Hel!O mY DarLing!

Selasa, 8 Julai 2014

Jajans Bab 10 Isteri Milik Aku





Tangan dibawa mengetuk permukaan meja. Dilarikan pandangan mata ke segenap arah. Dia merengus kasar kemudiannya bila orang yang ditunggu masih juga belum kunjung tiba. Ditilik jam yang membalut pergelangan tangannya. Sudah lima belas minit terlewat dari apa yang dijanji.

Kalau tidak memikirkan ‘orang itu’ orang penting, pasti minit terakhir yang dilepasi dari waktu yang dijanjikan, dia sudah melangkah pergi. Benci bila dia terpaksa menjadi penunggu.

 Kali ini diraup pula wajah. Meminta Allah kurniakan dia kesabaran. Kalau dulu dia gentar, kali ini pasti akan dipandang wajah itu dengan keyakinan. Tak akan ada lagi seorang Xander Arjuna yang takut walaupun dengan hanya sebuah gertakan kecil seperti bertahun dahulu!

  Bunyi kerusi bergeser dengan permukaan lantai mematikan lamunan. Dipanggung kepala memadang wajah lelaki separuh baya dihadapannya. Selamba sahaja tindakan lelaki itu. Tidak perlu dipelawa, megah sahaja tubuh itu berlabuh dihadapannya. Mimik muka yang terukir usah dikira. Angkuh!  Dalam tidak sudi, tangan tetap dihulurkan.

Tersungging sedikit senyuman sinis dibibir bila salamnya hanya dipandang sepi. Tidak berkedip matanya melawan pandangan tajam lelaki itu. Bohonglah kalau dia kata rasa gemuruh langsung tidak menyapa. Sedikit tidak, pasti hatinya tercuit dengan apa yang pernah terjadi dulu. Memandang wajah lelaki itu bagaikan dia sedang cuba menyelak kenangan lama. Kenangan yang seboleh mungkin cuba dihalau dari terus mengamuk di dalam fikirannya.

“Aku nak kau ceraikan anak aku.” Tidak perlu mukadimah panjang, terus dihantar hasrat dihatinya. Wajah Xander dipandang dengan mimik muka yang jengkil.

“Atas alasan apa datuk nak saya ceraikan dia?” Xander larik senyum. Nadanya lebih kepada menyindir. Bongkak lelaki itu dari dulu tak pernah menghilang!

“Kau jangan buat lupa apa yang kau dah buat dekat anak aku dulu. Aku tak nak keturunan aku tercela kalau kau terus jadi menantu aku.” Mencerlung tajam dia memandang wajah Xander.

“Mungkin ingatan saya tak berapa nak bagus Datuk. Saya tak ingat pulak apa yang saya pernah buat dekat anak Datuk tu.” Disandar tubuh sasanya pada kerusi. Sedaya upaya dikawal riak wajahnya, supaya sentiasa kelihatan tenang. Rasa mahu sahaja dia melambakan tawa bila mana dia sempat menjamah wajah Datuk Rahim. Merah menyala wajah lelaki itu mendengar kata-katanya.

“Kau nak aku ulang balik apa yang jadi dulu? Atau kau nak aku tayang gambar kau dekat semua orang? Mesti meriah dunia kan, kalau orang tahu peguam berkaliber macam kau ni, pernah jatuh dalam pelukan mak datin.” Datuk Rahim ketawa sinis. Terbayang sampul berisi gambar-gambar Xander yang masih berada dalam simpanannya. Mujurlah dia tidak buat kerja bodoh dengan menghapuskan bukti. Sekurang-kurangnya dia masih ada bahan untuk mengertak pemuda di hadapannya sekarang.  

“Terpulanglah. Kalau nak sebar satu dunia pun saya tak kisah. Bukan nama saya saja yang terpalit nanti, nama Datuk pun mungkin terheret sama. Mesti orang nak tahu kan siapa bapak mertua saya. Well, kalau Datuk nak tumpang popular, silakan.” Xander tergelak kecil. Cuba menutup kegugupan yang melanda. Gila! Dia ingatkan semuanya sudah hilang. Rupanya, ada lagi yang disimpan untuk mendajalkan kehidupan dia.

Membara perasaan Datuk Rahim setelah mendengar kata-kata Xander. Tidak terluah kata bagi mematikan serangan Xander dek kerana perasaan amarah yang menyerang seluruh ruang tubuh.

Surat Cinta Untuk Disana : Makan sahur dulu lah ye sebelum kita berbuka… ahahah

11 ulasan:

  1. ciss...dato rahim nihh x nak tgk anak dia bahagia kerr...kesian kat xander..

    BalasPadam
  2. xcukup x cukup..nk full entry..huhu
    x sabar rse nk di cekik2 dato rahim tuh!

    BalasPadam
  3. Apa la dendam sgt datuk ni..ish

    BalasPadam
  4. Hahaha...tak habis2 lagi atuk si baby ni...nnt baby tlg papa dia kerja kan atuk :)

    BalasPadam
  5. Bestnya..nk lagi nak lagi..hahaha..
    Xsbr nk baca nextt

    BalasPadam
  6. nak lagi knpa pendek jew entry kali nie. jgn mengalah Xander Arjuna <3

    BalasPadam
  7. Sebenarnya datok rahim tu nak tumpang popular menantu dia tu.... tapi malu nak cakap...hahaha...
    padan muka.... dah tua bertaubatlah...

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)