Hel!O mY DarLing!

Ahad, 24 November 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 20



“Adra. Pergilah tengok siapa yang datang.” Kepala isterinya yang terasa memberat di atas pahanya ditolak sedikit. Naik kejung kakinya dek kerana peredaran darah yang terganggu kerana terlalu lama ‘memikul’ beban.

“Adra tengah tidur.” Sedikit mengumam suaranya.

“Habis tu siapa yang tolong jawabkan untuk engkau? hantu?”

“Uitt! Hantu-hantu jangan main.” Terus terbuka matanya mendengar bicara lelaki itu. Pantang tok nenek sebut-sebut hantu. Alergik!

 Loceng yang semakin galak berbunyi membuatkan dia perlahan-lahan bangun. Kalau nak harapkan suaminya, pakai membekulah tetamu dekat luar itu menunggu. Dengan mata sedikit terpejam dek kerana kantuk yang masih menyerang dia melangkah ke arah pintu.

“Biar aku buka. Kau pergi tukar baju.” Zafry menarik perlahan tangan isterinya. Mungkin Adra terlupa yang pakaian yang dikenakan sedikit menjolok mata. Mahu kenyang tetamunya menjamu mata nanti.

“Oh..” Kepala digaru perlahan sebelum dia berlalu ke arah bilik dengan langkah yang sedikit terhuyung-hayang. Entah mengapa hari ini dia terasa seperti diserang virus. Virus tidur!

Zafry hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah Adra. Entah apa fesyen yang isterinya kenakan. Baju Baby-T dipadankan dengan sehelai overall legging yang agak menyendat. Atas terbuka, bawah tertutup!

Setelah kelibat isterinya hilang dari pandangan barulah dia membuka pintu. Seketika dia tergamam melihat wajah-wajah yang muncul dihadapannya. Mata dipejam celik berkali-kali bagi meyakinkan dia yang itu semua bukanlah mimpi.

“Gege.”

“Love! Mak Edah!” Hilang rasa terperanjat terus kedua tubuh itu didapatkan dan dibawa ke dalam rangkulannya.

“Wei shen me ni mei you gen wo jiang?” Disekeh perlahan dahi gadis comel yang sedang ketawa di dalam pelukannya. Terbang melayang rasa rindu yang selama ini mengebu di hatinya. Sungguh, dia langsung tidak menyangka yang dia akan dikejutkan dengan kedatangan dua wanita yang paling penting dalam kehidupannya.

“Wo hen xiang ni.” Wajahnya didongak memandang ke arah Zafry. Dia tersenyum lebar kerana dapat memberikan kejutan kepada lelaki itu. Jelas riak tidak percaya masih terpeta pada wajah itu.

Jiejie?”

Zafry pandang riak teruja pada wajah adik angkat kesayangannya. Entah mengapa agenda nakal menjengah. Dia tersengih lebar.

“Umar. Mak Edah dah lenguh asyik kena peluk. Tak nak ajak masuk dalam rumah ke?”

“Bagi hadiah dulu baru boleh masuk dalam.” Dahinya ditunjukkan kepada wanita separuh baya itu. Rindu mahu menerima kucupan yang dulu saban hari diterimanya.

Mak Edah ketawa kecil mendengar permintaan Zafry. Anak itu dari dulu tidak pernah berubah. Diusap perlahan kepala anak kesayangannya. Sebuah kucupan menjengah dahi. Setelah itu bahu Zafry diusap lembut.  Banyak yang ingin dia katakan dan dia soalkan kepada pemuda itu nanti.  

“Mana jiejie? Tak nampak pun.” Tubuh kecilnya sudah menyusup masuk kebawah lengan abangnya. Dia sudah tidak sabar mahu berkenalan dengan wanita yang berjaya ‘merampas’ lelaki itu darinya.

“Syuh..” Ditarik tubuh Love. Jari telunjuk didekatkan dibibir. Sesuatu dibisikkan ditelinga itu. Tidak sabar dia mahu meneruskan agenda mempermainkan Adra.

“Tak baik lah buat macam itu.” Mak Edah yang terdengar perbualan antara keduanya menegur. Kurang senang mendengar perancangan yang diatur oleh Zafry.

