Kasih Nur Aina
Aina
cintakan abang.” Aku merenung wajah Zareef. Wajah itu tetap membeku. Hanya
memandangku dengan riak kosong bagaikan apa yang aku luah hanya sekadar ucapan
biasa. Salahkah aku andai mengharapkan setitis kasih? Besar sangatkah
permintaan itu?
“Kau
sendiri tahu, kau tak layak untuk itu.” Hanya dengan sebaris ayat Zareef terus
berlalu. Kolam mata terasa memberat. Pandangan mata terganggu dek air mata yang
bila-bila masa sahaja akan menodai pipiku.
Kalau
mencintai seorang lelaki itu diangap berdosa, maka berdosalah aku kerana
mencintai, dan kalau mengharap kasih itu diangap pengkhianatan maka
pengkhianatlah aku. Salahkah andainya aku berjuang untuk mendapatkan semua itu?
“Tidak
salah Aina. Cuma cara engkau yang tidak betul. Engkau mengharapakan cinta disebalik
kedukaan orang lain. Kasih yang engkau minta juga atas kehancuran hati seorang
wanita, jadi layakkah engkau untuk semua itu?” Suara hatiku berbicara sendiri.
Ya, aku memang tidak layak.
Mengenali
Zareef dan Iman adalah hadiah terbesar dalam hidupku. Pertama kali menjejak
kaki ke Universiti Utara Malaysia dua nama itulah yang mula menghulurkan salam
persahabatan. Saat susah dan senang kami kongsi bersama, pertama kali aku rasa
dihargai.
Aku
membesar di rumah anak yatim selepas kematian ayah dan ibu kerana terlibat
dalam kemalangan ngeri akibat kecuaian orang lain pada usia yang baru mencecah
lima tahun. Di rumah anak yatim itulah aku membesar. Merebut kasih sayang umi
dan babah pemilik rumah anak yatim bersama dengan berpuluh lagi kanak-kanak
senasib denganku.
Zareef
dan Iman beruntung kerana dilahirkanan dalam keluarga yang agak senang, tetapi
kesenangan itu langsung tidak menjadikan mereka manusia yang hanya tahu
mendongak ke langit. Meniti kehidupan sebagai seorang student membuatkan aku dihimpit
dengan segala macam perasaan. Mujurlah ada Iman dan Zareef yang sudi mendengar
keluh kesahku.
Berada
di tahun akhir pengajian membuatkanku harus bekerja keras bagi menjadikan aku
manusia yang berguna. Hanya dengan ilmu aku mampu meletakkan diri berbaris
bersama orang lain.
...................
“Aku
nak bertunang.” Ayat itu membuatkan aku menjerit gembira. Tidak sedar bila Iman
bercinta. Tetapi sebagai sahabat aku tetap menyokong apa sahaja yang baik untuk
kehidupan Iman.
“Kau
tak nak tanya dengan siapa aku bertunang?” Iman tersenyum. Jelas di matanya dia
sedang berbahagia. Siapa sahaja lelaki memperolehi wanita sehebat Iman pasti beruntung.
“Dengan
Siapa.” Teruja aku bertanya. Beberapa wajah menjelma dalam fikiranku. Asyraf?
Senior yang tidak putus mengejar cinta Iman atau Razif si mamat playboy yang
pernah di gosipkan dengan Iman?
“Zareef.”
Mendengar sepotong nama yang disebut terus mematikan senyumanku. Ya Allah
kenapa mesti dia? Kenapa tidak Asyraf atau Razif? Saat itu aku rasakan dadaku
ditikam dengan berjuta kaca yang tajam. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan.
“Kau
tak gembira ke aku nak bertunang dengan Zareef?” Mungkin menyedari riak wajahku
yang berubah, Iman segera bertanya.
“Gembira,
Cuma aku terperanjat. Bila korang bercinta? Aku tak tahu pun? Sampai hati
korang rahsiakan dari aku.” Aku bertanya. Sedaya upaya riak gembira yang
terhakis aku cuba ciptakan kembali. Sabarlah duhai hati.
