Hel!O mY DarLing!

Khamis, 18 April 2013

Cerpen : Ku Beri Cinta Ku Serah Kasih




            “Amni tak kira mak. Apa jadi sekalipun Amni tetap nak kahwin dengan Firdaus.” Amni mula membentak. wajahnya masam mencuka. Geram dengan ibunya yang bagaikan tak merestui hubungannya dengan Firdaus.
           
“Amni oii. hang tu jangan dok syok sendiri. Mak ni bukan apa, tak mau nanti hang yang patah hati. Aku dengar budak Firdaus tu dah ada..apa tu orang putih panggil?  gepren ka? ha betul la aku sebut tu . Tak daknya dia nak kat hang.”  Mak Senah yang sibuk menebas semak samun di kebunnya semakin bersemangat. Pokok yang agak besar sekejap sahaja di cantasnya. Bukan semangat apa, semangat kerana marahkan anak gadis sendiri.
           
            “Girlfriend la mak. Mak ni memandai je. Abang Firdaus tu dah janji nak kawin dengan Amni lepas dia habis belajar.” Amni semakin geram. Ada saja modal Cik Senah tu nak kondem semangat dia. Terbayang wajah kacak Firdaus. Hatinya berbunga riang.
           
            “Ni Amni, mak nak habaq kat hang. Hang toksah dok buat gatai merenyam sangat no. Malu kalau orang kampong tau. Dok abang Firdaus, abang Firdaus.”  Wajah anak gadis tunggalnya direnung tajam. Bukan dia tak tahu, sejak dari kecil lagi anaknya itu menyimpan angan nak bersanding dengan anak Rahimah, jiran sebelah rumahnya. Dia bukan tak suka pada budak Firdaus tu, tapi dia tahu tak adanya budak tu nak pandang anak gadisnya yang serba serbi kekurangan.
           
            Apatah lagi keluarga Firdaus juga bukan calang keluarga. Rumah  yang bersebelahan dengan rumahnya ibarat gajah dengan semut. Rumah banglo itu bertingkat-tingkat tingginya. Walaupun keluarga itu tidak sombong tetapi dia sedar di mana kedudukan mereka. 
           
            “Mak, Amni ni anak mak. patutnya mak bagi sokongan moral. ni tak kejenya asyik nak patahkan semangat orang ja.” Amni mencebik. Ingatkan balik kampong bolehlah dapatkan semangat dari mak tersayang, huh bermimpi di tengah hari la dia.
           
            “Bukan tak mau bagi semangat, tapi hang pun tau. Budak tu dia balik dari ‘obesi’ belajaq pandai tak kan dia nak pandang dekat hang Amni. Mak ni nak hang bahagia. Kalau hang saja mau kat dia tapi dia tak mau dekat hang nak buat apa?” Mak senah mengesat sedikit peluh yang menitis. Dia tahu anaknya dari dulu menaruh perasaan terhadap Firdaus, bahkan dia sendiri bangga bila anak gadisnya menjadi pilihan lelaki itu tetapi itu semua dulu. Sejak dari tahun pertama Firdaus di Russia lagi dia tahu yang pemuda itu mula menganyam cinta dengan orang lain.
           
            “Amni tahu mak. Dia pasti kawin dengan Amni nanti.”  Bersunguh dia berkata. Mahu atau tidak lelaki itu mesti mengahwininya seperti yang mereka janjikan bertahun dulu. Kerana Firdaus dia sudah hilang sifat malu dang bersopan yang selama ini menjadi ‘makanan’ hariannya.
           
            Mak Senah mengeluh resah. apa kena dengan anak gadisnya? Tak pernah Amni berkelakuan seperti ini. Amni anaknya yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah dia berbangga bila ramai memuji betapa kelembutan dan kesopanan Amni membuatkan mereka kagum. Tetapi hari ini kemana menghilangnya sifat yang dia banggakan itu?
……………….
            “Jemput minum Nah.” Rahimah tersenyum memandang tetamunya. tengok dari gaya seperti ada hal penting. Tak pernah pagi-pagi buta jirannya itu bertandang ke rumah.

            Senah menelan liur yang terasa kesat. Ni semua anak gadisnya punya pasal. Wajahnya terasa membahang. Di toleh kiri dan kanan bagaikan mengesan jika ada orang lain yang cuba mendengar perbualan mereka. Malu jika hajatnya diheboh.
           
            “Nah datang ni sebenarnya bawak hajat.” Setelah berkira-kira barulah suaranya keluar. itupun antara dengar dan tidak sahaja.
           
            “Hajat apa tu? Cakap je Nah. Kita ni buka baru sehari dua kenal. Kalau Nah ada masalah insyaallah kalau kak boleh bantu kak bantu.” 
           
            “Erkk..sebenarnya mcam ni kak.. Saya…saya..emm nak pinang anak kak.”
           
            “Eh biar betul kamu Nah. Budak Fina tu SPM pun tak lepas lagi. Siapa yang mintak kamu pinangkan anak akak tu?” sedikit terbeliak mata Rahimah dengan permintaan dari Senah. Suasana sejuk terasa membahang. Berpeluh ketiak mendengar permintaan tak masuk akal itu. Air yang di hidangkan kepada tetamunya dicapai. Hendak dikatakan meminang Firdana, dirasakan tak logik pulak. Masakan orang tidak tahu yang anaknya itu telah berkahwin?
           
            “Sebenarnya kak..emm…bukan saya nak pinang Fina. Tapi saya nak pinang Firdaus untuk Amni.”

            “Puhhhhh” menyembur air yang baru diminum Rahimah. Terasa mahu pitam. Senah yang memandangnya terkebil-kebil bila percikan air kopi melikat di wajahnya. Di raup perlahan kopi yang mula menitis. Hanya sengihan kelat yang mampu dia hadiahkan kepada Rahimah yang sudah seperti kena sampuk.
……………………….
            Ketulan batu kecil di ambil. Setelah memastikan tiada orang yang nampak perbuatannya Firdaus membaling batu itu ke arah tingkap kayu tidak jauh di hadapannya. berkali-kali batu di baling. Dia tersenyum kemudian bila tingkap terkuak. Wajah comel remaja perempuan menjelma. tertoleh kiri kanan bagaikan mencari dari mana datangnya bunyi.

            “Amni” dengan nada perlahan dia memangil. Firdaus tersengih bila Wajah gadis itu mencerlun memandangnya.

            “Abang buat apa ni? dah lewat sekarang. kenapa tak tidur lagi? esok nak bangun awal kan?” Amni mengeluh. tak pernah-pernah Firdaus buat perangai tak ‘semengah.’ Cahaya bulan yang sedikit malap dengan bunyi anjing menyalak sedikit menyeramkan. Angin yang sesekali kuat bertiup menandakan hari akan hujan.
           
            “Tak sudi nak jumpa abang ke? esok pagi dah last tau abang kat sini. Lepas ni entah bila pulak kita nak jumpa.” Firdaus mendekat. Kebetulan bilik Amni dibawah membuatkan mudah untuk mereka berbual.

            “Nanti cuti sem abang balikkan?” Pergilah balik. Nanti kalau orang nampak apa pulak orang cakap.” Amni tidak selesa. Tahu dek emak yang dia bersembang dengan anak teruna orang malam-malam buta ni mahu digulaikannya.

            “Mestilah abang balik. Amni tunggu abang tau. Nanti abang sudah habis belajar kita kahwin.” Wajah kekasih hati direnung dengan penuh perasaan cinta yang mengebu. Semakin hari semakin dia cintakan Amni. Amni yang comel dan Amni yang sopan, itu adalah ciri wanita yang diingin dan diidamkannya selama ini.

            “Abang janji tau?” Amni tersenyum gembira melihat angukkan Firdaus.

            “Nanti abang pergi sana, Amni jangan nak mengatal pulak.” Di dalam hatinya terselit perasaan resah. Kekasih hatinya itu menjadi rebutan jejaka kampung, di sekolah apatah lagi. Takut dia membayangkan Amni pergi dari hidupnya. Walaupun rakan-rakannya mengatakan cinta mereka adalah cinta monyet, tetapi dia tidak peduli. Dia tahu hatinya.

            “Eleh…kata Amni. Jangan-jangan abang tu sehari sampai negara mat saleh, terus lupakan Amni. Kita ni dah lah tak cantik. Buatnya abang jatuh cinta dekat minah mata biru dekat sana, haii…melepaslah Amni dekat sini.” Amni pura-pura membuat ayat pasrah. Hanya Allah tahu bertapa dia bersedih harus berpisah dengan Firdaus.

            Lelaki itu di kurniakan otak yang bergeliga. Dia pula hanya sedarhana dalam pelajaran. Bukan dia tidak berusaha tetapi resultnya tetap sekadar cukup makan. Firdaus dari darjah tiga sudah menunjuk kepandaian. Siap langkau kelas lagi. Ujian semasa darjah tiga membolehkan dia lompat kelas. tak perlu masuk darjah 4, terus darjah lima.
           