“Alah..Sekejap saja Mak Edah. Umar janji tak lebih dari tiga jam.” Tangan diangkat tanda berikrar. Apa pun dia nak juga mengenakan Adra hari ini. Pasti menarik reaksi isterinya nanti. Hatinya sudah galak bergelak-tawa membayangkan aksi-aksi comel yang bakal Adra persembahkan nanti.

“Jangan macam-macam sudah.” Mak edah mengalah. Tidak tahan melihat wajah penuh rayuan Zafry.

“Tak apa ke?” Love sudah sedikit berbisik. Risau jika suaranya sampai ke perdengaran isteri lelaki itu.

“Don’t worry dear.”

“Abang.”

“Itu…?” Mak Edah telan liur. Tidak percaya melihat figura yang terbentang dihadapan matanya. Jauh berbeza dari apa yang dia bayangkan. Entah mengapa dia rasa mahu ketawa. Gembira dengan apa yang dilihat. Tidak putus lafas kesyukuran bermain dihatinya.

“Isteri Umar Mak Edah. Adra.”

Adra ukir senyuman. Dia pernah mendengar nama itu disebutkan oleh ayah mertuanya dahulu. Wanita yang diamanahkan oleh lelaki itu untuk menjaga suaminya.

“Apa khabar Mak Edah?” Tangan disuakan ke arah wanita itu untuk bersalaman. Terkedu seketika dia bila tubuhnya ditarik ke dalam pelukkan wanita itu.

“Baik. Alhamdullillah.”

Adra jongket kening ke arah suaminya. Tertanya-tanya akan gerangan gadis yang sedang ‘bergayut’ pada lengan suaminya.

“Jie…” Sengihan lebar yang mahu dihadiahkan buat kakak iparnya mati dengan sendiri bila pingangnya terasa dicubit kuat. Terlupa pula dia dengan rancangan yang sudah diaturkan oleh lelaki itu.

“Adra ini Love.”

“Love?” Sedaya upaya senyuman cuba digariskan pada wajahnya. ‘Mimpi ngeri’ sudah datang!

“Dia tak tahu cakap melayu.” Lakonan pertama mula dilancarkan.

“English?” Bila melihat gelengan kepala oleh suaminya Adra mula mengerutkan dahi. Bukan si Love tu tinggal dekat London ke? Pelik pula dia rasakan bila gadis itu tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau tak tahu bahasa melayu bolehlah diterima akal.

“Chinesse only!” Suaranya lebih kepada fakta. Titik!

“Umar…” Mak Edah sudah mula mengelengkan kepala. Ada-ada sajalah akal yang dikarang.
………………….
“Abang.” Dicuit-cuit tubuh sumainya. Akhirnya peluang untuk dia bermanja dengan lelaki itu terbentang juga.

“Love kesayangan abang tu mana?” Sakit hati betul dia dengan makhluk seorang itu. Dari tadi asyik menempel sebelah suaminya bagaikan magnet. Bertepuk tampar bagai. Ikutkan hati nak sahaja dia menolak tubuh itu menjauh dari suaminya. Kalau nak bermanja…Pergilah Kahwin. Tak tahu ke si ‘gege’ tu suami dia? Hisyh…Gegeh betul!

“Toilet.” Remote tv dicapai. Di tekan-tekan butang bagi mencari rancangan yang menepati seleranya.

“Nak cakap ‘saya punya’ dalam bahasa cina macam mana?”

“Kau nak buat apa?” Wajah isterinya dipandang pelik.

“Adalah. Cepatlah abang.” Dia sudah mengesa bila kelibat ‘si kucing parsi’ itu sudah kelihatan menghampiri mereka. Dasar penyibuk! Memang tak boleh nak tengok orang senang.

Zafry tergelak kecil. Rasanya dia sudah boleh meneka apa yang Adra mahu lakukan bila pandangan isterinya tidak lepas dari memandang ke arah love.

“Hen  shuai.” Merah padam wajahnya menahan tawa. Tak sabar mahu melihat drama yang isterinya mahu persembahkan.

