“Bertuah punya anak. Nasib baik ada
kawan tolong hantarkan mama pulang tahu.” Puan Sri Azah belum puas membebel.
Kalau tak mengenangkan anaknya sudah besar, nak sahaja dia tangan-tangankan.
“Hasif betul-betul tak sengaja. Tadi
ada hal kecemasan. Itu yang tergesa-gesa pergi.” Riak wajahnya memohon simpati
dari si ibu yang semenjak tadi tiada tanda akan reda dari leterannya.
“Kalau kecemasan sekalipun tak boleh
nak call mama? Jangan bagi alasan
kredit tak ada. Kamu guna line dan tolong jangan cakap tak ada coverage.” Semuanya di karang keluar.
Alasan lapuk seperti itu dia tidak akan terima.
Hasif hanya mampu tersenyum. Alasan
yang ingin di berikan sudah di sebut oleh mamanya satu persatu. Memang expert.
“Mama kan dah selamat sampai ke rumah, buat apa nak bising lagi?”
“Ha, kan papa?” Saat-saat dia
memerlukan bantuanlah papanya datang. Papa memang hebat. Tahu sahaja anaknya
ini memerlukan ‘pembelaan’ sewajarnya. Kalau harapkan dia, memang sampai ke
sudah tidak reda amarah mama.
“Papa jangan nak membela budak
bertuah ni. Hai, kalau di ikutkan hati yang panas ni, nak saja saya gulaikan
anak kesayangan papa ni.” Dia sudah mula bercekak pinggang. Anak dengan papa
sama sahaja.
“Try
lah mama. Mana tahu sedap.” Amjad yang entah dari mana datangnya menyampuk. Di
tanganya ada segelas jus oren.
“Kamu nak mama gulaikan kamu
sekali?” Ini seorang lagi. Tahunya nak ‘meloyar buruk’ sahaja. Jus oren di
tangan anaknya di capai dan di teguk. Sejuk sikit hati bila air mula mencecah
kerongkong. Rasa dahaga kerana penat ‘berpoco-poco’ dan beleter terasa
berkurangan.
Isyarat zip mulut di tayang buat
mama tersayang. Amjad mengangkat bahu sambil memandang ke arah Hasif. Tak dapat
den nak nolong. Sudahlah tak berkesan, airnya pula di rembat sekali. Mama
memang hebat!
“Sudah-sudahlah. Mama cuba pergi
mandi. Semacam dah bau.” Tan Sri Hashim berusaha meredakan suasana yang kuat
‘membahang.’ Kalau tak di redakan sampai esok belum tentu tamat pertelingkahan
anak dan isterinya. Hasif memang akan mengalah, cumanya, isteri kesayangannya
itu bukan senang-senang nak lepaskan selagi geramnya belum reda.
Puan Sri Azah menghidu sendiri
tubuhnya. Ada bau ke?
“Tak ada bau pun.”
“Badan sendiri memang kita tak boleh
bau mama, tapi kami ni yang terseksa terpaksa menghidu.” Hidung di picit.
Tangan di di gawang bagi menghantar isyarat yang memang ada bau kurang
menyenangkan.
“Mama naik mandi dululah.” Tangan
Amjad di capai. Gelas kosong di letakkan kembali dalam gengaman anaknya. Pantas
dia berlalu. Sambil itu dia masih cuba mencari bau badan seperti yang di
beritahu suami dan anaknya.
Hasif menarik keluhan lega. Mujurlah
Amjad dan papa ada. Kalau tidak, jenuh dia nak bersoal jawab. Baru sahaja dia
ingin menyandar di sofa sekali lagi suara mamanya kedengaran. Terus tegak
kembali tubuhnya.
“Kamu jangan nak pergi mana-mana.
Mama belum selesai dengan kamu.”
“Tak habis lagi ke?” Lemah Hasif
berkata. Letihlah kalau macam ini gayanya.
“Papa rasa baik kamu balik sekarang.
Kalau tidak...”
“Haiiii....” Ketiga-tiga mereka
serentak mengeluarkan perkataan yang sama. Tergeleng-geleng kepala
masing-masing mengenangkan gelagat wanita kesayangan mereka itu. Ada sahaja
yang tak kena.
“Tak apa ke kalau Hasif balik?”
Serba salah pulak dia. Takut kemarahan mama berpanjangan dan lebih malang
leteran itu akan bertukar tuan. Kesian kalau papa yang jadi mangsa. Mama bukan
boleh kira sangat.
“Jangan risaulah. Nanti aku dengan
papa pandai-pandailah bodek mama. Yang kau tu, baru sembuh, rajin sangat nak
pergi bersenam tu kenapa?”
“Mama ajak. Lagipun aku bosan duduk
rumah. Bukan ada apa yang boleh buat hujung-hujung minggu macam ni.” Dia
menjawab malas.
“Itulah, tak ada penyakit cari
penyakit. Yang kau tinggalkan mama sorang-sorang di taman kenapa?” Amjad masih
seronok bersoal jawab. Pelik di rasakan. Selalunya Hasif amat teliti. Apa yang emergency sangat sampai boleh tertinggal
mama di taman? Mesti ada sesuatu. Akal mula membuat tafsiran sendiri.
“Nantilah aku cerita. Sekarang aku
kena selamatkan diri dulu.” Pantas dia bangun dan bersalaman dengan papa dan
Amjad.
.........................
Yuyu menutup wajahnya dengan bantal.
Malu mengenangkan aksinya dengan Hasif selepas di kejar anjing tadi. Dalam masa
yang sama hatinya berlagu indah. Entah apa yang tak kena dengan perasaannya
sekarang.
