‘RESUME’ diletak kembali di atas
meja. Nescafe dicapai dan diteguk rakus bagi menghilangkan dahaga dan perasaan
panas yang melanda.
“Ouch!” Baru sahaja dihirup sedikit, sudah
menyembur air keluar dari bibir. Panas!
“Tengok tu... atas
dunia lagi Allah dah balas. Melawan lagi cakap mama.”
“Apa mama ni... cuba
cakap yang baik-baik.” Betty tak puas hati. Tisu di atas meja dicapai. Dikesat
bibir yang terasa kebas. Lidah pula mula terasa pijar semacam.
“Mama cakap apa,
semuanya Betty lawan. Tak pernah nak senangkan hati mama.” Puan Kay merengus. Anak
dia bukan ramai pun. Ada tiga orang saja. Tapi tak ada sorang pun yang mendengar
kata. Paling teruk si Betty nilah. Apa dia cakap, langsung tak nak dengar.
“Dah mama tu suka
sangat buat benda mengarut. Betty nak ikut macam mana? Kan Acad kan?” Wajah
saudara kembarnya dipandang tanda meminta sokongan.
“No comment.” Acad jongket bahu. Tak nak lebih-lebih. Karang tak
pasal-pasal dia pula kena sembur. Sudahlah baru sekejap tadi saja dia kena
bebel dek kerana terbabas tidur. Subuh tadi pun dia sembahyang dah hujung
waktu. Semuanya bahana mengadap Call Of Duty dengan Medal Of Honor semalam.
Betty mencebik.
Jawapan bajet retis.
“Mengarut apanya? Cuba
cakap sampai bila Betty tak nak kahwin? Orang lain anak berduyun. Betty?” Puan
Kay semakin tak puas hati.
“Habis tu, Nara tu
apa?”
“Mana nak sama dengan...”
“Kay... cakap tu
jangan main ikut sedap mulut aje.”
Hoh! Betty dah tersengih lebar. Tak jadi nak
sentap dengan mama yang ada tanda nak mengungkit asal-usul Nara. Tangan ringan
sahaja nak main high five dengan
Doktor Hashim. Saat-saat genting macam nilah ada papa kesayangan yang jadi
pahlawan ulung.
Dari tadi lagi dia
tengok Doktor Hashim asyik sangat dengan The Times dekat tangan. Ingatkan tak
bagi tumpuan. Rupanya masih pasang telinga mendengar dia dikritik Puan Kay.
“Tak betul apa Kay
cakap?”
“You think?”
“I’m just stating a fact.” Puan Kay tak mahu kalah
bila nada si suami bagaikan mempersoal tindakan dia.
“Fact? Walaupun orang sekeliling Kay tak selesa
dengar? Sure...” Doktor Hashim
kembali menatap majalah pada tangan. Berlawan cakap dengan makhluk bernama
perempuan, lelaki mustahil akan menang. Fact!
Puan Kay diam. Tengok...
bukan setakat anak saja, suami pun sama. Ada sahaja kata yang boleh naikkan
darah dia.
“Acad, kau tak masuk kerja ke harini?” Betty
kalih cerita. Pagi-pagi buta orang lain sarapan sedap. Dia pula sarapan
leteran. Ada ke punca, nampak sahaja muka dia terus Puan Kay buat promosi ‘grab your future husband.’ Ingat dia ni
terdesak sangat ke?
“Kau demam ke? Hari ni 31 ogos cik kak oii.” French
crullers yang tak bersentuh dalam pinggan Betty disambar. Rugi saja nanti kalau
tong sampah yang disuap.
“Eh...” Betty blur. Sungguh dia
terlupa.
“Tulah... lain kali berdunia dengan orang
sama. Ini tak, tak habis-habis berkampung dekat nurseri tu.”
Aduh! Dia buat balik dah... Tension! Betty ketap bibir. Menahan dari
menjawab. Takut nanti, meleret-leret
pulak jadinya.
“By the
way, jangan lupa pilih.” Sempat Puan Kay muncungkan
bibir menunjuk ke arah longgokan kertas ‘calon menantu pilihan’ sebelum dia
bangun. Putus selera dah nak berlama-lamaan.
................................
Surat cinta untuk di sana- nak tak versi penuh bab 1?