“Jauh
lagi ke abang?” Norain bertanya lagi buat kesekian kali. Kalau dia tahu sejauh
itu perjalanan yang mereka harus tempuhi, pasti tak akan sesekali dia
memujuk-rayu suaminya menerima tiket percutian itu.
“Kalau ikut peta dengan GPS dah tak
jauh. Sayang dah penat ke?” Mukhriz tersenyum memandang reaksi isteri
kesayangannya. Norain wanita yang baru dinikahi beberapa hari lalu. Norain
bukanlah wanita yang tercantik pernah dia jumpa, Cuma wanita itu ada sesuatu
yang berjaya mengusik hati lelakinya.
“Penat. Tapi Ain lagi kesian dekat
abang. Jauh sangat dah abang bawa kereta. Kalau Ain tahu jauh, tak adanya Ain
nak pujuk abang.” Keluhan kesal terhembus dari bibirnya.
“Tak apa.” Lehernya yang sedikit
lenguh dipicit perlahan. Entah siapalah yang bermurah hati memberikan mereka
tiket percutian semasa kenduri dahulu. Tiada nama dan tiada juga sebarang
pengenalan. Pada fikirannya sahabat dia yang memberikan tiket itu.
“Bila Kasih Berseru Sayang. Unik kan
nama hotel tu? Abang pernah dengar tak sebelum ini?” Norain bertanya lembut. Pertama
kali melihat tiket percutian itu, dia sudah tertarik hati. Bagaikan ada sesuatu
yang sangat menarik bakal menantinya nanti.
“Tak. Tapi tak kisah lah. Dengar
nama pun dah sedap. Pasti tempatnya pun menarik.” Sesekali dia melarikan
pandangan melihat sekeliling. Dan tanpa dipinta, bulu romanya meremang dengan
sendiri. Tiada apa yang menarik hatinya melainkan pohon-pohon hijau yang bergabung
bagaikan menjadi bumbung. Agak gelap laluan mereka kerana matahari terhalang
dari memancarkan cahayanya.
“Ain pun harap macam itu.” Norain
telan liur. Dari jauh dia sudah ternampak beberapa orang kanak-kanak yang
saling berkejaran antara satu sama lain di tepi jalan. Pantas tingkap kereta
diturunkan. Berniat ingin melambai ke arah kanak-kanak tersebut. Dia memang
gemarkan kana-kanak, sesuai dengan tugasnya sebagai guru taska.
“Buat apa turunkan tingkap?” Mukhriz
pandang pelik.
“Oh, Ain nak lam…” Norain mati kata.
Pantas dia menoleh kebelakang. Cuba mencari kanak-kanak tadi. Malangnya yang
ada hanyalah kesuraman. Kepala dikeluarkan sedikit disebalik tingkap kereta.
Tidak berpuas hati dengan penglihatannya.
“Ain kenapa? Apa yang Ain pandang?”
Mukhriz semakin kehairanan melihat aksi Norain. Terus kelajuan kereta
diperlahankan.
“Eh, tak ada apa-apalah. Ain nampak
macam rama-rama tadi.” Norain tersenyum kelat. Dia mahu memberitahu apa yang
dia lihat tadi, Cuma dia tidak mahu Mukhriz mengangapnya bermimpi di siang
hari.
Mukhriz menganguk kepala. Berpuas
hati dengan jawapan isterinya. Seketika
kemudian, senyuman menguntum dibibirnya bila GPS mula menunjukkan isyarat yang
mereka semakin hamper pada kawasan hotel.
“Kita dah nak sampai.” Riang Mukhriz
memberitahu Norain. Bersyukur perjalanan yang memakan masa hamper lapan jam
sudah mula menampakkan hasil. Dia sudah terbayang bathtub untuk berendam
bersama Norain. Argh..Tidak sabar mahu menikmati kenangan indah antara mereka
berdua.
“Abang…” Norain mati kata. Tidak
berkedip matanya memandang keadaan sekeliling hotel. Dipejam mata lagi sekali
berharap dia masih bermain dengan mainan perasaan kerana terlalu letih.
“Ain sayang. Kita dah sampai.”
Mukhriz berkata lembut. Dia tersenyum lebar memerhati kawasan hotel. Nampak
begitu unik dan penuh dengan unsur kemelayuan.
Norain membuka matanya
perlahan-lahan. Berharap gambaran tadi sudah menghilang. Keluhan lega tercetus
dibibir mungilnya bila dia melihat keadaan sekeliling. Berbeza dengan gambaran
‘ngerinya’ sebentar tadi.
Surat
Cinta Untuk Disana : Saja saya mencabar diri untuk hasilkan
cerpen seram…Tapi saya tak pasti saya mampu siapkan atau tidak… Benda2 ‘unik’
seperi ni saya x berapa berani nak imejin… Kot rasa ‘x selesa’ saya rombak bg jadi
novel romantic… kihkih… Papai…Muahhh
hi ni misteri ka? Cik cempaka? Cik ada jajans cerpen yg lama tu bila ada ful n3 nya
BalasPadamSy skrg pun cam mls nk bc cite2 seram ni...hehehe....tp disbbkan Cik Cem sy akan teruskan membaca gak la...
BalasPadammcm best ja...bila kuar akak...
BalasPadam