Hel!O mY DarLing!

Jumaat, 31 Mei 2013

Miss Puyu Will You Marry Me? Bab 17





            “Bertuah punya anak. Nasib baik ada kawan tolong hantarkan mama pulang tahu.” Puan Sri Azah belum puas membebel. Kalau tak mengenangkan anaknya sudah besar, nak sahaja dia tangan-tangankan.

            “Hasif betul-betul tak sengaja. Tadi ada hal kecemasan. Itu yang tergesa-gesa pergi.” Riak wajahnya memohon simpati dari si ibu yang semenjak tadi tiada tanda akan reda dari leterannya.

            “Kalau kecemasan sekalipun tak boleh nak call mama? Jangan bagi alasan kredit tak ada. Kamu guna line dan tolong jangan cakap tak ada coverage.” Semuanya di karang keluar. Alasan lapuk seperti itu dia tidak akan terima.

            Hasif hanya mampu tersenyum. Alasan yang ingin di berikan sudah di sebut oleh mamanya satu persatu. Memang expert.

            “Mama kan dah selamat sampai ke rumah, buat apa nak bising lagi?”

            “Ha, kan papa?” Saat-saat dia memerlukan bantuanlah papanya datang. Papa memang hebat. Tahu sahaja anaknya ini memerlukan ‘pembelaan’ sewajarnya. Kalau harapkan dia, memang sampai ke sudah tidak reda amarah mama.

            “Papa jangan nak membela budak bertuah ni. Hai, kalau di ikutkan hati yang panas ni, nak saja saya gulaikan anak kesayangan papa ni.” Dia sudah mula bercekak pinggang. Anak dengan papa sama sahaja.

            Try lah mama. Mana tahu sedap.” Amjad yang entah dari mana datangnya menyampuk. Di tanganya ada segelas jus oren.

            “Kamu nak mama gulaikan kamu sekali?” Ini seorang lagi. Tahunya nak ‘meloyar buruk’ sahaja. Jus oren di tangan anaknya di capai dan di teguk. Sejuk sikit hati bila air mula mencecah kerongkong. Rasa dahaga kerana penat ‘berpoco-poco’ dan beleter terasa berkurangan.

            Isyarat zip mulut di tayang buat mama tersayang. Amjad mengangkat bahu sambil memandang ke arah Hasif. Tak dapat den nak nolong. Sudahlah tak berkesan, airnya pula di rembat sekali. Mama memang hebat!

            “Sudah-sudahlah. Mama cuba pergi mandi. Semacam dah bau.” Tan Sri Hashim berusaha meredakan suasana yang kuat ‘membahang.’ Kalau tak di redakan sampai esok belum tentu tamat pertelingkahan anak dan isterinya. Hasif memang akan mengalah, cumanya, isteri kesayangannya itu bukan senang-senang nak lepaskan selagi geramnya belum reda.

            Puan Sri Azah menghidu sendiri tubuhnya. Ada bau ke?

            “Tak ada bau pun.”

            “Badan sendiri memang kita tak boleh bau mama, tapi kami ni yang terseksa terpaksa menghidu.” Hidung di picit. Tangan di di gawang bagi menghantar isyarat yang memang ada bau kurang menyenangkan.

            “Mama naik mandi dululah.” Tangan Amjad di capai. Gelas kosong di letakkan kembali dalam gengaman anaknya. Pantas dia berlalu. Sambil itu dia masih cuba mencari bau badan seperti yang di beritahu suami dan anaknya.

            Hasif menarik keluhan lega. Mujurlah Amjad dan papa ada. Kalau tidak, jenuh dia nak bersoal jawab. Baru sahaja dia ingin menyandar di sofa sekali lagi suara mamanya kedengaran. Terus tegak kembali tubuhnya.

            “Kamu jangan nak pergi mana-mana. Mama belum selesai dengan kamu.”

            “Tak habis lagi ke?” Lemah Hasif berkata. Letihlah kalau macam ini gayanya.

            “Papa rasa baik kamu balik sekarang. Kalau tidak...”

            “Haiiii....” Ketiga-tiga mereka serentak mengeluarkan perkataan yang sama. Tergeleng-geleng kepala masing-masing mengenangkan gelagat wanita kesayangan mereka itu. Ada sahaja yang tak kena.

            “Tak apa ke kalau Hasif balik?” Serba salah pulak dia. Takut kemarahan mama berpanjangan dan lebih malang leteran itu akan bertukar tuan. Kesian kalau papa yang jadi mangsa. Mama bukan boleh kira sangat.

            “Jangan risaulah. Nanti aku dengan papa pandai-pandailah bodek mama. Yang kau tu, baru sembuh, rajin sangat nak pergi bersenam tu kenapa?”

            “Mama ajak. Lagipun aku bosan duduk rumah. Bukan ada apa yang boleh buat hujung-hujung minggu macam ni.” Dia menjawab malas.

            “Itulah, tak ada penyakit cari penyakit. Yang kau tinggalkan mama sorang-sorang di taman kenapa?” Amjad masih seronok bersoal jawab. Pelik di rasakan. Selalunya Hasif amat teliti. Apa yang emergency sangat sampai boleh tertinggal mama di taman? Mesti ada sesuatu. Akal mula membuat tafsiran sendiri.

            “Nantilah aku cerita. Sekarang aku kena selamatkan diri dulu.” Pantas dia bangun dan bersalaman dengan papa dan Amjad.
.........................
            Yuyu menutup wajahnya dengan bantal. Malu mengenangkan aksinya dengan Hasif selepas di kejar anjing tadi. Dalam masa yang sama hatinya berlagu indah. Entah apa yang tak kena dengan perasaannya sekarang.