Adra bangun. Terus dia berjalan ke arah Love. Dia nak berlakon konon-kononya mereka berselisih bahu. Adra kau memang hebat! Dipuji diri sendiri di atas kepandaian melampaunya.

“Zafry…Hen shuai.” Terus kata-kata itu diluahkan bila dia dan Love bertembung. Tangan ditepuk ke dada bagi menguatkan lagi fakta yang dikeluarkan olehnya.


“Ni hen ke ai.” Love tergelak kecil sambil berlalu. Comel melihat aksi kakak iparnya yang nampak beria-ia. Dia pandang ke arah Zafry yang juga sudah sakan bergelak tawa. Pasti ada yang telah abangnya autakan wanita itu.

Berkerut dahi Adra. Dia ada buat lawak ke?

“Jiejie.” Love pandang wajah Adra dengan riak yang sengaja diseriuskan. Zafry yang ada disebelahnya masih seronok bergelak tawa. Hatinya menjerit suka. Dia nak tengok, sekejap lagi lelaki itu boleh ketawa lagi atau tidak.

“Ta..” Ditunjuk ke arah Zafry.

“…xi huan ni.”

“Love.” Kalut dia menekup bibir itu dari meneruskan kata. Cis! harapkan pagar, pagar makan padi!

“Huh?” Adra blur. Sepatah perkataan pun dia tidak faham. Apa yang keluarga pelik itu katakan kepada dia?

“Hai. Tak habis lagi?” Mak Edah yang sedang melangkah keluar dari dapur menegur. Kepala digeleng perlahan melihat aksi Zafry yang cuba menutup bibir Love. Riuh-rendah jadinya.

“Gege ni lah. Main pekup mulut orang pulak.” Love berkata tidak puas hati.

Zafry tepuk dahi. Musnah rancangannya. Love memang banyak mulut. Duduk diam-diam tak boleh ke?

Adra mengeluh dengan bibir yang sudah dicebikkan. Sudah terang lagi bersuluh… Dia sudah terkena!
……………..
“Jiejie umur berapa?” Love sudah bergolek-golek di atas katil.

“Sembilan belas.” Adra angkat Sembilan batang jarinya. Tersenyum memandang gelagat adik angkat suaminya. Nasib baik lah tak banyak aksi luar alam yang dia persembahkan. Kalau tidak tujuh keturunan sekali pun pasti dia akan dibahankan oleh lelaki itu.

“Love?” Bajetnya, usia gadis itu tidak lebih dari usianya.

“Dua puluh tiga.”

“Lapan belas…Isyh dia ni.” Mak Edah hanya mampu tersenyum. Kadang-kala dia sendiri tidak terlayan aksi nakal gadis itu.

“Muda lagi.” Baju disuakan kepada Mak Edah. Mujurlah bilik tetamu selalu dikemas olehnya. Kalau tidak berdebu lah malam ini Mak Edah dan Love.

“Always young.” Love bangga diri. Kening dijongket-jongket dengan riak comel terpeta pada wajahnya.    

“Me too.” Adra ketawa kecil. Rasanya Love boleh dijadikan geng. Apa yang penting gadis itu bakal menjadi sifunya nanti. Umar Zafry…Watch out!

“Pitam Mak Edah dengar.” Baju yang sudah siap dilipat oleh Adra dimasukkan ke dalam almari. Buat pertama kali dia dapat rasakan yang tindakan Tan Sri Hamzah adalah tepat. Cuma dia risau jika apa yang selama ini selalu mengangunya bakal menjadi kenyataan. Dia tidak mahu Adra terluka.

“Jiejie… Dah berapa bulan?” Bibirnya dimuncungkan ke arah perut wanita itu. Terlompat-lompat dia bila diberitahu oleh Zafry yang Adra mengandung. Tidak sabar mahu memeluk si kecil. Pasti sangat comel.

“Tiga… Mana Love tahu?”

“Gege yang cakap.”

