekat sini.”
Fayadh ketawa besar mendengar
kata-kata Zara. Aduhlah isteri...Ada sahaja kata-kata yang mahu membuatkan dia
ketawa.
Zara pusing badan. Tanpa amaran dia
memberikan kucupan pada bibir Fayadh.
“Hadiah sebab abang selalu bermanis
kata.” Zara terus berlalu keluar. Tidak mahu lelaki itu melihat wajahnya
memerah.
............................
“Selamat hari raya abang. Maaf Zahir
dan batin.” Zara tunduk mengucup tangan Fayadh.
“Abang pun sama sayang.” Sebuah
kucupan hingap ke dahi Zara. Di dalam hati, tidak putus dia bersyukur. Mujurlah
Allah masih mahu memberikan dia kebahagian. Hilang abang dan adik tak akan
dapat di ganti, cuma Allah bagi lagi kesempatan untuk dia begelar papa. Adanya
Faiq dan Farina, kehidupannya dan Zara dirasakan bertambah lengkap. Dan sampai
bila-bila pun, abang dan adik akan ada dalam ingatan beserta doanya.
“Syelamat hali laye papa.”
“Se..la..mat.. Ha...ri... Ra...ya..”
Tawa Fayadh dan Zara bergabung. ‘Cikgu
BM’ sudah cuba membetulkan sebutan anak murid.
“Syibuklah..” Faiq peluk tubuh.
Marah apabila kata-katanya menjadi bahan jenaka.
“Selamat hari raya abang.” Farina
menyuakan tangannya kepada Faiq.
“Pakar membodek...” Zara berbisik di
telinga Fayadh.
“Tengoklah siapa papanya..” Fayadh
tayang muka berlagak di hadapan Zara. Dia ketawa bila isterinya mencebik bibir.
“Az-Zahra...” Lembut Fayadh memangil
isteri kesayangannya.
“Apa..” Zara tersenyum memandang
wajah Fayadh. Ternyata dia tidak tersilap menerima suaminya kembali. Lelaki itu
bagaikan tidak jemu menunjukkan kasih sayang kepadanya.
“I love you sayang..”
“I love you too.” Zara pejam mata.
Terbayang wajah anak-anak kesayangannya... Abang dengan adik akan sentaiasa
subur dalam ingatan mama. Tak akan pernah padam ...Pergilah derita... Aku sudah
ada bahagia...
“Jangan menangis...”
Zara buka mata. Wajah Fayadh
disentuh penuh kasih. Hanya lelaki ini yang diingini menjadi ‘Suami
Untuk Aku’...Selamanya..
Malam
kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku
Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya
Korus:
Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....
Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Oh.....
Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Oh....
Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku
Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya
Korus:
Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....
Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku
Oh.....
Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu
Oh....
Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku
Pergi
Selamanya - Kamikaze
Surat
Cinta untuk Disana: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua
rakan-rakan saya di sini....Kalau ada terlanjur kata atau terlebih bahasa dalam
karya saya sehingga menimbulkan rasa tidak senang di hati kawan-kawan
semua...saya minta maaf untuk semua kesilapan itu...Yang buruk datang dari
saya...yang baik hanya datang dari DIA....
best2... menangis brapa kali pon xtau dah, hahahaha.. sedih
BalasPadamhaha....jgn sedih2... :)
PadamSedih... Mennagis sampai keluar hingus.. Insaf sgt
PadamBest l liked
BalasPadamTq ano.. :)
Padamsob3..sedihnyer cite ni..good job writer..anda telah buat sy menangis.. :')
BalasPadamselamat hari raya..:D
TQ...Selamat hari raya si yellow... :)
Padamhuwaaa... Sedihh sgt2... Mleleh2 airmata Baca.. Huhu... Xboleh byg klau in reality jadi mcm ni.. :'(
BalasPadam#thumbs up... Keepidap writer :)
Kan...Sy rasa inilah crita pling susuh sy nk buat....Mati hero/heroin boleh gnti yg baru...mati anak mn nak cekau...ye idok? huhu....Serik buat cerita macam ni... :)
PadamMENANGIS SAYA ,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.