          Lama mereka bersembang dari satu topik ke satu topik. Jam yang sudah menunjukkan  pukul satu pagi tidak disedari. Bunyi motosikal lalu menyedarkan mereka. Gelabah Amni bila membayangkan apa orang akan bercakap tentang mereka.

            “Abang masuk cepat.” Amni membuka luas tingkap biliknya. Firdaus pantas melangkah masuk. Dia pun takut jugak sebenarnya. Mahunya tahu dek penduduk kampung dia bertempek di sebelah bilik anak dara orang mahu lebam muka dihentam. Baginya hidup bermasyarakat memang menyusahkan.

            “Abang balik tau lepas ni. Amni kembali membuka tingkap perlahan-lahan. Bila diyakini motosikal tadi sudah berlalu dia menarik nafas lega. Dalam hati perasaan sebak mula melanda. Masanya untuk bersama dengan Firdaus semakin suntuk.

            “Amni jangan lupa janji Amni nak setia kepada abang.” Firdaus sekali lagi membuat pesan. Dia berura-ura ingin melangkah melepas tingkap. Tetapi tangisan kecil mematikan hasratnya. Wajah Amni yang mula di basahi air mata direnung. Entah apa yang merasuknya tubuh itu di rangkul. Cuba menenangkan kekasih hati yang sedang bersedih dengan perpisahan yang bakal berlaku.

            “Syuhhh…Amni jangan sedih. Nanti cuti sem abang balik.” Firdaus mengusap lembut belakang tubuh Amni. Haruman shampoo menyapa hidungnya. Dadanya sudah bergetar lain macam. Pelukkan Amni yang kuat di pinggangnya membuatkan dia semakin terleka. 

            “Amni sayangkan abang” Bisikkan lembut itu menyapa telinga Firdaus. Dia ingin merenggangkan pelukkan, tetapi perasaan asyik yang pertama kali dirasai sukar di tolak. Tanpa sedar wajah itu sudah menjadi mangsa ciumannya..Mereka semakin terleka…Rintik hujan semakin kasar menghentam bumbung rumah bagaikan tidak mengangu perbuatan anak remaja yang baru mengenal erti dunia.
………………………………
            Amni tersentak. Badannya terasa berpeluh. Diraup wajahnya berkali-kali. Terasa air hangat turun melepasi lekuk pipinya. Saban malam terutamanya semenjak mengetahui berita kepulangan Firdaus, dia dihantui mimpi yang sama, membuatkan dia ketakutan. Kenangan ‘itu’ sukar dilupakan. Menghimpit jiwanya dengan perasaan bersalah dan berdosa. Andai masa dapat diputarkan kembali, dia akan pastikan kejadian beberapa tahun dahulu tidak berlaku. Tetapi dia tahu segalanya mustahil. Semuanya telah terlambat. Sekarang hanya ehsan Firdaus yang di harapkan.
          
         Dengan perlahan dia berdiri. Kakinya di atur menuju ke bilik air. Dibuka perlahan air paip. Dengan berhati-hati dia mengambil wuduk. Dia ingin melakukan solat taubat. Hanya itu yang mampu di lakukan. Setiap kali dia mengingati peristiwa yang sama, hanya dengan berserah diri kepada Allah, mampu membuatkan dia kembali tenang.
            
           Lama dia berdoa. terasa berat kaki ingin meninggalkan sejadah. Berharap Allah mengampunkan dosa yang telah dia lakukan. Dosa berkasar bahasa kepada ibunya demi Firdaus juga sudah tidak terhitung banyak. Bukan dia sengaja, sungguh langsung tidak pernah terlintas di fikirannya ingin membuatkan wanita yang banyak berkorban dan berjasa kepadanya itu rungsing, tetapi dengan desakan sahaja dia tahu, dia mampu memiliki Firdaus dengan bantuan ibunya.
………………………….
            Lama mereka berdiam diri. Aku tengok kau, kau tengok aku. Itu yang terjadi sejak 15 minit tadi. Masing-masing berat mulut bagi memulakan perbualan.
           
       “Amni sihat?” Firdaus mengalah. Hanya sekilas dia memandang wajah yang pernah membuatkan hidupnya di penuhi warna-warni.  Sekarang dirasakan getar yang pernah membuai perasaannya satu ketika dulu bagaikan hilang di telan masa. Tiada getar dan tiada rasa. Kosong.

        “Macam abang tengok sekarang.” Amni berkata tenang. Jelas riak itu bagaikan tidak senang mendengar kata-kata sinisnya. Bukan niat hati ingin biadap, tetapi desakan naluri kuat menyuruhnya berperangai sebegitu. Hampir dua bulan Firdaus menyepikan diri. ‘Masa lalu’ yang ingin diselesaikan juga tertanguh.

            “Abang nak Amni batalkan pertunangan kita.” Firdaus berkata tenang. Ketenangan yang dikumpul setelah berhempas pulas dia mengucapkan kata-kata yang sama di hadapan cermin.

            Dia sebenarnya tergamam bila mamanya memberitahu yang dia dipinang. Rasa tergamam yang kemudiannya membuatkan dia ketawa berdekah. Kelakar dirasakan saat itu. Entah anak dara manalah yang terdesak sangat, tetapi saat nama Iman Amni meluncur dari bibir mama ketawanya mati dengan sendiri. Penolakkan Dilakukan, tetapi ternyata dalam diam mamanya membuat persediaan.

             Rombongan peminangan di hantar tanpa persetujuannya. Dia tahu mama memang dari dulu sukakan Amni. Setiap kali dia menalifon tidak pernah nama itu tiada dari bibir mamanya. Itu Amni, ini Amni dan segalanya tentang Amni. Awalnya dia sendiri menyukainya, tetapi bulan ketiga di perantauan, menemukan dia dengan gadis lain, entah bila tanpa disedari cinta untuk Amni, berpaling arah dan mendengar nama itu sahaja sudah cukup tidak disukainya.

            “Abang yang nak batalkan, abang sendirilah yang cakap.” Amni tersenyum. Hendak batalkan? Tidak!!! Walau apa yang berlaku Firdaus harus bertanggungjawab.

            “Abang tak cintakan Amni. Tolonglah faham. Kita macam langit dan bumi, semuanya berbeza.”
           
            “Dulu tak ada pulak nak sebut tentang perbezaan segala.” Semakin sinis kata-kata yang meluncur dari bibirnya. Dia bukan lagi anak gadis cengeng yang hanya tahu menangis apabila dilanda kesusahan. Usia mematangkannya, dan semua yang berlaku memberikan dia kekuatan yang entah bila terbina.

            “Susah cakap dengan Amni. Abang tak nak teruskan pertunangan ni. Amni cubalah faham.” Firdaus cuba memujuk. Kenapa dirasakan Amni sudah jauh berubah? Keras kepala itu terasa sukar dilentur.

            “Apa yang Amni faham, abang kena bertanggungjawab dengan perbuatan abang dulu.” Mengenang kisah lalu membuatkan Amni sedikit sebak. Sedaya upaya dia cuba menghapuskan rasa itu. Dia tidak boleh lemah. Cukuplah dengan apa yang dia lalui selama ini.
…………………………..
            Air mata yang mengalir di biarkan rakus menodai pipi. Wajah Firdaus yang tertidur pulas selepas menakluki dirinya dipandang. Bibir diketap kuat agar tangisannya tidak kedengaran. Selama hampir dua bulan hidup dengan Firdaus, dia merasakan dirinya tidak ubah seperti pelacur. bezanya pelacur di bayar. sedangkan dia? tidak langsung diberi kesempatan untuk menolak. Tak pernah Firdaus mahu berlembut dengannya.
           
            “Kenapa ni?” Suara garau Firdaus yang terasa berbisik di telinganya membuatkan dia gelabah. pantas air mata di kesat. dia tersentak bila terasa hembusan nafas lelaki itu kuat berderu di lehernya. Apa mahu lagi lelaki itu? Bila di rasakan Firdaus sudah lain macam, pantas dia menarik kain tuala yang di letakkan di kepala katil. sengaja dia meletakkan di situ walaupun dia tahu Firdaus tidak menyukai tabiatnya. gebar di tolak sedikit. tuala mula di balutkan ke badan.
           
            “Nak pergi mana?”Firdaus memegang tangan isterinya yang mahu bangun dari katil. Ditarik tubuh itu ke dalam pelukkannya, terasa tolakkan kecil dari Amni. tetapi dia tidak peduli. Tangannya sudah menjalar merata.
           
            “Layan aku kejap.” Suaranya antara dengar dan tidak sahaja. matanya rakus memandang sekujur tubuh itu.

            “Amni penat bang. Kejap lagi nak masuk kerja.” Tubuh Firdaus di tolak lembut. Terasa air matanya kembali ingin menitis. Kenapa Firdaus masih mahu membunuh perasaannya?