Mak Edah terkedu. Tidak percaya mendengar kata-kata Love dan Adra. Kenapa Zafry tidak memberitahu dia mengenai berita itu? Patutlah dia tengok Adra nampak semacam. Keluhan resah terhembus dari bibirnya. Semakin sukar dia mahu menembak hati pemuda itu.  
…………………….
Cadar yang sedikit berkedut dirapikan. Sesekali dia menjengah ke muka pintu. Kelibat suaminya masih tidak kelihatan. Pasti masih seronok berbual dengan Love. Terbit sedikit rasa cemburu dihatinya. Sejak dari pagi tadi suaminya tidak sudah-sudah ketawa. Kalau bersama dengannya, tawa lelaki itu bagaikan satu khazanah berharga yang harus dipelihara. Nampaknya dia harus berusaha lebih gigih untuk menambat hati lelaki itu.
“Adra. Cadar tu sekejap lagi nak berkedut jugak. Yang kau beria-ia tarik tu kenapa?” Zafry menegur. Tergeleng kepalanya melihat tingkah Adra.

“Sajalah. Love dah tidur ke?” Suaminya hanya menganguk sebelum mencapai kain tuala dan berlalu ke bilik air. Dia dah kata. Kalau dengan dia berat benar mulut lelaki itu. Rasanya salah satu punca sebab dia tidak tahu bertutur dalam bahasa kegemaran lelaki itu. Tengoklah tadi, sepanjang masa bercakap dalam bahsa cina dengan Love. Yang tak boleh blah, ramah pulak itu. Eee…Geram betul!

Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Sambil itu otaknya sudah cekap merangka beberapa agenda penting yang mahu dilakukan esok.

“Abang…” Dia memanggil perlahan bila suaminya sudah berbaring di atas katil setelah menutup lampu. Teraba-raba dia mencari lengan lelaki itu di dalam gelap.

“Bantal kau kan ada.” Zafry cuba menarik lengannya yang cuba dijadikan bantal oleh Adra. Hari-hari seperti itu. Dia nak mengiring pun sudah tidak boleh.

“Lengan abang lagi best pada bantal tu.” Mata dipejam rapat. Doa tidur dibaca. Tidak lupa juga dia mengucap dua kalimah syahadah. Risau jika itu kali terakhir dia dapat mengungkap kalimah agung itu.

“Abang dah berapa lama tak sembahyang?” Dia bertanya perlahan. Tangan diletakkan di dada suaminya.

“Nanti aku sembahyang lah.” Zafry menjawab malas. Sejak perang dingin mereka Adra jarang menegurnya secara terang-terangan. Selalunya melalui perbuatan. Seperti sengaja menghampar sejadah dan di atasnya diletakkan kain pelekat, baju melayu dan kopiah. dia sahaja yang berpura-pura tidak nampak.

“Nanti tu bila?” sebelah lagi tangan lelaki itu dicapai dan dibawa memeluk pinggangnya.

“Bila akau bersedia.” Mata dipejam. Malas mahu melayan pertanyaan Adra.

“Abang tak takut ke, kalau esok abang bangun, abang terus jadi imam dekat depan?” Bukan dia mahu menakutkan suaminya. Janji Allah itu pasti. Mati itu juga pasti!

“Tidurlah..”

“Selamat malam abang.” Tangan Zafry ditarik menyentuh perutnya.

“Good night papa.”

Zafry terdiam. Terasa panas perut itu menyentuh tapak tangannya. Sekejap sahaja sebelum pantas tangannya ditarik. Dia tidak boleh lemah dengan taktik isterinya…

Surat Cinta Untuk Di sana : Halo…Ce korang komen sikit kot ada yg korang nak ‘hamun saya’… :)


7 ulasan:

  1. Mmg bertambah menarik la citer ni...tp mcm pendek aje...hehehe

    BalasPadam
  2. nak hamun zafry - hati batu sungguh

    BalasPadam
  3. Pendek je entry ni

    BalasPadam
  4. Kesian adra... Asyik terkena sj... Bila si zafry ni plak yg nk terkena...

    BalasPadam
  5. pendek sgt x puas nk lepas rndu...

    BalasPadam
  6. keras hati sungguh papa zafry ni tau...

    BalasPadam
  7. Best...keep it up. Bila nak sambung n3 My pretty boy husband. Senang cerita, I like semua karya awak.

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)