Surat Cinta Untuk Di sana : Aloha darling...Sebelum full n3 esok,,(Inshaallah) moh layan sikit jajan's...Satu saja sy nak bagi tahu...jangan harapkan 'sesuatu' untuk cerpen kali ini... Sebab ada sahaja yg tidak kena setiap kali sy menaip...Bahasa juga bertaburan bak pepasir di pantai...(ewww...over drama..) haha...So..n'joilah.....
“Abang...bangun...Abang!” Zara cuba mengejutkan
Fayadh. Berkerut dahi lelaki itu kerana cuba membuka mata.
Terpandang sahaja wajah Zara, Fayadh
terus bangun. Sedaya upaya dia cuba tunjuk kuat di hadapaan isterinya.
“Zara nak apa? Tak sihat ke?” Dengan
suara serak dia bertanya. Risau jika ada yang tidak kena pada isterinya.
“Zara masak bubur...” Zara mencapai mangkuk.
Sesudu bubur nasi ditiup sebelum dibawa ke mulut Fayadh. Seketika Zara bagaikan
terlupa dengan sengketa yang terjadi. Apalah sangat yang dia lakukan berbanding
dengan apa yang Fayadh korbankan. Entah berapa lama lelaki itu bercuti bagi menjaga
dia.
Fayadh terharu. Air matanya bagaikan
mahu menitis. Sudah lama dia tidak melihat Zara risaukan dia. Perlahan-lahan dia
membuka mulut. Masin...Tetapi suapan demi suapan di teruskan juga. Apalah sangat
masin itu jika di bandingkan dengan kesudian Zara mahu menyuapkan dia. Dirasakan
itulah makanan terhebat yang pernah dijamah dalam masa setahun ini.
“Sedap tak? Zara puasa. Tak tahu rasa
apa.” Zara bertanya. Takut jika rasanya teruk, tetapi demi menjaga hatinya Fayadh
tetap makan.
“Makanan tersedap yang pernah abang rasa.”
Wajah Zara dipandang. Senyuman kelat dihadiahkan buat isterinya. Dia rindukan Zara
yang dulu. Benar-benar rindu.
“Iyelah tu.” Tanpa dipinta senyuman terlakar
di wajah Zara. Suaminya itu masih lagi seorang lelaki yang suka bermanis mulut.
“Betul lah. Abang tak tipu.” Fayadh ketawa
dengan kata-kata sendiri.
“Macam-macamlah.” Zara ketawa. Seketika
kemudian dia terpana bila tangan Fayadh dibawa menyentuh kedua pipinya.
“Abang rindu nak dengar ketawa Zara.”
Tanpa dipinta air matanya mengalir membasahi pipi.
mcm sedih je.. Tapi apa2 pon, sedang menunggu ♥
BalasPadamErrr ini j ??? Pendek nya
BalasPadam