            “Kau cuti harini. aku bagi cuti.” Firdaus tersenyum sinis. Bukan tidak nampak wajah itu berubah, tetapi entah mengapa hatinya berlagu riang melihat wajah itu kembali mendung. Kedukaan Amni adalah kegembiraan terbesar dalam hidupnya. Dia puas dapat menyakiti perasaan Amni. Dirasakan ini balasan yang setimpal untuk wanita itu kerana berjaya mengheretnya dalam perhubungan yang langsung tidak di ingininya.

            Pertemuan dan perbincangan mereka tidak pernah berhasil. Amni masih dengan sikap degil dan dia terlalu sukar untuk menolak bila mama begitu beria-ia dengan perhubungan yang ingin dicipta antaranya dan Amni. Dua bulan lalu mereka diijabkabulkan. Majlis pertunangan berlangsung sama dengan hari pernikahan. Dan mulai hari itu dia bertekat, Amni akan menyesal hidup bersamanya.
……………………………..
            “Amni kau tengok tu. Sesuaikan diorang? Haii…beruntunglah Doktor Maria dapat Doktor Firdaus tu. Dahlah kaya, kacak pulak tu.” Gina wanita kacukan cina dan india itu, menarik-narik baju Amni menyuruh wanita itu memandang ke arah merpati dua sejoli yang sedang sakan bergelak ketawa. Siap bertepuk tampar.

             Amni yang mendengar kata-kata Gina terdiam. Matanya memandang ke arah Firdaus dan Maria. Hatinya terluka tetapi entah mengapa kelukaan itu sudah tidak terasa peritnya. Seketika dia melarikan pandangan bila mana renungannya ditangkap sepasang mata Firdaus yang sinis memandang ke arahnya.

            Liur ditelan bila mana langkah ke dua manusia itu menapak kearahnya dan Gina. Terasa semput nafasnya.

            “Ada orang tak kat sini? Tempat lain dah penuh.” Maria bertanya lembut. Pandangannya jatuh ke wajah Amni. Belum pun sempat dia menjawab Gina terlebih dahulu memotong.
            “Eh tak ada doktor. Duduklah.”

            “I pergi ambil makanan dulu. U tungu sini jelah.” Maria berkata kepada Firdaus. laju dia melangkah kemudiannya. Firdaus melabuhkan tubuh di sebelah Amni. Nampak jelas wajah isteri rahsianya berubah.
……………………………………
            Amni menahan matanya dari tertutup. Sudah beberapa kali dia asyik tersenguk. kenduri kesyukuran sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa mertuanya dibuat sederhana tetapi meriah. Tetamu dari selepas Maghrib tadi tidak putus. Sekarang jam sudah beranjak ke pukul 11 lebih. tetapi tiada tanda tetamu akan berkurangan.

            Jika diikutkan rasa hati, mahu sahaja dia masuk ke bilik dan tidur. Apatah lagi sejak pagi tadi dia rasa tidak sihat badan. Tetapi memikirkan tangapan saudara mara suaminya dia mematikan hasratnya.

            “Iman Amni!!!” Satu suara kedengaran menyapa pendengarannya. Amni pantas berpaling. Senyuman yang terukir di bibirnya perlahan-lahan mati. Nafasnya rasa tersekat. Sukar untuk bernafas. Dadanya terasa seperti dihempap seketul batu. Terasa bergetar bibirnya ingin membalas panggilan wanita yang tersenyum memandangnya. Seketika kemudian terasa tubuhnya dirangkul erat.
        
              “Lamanya Kak Atie tak jumpa Amni. Ya Allah rindunya.” Pelukan Hayatie dibalas lembut. Matanya terasa berkaca. sarat dengan air mata yang bila masa sahaja akan menodai pipinya yang gebu. Air mata yang membawa sekali rahsia di sebalik tangisan itu.

            “Kenapa Amni lama tak datang rumah Kak Atie? Anak-anak akak selalu tanya mana Umi Amni diorang.” Hayatie berkata lembut. Wajah yang hampir dua tahun tidak ketemu di pandang penuh kasih. Entah mengapa di rasakan wajah itu semakin suram bagaikan tiada seri. Tidak ceria seperti mana beberapa tahun dahulu.
           
            “Amni pun rindukan anak-anak. Tapi….Amni tak kuat kak. Amni takut tak dapat kawal perasaan nanti.” Matanya dipejam. Suasana yang sedikit sunyi memberika ruang untuk mereka berbicara. Sudut taman yang terbina cantik di belakang rumah mentuanya dipandang kosong. ketika tangannya diseret mengikuti langkah Hayatie dia hanya mengikut tanpa perasaan.

            “Ya Allah Amni. Dah dua tahun dah. Kak Atie dengan Abang Rafiq pun dah teruskan hidup. Amni pasti kuat kalau Amni cuba. Jangan fikir sangat perkara yang dah lepas.” Bila menyentuh tentang ‘itu’ hatinya pasti sebak. Kehilangan orang yang di kasihi memang memberikan tamparan dalam hidupnya tetapi syukurlah dia masih ada suami dan anak-anak yang memberikan semangat dan kekuatan untuk dia melupakan kenangan sedih itu.

            “Amni dah cuba kak. Tapi payah sangat. Sukar Amni nak buang Firdaus dari hidup Amni. Makin Amni cuba makin kuat ingatan tu kak.” Air matanya terasa semakin rakus menerjah tubir mata. Kalaulah masa dapat di putarkan, sumpah.. dia akan lakukan apa saja demi Firdaus, tetapi dia memang tidak mampu.

            “Kak tak suruh buang Amni. Akak sendiri sampai sekarang tak pernah lupakan arwah Firdaus. Cuma kak harap Amni dapat teruskan hidup. Biar kenangan tu kita simpan disini.” Tangannya di bawa menyentuh dada Amni. Kemudian diraih kembali tubuh wanita yang sudah diangap seperti adik sendiri itu ke dalam pelukkannya.

            “Eh lupa nak tanya. Amni buat apa kat sini?” Hayatie bertanya bila keadaan kembali tenang. Hairan dia bila bertemu Amni di rumah ibu saudaranya.

            “Rumah mentua Amni kak.” Amni berkata perlahan. menghantar maksud agar Hayatie faham di sebalik kata-katanya. Sementara Atie sudah tersentak. Wajah Amni di pandang seperti meminta kepastian. Dadanya kuat berdetak seperti di palu.

            “Amni jangan cakap yang Firdaus tu…..” Tidak terluah kata yang seterusnya. Mulutnya terasa kaku. Mustahil. Ya Allah. Kenapa begitu percaturannya? Apa rahsia di sebalik segalanya ini?

            “Mana akak kenal Firdaus?”

            “Dia adik sepupu akak Amni. Dia ke..?” Katanya tergantung seperti tadi. Wajah Amni di renung mengharap penjelasan.

            Amni kalut. kenapa begitu? Rupanya dia menyerahkan ‘Firdaus’ kepada ahli keluarga suaminya sendiri. Memang hebat percaturan yang Allah aturkan untuknya.

            “Ya Allah kak, sungguh Amni tak tahu. Tolong kak, simpan rahsia tu. Amni tak nak nanti Firdaus dipandang serong.” Amni memegang tangan Hayatie. berharap wanita itu menyimpan rahsia mereka. Cukuplah hanya dia dan Hayatie yang tahu.

            “Betul ke Firdaus?” Atie bertanya lagi. dia hanya mahukan kepastian. Bergetar  tubuhnya bila Amni menganguk lemah.
…………………………
            “Mama.” Sedaya upaya dia mengeluarkan butir bicara. kedengaran begitu lemah dan tidak bermaya.
        
           “Firdaus nak apa sayang?” Hayatie mengusap lembut rambut anak kesayangannya. Sedaya upaya dia menahan perasaan sedih dari dikesan anaknya. Kalau boleh ditukarkan tempat, dia rela menaggung semua kesakitan yang dialami anak kesayangannya.

            “Firdaus nak balik rumah…nak main dengan adik.”

            “Tak boleh sayang. Firdaus kena sihat dulu.Esok mama suruh papa bawak adik tengok Firdaus ye?” Dia tersenyum bila Firdaus menganguk. Anak itu memang mengikut kata. Tak pernah dalam hidupnya terdetik perasaan kesal sejak dari saat pertama dia membawa tubuh kecil itu dalam pelukkannya. Iman Firdaus….anak itu hanya anak angkat. anak orang yang diamanahkan kepadanya. Bukan kedatangan anak itu tidak disenangi tetapi ibu kandungnya belum mampu untuk memelihara Firdaus dengan keringatnya.
           
