“Adra.
Pergilah tengok siapa yang datang.” Kepala isterinya yang terasa memberat di
atas pahanya ditolak sedikit. Naik kejung kakinya dek kerana peredaran darah
yang terganggu kerana terlalu lama ‘memikul’ beban.
“Adra
tengah tidur.” Sedikit mengumam suaranya.
“Habis
tu siapa yang tolong jawabkan untuk engkau? hantu?”
“Uitt! Hantu-hantu
jangan main.” Terus terbuka matanya mendengar bicara lelaki itu. Pantang tok
nenek sebut-sebut hantu. Alergik!
Loceng yang semakin galak berbunyi membuatkan
dia perlahan-lahan bangun. Kalau nak harapkan suaminya, pakai membekulah tetamu
dekat luar itu menunggu. Dengan mata sedikit terpejam dek kerana kantuk yang
masih menyerang dia melangkah ke arah pintu.
“Biar
aku buka. Kau pergi tukar baju.” Zafry menarik perlahan tangan isterinya. Mungkin
Adra terlupa yang pakaian yang dikenakan sedikit menjolok mata. Mahu kenyang tetamunya
menjamu mata nanti.
“Oh..”
Kepala digaru perlahan sebelum dia berlalu ke arah bilik dengan langkah yang
sedikit terhuyung-hayang. Entah mengapa hari ini dia terasa seperti diserang
virus. Virus tidur!
Zafry
hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah Adra. Entah apa fesyen yang
isterinya kenakan. Baju Baby-T dipadankan dengan sehelai overall legging yang agak
menyendat. Atas terbuka, bawah tertutup!
Setelah
kelibat isterinya hilang dari pandangan barulah dia membuka pintu. Seketika dia
tergamam melihat wajah-wajah yang muncul dihadapannya. Mata dipejam celik
berkali-kali bagi meyakinkan dia yang itu semua bukanlah mimpi.
“Gege.”
“Love!
Mak Edah!” Hilang rasa terperanjat terus kedua tubuh itu didapatkan dan dibawa
ke dalam rangkulannya.
“Wei shen me ni mei you gen wo
jiang?” Disekeh perlahan dahi gadis comel yang sedang ketawa
di dalam pelukannya. Terbang melayang rasa rindu yang selama ini mengebu di hatinya.
Sungguh, dia langsung tidak menyangka yang dia akan dikejutkan dengan
kedatangan dua wanita yang paling penting dalam kehidupannya.
“Wo
hen xiang ni.” Wajahnya
didongak memandang ke arah Zafry. Dia tersenyum lebar kerana dapat memberikan
kejutan kepada lelaki itu. Jelas riak tidak percaya masih terpeta pada wajah
itu.
“Jiejie?”
Zafry
pandang riak teruja pada wajah adik angkat kesayangannya. Entah mengapa agenda
nakal menjengah. Dia tersengih lebar.
“Umar.
Mak Edah dah lenguh asyik kena peluk. Tak nak ajak masuk dalam rumah ke?”
“Bagi
hadiah dulu baru boleh masuk dalam.” Dahinya ditunjukkan kepada wanita separuh
baya itu. Rindu mahu menerima kucupan yang dulu saban hari diterimanya.
Mak
Edah ketawa kecil mendengar permintaan Zafry. Anak itu dari dulu tidak pernah
berubah. Diusap perlahan kepala anak kesayangannya. Sebuah kucupan menjengah
dahi. Setelah itu bahu Zafry diusap lembut. Banyak yang ingin dia katakan dan dia soalkan
kepada pemuda itu nanti.
“Mana
jiejie? Tak nampak pun.” Tubuh kecilnya sudah menyusup masuk kebawah lengan
abangnya. Dia sudah tidak sabar mahu berkenalan dengan wanita yang berjaya
‘merampas’ lelaki itu darinya.
“Syuh..”
Ditarik tubuh Love. Jari telunjuk didekatkan dibibir. Sesuatu dibisikkan
ditelinga itu. Tidak sabar dia mahu meneruskan agenda mempermainkan Adra.
“Tak
baik lah buat macam itu.” Mak Edah yang terdengar perbualan antara keduanya
menegur. Kurang senang mendengar perancangan yang diatur oleh Zafry.
