Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 17 Mei 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 14





         

         “Tak pernah mintak umi masakkan bubur nasi, tiba-tiba mintak kenapa?” Hairan Puan Juwita. Anaknya tiada angin tiada ribut pagi-pagi buta sudah terjengul di hadapan rumahnya. Hairan juga. Suaminya yang membaca surat khabar di meja makan di pandang. Lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. No idea.

            “Kawan masuk hospital Umi. Yuyu nak pergi melawat. Dah masak tadi. Tapi pelik sangat rasa dia. Karang keracunan pulak kawan Yuyu.” Buah apple di potong kecil. Yougurt di dalam peti di keluarkan. Beberapa sudu di masukkan ke dalam bekas apple dan  digaul rata.

            “Sakit apa kawan Yuyu tu?” Puan Juwita Mendekat bila semua bahan sudah di masukkan. Cuma hendak tunggu masak sahaja. Kerusi sebelah Yuyu di tarik.

            “Terjatuh umi.” Nak mati berterus terang! Mahu sampai ke pagi dia akan di leteri.

            “Jatuh sampai masuk hospital?” Pak Kadir bertanya. Surat khabar terus di lipat. Berapa tingkat bangunanlah terjatuhnya? Kalau sampai masuk hospital, pasti teruk.

            “Hak ar. Tapi cedera ringan saja.” Yuyu tak senang duduk. Abahnya kalau sudah mula bertanya akan di cungkil sampai ke akar umbi. Lagaknya mengalahkan Sarjan Senin.

            “Hospital mana? Nanti umi dengan abah boleh pergi melawat.” Pak Kadir bertanya. Kebetulan pulak hari ini dia tidak bekerja.

            “Eh tak usah, kejap lagi dia dah boleh keluar.” Menyesal pulak dia bercerita pasal ‘rakannya’ itu. Bukan ke senang kalau dia mengaku bubur itu dia yang teringin nak makan. Tentu tak kena bersoal jawab. Tetapi tak kan sampai nak tapau? Tak logik pulak nanti.

            “Pulak.” Pak kadir merenung Yuyu dengan pandangan penuh curiga. Entah mengapa dirasakan anak gadisnya merahsiakan sesuatu. Dia dengan Yuyu rapat. Tingkah anak gadis kesayangannya itu sudah boleh di hafal.Yuyu yang pandai membodek dan mengambil hati, membuatkan hubungan mereka menjadi erat.

            “Yuyu rasa bubur tu dah masaklah umi.” Dia terus bangun. Senduk di capai. Dengan penuh tekun dia mengacau. Janganlah tanya, janganlah tanya. Dia bukan boleh berbohong kepada abah. Lelaki itu cekap membaca gerak-gerinya.

            “Nanti Yuyu masak special untuk umi dengan abah sebab tolong Yuyu buat bubur nasi ni.” Setelah lama umi dan abah berdiam diri, barulah Yuyu berani bersuara.

            Pak Kadir menelan liur. Otaknya sibuk merencana ayat bagi menolak tawaran itu. Sumpah, dia tak tipu, masakan Yuyu antara rasa yang terburuk pernah di makan. Membayangkan sahaja sudah cukup mengerunkan.

            “Tak usah susah-susah. Abah sekarang ni tak berapa nak lalu makan. Biasalah perut orang tua. Yuyu jangan masaklah. Nanti tangan kena minyak, berparut abah tak tahu.” Serentak ayat itu meluncur dari bibir Pak Kadir dan Yuyu.

            “Dah hafal ayat abah. Alah takut keracunanlah tu.” Yuyu tergelak kuat bila abah dan umi tersengih. Tahu benar. Dulu pernah dia masakkan untuk mereka sekeluarga. Dek kerana kepakarannya itu satu keluarga masuk hospital akibat keracunan. Sejak hari itu dia dan dapur bagaikan adik beradik tiri. Baru sahaja kakinya ingin mencecah dapur akan ada umi yang menghalang.

            Termos untuk mengisi bubur nasi di capai. Beberapa senduk bubur di masukkan ke dalam bekas. Aroma yang semerbak membuatkan perutnya turut berkeroncong membuatkan dia memasukkan lebih banyak ke dalam bekas. Hendak makan sekarang, rasanya sudah tidak sempat. Lebih baik dia bersarapan bersama lelaki itu sahaja di hospital.

            “Nak abah hantar ke?” Pak Kadir bertanya. Wajah anak kesayangannya di renung penuh kasih.

