Kau kena senyum Adra...Senyum...Kejap lagi balik rumah siap kau Umar Zafry!
“Abang
tahu tak negara ini nama apa?” Adra senyum memandang Zafry. Tangan lelaki itu
ditepuk-tepuk. Sesekali dia menjengah, risau jika ada yang mendengar perbualan
mereka. Hari ini dia datang ke hotel bagi melihat persiapan terakhir yang
dilakukan. Buat pertama kali Zafry sudi mengikutnya. Itu pun setelah puas
dipujuk rayu.
“Malaysia. Kau kenapa tanya aku
soalan bodoh macam itu?” Wajah Adra dipandang. Banyak-banyak soalan, soalan
‘ajaib’ itu juga yang dipilihnya Langsung tak mencabar.
“Pandainya suami Adra. Malaysia
abang. Bukan Manchester tahu. Sini orang makan nasi. Bukan makan spagetti.”
Adra senyum kelat. Sakit hati dia melihat gelagat Zafry. Kasihan kepada Laili,
perunding perkahwinan mereka. Suka hati sahaja lelaki itu mahu menukar menu
pada saat-saat akhir. Sudah lah itu, mintaknya makanan tak menahan mat saleh. Langsung tidak kena dengan
tema yang telah dipilihnya.
“Kau..Isyh..” Zafry gengam tangan. Terketar tubuhnya menahan geram.
“Kita buat ikut perancangan sudah
lah. Ayah pilih suasana kampung. Mana sesuai hidangkan tetamu makanan barat. Kena
lah bagi sesuai ikut keadaan wahai suami ku sayang.” Entah macam manalah nanti
kalau lelaki itu sedar, coat tidak
disediakan. Yang ada hanyalah baju melayu siap bersampin dan bertanjak.
Itu permintaan ayah mertuanya. Dan
dia memang tidak sampai hati menolak hasrat lelaki itu. Abahnya sendiri juga lebih
menyukai tema kampung. Dan yang penting, turut kena dengan jiwanya yang mahukan
suasana lebih santai.
“Sekarang siapa yang nak bersanding?
Aku ke dia?” Tak habis-habis dengan ayahnya itu. Apa, boleh matikah kalau tak
ikut kata Tan Sri Hamzah? Sakit hatinya bila melihat kawasan dewan yang bertukar
menjadi ‘hutan rimba.’ Lebih menyakitkan hati, tiada meja makan yang dilihat pada
matanya. Kena bersila ke apa? Ufthh..
“Adra dengan abanglah.” Adra
mengeluh. Itulah, masa orang sibuk uruskan aturcara majlis, dia sibuk mengelat.
Sekarang banyak pulak cekedak!
“Ha, dah itu, yang kau nak ikut
cakap dia kenapa?” Wajah penuh dengan riak angkuh ditayang.
“Puan, Encik…Saya dah tanya bos
saya. Dia minta maaf. Kami tak dapat nak tukar menu pada saat akhir. Lagi pula
majlis lagi dua hari. Semua barang pihak kami dah sediakan.” Laili mengukir
senyuman. Dalam hati sempat dia mengumpat lelaki di hadapannya. Harap wajah
sahaja kacak, tapi banyak songeh. Itu ini tak kena. Dia lebih senang berurusan
dengan Adra dan Tan Sri Hamzah. Lebih mudah dibawa berunding.
“Benda senang macam itu pun korang
tak boleh nak uruskan?” Sedikit melengking suaranya. Bengang bila permintaanya
tidak mahu dituruti. Terus dia bangun dan berlalu.
“I’m
so sorry Laili. Dia memang macam itu.” Adra rasa wajahnya terbakar. Menahan
malu dan juga marah. Tidak menyangka Zafry begitu menjengkilkan.
“It’s
okey puan.” Laili tersenyum hambar. Dia sudah terbiasa melayan gelagat
pelangan yang pelbagai. Zafry hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran yang
selalu dia hadapi.
“Buat macam yang kita rancang. Awak
abaikan saja apa yang suami saya cakap.” Adra sudah tidak betah berlamaan.
Sunguh dia malu.
“Lega kalau puan kata macam itu.” Laili
mengeluh.
“Adra..Panggil Adra cukup. Berapa kali
saya nak bagitahu?” Adra ketawa kecil. Sudah berbuih mulutnya menyuruh wanita itu
memangilnya Adra, tetapi tetap juga ‘puan’ yang menjadi pilihan.
“Okey, Adra…Suami awak macam mana? Tak
apa ke?” Dalam lega dia sebenarnya risau. Macam mana kalau lelaki itu timbulkan
kekecohan lagi nanti?
“Yang itu awak jangan risau. Nanti pandai-pandailah
saya.” Umar Zafry….Jaga kau kejap lagi! Arghhh….Tension!
Surat
Cinta Untuk Disana : Aloha darling…. Lepas ini Zafry
yang bermaharajalela. Adra kena jd ‘tikus’ kejap…haha… Muahhh!
Waiting for full n3... <3
BalasPadamWaiting for full n3... <3
BalasPadamemmm... can't wait
BalasPadamKemain.... X mnahan selera inche singa nI hahaha..cpt up full n3 ye hihi
BalasPadambile nak berbaik nye nie
BalasPadamlame plak rase..biar inche singa jd kucing plak
then cik kucing jd singa
gadoh ajer la...eee zafry ni pun kan...
BalasPadam