Kalau aku debik budak Adra ni korang jangan tanya kenapa! Kusut..
“Kita berjemaah nak kejap lagi?”
Adra berkata lembut. Sejadah dibentangkan di atas karpet di dalam bilik.
“Aku sibuk.” Zafry berkata malas.
Tak habis-habis tunjuk alim. Kalau nak sembahyang tu, sembahyang sajalah. Yang
sibuk nak ajak dia kenapa?
Adra geleng kepala. Sibuk? Dari tadi
dia melihat lelaki itu terbungkang tidur. Sibuk apanya kalau macam itu.
Seketika kemudian senyuman tergaris pada bibirnya. Akan ku persembahkan ‘lagu
terindah’ buatmu wahai suami. Terimalah….
Ingat lima perkara,
Sebelum lima perkara,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati…..
Demi masa, sesunguhnya manusia
kerugian..
Melainkan yang beriman dan beramal
soleh..
Mendayu suaranya sebelum kain tuala
dicapai dan dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Sebelum itu senyuman manis
sempat dihadiahkan buat suaminya yang sudah bewajah kelat. Kalau tak terasa
jugak memang tak tahulah apa dia nak kata.
Zafry kemam bibir. Sedaya upaya
ditahan dari mengeluarkan sumpah seranah. Dirasakan ‘lagu’ Adra tepat mengenai
wajahnya. Membuatkan dia terasa membahang. Adra tidak habis mahu membuatkan dia
sakit jantung.
“Abang nak join Adra tak?” Kepala
dijengul disebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik lelaki itu. Tapi
kalau Zafry bersetuju mati lah dia!
“Tak hingin aku…” Dia menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam
kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!
“Jangan lupa ambil air sembahyang
tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air
ditutup rapat.
“Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada
bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra.
Surat
Cinta Untuk Di sana : Eloww sayang…Ini sahaja buat
masa ini…Dah lama tak main jajan’s-jajan’s…Rasa rindu pulak!...muahhh
hahahaha... Best sngat2
BalasPadamBest.
BalasPadam