“Alah..Sekejap
saja Mak Edah. Umar janji tak lebih dari tiga jam.” Tangan diangkat tanda
berikrar. Apa pun dia nak juga mengenakan Adra hari ini. Pasti menarik reaksi
isterinya nanti. Hatinya sudah galak bergelak-tawa membayangkan aksi-aksi comel
yang bakal Adra persembahkan nanti.
“Jangan
macam-macam sudah.” Mak edah mengalah. Tidak tahan melihat wajah penuh rayuan Zafry.
“Tak
apa ke?” Love sudah sedikit berbisik. Risau jika suaranya sampai ke perdengaran
isteri lelaki itu.
“Don’t worry dear.”
“Abang.”
“Itu…?”
Mak Edah telan liur. Tidak percaya melihat figura yang terbentang dihadapan
matanya. Jauh berbeza dari apa yang dia bayangkan. Entah mengapa dia rasa mahu
ketawa. Gembira dengan apa yang dilihat. Tidak putus lafas kesyukuran bermain
dihatinya.
“Isteri
Umar Mak Edah. Adra.”
Adra
ukir senyuman. Dia pernah mendengar nama itu disebutkan oleh ayah mertuanya
dahulu. Wanita yang diamanahkan oleh lelaki itu untuk menjaga suaminya.
“Apa
khabar Mak Edah?” Tangan disuakan ke arah wanita itu untuk bersalaman. Terkedu
seketika dia bila tubuhnya ditarik ke dalam pelukkan wanita itu.
“Baik.
Alhamdullillah.”
Adra
jongket kening ke arah suaminya. Tertanya-tanya akan gerangan gadis yang sedang
‘bergayut’ pada lengan suaminya.
“Jie…”
Sengihan lebar yang mahu dihadiahkan buat kakak iparnya mati dengan sendiri
bila pingangnya terasa dicubit kuat. Terlupa pula dia dengan rancangan yang
sudah diaturkan oleh lelaki itu.
“Adra
ini Love.”
“Love?”
Sedaya upaya senyuman cuba digariskan pada wajahnya. ‘Mimpi ngeri’ sudah
datang!
“Dia
tak tahu cakap melayu.” Lakonan pertama mula dilancarkan.
“English?”
Bila melihat gelengan kepala oleh suaminya Adra mula mengerutkan dahi. Bukan si
Love tu tinggal dekat London ke? Pelik pula dia rasakan bila gadis itu tidak
tahu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau
tak tahu bahasa melayu bolehlah diterima akal.
“Chinesse only!”
Suaranya lebih kepada fakta. Titik!
“Umar…”
Mak Edah sudah mula mengelengkan kepala. Ada-ada sajalah akal yang dikarang.
………………….
“Abang.”
Dicuit-cuit tubuh sumainya. Akhirnya peluang untuk dia bermanja dengan lelaki
itu terbentang juga.
“Love
kesayangan abang tu mana?” Sakit hati betul dia dengan makhluk seorang itu.
Dari tadi asyik menempel sebelah suaminya bagaikan magnet. Bertepuk tampar bagai.
Ikutkan hati nak sahaja dia menolak tubuh itu menjauh dari suaminya. Kalau nak
bermanja…Pergilah Kahwin. Tak tahu ke si ‘gege’
tu suami dia? Hisyh…Gegeh betul!
“Toilet.”
Remote tv dicapai. Di tekan-tekan butang bagi mencari rancangan yang menepati
seleranya.
“Nak
cakap ‘saya punya’ dalam bahasa cina macam mana?”
“Kau
nak buat apa?” Wajah isterinya dipandang pelik.
“Adalah.
Cepatlah abang.” Dia sudah mengesa bila kelibat ‘si kucing parsi’ itu sudah
kelihatan menghampiri mereka. Dasar penyibuk! Memang tak boleh nak tengok orang
senang.
Zafry
tergelak kecil. Rasanya dia sudah boleh meneka apa yang Adra mahu lakukan bila
pandangan isterinya tidak lepas dari memandang ke arah love.
“Hen shuai.” Merah padam
wajahnya menahan tawa. Tak sabar mahu melihat drama yang isterinya mahu
persembahkan.
