Hel!O mY DarLing!

Selasa, 1 Julai 2014

Jajans Bab 9 Isteri Milik Aku






Bibir diketap kuat. Tangan pula dibawa memeluk tubuh. Langkah kakinya terasa semakin perlahan. Puas dia mengutuk diri sendiri. Perkataan ‘kalau’ pula, semakin kerap menghujani fikiran.

Kalaulah dia naik kereta sendiri tadi…Kalaulah dia tak memandai mulut meminta pertolongan Fakrul..Kalaulah dia berani tunggu teksi, nun diseberang jalan sana…Kalaulah…

“Cepat lah sikit.” Xander sedikit merengus. Sakit hatinya melihat Rhea bagaikan mengira berapa jarak jalan. Lembab!

“Sabarlah.” Terbang melayang ‘kalaulah’ yang ada di dalam fikirannya tadi. Tercebik sedikit bibirnya mendengar kata Xander yang bagaikan sedikit mengarah.

Alarm ditekan. Dilolos tubuh sasanya masuk ke dalam kereta. Panas sedikit hatinya bila melihat Rhea masih keras terpacak di luar kereta. Terus cermin kereta diturunkan.

“Aku tak ada masa nak layan kau macam tuan puteri. Kau masuk sekarang.” Dia sedikit membentak. Agaknya Rhea berangan menjadi Cinderella. Menunggu sang putera membukakan pintu untuk melangkah masuk. Dan sungguh, dia bukanlah jenis lelaki seperti itu. Tiada istilah gentleman tak kena tempat dalam kamus hidupnya.

 Keletihan terasa semakin membalut tubuhnya. Leher yang terasa sedikit tegang dipicit perlahan. Di toleh sekilas ke arah Rhea yang sudah melabuhkan tubuh pada seat di disebelahnya. Segaris senyuman pun tidak terukir pada raut wajah itu.

“Pakai seat belt tu.”

“Malas.” Rhea tak mahu kalah. Sakit hatinya masih terasa bila teringat sindiran Xander sekejap tadi. Macam lah dia hadap sangat layanan first class dari lelaki itu.  

“Kalau muka cantik kau tu tersadai dekat dashboard nanti, kau jangan nak salahkan aku.” Xander tarik senyuman menyindir. Gear dimasukkan. Berdecit tayar kereta berbunyi.

Rhea gelabah. Kalut ditarik seat belt dan dipasang ke tubuhnya. Mujurlah dia sempat menahan wajah dari tersembam tadi. Toleh ke arah Xander dengan pandangan berapi. Sakit hatinya bila lelaki itu hanya tersenyum sinis.

“Kalau kau tak suka aku tumpang kereta kau, kau boleh berhenti dekat tepi jalan tu.” Sehabis perlahan bicara yang keluar dari bibirnya. Cuba menahan diri dari menghemburkan sumpah seranah.

“Jangan childish sangat lah.” Xander buat tidak peduli. Kalau nak, memang dia boleh sahaja tinggalkan wanita itu di tepi jalan. Tetapi menilik jam di permukaan dashboard, rasanya dia memang sengaja biarkan wanita itu ditimpa bala.

Rhea terus mendiamkan diri. Malas mahu melayan kata-kata Xander. Dibuang pandangan dibalik tingkap. Seboleh mungkin dia memaksa diri untuk kagum pada cahaya lampu yang menyimbah seluruh bangunan di Kuala Lumpur. Malangnya rasa teruja yang diharap, langsung tidak menjengah.

“Macam mana kau boleh terfikir nak bekerja dengan aku?” Xander tergelak sinis. Sengaja mahu membakar hati Rhea yang jelas kelihatan tidak selesa berada dalam satu ruangan dengannya.

“Kau ingat kalau aku tahu, aku hadap ke nak kerja dengan kau?” Rhea tak mahu kalah. Membuntang matanya memandang ke arah Xander yang sudah mula ketawa kecil. Entah mengapa dia rasakan, tawa itu bagaikan mengejek-ngejek dirinya.

“Maybe.” Xander semakin selesa. Seronok mahu mempermainkan Rhea yang jelas semakin terikut dengan emosi.

“Let’s me tell you something… Jangan kata nak kerja, tengok muka kau pun aku tak hinggin.” Dipandang wajah Xander tanpa berkedip. Berharap benar yang lelaki itu akan terasa hati dengan kata-katanya.

Malangnya, lelaki itu masih juga begitu. Tetap jugak melarik senyum. Walaupun kelihatan sinis, entah mengapa dia masih teruja mahu memandang.  

Surat Cinta Untuk Di sana : Bahasa bertaburan bak bunga sakura tak jadi…so abaikan bahasa turki atau bahasa yunani yang mungkin terselit dekat sini…. huhu… nanti sy capai tahap rajin saya cantas…. Oh…nak full bab 9? >:o (ni lambing gelak mata hilang dekat FB…Disebabkan blog x ada…korang imejin sendiri…) ahahha

9 ulasan:

  1. secoet, tak lepas lagi ni ... alahai Cempaka rembulan, baru pun kita nak betulkan duduk, dah habis? grrrrrr...

    BalasPadam
  2. Nak lagi nak lagi nak lagi..hehehe..cpt2 smbng xsbr dah ni

    BalasPadam
  3. Hurm sabar menanti ke MC... cepat2 la CR


    Naik semput dah nafas kak ita ngan jajan secoet ni :)

    Cepat la CR Sambungggg...

    Sayang dia
    kakitasukri


    BalasPadam
  4. alah kenapa pendek sangatttt...
    nak lagi.....

    BalasPadam
  5. aduhllaaa...sikitnya...nak lagi...

    BalasPadam
  6. Alaa baru nk feeling baca sikit sgt.. Tsk tsk nanti next entry bgilah panjang sikit huhuh

    BalasPadam
  7. Alahai cik cempaka rembulan mengambang ni...... secoeekk secoeek dia bagi baca yg sudah dibaca.....

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)