            Seketika kemudian bantal di baling kasar. Serta merta wajah yang tadi berseri bertukar menjadi masam mencuka. Selepas dia di ‘culik’ ingatkan lelaki itu akan menghantarnya terus ke rumah. Tapi, hampeh. Di tinggalkan dia tepi jalan. Mujurlah apartmentnya tidak jauh dari tempat dia di tinggalkan. Kalau tidak jenuh dia nak menapak. Sudahlah tubuhnya mula terasa sakit akibat berjoging tadi.

            “Memang tak gentleman langsung.” Dia mengutuk bagi melepaskan geram.

            “Kalaupun dia tak gentleman, yang kau sibuk kenapa?” Dia menyoal diri sendiri. Bayang lelaki itu yang sesekali menjelma di hadapan mata cuba di hapuskan.

            “Baik aku buat kerja yang berfaedah dari ingatkan lelaki itu.” Dengan langkah terhincut, dia mula mengatur langkah menuju ke balkoni. Pintu yang memisahkan antara ruang tamu dan balkoni di tolak. Angin terasa menderu kuat. Awan mula memuntahkan isi. Tangan di tadah ke langit.

            Titisan air hujan yang sesekali menyentuh tapak tangan membuatkan yuyu tersenyum senang hati. Dia memang sukakan hujan. Kenangan zaman kanak-kanaknya mula terimbas. Dahulu, dia dan Carina selalu di hambat abah kerana mereka suka berkubang di tengah laman pada waktu hujan. Carina bukanlah pengemar hujan sepertinya, Cuma demi memenuhi keinginannya, kakaknya itu akan turut serta bersamanya. Tetapi hujan sekarang bukanlah seperti dahulu. Kalau nak cepat demam trylah main hujan zaman sekarang. Segala macam percemaran bergabung. Sudah tercemar dan tidak fresh.

            Pintu rumah sebelah yang berbunyi tanda di buka tidak di pedulikan. Rumah sebelah kanannya sudah berpenghuni. Kalau tidak hanya ada penghuni di sebelah kiri rumah iaitu kak Senah Kipoci. Dia tidak terniat ingin beramah mesra pada waktu sekarang. Jiran sebelah rumah agak menyakitkan hati. Pagi-pagi buta sudah bergegar biliknya kerana muzik kuat yang berdetum-detam kedengaran dari penghuni sebelah rumah. Tak ada sikap kejiranan langsung. selfish.

            Bajunya sudah mula kebasahan akibat terkena hujan tidak diambil kisah. Sekarang dia hanya mahu merasai dan mengimbas kenangan lalu. senyuman tersadai di bibirnya. Mata kemudian di tutup rapat. Dia mula terasa tenang.
..................
      
         Hasif terpegun memerhati. Jantungnya bertukar rentak. Terpesona dengan pemandangan di sebelahnya. Wajah itu terlindung di sebalik rambut yang ikal melepasi bahu. Nampak sedikit keperangan dan lembut apabila di tiup angin. Baju labuh berbelang separas buku lali seakan kena dengan tubuh genit itu.

            Niatnya ingin mengambil kasut yang di letakkan di balkoni terus hilang. Dia tidak sukakan hujan. Tetapi sekarang, dia terpukau dengan makhluk yang berdiri menikmati titisan air hujan. Satu pemandangan yang menarik dan mengujakan. Gadis itu bagaikan tidak terkesan dengan pakainnya yang mula kebasahan.

            Seketika kemudian dia mula teringatkan sesuatu. Pantas dia berlari masuk ke dalam rumah. Kali ini dia hanya berdiri di antara pintu dan rimbunan pokok yang di tinggalkan oleh penghuni terdahulu. Tidak mahu ‘aktivitinya’ di kesan.

            Hasif tersenyum. Kemera di tangan mula mencari sasaran. Beberapa keping gambar sudah di perolehi. Dia tersenyum gembira bila hasilnya memuaskan hati. Gerak-geri gadis yang mencuri tumpuannya di pandang dengan penuh minat. Tidak pernah dia buat kerja ‘nakal’ seperti itu.

            Kalut Hasif berlari masuk ke dalam rumah bila gadis yang diintip memusingkan badan dengan tiba-tiba. Wajah itu tidak sempat di tatap. Apa yang pasti, keinginannnya untuk mengenali si gadis terasa membuak-buak. Tidak dapat tidak, suatu hari nanti gerangan si gadis pasti akan di ketahui.

          “Nasib baik tak kantoi.” Dia berkata lega. Kalaulah di tangkap saat dia mengintai anak dara orang, tentu malu. Entah di mana dia hendak letak muka.

            Yuyu menghentikan langkah. Rasa macam ada orang tadi. Di jengah rumah sebelah. Tidak nampak sebarang kelibat. Hanya pintu rumah itu yang belum di tutup dan terbuka luas. Mungkin perasaan dia saja. Guruh yang sesekali kedengaran kuat mengiringi titisan air hujan terasa mengerunkan. Dia sukakan hujan. Tapi dia takutkan guruh dan kilat. Bunyinya sahaja boleh membuatkan lututnya mengeletar.

            Tubuhnya sudah mula terasa mengigil kesejukkan. Pantas dia berlalu masuk ke dalam rumah. Saat ini dia mahu berendam dalam air panas. Letak kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam air. Hem...nikmatnya.

Surat Cinta Untuk Disana :- Tersungkur Batman di sepak Otomen...kot rajin silalah komen ... (pelingkup pantun yang berjaya) :)

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)