            “Eh, tak usah. Yuyu dah call teksi tadi. Kejap lagi sampailah. Abah rehat jelah dekat rumah.” Termos di masukkan ke dalam sebuah beg plastik. Setelah berpuas hati Yuyu kembali melabuhkan tubuh di sebelah uminya. Bahu wanita itu di peluk erat.

            “Kejap lagi lepas balik tengok kawan Yuyu, kalau boleh balik terus ke sini ye? Dah lama kita tak bergosip.”

            “Boleh. Tapi Yuyu kena balik rumah dululah. Nak ambil April. Nanti takut lapar pulak ‘budak’ tu.”

            “Perosak bahasa betul.” Pak Kadir merengus perlahan. Ada ke patut, kucing di panggil budak? Bahasa Yuyu kadang kala sukar di tangkap oleh otak tuannya. Berbelit-belit.

            “Bukan perosak, tapi pembaharuan lah abah.” Yuyu tersenyum bila abah menayang wajah tidak berpuas hati.

            “Jadi tau balik.” Puan Juwita menyampuk. Bibit-bibit perdebatan bakal bermula. kalau di biarkan sampai ke malam pun belum tentu habis. Suaminya dengan Yuyu sama perangai. dua-dua tak nak kalah.

            “Don’t worry lah. Balik punya. Tapi umi kena mintak orang jemput Yuyu. Encik darling masuk hospital.” Encik Darling, panggilannya kepada skuter kesayangan.

            “Nanti abah jemput. Kalau tak boleh abah mintak tolong Carina.” Laju kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya.

            Puan Juwita menepuk dahi. Suaminya memang tidak boleh menyimpan rahsia. Sudah berkali-kali Carina mengingatkan mereka berdua merahsiakan kepulangannya ke Malaysia bagi memberi kejutan kepada Yuyu.

            “Kak Ina balik ke? mana? Kenapa tak bagi tahu?” Pantas Yuyu bangun. Niat hatinya ingin mendapatkan Carina di dalam bilik gadis itu. Teruja perasaan hati. Sudah hampir enam bulan dia tidak bertemu dengan kakak kesayangannya itu.

            “Dia pergi rumah kawan dia di Tanjung Malim. Ada majlis perkahwinan. Kejap lagi baru balik.” Tenang Puan Juwita berkata. Senang hati dia melihat keterujaan pada wajah itu. Anak-anaknya memang rapat antara satu sama lain. Bergaduh memang selalu, tetapi itulah yang membuatkan hubungan mereka menjadi erat.

            “Sampai hati dia balik tak bagi tahu.” Selalu mereka berhubung tetapi Carina tidak pernah memberitahu akan pulang ke Malaysia.

            “Dia nak buat surprise. Tapi abah Yuyu ni dah rosakkan” Jelingan manja di hadiahkan buat suaminya yang sedang menayangkan wajah tidak bersalah.

            “Terbabas cakap. Nak buat macam mana?” Pak Kadir mempertahankan diri.

            “Dah tahu dah.”

            “Aleh, nanti Yuyu berlakonlah sikit depan Carina. Buat macam tak tahu apa-apa.” Pak Kadir mengajar Yuyu. Mulut dia memang agak ‘laju’ sedikit. Tidak sempat untuk ‘membreak’ sudah terbabas.

            “Mengajar anak yang bukan-bukan.” Sedikit tidak puas hati Puan Juwita berkata. Bagus punya ajaran!

            “Yuyu dah nak cepat. Rasanya teksi dah sampai. Ada dengar bunyi tadi.” Laju Yuyu bangun. Tangan umi dan abahnya di cium. Baik dia selamatkan diri. Umi dan abah kalau berdebat sampai besok pun belum tentu habis. Masing-masing nak menang.

            “Ha. Bebaik jalan tu. Kalau ada apa-apa talifon abah.” Sempat Pak Kadir melaung. Tergeleng kepalanya memandang Yuyu yang laju melangkah.
......................

            Surat khabar yang sedang di baca di tutup kasar. Rasa macam mahu menjerit sahaja dia bagi meluahkan perasaan bosan yang merantai hati. Naik kematu badannya asyik tidur sahaja. Bayang mama belum nampak. Perutnya sudah mula berkeroncong. Makanan yang di letakkan di atas meja di pandang.

            “Apa punya makanan lah diorang bagi.” Mulutnya mengomel perlahan. Mual memandang hidangan yang entah apa-apa. Tiga hari di hospital rasanya bagaikan tiga bulan. Rasa tidak sabar mahu pulang segera ke rumah.