“Baru
dua bulan. Saja kami tak nak hebohkan dulu. Masa aku bertunang nanti kau kena
datang tau. Majlis lepas kita grad. Saja aku bagi tahu awal. Excited sangat
rasa.” Iman nampak teruja berbicara. Sedangkan aku?
................
“Kenapa tak cakap kau cintakan Iman?”
Wajah Zareef aku tatap. Terasa membahang wajah kerana menahan perasaan malu
yang mencengkam. Tiga bulan lalu dihadapan kompleks sukan inilah aku meluahkan
perasaanku kepada Zareef. Dia jelas tergamam saat rasa hati ini aku luahkan.
Bukan
niatku ingin menjadi gadis tidak tahu malu, tetapi
naluriku berbisik galak menyuruh aku meluahkan rasa yang terpendam. Kebaikan,
perhatian dan tidak aku nafikan kekacakan wajah Zareef menawan hatiku.
“Aku
tak sampai hati nak beritahu kau. Aku taknak sebabkan perkara remeh ni hubungan
kita terputus. Dah lama aku sukakan Iman, Cuma baru ni saja aku berani nak
luahkan perasaan aku pada dia.”
Hal
remeh? Itukah yang ada dalam fikiran Zareef? Remehkah hal itu kalau membabitkan
soal hati?
“Kenapa
kau berani luahkan perasaan kau pada Iman selepas aku buat pengakuan yang aku
cintakan kau?” Hati ini berbisik mengatakan dia bertindak kejam, sekurangnya
dia lafazkan dulu penolakkan kepada diriku, mungkin ketika itu hatiku tidak
akan separah ini. Menanti keputusannya selama tiga bulan, dan yang aku perolehi
adalah berita yang terasa menghancur leburkan setiap inci tubuhku.
“Aku
tiada jawapan untuk persoalan kau Aina. Aku minta maaf. Aku harap apa yang
pernah terjadi tak akan sampai ke pengetahuan Iman. Aku minta sangat kau
rahsiakan semua ini.” Zareef tenang berkata. Kadang kala aku cemburu melihat
ketenangan yang wujud dalam dirinya. Zareef tidak mudah melatah dengan perkara
yang terjadi dalam hidup dia.
..........
“Zareef
kemalangan Aina. Apa aku nak buat?” Tangisan Iman memecah kesunyian. Aku hanya
tergamam mendengar berita yang dilontarkan dari mulut Iman. Esok merupakan hari
pertunangan mereka. Walaupun hati berbolak-balik, aku tetap menghadirkan diri
sehari lebih awal agar dapat membantu apa yang patut untuk kelancaran majlis.
Walau apa yang terjadi mereka tetap akan menjadi sahabat aku dunia dan akhirat.
Dalam
kesakitan, aku memaksa hati menerima semua ini sebagai ketentuan dari Allah
untuk menguji setakat mana keimanan yang ada dalam diri hambanya, tetapi aku
sendiri tidak tahu setakat mana aku mampu bertahan.
“Aku
nak melawat Zareef, kau nak ikut?” Aku bertanya kepada Iman. Dia nampak lesu
kerana terperanjat menerima berita kemalangan Zareef. Hanya gelengan lesu yang
mampu Iman berikan.
“Aku
takut aku tak kuat. Kau pergi dulu. Nanti kau bagi tahu aku keadaan Zareef ye
Aina.” Mata itu nampak berkaca. Aku tahu dia bersedih, kerana itulah rasa yang
sama turut aku rasai.
Surat
Cinta Untuk Disana : first-person POV.. itu yang saya cuba gunakan...saja nak mencabar diri.
Nampak lompang di sana sini..nak menaip novel sudah dua hari kekeringan idea. Pagi
tadi entah mengapa mood sedih terasa meruap...tengah hari mula menaip...mungkin
sekejap lagi akan ada penamat cerpen ni.. kalau tidak sempat post cerpen penuh hari
ini, insyaallah sy post besok...layan sedutan dulu ya!!...sudi tingalkanlah komen...
menarik...looking forward for the next n3...
BalasPadamtqvm sis...
Tq sis...
PadamBest sangat! saya tunggu entri yang seterusnya ya!
BalasPadamBTW, saya nak follow awak tapi saya tak nampak pula button follower?
dah ltak...haha...Tq Murasaki Hana
Padam