            Teringat kenangan tujuh tahun yang lalu. Dia gembira bila berjaya membantu kelahiran seorang lagi anak adam kedunia. Gembira berkongsi kegembiraan dengan wanita lain, kerana dia belum berkesempatan menjadi wanita terpilih untuk mengandung dan melahirkan anak walaupun usia perkahwinannya sudah menjangkau lima tahun, tetapi kegembiraanya sedikit bertukar gementar bila mana perempuan muda yang baru melahirkan anak itu merayu dia menerima anak comel itu sebagai ahli keluarganya.
           
            Dia ingin menolak, tetapi tangisan dan rayuan dari remaja bernama Amni itu sukar ditepis. Dia jatuh kasihan, apatah lagi saat bayi kecil yang diberikan kepadanya itu mengenggam erat jari telunjuknya bagaikan merayu kasih, saat itu dia rasakan dia wanita paling beruntung.

            “Amni sayangkan Iman Firdaus kak. Tapi Amni tak mampu nak pelihara dia. Amni rayu, tolong bagi keluarga sempurna untuk Firdaus. Sumpah kak, Amni tak kan tuntut Firdaus dari Akak.”

            Bersilih ganti dia memandang wajah itu. Saat itu juga dia memeluk erat anak kecil yang masih merah itu dengan penuh kasih sayang. Dikhabarkan kepada suaminya. Tentangan lelaki itu tidak dipedulikan, dan ternyata dia tidak silap percaturan. Dengan kedatangan Iman Firdaus dalam ke hidupannya dan Rafiq, warna alam rumah tangga mereka terasa berseri. keletah manja Firdaus ternyata membuka pintu hati suaminya untuk menerima anak kecil itu dalam keluarga mereka.
         
        Tambah gembira selepas beberapa bulan dia menerima Firdaus, dia di berikan ganjaran yang lumayan dari Allah. Sepasang anak kembar dikurniakan kepadanya. Tetapi kasih sayangnya dan Rafiq terhadap Firdaus tidak pernah berkurangan. Masakan tidak, anak itulah yang memberikan kesempatan pertama untuk mereka mendengar pangilan paling keramat di dunia. Mama dan Papa.

……………………………………
            “Siapa tu.”
           
            Rahimah memandang arah yang ditunjukkan kakaknya. Banyak orang yang terlihat oleh matanya. Yang mana satu?
           
            “Siapa kak?” Dia bertanya kepada Ramlah bagi mendapatkan kepastian.

            “Itu, yang berjalan dengan Atie. Kau kenal ke?” Ramlah bertanya lagi.

            Rahimah tersenyum. Jelas di pandangan matanya Amni berjalan beriringan dengan Hayati. Nampak mesra dan seperti sudah lama kenal.

            “Menantu saya kak. Isteri Firdaus. Cantikkan?”

            “Cantik sahaja nak buat apa.” Kedengaran perlahan dan sedikit sinis kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Ramlah. Berkerut dahi Rahimah memandang kakaknya. Apa kes ni? Kenal pun tidak tetiba ingin ‘menjatuhkan’ menantunya. Ada yang dia tidak tahu ke?

            “Kenapa kak?” Rahimah bertanya. Kalau ada yang tidak diberkenankan tentang sikap Amni bagitahu sahaja dia. Nanti apa yang kurang tentang menantunya, akan dia nasihati mana yang patut.

            “Mana kau dapat budak tu? Firdaus pilih ke?” Ramlah masih menyoal. Selagi belum puas selagi itulah dia mahu bertanya. Ternampak sahaja kelibat ‘perempuan’ itu tadi, hatinya terus tidak tenang. Wajah itu membuatkan perasaannya menjadi tidak menentu. Semuanya berserabut.

            “Saya dengan dia yang pilih. Anak jiran kami kak. Dulu sebelum ke oversea diorang dah bercinta.” Rahimah menerangkan kepada Ramlah.
                       
            “Entah-entah masa anak kau dekat luar negara dia dah ada orang lain.”

            “Memandai saja kak ni. Amni tu budak baik kak. Firdaus tu sajalah kekasih yang dia ada. Sangup tunggu anak saya tu bertahun. Kalau orang lain sudah lama cari orang lain.” Rahimah mempertahankan Amni. Entah mengapa dirasakan kakaknya bagaikan tidak menyukai menantu kesayangannya itu.

            “Hem…memang baik.” Mendidih hati Ramlah. ‘Baik apanya Rahimah oii. Kau tu dapat menantu yang sudah ditebuk tupai. Anak kau sibuk belajar, dia mengatal dengan jantan lain.’ Ramlah mengomel didalam hati tanda geram. Wajah itu, sampai kemati pun dia takkan lupakan. Orang yang menyebabkan dia hampir kehilangan anak sendiri. Teringat pergaduhannya dengan Hayati, semua bermula apabila anaknya itu berkeras ingin membela ‘anak haram’ yang dilahirkan oleh menantu adiknya. Dendam lama harus dilunaskan. Ramlah tersenyum sinis kemudiannya.

…………………….
            Nafas Amni terasa semput. Tangan dihulurkan terasa kuat begetar. Pucat wajahnya bagaikan tidak berdarah. Entah mengapa, memandang senyuman sinis yang terukir di wajah wanita dihadapannya melahirkan ketakutan yang bukan sedikit. Wajah itu masih seperti dahulu. Tetap memandangnya dengan pandangan penuh jijik.  

            “Saya Amni. Isteri Firdaus.” Terketar Amni berkata. Genggaman erat pada tangannya, bagaikan menghantar satu amaran. Badan mula berpeluh.

            “Aku mak saudara Firdaus.”

            Mendengar kata-kata kakaknya melahirkan perasaan hairan di hati Rahimah. Tidak pernah dia mendengar kakaknya bercakap dengan nada yang agak biadap pada pendengarannya. Kenapa?

            Amni mendiamkan diri. Hayati di sebelah hanya mengeluh kesal. Dia sendiri tidak menyukai sikap ibunya. Tidak bolehkah ibunya melupakan perkara silam? Semua itu sudah berlalu. Baginya penyesalan Amni sudah mencukupi. Dia yang menjadi saksi ketika Amni bertatih untuk bangun semula melupakan semua perkara silam. Dia juga menjadi saksi bila mana wanita itu menyesali setiap perbuatan yang dilakukan.

            Melihat renungan ibunya, dia sudah tahu, rahsia dia dan Amni sudah tidak selamat. Ibunya itu akan lakukan apa sahaja untuk kepuasan hati sendiri.

……………….

            “Maafkan umi Firdaus. Maafkan umi.”

            Firdaus tersentak. Pipinya terasa perit secara tiba-tiba. Dia yang baru sahaja ingin melelapkan mata terus bangun. Pandangan matanya di jatuhkan kesisi. Rasa marah terus padam bila dia melihat isterinya mengelisah di sebelah. Kepala itu tergeleng-geleng. Ucapan maaf entah berapa kali diulang. Sementara tangan itu tergawang merata.

            “Weh, bangun… kau ni apahal? Ditolak sedikit tubuh isterinya. Tolakkannya bukan sahaja tidak menyedarkan si isteri, sebaliknya Amni sudah meronta. Jelas air mata mengalir dipipi itu.

            Entah mengapa melihat reaksi Amni begitu membuatkan jiwanya resah. Tangannya pantas menyentuh dahi Amni. Panas. Peluh jelas merinik di dahi itu.

            “Amni, bangunlah. Sekali lagi dia cuba memanggil. Di goyang kuat tubuh itu. Seketika kemudian dia tersentak. Pelukkan Amni terasa kuat membelit tubuhnya. Di tolak sedikit tubuh itu. Tidak berganjak walau seinci.

            “Umi minta maaf Firdaus, umi minta maaf.” Amni menangis. Terbayang dimatanya wajah Firdaus yang di telan kabus tebal. Dia cuba mengejar tetapi semakin laju dia ingin mendapatkan Firdaus semakin tubuh itu menghilang. Kerinduannya kepada Firdaus hanya Allah yang mengetahui.

            Firdaus kaku. Firdaus? Diakah? Umi mana? Berkerut dahi Firdaus cuba mengingati siapa yang bernama Umi dan Firdaus selain darinya. Tanpa disedari pelukkan Amni dibalas erat. Belakang badan itu diusap perlahan bagi menenangkan isterinya yang masih menangis. Entah apa yang berlaku. Dia langsung tidak mengerti.

            Tubuh itu dijatuhan perlahan-lahan ke atas katil. Wajah yang terlena dengan sisa air mata yang masih menodai pipi direnung. Dia cuba mencari ‘cahaya kasih’ yang pernah wujud suatu ketika dahulu terhadap Amni. Hatinya mengelisah bila dia sendiri tidak mengetahui apa yang dia mahukan.

            Dahulu, selepas kejadian ‘malang’ dia dan Amni, siang malam dia memikirkan kesan perbuatannya. Ketakutan menghantui kalau’ benihnya’ bercambah. Selepas beberapa bulan bila tiada sebarang berita ‘pelik’ dari pihak Amni dia mengangap segalanya sudah selesai. Kerungsingan yang melanda bagaikan dibawa pergi.

