Bakul
berisi ‘cucu-cucunya’ dijinjing erat. April yang mengikut dibelakang sesekali
berbunyi bising.
“Takut sangat aku jual anak kau ye?”
Yuyu menghentikan langkah dan memandang ke arah April.
“Kau tu kena senaman. Gemuk sangat
dah aku tengok.” Yuyu meneruskan langkah. Sengaja dia mahu membawa April dan anak
si Meon berjalan-jalan. Cuma sekarang dia sedikit musykil. Macam tak percaya
sahaja itu anak Meon. Tiga ekor anak yang dilahirkan begitu gebu dan montok.
Tak ada pun yang ikut ‘kehodohan’ melampau Meon. Jangan-jangan April curang
tak?
“Tapi tak kisahlah. Asalkan comel.
Terlepas kau dari jadi gulai aku.” Dia berkata perlahan kepada April yang
terlangut-langut memandangnya.
“Mummy Yuyu...bawa cucu jejalan ke?”
Hasif gelak kecil. Niat asalnya mahu berjoging tergendala apabila melihat Yuyu
turun berjalan-jalan sekitar apartment.
Yuyu ketawa mendengar kata Hasif.
“Penat ye April?” Hasif terus
mengangkat kucing montok itu ke dalam pelukkannya. Ini kes dera ke apa?
“Aip....Jangan angkat la. Biar dia
jalan sendiri. Gemuk sangat dah tu. Bagi kurus sikit.” Yuyu berkata tidak puas
hati.
“Biarlah.” Hasif membelai leher
April. Kucing itu sudah hampir memejamkan mata. Dasar kucing. Pantang dibelai
pasti akan tidur lena.
“Nak keluar joging ke?” Yuyu
bertanya sambil melangkah mendekati sebuah kerusi. Bakul di letakkan disisi.
“Cadangnya macam itulah. Nak ikut
tak?” April dilepaskan. Terus melompat haiwan itu mendapatkan anaknya.
“Boleh juga. Tapi kejap. Nak masuk
hantar budak-budak ni dulu.” Tak tunggu lama dia kembali menjinjing bakul berisi
keluarga April. Sedikit berat apabila April turut menyempit ke dalam bakul.
Mahu dikeluarkan rasa macam kejam pula bila budak-budak’ comel sedang menyusu.
Hasif memandang langkah Yuyu. Dalam
pada masa yang sama senyuman terukir dibibirnya bila mengingati kenangan dia
menjadi bidan terjun.
........................................
Rambut yang basah dikeringkan dengan
tuala. Badannya sudah terasa lenguh kerana seharian tidak mendapat rehat yang
mengcukupi.
Mujurlah kecederaan yang Yuyu alami tadi
tidak terlalu teruk. Hanya luka kecil yang akan hilang beberapa minggu lagi.
Minyak wangi disembur sedikit pada
badan. Satu tabiatnya yang memang sukar untuk dibuang. Dia hanya akan tidur
lena jika tubuh segar dan berbau wangi.
Katil dihampiri. Bersiap sedia
menghumbankan dirinya di atas katil. Kalau tidak cukup rehat masaklah dia
besok. Kedatangan pelabur dari Jepun pasti tidak dapat dilayan dengan baik jika
dia keletihan.
Belum sempat dia membuat kuak lentang,
loceng rumahnya nyaring berbunyi. Berkali-kali ditekan sehingga membingitkan
telinga.
“Ya Allah siapalah pulak datang
tengah-tengah malam ni? Tak tahu ke orang nak tidur?,,,” Hasif mengomel geram.
Dengan keadaan sedikit marah dia melangkah menuju ke muka pintu.
“Encik Boss....” Yuyu menangis.
“Kenapa ni?” Hilang terus rasa
mengantuknya. Kalut dia cuba membuka pintu. Risau melihat keadaan Yuyu.
“Tolong saya...Dia dah nak bersalin..ada
darah..” Semakin kuat tangisan gadis itu membuatkan Hasif semakin gelabah.
Siapa nak bersalin? Ada orang lain ke tinggal dengan Yuyu?
“Cepatlah...” Yuyu sudah menjerit. Geram
melihat Hasif masih tercengang-cengang melihat sekeliling.
“Kejap...kejap..” Pintu rumah ditutup
sebelum dia menghampiri Yuyu.
Hasif teragak-agak ingin memasuki rumah
Yuyu. Rasa macam tak manis pula kalau orang tengok. Sudahlah tadi dia sudah
menceroboh rumah gadis itu. Ini nak buat lagi. Isyhh..
“April...April...”
“Kawan kau ada dekat mana?” Hasif
bertanya. Dia turut memandang sekeliling. Tiada apa yang dapat dikesan.
“Entah tadi ada dekat sini.” Yuyu tunjuk
satu bakul yang kosong. Air matanya disekat apabila penglihatannya menjadi
kabur.
“Huh.?” Hasif terperanjat. Kawan apa
duduk dalam bakul? Seketika sebelum dia memejamkan mata dengan tangan digengan
erat. Terbayang dimatanya si kucing montel yang dia temui tadi. Pasti itu...Arghhh....!
“Kucing kau kan yang nak bersalin tu?”
“Memanglah. Encik Boss ingat siapa?”
Hingus yang hampir meleleh di kesat. Entah ke mana menghilang ‘anak’
kesayangannya itu. Pasti sedang menangung kesakitan.
Surat cinta Untuk Disana :
Alowww.... X ada yg best...hanya brkenalan dgn ‘cucu’ Yuyu... haha
Awat sikit sangat?
BalasPadamBEST...
BalasPadamKelakar...hahaha...
BalasPadamhahaha... lwak gila laaaaaaa
BalasPadamhuarghhh...diri da tak tertahan tunggu versi cetak
BalasPadamharap2 boleh publish thn nie :'(
Bila lah nak,dpt versi cetak,nie
BalasPadamcomel cucu yuyu..haha
BalasPadam