Tangan dibawa
mengetuk permukaan meja. Dilarikan pandangan mata ke segenap arah. Dia merengus
kasar kemudiannya bila orang yang ditunggu masih juga belum kunjung tiba.
Ditilik jam yang membalut pergelangan tangannya. Sudah lima belas minit terlewat
dari apa yang dijanji.
Kalau tidak
memikirkan ‘orang itu’ orang penting, pasti minit terakhir yang dilepasi dari
waktu yang dijanjikan, dia sudah melangkah pergi. Benci bila dia terpaksa
menjadi penunggu.
Kali ini diraup pula wajah. Meminta Allah
kurniakan dia kesabaran. Kalau dulu dia gentar, kali ini pasti akan dipandang
wajah itu dengan keyakinan. Tak akan ada lagi seorang Xander Arjuna yang takut walaupun
dengan hanya sebuah gertakan kecil seperti bertahun dahulu!
Bunyi
kerusi bergeser dengan permukaan lantai mematikan lamunan. Dipanggung kepala memadang
wajah lelaki separuh baya dihadapannya. Selamba sahaja tindakan lelaki itu.
Tidak perlu dipelawa, megah sahaja tubuh itu berlabuh dihadapannya. Mimik muka
yang terukir usah dikira. Angkuh! Dalam
tidak sudi, tangan tetap dihulurkan.
Tersungging
sedikit senyuman sinis dibibir bila salamnya hanya dipandang sepi. Tidak
berkedip matanya melawan pandangan tajam lelaki itu. Bohonglah kalau dia kata rasa
gemuruh langsung tidak menyapa. Sedikit tidak, pasti hatinya tercuit dengan apa
yang pernah terjadi dulu. Memandang wajah lelaki itu bagaikan dia sedang cuba
menyelak kenangan lama. Kenangan yang seboleh mungkin cuba dihalau dari terus mengamuk
di dalam fikirannya.
“Aku nak kau
ceraikan anak aku.” Tidak perlu mukadimah panjang, terus dihantar hasrat
dihatinya. Wajah Xander dipandang dengan mimik muka yang jengkil.
“Atas alasan
apa datuk nak saya ceraikan dia?” Xander larik senyum. Nadanya lebih kepada
menyindir. Bongkak lelaki itu dari dulu tak pernah menghilang!
“Kau jangan
buat lupa apa yang kau dah buat dekat anak aku dulu. Aku tak nak keturunan aku
tercela kalau kau terus jadi menantu aku.” Mencerlung tajam dia memandang wajah
Xander.
“Mungkin ingatan
saya tak berapa nak bagus Datuk. Saya tak ingat pulak apa yang saya pernah buat
dekat anak Datuk tu.” Disandar tubuh sasanya pada kerusi. Sedaya upaya dikawal
riak wajahnya, supaya sentiasa kelihatan tenang. Rasa mahu sahaja dia
melambakan tawa bila mana dia sempat menjamah wajah Datuk Rahim. Merah menyala
wajah lelaki itu mendengar kata-katanya.
“Kau nak aku
ulang balik apa yang jadi dulu? Atau kau nak aku tayang gambar kau dekat semua
orang? Mesti meriah dunia kan, kalau orang tahu peguam berkaliber macam kau ni,
pernah jatuh dalam pelukan mak datin.” Datuk Rahim ketawa sinis. Terbayang
sampul berisi gambar-gambar Xander yang masih berada dalam simpanannya. Mujurlah
dia tidak buat kerja bodoh dengan menghapuskan bukti. Sekurang-kurangnya dia
masih ada bahan untuk mengertak pemuda di hadapannya sekarang.
“Terpulanglah. Kalau
nak sebar satu dunia pun saya tak kisah. Bukan nama saya saja yang terpalit
nanti, nama Datuk pun mungkin terheret sama. Mesti orang nak tahu kan siapa
bapak mertua saya. Well, kalau Datuk
nak tumpang popular, silakan.” Xander tergelak kecil. Cuba menutup kegugupan
yang melanda. Gila! Dia ingatkan semuanya sudah hilang. Rupanya, ada lagi yang
disimpan untuk mendajalkan kehidupan dia.
Membara
perasaan Datuk Rahim setelah mendengar kata-kata Xander. Tidak terluah kata bagi
mematikan serangan Xander dek kerana perasaan amarah yang menyerang seluruh
ruang tubuh.
Surat Cinta Untuk Disana : Makan sahur dulu lah ye sebelum kita
berbuka… ahahah
ciss...dato rahim nihh x nak tgk anak dia bahagia kerr...kesian kat xander..
BalasPadamxcukup x cukup..nk full entry..huhu
BalasPadamx sabar rse nk di cekik2 dato rahim tuh!
best.
BalasPadamApa la dendam sgt datuk ni..ish
BalasPadamHahaha...tak habis2 lagi atuk si baby ni...nnt baby tlg papa dia kerja kan atuk :)
BalasPadamAla pendekje xpuas bc
BalasPadamPendeknya xpuas bc
BalasPadamBestnya..nk lagi nak lagi..hahaha..
BalasPadamXsbr nk baca nextt
nak lagi knpa pendek jew entry kali nie. jgn mengalah Xander Arjuna <3
BalasPadamBest n3
BalasPadamSebenarnya datok rahim tu nak tumpang popular menantu dia tu.... tapi malu nak cakap...hahaha...
BalasPadampadan muka.... dah tua bertaubatlah...