            Perlahan-lahan dia mula merasai nikmat bergembira di perantauan. Perkenalannya dengan beberapa orang gadis menyebabkan dia mula melupakan Amni. Gelaran playboy yang tidak pernah terlintas akan disandang sudah mula digalas, dan dia berbangga membawa gelaran itu. Kasih dan cintanya yang dahulu bercambah untuk Amni perlahan-lahan sirna. Cinta monyet yang diperkatakan oleh rakan-rakannya mula dipersetujui.

            Pernah juga terlintas difikirannya tentang Amni sebelum dia kembali ke tanah air. Pada perkiraannya Amni sudah meneruskan kehidupan, dan ternyata perkiraannya salah selama ini. Amni masih sendiri, dan dia pula terjerat dengan perbuatan zaman remajanya.

………….      
            Amni termenung di hadapan cermin. Wajah yang terbias jelas kelihatan tidak bermaya. Dia menyentuh pipi dengan kedua-dua belah tangan, ternyata wajahnya semakin cengkung. Seri yang dulu ada terbias di wajah langsung tidak kelihatan. Keluhan resah terhembus. Tangannya dibawa menongkat dagu. Sejak pertemuannya dengan ibu kepada Hayati, dia menjadi nanar. Segala yang dilakukan serba tidak kena.

            Kalau boleh dia ingin mematikan segala rasa resah yang bergelodak dalam hati. Dia hanya inginkan kehidupan yang ceria dan dihinggapi dengan kasih sayang, salahkan dia mengharapkan semua itu? Hina sangatkah dia kalau pernah melalui zaman suram? Air mata yang tersimpan sekali lagi menodai pipi.

            Selepas kejadian ‘malam’ itu, dia sedaya upaya meneruskan hidup. Kerungsingan dan ketakutan merajai hati. Ternyata apa yang ditakuti benar-benar terjadi. Benih Firdaus sudah mula bercambah. Masa itu ketakutannya sudah tidak tergambar.

             Dia takutkan balasan Allah dan dia juga takut untuk berterus terang dengan ibunya. Dia tidak mahu wanita kesayangannya itu menanggung malu. Apatah lagi dia merupakan anak arwah seorang ustaz. Apa pulak pandangan orang terhadap arwah ayah? Sungguh, dia tidak rela membiarkan semua orang yang dia sayangi disakiti akibat dari perbuatannya.
        
          Sedaya upaya dia menyembunyikan kandungan yang semakin membesar. Bila tawaran belajar di kolej kejururawatan diterima, dia merasakan Allah masih sayang kepadanya. Peluang itu tidak di lepaskan. Di kolej dia tiada teman rapat. Takut jika dia terlepas cerita dan membuka aib sendiri. Mujurlah perutnya tidak terlalu membesar, dan dia juga tidak menghadapi alahan semasa kehamilan.

            Saat kandungannya mencecah bulan kesembilan, dia sedang bercuti semester pertama. Kepada ibunya dia terpaksa berbohong kononya dia tidak dapat pulang kerana mengikuti aktiviti kolej. Saat menghadapi masa kelahiran, kesakitan dan ketakutannya menjadi satu, mujurlah Allah menitipkan kepadanya seorang wanita berhati mulia. Hayati, wanita itu tidak pernah memandangnya dengan pandangan jijik. Tika dia datang ke klinik perbidanan wanita itu, dia hanya mampu menangis di hadapan klinik yang sudah hampir di tutup. Saat itulah Hayati menjadi penyelamatnya.  

            Bukan dia tidak sayang saat menyerahkan anak itu kepada Hayati, bukan juga dia tidak kasih, tetapi dia sedar yang dia tidak mampu. Memikirkan masa depan anak yang dibelainya selama sembilan bulan di dalam perut sudah cukup menakutkan apatah lagi membayangkan masa depan anaknya beribukan perempuan yang masih remaja dan tiada hala tuju hidup yang pasti.

            Dia ingin memberitahu semua itu kepada Firdaus, tetapi entah mengapa saat dia bersedia untuk berkongsi masalah yang dicipta bersama, Firdaus menyepikan diri. Panggilan talifon tidak diangkat, massage tidak berbalas. Dan tika itu dia sedar yang dia hanya keseorangan.

            Getaran masih dirasai saat dia menyerahkan anaknya kepada Hayati. Hati menghalang manakala akal memaksa. Dan hati terpaksa akur kepada akal yang lebih ‘berkuasa’.

            Iman Firdaus! Sampai ke nafas terakhir sekalipun, tidak pernah akan menghilang ingatannya terhadap pemilik nama itu.

            Iman bererti kepercayaan dan perjuangan. Kepercayaan kepada Allah dan perjuangan dari terjebak ke dalam kancah yang penuh noda, itu yang di harapkan bila dia memberi nama kepada anaknya! Anak yang lahir dari kesilapan terbesar yang pernah dilakukan. Tetapi tidak pernah sekali terlintas di fikiran, dia menyesal melahirkan anak itu.

            Iman diambil sempena nama pertamanya. Iman dia yang runtuh kerana terlalu mengikut hawa nafsu dan harapannya anak itu akan membawa nama itu dengan penuh bangga dan tidak sesekali melakukan kesilapan seperti dia.

            Firdaus, bermaksud nama syurga yang tertinggi. Nama yang mewakili kemuncak segala  keindahan. Firdaus juga nama yang diambil sempena nama suaminya. Saat dia melahirkan anak itu harapannya hanya satu, anak itu akan menjadi anak yang di lengkapi dengan cahaya keimanan dan menjadi anak yang boleh di banggakan. Dan ya, hatinya pernah berbunga bahagia, bila anak yang hanya sesekali di jengah, mempu menghafal beberapa juzuk Al-Quran dan menghabiskan kitab suci itu hanya dalam usia enam tahun. Tidak terkira perasaan bangganya saat itu.
          
       “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, dan tidak ingin berpindah daripadanya. Surah Al-kahfi ayat 107-108

…………………
            “Mama apa khabar?” Tangan ibu mertuannya dicapai dan ingin dicium. Amni tersentak bila tangan yang ingin dikucup ditarik sebelum sempat wajahnya berlabuh di tangan itu. Mungkin mama tidak perasan. Dia cuba menyedapkan hati sendiri.
           
            “Firdaus sihat? Nak makan apa malam ni?” Puan Rahimah tersenyum mesra kepada Firdaus. Pertanyaan menantunya tidak dijawab dan wajah itu langsung tidak dipandang. Wajah anaknya di pandang penuh kasih. Di dalam hati kesedihan menyapa. Kalaulah dia tidak memaksa anaknya menikahi ‘perempuan jalang’ itu, sudah tentu anaknya hidup gembira. Dia sedar, Firdaus seakan tidak bahagia dengan pernikahan yang terjadi. Segalanya berpunca dari dia. Kalaulah dia tidak memaksa tentu anaknya tidak akan terperangkap dengan taktik kotor menantunya.
           
            Hampir putus nafasnya bila rahsia silam Amni diceritakan oleh kakaknya. Dia cuba menafikan, tetapi kakaknya hadir bersama dengan bukti. Gambar Amni dan Hayati bersama ‘anak haram’ itu. Wajah kanak-kanak itu saling tidak tumpah seperti wajah Amni. Saat itu dia mula teringat keluh kesah Senah beberapa tahun dahulu saat Amni masih menuntut. Amni sudah jarang pulang. Amni yang pendiam. Rasanya saat itulah perut Amni berisi.

            Entah dengan jantan mana wanita itu membuat onar, malangnya anak dia pula yang terpaksa menerima sisa orang lain. Dia tidak kisah bermenantukan janda, tetapi dia kisah jika bermenantukan wanita yang rendah martabat seperti menantunya. Dia tidak ingin Amni terus berada dalam keluarganya. Dia tidak suka. Dan perasaan benci mula mekar di dalam hati.

            “Mama masaklah apa pun. Semua Firdaus makan.” Bahu mamanya di peluk mesra. Dia langsung tidak menyedari reaksi dan perhatian mama terhadap Amni sudah berubah.

            “Jom Amni tolong mama.” Amni senyum kepada ibu mertuannya. Tetapi apa yang dia perolehi hanyalah jelingan tajam dari ibu mertuannya. Saat itu tubuh Amni terasa bagaikan mahu melurut jatuh. Dia tahu rahsia yang di simpan bukan lagi rahsia.

            “Mama nak Amni buat apa?” Amni bertanya perlahan. Mama kelihatan kalut menyiapkan hidangan makan malam. Sepatah perkataan langsung tidak terluah dari bibir itu menegurnya.

            Rahimah pura-pura tidak mendengar. Kalau tidak di sebabkan terkenang pertalian erat antaranya dengan Senah ibu kepada Amni, hendak sahaja dia memaki hamun menantunya itu bagi melepaskan perasaan geram yang terpendam.

