Hel!O mY DarLing!

Ahad, 26 Mei 2013

Jajan's Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 16

                                                                  HASIF AMSYAR


       

            Yuyu tersenyum senang hati. Sesekali dia menyanyi perlahan.Walaupun badannya mula terasa lenguh, sekurangnya dia memperolehi hasil yang lumayan. Sahabat baru yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

            Auntie Mally yang suka berbahasa melayu walaupun tak fasih, Auntie Azah yang kelakar, Uncle Jibam yang suka buat lawak kering dan ramai lagi yang menyenangkan hati. Bukan macam mamat belagak sombong tu.

            Yuyu mengeluh berat. Asal teringatkan Hasif, pasti mamat itu sudah menjelma di hadapan mata. Dari jarak beberapa meter terpancul wajah Hasif. Seketika kemudian liur di telan kesat. Alamak!!!

            “Encik Boss!!!” Yuyu menempik kuat. Nak kasi amaran mana boleh ayu-ayu sleeping.

            “Engkau lagi. Mana aku pergi mesti ada muka engkau. Elergik betullah aku dengan kau ni.” Hasif mengeluh berat. Jemu kalau macam ini selalu.

            “Anjing.” Hasif yang berura-ura ingin meneruskan langkah terkaku. Darah terasa meruap ke wajah dengan tiba-tiba. Biadap!
          
           “Kau cakap apa? ulang lagi sekali.” Gigi di ketap kuat. Nafasnya mula turun naik dengan kencang. Memang melampau. Kalau tak suka sekali pun tak perlulah membahasakan dia dengan pangilan yang tak sepatutnya.

            “Anjing.” Tubuhnya mula terasa mengigil. Menakutkan.

            “Kau ni memang dah melampau.” Hasif mendekat. Kalau ikutkan hati yang tengah panas nak sahaja dia hayunkan penumbuk. Biar kenal dan tahu erti berbudi bahasa.

            “Tak, anjing.” Yuyu menjerit kuat.

            “Weh, cakap bebaik sikit.” Ok kesabaran dia dah sifar. Tunggu masa sahaja nak meletup. Semakin laju dia menghampiri Yuyu. Perempuan ke apa ke, dia tak peduli. Pengajaran harus di berikan supaya tahu menghormati orang lain.

            “Awak. Anjing dekat belakang tu.” Kali ini Yuyu sudah terlupa pada pangkat. Susah kalau bercakap dengan orang tak faham bahasa.

            “Awwk!!!”

           Hasif kaku.Bunyi itu semakin mendekat. Perlahan-lahan kepala di pusing ke belakang. Seekor anjing bewarna hitam dengan tubuh yang agak besar sedang merenungnya tajam. Entah apa ‘jenama’ haiwan itu, dia tak dapat kenal pasti.

            “Lariiiii...” Dia menjerit kuat. Dalam kekalutan, tangan Yuyu sempat di capai dan dia pantas berlari.

            Yuyu terpana. Terperanjat dengan tindakan tiba-tiba Hasif. Dalam pada masa yang sama kakinya turut melangkah mengikuti langkah lelaki itu.

            “Masuk cepat.” Alarm kereta di picit kuat. Mujurlah kereta dengan jarak mereka berada hanya beberapa meter. Kalau tidak....

            “Huh, selamat.” Hasif menghembus nafas tanda kelegaan. Dia luar anjing yang mengejar mereka masih galak berbunyi.

            “Erkk,, encik boss.” Tangannya yang masih di gengam erat oleh Hasif ditarik. Semakin ingin di rungkaikan semakin erat pulak pautan lelaki itu. Melampau betul.

            “Apa?”
       
          My hand please.” Mulutnya di muncungkan menunjuk ke arah tangan mereka yang masih bersatu. Tiada tanda akan di lepaskan.
           
            “Opss. Sorry.” Pantas dia melepaskan tangan Yuyu. Wajahnya yang memang merah kerana baru sudah berlari, dan di kejutkan pula dengan makhluk yang tak diundang bertambah kemerahannya. Macam mana boleh tak sedar ni? Dalam hati dia mengomel geram. Tindakan reflek dek kerana ingin menyelamatkan diri. Entah bila tangan itu di capai. Memalukan!

6 ulasan:

  1. Best SgaT



    Best,
    Cici

    BalasPadam
  2. cepat lorh letak full bab 16
    hehe

    -yoozara-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kena edit dulu...baru perasan ketidak logikkan beberapa part...haha takut jadi fantasi nanti... :)

      Padam
  3. Bila nak update entry ni dik ..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sempat mlm karang..kalau x pagi besok...boleh ke?? haha..

      Padam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)