BalasPadamSelamat hari Raya baby mio... smoga cria smasa lebaran nanti.. :)
Padambila bukak blog cik cempaka benda pertama yang aid buat adalah tarik nafas panjang sbab tahu cite ni akan main air mata....
BalasPadamdan ternyata memang melunturkan air mata..hahah..selamat tak banjir....^_^
best cik cempaka...sodah....macam2 perisa...hihhhih...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN CIK CEMPAKA....
Selamat hari raya O-ReN ...Dah....jangan sedih2...nak raya kna happy2...haha
Padamcedihhhhhhh......
BalasPadamsaya lebih suka cerita yang bergenre sedih sbb kena ngan jiwa.. kalau yang kelakar ni kureng la sebab xkena ngan jiwa la.. pepun citer ni memg best..
BalasPadamsy pn sm.sk crita sedih wlaupun sy ni 'ting tong' sikit..kihkih..Cm tkut x brvariasi nanti...tepu pulak otak jdinya kalau sedih je..haha...
PadamBest cerpen ni shayang.. Terbaik!
BalasPadamtq...Sis..ckup risau kalau mood crita ni x smpai kpda pmbaca..bila baca semua komen..fuhhh...lega...haha.
Padambestnya kalau jadi novel, cerpen yang best asyik meleleh je air mata ni. Suka part penulis mendera perasaan si hero bila mana si heroin ignore dia.. congrats writer, best!!! :')
BalasPadamTq ano... Ikut hati nak je ignre terus...hahaha
PadamSetuju ignore je tros hahahaaah 😂
Padampergh..citer yg betul betul mengusik emosi akak..seorg suami mmg selalu leka dan terlupa akan kebaikan isteri dan kehadiran anak anak bila mereka jatuh cinta untuk kali kedua..dan bila isteri nya mengetahui dan ingin jalan keluar dari perkawenan mereka yg tidak bahagia itu ..mereka menjadi marah kerana ego. Sebuah citer yg mmg memberi kesan dan banyak pengajaran yg kita dapati dari cerita ini..Kalau lah ia berlaku kepada kita..kita mungkin tidak sekuat zahra..yg boleh menerima suamnya kembali kesisinya dan memulakan semula perhubungan mereka...dengan kenangan anak anak yg telah pergi buat selama lamanya..walaupun allah telah mengurniakan mereka dengan sepasang kembar..
BalasPadamSy pun rsanya x kan sekuat itu...Beruntunglah klau ada wanita d'luar sana yg sekuat Zara...:)
Padamfirst time baca cerpen nangis. akak bestlah !!!
BalasPadamTq syg... :)
PadamAsyik meleleh jer airmata ni..entah berapa kali x tau. .huhuhuhu...dari hati seorang ibu
BalasPadamBetul2...Dari hati seorang ibu.. :)
PadamSgt sedey... Mngalir air mata bc citer ni. Mujurla hepi ending. Tkt gak td ending buat air mata keluar lg laju hihi.tahniah penulis, satu citer yg sgt mnarik.
BalasPadamikut hati nk sj 'matikan' wtak Fayadh...tp ksihan dkat Zara...kihkih.. :)
PadamMula2 tu rasa kuat,xnk la nangis2..last2 kantoi jgk...sebak,hati dan perasaan seorang wanita bergelar isteri dan ibu...lelaki sering kali khilaf...
BalasPadamhaha...dah jgn sedih2... :)
Padamsob..sob..kenapa sedih sangat? dah lama tak menangis camni..thanks writer sebab dah buat saya menangis..ekekek..mmg best (y)
BalasPadamHaha...sama2 kasih syg... :)
PadamSedih...lg2 plak mcm terbayang je tgh berlaku sbb tgh pose
BalasPadamsy sndiri bca sekali shj crpen ni sis...x nk dpngaruhi emosi...geram dgn wtak fayadh... haha :)
Padamni kalo tisu satu kotak pun belum tentu cukup ni.. T_T
BalasPadamhaha :)
PadamTahniah kerana cerpen ni telah membuatkan mata sy jadi sembab...