            Apa yang lebih dikesalkan, dia pernah memegang anak haram Amni!!! Dia pernah mencium budak itu, dan dia pernah mempertahankan tindakan Hayati ketika kakaknya melakukan mogok terhadap anak sendiri. Kalau dia tahu perkara sebenar usahkan memengang memandang budak itupun dia tidak sudi. Bukan dia jijik terhadapa anak luar nikah, tidak!!! Anak mana pun kelahirannya adalah putih bersih, kesilapan ibu bapa tidak harus di tanggung anak itu, cumanya yang dia kesalkan kenapa Amni termasuk dalam golongan yang ‘tidak diharapkan’?

            Saat ini dia masih terbayang wajah anak kecil yang berjaya mencuri tumpuannya. Masih terdengar tawa riang itu, dan apa yang di sukai kanak-kanak itu mempunyai nama yang sama dengan anaknya. Iman Firdaus. Nama gabungan antara Amni dan Firdaus. Memang tidak patut. Kenapa membabitkan nama anaknya? Sepatutunya Amni sedar diri. Nama itu tidak harus di letakkan pada anak itu. Kalau cintakan anaknya, kenapa sangup menyerah tubuh kepada orang lain?

            Bila anak itu meninggal jadi Amni mengangap cerita lamanya akan terkubur? Silap besarlah. Bangkai gajah walaupun ditutup baunya tetap akan berterbangan. Sama seperti Amni.

……………………..
            Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Entah mengapa dia tidak sedap badan. Sudah beberapa hari dia terasa letih melebihi hari-hari biasa. Dalam fikirannya satu perkara bermain. Tangan di bawa meraba perut. Dirasakan telahannya tepat. Sebab itulah yang di rasai saat dia mula-mula mengandungkan Iman Firdaus. Lagi pula periodnya sudah hampir dua bulan tidak datang.

            “Kau kenapa.”

            Suara Firdaus yang menyapa membuatkan dia pantas menurunkan tangan dari memegang perut. Dirasakan semakin hari Firdaus semakin baik terhadapnya. Dia tidak pasti itu benar ataupun hanya mainan perasaanya sahaja.
           
       Kepala digelengkan berkali-kali bagi menjawab pertanyaan Firdaus. Dia tidak pasti tentang kandungannya. Bila kepastian di dapatkan barulah dia akan berkongsi berita itu bersama Firdaus. Sama ada lelaki itu terima ataupun tidak dia tidak kisah. Kalau benar ada nyawa sedang membesar di dalam rahimnya dia akan mendidik anak itu dengan penuh kasih sayang. Apa yang tidak pernah di lakukan ketika bersama dengan Iman Firdaus akan ditebus kembali.

            “Bersiap cepat. Mama suruh kita pergi rumah dia.” Firdaus berkata perlahan. Pantas dia berlalu. Dia sudah tidak betah berada berhampiran Amni. Perasaannya sudah lain macam. Rasa benci yang dipupuk sudah lama menghilang. Rasa kasih sesekali mengetuk kuat pintu hatinya. Walaupun layanannya kepada Amni kurang baik tetapi wanita itu tetap melayannya seperti seorang suami.

            Jarang kehendaknya di bantah. Cuma yang kurang dalam rumahtangga mereka adalah kecerian dan komunikasi. Amni jarang bercakap kalau tidak ditanya. Keceriaan yang dulu sinonim dengan Amni juga sudah lama menghilang. Sesekali dia rindukan kenangan masa silam mereka. Rindukan usikan nakal Amni dan dia rindukan kemerduan suara Amni.

            Amni mengeluh resah. Kalau dulu dia tidak sabar untuk ke rumah ibu mertuannya, kerana di sana dia dapat melupakan sedikit kesedihan memikirkan alam rumah tangga dia dan Firdaus yang tidak indah seperti orang lain. Sekarang kakinya terasa berat benar ingin melangkah ke sana. Nada ibu mertuanya yang sentiasa sinis saat berbicara kekadang merobek sedikit hatinya.

            Sesekali dia pulang ke rumah emak, dia teringin benar ingin bertandang ke rumah mertuannya tetapi memikirkan penerimaan yang kurang memuaskan, hasrat itu mati dengan sendiri.

……………….
            “Mama nak Firdaus ceraikan dia.” Firdaus tersentak mendengar kata-kata mamanya. Papa pula hanya mengeleng kesal. Apa sebenarnya yang berlaku?

            “Kenapa ni mama? Firdaus tak faham. Tetiba sebut cerai segala, kenapa?” Berkerut dahinya. Amni di sebelah dijeling sekilas. Ternyata wajah itu turut terperanjat mendengar kata-kata mamanya.

            Nafas yang di tarik terasa tersekat. Dadanya sesak secara tiba-tiba. Air mata mula bertakung di birai mata. Wajah Rahimah yang membara dan wajah Ramlah yang sedang tersenyum sinis di padang mengharapkan simpati. Saat kakinya melangkah masuk ke rumah mertuanya dia sudah tahu sesuatu yang tidak baik menanti bila kehadiran Ramlah turut ada bersama mertuanya.

            “Mama tak mahu perempuan ni jadi menantu mama. Mama tak sudi.” Ramlah langsung tidak memandang ke arah Amni. Lagi cepat perempuan itu hilang dari keluarganya lagi bagus.  Hati yang cuba di sabarkan selama ini sudah tidak mampu bertahan. Hari-hari mendengar ‘luahan simpati’ kakaknya membuatkan dia rasa tercabar dan terhina. Dia layak dapat menantu yang lebih baik. Rasa menyesal tidak sudah hatinya bila menolak calon pilihan Firdaus dahulu. Sekarang dia mahu Maria yang pernah terkeluar dari senarai calon menantu menjadi menantunya.

            “Mama cuba berterus terang. Firdaus langsung tak faham.” Terasa meruap darahnya. Tanpa tahu hujung pangkal cerita dia disuruh menceraikan Amni. Mustahil kehendak itu di turuti. Membayangkan Amni pergi dari hidupnya sahaja sudah cukup mengerunkan apatah lagi perkara itu benar-benar berlaku. Saat ini dia tidak malu mengakui yang hatinya kembali ditawan. Dia sayangkan Amni, dan dia hanya mahukan Amni yang menjadi pendampingnya sampai ketua. Tiada orang lain yang dia harapkan. Tiada dan tak kan ada!!!

            “Perempuan ni, dia ni pernah lahirkan anak luar nikah kalau kamu nak tahu. Sebab dia jugaklah hubungan mak long dengan kak Ati kamu hampir hancur, Dia ni lebih hina dari pelacur!!!” Ramlah menghemburkan amarah yang sekian lama tersimpan. Hatinya terasa puas dapat membalas dendam kepada Amni. Melihat tangisan di wajah itu memberikan seribu kepuasan kepadannya. Sekarang yang dia mahu, perempuan itu diusir dari keluarga adiknya. Waktu itu barulah dia boleh menarik nafas lega.

            “Mak long!!!” Amni menempik kuat. Terbang melayang kesabaran yang dipupuk. Cukuplah. Dia sudah tidak tahan di hina. Selama ini dia sedaya upaya memekakkan telinga dengan kata-kata biadap Ramlah jika sesekali mereka terserempak saat dia melawat Iman Firdaus.

            “Apa? Tak betul apa yang aku cakap?” Ramlah masih dengan riak angkuh.

            Firdaus tersandar. Menggigil kakinya dirasakan. Apa yang dia tidak tahu? Amni pernah mengandung? Tapi bila? Terbayang perbuatannya dahulu. Itukah? Bertalu-talu pertanyaan melayang di dalam fikiran. Suasana bising terasa diam dengan sendiri.

            “Abang.” Amni memangil nama Firdaus mengharapkan sedikit kekuatan dari lelaki itu. Tetapi jelas Firdaus masih tergamam dan dia sedar hanya dia yang mampu mempertahankan diri sendiri.

            “Kau jangan nak raih simpati anak aku. Aku tak sangka Amni. Selama ni aku sayangkan kau, tapi ini yang kau balas dekat keluarga kami?” Rahimah sudah teresak. Tubuh suaminya di paut erat.

            “Papa rasa elok kita berbincang. Mungkin ada salah faham ni.” Tuan Jalani cuba menenangkan suasana. Dia sendiri keliru sebenarnya. Tidak tahu hujung pangkal cerita.

            “Salah faham apa Jalani. Aku kenal budak ni. Kau ingat aku sengaja nak buat cerita?” Ramlah panas hati. Salah faham? Ewah!!!

            “Bukan tu maksud saya kak long. Tapi kita cuba selesai cara baik. Dengar dulu apa yang Amni dengan Firdaus nak cakap.” Tuan Jalani cuba meleraikan kekusutan. Jatuh kasihan dia melihat wajah Amni dan Firdaus.

            “Saya tak nak dengar bang. Yang saya mahu perempuan ni berambus dari rumah kita. Saya nak Firdaus ceraikan dia malam ni jugak.” Rahimah masih tidak mengalah.

