“Ini
untuk Love.”
“Cantiknya
mak tok... Terima kasih.” Disambut huluran mak tok. Baju kebaya merah siap
dengan perincian manik dan labuci itu, terus diacu pada tubuh.
“Untuk
Nafiz mak tok?”
“Dalam
almari mak tok ada banyak kebaya lama. Pergilah ambil sepasang.”
Padam
senyuman dibibir Nafiz mendengar kata-kata wanita itu. Agaknya mak tok memang alergik
tengok muka dia. Asal buka mulut saja, adalah kata yang boleh buatkan dia
sentapkan hati.
“Nah.” Mak tok tersengih. Baju
melayu yang masih berbungkus di dalam plastik, diserahkan kepada Nafiz.
Nafiz
tahan senyum. Terbang melayang habis rasa sentap.
“Rambut
tu kejap lagi jangan lupa pergi potong.” Mak tok tergeleng. Hari itu balik,
rambut dah macam landak. Terpacak tinggi.
Hari
ini pacak hilang, tumbuh pulak ekor. Ikutkan hati, nak sahaja dia capai gunting
dan kerat rambut yang berjuntai di belakang leher cucunya itu.
“Mana
boleh mak tok. Trend ni!” Nafiz jarakkan tubuh. Risau kalau bekas sarjan itu
buat aksi harimau menerkam.
“Trend
apa? Tarzan aje suka rambut mengerbang macam tu. Kejap lagi, jangan lupa pergi
potong.”
Mak
tok bangun dan terus bergerak ke arah dapur.Tak kuasa dia nak melayan kerenah
cucunya.
“Tulah
abang. Kan Love dah cakap. Pergi potong. Tak nak… ha… kan dah kena.” Dia sudah
agak, pasti rambut suaminya akan menjadi isu. Mak tok bukan boleh, asal nampak
sahaja benda yang tak diberkenankan dek matanya, masa itulah juga disemburnya. Tak
adanya dia nak tunggu-tunggu. Belum sempat dia meneruskan bebelan, anak lelakinya
sudah mula merenggek kecil.
Terus
diangkat tubuh itu naik ke atas ribanya. Anaknya yang baru berumur empat bulan
itu sudah mula menghisap bibir sendiri. Agaknya lapar kerana sepagi asyik tidur
sahaja kerjanya. Anak dara kecilnya pula, asyik ikut ke mana sahaja ‘Oyang
Achan’ pergi. Pasti teruk atuk dibuli dek cicitnya yang seorang itu.
“Syuhh… biar mak tok sorang sudahlah bising.” Plastik
yang berada di tangan, ditimang-timang. Berkerut sedikit dahinya. Ringan
semacam saja pun. Plastik dibuka…
“Mak
tok. Ni baju Naqib. Baju Nafiz mana?” Agaknya mak tok hanya berhenti menyerang
dia bila Israel dan Palestine berdamai… Pasrah!
“Kamu
tu dah tua. Pergi beli sendiri. Mak tok tak cukup bajet.” Dia di dapur sudah
mula ketawa. Seronok mempermainkan cucunya yang seorang itu. Tak adalah dia kejam
sangat sampai nak cucu tirikan Nafiz. Ada saja dia belikan baju melayu untuk cucunya
itu.
“Sampai
hati mak tok. Esok Nafiz boikot raya!”
“Baguslah
tu. Lemang dengan serunding daging, mak tok sedekah je dekat orang.” Suaranya
sikit melaung.
“Nafiz
boikot seminit aje mak tok.”
Mak
tok semakin galak ketawa. Dia dah agak dah… Seminggu nak balik raya, entah
berapa puluh kali Nafiz ingatkan dia pasal lemang dan serunding.
Lemang
atuk buat sedap… serunding mak tok terangkat… pakar membodek! Sekejap lagi dia
nak bagi ‘hadiah’ dekat Nafiz. Kelapa belum dikait… buluh untuk buat lemang pun
belum dipotong.
Sedap
saja nak makan tanpa buat kerja…ingat dia baik hati sangat nak bagi cucunya tu
jadi tuan besar? ewahhh… banyak cantik!
...................................
SURAT CINTA UNTUK DI SANA : Aduhai...lama beno x berupdate.... Rindu zaman sy berjimba jimbu dekat sini.... Insyaallah....selesai sy siapkan IMA...kita berhurayy balik dekat sini...(Ada tak yang nak peluk ima versi cetak??? heheheh) papai...muahhhh.... oh ya... SALAM AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat...maaf zahir batin....
(Insyaallah...nanti sy hadiahkan satu bab IMA untuk korang...terharu...sy chek stats.....setiap hari seribu lebih masih sudi masuk ke sini walaupun dah jarang sy update... Seribu utk penulis picisan mcm saya....jumlahnya sgtlah tinggi.... Xiexie...wo ai ni.... muahhhh )