Bibir diketap
kuat. Tangan pula dibawa memeluk tubuh. Langkah kakinya terasa semakin
perlahan. Puas dia mengutuk diri sendiri. Perkataan ‘kalau’ pula, semakin kerap
menghujani fikiran.
Kalaulah dia
naik kereta sendiri tadi…Kalaulah dia tak memandai mulut meminta pertolongan
Fakrul..Kalaulah dia berani tunggu teksi, nun diseberang jalan sana…Kalaulah…
“Cepat lah
sikit.” Xander sedikit merengus. Sakit hatinya melihat Rhea bagaikan mengira berapa
jarak jalan. Lembab!
“Sabarlah.” Terbang
melayang ‘kalaulah’ yang ada di dalam fikirannya tadi. Tercebik sedikit
bibirnya mendengar kata Xander yang bagaikan sedikit mengarah.
Alarm ditekan. Dilolos
tubuh sasanya masuk ke dalam kereta. Panas sedikit hatinya bila melihat Rhea
masih keras terpacak di luar kereta. Terus cermin kereta diturunkan.
“Aku tak ada
masa nak layan kau macam tuan puteri. Kau masuk sekarang.” Dia sedikit
membentak. Agaknya Rhea berangan menjadi Cinderella. Menunggu sang putera
membukakan pintu untuk melangkah masuk. Dan sungguh, dia bukanlah jenis lelaki
seperti itu. Tiada istilah gentleman
tak kena tempat dalam kamus hidupnya.
Keletihan terasa semakin membalut tubuhnya. Leher
yang terasa sedikit tegang dipicit perlahan. Di toleh sekilas ke arah Rhea yang
sudah melabuhkan tubuh pada seat di disebelahnya.
Segaris senyuman pun tidak terukir pada raut wajah itu.
“Pakai seat belt tu.”
“Malas.” Rhea
tak mahu kalah. Sakit hatinya masih terasa bila teringat sindiran Xander
sekejap tadi. Macam lah dia hadap sangat layanan first class dari lelaki itu.
“Kalau muka
cantik kau tu tersadai dekat dashboard
nanti, kau jangan nak salahkan aku.” Xander tarik senyuman menyindir. Gear
dimasukkan. Berdecit tayar kereta berbunyi.
Rhea gelabah. Kalut
ditarik seat belt dan dipasang ke
tubuhnya. Mujurlah dia sempat menahan wajah dari tersembam tadi. Toleh ke arah
Xander dengan pandangan berapi. Sakit hatinya bila lelaki itu hanya tersenyum
sinis.
“Kalau kau tak
suka aku tumpang kereta kau, kau boleh berhenti dekat tepi jalan tu.” Sehabis
perlahan bicara yang keluar dari bibirnya. Cuba menahan diri dari menghemburkan
sumpah seranah.
“Jangan childish sangat lah.” Xander buat tidak
peduli. Kalau nak, memang dia boleh sahaja tinggalkan wanita itu di tepi jalan.
Tetapi menilik jam di permukaan dashboard,
rasanya dia memang sengaja biarkan wanita itu ditimpa bala.
Rhea terus
mendiamkan diri. Malas mahu melayan kata-kata Xander. Dibuang pandangan dibalik
tingkap. Seboleh mungkin dia memaksa diri untuk kagum pada cahaya lampu yang
menyimbah seluruh bangunan di Kuala Lumpur. Malangnya rasa teruja yang diharap,
langsung tidak menjengah.
“Macam mana kau
boleh terfikir nak bekerja dengan aku?” Xander tergelak sinis. Sengaja mahu
membakar hati Rhea yang jelas kelihatan tidak selesa berada dalam satu ruangan
dengannya.
“Kau ingat
kalau aku tahu, aku hadap ke nak kerja dengan kau?” Rhea tak mahu kalah. Membuntang
matanya memandang ke arah Xander yang sudah mula ketawa kecil. Entah mengapa
dia rasakan, tawa itu bagaikan mengejek-ngejek dirinya.
“Maybe.” Xander
semakin selesa. Seronok mahu mempermainkan Rhea yang jelas semakin terikut
dengan emosi.
“Let’s me tell you something… Jangan
kata nak kerja, tengok muka kau pun aku tak hinggin.”
Dipandang wajah Xander tanpa berkedip. Berharap benar yang lelaki itu akan
terasa hati dengan kata-katanya.
Malangnya,
lelaki itu masih juga begitu. Tetap jugak melarik senyum. Walaupun kelihatan
sinis, entah mengapa dia masih teruja mahu memandang.
Surat Cinta Untuk Di sana : Bahasa bertaburan bak bunga sakura tak
jadi…so abaikan bahasa turki atau bahasa yunani yang mungkin terselit dekat
sini…. huhu… nanti sy capai tahap rajin saya cantas…. Oh…nak full bab 9? >:o
(ni lambing gelak mata hilang dekat FB…Disebabkan blog x ada…korang imejin
sendiri…) ahahha
Tk sbrnye2x...hehehe
BalasPadamsecoet, tak lepas lagi ni ... alahai Cempaka rembulan, baru pun kita nak betulkan duduk, dah habis? grrrrrr...
BalasPadamNak lagi nak lagi nak lagi..hehehe..cpt2 smbng xsbr dah ni
BalasPadamHurm sabar menanti ke MC... cepat2 la CR
BalasPadamNaik semput dah nafas kak ita ngan jajan secoet ni :)
Cepat la CR Sambungggg...
Sayang dia
kakitasukri
alah kenapa pendek sangatttt...
BalasPadamnak lagi.....
aduhllaaa...sikitnya...nak lagi...
BalasPadamAlaa baru nk feeling baca sikit sgt.. Tsk tsk nanti next entry bgilah panjang sikit huhuh
BalasPadamAlahai cik cempaka rembulan mengambang ni...... secoeekk secoeek dia bagi baca yg sudah dibaca.....
BalasPadamTqvm for the n3. Best
BalasPadam