            Bunyi pintu yang di ketuk perlahan membuatkan bibirnya menguntum senyuman. Berharap mamanya yang datang.

            “Masuklah mama. Macam tak biasa pulak.” Hasif melaung. Hairan pulak. Selalunya mama main masuk sahaja. tak pernah ketuk pintu segala.

            “Selamat pagi encik boss.” Yuyu tersenyum. Wajah Hasif nampak berserabai seperti orang baru bangun tidur dan jelas di matanya lelaki itu terperanjat melihat kedatangannya.

            “Kau.” Kuat Hasif menempik. Kalau tak di sebabkan drip yang melekat di tangan sudah dinganyangnya gadis itu. Di sebabkan puyu itulah dia terlantar di hospital. Benar-benar menyusahkan.

            “Sayalah ni. Tak kan tak kenal?” Yuyu menahan gelak. Tengok wajah pun tahu, marah lah tu!

            “Kau buat apa datang?” Garang Hasif bertanya. Pagi yang dingin sudah terasa bahangnya. Menyampah pulak rasa hati memandang gadis yang bersahaja merenungnya bagaikan langsung tidak ‘berhutang’ apa-apa kepadanya.

            “Melawat encik bosslah. Saya ada bawa bubur nasi, nak makan tak?” Plastik berisi termos di angkat. Di tayang di hadapan lelaki itu.

            “Huh, tak ingin aku.” Hasif memeluk tubuh. Apa ingat dia kebulur sangat ke? Perut yang tiba-tiba kuat berbunyi membuatkan dia malu sendiri.

            “Ha, tu perut dah bunyi. Lapar ke?” Kening diangkat-angkat. Tak ingin konon. tengoklah kejap lagi.

            “Aku dah makan.”

            “Saya tak makan lagi. Jom lah join.” Kerusi di sisi lelaki itu di tarik dan tubuh kurusnya terus berlabuh di situ. Termos berisi bubur nasi di buka. semerbak baunya memenuhi ruang bilik.

            “Aku cakap tak nak, tak nak lah.” Tak faham bahasa betul, sudahlah datang menyemak di dalam wad, banyak songeh pulak.

            “Tak nak sudah.” Malas melayan gelagat Hasif yang berlagak, Yuyu menuang bubur nasi ke dalam mangkuk plastik yang di bawa bersama.

            Hasif menelan liur memandang Yuyu yang sedang enak menjamu selera tanpa memandang kiri dan kanan. Aroma yang  harum dan menyelerakan, terasa memenuhi setiap ruang bilik yang di dudukinya. Kalau tidak memikirkan penolakkannya tadi, mahu sahaja bekas bubur di sambarnya. Sedaya upaya dia cuba menghapuskan perasaan ‘mengoda’ yang mula bangkit.

            “Sedapnya. Betul tak nak? Kalau betul saya nak habiskan.” sekali lagi Yuyu bertanya. Wajahnya di angkat untuk memandang Hasif. Mata bertentang mata. Denyutan jantung Yuyu menjadi tidak sekata. Pantas pandangan matanya di larikan. Dah kenapa pulak hati ni? dia tertanya sendiri. Ini kali ke dua rasa yang sama menerjah ruang hatinya. Kuch-Kuch Ho Ta Hei!

            Hasif pura-pura tidak mendengar. Surat khabar di capai kembali. Penuh tekun dia mencuba untuk menumpukan perhatian dalam pembacaan bagi melupakan sejenak rasa lapar yang mengangu. Sesaat sahaja dia mampu bertahan.

            Yuyu hampir melambakkan tawa. Dari ekor mata, jelas pada pandangannya yang Hasif sedang mengintai bubur nasi di dalam termos. Itulah, jual mahal lagi. Kalau ikutkan rasa geram nak sahaja dia habiskan semuanya. Baru padan muka.

            Lagu i’m in love yang kuat berbunyi membuatkan mereka berdua tersentak. Talifon di keluarkan dari poket seluar. Melihat nama ‘My Umi’ di skrin menerbitkan perasaan gembira di hati Yuyu. Pantas dia berlalu keluar. Tidak mahu perbualannya mengangu Hasif.

            Hasif tidak senang duduk. Di jeling sudah, di jengah juga sudah. Akhirnya dia mengalah. Rakus mangkuk di capai. Semua isi termos di tuang ke dalam mangkuk. Di hidu mangkuk yang penuh berisi. Emm.. sedapnya bau. Time to eat!

