EYE bag tebal berkilo! Afke merengus kasar.
Cepat sahaja mata panda menyerang kalau dia tak cukup rehat. Seminggu dia
berkampung halaman di rumah keluarga Wilma, seminggu juga masa tidurnya jadi
tak menentu.
Teman Wilma Fitting baju.
Beli barang
untuk goodies bag dan hantaran.
Gila! Dia
ingatkan Wilma sudah sediakan semua barang. Rupanya satu habuk pun tak dibeli
lagi. Mujurlah dulang hantaran termasuk sekali dalam pakej perkahwinan yang wanita
itu ambil. Kalau tidak… memang masaklah!
Ingatkan
sikap ‘last minutes’ wanita itu hilang
kalau membabitkan hal perkahwinan, rupanya dia silap. Kalau tahu, dari awal
lagi dibebelnya Wilma.
Hurm!
Air disimbah
pada wajah. tissue roll yang ada pada
dinding ditarik. Mula-mula tarik satu. Lepas itu semakin banyak ditarik keluar.
Benda free kan? Terlupa langsung dia
pasal cukai segala cukai yang selama ini dibayar.
Dikesat wajah dengan tisu. Beg dibuka. Aquara Essence
Spray dari jenama Giffarine dicapai. Digoncang botol sebelum disembur pada
wajah.
Satu-satunya
jenama kosmetik yang sesuai dengan wajah dia. Yang penting langsung tak
mencekik darah! Dan untuk itu para lelaki di luar sana kena bersyukur. Kalaulah
dia jenis pakai Sk11 memang masaklah siapa yang berani menghimpit. Ahaks!
Lip balm dioles pada bibir yang sudah
mula kering. Kemudian dicapai pula bedak compact. Niat hati nak ditouch up muka yang layu.
Dua kali
tengok muka di cermin, terus dihumban kembali bedak masuk ke dalam beg. Dia
bersiap lawa-lawa pun nak bagi siapa tengok? Gibran? Huh! Buang masa!
Setelah
selesai semua benda, terus dia melangkah keluar. Dari jauh kelibat Gibran sudah
kelihatan. Tersenyum memandang ke arah dia.
Tadi,
langsung dia tak pasang niat nak ‘berkereta’ sekali dengan lelaki itu. Masalahnya,
tiket kapal yang disimpan di dalam travel
bag, tiba-tiba sahaja lesap. Pelik sungguh. Dah diselongkar habis barang
pun, tetap juga tak jumpa. Padahal dia yakin benar yang dia tak tersalah letak.
Rasa nak
menangis, meraung semua ada. Nak pula hari ini hari lahir Faiq. Sudah banyak
benda dia karang untuk dibuat bersama adik kesayangannya itu.
Lepas itu,
Wilma dan suku-sakat tercinta wanita itu, bagi cadangan yang sangat… sangatlah
bernas. Tumpang Gibran!
Dia memang
tak ingin dan tak sudi! Tapi bila umi Wilma yang sudah dianggap seperti ibu
sendiri bersuara, dia terus jadi segan. Takut bila dia banyak songeh, orang
ingat dia mengada-ngada pulak.
And now… here I am! Tubuh dilabuhkan di
hadapan Gibran.
“Horlicks... Less sugar.” Ditolak gelas berisi air Horlicks
yang masih panas berasap ke arah Afke.
“I harap you
tak kata, selera you dah berubah.”
Afke tarik
nafas panjang. Memang ayat itu yang mahu dia keluarkan. Nampaknya Gibran memang
alergik dengan ayat klise!
Tingkah Afke
dipandang. Lambat sahaja wanita itu menarik gelas mendekati bibir. Nampak
teragak-agak dan berhati-hati.
Surat Cinta Untuk Di sana : Nak part 3? Solan
mintak lempang! ahahah
Part 3...mestilah nak.... 😜😜
BalasPadamNk yg cetakkk boleh
BalasPadamHishh tertinggal ketapi pulak.. rasa berkali-kali klik blog ni kelmarin tak nampak entry ni.. huhu
BalasPadamNk part 3, part 4, 5, 6 7 8 9 10.. hehehe..
Mestilah nak..klau boleh pnjng2..
BalasPadamI tak minum horlicks. Ahaks #taklempangkan
BalasPadamPart 3? #skrolbawahehtakde
Hahaha
Nak nak.
BalasPadamNak.......
BalasPadamciter nih bila kluar??
Mana part 3 nya dear? Tertunggu-tunggu ni.. Huhu
BalasPadamMana part 3 nya dear? Tertunggu-tunggu ni.. Huhu
BalasPadam