            “Mama tolonglah jangan buat Amni macam ni. Dengar dulu penjelasan Amni.” Amni mendekat. Dia cuba memegang tangan itu, apa yang diperolehinya hanyalah tamparan kuat yang berkali-kali mengenai wajah. Tubuhnya hampir tersembam. Keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan membuatkan dia benar-benar terasa lemah. Tangisannya berlagu pilu. Saat ini dia mula terbayang wajah Senah. Dia ingin berada dalam dakapan ibunya bagi menyalurkan sedikit kekuatan yang hampir hilang.

            “Mama!!!” Firdaus menempik kuat. Dia bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Tubuh Amni pantas di dapatkan. Buat pertama kali air matanya gugur. Melihat keadaan Amni membuatkan dia berasa tidak berdaya.

            “Mama nak Firdaus ceraikan dia. Ceraikan sekarang jugak!!!” Rahimah menempik kuat. Panas hatinya dirasakan bila Firdaus mempertahankan wanita itu.

            “Kalau kau taknak cerita kau aku jaja, aku nak kau tinggalkan anak aku.” Suaranya jelas seakan member amaran.

            Amni menepis lembut tangan Firdaus. Perlahan-lahan dia bangun. Dia rela di ceraikan asalkan kisah hidupnya tidak di jaja. Dia tidak dapat membayangkan ibunya hidup dalam pandangan sinis semua orang kampung hanya kerana perbuatannya.

            “Amni minta maaf mama. Amni sangup tinggalkan Firdaus. Tapi tolonglah jangan buka aib Amni mama. Kalau mama tak kasihankan Amni tolong kasihankan emak.” Air matanya menutupi pandangan terasa berbalam wajah Firdaus.

            “Sepatutnya sebelum kau buat perkara mungkar kau fikir dulu akibatnya. Sekarang baru kau tahu malu? Baru nak kasihankan emak engkau?” Ramlah benar-benar puas. Hatinya ketawa riang.

            Amni melangkah menghampiri Firdaus. Tangan suaminya di capai dan dicium.

            “Amni minta maaf bang. Amni memang tak layak untuk abang.” Pantas dia berpaling. Langkah kakinya di atur perlahan-lahan untuk keluar dari rumah itu. Semuanya telah tamat. Dia langsung tidak di beri kesempatan untuk membela diri. Semua kesalahan jelas memihak kepadanya.

            “Puas sekarang?”firdaus memekik kuat. Saat itu dia langsung terlupa wanita yang dijerkahnya merupakan ibu kandungnya sendiri.

            “Jangan biadap Firdaus” Tuan Jalani menegur. Tidak berkenan dengan nada yang di gunakan anaknya.
           
            Firdaus tidak mempedulikan kata-kata papanya. Pantas dia berlalu. Dari jauh dia melihat Amni menghampiri jalan utama. Langkah kakinya semakin laju mengejar Apa yang jadi kepada Amni dahulu dia tidak kisah. Yang dia tahu dia hanya mahukan Amni. Tiada orang lain.
           
              “Amni.”
           
            Amni menoleh. Jelas di pandangannya Firdaus yang semakin menghampiri. Langkah kakinya semlain melaju. Tanpa menoleh kiri dan kanan Amni terus melintas.

            “Amniiiiiii!!!” Tubuh Firdaus melurut jatuh. Kakinya terasa lembik. Jelas tubuh itu melambung dirempuh sebuah kereta. Dipaksa tubuhnya untuk berjalan menghampiri tubuh Amni yang sudah terdampar di atas jalan.

            ……………………..
            Senah diam. Sungguh dia berkecil hati. Seburuk manapun Amni dia tetap anaknya. Walau apa sekalipun keadaannya dia tetap akan menerima dengan tangan terbuka

            “Mama tetap nak kamu ceraikan Amni. Mama tak mahu dia yang jadi menantu mama.” Rahimah tetap berkeras. Walau apa sekalipun hanya itu sahaja yang dia mahu. Tiada lain.

            “Saya takkan ceraikan Amni. Dia isteri saya. Dalam perut dia sekarang ni, ada anak saya mama.” Firdaus menunduk. Kesedihan yang melanda hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dia sayangkan Amni.

            “Mama tak peduli. Kamu jangan yakin sangat itu anak kamu.” Rahimah masih membentak.

            Senah mengesat air mata yang mengalir. Sakit hatinya mendengar Rahimah dan Ramlah tidak sudah menyumpah seranah anaknya. Dibelai lembut kepala anaknya. Wajah itu jelas terpinga memandang wajah-wajah yang asyik bertengkar dihadapannya.

            “Kenapa tu mak?” Amni berbisik perlahan di telinga ibunya. Dia langsung tidak mengetahui hujung pangkal cerita. Siapa pulak pemilik wajah yang tiba-tiba menyerang dia? Sedaya upaya cuba mengingati wajah itu jika pernah hadir dalam hidupnya, tetapi jawapan yang di perolehi adalah kosong. Dia langsung tidak dapat mengingati walau sekecil maklumat mengenai wajah-wajah yang jelas menyinga.

            “Itu ibu mertua Amni.” Senah berbisik. Dia hanya melihat pergaduhan Firdaus dan Rahimah yang semakin sengit. Terasa bergegar teratak buruknya dek tengkingan Rahimah dan Ramlah yang bersilih ganti dengan menantunya.

            Amni memicit kuat kepalanya yang terasa berdenyut secara tiba-tiba. Sudah dua minggu dia tersedar dari koma. Buka sahaja mata yang di kenali cuma emak. Yang lain dia langsung tidak kenal. Perut yang memboyot membuatkan dia mengigil ketakutan. Dia diperkenalkan dengan lelaki yang kononnya adalah suami dia. Tetapi kenapa dia langsung tidak dapat mengingati wajah itu? Kata emak mereka saling mencintai. Kalau cinta tentu dia tidak melupakan wajah itu. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dia meluat bila lelaki itu hari-hari mengangu kehidupannya. Dia hanya mahu hidup bersama emak.

            “Dia pernah lahirkan anak haram.” Kata-kata Rahimah membuatkan Amni tersentak. Benarkah?

            “Cukuplah tu ibu, mak ngah.” Hayati yang baru datang mencelah. Setiap minggu bila ada kelapangan pasti dia menziarahi Amni. Dari luar dia terdengar jerit pekik ibu dan mak ngahnya. Sifat lembut mak ngah yang dulu begitu di kagumi bagaikan menghilang. Dia harus mengakui semua itu disebabkan hasutan ibunya.

            “Kau diam Atie.” Ramlah menjegilkan mata kepada anaknya. Tidak habis-habis ingin membela perempuan itu.

            “Saya tak boleh diam. Ibu dengan mak ngah dah melampau.” Hayati kasihan melihat wajah Amni yang sudah penuh dengan tanda Tanya.

            “Kak Atie, betul ke Amni pernah lahirkan anak luar nikah?” Perlahan Amni bertanya. Wanita itu dikenali kerana selalu melawatnya. Dengan Hayati dia terasa senang, bagaikan mereka telah lama berkenalan.

            “Jangan buat-buat lupalah.” Ramlah menjerkah lantang. Dia langsung tidak percaya perempuan itu hilang ingatan. Dirasakan semua itu hanyalah taktik ingin meraih simpati.

            “Dah cukuplah!!!” Firdaus bertempik kuat. Dia bukan ingin biadap. Tetapi dia sudah tidak tahan. Cukuplah hinaan yang di terima Amni selama ini. Semua cerita sudah di ketahui melalui Hayati. Tetapi ada satu cerita yang semua orang tidak tahu.

            Firdaus menghampiri mamanya. Tangan itu digengan erat. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang.

            “Ada sesuatu yang Firdaus nak bagitahu.” Firdaus merenung wajah mamanya. Ditarik tangan itu untuk duduk di atas kerusi di sebelah ibu mertuannya. Walaupun ada penolakkan tetapi ibunya beralah bila dia mempamerkan wajah penuh pengharapan. Tangan ibu mertua dan mamanya dicapai dan digengam erat.

            “Iman Firdaus,,” Liur ditelan. Matanya mula kabur. Air mata bila-bila masa akan menodai pipi. Dia takut untuk berterus terang, tetapi dia sudah tidak sangup melihat Amni di cerca oleh mak long dan mamanya.

            “Dia anak Firdaus.” Kepalanya ditunduk. Walau seperit mana sekalipun dia harus berterus terang. Cukuplah derita yang di tanggung oleh Amni akibat khilafnya. Sikap berdiam diri Amni dalam melindungi maruahnya juga sudah cukup membuatkan dia berfikir yang dia hanyalah lelaki yang tidak berguna.

            “Apa Firdaus merepek ni?” Rahimah memengang dada.

