“Tak pernah mintak umi masakkan
bubur nasi, tiba-tiba mintak kenapa?” Hairan Puan Juwita. Anaknya tiada angin
tiada ribut pagi-pagi buta sudah terjengul di hadapan rumahnya. Hairan juga.
Suaminya yang membaca surat khabar di meja makan di pandang. Lelaki itu hanya
mengangkat bahu tanda tidak tahu. No
idea.
“Kawan masuk hospital Umi. Yuyu nak
pergi melawat. Dah masak tadi. Tapi pelik sangat rasa dia. Karang keracunan
pulak kawan Yuyu.” Buah apple di potong kecil. Yougurt di dalam peti di
keluarkan. Beberapa sudu di masukkan ke dalam bekas apple dan digaul rata.
“Sakit apa kawan Yuyu tu?” Puan
Juwita Mendekat bila semua bahan sudah di masukkan. Cuma hendak tunggu masak
sahaja. Kerusi sebelah Yuyu di tarik.
“Terjatuh umi.” Nak mati berterus
terang! Mahu sampai ke pagi dia akan di leteri.
“Jatuh sampai masuk hospital?” Pak
Kadir bertanya. Surat khabar terus di lipat. Berapa tingkat bangunanlah
terjatuhnya? Kalau sampai masuk hospital, pasti teruk.
“Hak
ar. Tapi cedera ringan saja.” Yuyu tak senang duduk. Abahnya kalau sudah
mula bertanya akan di cungkil sampai ke akar umbi. Lagaknya mengalahkan Sarjan
Senin.
“Hospital mana? Nanti umi dengan abah
boleh pergi melawat.” Pak Kadir bertanya. Kebetulan pulak hari ini dia tidak
bekerja.
“Eh tak usah, kejap lagi dia dah
boleh keluar.” Menyesal pulak dia bercerita pasal ‘rakannya’ itu. Bukan ke senang
kalau dia mengaku bubur itu dia yang teringin nak makan. Tentu tak kena bersoal
jawab. Tetapi tak kan sampai nak tapau? Tak logik pulak nanti.
“Pulak.” Pak kadir merenung Yuyu
dengan pandangan penuh curiga. Entah mengapa dirasakan anak gadisnya
merahsiakan sesuatu. Dia dengan Yuyu rapat. Tingkah anak gadis kesayangannya
itu sudah boleh di hafal.Yuyu yang pandai membodek dan mengambil hati,
membuatkan hubungan mereka menjadi erat.
“Yuyu rasa bubur tu dah masaklah
umi.” Dia terus bangun. Senduk di capai. Dengan penuh tekun dia mengacau. Janganlah
tanya, janganlah tanya. Dia bukan boleh berbohong kepada abah. Lelaki itu cekap
membaca gerak-gerinya.
“Nanti Yuyu masak special untuk umi dengan abah sebab
tolong Yuyu buat bubur nasi ni.” Setelah lama umi dan abah berdiam diri,
barulah Yuyu berani bersuara.
Pak Kadir menelan liur. Otaknya
sibuk merencana ayat bagi menolak tawaran itu. Sumpah, dia tak tipu, masakan
Yuyu antara rasa yang terburuk pernah di makan. Membayangkan sahaja sudah cukup
mengerunkan.
“Tak usah susah-susah. Abah sekarang
ni tak berapa nak lalu makan. Biasalah perut orang tua. Yuyu jangan masaklah.
Nanti tangan kena minyak, berparut abah tak tahu.” Serentak ayat itu meluncur
dari bibir Pak Kadir dan Yuyu.
“Dah hafal ayat abah. Alah takut
keracunanlah tu.” Yuyu tergelak kuat bila abah dan umi tersengih. Tahu benar.
Dulu pernah dia masakkan untuk mereka sekeluarga. Dek kerana kepakarannya itu satu
keluarga masuk hospital akibat keracunan. Sejak hari itu dia dan dapur bagaikan
adik beradik tiri. Baru sahaja kakinya ingin mencecah dapur akan ada umi yang
menghalang.
Surat Cinta Untuk Disana : alo my friend's....ini sahaja mampu saya 'panaskan' awak semua...MOde menulis masih cuba di laraskan..berharap mOod menulis akan menjengah dengan lebih pantas..heww!! so, sikit sahaja sy mampu beri...akan cuba di usahakan post penuh...babai lailing!!
opss!! sebelum tu nak tanya korang,,, antara Almy Nadia & Yana siapa lg sesuai utk sy imagine watak Yuyu?? Yang mana nampak lagi kelakar?? (Ini untuk membayangkan wajah si Yuyu agar saya bersemangat nak menaip) kot2 ada cadangan lain silalah bg tahu... :)
nak lagiiii
BalasPadamAkan di usahakan secepat mungkin.. :)
PadamPENDEKNYA NAK LAGI....
BalasPadampetang2 sikit atau mlm karang sy letak full cap... :)
Padam