BalasPadamhaha... :)
Padambest sgt2.. control air mata sbb takut bdk2 tgk, malu...
BalasPadamTq sis... :)
Padamsedih sangat...penat sapu air mata..hadoyy.
BalasPadamsekali sekala...hak3..
PadamThank you for writing such a sincere story. It's something that not many people are willing to write as the emotions are just too overwhelming for the mind to cope. Thank you and may there be many more great stories to come from you insyaAllah.
BalasPadamAminnn.... :)
Padamthanks... cerita yg sgt2 best n menarik... :)
BalasPadamTq syg. :)
PadamSy pun nangis baca.... Huhu.. Nasib baek happy ending.
BalasPadamhaha.. :)
PadamSedih... Tp puas ati dgn cara zara kerjakan fayadh. N gembira dgn epi endingnya... Tq writer... U berjaya make me cry
BalasPadamSy pun puas...lg puas klau wtak Fayadh dkuburkan... tp nanti crita jd kelain plak...haha :)
PadamSedey sangat benar2 mwngusik jiwa rasa tu mmg sampai ke hati sampai rasa mcm kejadian tu betul2 berlaku... gud job writer.
BalasPadamTq syg... :)
Padam1st time baca cerpen awk ni dan sy sgt2 suka cara awak menulis...blog awak ni hanina abdullah share kt fb dia, sy agak mesti best sbb tu dia share...yg pasti mmg best...tersedu sedan sorg2 pagi2 buta ni...tq cempaka...:)
BalasPadamMst welcome ano...Thank to Sis Hanina coz sudi kongsi karya x sberapa saya... :)
Padamcerita yg sangat menyentuh hati..sangat sedih...banyak part yg buat ai menangis..rasa tak puas hati dengan fayadh.sangat geram.first ingat nak zara buat dia menyesal teruk2 tp ye la..x sampai hai pulak bila dia dah berubah...pape pown cite nie memang besttttt...
BalasPadamTq ano... :)
Padammula mula rasa nak ketuk aje suami zara tu dengan senduk. biar kiok terus. kasihan dgn zara ye cik writer. anyway best cerpen ni... selamat hari raya cempaka rembulan... and salam perkenalan....
BalasPadamselamat hari raya Aya Sofea... :)
PadamWalau beberapa kali membacanya air mata tetap berjuraian.seringkali ku ulang membaca cerita ini.memang best sangat.hati zara sungguh tabah.sanggup menerima suaminya kembali.inilah fitrah seorang wanita yg terlalu lembut dan sentiasa mengharap keredaan ALLAH walaupun diuji sebegini hebat tetap berpaksi pd ajaran dan panduannya.
BalasPadamTq ano sudi ulang mmbaca crita sy...sgt trharu... :)
Padamsedihhhhhhhhhhh..
BalasPadamtapi rahmat Allah mane kite nak tahukan..
di tarik yang ini diberi yang lebih baik..
suami yg still xblh lupekan kisah silam dan telah dikuasai oleh syaitan yg menyebabkan beliau sering marah2..
xsangka berakhir dengan happy ending..good job dear..
Selamat Hari Raya..^_^
Selamat hari raya capital iz.... :)
Padamsedih nyerr... rasa mcm nak meraung baca cerpen ni... dh lima kali saya baca tapi still nak nangis jugak... and tahniah sbp dah berjaya buat org yg hati batu mcm saya ni menangis...apa-apa pon cerpen ni tetap best!!!
BalasPadamthank Nina Shukri...Trharu awak sudi ulang baca crpen x sberapa sy.... :)
PadamTerus terang, saya suka dengan semua karya Cempaka. Sedih, romantik dan lawak. Mula-mula, saya menjengah blog ini. Cerpen yang menambat hati saya ialah kuberi cinta kuserah kasih dan sekarang karya ini. Betul2 best. Kalau buat novel rasa2 boleh bersaing dengan sury ryana. kot....