Adra
bangun. Terus dia berjalan ke arah Love. Dia nak berlakon konon-kononya mereka
berselisih bahu. Adra kau memang hebat! Dipuji diri sendiri di atas kepandaian
melampaunya.
“Zafry…Hen shuai.” Terus kata-kata itu diluahkan
bila dia dan Love bertembung. Tangan ditepuk ke dada bagi menguatkan lagi fakta
yang dikeluarkan olehnya.
“Ni hen ke ai.” Love
tergelak kecil sambil berlalu. Comel melihat aksi kakak iparnya yang nampak
beria-ia. Dia pandang ke arah Zafry yang juga sudah sakan bergelak tawa. Pasti
ada yang telah abangnya autakan wanita itu.
Berkerut
dahi Adra. Dia ada buat lawak ke?
“Jiejie.” Love
pandang wajah Adra dengan riak yang sengaja diseriuskan. Zafry yang ada
disebelahnya masih seronok bergelak tawa. Hatinya menjerit suka. Dia nak
tengok, sekejap lagi lelaki itu boleh ketawa lagi atau tidak.
“Ta..”
Ditunjuk ke arah Zafry.
“…xi huan ni.”
“Love.”
Kalut dia menekup bibir itu dari meneruskan kata. Cis! harapkan pagar, pagar
makan padi!
“Huh?”
Adra blur. Sepatah perkataan pun dia tidak faham. Apa yang keluarga pelik itu
katakan kepada dia?
“Hai.
Tak habis lagi?” Mak Edah yang sedang melangkah keluar dari dapur menegur.
Kepala digeleng perlahan melihat aksi Zafry yang cuba menutup bibir Love.
Riuh-rendah jadinya.
“Gege ni
lah. Main pekup mulut orang pulak.” Love berkata tidak puas hati.
Zafry
tepuk dahi. Musnah rancangannya. Love memang banyak mulut. Duduk diam-diam tak
boleh ke?
Adra
mengeluh dengan bibir yang sudah dicebikkan. Sudah terang lagi bersuluh… Dia
sudah terkena!
……………..
“Jiejie
umur berapa?” Love sudah bergolek-golek di atas katil.
“Sembilan
belas.” Adra angkat Sembilan batang jarinya. Tersenyum memandang gelagat adik
angkat suaminya. Nasib baik lah tak banyak aksi luar alam yang dia persembahkan.
Kalau tidak tujuh keturunan sekali pun pasti dia akan dibahankan oleh lelaki
itu.
“Love?”
Bajetnya, usia gadis itu tidak lebih dari usianya.
“Dua
puluh tiga.”
“Lapan
belas…Isyh dia ni.” Mak Edah hanya
mampu tersenyum. Kadang-kala dia sendiri tidak terlayan aksi nakal gadis itu.
“Muda
lagi.” Baju disuakan kepada Mak Edah. Mujurlah bilik tetamu selalu dikemas
olehnya. Kalau tidak berdebu lah malam ini Mak Edah dan Love.
“Always young.”
Love bangga diri. Kening dijongket-jongket dengan riak comel terpeta pada
wajahnya.
“Me too.”
Adra ketawa kecil. Rasanya Love boleh dijadikan geng. Apa yang penting gadis
itu bakal menjadi sifunya nanti. Umar Zafry…Watch
out!
“Pitam
Mak Edah dengar.” Baju yang sudah siap dilipat oleh Adra dimasukkan ke dalam
almari. Buat pertama kali dia dapat rasakan yang tindakan Tan Sri Hamzah adalah
tepat. Cuma dia risau jika apa yang selama ini selalu mengangunya bakal menjadi
kenyataan. Dia tidak mahu Adra terluka.
“Jiejie…
Dah berapa bulan?” Bibirnya dimuncungkan ke arah perut wanita itu.
Terlompat-lompat dia bila diberitahu oleh Zafry yang Adra mengandung. Tidak
sabar mahu memeluk si kecil. Pasti sangat comel.
“Tiga…
Mana Love tahu?”
“Gege
yang cakap.”
Mak
Edah terkedu. Tidak percaya mendengar kata-kata Love dan Adra. Kenapa Zafry
tidak memberitahu dia mengenai berita itu? Patutlah dia tengok Adra nampak
semacam. Keluhan resah terhembus dari bibirnya. Semakin sukar dia mahu menembak
hati pemuda itu.
