“Amni tak kira mak. Apa jadi
sekalipun Amni tetap nak kahwin dengan Firdaus.” Amni mula membentak. wajahnya
masam mencuka. Geram dengan ibunya yang bagaikan tak merestui hubungannya
dengan Firdaus.
“Amni oii. hang tu jangan dok syok sendiri. Mak ni
bukan apa, tak mau nanti hang yang patah hati. Aku dengar budak Firdaus tu dah
ada..apa tu orang putih panggil? gepren
ka? ha betul la aku sebut tu . Tak daknya dia nak kat hang.” Mak Senah yang sibuk menebas semak samun di
kebunnya semakin bersemangat. Pokok yang agak besar sekejap sahaja di
cantasnya. Bukan semangat apa, semangat kerana marahkan anak gadis sendiri.
“Girlfriend la mak. Mak ni memandai
je. Abang Firdaus tu dah janji nak kawin dengan Amni lepas dia habis belajar.” Amni
semakin geram. Ada saja modal Cik Senah tu nak kondem semangat dia. Terbayang
wajah kacak Firdaus. Hatinya berbunga riang.
“Ni Amni, mak nak habaq kat hang.
Hang toksah dok buat gatai merenyam sangat no. Malu kalau orang kampong tau.
Dok abang Firdaus, abang Firdaus.” Wajah
anak gadis tunggalnya direnung tajam. Bukan dia tak tahu, sejak dari kecil lagi
anaknya itu menyimpan angan nak bersanding dengan anak Rahimah, jiran sebelah
rumahnya. Dia bukan tak suka pada budak Firdaus tu, tapi dia tahu tak adanya
budak tu nak pandang anak gadisnya yang serba serbi kekurangan.
Apatah lagi keluarga Firdaus juga
bukan calang keluarga. Rumah yang
bersebelahan dengan rumahnya ibarat gajah dengan semut. Rumah banglo itu
bertingkat-tingkat tingginya. Walaupun keluarga itu tidak sombong tetapi dia
sedar di mana kedudukan mereka.
“Mak, Amni ni anak mak. patutnya mak
bagi sokongan moral. ni tak kejenya asyik nak patahkan semangat orang ja.” Amni
mencebik. Ingatkan balik kampong bolehlah dapatkan semangat dari mak tersayang,
huh bermimpi di tengah hari la dia.
“Bukan tak mau bagi semangat, tapi
hang pun tau. Budak tu dia balik dari ‘obesi’ belajaq pandai tak kan dia nak
pandang dekat hang Amni. Mak ni nak hang bahagia. Kalau hang saja mau kat dia
tapi dia tak mau dekat hang nak buat apa?” Mak senah mengesat sedikit peluh
yang menitis. Dia tahu anaknya dari dulu menaruh perasaan terhadap Firdaus,
bahkan dia sendiri bangga bila anak gadisnya menjadi pilihan lelaki itu tetapi
itu semua dulu. Sejak dari tahun pertama Firdaus di Russia lagi dia tahu yang
pemuda itu mula menganyam cinta dengan orang lain.
“Amni tahu mak. Dia pasti kawin
dengan Amni nanti.” Bersunguh dia
berkata. Mahu atau tidak lelaki itu mesti mengahwininya seperti yang mereka
janjikan bertahun dulu. Kerana Firdaus dia sudah hilang sifat malu dang
bersopan yang selama ini menjadi ‘makanan’ hariannya.
Mak Senah mengeluh resah. apa kena
dengan anak gadisnya? Tak pernah Amni berkelakuan seperti ini. Amni anaknya
yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah dia berbangga bila ramai memuji
betapa kelembutan dan kesopanan Amni membuatkan mereka kagum. Tetapi hari ini
kemana menghilangnya sifat yang dia banggakan itu?
……………….
“Jemput minum Nah.” Rahimah
tersenyum memandang tetamunya. tengok dari gaya seperti ada hal penting. Tak
pernah pagi-pagi buta jirannya itu bertandang ke rumah.
Senah menelan liur yang terasa
kesat. Ni semua anak gadisnya punya pasal. Wajahnya terasa membahang. Di toleh
kiri dan kanan bagaikan mengesan jika ada orang lain yang cuba mendengar
perbualan mereka. Malu jika hajatnya diheboh.
“Nah datang ni sebenarnya bawak
hajat.” Setelah berkira-kira barulah suaranya keluar. itupun antara dengar dan
tidak sahaja.
“Hajat apa tu? Cakap je Nah. Kita ni
buka baru sehari dua kenal. Kalau Nah ada masalah insyaallah kalau kak boleh
bantu kak bantu.”
“Erkk..sebenarnya mcam ni kak.. Saya…saya..emm
nak pinang anak kak.”
“Eh biar betul kamu Nah. Budak Fina
tu SPM pun tak lepas lagi. Siapa yang mintak kamu pinangkan anak akak tu?”
sedikit terbeliak mata Rahimah dengan permintaan dari Senah. Suasana sejuk
terasa membahang. Berpeluh ketiak mendengar permintaan tak masuk akal itu. Air
yang di hidangkan kepada tetamunya dicapai. Hendak dikatakan meminang Firdana,
dirasakan tak logik pulak. Masakan orang tidak tahu yang anaknya itu telah
berkahwin?
“Sebenarnya kak..emm…bukan saya nak
pinang Fina. Tapi saya nak pinang Firdaus untuk Amni.”
“Puhhhhh” menyembur air yang baru diminum
Rahimah. Terasa mahu pitam. Senah yang memandangnya terkebil-kebil bila
percikan air kopi melikat di wajahnya. Di raup perlahan kopi yang mula menitis.
Hanya sengihan kelat yang mampu dia hadiahkan kepada Rahimah yang sudah seperti
kena sampuk.
……………………….
Ketulan batu kecil di ambil. Setelah
memastikan tiada orang yang nampak perbuatannya Firdaus membaling batu itu ke
arah tingkap kayu tidak jauh di hadapannya. berkali-kali batu di baling. Dia
tersenyum kemudian bila tingkap terkuak. Wajah comel remaja perempuan menjelma.
tertoleh kiri kanan bagaikan mencari dari mana datangnya bunyi.
“Amni” dengan nada perlahan dia
memangil. Firdaus tersengih bila Wajah gadis itu mencerlun memandangnya.
“Abang buat apa ni? dah lewat
sekarang. kenapa tak tidur lagi? esok nak bangun awal kan?” Amni mengeluh. tak
pernah-pernah Firdaus buat perangai tak ‘semengah.’ Cahaya bulan yang sedikit
malap dengan bunyi anjing menyalak sedikit menyeramkan. Angin yang sesekali
kuat bertiup menandakan hari akan hujan.
“Tak sudi nak jumpa abang ke? esok
pagi dah last tau abang kat sini.
Lepas ni entah bila pulak kita nak jumpa.” Firdaus mendekat. Kebetulan bilik
Amni dibawah membuatkan mudah untuk mereka berbual.
“Nanti cuti sem abang balikkan?” Pergilah balik. Nanti kalau orang nampak apa
pulak orang cakap.” Amni tidak selesa. Tahu dek
emak yang dia bersembang dengan anak teruna orang malam-malam buta ni mahu
digulaikannya.
“Mestilah abang balik. Amni tunggu
abang tau. Nanti abang sudah habis belajar kita kahwin.” Wajah kekasih hati
direnung dengan penuh perasaan cinta yang mengebu. Semakin hari semakin dia
cintakan Amni. Amni yang comel dan Amni yang sopan, itu adalah ciri wanita yang
diingin dan diidamkannya selama ini.
“Abang janji tau?” Amni tersenyum
gembira melihat angukkan Firdaus.
“Nanti abang pergi sana, Amni jangan
nak mengatal pulak.” Di dalam hatinya terselit perasaan resah. Kekasih hatinya
itu menjadi rebutan jejaka kampung, di sekolah apatah lagi. Takut dia
membayangkan Amni pergi dari hidupnya. Walaupun rakan-rakannya mengatakan cinta
mereka adalah cinta monyet, tetapi dia tidak peduli. Dia tahu hatinya.
“Eleh…kata Amni. Jangan-jangan abang
tu sehari sampai negara mat saleh, terus lupakan Amni. Kita ni dah lah tak
cantik. Buatnya abang jatuh cinta dekat minah mata biru dekat sana, haii…melepaslah Amni dekat sini.” Amni
pura-pura membuat ayat pasrah. Hanya Allah tahu bertapa dia bersedih harus
berpisah dengan Firdaus.
Lelaki itu di kurniakan otak yang
bergeliga. Dia pula hanya sedarhana dalam pelajaran. Bukan dia tidak berusaha
tetapi resultnya tetap sekadar cukup makan. Firdaus dari darjah tiga sudah
menunjuk kepandaian. Siap langkau kelas lagi. Ujian semasa darjah tiga
membolehkan dia lompat kelas. tak perlu masuk darjah 4, terus darjah lima.
Lama mereka bersembang dari satu topik ke satu topik. Jam yang sudah menunjukkan pukul satu pagi tidak disedari. Bunyi motosikal lalu menyedarkan mereka. Gelabah Amni bila membayangkan apa orang akan bercakap tentang mereka.
“Abang masuk cepat.” Amni membuka
luas tingkap biliknya. Firdaus pantas melangkah masuk. Dia pun takut jugak
sebenarnya. Mahunya tahu dek penduduk
kampung dia bertempek di sebelah bilik anak dara orang mahu lebam muka
dihentam. Baginya hidup bermasyarakat memang menyusahkan.
“Abang balik tau lepas ni. Amni
kembali membuka tingkap perlahan-lahan. Bila diyakini motosikal tadi sudah
berlalu dia menarik nafas lega. Dalam hati perasaan sebak mula melanda. Masanya
untuk bersama dengan Firdaus semakin suntuk.
“Amni jangan lupa janji Amni nak
setia kepada abang.” Firdaus sekali lagi membuat pesan. Dia berura-ura ingin
melangkah melepas tingkap. Tetapi tangisan kecil mematikan hasratnya. Wajah
Amni yang mula di basahi air mata direnung. Entah apa yang merasuknya tubuh itu
di rangkul. Cuba menenangkan kekasih hati yang sedang bersedih dengan perpisahan
yang bakal berlaku.
“Syuhhh…Amni
jangan sedih. Nanti cuti sem abang
balik.” Firdaus mengusap lembut belakang tubuh Amni. Haruman shampoo menyapa
hidungnya. Dadanya sudah bergetar lain macam. Pelukkan Amni yang kuat di
pinggangnya membuatkan dia semakin terleka.
“Amni sayangkan abang” Bisikkan
lembut itu menyapa telinga Firdaus. Dia ingin merenggangkan pelukkan, tetapi
perasaan asyik yang pertama kali dirasai sukar di tolak. Tanpa sedar wajah itu
sudah menjadi mangsa ciumannya..Mereka semakin terleka…Rintik hujan semakin
kasar menghentam bumbung rumah bagaikan tidak mengangu perbuatan anak remaja
yang baru mengenal erti dunia.
………………………………
Amni tersentak. Badannya terasa
berpeluh. Diraup wajahnya berkali-kali. Terasa air hangat turun melepasi lekuk
pipinya. Saban malam terutamanya semenjak mengetahui berita kepulangan Firdaus,
dia dihantui mimpi yang sama, membuatkan dia ketakutan. Kenangan ‘itu’ sukar
dilupakan. Menghimpit jiwanya dengan perasaan bersalah dan berdosa. Andai masa
dapat diputarkan kembali, dia akan pastikan kejadian beberapa tahun dahulu
tidak berlaku. Tetapi dia tahu segalanya mustahil. Semuanya telah terlambat.
Sekarang hanya ehsan Firdaus yang di harapkan.
Dengan perlahan dia berdiri. Kakinya
di atur menuju ke bilik air. Dibuka perlahan air paip. Dengan berhati-hati dia
mengambil wuduk. Dia ingin melakukan solat taubat. Hanya itu yang mampu di
lakukan. Setiap kali dia mengingati peristiwa yang sama, hanya dengan berserah
diri kepada Allah, mampu membuatkan dia kembali tenang.
Lama dia berdoa. terasa berat kaki
ingin meninggalkan sejadah. Berharap Allah mengampunkan dosa yang telah dia
lakukan. Dosa berkasar bahasa kepada ibunya demi Firdaus juga sudah tidak terhitung
banyak. Bukan dia sengaja, sungguh langsung tidak pernah terlintas di
fikirannya ingin membuatkan wanita yang banyak berkorban dan berjasa kepadanya
itu rungsing, tetapi dengan desakan sahaja dia tahu, dia mampu memiliki Firdaus
dengan bantuan ibunya.
………………………….
Lama mereka berdiam diri. Aku tengok
kau, kau tengok aku. Itu yang terjadi sejak 15 minit tadi. Masing-masing berat
mulut bagi memulakan perbualan.
“Amni sihat?” Firdaus mengalah. Hanya sekilas dia memandang wajah yang pernah membuatkan hidupnya di penuhi warna-warni. Sekarang dirasakan getar yang pernah membuai perasaannya satu ketika dulu bagaikan hilang di telan masa. Tiada getar dan tiada rasa. Kosong.
“Macam abang tengok sekarang.” Amni
berkata tenang. Jelas riak itu bagaikan tidak senang mendengar kata-kata
sinisnya. Bukan niat hati ingin biadap, tetapi desakan naluri kuat menyuruhnya
berperangai sebegitu. Hampir dua bulan Firdaus menyepikan diri. ‘Masa lalu’
yang ingin diselesaikan juga tertanguh.
“Abang nak Amni batalkan pertunangan
kita.” Firdaus berkata tenang. Ketenangan yang dikumpul setelah berhempas pulas
dia mengucapkan kata-kata yang sama di hadapan cermin.
Dia sebenarnya tergamam bila mamanya
memberitahu yang dia dipinang. Rasa tergamam yang kemudiannya membuatkan dia
ketawa berdekah. Kelakar dirasakan saat itu. Entah anak dara manalah yang
terdesak sangat, tetapi saat nama Iman Amni meluncur dari bibir mama ketawanya
mati dengan sendiri. Penolakkan Dilakukan, tetapi ternyata dalam diam mamanya
membuat persediaan.
Rombongan peminangan di hantar tanpa
persetujuannya. Dia tahu mama memang dari dulu sukakan Amni. Setiap kali dia
menalifon tidak pernah nama itu tiada dari bibir mamanya. Itu Amni, ini Amni
dan segalanya tentang Amni. Awalnya dia sendiri menyukainya, tetapi bulan
ketiga di perantauan, menemukan dia dengan gadis lain, entah bila tanpa
disedari cinta untuk Amni, berpaling arah dan mendengar nama itu sahaja sudah
cukup tidak disukainya.
“Abang yang nak batalkan, abang
sendirilah yang cakap.” Amni tersenyum. Hendak batalkan? Tidak!!! Walau apa
yang berlaku Firdaus harus bertanggungjawab.
“Abang tak cintakan Amni. Tolonglah
faham. Kita macam langit dan bumi, semuanya berbeza.”
“Dulu tak ada pulak nak sebut
tentang perbezaan segala.” Semakin sinis kata-kata yang meluncur dari bibirnya.
Dia bukan lagi anak gadis cengeng yang hanya tahu menangis apabila dilanda
kesusahan. Usia mematangkannya, dan semua yang berlaku memberikan dia kekuatan
yang entah bila terbina.
“Susah cakap dengan Amni. Abang tak
nak teruskan pertunangan ni. Amni cubalah faham.” Firdaus cuba memujuk. Kenapa
dirasakan Amni sudah jauh berubah? Keras kepala itu terasa sukar dilentur.
“Apa yang Amni faham, abang kena
bertanggungjawab dengan perbuatan abang dulu.” Mengenang kisah lalu membuatkan
Amni sedikit sebak. Sedaya upaya dia cuba menghapuskan rasa itu. Dia tidak
boleh lemah. Cukuplah dengan apa yang dia lalui selama ini.
…………………………..
Air mata yang mengalir di biarkan
rakus menodai pipi. Wajah Firdaus yang tertidur pulas selepas menakluki dirinya
dipandang. Bibir diketap kuat agar tangisannya tidak kedengaran. Selama hampir
dua bulan hidup dengan Firdaus, dia merasakan dirinya tidak ubah seperti
pelacur. bezanya pelacur di bayar. sedangkan dia? tidak langsung diberi
kesempatan untuk menolak. Tak pernah Firdaus mahu berlembut dengannya.
“Kenapa ni?” Suara garau Firdaus
yang terasa berbisik di telinganya membuatkan dia gelabah. pantas air mata di
kesat. dia tersentak bila terasa hembusan nafas lelaki itu kuat berderu di
lehernya. Apa mahu lagi lelaki itu? Bila di rasakan Firdaus sudah lain macam,
pantas dia menarik kain tuala yang di letakkan di kepala katil. sengaja dia
meletakkan di situ walaupun dia tahu Firdaus tidak menyukai tabiatnya. gebar di
tolak sedikit. tuala mula di balutkan ke badan.
“Nak pergi mana?”Firdaus memegang tangan
isterinya yang mahu bangun dari katil. Ditarik tubuh itu ke dalam pelukkannya,
terasa tolakkan kecil dari Amni. tetapi dia tidak peduli. Tangannya sudah
menjalar merata.
“Layan aku kejap.” Suaranya antara
dengar dan tidak sahaja. matanya rakus memandang sekujur tubuh itu.
“Amni penat bang. Kejap lagi nak
masuk kerja.” Tubuh Firdaus di tolak lembut. Terasa air matanya kembali ingin
menitis. Kenapa Firdaus masih mahu membunuh perasaannya?
“Kau cuti harini. aku bagi cuti.”
Firdaus tersenyum sinis. Bukan tidak nampak wajah itu berubah, tetapi entah
mengapa hatinya berlagu riang melihat wajah itu kembali mendung. Kedukaan Amni
adalah kegembiraan terbesar dalam hidupnya. Dia puas dapat menyakiti perasaan
Amni. Dirasakan ini balasan yang setimpal untuk wanita itu kerana berjaya
mengheretnya dalam perhubungan yang langsung tidak di ingininya.
Pertemuan dan perbincangan mereka
tidak pernah berhasil. Amni masih dengan sikap degil dan dia terlalu sukar
untuk menolak bila mama begitu beria-ia dengan perhubungan yang ingin dicipta
antaranya dan Amni. Dua bulan lalu mereka diijabkabulkan. Majlis pertunangan
berlangsung sama dengan hari pernikahan. Dan mulai hari itu dia bertekat, Amni
akan menyesal hidup bersamanya.
……………………………..
“Amni kau tengok tu. Sesuaikan
diorang? Haii…beruntunglah Doktor Maria dapat Doktor Firdaus tu. Dahlah kaya,
kacak pulak tu.” Gina wanita kacukan cina dan india itu, menarik-narik baju
Amni menyuruh wanita itu memandang ke arah merpati dua sejoli yang sedang sakan
bergelak ketawa. Siap bertepuk tampar.
Amni yang mendengar kata-kata Gina terdiam.
Matanya memandang ke arah Firdaus dan Maria. Hatinya terluka tetapi entah
mengapa kelukaan itu sudah tidak terasa peritnya. Seketika dia melarikan pandangan
bila mana renungannya ditangkap sepasang mata Firdaus yang sinis memandang ke
arahnya.
Liur ditelan bila mana langkah ke
dua manusia itu menapak kearahnya dan Gina. Terasa semput nafasnya.
“Ada orang tak kat sini? Tempat lain
dah penuh.” Maria bertanya lembut. Pandangannya jatuh ke wajah Amni. Belum pun
sempat dia menjawab Gina terlebih dahulu memotong.
“Eh tak ada doktor. Duduklah.”
“I pergi ambil makanan dulu. U tungu
sini jelah.” Maria berkata kepada Firdaus. laju dia melangkah kemudiannya.
Firdaus melabuhkan tubuh di sebelah Amni. Nampak jelas wajah isteri rahsianya
berubah.
……………………………………
Amni menahan matanya dari tertutup.
Sudah beberapa kali dia asyik tersenguk. kenduri kesyukuran sempena ulang tahun
perkahwinan ibu bapa mertuanya dibuat sederhana tetapi meriah. Tetamu dari
selepas Maghrib tadi tidak putus. Sekarang jam
sudah beranjak ke pukul 11 lebih. tetapi tiada tanda tetamu akan berkurangan.
Jika diikutkan rasa hati, mahu
sahaja dia masuk ke bilik dan tidur. Apatah lagi sejak pagi tadi dia rasa tidak
sihat badan. Tetapi memikirkan tangapan saudara mara suaminya dia mematikan
hasratnya.
“Iman Amni!!!” Satu suara kedengaran
menyapa pendengarannya. Amni pantas berpaling. Senyuman yang terukir di
bibirnya perlahan-lahan mati. Nafasnya rasa tersekat. Sukar untuk bernafas.
Dadanya terasa seperti dihempap seketul batu. Terasa bergetar bibirnya ingin
membalas panggilan wanita yang tersenyum memandangnya. Seketika kemudian terasa
tubuhnya dirangkul erat.
“Lamanya Kak Atie tak jumpa Amni. Ya Allah rindunya.” Pelukan Hayatie dibalas lembut. Matanya terasa berkaca. sarat dengan air mata yang bila masa sahaja akan menodai pipinya yang gebu. Air mata yang membawa sekali rahsia di sebalik tangisan itu.
“Kenapa Amni lama tak datang rumah
Kak Atie? Anak-anak akak selalu tanya mana Umi Amni diorang.” Hayatie berkata
lembut. Wajah yang hampir dua tahun tidak ketemu di pandang penuh kasih. Entah
mengapa di rasakan wajah itu semakin suram bagaikan tiada seri. Tidak ceria
seperti mana beberapa tahun dahulu.
“Amni pun rindukan anak-anak. Tapi….Amni
tak kuat kak. Amni takut tak dapat kawal perasaan nanti.” Matanya dipejam.
Suasana yang sedikit sunyi memberika ruang untuk mereka berbicara. Sudut taman
yang terbina cantik di belakang rumah mentuanya dipandang kosong. ketika
tangannya diseret mengikuti langkah Hayatie dia hanya mengikut tanpa perasaan.
“Ya Allah Amni. Dah dua tahun dah.
Kak Atie dengan Abang Rafiq pun dah teruskan hidup. Amni pasti kuat kalau Amni
cuba. Jangan fikir sangat perkara yang dah lepas.” Bila menyentuh tentang ‘itu’
hatinya pasti sebak. Kehilangan orang yang di kasihi memang memberikan tamparan
dalam hidupnya tetapi syukurlah dia masih ada suami dan anak-anak yang
memberikan semangat dan kekuatan untuk dia melupakan kenangan sedih itu.
“Amni dah cuba kak. Tapi payah sangat.
Sukar Amni nak buang Firdaus dari hidup Amni. Makin Amni cuba makin kuat
ingatan tu kak.” Air matanya terasa semakin rakus menerjah tubir mata. Kalaulah
masa dapat di putarkan, sumpah.. dia akan lakukan apa saja demi Firdaus, tetapi
dia memang tidak mampu.
“Kak tak suruh buang Amni. Akak
sendiri sampai sekarang tak pernah lupakan arwah Firdaus. Cuma kak harap Amni
dapat teruskan hidup. Biar kenangan tu kita simpan disini.” Tangannya di bawa
menyentuh dada Amni. Kemudian diraih kembali tubuh wanita yang sudah diangap
seperti adik sendiri itu ke dalam pelukkannya.
“Eh lupa nak tanya. Amni buat apa
kat sini?” Hayatie bertanya bila keadaan kembali tenang. Hairan dia bila
bertemu Amni di rumah ibu saudaranya.
“Rumah mentua Amni kak.” Amni
berkata perlahan. menghantar maksud agar Hayatie faham di sebalik kata-katanya.
Sementara Atie sudah tersentak. Wajah Amni di pandang seperti meminta
kepastian. Dadanya kuat berdetak seperti di palu.
“Amni jangan cakap yang Firdaus
tu…..” Tidak terluah kata yang seterusnya. Mulutnya terasa kaku. Mustahil. Ya
Allah. Kenapa begitu percaturannya? Apa rahsia di sebalik segalanya ini?
“Mana akak kenal Firdaus?”
“Dia adik sepupu akak Amni. Dia
ke..?” Katanya tergantung seperti tadi. Wajah Amni di renung mengharap penjelasan.
Amni kalut. kenapa begitu? Rupanya
dia menyerahkan ‘Firdaus’ kepada ahli keluarga suaminya sendiri. Memang hebat
percaturan yang Allah aturkan untuknya.
“Ya Allah kak, sungguh Amni tak
tahu. Tolong kak, simpan rahsia tu. Amni tak nak nanti Firdaus dipandang
serong.” Amni memegang tangan Hayatie. berharap wanita itu menyimpan rahsia
mereka. Cukuplah hanya dia dan Hayatie yang tahu.
“Betul ke Firdaus?” Atie bertanya
lagi. dia hanya mahukan kepastian. Bergetar tubuhnya bila Amni menganguk lemah.
…………………………
“Mama.” Sedaya upaya dia
mengeluarkan butir bicara. kedengaran begitu lemah dan tidak bermaya.
“Firdaus nak apa sayang?” Hayatie mengusap lembut rambut anak kesayangannya. Sedaya upaya dia menahan perasaan sedih dari dikesan anaknya. Kalau boleh ditukarkan tempat, dia rela menaggung semua kesakitan yang dialami anak kesayangannya.
“Firdaus nak balik rumah…nak main
dengan adik.”
“Tak boleh sayang. Firdaus kena
sihat dulu.Esok mama suruh papa bawak adik tengok Firdaus ye?” Dia tersenyum bila
Firdaus menganguk. Anak itu memang mengikut kata. Tak pernah dalam hidupnya
terdetik perasaan kesal sejak dari saat pertama dia membawa tubuh kecil itu
dalam pelukkannya. Iman Firdaus….anak itu hanya anak angkat. anak orang yang diamanahkan
kepadanya. Bukan kedatangan anak itu tidak disenangi tetapi ibu kandungnya
belum mampu untuk memelihara Firdaus dengan keringatnya.
Teringat kenangan tujuh tahun yang
lalu. Dia gembira bila berjaya membantu kelahiran seorang lagi anak adam
kedunia. Gembira berkongsi kegembiraan dengan wanita lain, kerana dia belum
berkesempatan menjadi wanita terpilih untuk mengandung dan melahirkan anak
walaupun usia perkahwinannya sudah menjangkau lima tahun, tetapi kegembiraanya
sedikit bertukar gementar bila mana perempuan muda yang baru melahirkan anak
itu merayu dia menerima anak comel itu sebagai ahli keluarganya.
Dia ingin menolak, tetapi tangisan
dan rayuan dari remaja bernama Amni itu sukar ditepis. Dia jatuh kasihan, apatah
lagi saat bayi kecil yang diberikan kepadanya itu mengenggam erat jari telunjuknya
bagaikan merayu kasih, saat itu dia rasakan dia wanita paling beruntung.
“Amni sayangkan Iman Firdaus kak.
Tapi Amni tak mampu nak pelihara dia. Amni rayu, tolong bagi keluarga sempurna
untuk Firdaus. Sumpah kak, Amni tak kan tuntut Firdaus dari Akak.”
Bersilih ganti dia memandang wajah
itu. Saat itu juga dia memeluk erat anak kecil yang masih merah itu dengan
penuh kasih sayang. Dikhabarkan kepada suaminya. Tentangan lelaki itu tidak dipedulikan,
dan ternyata dia tidak silap percaturan. Dengan kedatangan Iman Firdaus dalam
ke hidupannya dan Rafiq, warna alam rumah tangga mereka terasa berseri. keletah
manja Firdaus ternyata membuka pintu hati suaminya untuk menerima anak kecil
itu dalam keluarga mereka.
Tambah gembira selepas beberapa bulan dia menerima Firdaus, dia di berikan ganjaran yang lumayan dari Allah. Sepasang anak kembar dikurniakan kepadanya. Tetapi kasih sayangnya dan Rafiq terhadap Firdaus tidak pernah berkurangan. Masakan tidak, anak itulah yang memberikan kesempatan pertama untuk mereka mendengar pangilan paling keramat di dunia. Mama dan Papa.
……………………………………
“Siapa tu.”
Rahimah memandang arah yang ditunjukkan
kakaknya. Banyak orang yang terlihat oleh matanya. Yang mana satu?
“Siapa kak?” Dia bertanya kepada
Ramlah bagi mendapatkan kepastian.
“Itu, yang berjalan dengan Atie. Kau
kenal ke?” Ramlah bertanya lagi.
Rahimah tersenyum. Jelas di
pandangan matanya Amni berjalan beriringan dengan Hayati. Nampak mesra dan
seperti sudah lama kenal.
“Menantu saya kak. Isteri Firdaus.
Cantikkan?”
“Cantik sahaja nak buat apa.”
Kedengaran perlahan dan sedikit sinis kata-kata itu meluncur keluar dari bibir
Ramlah. Berkerut dahi Rahimah memandang kakaknya. Apa kes ni? Kenal pun tidak
tetiba ingin ‘menjatuhkan’ menantunya. Ada yang dia tidak tahu ke?
“Kenapa kak?” Rahimah bertanya.
Kalau ada yang tidak diberkenankan tentang sikap Amni bagitahu sahaja dia.
Nanti apa yang kurang tentang menantunya, akan dia nasihati mana yang patut.
“Mana kau dapat budak tu? Firdaus
pilih ke?” Ramlah masih menyoal. Selagi belum puas selagi itulah dia mahu
bertanya. Ternampak sahaja kelibat ‘perempuan’ itu tadi, hatinya terus tidak
tenang. Wajah itu membuatkan perasaannya menjadi tidak menentu. Semuanya
berserabut.
“Saya dengan dia yang pilih. Anak
jiran kami kak. Dulu sebelum ke oversea diorang dah bercinta.” Rahimah
menerangkan kepada Ramlah.
“Entah-entah masa anak kau dekat
luar negara dia dah ada orang lain.”
“Memandai saja kak ni. Amni tu budak
baik kak. Firdaus tu sajalah kekasih yang dia ada. Sangup tunggu anak saya tu
bertahun. Kalau orang lain sudah lama cari orang lain.” Rahimah mempertahankan
Amni. Entah mengapa dirasakan kakaknya bagaikan tidak menyukai menantu
kesayangannya itu.
“Hem…memang baik.” Mendidih hati
Ramlah. ‘Baik apanya Rahimah oii. Kau tu dapat menantu yang sudah ditebuk
tupai. Anak kau sibuk belajar, dia mengatal dengan jantan lain.’ Ramlah
mengomel didalam hati tanda geram. Wajah itu, sampai kemati pun dia takkan
lupakan. Orang yang menyebabkan dia hampir kehilangan anak sendiri. Teringat
pergaduhannya dengan Hayati, semua bermula apabila anaknya itu berkeras ingin
membela ‘anak haram’ yang dilahirkan oleh menantu adiknya. Dendam lama harus
dilunaskan. Ramlah tersenyum sinis kemudiannya.
…………………….
Nafas Amni terasa semput. Tangan
dihulurkan terasa kuat begetar. Pucat wajahnya bagaikan tidak berdarah. Entah
mengapa, memandang senyuman sinis yang terukir di wajah wanita dihadapannya
melahirkan ketakutan yang bukan sedikit. Wajah itu masih seperti dahulu. Tetap
memandangnya dengan pandangan penuh jijik.
“Saya Amni. Isteri Firdaus.”
Terketar Amni berkata. Genggaman erat pada tangannya, bagaikan menghantar satu
amaran. Badan mula berpeluh.
“Aku mak saudara Firdaus.”
Mendengar kata-kata kakaknya
melahirkan perasaan hairan di hati Rahimah. Tidak pernah dia mendengar kakaknya
bercakap dengan nada yang agak biadap pada pendengarannya. Kenapa?
Amni mendiamkan diri. Hayati di
sebelah hanya mengeluh kesal. Dia sendiri tidak menyukai sikap ibunya. Tidak
bolehkah ibunya melupakan perkara silam? Semua itu sudah berlalu. Baginya
penyesalan Amni sudah mencukupi. Dia yang menjadi saksi ketika Amni bertatih
untuk bangun semula melupakan semua perkara silam. Dia juga menjadi saksi bila
mana wanita itu menyesali setiap perbuatan yang dilakukan.
Melihat renungan ibunya, dia sudah
tahu, rahsia dia dan Amni sudah tidak selamat. Ibunya itu akan lakukan apa
sahaja untuk kepuasan hati sendiri.
……………….
“Maafkan umi Firdaus. Maafkan umi.”
Firdaus tersentak. Pipinya terasa
perit secara tiba-tiba. Dia yang baru sahaja ingin melelapkan mata terus
bangun. Pandangan matanya di jatuhkan kesisi. Rasa marah terus padam bila dia
melihat isterinya mengelisah di sebelah. Kepala itu tergeleng-geleng. Ucapan
maaf entah berapa kali diulang. Sementara tangan itu tergawang merata.
“Weh, bangun… kau ni apahal? Ditolak
sedikit tubuh isterinya. Tolakkannya bukan sahaja tidak menyedarkan si isteri,
sebaliknya Amni sudah meronta. Jelas air mata mengalir dipipi itu.
Entah mengapa melihat reaksi Amni begitu
membuatkan jiwanya resah. Tangannya pantas menyentuh dahi Amni. Panas. Peluh
jelas merinik di dahi itu.
“Amni, bangunlah. Sekali lagi dia
cuba memanggil. Di goyang kuat tubuh itu. Seketika kemudian dia tersentak.
Pelukkan Amni terasa kuat membelit tubuhnya. Di tolak sedikit tubuh itu. Tidak
berganjak walau seinci.
“Umi minta maaf Firdaus, umi minta
maaf.” Amni menangis. Terbayang dimatanya wajah Firdaus yang di telan kabus
tebal. Dia cuba mengejar tetapi semakin laju dia ingin mendapatkan Firdaus
semakin tubuh itu menghilang. Kerinduannya kepada Firdaus hanya Allah yang
mengetahui.
Firdaus kaku. Firdaus? Diakah? Umi
mana? Berkerut dahi Firdaus cuba mengingati siapa yang bernama Umi dan Firdaus
selain darinya. Tanpa disedari pelukkan Amni dibalas erat. Belakang badan itu
diusap perlahan bagi menenangkan isterinya yang masih menangis. Entah apa yang
berlaku. Dia langsung tidak mengerti.
Tubuh itu dijatuhan perlahan-lahan
ke atas katil. Wajah yang terlena dengan sisa air mata yang masih menodai pipi
direnung. Dia cuba mencari ‘cahaya kasih’ yang pernah wujud suatu ketika dahulu
terhadap Amni. Hatinya mengelisah bila dia sendiri tidak mengetahui apa yang
dia mahukan.
Dahulu, selepas kejadian ‘malang’
dia dan Amni, siang malam dia memikirkan kesan perbuatannya. Ketakutan
menghantui kalau’ benihnya’ bercambah. Selepas beberapa bulan bila tiada
sebarang berita ‘pelik’ dari pihak Amni dia mengangap segalanya sudah selesai.
Kerungsingan yang melanda bagaikan dibawa pergi.
Perlahan-lahan dia mula merasai
nikmat bergembira di perantauan. Perkenalannya dengan beberapa orang gadis
menyebabkan dia mula melupakan Amni. Gelaran playboy yang tidak pernah
terlintas akan disandang sudah mula digalas, dan dia berbangga membawa gelaran
itu. Kasih dan cintanya yang dahulu bercambah untuk Amni perlahan-lahan sirna.
Cinta monyet yang diperkatakan oleh rakan-rakannya mula dipersetujui.
Pernah juga terlintas difikirannya
tentang Amni sebelum dia kembali ke tanah air. Pada perkiraannya Amni sudah
meneruskan kehidupan, dan ternyata perkiraannya salah selama ini. Amni masih
sendiri, dan dia pula terjerat dengan perbuatan zaman remajanya.
………….
Amni termenung di hadapan cermin.
Wajah yang terbias jelas kelihatan tidak bermaya. Dia menyentuh pipi dengan
kedua-dua belah tangan, ternyata wajahnya semakin cengkung. Seri yang dulu ada
terbias di wajah langsung tidak kelihatan. Keluhan resah terhembus. Tangannya
dibawa menongkat dagu. Sejak pertemuannya dengan ibu kepada Hayati, dia menjadi
nanar. Segala yang dilakukan serba tidak kena.
Kalau boleh dia ingin mematikan
segala rasa resah yang bergelodak dalam hati. Dia hanya inginkan kehidupan yang
ceria dan dihinggapi dengan kasih sayang, salahkan dia mengharapkan semua itu?
Hina sangatkah dia kalau pernah melalui zaman suram? Air mata yang tersimpan
sekali lagi menodai pipi.
Selepas kejadian ‘malam’ itu, dia
sedaya upaya meneruskan hidup. Kerungsingan dan ketakutan merajai hati.
Ternyata apa yang ditakuti benar-benar terjadi. Benih Firdaus sudah mula
bercambah. Masa itu ketakutannya sudah tidak tergambar.
Dia takutkan balasan Allah dan dia juga takut
untuk berterus terang dengan ibunya. Dia tidak mahu wanita kesayangannya itu
menanggung malu. Apatah lagi dia merupakan anak arwah seorang ustaz. Apa pulak
pandangan orang terhadap arwah ayah? Sungguh, dia tidak rela membiarkan semua
orang yang dia sayangi disakiti akibat dari perbuatannya.
Sedaya upaya dia menyembunyikan kandungan yang semakin membesar. Bila tawaran belajar di kolej kejururawatan diterima, dia merasakan Allah masih sayang kepadanya. Peluang itu tidak di lepaskan. Di kolej dia tiada teman rapat. Takut jika dia terlepas cerita dan membuka aib sendiri. Mujurlah perutnya tidak terlalu membesar, dan dia juga tidak menghadapi alahan semasa kehamilan.
Saat kandungannya mencecah bulan
kesembilan, dia sedang bercuti semester pertama. Kepada ibunya dia terpaksa
berbohong kononya dia tidak dapat pulang kerana mengikuti aktiviti kolej. Saat
menghadapi masa kelahiran, kesakitan dan ketakutannya menjadi satu, mujurlah
Allah menitipkan kepadanya seorang wanita berhati mulia. Hayati, wanita itu
tidak pernah memandangnya dengan pandangan jijik. Tika dia datang ke klinik
perbidanan wanita itu, dia hanya mampu menangis di hadapan klinik yang sudah
hampir di tutup. Saat itulah Hayati menjadi penyelamatnya.
Bukan dia tidak sayang saat
menyerahkan anak itu kepada Hayati, bukan juga dia tidak kasih, tetapi dia
sedar yang dia tidak mampu. Memikirkan masa depan anak yang dibelainya selama
sembilan bulan di dalam perut sudah cukup menakutkan apatah lagi membayangkan
masa depan anaknya beribukan perempuan yang masih remaja dan tiada hala tuju
hidup yang pasti.
Dia ingin memberitahu semua itu
kepada Firdaus, tetapi entah mengapa saat dia bersedia untuk berkongsi masalah
yang dicipta bersama, Firdaus menyepikan diri. Panggilan talifon tidak
diangkat, massage tidak berbalas. Dan tika itu dia sedar yang dia hanya
keseorangan.
Getaran masih dirasai saat dia
menyerahkan anaknya kepada Hayati. Hati menghalang manakala akal memaksa. Dan
hati terpaksa akur kepada akal yang lebih ‘berkuasa’.
Iman Firdaus! Sampai ke nafas
terakhir sekalipun, tidak pernah akan menghilang ingatannya terhadap pemilik
nama itu.
Iman bererti kepercayaan dan perjuangan.
Kepercayaan kepada Allah dan perjuangan dari terjebak ke dalam kancah yang penuh
noda, itu yang di harapkan bila dia memberi nama kepada anaknya! Anak yang
lahir dari kesilapan terbesar yang pernah dilakukan. Tetapi tidak pernah sekali
terlintas di fikiran, dia menyesal melahirkan anak itu.
Iman diambil sempena nama
pertamanya. Iman dia yang runtuh kerana terlalu mengikut hawa nafsu dan
harapannya anak itu akan membawa nama itu dengan penuh bangga dan tidak
sesekali melakukan kesilapan seperti dia.
Firdaus, bermaksud nama syurga yang tertinggi.
Nama yang mewakili kemuncak segala
keindahan. Firdaus juga nama yang diambil sempena nama suaminya. Saat
dia melahirkan anak itu harapannya hanya satu, anak itu akan menjadi anak yang
di lengkapi dengan cahaya keimanan dan menjadi anak yang boleh di banggakan.
Dan ya, hatinya pernah berbunga bahagia, bila anak yang hanya sesekali di
jengah, mempu menghafal beberapa juzuk Al-Quran dan menghabiskan kitab suci itu
hanya dalam usia enam tahun. Tidak terkira perasaan bangganya saat itu.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, dan tidak ingin berpindah daripadanya. Surah Al-kahfi ayat 107-108
…………………
“Mama apa khabar?” Tangan ibu
mertuannya dicapai dan ingin dicium. Amni tersentak bila tangan yang ingin
dikucup ditarik sebelum sempat wajahnya berlabuh di tangan itu. Mungkin mama
tidak perasan. Dia cuba menyedapkan hati sendiri.
“Firdaus sihat? Nak makan apa malam
ni?” Puan Rahimah tersenyum mesra kepada Firdaus. Pertanyaan menantunya tidak
dijawab dan wajah itu langsung tidak dipandang. Wajah anaknya di pandang penuh
kasih. Di dalam hati kesedihan menyapa. Kalaulah dia tidak memaksa anaknya
menikahi ‘perempuan jalang’ itu, sudah tentu anaknya hidup gembira. Dia sedar,
Firdaus seakan tidak bahagia dengan pernikahan yang terjadi. Segalanya berpunca
dari dia. Kalaulah dia tidak memaksa tentu anaknya tidak akan terperangkap
dengan taktik kotor menantunya.
Hampir putus nafasnya bila rahsia
silam Amni diceritakan oleh kakaknya. Dia cuba menafikan, tetapi kakaknya hadir
bersama dengan bukti. Gambar Amni dan Hayati bersama ‘anak haram’ itu. Wajah
kanak-kanak itu saling tidak tumpah seperti wajah Amni. Saat itu dia mula
teringat keluh kesah Senah beberapa tahun dahulu saat Amni masih menuntut. Amni
sudah jarang pulang. Amni yang pendiam. Rasanya saat itulah perut Amni berisi.
Entah dengan jantan mana wanita itu
membuat onar, malangnya anak dia pula yang terpaksa menerima sisa orang lain.
Dia tidak kisah bermenantukan janda, tetapi dia kisah jika bermenantukan wanita
yang rendah martabat seperti menantunya. Dia tidak ingin Amni terus berada
dalam keluarganya. Dia tidak suka. Dan perasaan benci mula mekar di dalam hati.
“Mama masaklah apa pun. Semua
Firdaus makan.” Bahu mamanya di peluk mesra. Dia langsung tidak menyedari
reaksi dan perhatian mama terhadap Amni sudah berubah.
“Jom Amni tolong mama.” Amni senyum
kepada ibu mertuannya. Tetapi apa yang dia perolehi hanyalah jelingan tajam
dari ibu mertuannya. Saat itu tubuh Amni terasa bagaikan mahu melurut jatuh.
Dia tahu rahsia yang di simpan bukan lagi rahsia.
“Mama nak Amni buat apa?” Amni
bertanya perlahan. Mama kelihatan kalut menyiapkan hidangan makan malam.
Sepatah perkataan langsung tidak terluah dari bibir itu menegurnya.
Rahimah pura-pura tidak mendengar.
Kalau tidak di sebabkan terkenang pertalian erat antaranya dengan Senah ibu
kepada Amni, hendak sahaja dia memaki hamun menantunya itu bagi melepaskan
perasaan geram yang terpendam.
Apa yang lebih dikesalkan, dia
pernah memegang anak haram Amni!!! Dia pernah mencium budak itu, dan dia pernah
mempertahankan tindakan Hayati ketika kakaknya melakukan mogok terhadap anak
sendiri. Kalau dia tahu perkara sebenar usahkan memengang memandang budak
itupun dia tidak sudi. Bukan dia jijik terhadapa anak luar nikah, tidak!!! Anak
mana pun kelahirannya adalah putih bersih, kesilapan ibu bapa tidak harus di
tanggung anak itu, cumanya yang dia kesalkan kenapa Amni termasuk dalam
golongan yang ‘tidak diharapkan’?
Saat ini dia masih terbayang wajah
anak kecil yang berjaya mencuri tumpuannya. Masih terdengar tawa riang itu, dan
apa yang di sukai kanak-kanak itu mempunyai nama yang sama dengan anaknya. Iman
Firdaus. Nama gabungan antara Amni dan Firdaus. Memang tidak patut. Kenapa
membabitkan nama anaknya? Sepatutunya Amni sedar diri. Nama itu tidak harus di
letakkan pada anak itu. Kalau cintakan anaknya, kenapa sangup menyerah tubuh
kepada orang lain?
Bila anak itu meninggal jadi Amni
mengangap cerita lamanya akan terkubur? Silap besarlah. Bangkai gajah walaupun
ditutup baunya tetap akan berterbangan. Sama seperti Amni.
……………………..
Kepala yang berdenyut dipicit
perlahan. Entah mengapa dia tidak sedap badan. Sudah beberapa hari dia terasa
letih melebihi hari-hari biasa. Dalam fikirannya satu perkara bermain. Tangan
di bawa meraba perut. Dirasakan telahannya tepat. Sebab itulah yang di rasai
saat dia mula-mula mengandungkan Iman Firdaus. Lagi pula periodnya sudah hampir
dua bulan tidak datang.
“Kau kenapa.”
Suara Firdaus yang menyapa
membuatkan dia pantas menurunkan tangan dari memegang perut. Dirasakan semakin
hari Firdaus semakin baik terhadapnya. Dia tidak pasti itu benar ataupun hanya
mainan perasaanya sahaja.
Kepala digelengkan berkali-kali bagi menjawab pertanyaan Firdaus. Dia tidak pasti tentang kandungannya. Bila kepastian di dapatkan barulah dia akan berkongsi berita itu bersama Firdaus. Sama ada lelaki itu terima ataupun tidak dia tidak kisah. Kalau benar ada nyawa sedang membesar di dalam rahimnya dia akan mendidik anak itu dengan penuh kasih sayang. Apa yang tidak pernah di lakukan ketika bersama dengan Iman Firdaus akan ditebus kembali.
“Bersiap cepat. Mama suruh kita pergi
rumah dia.” Firdaus berkata perlahan. Pantas dia berlalu. Dia sudah tidak betah
berada berhampiran Amni. Perasaannya sudah lain macam. Rasa benci yang dipupuk
sudah lama menghilang. Rasa kasih sesekali mengetuk kuat pintu hatinya.
Walaupun layanannya kepada Amni kurang baik tetapi wanita itu tetap melayannya
seperti seorang suami.
Jarang kehendaknya di bantah. Cuma
yang kurang dalam rumahtangga mereka adalah kecerian dan komunikasi. Amni
jarang bercakap kalau tidak ditanya. Keceriaan yang dulu sinonim dengan Amni
juga sudah lama menghilang. Sesekali dia rindukan kenangan masa silam mereka.
Rindukan usikan nakal Amni dan dia rindukan kemerduan suara Amni.
Amni mengeluh resah. Kalau dulu dia
tidak sabar untuk ke rumah ibu mertuannya, kerana di sana dia dapat melupakan
sedikit kesedihan memikirkan alam rumah tangga dia dan Firdaus yang tidak indah
seperti orang lain. Sekarang kakinya terasa berat benar ingin melangkah ke
sana. Nada ibu mertuanya yang sentiasa sinis saat berbicara kekadang merobek
sedikit hatinya.
Sesekali dia pulang ke rumah emak,
dia teringin benar ingin bertandang ke rumah mertuannya tetapi memikirkan
penerimaan yang kurang memuaskan, hasrat itu mati dengan sendiri.
……………….
“Mama nak Firdaus ceraikan dia.”
Firdaus tersentak mendengar kata-kata mamanya. Papa pula hanya mengeleng kesal.
Apa sebenarnya yang berlaku?
“Kenapa ni mama? Firdaus tak faham.
Tetiba sebut cerai segala, kenapa?” Berkerut dahinya. Amni di sebelah dijeling
sekilas. Ternyata wajah itu turut terperanjat mendengar kata-kata mamanya.
Nafas yang di tarik terasa tersekat.
Dadanya sesak secara tiba-tiba. Air mata mula bertakung di birai mata. Wajah
Rahimah yang membara dan wajah Ramlah yang sedang tersenyum sinis di padang mengharapkan
simpati. Saat kakinya melangkah masuk ke rumah mertuanya dia sudah tahu sesuatu
yang tidak baik menanti bila kehadiran Ramlah turut ada bersama mertuanya.
“Mama tak mahu perempuan ni jadi
menantu mama. Mama tak sudi.” Ramlah langsung tidak memandang ke arah Amni.
Lagi cepat perempuan itu hilang dari keluarganya lagi bagus. Hati yang cuba di sabarkan selama ini sudah
tidak mampu bertahan. Hari-hari mendengar ‘luahan simpati’ kakaknya membuatkan
dia rasa tercabar dan terhina. Dia layak dapat menantu yang lebih baik. Rasa
menyesal tidak sudah hatinya bila menolak calon pilihan Firdaus dahulu.
Sekarang dia mahu Maria yang pernah terkeluar dari senarai calon menantu
menjadi menantunya.
“Mama cuba berterus terang. Firdaus
langsung tak faham.” Terasa meruap darahnya. Tanpa tahu hujung pangkal cerita
dia disuruh menceraikan Amni. Mustahil kehendak itu di turuti. Membayangkan
Amni pergi dari hidupnya sahaja sudah cukup mengerunkan apatah lagi perkara itu
benar-benar berlaku. Saat ini dia tidak malu mengakui yang hatinya kembali
ditawan. Dia sayangkan Amni, dan dia hanya mahukan Amni yang menjadi
pendampingnya sampai ketua. Tiada orang lain yang dia harapkan. Tiada dan tak
kan ada!!!
“Perempuan ni, dia ni pernah
lahirkan anak luar nikah kalau kamu nak tahu. Sebab dia jugaklah hubungan mak
long dengan kak Ati kamu hampir hancur, Dia ni lebih hina dari pelacur!!!”
Ramlah menghemburkan amarah yang sekian lama tersimpan. Hatinya terasa puas
dapat membalas dendam kepada Amni. Melihat tangisan di wajah itu memberikan
seribu kepuasan kepadannya. Sekarang yang dia mahu, perempuan itu diusir dari
keluarga adiknya. Waktu itu barulah dia boleh menarik nafas lega.
“Mak long!!!” Amni menempik kuat.
Terbang melayang kesabaran yang dipupuk. Cukuplah. Dia sudah tidak tahan di
hina. Selama ini dia sedaya upaya memekakkan telinga dengan kata-kata biadap
Ramlah jika sesekali mereka terserempak saat dia melawat Iman Firdaus.
“Apa? Tak betul apa yang aku cakap?”
Ramlah masih dengan riak angkuh.
Firdaus tersandar. Menggigil kakinya
dirasakan. Apa yang dia tidak tahu? Amni pernah mengandung? Tapi bila?
Terbayang perbuatannya dahulu. Itukah? Bertalu-talu pertanyaan melayang di
dalam fikiran. Suasana bising terasa diam dengan sendiri.
“Abang.” Amni memangil nama Firdaus
mengharapkan sedikit kekuatan dari lelaki itu. Tetapi jelas Firdaus masih
tergamam dan dia sedar hanya dia yang mampu mempertahankan diri sendiri.
“Kau jangan nak raih simpati anak
aku. Aku tak sangka Amni. Selama ni aku sayangkan kau, tapi ini yang kau balas
dekat keluarga kami?” Rahimah sudah teresak. Tubuh suaminya di paut erat.
“Papa rasa elok kita berbincang.
Mungkin ada salah faham ni.” Tuan Jalani cuba menenangkan suasana. Dia sendiri
keliru sebenarnya. Tidak tahu hujung pangkal cerita.
“Salah faham apa Jalani. Aku kenal
budak ni. Kau ingat aku sengaja nak buat cerita?” Ramlah panas hati. Salah
faham? Ewah!!!
“Bukan tu maksud saya kak long. Tapi
kita cuba selesai cara baik. Dengar dulu apa yang Amni dengan Firdaus nak
cakap.” Tuan Jalani cuba meleraikan kekusutan. Jatuh kasihan dia melihat wajah
Amni dan Firdaus.
“Saya tak nak dengar bang. Yang saya
mahu perempuan ni berambus dari rumah kita. Saya nak Firdaus ceraikan dia malam
ni jugak.” Rahimah masih tidak mengalah.
“Mama tolonglah jangan buat Amni
macam ni. Dengar dulu penjelasan Amni.” Amni mendekat. Dia cuba memegang tangan
itu, apa yang diperolehinya hanyalah tamparan kuat yang berkali-kali mengenai
wajah. Tubuhnya hampir tersembam. Keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan
membuatkan dia benar-benar terasa lemah. Tangisannya berlagu pilu. Saat ini dia
mula terbayang wajah Senah. Dia ingin berada dalam dakapan ibunya bagi
menyalurkan sedikit kekuatan yang hampir hilang.
“Mama!!!” Firdaus menempik kuat. Dia
bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Tubuh Amni pantas di dapatkan. Buat
pertama kali air matanya gugur. Melihat keadaan Amni membuatkan dia berasa
tidak berdaya.
“Mama nak Firdaus ceraikan dia.
Ceraikan sekarang jugak!!!” Rahimah menempik kuat. Panas hatinya dirasakan bila
Firdaus mempertahankan wanita itu.
“Kalau kau taknak cerita kau aku
jaja, aku nak kau tinggalkan anak aku.” Suaranya jelas seakan member amaran.
Amni menepis lembut tangan Firdaus.
Perlahan-lahan dia bangun. Dia rela di ceraikan asalkan kisah hidupnya tidak di
jaja. Dia tidak dapat membayangkan ibunya hidup dalam pandangan sinis semua
orang kampung hanya kerana perbuatannya.
“Amni minta maaf mama. Amni sangup
tinggalkan Firdaus. Tapi tolonglah jangan buka aib Amni mama. Kalau mama tak
kasihankan Amni tolong kasihankan emak.” Air matanya menutupi pandangan terasa
berbalam wajah Firdaus.
“Sepatutnya sebelum kau buat perkara
mungkar kau fikir dulu akibatnya. Sekarang baru kau tahu malu? Baru nak
kasihankan emak engkau?” Ramlah benar-benar puas. Hatinya ketawa riang.
Amni melangkah menghampiri Firdaus.
Tangan suaminya di capai dan dicium.
“Amni minta maaf bang. Amni memang
tak layak untuk abang.” Pantas dia berpaling. Langkah kakinya di atur
perlahan-lahan untuk keluar dari rumah itu. Semuanya telah tamat. Dia langsung
tidak di beri kesempatan untuk membela diri. Semua kesalahan jelas memihak
kepadanya.
“Puas sekarang?”firdaus memekik
kuat. Saat itu dia langsung terlupa wanita yang dijerkahnya merupakan ibu
kandungnya sendiri.
“Jangan biadap Firdaus” Tuan Jalani
menegur. Tidak berkenan dengan nada yang di gunakan anaknya.
Firdaus tidak mempedulikan kata-kata papanya. Pantas dia berlalu. Dari jauh dia melihat Amni menghampiri jalan
utama. Langkah kakinya semakin laju mengejar Apa yang jadi kepada Amni dahulu
dia tidak kisah. Yang dia tahu dia hanya mahukan Amni. Tiada orang lain.
“Amni.”
Amni menoleh. Jelas di pandangannya Firdaus yang semakin menghampiri. Langkah kakinya semlain melaju. Tanpa menoleh
kiri dan kanan Amni terus melintas.
“Amniiiiiii!!!” Tubuh Firdaus melurut
jatuh. Kakinya terasa lembik. Jelas tubuh itu melambung dirempuh sebuah kereta.
Dipaksa tubuhnya untuk berjalan menghampiri tubuh Amni yang sudah terdampar di
atas jalan.
……………………..
Senah diam. Sungguh dia berkecil
hati. Seburuk manapun Amni dia tetap anaknya. Walau apa sekalipun keadaannya
dia tetap akan menerima dengan tangan terbuka
“Mama tetap nak kamu ceraikan Amni.
Mama tak mahu dia yang jadi menantu mama.” Rahimah tetap berkeras. Walau apa
sekalipun hanya itu sahaja yang dia mahu. Tiada lain.
“Saya takkan ceraikan Amni. Dia
isteri saya. Dalam perut dia sekarang ni, ada anak saya mama.” Firdaus
menunduk. Kesedihan yang melanda hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dia
sayangkan Amni.
“Mama tak peduli. Kamu jangan yakin
sangat itu anak kamu.” Rahimah masih membentak.
Senah mengesat air mata yang
mengalir. Sakit hatinya mendengar Rahimah dan Ramlah tidak sudah menyumpah
seranah anaknya. Dibelai lembut kepala anaknya. Wajah itu jelas terpinga
memandang wajah-wajah yang asyik bertengkar dihadapannya.
“Kenapa tu mak?” Amni berbisik
perlahan di telinga ibunya. Dia langsung tidak mengetahui hujung pangkal
cerita. Siapa pulak pemilik wajah yang tiba-tiba menyerang dia? Sedaya upaya
cuba mengingati wajah itu jika pernah hadir dalam hidupnya, tetapi jawapan yang
di perolehi adalah kosong. Dia langsung tidak dapat mengingati walau sekecil
maklumat mengenai wajah-wajah yang jelas menyinga.
“Itu ibu mertua Amni.” Senah
berbisik. Dia hanya melihat pergaduhan Firdaus dan Rahimah yang semakin sengit.
Terasa bergegar teratak buruknya dek tengkingan Rahimah dan Ramlah yang
bersilih ganti dengan menantunya.
Amni memicit kuat kepalanya yang
terasa berdenyut secara tiba-tiba. Sudah dua minggu dia tersedar dari koma.
Buka sahaja mata yang di kenali cuma emak. Yang lain dia langsung tidak kenal.
Perut yang memboyot membuatkan dia mengigil ketakutan. Dia diperkenalkan dengan
lelaki yang kononnya adalah suami dia. Tetapi kenapa dia langsung tidak dapat
mengingati wajah itu? Kata emak mereka saling mencintai. Kalau cinta tentu dia
tidak melupakan wajah itu. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dia meluat
bila lelaki itu hari-hari mengangu kehidupannya. Dia hanya mahu hidup bersama
emak.
“Dia pernah lahirkan anak haram.”
Kata-kata Rahimah membuatkan Amni tersentak. Benarkah?
“Cukuplah tu ibu, mak ngah.” Hayati
yang baru datang mencelah. Setiap minggu bila ada kelapangan pasti dia
menziarahi Amni. Dari luar dia terdengar jerit pekik ibu dan mak ngahnya. Sifat
lembut mak ngah yang dulu begitu di kagumi bagaikan menghilang. Dia harus
mengakui semua itu disebabkan hasutan ibunya.
“Kau diam Atie.” Ramlah menjegilkan
mata kepada anaknya. Tidak habis-habis ingin membela perempuan itu.
“Saya tak boleh diam. Ibu dengan mak
ngah dah melampau.” Hayati kasihan melihat wajah Amni yang sudah penuh dengan
tanda Tanya.
“Kak Atie, betul ke Amni pernah
lahirkan anak luar nikah?” Perlahan Amni bertanya. Wanita itu dikenali kerana
selalu melawatnya. Dengan Hayati dia terasa senang, bagaikan mereka telah lama
berkenalan.
“Jangan buat-buat lupalah.” Ramlah
menjerkah lantang. Dia langsung tidak percaya perempuan itu hilang ingatan. Dirasakan
semua itu hanyalah taktik ingin meraih simpati.
“Dah cukuplah!!!” Firdaus bertempik
kuat. Dia bukan ingin biadap. Tetapi dia sudah tidak tahan. Cukuplah hinaan
yang di terima Amni selama ini. Semua cerita sudah di ketahui melalui Hayati.
Tetapi ada satu cerita yang semua orang tidak tahu.
Firdaus menghampiri mamanya. Tangan
itu digengan erat. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang.
“Ada sesuatu yang Firdaus nak
bagitahu.” Firdaus merenung wajah mamanya. Ditarik tangan itu untuk duduk di
atas kerusi di sebelah ibu mertuannya. Walaupun ada penolakkan tetapi ibunya
beralah bila dia mempamerkan wajah penuh pengharapan. Tangan ibu mertua dan
mamanya dicapai dan digengam erat.
“Iman Firdaus,,” Liur ditelan.
Matanya mula kabur. Air mata bila-bila masa akan menodai pipi. Dia takut untuk
berterus terang, tetapi dia sudah tidak sangup melihat Amni di cerca oleh mak
long dan mamanya.
“Dia anak Firdaus.” Kepalanya
ditunduk. Walau seperit mana sekalipun dia harus berterus terang. Cukuplah
derita yang di tanggung oleh Amni akibat khilafnya. Sikap berdiam diri Amni
dalam melindungi maruahnya juga sudah cukup membuatkan dia berfikir yang dia
hanyalah lelaki yang tidak berguna.
“Apa Firdaus merepek ni?” Rahimah
memengang dada.
“Anak yang mama dan mak long kutuk
tu, anak Firdaus.” Firdaus hanya mendiamkan diri bila pipinya terasa perit
secara tiba-tiba. Ibu mertuannya jelas dalam keadaan marah. Tangannya yang
mengengam tangan ibu mertuanya ditarik kasar. Sekali lagi tamparan itu mengenai
wajahnya. Perit. Tetapi dia tahu keperitan itu tidak akan sama dengan apa yang
di tanggung Amni.
Amni mendiamkan diri. Betulkah dia
dan Firdaus pernah terlanjur dahulu? Dia ingin bertanya tetapi suaranya
bagaikan tersekat.
Firdaus menahan rasa. Pengakuannya
nanti pasti akan merumitkan lagi keadaan tetapi dia harus berterus terang.
Cukuplah apa yang terjadi selama ini. Sikap dia yang berdiam diri membuatkan
Mak long dan mamanya tidak sudah-sudah menyusahkan hidup Amni.
“Kau jangan sebab kasihan kau buat
pengakuan tu Firdaus.” Perlahan suara Ramlah kedengaran. Dia masih tergamam
mendengar pengakuan anak saudaranya.
“Semua tu betul ibu. Saya diamkan
diri selama ni sebab dah berjanji dengan Amni. Tolonglah jangan rumitkan lagi
keadaan.” Hayati mengeluh resah.
“Awak, betul ke kita pernah..” Tidak
tergamak Amni meneruskan ayat itu. Di ketuk-ketuk kepalanya bagaikan mengharap
dia akan mengingati semula kisah silam yang dilupakan.
“Tak sayang, Kita tak pernah
terlanjur sebab.......” Perlahan Firdaus berkata. Kenapa sukarnya dia ingin berterus
terang? Perlahan dia menghampiri Amni. Wajah itu di renung penuh kasih.
“Ha, kan dah kata.” Ramlah kembali
bersemangat.
“Kita tak terlanjur sebab malam tu,
abang perkosa sayang.” Air mata mengalir lemah menodai pipinya. Pengakuan itu
terlalu sukar untuk di lafaskan. Malam itu masih segar dalam ingatannya.
Selepas mereka terleka, Amni tiba-tiba bagaikan tersedar dan dia yang sudah di
kuasai nafsu tidak mempedulikan rayuan Amni. Apa yang dia tahu nafsunya harus
dipuaskan. Malam itu segalannya berubah. Memang mereka terlanjur, tetapi
ketelanjuran itu bukanlah atas kerelaan Amni, walaupun pada mulanya mereka
sama-sama hanyut.
Kalaulah dia mendengar rayuan Amni,
kalaulah.. dan sampai sekarang dia tidak mengerti mengapa Amni memberitahu
Hayati yang mereka terlanjur, kenapa tidak menyalahkan dia sahaja?
…………………….
Amni tersenyum. Angin yang berderu
menyentuh tubuhnya terasa segar. Perutnya yang semakin memboyot diusap lembut.
Dia kemudiannya tersentak bila secara tiba-tiba tubuhnya di peluk erat. Bau
itu, bau yang sudah sebati dengannya.
“Sejuk ni sayang. Jom masuk.”
Firdaus tersenyum. Pelukkannya semakin di perkemaskan.
“Sekejap lagi.” Amni menjawab
lembut. Dia bahagia. Bahagia yang disangkakan tidak akan menjengah di dalam
kehidupannya selepas apa yang pernah terjadi. Ternyata dia tersilap. Allah
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.
Pengakuan Firdaus merupakan titik
tolak segala perubahan yang terjadi. Berbulan lamanya lelaki itu cuba membeli
kembali hatinya dan kesukaran paling nyata adalah untuk menawan kembali hati emaknya yang telah hilang kepercayaan terhadap Firdaus. hampir setahun barulah emak dapat memaafkan perbuatan
Firdaus terhadapnya.
Mama yang pernah melambakkan
kesalahan di bahunya tidak henti-henti mengungkapkan perkataan maaf. Dan benar
kata orang, kasih ibu tiada tandingan. Memaafkan kesilapan Rahimah ternyata
lebih mudah dari memafkan Firdaus.
Ingatannya yang perlahan-lahan beransur pulih,
merumitkan lagi keadaan. Kebenciannya terhadap Firdaus memuncak, segala silap Firdaus dihalusi satu persatu.
Tetapi pengorbanan yang dilakukan Firdaus benar-benar membuatkan dia tersedar. Lelaki itu begitu sabar melayan karenahnya yang pelbagai macam semasa menghadapi kehamilan. Kesabaran lelaki itu dalam melayan
sikapnya membuatkan dia rasa serba salah. Dan dia akhirnya mengalah bila lelaki
itu bagaikan berura-ura ingin berpatah arang berkerat rotan dek sikapnya yang
suka bermain tarik tali. Tidak perlu lelaki itu bersusah payah. Cukup dengan hanya melihat kelibat Firdaus beriringan dengan Maria, hatinya terus gementar membayangkan kehidupannya tanpa Firdaus.
Apa yang pasti, kesudiannya memaafkan semua silap dan salah Firdaus ternyata berbaloi. Lelaki itu benar-benar berubah. Dan saat ini dia berani mengatakan, tidak pernah terlintas perkataan menyesal dalam dirinya kerana menerima kembali kasih dan cinta Firdaus.
“Umi, Abah, jom teman abang main
game.” Suara serak yang kedengaran membuatkan Amni dan Firdaus tersentak.
Senyuman dilemparkan kepada anak kesayangannya. Aiman Farish. Anak itu
dilahirkan disaat dia dan Amni menghadapi krisis terbesar dalam kehidupan
mereka. Kelahiran anak itu bagaikan mula memberi sinar. Cahaya yang suram mula
menyinar, dan dia harus mengakui Aiman Farish antara perkara terhebat yang
pernah berlaku dalam kehidupan mereka.
“Kacau daun betullah budak ni.”
Firdaus berkata perlahan. Dia tersengih bila Amni menampar lembut bahunya.
“Tak baik mengata belakang tau abah.”
Aiman Farish mencebik bibir.
Mendengar kata-kata itu Amni dan Firdaus
ketawa. Lagi dua bulan mereka akan menanti kedatangan orang baru. Keluarga mereka
terasa sudah lengkap. Cukuplah dengan adanya Amni dan anak-anak dalam kehidupannya.
“Jom masuk.” Tangan Amni dan Aiman Farish
dipimpin. Doanya kebahagian mereka akan berkekalan sampai ke akhir hayat dan dia akan mencuba menjadi pemimpin yang terbaik untuk anak dan isterinya.
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta
ISTIKHARAH CINTA : SIGMA
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta
ISTIKHARAH CINTA : SIGMA
Surat Cinta Untuk Disana :
Akhirnya….Harap maaf kalau ada kekurangan. Part akhir terlalu rsh…sgt bz dua tiga
minggu ni… Kalau ada kesempatan mungkin sy akan rombak balik cerita ni…edit pun
ala kadar sahaja yang termampu….sebarang ketidak puasan hati sila komen di bawah
best sgt....lagi suka bila akhirnya amni bahagia
BalasPadamlpas ni kita wat cerita sedih pulak..hahah
PadamBEST......
BalasPadamtq baby mio
Padambest dan sarat dengan pengajaran, sesuai untuk bacaan remaja supaya jangan terlalu lalai dengan cinta dunia. Thumbs up writer,
BalasPadamp/s : aci tak nak mintak sambungan part Firdaus tackle balik Amni lepas accident tu, kihkihkih :)
kaklau ada kelapangan insyaallah.... :)
PadamBagus cerpen ni.. Cuma sedikit rush tapi still mabeles.. Tahniah!
BalasPadamtq kak.. :)
Padambest.... sedih pon ada....
BalasPadamZabedah hanum p la cerpen satu lagi...penat aku mengarang utk ang... haha
Padambest cite ni..saya ad kwn nama firdaus..jenis budak baik..
BalasPadamagak xcited bace citer ni, then terkejut dausnye watak macm ni..
fikir balik..setiap org mungkin ad kisah silam n hitam masing2..
tp, semua tu x menghalang untk mereka berubah jd baik..hehe
thumbs up, still ade pengajaran n x mcm novel lain y duk beriya2 sgt bercinta.good luck!!!!
Best ..... best. ..
BalasPadamceritanya bagus, tapi knp akhirnya tidak menceritkan lgi tntg Iman Firdaus?
BalasPadamfirdaus??tuu nma cinta haTy sya tuu..heehee..tp cita neyh mang bez!!tahniah writer!!awesome
BalasPadamDah baca berulang kali pun best.
BalasPadamP/s: firdaus tu nama crush sy hewhew. Btw bila nak sambung isteri segera ?
assalam.....apa nasib anak pertama mereka?iman firdaus?ap jd pd maria?
BalasPadamRasanya Iman Firdaus dah meninggal.
PadamBest..
BalasPadamSedey cite niy... Tapi happy ending
BalasPadamBest , an interesting story ..
BalasPadamSedih dan byk pengajaran...gud job to writer..
BalasPadamSuperb best , sedih tahap dewa huhu
BalasPadamTorrrbaekk!
BalasPadamTerbaik
BalasPadamtolong buatkan cerpen kitorang bole ak
BalasPadaminfo info iman firdaus dah lepak underground