BalasPadamThank ZJ sudi mnyukai krya sy...sgt2 terharu..Aminnnn...moga2 sy mampu brada pada tahap itu....Haha...
PadamSuperb dear! Sgt menyentuh hati. Huwaa...
BalasPadamTq Ridhya :)
PadamAdeh.... cerita sedih...menangis tersedu sedu, boleh jadi gila hilang anak cuma kekuatan mental, ketahanan rohani dan berfikiran positive yg mampu atasi kesedihan ini.... tahniah cik penulis...
BalasPadamsuami memang tak boleh hidup kalau tak ada masaalah, sebab tu dia org suka cari masaalah walau pun hidup dah bahagia
cerpen yang terlalu sedih bagi saya, tentang kematian anak, kecurangan suami buat saya sedih. walau bagaimanapun banyak ikhtibar dari cerita ini. keep it up !!!!
BalasPadamDah lama tak menangis macam ni.....sedihnya..kesian zara..BTW keep it up the good work..peace
BalasPadamsedih sngt..... boleh rse apew yg zara rse...
BalasPadamMenangis sungh2 ni..memang terbaiklh...
BalasPadamSedihhnyaaa.... mmg mengalir air mata tgk penderitaan zara..
BalasPadamGood job sis dgn karya ni.sedihhhhhh sngt walaupun saya belum kahwin tapi karya ni mmbuatkan saya menanhis memikirkan kesensaraan insan bergelar isteri bila kasih suami bertukar arah.hahaha
BalasPadamAntara cerpen yg terbaik prnh saya bce..walaupn dh bce byk kali masih membuatkn saya mengalirkn air mata..terbaik..good job to writer..
BalasPadamCerita yang best mengalir je air mata baca cerita
BalasPadamCerita yang best mengalir je air mata baca cerita
BalasPadamhuhu sedih cerita ni.. dhi dh bce 4kali dh.. menanges xberhenti-henti.. ape2 pon dhi nk ckp cerita ni sgt best.. hope akk bleh buat cerpen yg cmni lgi.. yg mengusik emosi.. :) :) :)
BalasPadamCerpen yg menarik Dan berbeza...5 bintang..
BalasPadamCerpen paling besttt baca banyak kali pon tetap menangis jgak mmg best gilaaa ♥
BalasPadamBest. Sakit hati, geram, sedih semua ada. Bengkak mata menangis. Macam baca novel Siti Rosmizah Andai Itu Takdirnya 2 pun ada. Suami curang, lupa tanggungjawab n anak meninggal dsebabkan suami. Keep it up and good luck in your life :)
BalasPadamsedihnye,adi dan abg tkde...sampai meenangis bila baca...tp apa2pon thumbs up..good job,'-' happy endingnya daebak
BalasPadam5 star untuk cerpen ni. Sngt menyentuh jiwa dan raga. Brape kli menangis baca.. good job writer!!
BalasPadamTahniah akak sbb berjaya buat saya menangis tanpa henti dan buat emosi saya tak mnentu...cerpen akak mmg the best in the world
BalasPadam����tahniah akk..cerpen ni mmg best and berjaya buat saya nangis tak henti2...teruskan usaha lagi writter..good job������
BalasPadamTahniah sis writer, sis dh buat sy mnangis bkali2 sy baca .. Sy x tau dah brp kali saya baca cerpen ni... Sanggup taip words yg sy ingat smata2 nk cri cerpen ni tauu..
BalasPadamsumpahh feelingg terok. nangiss sampai bengkakk wehhhh sampai orang kata saya broken ke aaaaa masi takleh move on. cerpen palingg best saya pernah baca. ill give 100000000 stars .
BalasPadamx tau lh dh kali keberapa ulang baca balik, still buat saya menangis geram semua emosi ada..kippidap
BalasPadamYa Allah sedihnya.. Penat dah lap air mata.. Good job penulis
BalasPadamSaya baca cerita ni berapa kali dah..dari 2 tahun lepas..tak pernah tak nangis..sedih dan best sgt..terbaik
BalasPadam