Hel!O mY DarLing!

Khamis, 7 November 2013

Jajan's Cerpen : Bila Kasih Berseru Sayang




“Jauh lagi ke abang?” Norain bertanya lagi buat kesekian kali. Kalau dia tahu sejauh itu perjalanan yang mereka harus tempuhi, pasti tak akan sesekali dia memujuk-rayu suaminya menerima tiket percutian itu.

            “Kalau ikut peta dengan GPS dah tak jauh. Sayang dah penat ke?” Mukhriz tersenyum memandang reaksi isteri kesayangannya. Norain wanita yang baru dinikahi beberapa hari lalu. Norain bukanlah wanita yang tercantik pernah dia jumpa, Cuma wanita itu ada sesuatu yang berjaya mengusik hati lelakinya.

            “Penat. Tapi Ain lagi kesian dekat abang. Jauh sangat dah abang bawa kereta. Kalau Ain tahu jauh, tak adanya Ain nak pujuk abang.” Keluhan kesal terhembus dari bibirnya.  

            “Tak apa.” Lehernya yang sedikit lenguh dipicit perlahan. Entah siapalah yang bermurah hati memberikan mereka tiket percutian semasa kenduri dahulu. Tiada nama dan tiada juga sebarang pengenalan. Pada fikirannya sahabat dia yang memberikan tiket itu.

            “Bila Kasih Berseru Sayang. Unik kan nama hotel tu? Abang pernah dengar tak sebelum ini?” Norain bertanya lembut. Pertama kali melihat tiket percutian itu, dia sudah tertarik hati. Bagaikan ada sesuatu yang sangat menarik bakal menantinya nanti.

            “Tak. Tapi tak kisah lah. Dengar nama pun dah sedap. Pasti tempatnya pun menarik.” Sesekali dia melarikan pandangan melihat sekeliling. Dan tanpa dipinta, bulu romanya meremang dengan sendiri. Tiada apa yang menarik hatinya melainkan pohon-pohon hijau yang bergabung bagaikan menjadi bumbung. Agak gelap laluan mereka kerana matahari terhalang dari memancarkan cahayanya.

            “Ain pun harap macam itu.” Norain telan liur. Dari jauh dia sudah ternampak beberapa orang kanak-kanak yang saling berkejaran antara satu sama lain di tepi jalan. Pantas tingkap kereta diturunkan. Berniat ingin melambai ke arah kanak-kanak tersebut. Dia memang gemarkan kana-kanak, sesuai dengan tugasnya sebagai guru taska.

            “Buat apa turunkan tingkap?” Mukhriz pandang pelik.

            “Oh, Ain nak lam…” Norain mati kata. Pantas dia menoleh kebelakang. Cuba mencari kanak-kanak tadi. Malangnya yang ada hanyalah kesuraman. Kepala dikeluarkan sedikit disebalik tingkap kereta. Tidak berpuas hati dengan penglihatannya.

            “Ain kenapa? Apa yang Ain pandang?” Mukhriz semakin kehairanan melihat aksi Norain. Terus kelajuan kereta diperlahankan.

            “Eh, tak ada apa-apalah. Ain nampak macam rama-rama tadi.” Norain tersenyum kelat. Dia mahu memberitahu apa yang dia lihat tadi, Cuma dia tidak mahu Mukhriz mengangapnya bermimpi di siang hari.

            Mukhriz menganguk kepala. Berpuas hati dengan jawapan isterinya.  Seketika kemudian, senyuman menguntum dibibirnya bila GPS mula menunjukkan isyarat yang mereka semakin hamper pada kawasan hotel.

            “Kita dah nak sampai.” Riang Mukhriz memberitahu Norain. Bersyukur perjalanan yang memakan masa hamper lapan jam sudah mula menampakkan hasil. Dia sudah terbayang bathtub untuk berendam bersama Norain. Argh..Tidak sabar mahu menikmati kenangan indah antara mereka berdua.

            “Abang…” Norain mati kata. Tidak berkedip matanya memandang keadaan sekeliling hotel. Dipejam mata lagi sekali berharap dia masih bermain dengan mainan perasaan kerana terlalu letih.

            “Ain sayang. Kita dah sampai.” Mukhriz berkata lembut. Dia tersenyum lebar memerhati kawasan hotel. Nampak begitu unik dan penuh dengan unsur kemelayuan.

            Norain membuka matanya perlahan-lahan. Berharap gambaran tadi sudah menghilang. Keluhan lega tercetus dibibir mungilnya bila dia melihat keadaan sekeliling. Berbeza dengan gambaran ‘ngerinya’ sebentar tadi.      

Surat Cinta Untuk Disana : Saja saya mencabar diri untuk hasilkan cerpen seram…Tapi saya tak pasti saya mampu siapkan atau tidak… Benda2 ‘unik’ seperi ni saya x berapa berani nak imejin… Kot rasa ‘x selesa’ saya rombak bg jadi novel romantic… kihkih… Papai…Muahhh

3 ulasan:

  1. hi ni misteri ka? Cik cempaka? Cik ada jajans cerpen yg lama tu bila ada ful n3 nya

    BalasPadam
  2. Sy skrg pun cam mls nk bc cite2 seram ni...hehehe....tp disbbkan Cik Cem sy akan teruskan membaca gak la...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)