            “Anak yang mama dan mak long kutuk tu, anak Firdaus.” Firdaus hanya mendiamkan diri bila pipinya terasa perit secara tiba-tiba. Ibu mertuannya jelas dalam keadaan marah. Tangannya yang mengengam tangan ibu mertuanya ditarik kasar. Sekali lagi tamparan itu mengenai wajahnya. Perit. Tetapi dia tahu keperitan itu tidak akan sama dengan apa yang di tanggung Amni.

            Amni mendiamkan diri. Betulkah dia dan Firdaus pernah terlanjur dahulu? Dia ingin bertanya tetapi suaranya bagaikan tersekat.

            Firdaus menahan rasa. Pengakuannya nanti pasti akan merumitkan lagi keadaan tetapi dia harus berterus terang. Cukuplah apa yang terjadi selama ini. Sikap dia yang berdiam diri membuatkan Mak long dan mamanya tidak sudah-sudah menyusahkan hidup Amni.

            “Kau jangan sebab kasihan kau buat pengakuan tu Firdaus.” Perlahan suara Ramlah kedengaran. Dia masih tergamam mendengar pengakuan anak saudaranya.

            “Semua tu betul ibu. Saya diamkan diri selama ni sebab dah berjanji dengan Amni. Tolonglah jangan rumitkan lagi keadaan.” Hayati mengeluh resah.

            “Awak, betul ke kita pernah..” Tidak tergamak Amni meneruskan ayat itu. Di ketuk-ketuk kepalanya bagaikan mengharap dia akan mengingati semula kisah silam yang dilupakan.

            “Tak sayang, Kita tak pernah terlanjur sebab.......” Perlahan Firdaus berkata. Kenapa sukarnya dia ingin berterus terang? Perlahan dia menghampiri Amni. Wajah itu di renung penuh kasih.

            “Ha, kan dah kata.” Ramlah kembali bersemangat.
           
            “Kita tak terlanjur sebab malam tu, abang perkosa sayang.” Air mata mengalir lemah menodai pipinya. Pengakuan itu terlalu sukar untuk di lafaskan. Malam itu masih segar dalam ingatannya. Selepas mereka terleka, Amni tiba-tiba bagaikan tersedar dan dia yang sudah di kuasai nafsu tidak mempedulikan rayuan Amni. Apa yang dia tahu nafsunya harus dipuaskan. Malam itu segalannya berubah. Memang mereka terlanjur, tetapi ketelanjuran itu bukanlah atas kerelaan Amni, walaupun pada mulanya mereka sama-sama hanyut.

            Kalaulah dia mendengar rayuan Amni, kalaulah.. dan sampai sekarang dia tidak mengerti mengapa Amni memberitahu Hayati yang mereka terlanjur, kenapa tidak menyalahkan dia sahaja?

…………………….

            Amni tersenyum. Angin yang berderu menyentuh tubuhnya terasa segar. Perutnya yang semakin memboyot diusap lembut. Dia kemudiannya tersentak bila secara tiba-tiba tubuhnya di peluk erat. Bau itu, bau yang sudah sebati dengannya.

            “Sejuk ni sayang. Jom masuk.” Firdaus tersenyum. Pelukkannya semakin di perkemaskan.

            “Sekejap lagi.” Amni menjawab lembut. Dia bahagia. Bahagia yang disangkakan tidak akan menjengah di dalam kehidupannya selepas apa yang pernah terjadi. Ternyata dia tersilap. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.

            Pengakuan Firdaus merupakan titik tolak segala perubahan yang terjadi. Berbulan lamanya lelaki itu cuba membeli kembali hatinya dan kesukaran paling nyata adalah untuk menawan kembali hati emaknya yang telah hilang kepercayaan terhadap Firdaus. hampir setahun barulah emak dapat memaafkan perbuatan Firdaus terhadapnya.

            Mama yang pernah melambakkan kesalahan di bahunya tidak henti-henti mengungkapkan perkataan maaf. Dan benar kata orang, kasih ibu tiada tandingan. Memaafkan kesilapan Rahimah ternyata lebih mudah dari memafkan Firdaus.

            Ingatannya yang perlahan-lahan beransur pulih, merumitkan lagi keadaan. Kebenciannya terhadap Firdaus memuncak, segala silap Firdaus dihalusi satu persatu.

            Tetapi pengorbanan yang dilakukan Firdaus benar-benar membuatkan dia tersedar. Lelaki itu begitu sabar melayan karenahnya yang pelbagai macam semasa menghadapi kehamilan. Kesabaran lelaki itu dalam melayan sikapnya membuatkan dia rasa serba salah. Dan dia akhirnya mengalah bila lelaki itu bagaikan berura-ura ingin berpatah arang berkerat rotan dek sikapnya yang suka bermain tarik tali. Tidak perlu lelaki itu bersusah payah. Cukup dengan hanya melihat kelibat Firdaus beriringan dengan Maria, hatinya terus gementar membayangkan kehidupannya tanpa Firdaus.
    
        Apa yang pasti, kesudiannya memaafkan semua silap dan salah Firdaus ternyata berbaloi. Lelaki itu benar-benar berubah. Dan saat ini dia berani mengatakan, tidak pernah terlintas perkataan menyesal dalam dirinya kerana menerima kembali kasih dan cinta Firdaus.

            “Umi, Abah, jom teman abang main game.” Suara serak yang kedengaran membuatkan Amni dan Firdaus tersentak. Senyuman dilemparkan kepada anak kesayangannya. Aiman Farish. Anak itu dilahirkan disaat dia dan Amni menghadapi krisis terbesar dalam kehidupan mereka. Kelahiran anak itu bagaikan mula memberi sinar. Cahaya yang suram mula menyinar, dan dia harus mengakui Aiman Farish antara perkara terhebat yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka.

            “Kacau daun betullah budak ni.” Firdaus berkata perlahan. Dia tersengih bila Amni menampar lembut bahunya.

            “Tak baik mengata belakang tau abah.” Aiman Farish mencebik bibir.

            Mendengar kata-kata itu Amni dan Firdaus ketawa. Lagi dua bulan mereka akan menanti kedatangan orang baru. Keluarga mereka terasa sudah lengkap. Cukuplah dengan adanya Amni dan anak-anak dalam kehidupannya.

            “Jom masuk.” Tangan Amni dan Aiman Farish dipimpin. Doanya kebahagian mereka akan berkekalan sampai ke akhir hayat dan dia akan mencuba menjadi pemimpin yang terbaik untuk anak dan isterinya. 

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


Diistikharah cinta 

ISTIKHARAH CINTA : SIGMA

Surat Cinta Untuk Disana : Akhirnya….Harap maaf kalau ada kekurangan. Part akhir terlalu rsh…sgt bz dua tiga minggu ni… Kalau ada kesempatan mungkin sy akan rombak balik cerita ni…edit pun ala kadar sahaja yang termampu….sebarang ketidak puasan hati sila komen di bawah

25 ulasan:

  1. best sgt....lagi suka bila akhirnya amni bahagia

    BalasPadam
  2. best dan sarat dengan pengajaran, sesuai untuk bacaan remaja supaya jangan terlalu lalai dengan cinta dunia. Thumbs up writer,
    p/s : aci tak nak mintak sambungan part Firdaus tackle balik Amni lepas accident tu, kihkihkih :)

    BalasPadam
  3. Bagus cerpen ni.. Cuma sedikit rush tapi still mabeles.. Tahniah!

    BalasPadam
  4. best.... sedih pon ada....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zabedah hanum p la cerpen satu lagi...penat aku mengarang utk ang... haha

      Padam
  5. best cite ni..saya ad kwn nama firdaus..jenis budak baik..
    agak xcited bace citer ni, then terkejut dausnye watak macm ni..
    fikir balik..setiap org mungkin ad kisah silam n hitam masing2..
    tp, semua tu x menghalang untk mereka berubah jd baik..hehe
    thumbs up, still ade pengajaran n x mcm novel lain y duk beriya2 sgt bercinta.good luck!!!!

    BalasPadam
  6. ceritanya bagus, tapi knp akhirnya tidak menceritkan lgi tntg Iman Firdaus?

    BalasPadam
  7. firdaus??tuu nma cinta haTy sya tuu..heehee..tp cita neyh mang bez!!tahniah writer!!awesome

    BalasPadam
  8. Dah baca berulang kali pun best.
    P/s: firdaus tu nama crush sy hewhew. Btw bila nak sambung isteri segera ?

    BalasPadam
  9. assalam.....apa nasib anak pertama mereka?iman firdaus?ap jd pd maria?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Iman Firdaus dah meninggal.

      Padam
  10. Sedey cite niy... Tapi happy ending

    BalasPadam
  11. Best , an interesting story ..

    BalasPadam
  12. Sedih dan byk pengajaran...gud job to writer..

    BalasPadam
  13. Superb best , sedih tahap dewa huhu

    BalasPadam
  14. tolong buatkan cerpen kitorang bole ak
    info info iman firdaus dah lepak underground

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)