…………………….
Cadar
yang sedikit berkedut dirapikan. Sesekali dia menjengah ke muka pintu. Kelibat
suaminya masih tidak kelihatan. Pasti masih seronok berbual dengan Love. Terbit
sedikit rasa cemburu dihatinya. Sejak dari pagi tadi suaminya tidak sudah-sudah
ketawa. Kalau bersama dengannya, tawa lelaki itu bagaikan satu khazanah berharga
yang harus dipelihara. Nampaknya dia harus berusaha lebih gigih untuk menambat
hati lelaki itu.
“Adra.
Cadar tu sekejap lagi nak berkedut jugak. Yang kau beria-ia tarik tu kenapa?” Zafry
menegur. Tergeleng kepalanya melihat tingkah Adra.
“Sajalah.
Love dah tidur ke?” Suaminya hanya menganguk sebelum mencapai kain tuala dan berlalu
ke bilik air. Dia dah kata. Kalau dengan dia berat benar mulut lelaki itu. Rasanya
salah satu punca sebab dia tidak tahu bertutur dalam bahasa kegemaran lelaki
itu. Tengoklah tadi, sepanjang masa bercakap dalam bahsa cina dengan Love. Yang
tak boleh blah, ramah pulak itu. Eee…Geram
betul!
Tubuhnya
dibaringkan di atas katil. Sambil itu otaknya sudah cekap merangka beberapa
agenda penting yang mahu dilakukan esok.
“Abang…”
Dia memanggil perlahan bila suaminya sudah berbaring di atas katil setelah
menutup lampu. Teraba-raba dia mencari lengan lelaki itu di dalam gelap.
“Bantal
kau kan ada.” Zafry cuba menarik lengannya yang cuba dijadikan bantal oleh
Adra. Hari-hari seperti itu. Dia nak mengiring pun sudah tidak boleh.
“Lengan
abang lagi best pada bantal tu.” Mata dipejam rapat. Doa tidur dibaca. Tidak
lupa juga dia mengucap dua kalimah syahadah. Risau jika itu kali terakhir dia
dapat mengungkap kalimah agung itu.
“Abang
dah berapa lama tak sembahyang?” Dia bertanya perlahan. Tangan diletakkan di dada
suaminya.
“Nanti
aku sembahyang lah.” Zafry menjawab malas. Sejak perang dingin mereka Adra
jarang menegurnya secara terang-terangan. Selalunya melalui perbuatan. Seperti
sengaja menghampar sejadah dan di atasnya diletakkan kain pelekat, baju melayu
dan kopiah. dia sahaja yang berpura-pura tidak nampak.
“Nanti
tu bila?” sebelah lagi tangan lelaki itu dicapai dan dibawa memeluk
pinggangnya.
“Bila
akau bersedia.” Mata dipejam. Malas mahu melayan pertanyaan Adra.
“Abang
tak takut ke, kalau esok abang bangun, abang terus jadi imam dekat depan?” Bukan
dia mahu menakutkan suaminya. Janji Allah itu pasti. Mati itu juga pasti!
“Tidurlah..”
“Selamat
malam abang.” Tangan Zafry ditarik menyentuh perutnya.
“Good night papa.”
Zafry
terdiam. Terasa panas perut itu menyentuh tapak tangannya. Sekejap sahaja
sebelum pantas tangannya ditarik. Dia tidak boleh lemah dengan taktik isterinya…
Surat
Cinta Untuk Di sana : Halo…Ce korang komen sikit kot ada yg korang nak ‘hamun
saya’… :)
Mmg bertambah menarik la citer ni...tp mcm pendek aje...hehehe
BalasPadamnak hamun zafry - hati batu sungguh
BalasPadamPendek je entry ni
BalasPadamKesian adra... Asyik terkena sj... Bila si zafry ni plak yg nk terkena...
BalasPadampendek sgt x puas nk lepas rndu...
BalasPadamkeras hati sungguh papa zafry ni tau...
BalasPadamBest...keep it up. Bila nak sambung n3 My pretty boy husband. Senang cerita, I like semua karya awak.
BalasPadam