            Yuyu melangkah senang hati. Tak sabar mahu bertemu dengan Carina. Kakaknya itu sudah sampai di rumah. Hari ini hari keluarga. Masa untuk mereka bersama. Bukan senang mereka dapat berkumpul. Peluang yang ada akan di gunakan sebaiknya bagi mengongsi setiap perkara yang terjadi dalam ke hidupan mereka.

            Bekas kosong di letakkan kembali di atas meja. Tersandar dia kekenyangan. Sedap betul bubur nasi si puyu buat. Kalau macam ini, hari-hari datang menyemak pun dia tidak kisah. Pintu bilik yang kembali di buka membuatkan dia kalut. Ingatkan dah balik terus, apasal datang balik pulak? kantoilah!

            “Eh, dah habis?” Mangkuk dia kosong tidak bersisa. Termos di jengah. Licin berkilat.

            “Kata tak nak.” Yuyu memasukkan kembali bekas ke dalam plastik. sabar sajalah dengan perangai Hasif. Jual mahal konon. Dalam tak mahu di makan juga. Sudah tu, sekali bubur nasi dalam mangkuk yang di gunakannya turut ‘di baham’ sekali. Lapar benar kalau macam itu gayanya.

            “Aku tak suka membazir.” Jawapan tak nak kalah di berikan.

            “Alasan. Sedap tak?”

            “Sedap apanya macam tu.”

            “Sedap apanya macam tu” Ayat Hasif diulang kembali. Dasar lelaki ego.

            “Bawa balik semua bekas engkau. Menyemak saja nanti.”

            “Tak cakap pun memang nak bawak balik.” Geram pulak Yuyu dengan lagak Hasif. Tak padan dengan sakit, mulut tetap ‘berpuaka.’         

            “Saya balik dululah encik boss.” Kalau tidak memikirkan jawatan Hasif nak sahaja dia beraku engkau.

            “Lagi cepat, lagi bagus.”

            Nasib baik tak ada air panas. Kalau tidak sudah di simbahnya kepada lelaki itu. Menyakitkan hati betul. Laju kakinya melangkah. Tombol pintu di pulas kasar. Teringatkan sesuatu membuatkan dia kembali menapak mengadap Hasif.

            “Encik boss saya nak minta maaf sebab...” Mulutnya di muncungkan ke arah kepala Hasif yang elok berbungkus. Nasib baik semuanya selamat. Kalau tidak jenuh dia nak menjawab.

            “Tengoklah kalau aku rajin nak maafkan kau.” Tidak beriak Hasif berkata. Ewah, ingat dengan ‘rasuah’ bubur nasi tu dia senang-senang nak maafkan? Bermimpi di siang hari la.

            “Bukannya teruk sangat pun. Kita ni, sesama Islam kenalah saling memaafi.” Ayat membeli hati di keluarkan.

            “Banyaklah kau tak teruk!” Ini yang bikin panas. Dia siap kena operation di katakan tak teruk? memang dah lama hidup puyu seekor ni!

            “Hidup lagi, boleh makan sampai habis sebekas kira tak teruk lah tu.” Betul apa dia cakap. Tengoklah tu, muka belagak gila. Tak nampak macam orang sakit pun.

            “Sibuklah kau. Blah la, tunggu apa lagi.” Geram betul lah. Menjawab saja kerjanya.
           
            “Ni kiranya tak nak maafkanlah?” Garang Yuyu bertanya. Tak puas hati sungguhla dengan orang macam ini.

            “Tak.” Pantas dia berbaring dan membungkus seluruh tubuh dengan kain selimut. Malas untuk terus melayan Yuyu.

            “Tak nak maaf sudahlah.” Dengan hentakkan kaki Yuyu pantas melangkah pergi. Manusia hati batu, belagak, dan segala macam lagi ayat di keluarkan bagi menzahirkan kemarahannya dek sikap Hasif yang membuatkan dia terasa mahu muntah.

Surat Cinta Untuk Disana : Halooo....sekarang bermulalah semua masalah.... Masa untuk kita beromantika versi Yuyu dan Hasif akan bermula....muahhhh

3 ulasan:

  1. best n cepatkan ckit tangan 2 menaip utk yg seterusnya k huhuhuhu,klu x ade idea caling2 me k heheheh

    BalasPadam
  2. kelakar betul si yuyu dan hasif ni....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)