Seketika kemudian bantal di baling
kasar. Serta merta wajah yang tadi berseri bertukar menjadi masam mencuka.
Selepas dia di ‘culik’ ingatkan lelaki itu akan menghantarnya terus ke
rumah. Tapi, hampeh. Di tinggalkan dia tepi jalan. Mujurlah apartmentnya tidak
jauh dari tempat dia di tinggalkan. Kalau tidak jenuh dia nak menapak. Sudahlah
tubuhnya mula terasa sakit akibat berjoging tadi.
“Memang tak gentleman langsung.” Dia mengutuk bagi melepaskan geram.
“Kalaupun dia tak gentleman, yang kau sibuk kenapa?” Dia
menyoal diri sendiri. Bayang lelaki itu yang sesekali menjelma di hadapan mata
cuba di hapuskan.
“Baik aku buat kerja yang berfaedah
dari ingatkan lelaki itu.” Dengan langkah terhincut, dia mula mengatur langkah
menuju ke balkoni. Pintu yang memisahkan antara ruang tamu dan balkoni di
tolak. Angin terasa menderu kuat. Awan mula memuntahkan isi. Tangan di tadah ke
langit.
Titisan air hujan yang sesekali
menyentuh tapak tangan membuatkan yuyu tersenyum senang hati. Dia memang
sukakan hujan. Kenangan zaman kanak-kanaknya mula terimbas. Dahulu, dia dan
Carina selalu di hambat abah kerana mereka suka berkubang di tengah laman pada
waktu hujan. Carina bukanlah pengemar hujan sepertinya, Cuma demi memenuhi
keinginannya, kakaknya itu akan turut serta bersamanya. Tetapi hujan sekarang
bukanlah seperti dahulu. Kalau nak cepat demam trylah main hujan zaman sekarang. Segala macam percemaran
bergabung. Sudah tercemar dan tidak fresh.
Pintu rumah sebelah yang berbunyi tanda
di buka tidak di pedulikan. Rumah sebelah kanannya sudah berpenghuni. Kalau
tidak hanya ada penghuni di sebelah kiri rumah iaitu kak Senah Kipoci. Dia
tidak terniat ingin beramah mesra pada waktu sekarang. Jiran sebelah rumah agak
menyakitkan hati. Pagi-pagi buta sudah bergegar biliknya kerana muzik kuat yang
berdetum-detam kedengaran dari penghuni sebelah rumah. Tak ada sikap kejiranan
langsung. selfish.
Bajunya sudah mula kebasahan akibat
terkena hujan tidak diambil kisah. Sekarang dia hanya mahu merasai dan
mengimbas kenangan lalu. senyuman tersadai di bibirnya. Mata kemudian di tutup
rapat. Dia mula terasa tenang.
..................
Hasif terpegun memerhati. Jantungnya
bertukar rentak. Terpesona dengan pemandangan di sebelahnya. Wajah itu
terlindung di sebalik rambut yang ikal melepasi bahu. Nampak sedikit keperangan
dan lembut apabila di tiup angin. Baju labuh berbelang separas buku lali seakan
kena dengan tubuh genit itu.
Niatnya ingin mengambil kasut yang di
letakkan di balkoni terus hilang. Dia tidak sukakan hujan. Tetapi sekarang, dia
terpukau dengan makhluk yang berdiri menikmati titisan air hujan. Satu
pemandangan yang menarik dan mengujakan. Gadis itu bagaikan tidak terkesan
dengan pakainnya yang mula kebasahan.
Seketika kemudian dia mula
teringatkan sesuatu. Pantas dia berlari masuk ke dalam rumah. Kali ini dia
hanya berdiri di antara pintu dan rimbunan pokok yang di tinggalkan oleh
penghuni terdahulu. Tidak mahu ‘aktivitinya’ di kesan.
Hasif tersenyum. Kemera di tangan
mula mencari sasaran. Beberapa keping gambar sudah di perolehi. Dia tersenyum gembira
bila hasilnya memuaskan hati. Gerak-geri gadis yang mencuri tumpuannya di
pandang dengan penuh minat. Tidak pernah dia buat kerja ‘nakal’ seperti itu.
Kalut Hasif berlari masuk ke dalam
rumah bila gadis yang diintip memusingkan badan dengan tiba-tiba. Wajah itu
tidak sempat di tatap. Apa yang pasti, keinginannnya untuk mengenali si gadis
terasa membuak-buak. Tidak dapat tidak, suatu hari nanti gerangan si gadis
pasti akan di ketahui.
“Nasib baik tak kantoi.” Dia berkata
lega. Kalaulah di tangkap saat dia mengintai anak dara orang, tentu malu. Entah
di mana dia hendak letak muka.
Yuyu menghentikan langkah. Rasa
macam ada orang tadi. Di jengah rumah sebelah. Tidak nampak sebarang kelibat.
Hanya pintu rumah itu yang belum di tutup dan terbuka luas. Mungkin perasaan
dia saja. Guruh yang sesekali kedengaran kuat mengiringi titisan air hujan
terasa mengerunkan. Dia sukakan hujan. Tapi dia takutkan guruh dan kilat.
Bunyinya sahaja boleh membuatkan lututnya mengeletar.
Tubuhnya sudah mula terasa mengigil
kesejukkan. Pantas dia berlalu masuk ke dalam rumah. Saat ini dia mahu berendam
dalam air panas. Letak kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam air.
Hem...nikmatnya.
Surat
Cinta Untuk Disana :- Tersungkur Batman di sepak Otomen...kot rajin silalah
komen ... (pelingkup pantun yang berjaya) :)
nak lagiiii
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam