Hel!O mY DarLing!

Rabu, 3 April 2013

Sedutan Cerpen : Setitis Kasih Sedetik Cinta



Kasih Nur Aina
Aina cintakan abang.” Aku merenung wajah Zareef. Wajah itu tetap membeku. Hanya memandangku dengan riak kosong bagaikan apa yang aku luah hanya sekadar ucapan biasa. Salahkah aku andai mengharapkan setitis kasih? Besar sangatkah permintaan itu?
           
“Kau sendiri tahu, kau tak layak untuk itu.” Hanya dengan sebaris ayat Zareef terus berlalu. Kolam mata terasa memberat. Pandangan mata terganggu dek air mata yang bila-bila masa sahaja akan menodai pipiku.
           
Kalau mencintai seorang lelaki itu diangap berdosa, maka berdosalah aku kerana mencintai, dan kalau mengharap kasih itu diangap pengkhianatan maka pengkhianatlah aku. Salahkah andainya aku berjuang untuk mendapatkan semua itu?
           
“Tidak salah Aina. Cuma cara engkau yang tidak betul. Engkau mengharapakan cinta disebalik kedukaan orang lain. Kasih yang engkau minta juga atas kehancuran hati seorang wanita, jadi layakkah engkau untuk semua itu?” Suara hatiku berbicara sendiri. Ya, aku memang tidak layak.
           
Mengenali Zareef dan Iman adalah hadiah terbesar dalam hidupku. Pertama kali menjejak kaki ke Universiti Utara Malaysia dua nama itulah yang mula menghulurkan salam persahabatan. Saat susah dan senang kami kongsi bersama, pertama kali aku rasa dihargai. 
           
Aku membesar di rumah anak yatim selepas kematian ayah dan ibu kerana terlibat dalam kemalangan ngeri akibat kecuaian orang lain pada usia yang baru mencecah lima tahun. Di rumah anak yatim itulah aku membesar. Merebut kasih sayang umi dan babah pemilik rumah anak yatim bersama dengan berpuluh lagi kanak-kanak senasib denganku.
           
Zareef dan Iman beruntung kerana dilahirkanan dalam keluarga yang agak senang, tetapi kesenangan itu langsung tidak menjadikan mereka manusia yang hanya tahu mendongak ke langit. Meniti kehidupan sebagai seorang student membuatkan aku dihimpit dengan segala macam perasaan. Mujurlah ada Iman dan Zareef yang sudi mendengar keluh kesahku.
           
Berada di tahun akhir pengajian membuatkanku harus bekerja keras bagi menjadikan aku manusia yang berguna. Hanya dengan ilmu aku mampu meletakkan diri berbaris bersama orang lain.

...................
           
“Aku nak bertunang.” Ayat itu membuatkan aku menjerit gembira. Tidak sedar bila Iman bercinta. Tetapi sebagai sahabat aku tetap menyokong apa sahaja yang baik untuk kehidupan Iman.
           
“Kau tak nak tanya dengan siapa aku bertunang?” Iman tersenyum. Jelas di matanya dia sedang berbahagia. Siapa sahaja lelaki memperolehi wanita sehebat Iman pasti beruntung.
           
“Dengan Siapa.” Teruja aku bertanya. Beberapa wajah menjelma dalam fikiranku. Asyraf? Senior yang tidak putus mengejar cinta Iman atau Razif si mamat playboy yang pernah di gosipkan dengan Iman?
           
“Zareef.” Mendengar sepotong nama yang disebut terus mematikan senyumanku. Ya Allah kenapa mesti dia? Kenapa tidak Asyraf atau Razif? Saat itu aku rasakan dadaku ditikam dengan berjuta kaca yang tajam. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan.
           
“Kau tak gembira ke aku nak bertunang dengan Zareef?” Mungkin menyedari riak wajahku yang berubah, Iman segera bertanya.
           
“Gembira, Cuma aku terperanjat. Bila korang bercinta? Aku tak tahu pun? Sampai hati korang rahsiakan dari aku.” Aku bertanya. Sedaya upaya riak gembira yang terhakis aku cuba ciptakan kembali. Sabarlah duhai hati.
           
“Baru dua bulan. Saja kami tak nak hebohkan dulu. Masa aku bertunang nanti kau kena datang tau. Majlis lepas kita grad. Saja aku bagi tahu awal. Excited sangat rasa.” Iman nampak teruja berbicara. Sedangkan aku?
           
................
           
          “Kenapa tak cakap kau cintakan   Iman?” Wajah Zareef aku tatap. Terasa membahang wajah kerana menahan perasaan malu yang mencengkam. Tiga bulan lalu dihadapan kompleks sukan inilah aku meluahkan perasaanku kepada Zareef. Dia jelas tergamam saat rasa hati ini aku luahkan.
           
Bukan niatku ingin menjadi gadis tidak tahu malu,    tetapi naluriku berbisik galak menyuruh aku meluahkan rasa yang terpendam. Kebaikan, perhatian dan tidak aku nafikan kekacakan wajah Zareef menawan hatiku.
           
“Aku tak sampai hati nak beritahu kau. Aku taknak sebabkan perkara remeh ni hubungan kita terputus. Dah lama aku sukakan Iman, Cuma baru ni saja aku berani nak luahkan perasaan aku pada dia.”
           
Hal remeh? Itukah yang ada dalam fikiran Zareef? Remehkah hal itu kalau membabitkan soal hati?
           
“Kenapa kau berani luahkan perasaan kau pada Iman selepas aku buat pengakuan yang aku cintakan kau?” Hati ini berbisik mengatakan dia bertindak kejam, sekurangnya dia lafazkan dulu penolakkan kepada diriku, mungkin ketika itu hatiku tidak akan separah ini. Menanti keputusannya selama tiga bulan, dan yang aku perolehi adalah berita yang terasa menghancur leburkan setiap inci tubuhku.
           
“Aku tiada jawapan untuk persoalan kau Aina. Aku minta maaf. Aku harap apa yang pernah terjadi tak akan sampai ke pengetahuan Iman. Aku minta sangat kau rahsiakan semua ini.” Zareef tenang berkata. Kadang kala aku cemburu melihat ketenangan yang wujud dalam dirinya. Zareef tidak mudah melatah dengan perkara yang terjadi dalam hidup dia.

..........
           
“Zareef kemalangan Aina. Apa aku nak buat?” Tangisan Iman memecah kesunyian. Aku hanya tergamam mendengar berita yang dilontarkan dari mulut Iman. Esok merupakan hari pertunangan mereka. Walaupun hati berbolak-balik, aku tetap menghadirkan diri sehari lebih awal agar dapat membantu apa yang patut untuk kelancaran majlis. Walau apa yang terjadi mereka tetap akan menjadi sahabat aku dunia dan akhirat.
           
Dalam kesakitan, aku memaksa hati menerima semua ini sebagai ketentuan dari Allah untuk menguji setakat mana keimanan yang ada dalam diri hambanya, tetapi aku sendiri tidak tahu setakat mana aku mampu bertahan.
           
“Aku nak melawat Zareef, kau nak ikut?” Aku bertanya kepada Iman. Dia nampak lesu kerana terperanjat menerima berita kemalangan Zareef. Hanya gelengan lesu yang mampu Iman berikan.
           
“Aku takut aku tak kuat. Kau pergi dulu. Nanti kau bagi tahu aku keadaan Zareef ye Aina.” Mata itu nampak berkaca. Aku tahu dia bersedih, kerana itulah rasa yang sama turut aku rasai. 

Surat Cinta Untuk Disana :  first-person POV.. itu yang saya cuba gunakan...saja nak mencabar diri. Nampak lompang di sana sini..nak menaip novel sudah dua hari kekeringan idea. Pagi tadi entah mengapa mood sedih terasa meruap...tengah hari mula menaip...mungkin sekejap lagi akan ada penamat cerpen ni.. kalau tidak sempat post cerpen penuh hari ini, insyaallah sy post besok...layan sedutan dulu ya!!...sudi tingalkanlah komen...

4 ulasan:

  1. menarik...looking forward for the next n3...
    tqvm sis...

    BalasPadam
  2. Best sangat! saya tunggu entri yang seterusnya ya!

    BTW, saya nak follow awak tapi saya tak nampak pula button follower?

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)